07 June, 2011

...Chapter 41...

Dong Joon tersenyum manis apabila terpandang Sa Rang yang sedang menunggunya di luar rumah.Sa Rang yang melihat Dong Joon yang sedang mendekati ke arahnya turut mengukir senyuman manis sebagai menyambut kepulangan lelaki itu.
"Kan saya dah cakap minta kunci dari Hye Ri.Tak payah awak tunggu kat luar sejuk-sejuk macam ni,"kata Dong Joon.
"Saya terlupa.Lagipun,saya baru saja sampai.Tak sempat nak sejuk pun,"balas Sa Rang.Dong Joon kemudiannya memeluk Sa Rang sebaik sahaja Sa Rang menghabiskan kata-katanya."Dong Joon?"Sa Rang hairan dengan kelakuan Dong Joon itu.
"Shh.Sekejap je,"kata Dong Joon,memperkemas lagi pelukannya.Sa Rang tersenyum sambil mengukir senyuman.
"Awak ada masalah ke,Dong Joon?"soal Sa Rang,bimbang.
"Taklah.Saja...Sebab bila saya nampak awak je,saya rasa penat saya dah hilang.Apatah lagi kalau saya peluk awak,"jawab Dong Joon.Senyuman Sa Rang kian lebar.Sampai begitu sekali Dong Joon menghargai dirinya.Dong Joon kemudiannya melepaskan pelukannya."Jomlah,kita masuk,"ajak Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon mengeluarkan kunci rumahnya sambil diperhatikan oleh Sa Rang.Sebaik sahaja Dong Joon memetik suis lampu rumahnya...
"Chukae!!!"Dong Joon terundur beberapa langkah apabila melihat Hye Ri,Min Jung dan adik lelakinya,Yun Ho sedang berdiri di ruang tamu sambil mengucapkan tahniah kepadanya.Dong Joon begitu terkejut sehingga tidak tahu untuk berkata apa-apa.Hye Ri melangkah ke arahnya sebelum memeluk abangnya itu.
"Chukae...sebab dah naik pangkat!"ucap Hye Ri,teruja dengan kejayaan abangnya itu.
"Hyung!"jerit Yun Ho pula sambil berlari ke arah Dong Joon.Dong Joon tersenyum apabila Yun Ho turut memeluk dirinya.
"Yah...apa korang buat ni?"soal Dong Joon,masih belum memahami situasi yang sedang berlaku itu.Hye Ri dan Yun Ho melepaskan pelukan mereka terhadap Dong Joon.
"Kami dah rancang nak buat surprise party untuk oppa atas kejayaan oppa dapat jawatan tinggi dalam syarikat Han selain projek baru kat Jeju-do,"jawab Hye Ri.Dong Joon tersenyum malu.
"Ala,biasa je.Takkanlah sampai nak buat party macam ni.Malulah..."kata Dong Joon sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Sa Rang yang asyik memerhati telatah tiga beradik itu tersenyum manis.Begitu juga dengan Min Jung.Sa Rang yakin sekiranya Jung Min juga turut berada di situ,pasti lagi meriah suasana itu sekarang.
"Dah,jom!Kita makan,"ajak Min Jung setelah sekian lama membisu.Ajakannya disambut dengan anggukan yang lain.

"Unni,suaplah oppa makan.Teringinlah nak tengok,"usik Hye Ri sambil disambut oleh senyuman nakal Min Jung.Muka Sa Rang berubah merah apabila diusik oleh Hye Ri dan Min Jung.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Nak tengok juga,"pinta Yun Ho.Dong Joon menutup mulut Yun Ho.Dong Joon kemudiannya pura-pura ketawa.
"Wah,sedaplah awak masak,Sa Rang!"Dong Joon sengaja mengubah topik perbualan.Muka Hye Ri mencuka apabila abangnya sengaja tidak mengendahkan permintaannya.
"Oppa..."rayu Hye Ri.
"Apa...?"Dong Joon malas hendak melayan kerenah adik perempuannya yang seorang itu.
"Dong Joon ah..."panggil Sa Rang yang sedang duduk di sebelahnya ketika itu.Dong Joon menoleh ke arahnya.Dong Joon terkejut apabila melihat Sa Rang sedang menghalakan sudu ke arahnya.
"Ahh,"Sa Rang mengangakan mulutnya,memberi isyarat supaya Dong Joon turut membuka mulutnya.Perlahan-lahan,Dong Joon membuka mulutnya dan menerima suapan Sa Rang itu.Hye Ri dan Min Jung yang melihat situasi romantik itu ketawa gembira.
"Kawaii!"jerit Hye Ri.Dong Joon kemudiannya berlagak biasa .Begitu juga dengan Sa Rang."Sukanya tengok!Macam dalam novel pula,"kata Hye Ri.Min Jung turut tertawa mendengar kata-kata kawannya itu.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran deringan telefon bimbit Min Jung.Min Jung kemudiannya menjawab panggilan itu sambil memperlahankan suaranya.Tidak lama selepas itu,dia menamatkan panggilannya dengan senyuman penuh makna sekali."Wah,senyum sampai ke telinga nampak?"usik Hye Ri.
"Mana ada,"balas Min Jung,menidakkan kata-kata Hye Ri itu.
"Eh,Min Jung ada boyfriend ke?"soal Dong Joon.
"Mana ada,oppa!Min Jung tak ada boyfriend,"kata Min Jung.
"Dia dah nak ada boyfriend dah tu,oppa.Tengah tunggu confession dari orang tu je,"usik Hye Ri lagi,sambil menjeling ke arah Min Jung.Min Jung menyiku lengannya."Tapi kan,Min Jung...baguslah kalau hati kau dah terbuka dekat Won Bin tu.Sekurang-kurangnya kau dapat juga lupakan cinta pertama kau tu,betul tak?"soal Hye Ri.Min Jung tersenyum penuh makna sambil memandang ke arah Dong Joon.Begitu juga dengan Dong Joon.Sa Rang juga sekadar memerhati.Hanya mereka bertiga sahaja yang mengetahui mengenai rahsia itu.

Dong Joon masih belum mahu tidur,sebaliknya dia masih berjaga untuk menyiapkan kerjanya.Sa Rang,Hye Ri,Min Jung serta Yun Ho pula ditumpangkan biliknya untuk mereka berehat.
"Oppa..."tegur Hye Ri sambil melabuhkan punggung di sebelah Dong Joon.
"Eh,kenapa tak tidur lagi?Panas ke?"soal Dong Joon.Hye Ri menggeleng.
"Taklah.Saja nak tengok oppa tengah buat apa,"kata Hye Ri sambil memerhati ke arah kerja-kerja Dong Joon yang bertimbun di atas meja itu.
"Ala...nak tengok apanya?Macam biasa je kerja oppa ni.Apa yang Hye Ri belajar kat kolej,tulah yang oppa tengah buat sekarang ni,"kata Dong Joon,sambil meneruskan kerjanya yang tertangguh seketika itu.
"Oppa selalu tidur lewat macam ni ke?Esok kan oppa nak pergi kerja lagi,"kata Hye Ri,sedikit bimbang tentang kesihatan abangnya itu.
"Oppa dah biasa dah.Tak ada apa-apa pun,"balas Dong Joon,sambil tersenyum.
"Kerja,kerja juga oppa.Tapi jangan sampai seksa diri oppa tu.Nanti masuk hospital lagi,baru tahu.Kalau oppa masuk hospital lagi,Hye Ri dah tak nak bagi Sa Rang unni temankan oppa lagi,"ugut Hye Ri.Dong Joon tertwa sambil mencubit pipi gebu adik perempuannya itu.
"Amboi,garangnya!"usik Dong Joon.Hye Ri tersenyum.
"Oppa,"sapa Hye Ri.
"Ya?"
"Oppa...tak pelik ke tiba-tiba Encik Hwang tu tawarkan jawatan arkitek syarikat Han dekat oppa?"soal Hye Ri.Dong Joon berhenti daripada meneruskan kerjanya apabila mendengar soalan Hye Ri itu."Em,miane.Hye Ri cuma tertanya-tanya je.Kalau oppa tak nak jawab pun tak apa,"kata Hye Ri,rasa bersalah kerana mengganggu kerja Dong Joon dengan bertanyakan soalan sebegitu rupa.
"Tak apa.Sebab,oppa pun sebenarnya masih tertanya-tanya pasal hal tu,"balas Dong Joon."Walaupun dia cakap yang datuk dia dengan mendiang appa berkawan baik,oppa masih rasa sangsi pasal hal ni,"kata Dong Joon.
"Jadi,kenapa oppa terima juga tawaran Encik Hwang?"soal Hye Ri.
"Sebab...oppa fikirkan Hye Ri dengan Yun Ho,"jawab Dong Joon,sambil menoleh ke arah Hye Ri."Kalau boleh,oppa nak kita duduk sama-sama macam dulu.Mungkin tak dapat di rumah kita yang dulu.Tapi,kalau kita dapat duduk sama-sama macam dulu pun,dah cukup,"katanya lagi.Dong Joon memandang ke arah Hye Ri."Miane...sebab oppa tak dapat jadi abang yang terbaik untuk Hye Ri dan lain-lain.Oppa tahu oppa tak layak untuk jadi seorang abang untuk Hye Ri,Jung Min dan Yun Ho.Sebab oppa,kita jadi macam ni,Miane,"kata Dong Joon,perlahan.Hye Ri memeluk abangnya itu.Air matanya mengalir,terharu.Hatinya benar-benar terharu apabila mendengar kenyataan Dong Joon yang begitu bermakna itu.Selama dia menjadi adik kepada lelaki itu,tidak pernah dia mendengar Dong Joon mengatakan sesuatu yang begitu menyentuh hati itu.
"Hye Ri pun minta maaf,oppa,"ucap Hye Ri,sebak.Dong Joon tersenyum nipis.
"Tak ada benda yang Hye Ri perlu minta maaf dari oppa.Kenapa nak minta maaf pula?"soal Dong Joon.
"Untuk semua,"balas Hye Ri,sambil menangis tersedu-sedan."Hye Ri janji yang Hye Ri akan belajar betul-betul supaya dapat tolong oppa,"sambungnya lagi.
"Gomawo,"balas Dong Joon,percaya akan janji yang dibuat oleh adik perempuan tunggalnya itu.


Su Yeon tidak dapat melelapkan matanya.Puas dia pusing ke kanan dan ke kiri,namun matanya masih liat untuk tidur.Su Yeon mengeluh berat.Peristiwa petang tadi masih terbayang di ruang matanya.Entah mengapa,petang tadi,hatinya begitu terdesak untuk meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Dong Joon setelah sekian lama dipendamnya.
"Aku yakin,Dong Joon takkan terima cinta aku,"katanya,perlahan.Dia bangun dari katilnya lalu menuju ke koridor rumahnya.Matanya asyik memandang pemandangan malam yang tenang itu.Namun,dia sendiri tidak pasti jika ketenangan malam itu mampu menenangkan jiwanya yang sedang kacau ketika itu.
"Aku takkan menyerah dengan mudah.Aku mesti rebut balik hati Dong Joon walaupun dah terlambat,"bisik hatinya.


"Jangan sesekali jatuh cinta kepada Dong Joon,arasso?"


Tiba-tiba,ugutan ayahnya dahulu menerjah ke dalam fikirannya.Su Yeon mengeluh.Ayahnya juga tidak mahu dirinya jatuh cinta terhadap lelaki yang bernama Park Dong Joon itu.Bimbang sekiranya perasaan cintanya itu mampu menggagalkan rancangan mereka yang sudah berjaya merampas segala-galanya yang pernah menjadi milik keluarga Park.Namun,tidak lama selepas itu,Su Yeon mengukir senyuman sinis.
"Aku takkan lepaskan Dong Joon dengan mudah.Aku boleh uruskan appa tanpa perlu risaukan apa-apa.Cuma ada satu hal yang sedang menghalang cinta aku sekarang ni,"katanya sebelum mengeluarkan sekeping gambar dari dalam lacinya.Gambar Sa Rang!"Kalau aku tak boleh dapatkan Dong Joon oppa...kau pun tak boleh dapatkan dia,"katanya.Su Yeon kemudiannya memetik pemetik api lalu dihalakan ke arah gambar itu.Gambar Sa Rang terbakar.Su Yeon ketawa."Aku akan dapatkan Dong Joon oppa dengan mudah tanpa kau!"Ketawa Su Yeon semakin galak.


Dong Joon dan Sa Rang  berjalan menuju ke tanah perkuburan sambil membawa sejambak bunga.Langkah mereka terhenti apabila melihat Mika dan Min Ho sedang berjalan ke arah yang berlawanan dengan mereka.Langkah Mika dan Min Ho juga terhenti apabila melihat kehadiran Dong Joon dan Sa Rang di hadapan mereka.Mereka saling menundukkan badan mereka sedikit sebagai tanda hormat antara satu sama lain.
"Apa khabar,Mika?"soal Sa Rang.Mika tersenyum nipis sambil angguk sebagai menjawab soalan Sa Rang itu.Dong Joon dan Min Ho pula saling bertukar pandangan sambil tersenyum.
"Unni?"soal Mika pula.
"Unni sihat,"jawab Sa Rang.Mereka kemudiannya saling membisu,janggal berjumpa di situ.Mika kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.Mika menghulurkan dua pucuk surat kepada Dong Joon dan Sa Rang.
"Oppa amanahkan Mika untuk serahkan surat ni dekat unni dengan Dong Joon oppa.Nasib baik kita jumpa dekat sini.Jadi,dapatlah Mika serahkan surat ni kat unni dengan Dong Joon oppa,"kata Mika.Nadanya kedengaran sebak.Min Ho yang berdiri di sebelahnya pula cuba menenangkan hati adiknya yang masih bersedih itu dengan memaut bahu Mika.Sudah hampir sebulan Ji Won meninggal dunia,namun Mika masih bersedih dan tidak seceria dahulu.Seolah-olah jiwanya turut mati tanpa ada Ji Won di sisi.Sa Rang mengambil kedua-dua surat itu daripada Mika.
"Gomawo,"ucap Sa Rang.Hatinya turut sebak apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir ke pipi Mika.Mika kemudiannya memaksa dirinya untuk tersenyum.
"Oppa mesti rindukan unni dengan Dong Joon oppa.Jadi,Mika dengan Min Ho oppa minta diri dulu,"kata Mika sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Min Ho.
"Kami minta diri dulu,"ucap Min Ho,tenang.Dong Joon dan Sa Rang menundukkan sedikit badan mereka.
"Semoga kita jumpa lagi,"kata Dong Joon.Min Ho tersenyum lalu ditolehnya ke arah Mika.
"Jom,Mika.Kita balik,"ajak Min Ho sambil menarik lembut tangan adiknya itu.Dong Joon kemudiannya memandang ke arah Sa Rang yang kelihatan sugul itu.
"Jom?"Dong Joon cuba mengajak Sa Rang untuk menuju ke kubur Ji Won yang sudah kian dekat itu.Sa Rang memandang ke arah Dong Joon sambil tersenyum nipis.Sa Rang angguk.


 Park Dong Joon
Kim Sa Rang
 Park Hye Ri
 Kim Min Jung
 Lee Su Yeon
Mika
Choi Min Ho

No comments:

Post a Comment