28 June, 2011

Don't Love Me Part 1

Asap hitam yang kian tebal itu menyukarkan baginya untuk bernafas.Berulang kali dia terbatuk-batuk sehingga terasa sakit pada dadanya.Namun,semua itu tidak diendahkannya.Apa yang penting,adiknya mesti selamat ditemui.
“Jun Ho ah!”Jeritnya sekuat hati.”Jun Ho ah!”Kakinya pantas berlari menuju ke bilik tidur adiknya walaupun dia sedar bahawa api kian marak.Bila-bila masa sahaja nyawanya mungkin terancam.
“Jun Ho ah!!!”Jeritnya lagi sambil terbatuk-batuk kerana sudah terlalu banyak menghidu asap.Matanya juga kian pedih.Tiba-tiba,dia merasakan tangannya seperti ditarik seseorang dari belakang.Kepalanya ditoleh ke belakang.Kelihatan seorang anggota bomba sedang menarik tangannya,berura-ura mahu membawanya keluar dari situ.
“Bahaya!Saya akan bawa awak keluar dari sini!”Kata anggota bomba itu.
“Saya nak cari adik saya dulu!”Balasnya sambil berusaha melepaskan tangannya daripada genggaman bomba itu.Namun,tubuhnya yang kian lemah itu tidak berupaya melawan kekuatan anggota bomba yang dewasa itu.
“Jun Ho ah!!!”


12 tahun kemudian


Ji Yeon tersenyum lebar apabila menerima kunjungan mengejut daripada abangnya,Jung Hyun yang sedang menunggunya di hadapan pintu rumahnya.Perlahan-lahan,Jung Hyun memeluk tubuh adik perempuannya yang amat disayanginya itu.Ji Yeon pula mengukir senyuman manis.Namun,senyumannya kian mengendur apabila matanya terpandang seorang lelaki yang sedang berdiri di belakang abangnya itu.Cepat sahaja dia melepaskan pelukan abangnya itu sambil menunjukkan wajahnya yang masam,seperti ada yang tidak puas hati.Jung Hyun terkejut dengan tindakan adik perempuannya itu.
“Kenapa ni?Tak suka ke oppa datang masa hari jadi Ji Yeon?”Soalnya kehairanan.Ji Yeon pula sudah bercekak pinggang.Dijelingnya Jung Hyun yang lebih tua tiga tahun darinya itu.
“Kenapa oppa bawa dia tu?”Soal Ji Yeon.Jung Hyun menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh adik perempuannya itu.Perlahan-lahan,bibirnya tersenyum nipis.
“Ala…oppa bukannya bawa orang lain.Oppa bawa bakal adik ipar sendiri juga,”kata Jung Hyun selamba.Dia bukannya tidak tahu bahawa adiknya itu tidak pernah suka akan kehadiran tunangnya dalam keluarga mereka.Pertunangan yang diatur keluargalah katakan.Lelaki itu kemudiannya menghulurkan sesuatu kepada Ji Yeon.
“Saegil chukahamnida,Ji Yeon,”ucap lelaki itu dengan lembut.Ji Yeon pula membalasnya dengan keluhan berat.Jung Hyun sedikit geram dengan perangai adiknya itu.
“Ji Yeon,janganlah macam ni.Penat Dong Hae belikan hadiah ni.Lagipun,Dong Hae ni bukannya orang lain.Tunang Ji Yeon sendiri kan?”Kata Jung Hyun,cuba memujuk adiknya itu.Seperti yang dijangkakan,adik perempuannya itu bukannya jenis perempuan yang mudah dipujuk.Makin panjang pula muncung adiknya itu.Dong Hae pula sudah mengukir senyuman nipis.Bukannya tidak masak dengan perangai tunangnya yang memang memeningkan kepala itu.Kau ingat aku pun nak sangat bertunang dengan kau ke?Hatinya berbisik.Kalau bukan sebab omma dengan appa,tak ada maknanya aku nak bertunang dengan kau.Ji Yeon menjeling ke arahnya.
“Baik pula kau belikan aku hadiah?Kenapa?Kau memang dah jatuh cinta dekat aku ke?”soal Ji Yeon.Dong Hae sekadar tersenyum sinis.Perlahan-lahan,dia melangkah mendekati ke arah tunangnya itu.Ji Yeon berlagak tenang di luar namun geloranya di hatinya pula sedang berkocak hebat.Jung Hyun pula mula beredar dari situ.Waktu inilah yang sangat sesuai bagi mereka untuk saling mengenali hati budi masing-masing.Lagipun,Dong Hae takkan berani apa-apa terhadap Ji Yeon.Ji Yeon memandang tepat ke arah anak mata Dong Hae.Begitu juga dengan Dong Hae.Namun,tidak sampai sepuluh saat,Ji Yeon sudah mengalihkan pandangannya.Dong Hae tersenyum nakal.
“Ai…masih malu lagi dengan saya ke?”Dong Hae cuba mengusik.Ji Yeon menolak sedikit tubuh lelaki itu ke belakang.
“Jangan nak perasan.Kau ingat aku sudi sangat ke nak tengok mata kau yang sepet macam apek tu?Meremang bulu roma aku tengok mata kau tu,”kata Ji Yeon.Dong Hae mencapai tangannya lalu dipegang erat.”Ish,lepaslah!Aku panggil Jung Hyun oppa baru tahu.Kita belum bertunang secara rasmi lagi.Jangan sesekali berani ambil kesempatan terhadap aku!”Gertak Ji Yeon.Dia berusaha untuk melepaskan pegangan lelaki itu.Dong Hae pula sekadar membisu.Malah,pegangan tangannya itu dieratkan lagi.
“Yah!”Ji Yeon mulai geram.Namun,Ji Yeon terdiam apabila lelaki itu mendekatkan wajahnya dekat dengan wajahnya.
“Kau ingat…aku nak sangat ke ada tunang macam kau ni?”Ji Yeon terkejut apabila mendengar kata-kata Dong Hae itu.Dong Hae kemudiannya membisikkan sesuatu di telinga Ji Yeon.
“Kalau kau sekali tak sudi nak bertunang dengan aku,aku seribu kali tak sudi,”bisiknya sambil mengukir senyuman sinis.Ji Yeon menggigit bibirnya.Dong Hae kemudiannya menjauhkan semula wajahnya daripada Ji Yeon sambil mengukir senyuman manis.”Saegil chukahamnida,sayang.Semoga hubungan kita akan bahagia dan kekal selamanya,”katanya.Kemudian,dia meletakkan kotak hadiahnya di atas tangan Ji Yeon sebelum beransur pergi.Dong Hae melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Jung Hyun itu.Jung Hyun turut melambai ke arahnya sambil tersenyum manis.Ji Yeon pula kaku disitu.Langsung tidak membalas lambaian abangnya itu apatah lagi Dong Hae.Sebaik sahaja kereta yang dinaiki oleh kedua-dua lelaki itu beransur pergi,Ji Yeon segera membuka hadiah yang diberikan oleh Dong Hae itu.
“Ah!!!!!!!!”Lantas dibuangnya hadiah yang diberikan oleh Dong Hae itu apabila melihat bangkai cicak di dalamnya.”Kurang ajar!!!”Jeritnya lagi,menghamburkan segala kemarahannya terhadap lelaki bernama Lee Dong Hae itu.
Sementara itu,Dong Hae pula sudah tersenyum kemenangan.Jung Hyun memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.
Kau ni apasal pula?Tersengih sorang-sorang ni…Tak betul apa?Kenapa?Adik aku dah mula syok kat kau ke?”Soal Jung Hyun,pelik.Dong Hae menggeleng.Senyuman nakalnya itu masih bersisa.
“Tak ada apa-apa.Cuma gembira…sebab adik kau sudi juga terima hadiah aku,”jawabnya,selamba.Jung Hyun tersenyum.Sedangkan dia tidak tahu perancangan nakal Dong Hae yang sudah terlaksana dengan jayanya itu.Hati Dong Hae bersorak gembira.Hahahahahahahahahahaha!!!!!

Lee Joon MBLAQ as Lee Dong Hae
 Doo Joon B2ST as Song Jung Hyun
Ji Yeon T-ARA as Ji Yeon

No comments:

Post a Comment