26 June, 2011

...Chapter 46...

Sebaik sahaja memastikan Sa Rang betul-betul sudah masuk ke dalam rumah,barulah Jong Suk berani mengarahkan pemandunya memandu dekat dengan bangunan tempat Hye Ri menumpang untuk sementara waktu itu.Baru-baru ini,Jong Suk mendapat tahu bahawa Hye Ri bekerja sambilan di sebuah kafe pada sebelah petang hingga pukul 10 malam untuk membantu mengurangkan beban Dong Joon.Melalui maklumat yang diperolehnya itu,Hye Ri berdegil untuk bekerja sambilan walaupun dihalang oleh Dong Joon.Jong Suk mengeluh berat.Salahnya juga kerana rancangannya untuk menggulingkan ayahnya sendiri masih belum berhasil.Dia sendiri tidak tahan untuk melihat keadaan Dong Joon dan Hye Ri yang kelihatan sedikit tidak terurus itu.Walaupun Dong Joon berjaya mendapatkan jawatan arkitek di Syarikat Han melalui bantuan Encik Hwang,namun hati Jong Suk masih belum puas memandangkan sebelum ini Dong Joon pernah memegang jawatan yang lebih tinggi daripada itu.Walaupun bekerja di syarikat sendiri,namun Dong Joon menunjukkan kebolehannya sebagai bakal pewaris Syarikat Park dengan bersungguh-sungguh.Perubahannya lebih ketara selepas bertemu dengan Kim Sa Rang,seorang guru tadika yang biasa pada pandangan orang lain namun berbeza bagi Dong Joon.Jong Suk tersenyum sendiri apabila mengingatkan kembali bagaimana dia bersusah payah memujuk Dong Joon untuk mengakui perasaannya terhadap Sa Rang.
Senyumannya mengendur apabila matanya terpandang kepada Hye Ri yang sedang berjalan pulang ke rumahnya itu.Kelihatan Hye Ri tidak berjalan berseorangan ketika itu.Jong Suk cuba mengecilkan matanya untuk mengenalpasti lelaki yang sedang menemani Hye Ri pulang ketika itu.Hatinya dilanda cemburu apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Hye Ri dan lelaki itu.
“Maaflah,Yo Seob oppa.Susah-susah je temankan Hye Ri balik,”ucap Hye Ri,sedikit malu apabila berhadapan dengan Yo Seob itu.Yo Seob ketawa kecil.
“Tak ada apa-apalah,Hye Ri.Oppa lagi bangga adalah,sebab oppa temankan adik Park Jung Min a.k.a Nick balik ke rumah,”kata Yo Seob.Hye Ri tersenyum.”Lagipun oppa teringin nak jumpa dengan Hye Rilah.Lama sangat tak jumpa.Dulu Hye Ri rajin juga datang ke agensi nak tengok Jung Min.Sekarang ni,bila Jung Min ada kat Jepun,dah susah nak tengok muka Hye Ri yang cute ni,”kata Yo Seob.
“Tadi Hye Ri tengok B2ST perform tadi.Sedaplah lagu baru korang”puji Hye Ri.Yo Seob tersenyum bangga.
“Okey tak oppa perform?”soal Yo Seob,ingin tahu.
“Okey sangat.Hye Ri sangat suka lagu ‘On Rainy Days’ tu.Sedihla lagu dia tapi seronok dengar.Hye Ri pun suka tengok Jun Hyung oppa rap.Siap ada batuk-batuk lagi,”puji Hye Ri.
“Masa oppa nyanyi lagu tu,oppa teringat kat Hye Ri je.Tu yang feeling habis tu,”balas Yo Seob pula.

‘Apalah oppa ni.Puji melambung bukan main lagi.Sorrylah,Hye Ri tak ada duit nak belanja oppa makan,”balas Hye Ri.Yo Seob ketawa.”Tak apalah,oppa.Hye Ri naik dululah.Nanti unni risau pula Hye Ri lambat sangat balik,”kata Hye Ri.Yo Seob angguk.
“Arasso.Hati-hati naik atas tu,”pesan Yo Seob.Hye Ri angguk.
“Gomawo,”ucap Hye Ri sambil menundukkan sedikit kepalanya.Yo Seob sekadar tersenyum.Hye Ri beralih dari Yo Seob.
Hye Ri ah,”panggil Yo Seob semula.Hye Ri menoleh ke arahnya.Dengan pantas,Yo Seob mencium pipinya.Hye Ri terkejut.”Annyeong!”Yo Seob kemudiannya beredar dari situ.Hye Rio pula masih terkejut dengan tindakan Yo Seob yang mengejut itu.Pipinya itu diraba.Tidak lama selepas itu,Hye Ri mengukir senyuman malu sambil menggeleng.Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam apartment itu.Jong Suk mengenggam tangannya,menahan geram.Apakah Hye Ri benar-benar sudah melupakannya?Jong Suk sekadar melihat kea rah Hye Ri sebelum kelibat Hye Ri hilang dari pandangan.
“Mari kita balik,”arah Jong Suk kepada pemandunya itu.Pemandu itu sekadar angguk,akur kepada arahan majikannya itu.

Min Jung mengetuk pintu bilik Sa Rang berulang kali namun tiada respon daripada kakaknya itu.Unni tidak pergi kerjakah hari ni?
“Unni!Unni tak kerja ke?”soal Min Jung sambil mengetuk pintunya berulang kali.Jam sudah lewat untuk pergi ke tadika.Mujur Hye Ri terlebih dahulu menghantar Yun Ho ke tadika.”Unni!”panggil Min Jung lagi.Dia cuba membuka pintu.Sangkaan pintu bilik Sa Rang terkunci meleset.Pintu bilik itu langsung tidak terkunci.Min Jung segera membuka pintu bilik itu.Min Jung terkejut apabila menyedari Sa Rang tidak berada di dalam biliknya.
“Unni?”Min Jung cuba mencari kakaknya.Namun,usahanya sia-sia.Pandangannya tertumpu ke arah sepucuk surat beserta sebentuk cincin di atas meja solek Sa Rang.Min Jung segera membaca surat itu.Nafasnya hampir terhenti apabila membaca isi kandungan surat itu.Tanpa berfikir panjang,Min Jung segera menghubungi Dong Joon.Lama dia menunggu untuk panggilan itu dijawab oleh Dong Joon.
“Hello,”
“Oppa!”

Dong Joon segera menahan teksi yang sedang dipandu hampir ke arahnya itu.Jantungnya berdetak hebat saat menerima panggilan cemas daripada Min Jung sebentar tadi.Sa Rang melarikan diri?Apa sebab Sa Rang meninggalkan mereka begitu sahaja?Apakah perubahan sikap Sa Rang semalam adalah tanda dia tidak berjumpa dengan wanita itu lagi untuk selama-lamanya?Fikiran Dong Joon benar-benar kusut.
“Ahjussi,tolong cepat sikit!”pinta Dong Joon.Dong Joon benar-benar gelisah,tidak senang duduk.
Sa Rang melangkah ke arah balai pelepas sebaik sahaja mendengar pengumuman waktu pelepasan pesawat ke Jepun.Seboleh-bolehnya dia ingin segera beredar dari situ.Bimbang bertemu dengan sesiapa yang dikenalinya di situ,lebih-lebih lagi Dong Joon.Untuk seketika dia menoleh semula ke belakang.Jauh di sudut hatinya,dia ingin berjumpa dengan Dong Joon.Namun,Sa Rang menyambung semula langkahnya.Tangan kanannya diletakkan di atas dadanya,menahan sebak.Jauh di dalam sudut hatinya,dia tidak mahu meneruskan niatnya itu.Kali ini,dia tidak akan berpisah dengan Dong Joon untuk 3 bulan…mahu pun setahun…tetapi mungkin untuk selama-lamanya.Malah bukan sahaja Dong Joon yang harus dilupakan,malah keluarganya juga turut ditinggalkan tanpa sebarang ucapan selamat tinggal secara lisan.Hanya sepucuk surat sebagai pengganti diri.Itupun tidak dinyatakan ke mana dia pergi.
“Kalau aku tak dapat Dong Joon oppa,orang lain pun tak boleh dapatkan Dong Joon oppa…”
Sa Rang terpaksa akur pada kehendak Su Yeon.Andai dia ingkar,nyawa Dong Joon menjadi taruhan.Hanya ini satu-satunya cara untuk menyelamatkan Dong Joon daripada terlibat di dalam permainan kotor Su Yeon.
“Miane,Ji Won.Aku terpaksa mungkir janji aku untuk berada di sisi Dong Joon.Aku terpaksa…”Air matanya mengalir.Rantai berbentuk hati itu dipegangnya.”Miane,Dong Joon…”Sa Rang meneruskan langkahnya.Dia nekad.Walau apa pun terjadi,dia tidak akan berpatah balik.
Dong Joon berlari sepanjang berada di lapangan terbang itu.Kelibat Sa Rang dicarinya.Nama Sa Rang juga dilaungnya berkali-kali,tanpa mempedulikan pandangan orang ramai ke arahnya.
“Sa Rang!”laungnya.Dong Joon meneruskan pencariannya.Dia pasti Sa Rang berada di situ.”Kim Sa Rang!”laungnya lagi.Matanya terbuka luas apabila ternampak sekujur tubuh yang amat dikenalinya dari sudut pandangan belakang.Pantas dia menuju ke situ.Bahu wanita itu disentuhnya.”Sa Rang!”Terasa nafasnya terhenti ketika itu apabila wanita itu bukanlah Sa Rang seperti sangkaannya.”Miane…”ucap Dong Joon lemah kepada wanita itu.Dong Joon melutut di situ.Dia tahu dia sudah begitu lambat untuk menjumpai Sa Rang dalam khalayak ramai di situ.Dia tahu Sa Rang sudah pergi jauh darinya tanpa mengucapkan selamat tinggal.Butir-butir jernih mengalir ke pipinya.
“Sampai hati awak tinggalkan saya macam ni.Mana janji awak nak hidup bersama dengan saya?Mana?”soalnya dalam sebak.
“Oppa!”Min Jung segera berlari ke arah Dong Joon yang sedang terduduk di khalayak orang ramai yang sedang lalu-lalang itu.Won Bin yang menemani Min Jung itu turut berlari ke arahnya.”Oppa…”Min Jung memegang bahu Dong Joon yang sedang menangis itu.Hatinya sayu melihat keadaan Dong Joon yang sedang terluka dengan sikap kakaknya itu.
Perlahan-lahan Min Jung memeluk tubuh Dong Joon sambil mengusap lembut belakangnya.Lagaknya ingin memujuk lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.Won Bin sekadar memandang.Tidak cemburu.Dia tahu Min Jung amat mengenali teman lelaki kakaknya itu.Min Jung kemudiannya melepaskan pelukannya.Wajah sayu Dong Joon itu ditatapnya.Min Jung mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.Sepucuk surat dan cincin dihulurkan kepada Dong Joon.
“Min Jung tak pasti apa tujuan unni buat semua ni.Tapi,Min Jung yakin,unni buat semua ni sebab dia cintakan oppa.Cuma,Min Jung tak tahu apa sebab dia buat macam ni,”kata Min Jung.Perlahan-lahan,Dong Joon menerima huluran Min Jung itu.Dia segera membaca surat itu.
“Dong Joon…
Miane…miane…miane…
Saya tahu awak kecewa dengan perbuatan saya ni.Saya tahu saya dah mungkir janji saya untuk bersama-sama dengan awak untuk selama-lamanya.Jadi,walau berapa kali pun saya pohon kemaafan daripada awak,saya yakin awak takkan maafkan saya.Dan saya tak harapkan pun..awak untuk cari saya.Lupakan jelah saya.Saya bukan wanita tepat untuk awak.Carilah seseorang yang begitu amat cintakan awak kerana diri awak,bukan sebab kedudukan dan harta.Saya akui,jauh di sudut hati saya,saya hanya ingin bersama dengan awak kerana kedudukan awak.Saya tak pernah ikhlas cintakan awak.Tak pernah!
Miane…
Saya tak nak pertaruhkan hidup saya untuk bersama dengan awak.Sebab tu saya nak pergi jauh dari awak.Dan awak tak perlu fikirkan tentang saya lagi.Awak bukan sesiapa bagi saya.Sebab tu saya pulangkan balik cincin tu kepada awak.Kalau awak pun tak bermakna dalam hidup saya,apatah lagi cincin itu.Saya tak nak ingat langsung apa-apa kenangan tentang kita berdua.
Jaga diri awak…sampaikan salam saya kepada Min Jung,Hye Ri dan Yun Ho.Saya minta maaf untuk semuanya.Saya pergi dulu..”
Dong Joon merenyukkan surat itu.Dia yakin itu bukan luahan hati sebenar Sa Rang.Itu bukan Sa Rang yang dikenalinya selama ini.Dia tahu Sa Rang berpura-pura.Dia mengesat air matanya yang membasahi pipi itu.Min Jung dan Won Bin sekadar diam.Dong Joon menoleh ke arah Min Jung dan Won Bin.Dia mengukir senyuman nipis.
“Gomawo.Sebab Min Jung sudi temankan oppa kat sini.Tapi…oppa nak bersendirian sekejap.Min Jung baliklah dulu,okey?”Dong Joon berdiri dan mulai melangkah menjauhi Min Jung dan Won Bin.Min Jung bimbang.Dia ingin mengikut Dong Joon namun dihalang oleh Won Bin.Min Jung menoleh ke arahnya.
“Dia takkan buat sesuatu yang bodoh.Awak jangan risau,”kata Won Bin,tenang.Min Jung mengeluh berat.Perlahan-lahan,dia angguk lemah.

Dong Joon meneguk beberapa gelas arak berseorangan sehingga penuh mejanya dengan botol-botol arak.Pemergian Sa Rang yang entah ke mana itu benar-benar memberi impak yang besar bagi dirinya.Kadang-kala dia tergelak,kadang-kala dia mengeluh kerana kecewa dengan sikap teman wanitanya itu.
“Dong Joon oppa?”Dong Joon menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Fikirannya yang sedang kusut itu membuatkan keadaannya benar-benar tidak terurus.Su Yeon  mengukir senyuman nipis apabila memandang wajah Dong Joon yang kusam itu.Pasti Sa Rang sudah pergi meninggalkannya seperti yang dijanjikan.Hatinya bersorak gembira.Batu penghalang cintanya sudah berjaya dirobohkan.Kini hanya tinggal untuk memenangi hati Park Dong Joon semula.Tanpa kebenaran Dong Joon,Su Yeon dengan selamba mengambil tempat di hadapan Dong Joon.Dong Joon pula tidak membantah.
“Oppa buat apa kat sini sorang-sorang?”soal Su Yeon.Dong Joon tidak menjawab.Sebaliknya dia terus meneguk arak itu tanpa mempedulikan kehadiran Su Yeon di situ.Apabila Dong Joon ingin meneguknya sekali lagi,Su Yeon segera menghalangnya.Dia mengambil gelas yang berada dalam pegangan Dong Joon itu.
“Oppa dah minum banyak sangat ni.          Cukup.”kata Su Yeon,tegas.Rimas dia melihat keadaan Dong Joon yang berserabut itu.Dong Joon bengang.Dia terus mengambil botol arak itu lalu diteguknya.Su Yeon mengetap bibirnya.”Oppa!”Su Yeon berusaha untuk menghalang.Dong Joon mengangkat tangannya lalu diletakkan kepada mulut Su Yeon.Su Yeon terkejut.
“Diam…Kalau tak,kau berambus dari sini,”kata Dong Joon,memberi amaran kepada Su Yeon.Su Yeon terdiam.Lama-kelamaan,dia sekadar membiarkan Dong Joon.Su Yeon sekadar melihat gelagat Dong Joon yang masih belum berhenti minum itu.Sesekali kedengaran wanita itu melepaskan keluhan berat.



                                                                 
                                                                   
                                                             
                                                               
                           








No comments:

Post a Comment