05 June, 2011

...Chapter 40...

Dong Joon membuka matanya perlahan-lahan.Dia kemudiannya menoleh ke kiri dan ke kanan.Dia sedikit hairan dengan keadaan yang sedikit ganjil ketika itu.Di mana dia berada sekarang?Dia cuba mengingati kembali peristiwa yang berlaku sebelum ini,namun usahanya tidak berhasil.Dia tidak mengingati langsung apa yang berlaku terhadapnya.Dong Joon kemudiannya bangun dari pembaringannya sebelum memicit kepalanya yang masih terasa pening itu.
"Aku kat mana ni?"soalnya."Macam mana aku boleh ada kat sini?"soalnya lagi.Dia kemudiannya cuba untuk berdiri namun Dong Joon terjatuh tidak lama selepas itu.Dong Joon memegang kepalanya yang masih sakit itu.Nafasnya tercungap-cungap.Dong Joon tidak menyedari apabila pintu biliknya itu ditolak dari luar.Sa Rang terkejut apabila melihat Dong Joon yang sedang terbaring di atas lantai itu.Dia segera menerpa ke arah Dong Joon.
"Dong Joon!Awak tak apa-apa?!"soalnya,cemas.Dia membantu Dong Joon untuk baring di atas katilnya semula namun Dong Joon enggan.
"Macam mana saya boleh ada kat sini?"soal Dong Joon,lemah.
"Awak pengsan kat tempat kerja awak.Sebab tu,awak ada kat sini,"jawab Sa Rang.
"Dah berapa lama saya ada kat sini?"soal Dong Joon lagi.Keadaannya seperti terdesak mahu keluaar dari situ.
"Hampir 3 hari..."jawab Sa Rang.Mata Dong Joon terbuka luas.Dia kemudiannya cuba untuk melepaskan pegangan Sa Rang."Dong Joon,kenapa ni?"soal Sa Rang,cemas dengan tindakan Dong Joon itu.
"Saya kena keluar dari tempat ni,"jawab Dong Joon,masih cuba untuk berjalan.
"Tapi,awak tak sihat lagi,"kata Sa Rang,berusaha untuk menghalang Dong Joon.Tangan Dong Joon itu dicapainya namun dilepaskan oleh lelaki itu.Sa Rang terkejut.
"Kalau saya tak keluar dari sini,macam mana saya nak dapat duit?!"soal Dong Joon,keras nadanya walaupun masih kedengaran lemah.Sa Rang terdiam.Dong Joon melangkah keluar dari bilik itu namun kudratnya yang lemah itu tidak terdaya baginya untuk meneruskan niatnya itu.Dong Joon terjatuh lagi.Pandangannya berpinar-pinar.Sa Rang segera mendekati ke arah Dong Joon.
"Dong Joon?Dong Joon?!"Sa Rang cuba memanggil Dong Joon namuntiada respon dari lelaki itu.
"Doktor!"

Sa Rang mengesat air matanya yang mengalir itu.Dong Joon kembali terlena setelah diberikan ubat oleh doktor.Dia yakin Dong Joon tidak selesa untuk berada di hospital itu dalam tempoh yang lama.Dong Joon pasti bimbang mengenai keadaan adik-adiknya serta pekerjaannya di tapak pembinaan itu.

"Kalau saya tak keluar dari sini,macam mana saya nak dapat duit?!"

Masih terngiang-ngiang kata-kata Dong Joon siang tadi dalam fikirannya.Sa Rang mengusap rambut Dong Joon yang hitam keperangan itu.
"Dong Joon ah..."Sa Rang mula bersuara.Dia memandang ke arah wajah Dong Joon yang tidak bermaya itu.
"Saya tahu...awak tak nak orang lain risaukan pasal awak.Tapi...sampai bila awak nak paksa diri awak macam ni?Sekuat mana pun keinginan awak untuk bekerja,awak tetap manusia biasa yang perlu ada waktu rehatnya,Dong Joon.Saya kagum dengan kegigihan awak,tapi bukan sampai macam ni.Kalau awak tak nak kami risaukan awak,awak kena jaga diri awak.Jangan jadi macam ni lagi,arasso?"Sa Rang memegang tangan Dong Joon lantas dikucupnya."Saya sayangkan awak,Dong Joon.Sangat sayangkan awak,"ucapnya,lembut.
"Saya pun..."Sa Rang mengangkat mukanya apabila terdengar suara Dong Joon.Kelihatan Dong Joon sedang melihat ke arahnya sambil mengukir senyuman manis."Saya pun sangat sayangkan awak,"kata Dong Joon lagi.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Sa Rang."Miane.Saya dah banyak buat hati awak terluka.Miane.Sebab saya dah banyak susahkan awak.Miane..."Dong Joon masih tidak melepaskan pandangannya ke arah anak mata Sa Rang itu."Sebab saya tak dapat jadi lelaki yang terbaik untuk awak,"sambungnya lagi.Air mata Sa Rang kian lebat.Dia menggeleng selepas mendengar kata-kata Dong Joon itu.Tangan Dong Joon itu digengamnya erat.
"Saya faham.Saya faham apa yang awak rasakan,Dong Joon.Awak tak perlu nak minta maaf dengan saya.Awak tak ada buat salah pun,"katanya sambil memandang ke arah Dong Joon."Tapi,awak kena janji.Awak kena duduk kat sini sampai awak betul-betul sihat.Arasso?"soal Sa Rang.Dong Joon tersenyum.Dia kemudiannya mengangguk lemah."Dah.Awak tidur dulu,"kata Sa Rang sambil membetulkan selimut Dong Joon."Saya temankan awak,okey?"katanya lagi.Dong Joon tersenyum lagi.

Sa Rang membuka matanya.Dia kemudiannya mengalihkan tubuhnya ke arah kiri.Matanya terbuka luas apabila melihat Dong Joon sedang memerhati ke arahnya yang sedang terbaring di atas katil itu.Pantas sahaja dia bangun dari katil itu.
"Macam mana saya boleh ada kat atas katil ni?"soal Sa Rang.Dong Joon tersenyum ke arahnya.
"Awak tertidur semalam.Jadi saya angkat awak tidur kat atas katil ni,"jawabnya.Sa Rang malu.Dong Joon mengangkatnya?
"Habis tu...awak tidur mana?"soal Sa Rang,sambil memandang ke arah Dong Joon yang sedang duduk di tempat duduknya semalam.
"Saya dah bosan tidurlah,Sa Rang.Apa salahnya saya biarkan awak tidur kat atas ni?Boleh juga saya tengok awak tidur,"jawab Dong Joon.Muka Sa Rang menjadi merah.Dong Joon memerhatikannya tidur sepanjang malam semalam?Sa Rang menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya."Kenapa ni?"soal Dong Joon.Dia cuba mengalihkan tangan Sa Rang itu namun Sa Rang enggan."Lah,kenapa pula ni?Awak tak nak bagi saya tengok muka kawaii awak tu ke?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang menggeleng."Habis tu?"soal Dong Joon.Geli hati melihat telatah Sa Rang yang kebudak-budakan itu.
"Muka saya mesti terukkan masa tidur?"soal Sa Rang,masih lagi menutup wajahnya.Dong Joon tertawa kecil.
"Em,agaklah.Dahlah mulut ternganga,"usik Dong Joon.
"Apa?"Sa Rang mengalihkan tangannya yang menutupi wajahnya itu.Sa Rang terkejut apabila Dong Joon segera mencium dahinya sebaik sahaja dia membuka wajahnya itu.Mukanya kian merah,menahan malu.Dong Joon menjauhkan wajahnya dari Sa Rang.Wajah Sa Rang yang malu itu diusapnya dengan lembut.
"Muka awak masa tidur comel sangat.Macam aegi,"kata Dong Joon.Dia kemudiannya mencubit lembut pipi Sa Rang yang gebu itu.Sa Rang mengaduh kesakitan.Dia mengusap pipinya yang baru sahaja dicubit oleh Dong Joon itu.
"Betul ke mulut saya ternganga masa tidur?"soal Sa Rang.Dong Joon tersenyum.Dia memeluk tubuh Sa Rang.Sa Rang terkejut.Lama mereka dalam keadaan begitu.Sa Rang kemudiannya tersenyum sambil memeluk tubuh lelaki itu.
"Awak sangat comel masa awak tidur,"kata Dong Joon,perlahan.Senyuman Sa Rang kian melebar."Saranghae,"ucapnya lagi.
"Dong Joon..."Sa Rang mula bersuara.
"Em?"
"Kalau betul awak sayangkan saya,awak kena janji satu perkara dengan saya,"kata Sa Rang.
"Apa dia?"soal Dong Joon,masih memeluk erat wanita kesayangannya itu.
"Awak kena jaga diri awak selalu.Jangan paksa diri awak untuk buat sesuatu.Kalau boleh saya tak nak awak buat sesuatu yang membahayakan diri awak,Dong Joon,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
"Arasso.Saya janji,"balas Dong Joon.Sa Rang tersenyum lantas melepaskan pelukannya terhadap Dong Joon.
"Kalau awak dah janji,awak kena duduk kat hospital ni sampai awak betul-betul sihat,okey?"soal Sa Rang,tegas.Muka Dong Joon sedikit mencuka apabila mendengar kata-kata Sa Rang itu.
"Ala,boringlah macam tu.Tak seronoklah duduk kat sini sorang-sorang,"kata Dong Joon.
"Saya temanlah,"balas Sa Rang.Dong Joon tersengih.
"Sa Rang,tolong jangan buat comel macam tu.Saya rasa nak cubit je pipi gebu awak tu,"kata Dong Joon.Sa Rang memegang pipinya.
"Awak nak cubit pipi saya?Sampainya hati awak,"kata Sa Rang.Mereka kemudiannya tertawa,geli hati.


Setelah hampir seminggu Dong Joon ditahan di hospital,akhirnya dia dibenarkan untuk pulang ke rumah.Dong Joon amat gembira apabila doktor telah memberi lampu hijau kepadanya untuk keluar dari hospital.Apatah lagi kos rawatannya juga sudah dibayar oleh pihak majikannya.Dong Joon senang hati apabila majikannya amat mementingkan kebajikan pekerjanya.Entah mengapa,timbul rasa rindu terhadap bapanya,mendiang Encik Park yang juga seorang majikan yang amat mementingkan kebajikan pekerjanya.Pernah sekali salah seorang daripada pekerjanya menghadapi kematian ahli keluarga mereka namun tidak berupaya untuk menanggung kos bagi upacara pengebumian.Encik Parklah yang telah membantu membiayai kos bagi upacara pengebumian ahli keluarga pekerja itu.
"Dong Joon!"Lamunannya terganggu apabila salah seorang dari rakan sekerjanya memanggilnya.Dong Joon menoleh ke arah pekerja itu.Pekerja itu berlari ke arahnya.
"Ada apa?"soal Dong Joon.
"Encik Hwang nak jumpa kau dekat luar tu.Dia tengah tunggu kau sekarang ni,"jawab pekerja itu.
"Kamsahamida,"balas Dong Joon,segera bergegas menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh pekerja itu.


Encik Hwang mengukir senyuman manis apabila melihat Dong Joon sedang bergegas menuju ke arahnya.
"Maafkan saya sebab buat Encik Hwang tunggu saya kat sini,"ucap Dong Joon,tertib sambil menundukkan sedikit kepalanya.
"Oh,tak apa,"balas Encik Hwang.
"Ada apa Encik Hwang nak jumpa dengan saya?"soal Dong Joon,sedikit cuak apabila sudah hampir seminggu Dong Joon tidak datang bekerja.
"Boleh kita bincang kat tempat lain?"soal Encik Hwang.Dong Joon sekadar akur.


Dong Joon terpana apabila melihat beberapa dokumen yang diletakkan di hadapannya.Dia benar-benar terkejut setelah membaca isi-isi yang terkandung di dalam muka hadapan dokumen itu.
"Macam mana,Dong Joon?Awak setuju untuk terima tawaran saya ni?"soal Encik Hwang.
"Tapi,kenapa tiba-tiba je?Saya rasa saya tak pernah minta jawatan ni dalam syarikat encik,"kata Dong Joon,hairan.Encik Hwang tersenyum.
"Saya dapat tahu awak ada terlibat dengan projek di Busan dulu.Dan,saya juga kagum yang projek di Busan tu dapat disiapkan dengan penuh jaya,"jawab Encik Hwang.
"Tapi,saya taklah terlibat secara majoriti,Encik Hwang.Masa tu,mendiang appa saya yang banyak mengusahakan projek tu.Saya sekadar membantu je,"kata Dong Joon,rendah diri.
"Saya rasa kalau awak tak bantu,mungkin projek tu takkan berjaya seperti sekarang ni.Betul tak?"soal Encik Hwang.Dong Joon sekadar tersenyum sinis.
"Tapi,Encik Hwang...lesen saya dah ditarik sebab..."Dong Joon seperti ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.
"Saya tahu,"potong Encik Hwang.Dong Joon terkejut."Datuk saya sangat kenal dan rapat dengan mendiang appa awak,Dong Joon.Saya...simpati dengan apa yang dah berlaku dengan keluarga awak,"kata Encik Hwang.Dong Joon menundukkan wajahnya."Jadi,Syarikat Han bukan nak tawarkan jawatan ni semata-mata sebab simpati dekat awak.Tapi,sebab kami yakin dengan kebolehan yang awak ada.Kami dah tengok kredibiliti awak sebagai seorang arkitek muda yang berjaya semasa awak masih berkhidmat dalam syarikat Park.Dan...kalau awak bimbang pasal lesen awak,kami boleh bantu.Lagipun,kes awak bukannya disebabkan oleh jenayah pun.Jadi saya yakin urusannya lebih mudah.Sekarang,semuanya dah lengkap.Cuma perlukan persetujuan dari awak sahaja,Dong Joon.Saya harap awak boleh pertimbangkan tawaran syarikat Han ni,"kata Encik Hwang.Dong Joon diam,memikirkan kata-kata Encik Hwang itu.Encik Hwang kemudiannya bangun."Saya akan tunggu awak esok kat pejabat tepat pukul 8 pagi.Saya takkan paksa awak.Cuma,saya harap awak tak tolak tawaran kami,"kata Encik Hwang,sebelum beredar dari situ.





"Terima kasih sebab sudi untuk terima tawaran saya,Encik Park Dong Joon,"kata Encik Hwang,gembira sambil menghulurkan tangannya.Dong Joon tersenyum sambil menyambut huluran Encik Hwang itu."Silakan duduk,"pelawa Encik Hwang.Dong Joon akur."Jadi,apa yang membuatkan awak untuk menerima tawaran saya ni,Dong Joon?"soal Encik Hwang.
"Em...gerak hati mungkin,"jawab Dong Joon.Encik Hwang tertawa.
"Saya kagum yang gerak hati awak tu buat keputusan yang sangat tepat,"kata Encik Hwang lagi.Dong Joon tersenyum."Baiklah.Saya dah uruskan semua benda untuk awak,"kata Encik Hwang sambil meletakkan semua dokumen berserta lesen yang meletakkan diri Dong Joon sebagai arkitek bertauliah,di atas meja.Dong Joon terkejut."Saya dah agak,awak mesti terima tawaran ni.Sebab tu,saya dah tolong awak siapkan semua benda ni,"kata Encik Hwang.
"Kamsahamida,Encik Hwang,"ucap Dong Joon,sambil mengukir senyuman terharu.
"No problem.Jadi,awak dah bersedia untuk mulakan tugas baru awak?"soal Encik Hwang.Pantas sahaja Dong Joon angguk,bersetuju dengan kata-kata Encik Hwang itu.


Dong Joon berasa sangat puas kerana dapat melakukan pekerjaannya yang sudah lama tidak dilakukannya itu.Kali ini,dia sibuk dengan projek yang bakal diadakan di Jeju-do.Sebuah pusat pelancongan mewah yang bertaraf lima bintang.Walaupun Dong Joon masih belum diberikan peluang untuk mengetuai projek mega itu,namun,penglibatannya dalam projek mega itu sudah cukup memadai baginya.Sa Rang serta adiknya,Hye Ri begitu gembira dengan perkembangan kerjayanya.Begitu juga dengan Jung Min yang turut mengetahui perkembangan dirinya walaupun sedang sibuk memulakan debutnya di Jepun.
"Baiklah,kita jumpa esok lagi.Kamsahamida,"ucap Dong Joon sambil tunduk hormat terhadap ketuanya serta rakan-rakannya yang lain setelah menamatkan perbincangan mereka.Dong Joon melangkah ke arah perhentian bas untuk pulang ke rumah.Hatinya tidak sabar-sabar untuk pulang apabila Sa Rang sudah berjanji untuk menunggunya di rumah.Penantiannya terganggu apabila matanya terpandang ke arah sebuah kereta mewah yang berhenti di hadapannya.Dong Joon mengalihkan pandangannya apabila melihat Su Yeon keluar dari kereta mewah itu.
"Hai,oppa,"sapa Su Yeon.Dong Joon tidak membalas.Su Yeon melangkah ke arah Dong Joon sebelum berdiri tidak jauh dari tempat lelaki itu berada."Oppa apa khabar?"soal Su Yeon,sambil memandang ke arah Dong Joon yang berkelakuan dingin terhadapnya itu.Su Yeon tersenyum nipis apabila Dong Joon tidak membalas pertanyaannya itu."Su Yeon dengar...oppa terlibat dalam projek Jeju-do tu.Tahniah,"ucap Su Yeon.Dong Joon tersenyum sinis.
"Tak payah susah-susah nak ucap tahniah.Kenapa?Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah ada sekarang ni?"soal Dong Joon,tanpa menoleh ke arah Su Yeon.Sesekali dia melihat ke arah jam tangannya.
"Oppa...Su Yeon..."Niat Su Yeon untuk meneruskan kata-katanya terganggu apabila bas yang ditunggu oleh Dong Joon telah pun sampai.Tanpa mengendahkan kehadiran Su Yeon di situ,Dong Joon segera melangkah ke arah bas itu namun dihalang serta-merta oleh Su Yeon.Su Yeon memeluk tubuhnya dari belakang.Dong Joon terkejut.
"Oppa,jangan tinggalkan Su Yeon dulu.Su Yeon ada benda yang Su Yeon nak katakan dekat oppa,"rayu Su Yeon.
"Lepaskan aku,"kata Dong Joon,tegas.Su Yeon enggan.Dong Joon segera melepaskan pelukan Su Yeon itu lalu bergegas menaiki bas yang sedang menunggunya itu.
"Oppa!"jerit Su Yeon,namun tidak diendahkan oleh Dong Joon."Ada satu benda yang Su Yeon dah lama nak katakan dekat oppa!"jeritnya lagi.Dong Joon tidak mengendahkannya sebaliknya terus membayar tambang bas sebelum melangkah ke arah tempat duduknya.
"Oppa,saranghae!!!"jerit Su Yeon sebelum pintu bas itu tertutup rapat.Mata Dong Joon terbuka luas selepas mendengar pengakuan berani Su Yeon itu.
"Saranghae!!!"jerit Su Yeon lagi walaupun bas yang dinaiki Dong Joon itu sudah mula bergerak."Saranghae..."ucapnya lagi.Su Yeon terduduk di situ.Dia yakin Dong Joon pasti tidak akan membalas cintanya setelah apa yang sudah berlaku.
"Oppa,Su Yeon betul-betul cintakan oppa sejak dari kali pertama kita jumpa lagi..."bisiknya sambil mengalirkan air mata.



No comments:

Post a Comment