01 June, 2011

...Chapter 37...

Dong Joon kerap pulang lewat ke rumah sejak dia mula bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari tempat tinggalnya sekarang ini.Pada sebelah malamnya pula,dia akan bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan restoran.Jung Min pula semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.Kadang-kadang,dia tidak pulang ke rumah kerana kesibukannya.Mujur Dong Joon sudah pulih dan tidak kisah mengenai kesibukan adik lelakinya itu.Dong Joon melangkah ke arah rumahnya selepas sahaja membayar tambang bas yang dinaikinya sebentar tadi.Sebaik sahaja tiba di hadapan rumahnya,Dong Joon terkejut apabila melihat Sa Rang sedang menunggu di hadapan pintu rumahnya sambil tertidur.Dia segera mendekati ke arah wanita itu.
"Sa Rang?"Dong Joon mengejut Sa Rang dari lenanya.Perlahan-lahan,Sa Rang membuka matanya apabila terdengar suara Dong Joon memanggilnya."Apa awak buat kat sini?"soal Dong Joon.Sa Rang mengukir senyuman manis kepadanya.
"Tunggu awaklah,"jawabnya,sambil mengesat matanya yang mengantuk itu.Dong Joon menarik lembut tangan wanita itu supaya berdiri di hadapannya.
"Awak ingat saya ni kerja macam dulu ke?Bahayalah tunggu kat sini sorang sorang,"kata Dong Joon.
"Awak mesti tak makan lagi.Saya ada bawakan makanan untuk awak,"kata Sa Rang,segera menukar topik perbualan.Dong Joon tersenyum nipis.Dia kemudiannya membuka pintu rumahnya sambil diperhatikan oleh Sa Rang.

Mata Dong Joon terbuka luas apabila melihat makanan yang dibawa oleh Sa Rang.Melihat makanan yang baru sahaja dipanaskan oleh Sa Rang ketika itu membuatkan Dong Joon memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut.Sa Rang yang melihat telatah Dong Joon itu tersenyum manis.
"Comelnya!Macam budak-budaklah awak ni,"kata Sa Rang.Dong Joon malu.Dia pura-pura tertawa apabila ditegur Sa Rang sebentar tadi."Saya tengok kat dapur awak tadi banyak sangat ramen.Awak ingat elok sangat ke makan makanan segera ni selalu?"ngomel Sa Rang sambil meletakkan makanan yang masih panas itu di atas mangkuk Dong Joon.Dong Joon tidak menjawab.Makanan yang sudah tersedia di atas meja itu membuatkan dia seolah-olah terlupa kehadiran Sa Rang di situ.Sebaik sahaja Sa Rang selesai meletakkan nasi di dalam mangkuk Dong Joon,Dong Joon terus menikmatinya tanpa menunggu lama lagi.Sa Rang terkejut apabila melihat Dong Joon makan dalam keadaan yang lahap sekali.Hatinya tersentuh dan kasihan terhadap lelaki itu.Dia yakin,Dong Joon sudah lama tidak menikmati makanan sebegitu.Dong Joon berasal dari keluarga yang berada.Jadi,mustahil Dong Joon pernah menghadapi kesusahan seperti ini.
"Macam budak-budaklah awak ni,Dong Joon.Tengok ni,makan comot-comot.Yun Ho pun tak makan macam ni tau,"kata Sa Rang sambil mengelap kesan makanan yang melekat pada hujung bibir Dong Joon.Dong Joon terpana apabila diperlakukan sebegitu oleh Sa Rang.Kelakuan Sa Rang juga terhenti apabila terpandang ke arah anak mata Dong Joon itu.Pantas sahaja dia menjatuhkan tangannya dari wajah Dong Joon."Maaf,"ucap Sa Rang tanpa memandang ke arah Dong Joon.Dong Joon juga begitu.Mereka terus berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.Suasana sepi seketika.
"Awak tak makan ke,Sa Rang?"soal Dong Joon,tiba-tiba.
"Em,dah lewatlah nak makan pun.Nanti gemuk pula kalau makan lewat-lewat ni,"kata Sa Rang,selamba.Dong Joon terhenti dari meneruskan suapannya.
"Oh,jadi awak nak biar saya gemuk sorang-soranglah?"soal Dong Joon,pura-pura marah.Sa Rang pura-pura tidak mendengar kata-kata Dong Joon itu.Dong Joon mengalihkan wajah Sa Rang supaya memandang ke arahnya.Sa Rang terkejut apabila wajah Dong Joon hampir kepadanya.Sa Rang tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.Dong Joon tersenyum nakal.
"Em...masih belum ada kemajuan.Kenapa?Mata saya ada hantu ke?"soal Dong Joon.Sa Rang tidak menjawab.Pipi wanita itu diusapnya lebut."Cuba awak pandang mata saya selama yang awak boleh.Kalau tak...awak tahu akibatnya,"kata Dong Joon.Sa Rang menelan air liurnya.
"Perlu ke?"soal Sa Rang,berani.
"Kalau awak tak kisah..."Dong Joon meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya sambil tersenyum nakal."Saya lagi tak kisah,"sambungnya lagi.
"Awak ni..."Sa Rang terhenti dari meneruskan kata-katanya apabila terpandang ke arah anak mata Dong Joon yang redup itu.Lama dia merenung anak mata lelaki itu.Seolah-olah terhanyut dengan perasaannya sendiri,Sa Rang tidak menyedari apabila wajah Dong Joon kian menghampiri wajahnya.Perlahan-lahan,Dong Joon mencium mulutnya.Tidak lama selepas itu,Dong Joon menjauhkan wajahnya daripada Sa Rang.Sa Rang membuka matanya.
"Awak takut gemuk...sebab saya ke?"soal Dong Joon,perlahan.Sa Rang tersenyum.Dong Joon juga begitu.Perlahan-lahan,Sa Rang mengangguk.
"Habis tu,kalau saya gemuk?"soal Dong Joon.Sa Rang mendekatkan dahinya ke arah dahi Dong Joon sambil menutup matanya.
"Awak tetap comel bagi saya..."kata Sa Rang.Dong Joon tertawa.Sa Rang juga begitu.
"Saranghaeyo..."ucap Dong Joon,perlahan.
"Saranghae..."balas Sa Rang.

Sa Rang bimbang apabila hujan turun semakin lebat dan amat sukar baginya untuk pulang ke rumahnya.Dia mengeluh berat.Mujur esok pagi dia tidak perlu ke tadika.Tapi,takkan nak bermalam kat sini kot?Sa Rang menelan air liur.Dong Joon pula sedang mandi di dalam bilik air.Sa Rang lebih selesa melihat pemandangan malam menerusi tingkap walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Lamunannya terganggu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.
"Unni kat mana  ni?Kenapa tak balik lagi?"Kedegaran suara adiknya Min Jung di hujung talian.
"Em...unni..."
"Ha~...arasso.Unni kat rumah Dong Joon oppa ye?"soal Min Jung,berbaur usikan.
"Kenapa?Unni nak hantarkan makanan je,"balas Sa Rang,menahan malu.Kedengaran Min Jung ketawa.
"Hujan lebat ni.Macam mana unni nak balik?"soal Min Jung.
"Nanti unni baliklah bila hujan dah berhenti nanti,"kata Sa Rang,sedikit risau apabila melihat tiada tanda bahawa hujan akan berhenti dalam jangka masa yang terdekat.
"Unni tidur jelah kat rumah Dong Joon oppa tu.Bukannya dengan orang lain,"balas Min Jung.Merah muka Sa Rang sebaik sahaja mendengar kata-kata adiknya itu.
"Min Jung!"
"Argh~...mengantuklah,unni.Nak tidur dah ni.Kite jumpa esok jelah ye,"kata Min Jung dan pantas sahaja talian itu diputuskan.Sa Rang terkejut.
"Min Jung?Min Jung ah!"kata Sa Rang.

"Kenapa ni,Sa Rang?"soal Dong Joon sebaik sahaja keluar dari biliknya.Sa Rang menoleh ke arahnya namun segera berpaling dari lelaki itu apabila melihat Dong Joon hanya memakai seluar panjang tanpa meyarungkan baju pada tubuhnya.Merah muka Sa Rang ketika itu.
"Lah,kenapa pula dengan awak ni?"soal Dong Joon sambil mendekati ke arah Sa Rang.Dia cuba memusingkan tubuh Sa Rang agar menghadap ke arahnya namun Sa Rang enggan.Malah ditutupnya pula wajahnya dengan kedua-dua tangan.
"Awak tak sejukke pakai macam tu?"soal Sa Rang.Dong Joon melihat ke arah tubuhnya sendiri.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman nakal.
"Oh,awak malu ye tengok saya?"soal Dong Joon.Sa Rang tidak membalas."Ala...buat-buat malu konon,"kata Dong Joon lagi.Dong Joon kemudiannya mendukung Sa Rang dan membawanya ke bilik,tanpa menghiraukan jeritan wanita itu.Dong Joon kemudiannya membaringkan Sa Rang di atas katilnya.Sa Rang berasa gerun dengan pandangan yang berbeza sekali daripada lelaki itu.Dong Joon juga sudah mula naik ke atas katil.Mata Sa Rang terbuka luas.
"Dong Joon,apa awak buat ni?"soal Sa Rang,cuak.Namun,Dong Joon tetap berlagak biasa.Tangan Sa Rang kemudiannya di genggam.Kali ini,tubuhnya sudah berada di atas tubuh Sa Rang.Sa Rang memalingkan wajahnya daripada Dong Joon sambil menutup matanya."Dong Joon,lepaskan saya..."rayu Sa Rang.Dong Joon mendekatkan wajahnya kepada Sa Rang."Dong Joon..."Mata Sa Rang terbuka perlahan-lahan apabila terdengar ketawa Dong Joon tidak lama selepas itu.
"Gotcha!"kata Dong Joon,diikuti dengan tawanya.Dong Joon kemudiannya bangun dari katil tanpa mempedulikan pandangan Sa Rang terhadapnya ketika itu.
"Awak tidur lah dulu kat sini,okey yeobo?"soal Dong Joon,masih tidak jemu mengusik wanita itu.Sa Rang geram apabila dipermainkan oleh lelaki itu.Pantas sahaja dia membaling bantal ke arah Dong Joon yang mulai melangkah keluar dari bilik itu.Dong Joon pula masih ketawa.
"Good night,yeobo,"ucap Dong Joon sebelum mengukir senyuman nakal ke arah wanita itu.Sa Rang geram apabila Dong Joon masih ketawa walaupun sudah beredar dari bilik itu.Sa Rang menyembamkan wajahnya ke arah bantal.Malu kerana dikenakan oleh Dong Joon.

Jong Suk terus memerhati Hye Ri dari jauh.Sesekali bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Hye Ri ketawa bersama-sama dengan kawan-kawannya.Dia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih boleh melihat senyuman Hye Ri walaupun gadis itu telah menghadapi ujian yang begitu berat dalam hidupnya.
"Hye Ri ah...jeongmal miane...oppa terpaksa buat semua ni,"katanya perlahan.Cermin keretanya disentuh.Dia benar-benar merindui gadis itu.Namun,dia tahu gadis itu pasti tidak mahu berjumpa dengannya lagi."I miss you...really really missing you,"katanya lagi.Entah mengapa,air matanya mengalir laju.Dia begitu merindui Hye Ri.Dia juga begitu rindu untuk berbual dengan Dong Joon.Jong Suk memandang semula ke hadapan.Matanya terbuka luas apabila melihat Dong Joon berdiri tidak jauh dari tempatnya berada ketika itu.Jong Suk menelan air liur apabila melihat pandangan Dong Joon yang tajam itu terhadapnya.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
Kim Min Jung

No comments:

Post a Comment