29 June, 2011

Don't Love Me Part 5

“Apa?Omma dengan appa nak percepatkan perkahwinan kami?”Soal Ji Yeon,tidak percaya.Dong Hae turut terkedu saat mendengar keputusan drastik kedua-dua orang tua Ji Yeon itu.Jung Hyun pula lebih selesa mendiamkan diri.Dalam diam,dia turut menyokong keputusan ibu bapanya itu.
“Tapi…Ji Yeon kan baru habis belajar?Takkan appa dengan omma tak nak bagi Ji Yeon peluang untuk berdikari?”Soal Ji Yeon lagi.”Dong Hae,awak pun mesti tak setuju dengan keputusan omma dengan appa saya kan?”Soal Ji Yeon lagi.Kali ini,dia memandang ke arah Dong Hae.Mengharapkan agar lelaki itu turut menyokong pendapatnya.Bukankah lelaki itu turut tidak bersetuju dengan pertunangan yang diaturkan itu?Ji Yeon memandang ke arahnya dengan penuh berharap agar lelaki itu menyebelahinya.Perlahan-lahan,Dong Hae melepaskan keluhannya.
“Ahjussi,saya rasa apa yang Ji Yeon cakap tu betul.Sekurang-kurangnya,ahjussi kena bagi peluang kepada Ji Yeon untuk berdikari.Saya yakin,Ji Yeon pasti belum bersedia untuk berkahwin,”kata Dong Hae.Ji Yeon tersenyum lega.Ternyata Dong Hae juga tidak bersetuju dengan perancangan ibu bapanya itu.
“Berdikari ke…nak bercinta dengan lelaki lain?”Tiba-tiba sahaja Jung Hyun menyampuk perbincangan mereka setelah sekian lama membisu.Ji Yeon dan Dong Hae menoleh ke arahnya serentak.
“Oppa!”Marah Ji Yeon.Jung Hyun mencebik.
“Oppa tahu…Ji Yeon tak nak ikut perancangan omma dengan appa disebabkan lelaki tak guna tu kan?”Soal Jung Hyun,sekaligus menghina Ji Hoon,lelaki yang menjadi penghalang dalam perkahwinan ini.Ji Yeon terkejut.
“Apa oppa cakap ni?Hal ni tak ada kena mengena langsung dengan Ji Hoon oppa!”Balas Ji Yeon.Jung Hyun tersenyum sinis.
“Ji Hoon oppa?Tengok tu,omma…appa…Kan betul apa yang Jung Hyun cakap?Ji Yeon memang ada niat tak nak teruskan pertunangan ni sebab dia ada lelaki lain.Sedangkan dengan tunang sendiri pun dia tak pernah berlembut,”kata Jung Hyun.Dong Hae pula memendam perasaannya.Ternyata jelas Ji Yeon amat mencintai Ji Hoon walaupun baru sahaja berkenalan dalam tempoh yang singkat.Cinta pandang pertama!
“Dong Hae,kau dengar sendiri kan?Adik aku panggil lelaki tu lebih mesra daripada cara dia panggil kau.Terang-terang,Ji Yeon lebih cintakan lelaki tu,”kata Jung Hyun.
“Oppa,cukuplah!Dong Hae kan baru sembuh.Oppa tak boleh marah-marah dekat Dong Hae,”kata Ji Yeon,membela Dong Hae.Dong Hae kemudiannya berdiri.Ji Yeon dan Jung Hyun berhenti daripada terus berbalah.Kedua-dua orang tua Ji Yeon turut terkejut dengan tindakan Dong Hae itu.
“Chuwesuhamnida.Saya terpaksa balik dulu,”kata Dong Hae,meminta izin untuk beredar.Rasanya tidak perlu lagi dia terus berada di situ.Dong Hae mulai beredar dari situ.
“Dong Hae!”Panggil Ji Yeon.Namun,lelaki itu tidak menoleh ke arahnya.Jung Hyun pula cuba menghalang Dong Hae daripada terus beredar.Tangan Dong Hae itu segera dicapainya.Dong Hae berhenti daripada terus melangkah.
“Takkan kau nak terus mengalah,Dong Hae?”Kali ini,intonasi suara Jung Hyun kembali lembut.Tidak lagi kasar seperti tadi.Ji Yeon pula mulai mendekati ke arah mereka.”Kau sendiri kata yang kau akan cuba memenangi hati Ji Yeon supaya dia pun turut cintakan kau.Takkan kerana lelaki tu je,kau dah mengalah?”Soal Jung Hyun.Dong Hae menoleh ke arahnya.Secara tidak sengaja,pandangannya bertembung dengan pandangan Ji Yeon.Dong Hae dapat melihat perubahan wajah Ji Yeon selepas mendengar kata-kata Jung Hyun itu.Akhirnya,Ji Yeon tahu juga isi hatinya yang selama ini berusaha diluahkannya.Dong Hae melepaskan keluhan berat.
“Apa kau cakap ni?Mana ada aku cakap macam tu.”Dong Hae berdalih.Dia kemudiannya memandang ke arah Ji Yeon sambil tersenyum.”Jung Hyun bergurau je.Saya tak pernah cakap macam tu.Lagipun,awak pun tahu yang saya memang tak sukakan awak.Takkanlah tiba-tiba je saya nak jatuh cinta kat awak pula,”kata Dong Hae.Lama mereka memandang antara satu sama lain.Dong Hae kemudiannya menoleh ke arah Jung Hyun sambil meletakkan tangannya pada bahu Jung Hyun.
“As a brother,you should know your sister better than me.She really loves Ji Hoon.Lagipun,kau sendiri yang cakap…kau nak aku bahagiakan Ji Yeon.Jadi,kalau betullah Ji Hoon boleh bahagiakan Ji Yeon,untuk apa lagi aku nak teruskan pertunangan ni?”Soal Dong Hae.Jung Hyun terdiam.Dong Hae kemudiannya mendekati ke arah Ji Yeon.Tangan wanita itu dicapainya.Mata Ji Yeon terbuka luas apabila melihat cincin pertunangan milik lelaki itu diletakkan di atas tapak tangannya.Ji Yeon memandang ke
arah Dong Hae.
“Tak payahlah pandang macam tu.Awak sendiri kata yang awak tak suka bertunang dengan saya.Jadi,saya nak tolong realisasikanlah impian awak tu,”kata Dong Hae,tenang.
“Tapi Dong Hae…”
“Saya pun tak pernah teringin nak bertunang dengan awak.Awak mesti ingat lagi kan yang saya pernah cakap macam tu kat awak?”Soal Dong Hae sambil mengukir senyuman manis.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan kecil.”So…kita dah bebaslah.Saya bukan lagi tunang awak dan awak bukan lagi tunang saya.Seronoknya…tak adalah omma saya nak bising-bising lagi suruh saya datang rumah awak,”kata Dong Hae.Dong Hae kemudiannya meninggalkan Ji Yeon sambil memandang ke arah Jung Hyun.
“Aku balik dululah,”kata Dong Hae,sambil menepuk bahu kiri Jung Hyun.
“Dong Hae ah…”Jung Hyun cuba memujuk Dong Hae lagi.Namun,Dong Hae terus sahaja meninggalkan mereka.Jung Hyun kemudiannya menoleh ke arah adik perempuannya yang sekian lama membisu itu.
“Oppa takkan ambil tahu apa-apa lagi pasal Ji Yeon,”kata Jung Hyun sebelum beredar.Ji Yeon terduduk di situ.Benarkah pertunangan mereka sudah dibatalkan oleh Dong Hae?Apa yang penting,benarkah Dong Hae mencintainya dalam diam?



Kerja yang dilakukan oleh Ji Hoon terhenti apabila tiba-tiba sahaja kedua-dua matanya ditutup dari belakang.Namun,Ji Hoon tidak cepat melatah.Sebaliknya Ji Hoon menyambung semula kerjanya walaupun dalam keadaan matanya tertutup.
“Sudah-sudahlah tu.Bukannya saya tak biasa dengan gurauan awak ni,”kata Ji Hoon,tenang.Perlahan-lahan,kedua-dua tangan itu dialihkan oleh pemiliknya.
“Jenis gurauan apa lagi yang saya boleh gunakan untuk awak hah?”Soal Seung Mi sambil memandang ke arah Ji Hoon dengan raut wajah yang masam.Ji Hoon mengukir senyuman nipis.
“Tak payahlah,Seung Mi.Saya tak kisah pun awak nak bergurau macam mana dengan saya.Saya terima je.Siapa lagi yang sudi bergurau dengan saya kalau bukan awak,”kata Ji Hoon.Seung Mi kemudiannya mengambil tempat di belakang Ji Hoon sementara Ji Hoon pula terus menyambung kerjanya yang tertangguh seketika itu.Seung Mi sekadar memerhati.Sesekali bibirnya tersenyum nipis tatkala melihat Ji Hoon yang kusyuk menyiapkan kerjanya itu.Tidak dinafikan,Ji Hoon adalah satu-satunya lelaki yang berjaya menambat hatinya sejak dari dulu lagi.Apatah lagi,selepas berlakunya kejadian malang yang menimpa keluarga Ji Hoon 12 tahun yang lalu,kehidupan Ji Hoon kelihatan terumbang-ambing.Dalam sekelip mata,Ji Hoon kehilangan keluarganya.Omma,appa serta adiknya Jun Ho.Disebabkan kejadian itu,keluarga Seung Milah yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan Ji Hoon memandangkan keluarga Seung Milah yang lebih rapat dengan keluarga Ji Hoon.Oleh itu,tidak hairanlah sekiranya Ji Hoon begitu menghargai jasa baik keluarga Seung Mi yang telah banyak membantunya itu.Kemalangan itu jugalah yang membuatkan Ji Hoon menjadi lebih matang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya.
“Yah,awak berangan ke?Nak dekat sepuluh kali saya panggil awak,”kata Ji Hoon sambil mengawang-awangkan tangannya.Seung Mi tersentak.
“Awak dah habis kerja ke?”Soal Seung Mi.Malu pula ditegur oleh Ji Hoon.Ji Hoon angguk.
“Kejap,saya nak panggil Seung Jae,”kata Ji Hoon,sambil memandang ke arah sebuah bilik yang lain pula.Seung Mi sekadar diam,akur sahaja kehendak Ji Hoon itu.
“Seung Jae!”Laung Ji Hoon sambil melemparkan pandangannya ke luar biliknya.Selang beberapa saat kemudian,muncullah Seung Jae di hadapan biliknya dalam keadaan berpeluh.
“Apa dia,hyung?”Soal Seung Jae.Belum sempat Ji Hoon menjawab pertanyaan Seung Jae itu,pantas sahaja Seung Jae meluru ke arah Seung Mi.
“Noona masak apa hari ni?Laparlah.”Seung Jae merengek manja terhadap kakaknya itu.Seung Mi mencebik.
“Mandi dulu,barulah tanya pasal makan.Busuklah!”Seung Mi menutup hidungnya sambil menolak tubuh Seung Jae yang mulai dekat dengannya itu.Seung Jae memuncungkan mulutnya.
“Ala…noona.Nak manja-manja sikit pun tak boleh.Mentang-mentanglah hyung ada.Adik sendiri pun buat-buat tak kenal,”rajuk Seung Jae.Seung Mi tersenyum.
“Hari ni,kau tutup ofis,arasso?”Kata Ji Hoon sambil mengemas barangnya yang masih belum habis disusun itu.Seung Jae sekadar angguk.Memang dia sudah maklum bahawa hari itu merupakan gilirannya pula untuk menutup pejabat.
“Kalau hyung ada tertinggal barang,jangan suruh Seung Jae ambilkan.Seung Jae penat,”kata Seung Jae,selamba sebelum beredar dari situ.Seung Mi sekadar tersenyum.Ji Hoon dengan Seung Jae tidak habis-habis bergaduh.Hubungan mereka seperti rakan sebaya walhal Seung Jae sebaya dengan adik Ji Hoon.
“Jom balik,Seung Mi,”kata Ji Hoon sambil mengambil jaketnya yang tergantung di kerusi itu.
“Motor awak dah okey ke?”Soal Seung Mi.
“Selagi Seung Jae tak habis bayar lagi,kena kurunglah motor saya kat bengkel tu,”balas Ji Hoon.Seung Mi tertawa kecil.
“Mianeyo…Seung Jae tu memang nakal.Awak pun tahu kan perangai dia macam mana,”kata Seung Mi pula.Ji Hoon tersenyum.
“Awak datang sini naik apa tadi?”Soal Ji Hoon.
“Bas,”jawab Seung Mi,pendek.
“Jadi,marilah kita sama-sama naik bas,”kata Ji Hoon sambil ketawa.Seung Mi turut tertawa.Ji Hoon kemudiannya mencapai tangan Seung Mi sambil beredar dari situ.Seung Mi yang terpana dengan tindakan Ji Hoon itu mengukir senyuman manis kemudiannya.Kembang hatinya apabila tangannya itu kini berada dalam genggaman Ji Hoon,lelaki yang amat dicintainya itu.
Sepanjang berada di dalam bas itu,Ji Hoon lebih banyak mendiamkan diri dan kelakuannya itu sedikit sebanyak meresahkan Seung Mi.Seperti ada sesuatu yang membebani fikiran lelaki bernama Jung Ji Hoon itu.
"Ji Hoon."Dengan lembut,Seung Mi menegurnya.Ji Hoon menoleh ke arahnya sebaik sahaja mendengar teguran daripada wanita itu."Awak tak sihat ke?Macam ada masalah je,"kata Seung Mi.Perlahan-lahan,Ji Hoon mengukir senyuman segaris sambil menggeleng.
"Saya tak apa-apa,"kata Ji Hoon.
"Tipulah.Selalunya awak yang banyak cakap.Tapi,hari ni awak macam diam sangat.Mesti awak ada sesuatu yang awak cuba sembunyikan dari saya kan?"Teka Seung Mi.Kedengaran Ji Hoon melepaskan keluhan berat.Sah!Lelaki itu mempunyai masalah!
"Saya rasa...adik saya,Jun Ho..."Perlahan-lahan,Ji Hoon menutur kata.Hati Seung Mi mulai berdebar sebaik sahaja mendengar nama Jun Ho meniti di bibir Ji Hoon.Kenapa pula dengan Jun Ho?Ji Hoon menelan air liur.Seolah-olah amat berat baginya untuk meluahkan segala yang tersimpan di dadanya selama ini.
"Tak apalah.Saya...saya cuma rindukan adik saya.Tu je..."kata Ji Hoon.Seung Mi hampa.Dia yakin Ji Hoon merahsiakan sesuatu daripadanya.
"Ah...mungkin saya penat sangat kot hari ni.Awak jangan risaulah.Saya okey je,"kata Ji Hoon lagi.Seung Mi kemudiannya mengukir senyuman nipis.
"Awak nak pergi jumpa dengan Jun Ho ke?"Soal Seung Mi,lembut.Ji Hoon menggeleng.
"Tak apa.Lagipun dah lewat ni.Saya boleh pergi esok,"kata Ji Hoon,menolak baik ajakan Seung Mi itu.Seung Mi akur.Seung Mi kemudiannya memandang ke arah Ji Hoon yang ketika itu sudah menoleh ke arah pemandangan di sebelahnya.Entah apalah yang sedang bermain di fikirannya ketika ini.Apa kaitannya dengan Jun Ho yang sudah lama meninggal dunia dalam kemalangan 12 tahun yang lalu itu?

Jung Ji Hoon
 Lee Dong Hae
 Song Ji Yeon
 Song Jung Hyun
Park Seung Jae
Song Hye Kyo as Park Seung Mi

No comments:

Post a Comment