08 June, 2011

...Chapter 42...

"Awak kena pergi Jeju-do untuk 3 bulan?"soal Sa Rang,terkejut apabila mendengar kata-kata Dong Joon itu.Dong Joon angguk,sedikit lemah.Berasa berat untuk meninggalkan kekasih hatinya itu.Namun,Dong Joon harus akur atas permintaan kerjanya yang baru itu.Sa Rang menundukkan sedikit wajahnya.Dia cuba menyembunyikan rasa kecewanya walaupun perpisahan itu hanya sementara.Dan apa yang penting,perpisahan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan kerjaya Dong Joon sebagai seorang arkitek serba boleh.Sa Rang kemudiannya memaksa dirinya untuk mengukir senyuman manis.
"Bila awak nak pergi?"Soal Sa Rang sambil memandang ke arah lelaki yang semakin disayangi dan dicintainya itu.
"Lusa,"jawab Dong Joon,pendek.Senyuman Sa Rang mengendur.Buaian yang dinaikinya pun diberhentikan.Dong Joon yang menyedari riak wajah Sa Rang yang berubah itu,segera menghayunkan semula buaian itu.
"Ala,sekejap je 3 bulan tu.Pejam celik pejam celik...dah balik ke Seoul semula,"kata Dong Joon,cuba menyenangkan hati Sa Rang.Namun,Sa Rang terus membisu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam hati Dong Joon."Sa Rang?Kenapa dengan awak ni?"soal Dong Joon.
"Awak cakap senang je.Dulu,awak cakap awak pergi Busan untuk sebulan je.Tapi,awak balik sini lepas dua bulan awak duduk kat Busan tu.Awak memang suka main-main tau,"kata Sa Rang,sedikit geram dengan perangai Dong Joon yang kadang-kala keanak-anakan itu.Dong Joon tersenyum nakal.Lantas dia mendekatkan wajahnya ke pipi Sa Rang.
"Awak tunggu saya ya waktu tu?"usik Dong Joon.Muka Sa Rang merah apabila mendengar usikan Dong Joon itu.Namun,Sa Rang cuba berlagak biasa ketika itu.
"Tak adalah tunggu.Cuma...saya ni jenis sensitif orangnya kalau ada orang yang mungkir janji,"kata Sa Rang,cuba menegakkan benang yang basah padahal rahsia hatinya sudah terbongkar jelas.Dong Joon tertawa.
"Awak mesti rasa sunyi kan masa saya tak ada masa tu?Tulah,masa saya ada...awak jual mahal,"kata Dong Joon,mencebik.Sa Rang mencubit telinga Dong Joon.Dong Joon menjerit kesakitan.
"Banyak jual mahal awak.Jangan nak perasan ekh,"balas Sa Rang,geram.Dia kemudiannya melepaskan cubitannya yang berbisa itu.Dong Joon menggosok-gosok telinganya yang merah itu.
"Yah...baru saya tahu yang aegi saya ni kuat mencubit rupanya,"usik Dong Joon lagi.
"Dong Joon ah!"Sa Rang berasa penat diusik oleh Dong Joon.Dong Joon pula sekadar ketawa.Dong Joon kemudiannya memeluk Sa Rang dari belakang.Sa Rang tergamam denga pelukan lelaki bernama Park Dong Joon itu.
"Saya janji...kali ni saya takkan mungkir janji.Saya akan balik tepat seperti yang saya janjikan.Tapi,kalau ada sesuatu yang menghalang saya balik pada hari yang sepatutnya,saya telefon awak,okey?"kata Dong Joon,bernada memujuk.Sa Rang tersenyum.Perlahan-lahan,dia angguk.
"Satu lagi yang awak kena janji dengan saya,"kata Sa Rang.
"Apa?"soal Dong Joon,melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Awak jangan cari perempuan lain.Kalau tak...awak tahulah akibatnya,"ugut Sa Rang.Mata Dong Joon terbuntang luas.
"Kalau awak dah cakap macam tu,saya tak boleh nak cakap apalah,"kata Dong Joon,kedengaran hampa.
"Oh...awak memang ada niat nak cari perempuan lain ekh?"soal Sa Rang,bersedia dengan cubitannya.
"Yah...yah..janganlah nak mencubit pula,"Dong Joon mula melangkah jauh daripada Sa Rang.Sa Rang kemudiannya berlari ke arahnya,berpura-pura mahu mencubit.Dong Joon pula berlari laju,menjauhi Sa Rang.

Dong Joon memusing badannya menghadap Sa Rang sebelum melangkah ke arah balai berlepas.Hanya Sa Rang yang menemani pemergiannya ke Jeju-do.Adiknya,Hye Ri dan Yun Ho sibuk dengan urusan masing-masing.Namun,Dong Joon sudah berjumpa dengan adik-adiknya sehari sebelum bertolak ke Jeju-do.
"Awak dah check ke tak ada barang yang tertinggal?"soal Sa Rang,mengingatkan Dong Joon agar tidak tertinggal sebarang dokumen atau barang-barang yang penting.
"Dah.Harap-harap saya tak tertinggal apa-apalah.Kalau ada,awak tolong hantarkan boleh?"soal Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Tak ada maknanya saya nak pergi sana,nak kena hantarkan barang kat awak.Buang tenaga saya je,"balas Sa Rang.Dong Joon tertawa.Wajah ayu Sa Rang itu diperhatinya dengan penuh rasa kasih.Sa Rang yang menyedari pandangan Dong Joon itu mulai berasa kaget.Dong Joon kemudiannya menyentuh kedua-dua pipi gebu wanita bernama Kim Sa Rang itu.Kedengaran keluhan kecil dari lelaki itu.
"Berat hati saya nak tinggalkan wanita yang cantik macam awak ni,"kata Dong Joon,sekaligus memuji kecantikan wajah Sa Rang yang sudah lama menjadi pujaan hatinya itu.Sa Rang malu."3 bulan rasa macam 3 tahun je,"katanya lagi.Sa Rang tersenyum.
"Awak sendiri cakap yang 3 bulan tu sekejap je kan?Awak kenalah percaya dengan kata-kata awak tu,"kata Sa Rang,sambil meletakkan tangannya di atas tangan Dong Joon yang masih menyentuh pipinya itu.Dong Joon mengeluh.
"Awak tak nak ikut saya ke?"soal Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Apa awak ni?Kalau saya ikut awak,siapa yang nak jaga anak-anak murid saya kat tadika tu?"soal Sa Rang.Namun,Sa Rang terdiam apabila melihat wajah Dong Joon yang serius itu."Ke..kenapa ni?"soal Sa Rang.Kedengaran Dong Joon menarik nafas panjang.
"Saya cintakan awak,"ucap Dong Joon sambil memandang tepat ke arah anak mata Sa Rang."Saya cintakan awak,"ucap Dong Joon lagi.Sa Rang sedikit hairan dengan perubahan sikap Dong Joon itu.
"Saya...pun cintakan awak,"balas Sa Rang.Bukan ragu-ragu akan perasaannya terhadap Dong Joon,tetapi lebih merujuk ke arah sikap Dong Joon yang berubah secara tiba-tiba.Boleh dikatakan...EMOSIONAL...
"Sebenarnya,saya dah lama nak bertanyakan soalan ni kepada awak.Tapi,saya tak yakin kalau...sekarang ni adalah waktu yang sesuai untuk saya tanyakan soalan tu kat awak,"kata Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
"Tanyalah,"balas Sa Rang."Dong Joon?"Sa Rang semakin pelik apabila Dong Joon melutut di hadapannya secara tiba-tiba.Sa Rang melihat ke arah sekeliling.Malu apabila mereka menjadi tumpuan ramai di lapangan terbang itu."Dong Joon,apa awak buat ni?"soal Sa Rang.Dong Joon mencapai tangan Sa Rang.Sa Rang terkejut apabila Dong Joon menyarungkan cincin ke jari manisnya.Wajah Dong Joon itu diperhatikannya.
"Kim Sa Rang...sudikah awak untuk bersama dengan saya selama-lamanya?"soal Dong Joon,sepenuh hati.Sa Rang tergamam.Dia betul-betul terkejut dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu.Dong Joon masih memandang ke arahnya dengan penuh pengharapan.Namun,Sa Rang tidak sempat untuk memberi jawapannya ketika itu apabila waktu untuk pesawat berlepas ke Jeju-do sudah hampir tiba.Penumpang yang akan pergi ke Jeju-do diminta untuk bergerak ke balai berlepas ketika itu juga.Dong Joon berdiri di hadapan Sa Rang.
"Aih...cepatnya dah nak bertolak!"ngomel Dong Joon sambil bercekak pinggang.Dia kemudiannya beralih ke arah Sa Rang."Saya dah nak pergi,"kata Dong Joon.Dong Joon memandang ke arah cincin yang sudah lama dibelinya itu.Cincin berukiran 'LOVE' yang bermaksud 'SARANG' itu kelihatan lebih cantik di jari pemiliknya,Kim Sa Rang.
"Saya...perlukan jawapan awak sekarang.Bila saya toleh ke belakang,kalau awak masih berdiri di sini...bermakna awak menerima lamaran saya.Kalau tak...faham-fahamlah saya,"kata Dong Joon,sebelum melangkah menjauhi Sa Rang.Sa Rang memegang jari manisnya yang sudah disarungkan cincin oleh Dong Joon itu.Jantungnya berdebar saat melihat kelibat Dong Joon yang kian jauh darinya itu.Dong Joon kemudiannya berhenti daripada terus melangkah.Dia kemudiannya menoleh ke belakang.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat Sa Rang masih berdiri di situ sambil memandang ke arahnya.
"Yes!"Dong Joon menjerit keriangan sambil berlari semula ke arah Sa Rang.Lantas dipeluknya tubuh itu seerat-eratnya,seperti enggan mahu dilepaskan pula.Sa Rang turut mengukir senyuman lebar."Gomawo..."ucap Dong Joon,teruja.Sa Rang turut membalas pelukan lelaki itu.Dong Joon kemudiannya meleraikan pelukannya lalu diciumnya bibir Sa Rang sebagai ucapan terima kasih kerana menerima lamarannya.
"Pergilah cepat.Nanti awak terlepas flight,"pesan Sa Rang apabila Dong Joon masih lagi tercegat di hadapannya.Dong Joon tersenyum malu.Dia kemudiannya berlari ke balai berlepas sambil melambai ke arah Sa Rang.Sa Rang turut membalas lambaian Dong Joon.
"Jaga diri!"jerit Sa Rang sebelum kelibat Dong Joon hilang dari pandangannya.Sa Rang mulai rasa sebak sebaik sahaja kelibat Dong Joon hilang dari pandangannya.Pastinya dia sudah mula merindui lelaki itu.Diperhatinya cincin berukiran 'LOVE' yang tersarung di jari manisnya itu.
"Maafkan saya.Cik ni bernama Kim Sa Rang ke?"soal seorang pekerja di situ yang berketrampilan kemas sekali.Perlahan-lahan,Sa Rang mengangguk.Kelihatan wanita itu tersenyum lebar sambil menghulurkan sesuatu kepadanya.
"Encik Park Dong Joon amanahkan saya untuk menyerahkan pemain mp3 ni kepada Cik Sa Rang,"kata wanita itu.Sa Rang menerimanya selepas mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.
Di dalam bas,Sa Rang segera memasang earphone pada telinganya sambil menekan butang pemain mp3 itu.

Ehem..ehem...testing testing..1,2,3...
dengar tak?
Em...so...saya tahu kita takkan berjumpa untuk tempoh 3 bulan ni...
jadi...saya hadiahkan awak mp3 ni..sebab tak nak bagi awak sunyi...
saya tahu...awak mesti rindu dekat saya punya nanti...
sekarang mesti awak tengah rindu dekat saya kan?

Sa Rang tersenyum seraya angguk,mengiyakan kata-kata Dong Joon yang berupa rakaman suara itu.

Kalau awak rasa Jung Min adalah penyanyi yang hebat,awak silap...
sebenarnya sayalah yang hebat...
sebab saya hebatlah...
Jung Min rasa tercabar...
sebab tu dia jadi penyanyi sekarang...
pakai nama Nick pula tu...
uwekk!

Sa Rang tertawa apabila mendengar gurauan Dong Joon itu.

Saya ada sesuatu yang saya nak sampaikan dekat awak...
saya tahu suara saya...
lagi sedap daripada Jung Min...
tapi takut juga kalau awak tak suka...
saya harap sangat...
awak suka...

Hati Sa Rang mulai berdebar apabila mendengar sesuatu yang bakal disampaikan oleh Dong Joon itu.

Sum jocha shigi himdeun shigandeul, nae mogeuljo ineun sesangeun
Amuri jiuryeo aesseo bwado,
gyesok nareul jakkuman sseureojige haneunde
Naega gajin jeonbu ojik neo hana ppunya
Neoreul nohji anheulge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Su manheun shigane sang cheodeul do, oh baby,
apeumi seororeul jjijeodo
Ssahigo ssahini chuwok deureun,
seoroye nunmureul dakka juneun geol
Yeogi mureup kkulko neoreul boneun nareulbwa
Neol wihae nareul geolge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Ijageun banjiro neun malhalsu eopjiman
Yaksok halkke modeun geol nan neoreul wihaeseo

You're my last love, you are the love of my life
You're my last love, you are the love of my life
Eodun gireul balkge bichu neun hanaye deungbul
Nae nunape ttodareun gijeok, you're the last love

Air mata Sa Rang tertumpah jua saat mendengar nyanyian Dong Joon yang merdu itu.Satu penghargaan bagi dirinya apabila Dong Joon menghadiahkan lagu itu khas untuk dirinya.Apatah lagi,Dong Joon baru sahaja melamarnya sebentar tadi.Sa Rang tersenyum manis.Cincin itu diperhatinya semula.Wajah Dong Joon mulai terbayang di layar mindanya.Sungguh,kerinduan terhadap lelaki itu kian membuak walhal mereka baru sahaja berpisah beberapa minit yang lalu.

Sa Rang mengubati rasa rindunya terhadap Dong Joon dengan mendengar rakaman suara lelaki itu pada ketika dia rasa kesunyian.Sa Rang sendiri pelik sejak bila pula Dong Joon mempunyai masa untuk merakamkan suaranya sebelum bertolak ke Jeju-do.Bukannya satu atau dua rakaman,malah puluhan rakaman suara yang dibuatnya.Ada yang berbentuk nyanyian,mahupun sekadar perbualan biasa.Mungkin Dong Joon tahu bahawa dia mungkin tidak berkesempatan untuk menghubungi Sa Rang dengan kerap kerana kesibukan kerjanya.Kelakuannya sama sahaja seperti ketika Dong Joon berada di Busan dahulu.Jika dulu,Sa Rang kurang senang dengan kelakuannya itu,tetapi tidak lagi sekarang.Sa Rang sudah masak benar dengan kesibukan lelaki itu.Apatah lagi,luka di hati Dong Joon baru sahaja sembuh selepas kejadian malang yang menimpa keluarga dan syarikatnya beberapa bulan yang lalu.Sa Rang menaiki skuternya yang berwarna merah jambu itu selepas sahaja urusan di tadika tamat.Hari ini,Yun Ho tidak mengikutnya pulang bersama-sama kerana terlebih dahulu mengikuti Hye Ri.Katanya untuk bersiar-siar.Niatnya untuk segera pulang ke rumah terhenti apabila melihat sebuah kereta mewah berwarna putih berhenti di hadapannya.Sa Rang terpana apabila melihat Su Yeon keluar dari keretanya itu .Su Yeon membuka cermin mata hitamnya sambil memandang tajam ke arah Sa Rang.
"Su Yeon?Apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang,kehairanan.
"We need to talk,"balas Su Yeon.

 Park Dong Joon
Kim Sa Rang
Lee Su Yeon
'Love' Ring

No comments:

Post a Comment