26 June, 2011

...Chapter 45...

"Amboi,unni...cantiknya!Nak pergi mana ni?"soal Min Jung apabila melihat Sa Rang kelihatan lebih bergaya daripada biasa.Hye Ri yang sedang duduk membaca buku itu turut memandang ke arahnya dengan pandangan nakal.
"Ala...nak pergi mana lagi kalau bukan jumpa arkitek yang baru balik dari Jeju-do tu,"balas Hye Ri,sekaligus mengusik Sa Rang.Min Jung ketawa.
"Ish,apa korang ni?Kalau betul pun,tak salah kan?Bukannya korang tak biasa tengok unni keluar dengan dia,"kata Sa Rang,pura-pura marah.Min Jung mencebik.
"Siapa dia tu,unni?"soal Hye Ri.
"Korang nak pesan apa-apa ke?Unni nak keluar dah ni,"kata Sa Rang,tanpa mempedulikan soalan kedua-dua sahabat itu.Dia kemudiannya menyarungkan cincin pemberian Dong Joon itu pada jari manisnya sambil tersenyum.
"Tengok tu.Senyum sorang-sorang.Eh,jampi apa yang Dong Joon oppa dah baca kat unni aku sampai jadi macam tu hah,Hye Ri?"soal Min Jung.Hye Ri mengangkat bahunya,tanda tidak tahu untuk menjawab pertanyaan Min Jung itu.Sa Rang melangkah ke arah pintu tanpa mempedulikan telatah Min Jung dan Hye Ri yang tidak penat mengusik itu.
"Unni pergi dulu,"kata Sa Rang sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.Min Jung dan Hye Ri sekadar ketawa,seronok dapat mengusik Sa Rang.Hye Ri kemudiannya menepuk bahu Min Jung.
"Yah,Won Bin tak ajak kau keluar ke hujung minggu ni?"soal Hye Ri.Min Jung mencebik.
"Untuk apa dia ajak aku keluar?Kau ingat aku dengan Won Bin tu mabuk cinta macam unni dengan Dong Joon oppa ke?"soal Min Jung.
"Aik,takkan masih berstatus kawan lagi?Aku tengok kau bukan main lagi dengan Won Bin tu sekarang.Dulu,jual mahal sangat.Sekarang ni?Pantang nampak dia lalu je,tersengih sampai ke telinga,"usik Hye Ri lagi.
"Dah dah.Kau tak payah nak mengarut.Hari ni aku nak lepak je kat rumah.Malas nak buang tenaga kat luar.Lagi pun hari ni kan ada Inkigayo.Aku nak tengok B2ST dengan MBLAQ perform hari ni,"kata Min Jung.Mata Hye Ri terbuntang luas.
"B2ST dengan MBLAQ?Eh,aku tak tahu pun diorang keluar lagu baru.Betul ke?"soal Hye Ri,teruja.Min Jung sekadar angguk.Hye Ri tersenyum lebar.
"Ah~!Tak sabar nak tengok Yo Seob oppa dengan Joon oppa!"jerit Hye Ri.Min Jung membaling bantal ke arahnya.
"Joon oppa?Setakat tunjuk abs tu baik tak payah.Seungho oppa lagi best.Cute je,"balas Min Jung.
"Sa Rang unni layan tak benda-benda macam ni?"soal Hye Ri,ingin tahu.Min Jung angguk.
"Kalau kau nak tahu,dia tu peminat tegar G.O MBLAQ,"kata Min Jung.Matanya tidak lepas dari menonton televisyen.
"Ah~,sebab suara dia sedap ke?"soal Hye Ri lagi.
"Tu satu.Satu lagi sebab muka G.O tu ada iras-iras macam muka Dong Joon oppa sikit.Mana tak gila bayang dibuatnya,"balas Min Jung,sambil menukar saluran televisyen.Hye Ri ketawa."Kenapa kau ketawa?"
"Mana tak Sa Rang unni tergila-gila kat G.O tu.Oppa aku sendiri perasan muka dia macam G.O,"kata Hye Ri.Tawanya masih bersisa.Min Jung turut tertawa.
"Gila perasan!"balas Min Jung.

Dong Joon melihat jam tangannya.Em,lewat 10 minit lagilah ni!Hatinya berbisik.Dong Joon melihat ke arah sekeliling.Mencari-cari kelibat Sa Rang yang mungkin sedang bersembunyi di sebalik pokok seperti kali pertama keluar untuk menyambut hari lahirnya dahulu.Bibirnya tersenyum nipis apabila ternampak kelibat Sa Rang di sebalik dinding bangunan.
"Dah lah tu.Saya dah nampak awak.Keluarlah!"jerit Dong Joon.Perlahan-lahan,Sa Rang menuruni anak tangga sambil membuat muka tidak bersalah,tanpa mempedulikan Dong Joon yang sedang bercekak pinggang itu.
"Awak guna lagi taktik 10 minit awak tu,"kata Dong Joon.
"Tau pun,"balas Sa Rang,selamba.
"Tak tahu pula saya yang kat dunia ni ada peraturan teman wanita patut lewat 10 minit sebelum keluar date dengan teman lelaki.Mana awak dapat semua tu?"soal Dong Joon.Sa Rang meletakkan jari telunjuknya pada mulut Dong Joon.Dong Joon terkejut.
"Bisinglah awak ni.Jomlah,"ajak Sa Rang sambil menarik tangan Dong Joon.
"Nak pergi mana ni?"soal Dong Joon,terpinga-pinga.Sa Rang sekadar tersenyum sumbing.

"Jeongmal?Bukan awak takut ke dengan hantu?"soal Dong Joon,terkejut dengan ajakan Sa Rang itu.Sa Rang angguk.
"Ala,tengok cerita je pun.Bukannya hantu tu nak keluar dari skrin pun,"balas Sa Rang,selamba.
"Cerita ni seramlah,"kata Dong Joon,perlahan.
"Awak takut ke?Sejak bila awak takut dengan hantu ni?"usik Sa Rang.Dong Joon mengeluh.
"Arasso.Kita tengok siapa yang peluk siapa nanti,"balas Dong Joon.Sa Rang sekadar membalasnya dengan senyuman.

"Dong Joon,nak popcorn tu,"pinta Sa Rang,manja.Dong Joon angguk.
"Saya nak set A,"pesan Dong Joon kepada lelaki di kaunter bayaran itu.
"Em,lebih baik kita beli yang besar kan?Bagi kami set B lah,"kata Sa Rang,segera menukar pesanan.Lelaki itu kemudiannya menyebut harga setelah menyediakan pesanan Sa Rang itu."Bayarlah,"kata Sa Rang,selamba.
"Wah,mahalnya!"Dong Joon sedikit terkejut dengan harga yang disebut oleh penjual itu.Riak wajah Sa Rang berubah.
"Mahal ke?Serius awak tak nak belikan set B untuk saya?"soal Sa Rang.Dong Joon terdiam apabila melihat riak wajah Sa Rang yang kelat itu."Tak jadilah.Batalkan pesanan saya tadi,okey?"kata Sa Rang,merajuk.Dong Joon terkejut.
"Yah,awak merajuk ke?"soal Dong Joon,cemas.Sa Rang membelakangkan tubuhnya daripada Dong Joon."Awak jangan cancel pesanan tadi.Jangan cancel,arasso?!"arah Dong Joon dengan tegas ke arah penjual itu.Penjual itu pantas mengangguk.Sa Rang tersenyum nipis.

Sa Rang mengesat air matanya yang masih bersisa itu.Dong Joon sekadar tersenyum sumbing melihat telatah teman wanitanya itu.Entah mengapa,hari ini dia berkelakuan sedikit berbeza daripada sebelumnya.Namun,Dong Joon malas mahu mengambil tahu.Mungkin kerana Sa Rang begitu teruja keluar dengannya setelah hampir 3 bulan tidak berjumpa.
"Tulah,saya dah cakap cerita dia seram,awak tak nak dengar,"kata Dong Joon.
"Mana ada nangis.Ni tindakan reflekslah,"balas Sa Rang,enggan mengalah.Dong Joon mencebik.
"Eleh,tindakan refleks konon.Mengaku jelah awak takut tadi,"balas Dong Joon.Sa Rang menjelirkan lidahnya.
Dong Joon tersengih,geli hati dengan kelakuan Sa Rang itu.Bahu wanita itu dipautnya.Sa Rang memandang ke arahnya.Dong Joon memandang ke arahnya."Lepas makan,kita naik kereta kabel nak?"soal Dong Joon."Wow,bestnya!Jom!"akur Sa Rang,begitu teruja.



Dong Joon dan Sa Rang saling berpegangan tangan sepanjang mereka berjalan-jalan di Menara Namsan.Mereka kemudiannya berhenti dahulu di sebuah restoran makanan laut sebelum meneruskan langkah mereka di Menara Namsan itu.Lagak mereka tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang asyik dilamun cinta.Sering sahaja tersenyum,ketawa,bergurau dan memandang dengan penuh makna antara satu sama lain.
“Wah,sedapnya!Dah lama tak makan makanan sedap macam ni,”kata Sa Rang,girang apabila melihat makanan yang baru sahaja terhidang di atas meja itu.Dong Joon turut tersenyum lebar.Dia kemudiannya cuba menyuapkan daging ikan yang dicubitnya ke dalam mulut namun dihalang oleh Sa Rang.
“Kenapa?”soal Dong Joon,sambil membulatkan matanya.
“Ah?”Sa Rang meminta Dong Joon untuk membuka mulutnya sambil mendekatkan daging ikan yang dicubitnya ke arah lelaki tersebut.Dong Joon sedikit hairan dengan kelakuan Sa Rang yang jarang sekali berlaku itu.
“Apa awak buat ni,Sa Rang?”soal Dong Joon.
“Ah!”
Dong Joon akhirnya membuka mulutnya apabila Sa Rang masih memaksa dirinya untuk menerima suapan daripadanya.Sa Rang mengukir senyuman manis.”Ah,comelnya!”puji Sa Rang.Dong Joon tertawa kecil.”Sekarang awak pula suap saya,”kata Sa Rang,selamba.
“Awak nak yang mana?”soal Dong Joon.
“Yang tu,”kata Sa Rang sambil menunjukkan ke arah udang goring yang terletak di hadapan Dong Joon itu.Dong Joon akur pada permintaan Sa Rang lalu menyuapkannya kepada Sa Rang.
“Sedapnya!”Sa Rang puas hati dengan suapan Dong Joon itu.”Okey,saya suapkan awak lagi,”kata Sa Rang.”Awak nak apa?”soalnya.
“Tak kisah.Awak suap je apa-apa,”jawab Dong Joon.
“Nah,”kata Sa Rang.Sebaik sahaja Dong Joon mahu menerima suapannya,Sa Rang mengalihkan sudu daripada mulut Dong Joon sambil tertawa.
“Tak nak makanlah macam ni,”kata Dong Joon,pura-pura merajuk.
“Ala,main-main je.Nah,”pujuk Sa Rang sambil menghalakan sudu tersebut ke arah Dong Joon.Dong Joon tersenyum sambil menerima suapan daripada Sa Rang itu.Sa Rang ketawa kecil apabila melihat telatah Dong Joon yang comel itu.
Mereka kemudiannya berjalan-jalan lagi sambil menikmati ais-krim yang baru sahaja dibeli tadi.Kali ini mereka mahu berjalan-jalan di Love Lock yang terletak berdekatan dengan Menara Namsan itu.
“Kita nak letak mangga pintu yang baru ke,Dong Joon?”soal Sa Rang sambil menoleh ke arah Dong Joon.Dong Joon juga menoleh ke arah Sa Rang namun dia tertawa tidak lama selepas itu.Riak wajah Sa Rang berubah.”Kenapa?”soal Sa Rang,kehairanan.
“Yah,awak memang sengaja makan comot kalau keluar dengan lelaki yang kacak macam saya ni ekh?”soal Dong Joon.Sa Rang terkejut.
“Comot ke?”soal Sa Rang.Dia mahu mengelap kesan krim yang tercalit pada mulutnya dengan tangannya namun dihalang oleh Dong Joon.
“Aish,mengalahkan budak-budak tadika lah awak ni,”kata Dong Joon.Dong Joon kemudiannya mencium bibir Sa Rang.Sa Rang terkejut dengan tindakan mengejut daripada Dong Joon itu.Perbuatan mereka menjadi perhatian remain namun langsung tidak diendahkan oleh Dong Joon.Dong Joon menjauhkan bibirnya dari Sa Rang.”Em,sekarang dah tak comot dah.Jom,kita pergi beli mangga pintu sekarang,”ajak Dong Joon,selamba berbanding dengan Sa Rang yang masih dalam keadaan terkejut itu.Dong Joon segera menarik tangan Sa Rang.
Sa Rang membelek-belek beberapa mangga pintu yang berada di situ.Sesekali dia tersenyum apabila membaca tulisan yang tertera di mangga-mangga pintu tersebut.Pandangannya terpaku kepada mangga pintu yang berwarna merah jambu.Hatinya tersentuh apabila membaca tulisan yang tertera pada mangga pintu tersebut.Dia kemudiannya mengambil gambar mangga pintu tersebut.Bibirnya mengukir senyuman manis.


Saranghaeyo...Kim Sa Rang...

“Lama tunggu?”soal Dong Joon,tercungap-cungap selepas berlari ke arahnya.Sa Rang tersenyum ke arah lelaki itu.Dong Joon kemudiannya menunjukkan mangga pintu berwarna putih yang baru sahaja dibelinya tadi.”Awak tulislah,”kata Dong Joon.
“Saya tulis?”soal Sa Rang.Dong Joon angguk.”Tapi ni kan untuk kita berdua?”soal Sa Rang lagi.
“Tak apa.Saya tahu ayat yang awak tulis nanti lagi sedap daripada saya buat,”kata Dong Joon.Sa Rang mencebik.Dong Joon menyerahkan sebatang pen marker kepada Sa Rang.Sa Rang kemudiannya menulis sesuatu di atas mangga pintu tersebut sambil diperhatikan oleh Dong Joon.Dong Joon tersenyum lebar apabila membaca tulisan Sa Rang itu.
“Dah siap.Awak pasanglah,”kata Sa Rang sambil menghulurkan mangga pintu itu kepada Dong Joon.Mereka tersenyum lebar apabila melihat mangga pintu milik mereka itu sudah dipasang di Love Lock itu.

Semoga cinta Park Dong Joon dan Kim Sa Rang kekal selamanya…
Saranghaeyo…
Sebelum pulang,Dong Joon dan Sa Rang menikmati minum petang di sebuah kafe tidak jauh dari tempat perhentian bas untuk mereka pulang bersama nanti.Mereka berbual sambil melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang mereka keluar bersama tadi.Hanya gambar mangga pintu berwarna merah jambu itu sahaja yang tidak ditunjuk oleh Sa Rang kepada Dong Joon.Sa Rang mencebik apabila Dong Joon sering memuji dirinya sendiri kacak.Dong Joon pula sekadar ketawa.Perbualan mereka terganggu apabila Dong Joon ditegur oleh seseorang.Bibir Dong Joon tersenyum lebar apabila melihat lelaki yang menegurnya itu.Pantas sahaja dia memeluk lelaki itu.
“Ji Ho,lamanya tak jumpa kau!”Dong Joon teruja apabila dipertemukan dengan kawan lamanya itu.Ji Ho juga begitu.
“Pergh,lama sangat tak jumpa kau!Gila handsome kau sekarang.Mana pergi misai kesayangan kau tu?”soal Ji Ho.Dong Joon ketawa.”Wah,cantiknya!Buah hati kau ke ni?”soal Ji Ho,ingin tahu apabila menyedari kehadiran Sa Rang di situ.
“Ah,ni Kim Sa Rang.Sa Rang,ni Yoon Ji Ho,kawan baik saya masa kolej dulu,”kata Dong Joon,memperkenalkan Ji Ho kepada Sa Rang.Sa Rang dan Ji Ho saling berjabat tangan sambil tersenyum.
“Yah,jealouslah aku tengok kau sekarang ni.Dahlah makin handsome,awek pula cun.Memang dah perfectlah hidup kau sekarang ni,”puji Ji Ho.Dong Joon sekadar tersenyum.
“Kau buat apa kat sini?”soal Dong Joon.
“Oh,aku memang tiap-tiap hari kat sini.Aku pemilik kafe ni,”kata Ji Ho.Mata Dong Joon terbuka luas.
“Wow,seriously?Aku tak tahu pun kau ada kafe sendiri.Chukae!”ucap Dong Joon.Ji Ho menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum malu.
“Aish,biasa je.Bukannya besar mana pun.Lainlah kau.Bakal pewaris empayar Park yang memang hebat tu,”kata Ji Ho.Dong Joon sekadar tersenyum nipis.Begitu juga dengan Sa Rang.Namun,tidak pula Dong Joon mahu mengulas lebih.Biarlah Ji Ho tidak mengetahui perihal sebenar yang sudah berlaku itu.”Ah,Cik Kim,boleh saya pinjam Dong Joon sekejap?”soal Ji Ho pula.Sa Rang sekadar angguk.Tidak lama kemudian,Sa Rang terdengar bunyi piano dimainkan.Sa Rang menoleh ke arah bunyi piano yang dimainkan itu.Sa Rang terpana apabila melihat Dong Joon sedang duduk di bangku berdekatan dengan piano itu manakala Ji Ho pula sedang bermain piano di situ.Dong Joon memandang Sa Rang dengan penuh makna sekali sambil mengukir senyuman manis.
“Jika selama 27 tahun ni,saya dah hidup untuk diri saya sendiri…jadi selepas ni,hidup saya ini hanya untuk awak,Kim Sa Rang.Awaklah cinta terakhir dalam hidup saya yang selama ni kosong tanpa kehadiran awak.Saya akan ucapkan kata-kata ni berulang kali selagi saya bernafas di atas muka bumi ini…Saranghaeyo…”
Mata Sa Rang bergenang apabila mendengar luahan hati Dong Joon itu,bersaksikan orang ramai yang turut berada di situ.Bibirnya tersenyum lebar apabila mendengar Dong Joon menyanyikan lagu yang pernah dirakamkannya di dalam pemain mp3.

Sum jocha shigi himdeun shigandeul, nae mogeuljo ineun sesangeun 
Amuri jiuryeo aesseo bwado, 
gyesok nareul jakkuman sseureojige haneunde 
Naega gajin jeonbu ojik neo hana ppunya 
Neoreul nohji anheulge 

You're my last love, neon nae majimak sarang 
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram 
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul 
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love 
Su manheun shigane sang cheodeul do, oh baby, 
apeumi seororeul jjijeodo 
Ssahigo ssahini chuwok deureun, 
seoroye nunmureul dakka juneun geol 
Yeogi mureup kkulko neoreul boneun nareulbwa 
Neol wihae nareul geolge 

You're my last love, neon nae majimak sarang 
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram 
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul 
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love 

Ijageun banjiro neun malhalsu eopjiman 
Yaksok halkke modeun geol nan neoreul wihaeseo 

You're my last love, you are the love of my life 
You're my last love, you are the love of my life 
Eodun gireul balkge bichu neun hanaye deungbul 
Nae nunape ttodareun gijeok, you're the last love

“Saya tak tahu pula yang awak ni pandai nyanyi,”kata Sa Rang.Dong Joon yang sedang duduk di sebelahnya sekadar tersenyum bangga.
“Mestilah.Kalau dah muka saya ni macam G.O,mestilah suara pun sedap macam G.O juga,”kata Dong Joon,bangga memuji diri sendiri.Sa Rang mencebik.Tak habis-habis perasan!Kalau betul muka macam G.O pun,tak payahlah nak perasan lebih.
“Sudah-sudahlah tu.Kalau setakat muka macam G.O pun,bukannya awak ada fan club macam dia.Siapa jelah yang nak minat kat awak?Harapkan saya seorang jelah peminat awak,”kata Sa Rang.Dong Joon tertawa.Bahu wanita itu dipautnya.
“Awak minat kat saya ke?Bolehlah kita buat fan meeting tiap-tiap hari,”gurau Dong Joon.Sa Rang tersenyum.Sa Rang kemudiannya menyandarkan dirinya pada Dong Joon.Entah mengapa,dia lebih selesa menaiki bas dengan Dong Joon berbanding kereta.Mungkin kerana Dong Joon tidak perlu menumpukan perhatian seratus peratus pada pemanduannya dan Dong Joon akan lebih menumpukan perhatian kepadanya di dalam bas ini.
“Dong Joon,”tegur Sa Rang.
“Em?”
“Saya nak tanya awak satu soalan,boleh?”soal Sa Rang.
“Apa?”
“Sejak bila awak mula jatuh cinta dekat saya?”soal Sa Rang.Kedengaran nafas berat daripada lelaki itu.
“Em,kita tengah main true or dare ke?”soal Dong Joon.
“Cepatlah,Dong Joon.Saya nak tahu je.Takkan malu kot,”kata Sa Rang.Dong Joon kemudiannya berdehem beberapa kali.Dia menoleh ke arah Sa Rang.
“Saya nak cakap benar dekat awak,”kata Dong Joon.
“Apa?”Sa Rang teruja untuk tahu.Dong Joon memerhati wajah Sa Rang sambil memegang dagunya.
“Sebenarnya,awak ni tak adalah cantik sangat,”kata Dong Joon.Mata Sa Rang terbuka luas.
“What?!”Sa Rang terkejut dengan pengakuan Dong Joon itu.Dong Joon ketawa apabila melihat muka Sa Rang yang berubah marah itu.Dong Joon kemudiannya memegang pipi wanita itu.Sa Rang diam.
“Nilah wajah awak yang berjaya mencuri hati saya sejak kali pertama bertemu.Dan wajah awak yang garang nilah yang membuatkan saya jatuh cinta kat awak,”kata Dong Joon,jujur.Sa Rang terpana dengan pengakuan Dong Joon itu.Dia kemudiannya menyandarkan wanita itu pada dadanya.
“Saya mencintai awak pada kali pertama jumpa awak di tadika dulu,”akui Dong Joon.Perlahan-lahan,Sa Rang mengukir senyuman manis,terharu mendengar kata-kata lelaki itu.Barulah dia tahu bahawa Dong Joon sudah terlalu lama menanti cintanya sejak dari peristiwa mereka bergaduh kerana kereta yang dipandu laju oleh Dong Joon itu hampir-hampir sahaja melanggar anak muridnya di tadika dahulu.
“Gomawo…”ucap Sa Rang.
Dong Joon menemani Sa Rang pulang ke rumahnya.Tangannya menggenggam erat tangan Sa Rang,seolah-olah enggan dilepaskan.Mereka berhenti apabila sudah tiba di hadapan apartment Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arah Sa Rang.
“Kita dah berjalan seharian hari ni,awak mesti penat kan?”soal Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
“Hari ni sangat seronok,kan?”soal Sa Rang pula.
“Hari ni betul-betul penat,tahu tak?”balas Dong Joon.Riak wajah Sa Rang berubah.
“Awak penat ke?”soal Sa Rang,bimbang Dong Joon tidak gembira keluar bersama-samanya.Dong Joon tersenyum.
“Saya cakap pasal awak,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya mengangkat tangannya yang sedang menggenggam tangan Sa Rang itu.”Saya tak penat langsung hari ni,”katanya lagi,sambil mengukir senyuman puas.”Em,kenapa hari ni awak nampak lain macam hah?Hari ni kita dah buat macam-macam yang saya rasa kita tak pernah buat pun sebelum ni,”soal Dong Joon,setelah lama bermain teka-teki dengan sikap Sa Rang yang kelihatan berbeza itu.”Saya tengok awak macam orang lain hari ni,”sambungnya lagi.Dong Joon terkejut apabila melihat riak wajah Sa Rang yang berubah sedih itu.”Tapi,bukan bermaksud saya tak suka.Cuma,memandangkan dating kita hari ni,awak yang plan…dating yang akan datang ni nanti,saya pula yang plan.Arasso?”kata Dong Joon.
“Awak nak buat apa?”soal Sa Rang.
“Aih,dah nama pun plan saya,biarlah saya seorang je yang plan,”balas Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
“Dong Joon ah,”tegur Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.Dong Joon terpana apabila Sa Rang mencium bibirnya.Sa Rang tersenyum apabila melihat muka Dong Joon yang masih terkejut itu.”Em,dah lewat ni.Awak baliklah dulu,”kata Sa Rang.
“Ah..okey.Awak naiklah dulu.Saya tunggu kat sini,”balas Dong Joon.Sa Rang menggeleng.
“Plan saya yang terakhir untuk hari ni ialah nak tengok awak jalan balik,”kata Sa Rang.Dong Joon tertawa kecil.
“Arasso…saya balik dulu.Jumpa lagi,”ucap Dong Joon sambil menghadiahkan ciuman pada dahi wanita itu.Sa Rang tersenyum.Dong Joon kemudiannya melangkah jauh daripada Sa Rang.Sa Rang memandang Dong Joon dengan pandangannya yang berbeza sekali lagi.
“Miane…saya terpaksa pergi.Jaga diri,”katanya perlahan.Dong Joon kemudiannya beralih ke arahnya sambil melambai ke arahnya.Sa Rang tersenyum sambil membalas lambaian lelaki itu.Dong Joon kemudiannya meneruskan langkahnya.
“Selamat tinggal,Dong Joon,”ucapnya,sambil mengalirkan air mata.

Park Dong Joon 
Kim Sa Rang 
Kim Min Jung 

Park Hye Ri


Cameo:
Yang Seung Ho as Yoon Ji Ho

No comments:

Post a Comment