30 April, 2011

...Chapter 23...

Mika menekan loceng yang terletak bersebelahan dengan pintu rumah apartment sederhana mewah itu.Sudah berkali-kali ditekannya namun satu pun tidak dijawab oleh orang di dalam.Dia cuba lagi.
"Em,tak bangun lagi lah tu,"ngomelnya sambil melihat jam tangannya.Dah pukul 9 pagi ni,hatinya berbisik.Tidak lama selepas itu,pintu rumah itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah seorang lelaki yang sedang menguap dengan rambutnya yang tidak teratur rapi.Lagaknya seperti baru bangun tidur.
"Dah agak dah,"kata Mika,sambil bercekak pinggang."Oppa balik pukul berapa semalam?"soal Mika.Dr.Choi atau Min Ho sekadar tersenyum kambing.Perlahan-lahan,dia mendekati Mika dan memeluk gadis itu.
"Adik kesayangan oppa ni apa khabar?Lama tak jumpa,"kata Min Ho,masih bersisa suara seperti orang baru sedar dari alam mimpinya.Mika tersenyum manis.Dia juga amat merindui abangnya itu.
"Ish,apa peluk-peluk orang ni?Busuklah,"kata Mika,segera melepaskan pelukan Min Ho."Mika ada buatkan breakfast.Jom,kita makan?"ajak Mika.Min Ho ketawa kecil.
"Yeh,Mika ada buatkan breakfast!Ni yang oppa nak peluk lagi ni,"kata Min Ho,pura-pura ingin memeluk adik perempuannya itu namun pantas sahaja dihalang oleh gadis itu.
"Mandi dululah!"balas Mika.

Mika membantu mengemas ruang tamu abangnya yang bersepah itu.Sudah masak sangat dengan perangai abangnya itu.Sebelum jadi doktor pun,perangai dia sudah begini.Senang cerita,Min Ho memang malas menjaga kebersihan rumah sendiri.Mika mengutip gumpalan kertas yang bertaburan di bawah meja kerja Min Ho.Baju-baju Min Ho yang berselerak di atas lantai pun dikutipnya lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh automatik.
"Oppa,ada lagi tak baju yang nak kena basuh ni?!"soal Mika,separuh menjerit.
"Ada kat bilik!"balas Min Ho dari dalam bilik air.
"Mika masuk ekh?"soal Mika lagi.
"Ya!"balas Min Ho.Mika segera melangkah masuk ke dalam bilik tidur abangnya.Hampir terjatuh biji matanya apabila melihat baju-baju bertaburan di atas lantai bilik itu.Nasib baik aku ada,kalau tak....
"Oppa ni...malas betul nak basuh bajulah.Kalau ya pun,hantarlah ke dobi ke,"ngomelnya.Selepas dia menyelesaikan tugasan membasuh baju-baju Min Ho,dikemasnya pula katil abangnya.Perbuatannya terhenti apabila matanya terpandang satu fail biru yang tersembunyi disebalik bantal putih.Diambilnya fail biru itu dan niatnya mahu meletakkan fail itu di atas meja.Namun,dia tidak meneruskan niatnya itu apabila melihat nama pesakit yang tertera di atas fail itu.Kang Ji Won!Mika segera membuka fail biru itu dan membaca segala dokumen yang tersusun rapi di dalam fail itu.Hampir luruh jantungnya apabila melihat maklumat yang tertera dalam rekod kesihatan Ji Won itu.

Kang Ji Won
28 tahun
Kanser paru-paru 

Mika terduduk di atas lantai selepas membaca rekod kesihatan itu.Air matanya mengalir.Fail itu pula masih berada dalam pegangannya.
"Mika,tak payahlah kemas-kemas barang kat bilik tu..."kata-kata Min Ho terhenti apabila melihat Mika sedang memegang fail biru sambil menangis.Dia melepaskan nafas berat.Pasti Mika sudah membacanya.Perlahan-lahan,dia mendekati adiknya itu.
"Fail tu..."
"Kenapa oppa sembunyikan perkara ni dari Mika?"soal Mika,sebak,memotong percakapan Min Ho.Min Ho tidak jadi untuk mendekati adiknya.Pasti Mika marah mengenai tindakannya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuannya."Patutlah Ji Won oppa pun lain dah sekarang ni.Kalau dulu,oppa tak pernah kunci pintu bilik dia.Sekarang,Mika kena tunggu lama...baru dia buka pintu.Mesti sebab ni kan?"soal Mika lagi.
"Semua tu kehendak Ji Won,walaupun oppa pun tak setuju dengan keputusan dia,"kata Min Ho.Mika pula terus menangis.Min Ho mendekati adiknya lalu dipeluknya gadis itu.Mika menangis dalam pelukan abangnya.
"Oppa...tolong selamatkan Ji Won oppa,"rayunya dalam tangisan.Min Ho angguk perlahan.
"Oppa janji,"kata Min Ho.Kemudian,pelukannya dilepaskan.Wajah Mika yang suram itu ditatapnya."Tapi kita kena tetap hormati keputusan Ji Won.Cuma,oppa tak akan putus asa untuk terus menukar pendirian dia supaya dapatkan rawatan dengan pengetahuan keluarga.Mika boleh kan tolong rahsiakan perkara ni dari ahjumma dengan ahjussi?"soal Min Ho.Lama Mika mendiamkan diri.Akhirnya,dia angguk lemah.Min Ho tersenyum tawar."Terima kasih,Mika,"ucap Min Ho.Mika memeluk kembali tubuh abangnya.Fikirannya benar-benar kacau ketika itu.

Ji Won mencuci semua darah yang masih bersisa di dalam sinki itu.Dia kemudiannya membasuh mukanya sebelum memandang wajahnya ke arah cermin.Lama dia termenung ke arah cermin itu.Seketika wajah Sa Rang terbayang di ruang matanya.Dia melepaskan keluhan kecil.Dia sudah buntu.Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Sa Rang lagi memandangkan keadaannya kian buruk.Jika dia melakukan pembedahan,pasti ramai orang menyedari perubahan fizikalnya yang mungkin sedikit lemah dari sebelumnya.Mungkin betul kata Min Ho.Penyakit ini tidak boleh disorokkan dari pengetahuan keluarga.
"Mungkin aku masih boleh terima kalau keluarga aku tahu pasal penyakit ni.Tapi,tak mungkin bagi Sa Rang.Aku tak nak dia sedih sebab penyakit aku ni.Dan...aku tak nak dia terima cinta aku semata-mata simpati dengan nasib aku.Aku tak boleh terima,"bisik hatinya.Dia meraup wajahnya.Sa Rang...Sa Rang...Sa Rang...
Ji Won menuruni anak tangga menuju ke taman di halaman rumahnya.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Mika baru sahaja memasuki ruang tamu.
"Mika!"panggil Ji Won,ceria.Mika memandang ke arahnya.Dia kemudiannya mengukir senyuman hambar.
"Mika pergi mana tadi?"soal Ji Won.
"Jalan-jalan..."jawab Mika,lemah.
"Aik,kenapa ni?Gaduh dengan boyfriend ke?"soal Ji Won,berseloroh.
"Taklah,oppa.Cuma..."Mika terhenti seketika apabila melihat wajah Ji Won yang kelihatan sedikit pucat itu.Pasti oppa sedang tahan sakit...
"Em...oppa dah makan ke?"soal Mika,berlagak biasa.Ji Won tersenyum.
"Belum.Oppa tak suka lah makan sorang.Mika temankan oppa,boleh?"soal Ji Won.Mika angguk.
"Okey,Mika naiklah bilik dulu.Mandi-mandi dulu ke...apa ke...Biar oppa siapkan dinner.Okey?"kata Ji Won.Dia berpaling dari Mika untuk menuju ke dapur.Namun,langkahnya terhenti apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang.Mika memeluknya erat.
"Mika?"soal Ji Won.Mika menahan air matanya daripada mengalir."Kenapa ni?"soal Ji Won lagi.Mika tidak menjawab.Malah dieratkan lagi pelukannya itu.Ji Won sekadar membiarkannya sambil tersenyum.Mungkin Mika ada masalahnya sendiri,cuma enggan diluahkan masalah itu.Ji Won menepuk lembut tangan Mika yang melingkari pinggangnya itu,seolah-olah tanda memujuk.Mika tidak dapat menahan sebaknya.Akhirnya,air matanya mengalir jua...

Sa Rang mengelakkan matanya daripada terus bertentangan dengan mata Dong Joon.Dong Joon melihat jam tangannya.
"Dah agak dah.Awak ni memang takut nak tengok mata saya kan?"soal Dong Joon,sambil tersenyum nakal.Sa Rang mencebik.Dong Joon masih dengan senyumannya."Kalau ikutkan perjanjian,awaklah kena belanja saya makan hari ni,sebab dah kalah tadi,"kata Dong Joon sambil bersandar pada kerusi.
"Yelah.Sekali-sekala kenalah belanja orang besar makan,"kata Sa Rang,mengalah.Dia memandang ke arah wajah Dong Joon.Begitu juga dengan Dong Joon.Tidak lama selepas itu,Dong Joon sengaja mengenyitkan matanya.Jantung Sa Rang berdegup kencang.Pantas dia mengambil kad menu yang sudah diletakkan di atas meja.
"Awak pesanlah cepat.Jangan pesan yang mahal-mahal pula,"kata Sa Rang.Dong Joon menjatuhkan kad menu yang sedang dipegang oleh Sa Rang itu.Sa Rang sengaja tidak memandang ke arah Dong Joon.Sa Rang berkeras mahu mengangkat semula kad menu itu namun ditahan oleh Dong Joon.
"Dong Joon,kalau awak main-main lagi,saya suruh awak main kat luar sorang-sorang,"kata Sa Rang.
"Main?Main apa?"soal Dong Joon.
"Ketuk ketampi kat luar 100 kali,"jawab Sa Rang.Mata Dong Joon sengaja dibulatkan.
"Amboi,garangnya cikgu ni!"balas Dong Joon,pura-pura takut.Sa Rang tersenyum lalu menepuk tangan Dong Joon.
"Dahlah.Ni nak makan ke tak nak?"soal Sa Rang.Dong Joon mengangkat tangannya tanda mengalah.
"Okey,awak nak apa?"soal Sa Rang sambil memandang ke arah kad menu.Dong Joon tidak menjawab."Dong Joon?"soalnya lagi.
"Saya nak Sa Rang,"jawab Dong Joon.Sa Rang tersenyum kecil tanpa memandang ke arah Dong Joon.
"Tak bolehlah,Dong Joon.Mahal sangat.Tak cukup nak bayar nanti,"balas Sa Rang sambil meletakkan kad menu itu semula di atas meja.
"Tak apa.Yang tu saya boleh belanja,"kata Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Dahlah.Makin mengarut pula awak ni,"kata Sa Rang sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.Dong Joon bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di belakang Sa Rang.Sa Rang terkejut apabila Dong Joon mengikat rambutnya dengan riben putih.Jantungnya berdegup pantas apabila tangan Dong Joon tersentuh telingannya.
"Sa Rang..."Dong Joon menyebut namanya dengan lembut.
"Chuahae..."ucap Dong Joon,romantik.



28 April, 2011

Jang Woo Young oPPa...birthday boy!!!

saegil chukahamnida....
saegil chukahamnida....
saegil chukahamnida....
WooYoung oPPa....
Saegil chukahamnida....

hari ni baru 28 april....
tapi hati nie dah melonjak-lonjak nak wish oppa cepat...
sebab takut terlupa....
lagipun nak exam lepas ni...
kad besday utk oppa pun ain tak buat lagi...
kesian oppa...
oppa jangan marah ekh...
takpe,lepas exam ni...
kita keluar karaoke sampai 5 pagi..
nyanyi lagu i'll be back...
hahahaha...

bila dah sambut besday ni,maknanya oppa dah kian matang...
jadi kecomelan pun kian matang...
i miss my cute wooyoung...
especially during 2pm's debut on 2008...
oppa nampak lainlah dgn rambut kuning...
hitamkan balik,boleh?
hehehe...
tak apa,oppa rambut hijau pun nampak comel lagi...
>..<

2pm nak datang filipina?
kawan ain kat filipina tulah yg cakap...
oppa,
bila 2pm nak datang malaysia?
jauh sangat ke?
hari tu oppa dah dtg singapore n indonesia...
alang2 tu singgah lah malaysia..
lagi bagus datang ke sungai buloh...
kita dating kat one utama jom....
hahahaha...

tak sabar nak tunggu 2pm kuar lagu baru....
uish,mesti daebakkan...
em,kalau 2pm dah kuar lagu baru...
mesti oppa dapat takhta oppa balik dalam carta oppas ain...
kuang kuang kuang...
sekarang ni G.O dah menguasai...
jadi oppa kena marah dia sebab rampas takhta oppa...

oh...
nampaknya dah tersasar jauh dari tujuan sebenar....
jadi,
untuk elakkan dari diri ini drpd terus mengarut...
maka...
ain nak wish kat oppa n 2pm supaya sukses selalu...
be a legend...
dat everyone will not forget u forever...
2PM!!!
100 POINT OUT OF 100!!!

to wooyoung oppa,
kekalkan kecomelan anda dan teruskan dengan ssanti dance anda...
yang rasenya dah lama ain tak tgk...
em...
takpe,
lepas ni wat ssanti dance sekali dgn make up toshio ye...
mmuahhh!
SARANG SARANG SARANG HAE YO!!!

WooYoung transformasi n modenisasi...>.<

 2008 debut...10 point out of 10!
 "can u feel my heartbeat?"

 in dream high drama as jason
 the latest...2011 debut in japan



25 April, 2011

...Chapter 22...

Ketukan pintu bilik pejabatnya itu telah mematikan lamunannya yang sudah lama singgah dalam fikirannya.Hari ini,Dong Joon langsung tidak boleh fokus kepada kerjanya.Bukan tidak cuba melupakan masalahnya untuk seketika,cuma,usahanya gagal.Sikap Sa Rang yang mulai dingin dengannya itu amat merunsingkan fikirannya.Sejak mereka pulang dari Lotte World itu,satu panggilan telefon pun langsung tidak dijawab oleh wanita itu.
"Masuk!"kata Dong Joon,lemah.Muncul kelibat Su Yeon di muka pintu."Ya,Su Yeon.Ada apa?"soal Dong Joon,cuba berlagak biasa.Su Yeon melangkah perlahan ke arah Dong Joon dengan senyuman menggoda.
"Awak tak nak makan lunch ke hari ni?"soal Su Yeon,berterus-terang.Dong Joon melihat jam tangannya.Sudah pukul 1 petang.Ah,cepatnya masa berlalu!
"Tak apalah.Awak pergilah makan dulu.Saya tak berapa selera hari ni,"kata Dong Joon,menolak ajakan Su Yeon dengan baik.Su Yeon kemudiannya berjalan ke belakang Dong Joon sebelum mengurut lembut bahu Dong Joon.Dong Joon terkejut dengan tindakan Su Yeon itu.
"Janganlah macam tu,Dong Joon oppa.Muka awak nampak penat sangat ni.Kita makan dulu ekh?Lepas ni,awak sambungla kerja awak balik,"pujuk Su Yeon.Dia sudah mula memanggil Dong Joon dengan panggilan yang lebih mesra dari sebelumnya.Dong Joon melepaskan tangan Su Yeon.
"Su Yeon,apa awak buat ni?Tak malu ke kalau orang lain nampak?"soal Dong Joon,menahan amarahnya.Su Yeon memasamkan mukanya.
"Su Yeon cuma nak ajak Dong Joon oppa makan je,"balas Su Yeon,pura-pura mahu merajuk.Dong Joon melepaskan keluhan berat."Tak apa,kita ajak Jong Suk sekali okey?"cadang Su Yeon,cuba memancing minat Dong Joon.Lama Dong Joon mendiamkan diri.Tidak lama selepas itu,dia angguk perlahan.Su Yeon tersenyum lebar.Rancangannya berhasil!"Okey,Su Yeon pergi cakap kat Jong Suk.Jangan lambat okey?"pesan Su Yeon,sebelum beredar dari bilik Dong Joon.Dia meraup wajahnya.Fikirannya benar-benar bercelaru sekarang.Sa Rang,kenapa kau jadi macam ni?Hatinya berbisik.

Su Yeon tanpa segan silu memaut lengan Dong Joon walaupun sudah banyak kali lelaki itu melepaskan tangannya.Jong Suk yang juga berada di situ turut pelik dengan sikap Su Yeon yang agak keanak-anakkan itu.Dong Joon rimas.
"Su Yeon,tak boleh ke kalau kita berjalan macam biasa?"soal Dong Joon.Jong Suk angguk,turut bersetuju dengan tindakan Dong Joon itu.Su Yeon mencebik.
"Ala,Dong Joon oppa.Sekali sekala takkan tak boleh?Tak apa,kalau oppa bagi Su Yeon buat macam ni untuk tengah hari ni,lepas ni,Su Yeon dah tak buat dah.Boleh?"pujuk Su Yeon.
"Tetap tak boleh.Kalau awak buat hal lagi,saya tak teragak-agak nak balik sekarang.Faham?"ugut Dong Joon,keras.Jong Suk mengukir senyuman mengejek.Su Yeon pula menarik muncung panjang.Tangan Dong Joon itu dilepaskannya.
"Dah jom!"kata Dong Joon.Namun,baru sahaja mereka mahu membuka langkah,Dong Joon memberhentikan langkahnya.Begitu juga dengan Sa Rang yang sedang berjalan ke arahnya.Dong Joon memendam perasaannya apabila melihat Ji Won turut berdiri di sebelah Sa Rang.Su Yeon yang melihat keadaan itu sekadar mengukir senyuman sinis.Peluang baik ni!
"Dong Joon..."Perlahan Sa Rang menyebut namanya.Dong Joon pula tidak membalas apa-apa.Sekadar membalas dengan pandangan yang tajam sekali.Jong Suk yang tidak selesa dengan keadaan itu segera melangkah ke arah Sa Rang dan menghulurkan salam.
"Hai,Sa Rang.Kita jumpa lagi,"kata Jong Suk.Sa Rang mengukir senyuman manis sambil menyambut salam Jong Suk.Kemudian,Jong Suk menghulurkan tangannya ke arah Ji Won pula.
"Jong Suk,"kata Jong Suk.Mesti ni lelaki yang nak rebut Sa Rang juga ni,bisik hatinya.Ji Won menyambut salam Jong Suk dengan senang hati.
"Ji Won,"katanya.Mereka saling bersalaman.
"Apa awak buat kat sini?"soal Jong Suk.
"Oh,saya saja nak ajak Sa Rang lunch.Kebetulan pula kita jumpa kat sini,"kata Ji Won,sambil memandang ke arah Dong Joon yang turut memandang ke arah Ji Won.
"Oh,panjang betul jodoh kita kan,"kata Jong Suk.Sesekali dia menjeling ke arah Dong Joon yang sudah lama mendiamkan diri itu."Ah...kita bersembang lain kalilah.Kami nak pergi makan juga ni,"kata Jong Suk.
"Hah,baguslah macam tu.Bolehlah kita makan sekali.Betul tak,Sa Rang?"soal Ji Won.
"Em,ikut suka awaklah.Saya tak kisah,"jawab Sa Rang,sambil tersenyum tawar.
"Awak macam mana,Dong Joon?"soal Ji Won.Dong Joon masih diam.Tiba-tiba,dia merasakan tangannya dipaut dari belakang.
"Okey juga.Jom,oppa!"ajak Su Yeon.Sa Rang terkejut apabila melihat Dong Joon sekadar membiarkan sahaja lengannya dipaut oleh Su Yeon.Sa Rang menundukkan pandangannya.Dong Joon tersenyum sinis.
"Okey,"balas Dong Joon.Sa Rang masih enggan memandang ke arah Dong Joon.Hatinya tidak senang melihat Dong Joon kelihatan mesra dengan gadis lain.

Hanya Jong Suk dan Ji Won sahaja yang rancak berbual.Su Yeon pula hanya mencelah seketika.Manakala Sa Rang dan Dong Joon lebih selesa mendiamkan diri.Dong Joon dan Sa Rang sekadar menjadikan jus buah-buahan sebagai makanan tengahari mereka.Dong Joon juga lebih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai tatapan matanya.Tangan Su Yeon yang masih suka memaut lengannya itu sengaja dibiarkannya.Sengaja mahu membuatkan Sa Rang cemburu.Dia ingat aku tak boleh buat dia cemburu ke?Hatinya berbisik.Namun,matanya tidak pernah bosan untuk menatap wajah ayu Sa Rang walaupun wajah gadis itu tidak seceria selalu.
"Kenapa tak makan oppa?Tak lapar ke?"soal Su Yeon,sengaja mahu menunjukkan kemesraannya dengan Dong Joon kepada Sa Rang.Dong Joon sekadar menggeleng.
"Tadikan saya cakap yang saya tak berselera tadi.Entah bila baru saya ada selera nak makan macam selalu,"kata Dong Joon sambil memandang tepat ke arah anak mata Sa Rang.Begitu juga dengan Sa Rang.Ketika itu hanya pandangan mata sahaja yang saling berbalas kata.Kemudian,Sa Rang melarikan pandangannya ke arah Ji Won dan cuba berbual dengan lelaki itu.Dong Joon tersenyum sinis.Dia tahu Sa Rang berasa tidak selesa dengan pandangan matanya.Itulah kelemahan Sa Rang!

Malam itu,kereta merah Dong Joon menghalang skuter merah jambu Sa Rang yang sedang ditunggang menuju ke rumahnya.Sa Rang membuka topi keledarnya.Dong Joon pula keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Sa Rang.Sa Rang enggan memandang ke arah Dong Joon.
"Pandang muka saya,"kata Dong Joon.Sa Rang enggan."Sa Rang,pandang muka saya.Saya ada benda nak cakap dengan awak,"kata Dong Joon.
"Cakap jelah,"kata Sa Rang.Dong Joon mengeluh.Dia kemudiannya memegang dagu Sa Rang dan mendongakkan wajah wanita itu memandang ke arahnya.
"Hodoh sangat ke muka saya sampai awak dah tak sanggup nak tengok muka saya lagi?"soal Dong Joon.Sa Rang melepaskan tangan Dong Joon.
"Lepaslah.Saya tak suka,"kata Sa Rang.
"Habis tu,awak suka ke tengok Su Yeon pegang tangan saya macam tadi?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang tidak menjawab.Dong Joon tersenyum."Kalau diam tu,maknanya betullah,"kata Dong Joon.
"Mana ada!Suka hati awaklah nak pegang tangan siapa pun.Saya peduli apa,"kata Sa Rang.
"Pandang mata saya dan ulang balik kata-kata awak tadi,"kata Dong Joon.
"Ish,saya nak baliklah!"balas Sa Rang.Dia cuba beredar namun lengannya dipegang oleh Dong Joon.
"Dong Joon,dah malam ni,awak tak penat ke?"soal Sa Rang.Dong Joon masih enggan melepaskan tangannya.
"Dong Joon,kalau awak tak lepaskan tangan saya,saya jerit.Biar semua orang dengar,"ugut Sa Rang.Namun Dong Joon masih seperti tadi.Matanya tajam memandang ke arah Sa Rang."Okey,saya akan jerit,"sambung Sa Rang lagi,takut-takut."Saya kira sampai tiga.Kalau awak tak lepaskan,saya jerit..."katanya lagi.Kedengaran Sa Rang melepaskan keluhan kecil."Satu..dua...ti.."Tiba-tiba,bibir Dong Joon mencium bibirnya.Sa Rang terkejut.Dong Joon kemudiannya menjauhkan sedikit jarak mukanya dengan Sa Rang sambil memandang ke arah anak mata Sa Rang yang berwarna hazel itu.
"Nilah akibatnya kalau tak dengar arahan saya,"katanya perlahan.Sa Rang kelihatan masih terkejut.Perlahan-lahan,Dong Joon mendekatkan wajahnya ke arah Sa Rang dan mencium bibir wanita itu lagi.Perlahan-lahan,Sa Rang menutup matanya.Tangan Dong Joon yang masih erat memegang lengannya juga dibiarkan.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Kang Ji Won
Lee Su Yeon

23 April, 2011

...Chapter 21...

Sa Rang termenung di atas katil semenjak pulang dari Lotte World petang tadi.Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya tadi,mereka langsung tidak berbual.Dong Joon lebih selesa mendiamkan diri.Begitu juga dengan dirinya.Sa Rang menutup mukanya apabila teringatkan semula kejadian yang memalukan tadi.Kemudian,dia menyentuh bibirnya.Kejadian tadi menjelma kembali.Sa Rang menggeleng.
"Lupakan.Jangan nak perasan,Sa Rang.Dia bukannya sengaja.Dia tak ada apa-apa perasaan kat kau,"katanya perlahan.Lamunannya terhenti apabila terdengar ketukan pintu biliknya.Kemudian,muncul kelibat adiknya di pintu biliknya.
"Unni,"panggil Min Jung.
"Min...ada apa?"soal Sa Rang,cuba berlagak biasa.Min Jung berjalan ke arah kakaknya.Dia mengambil tempat disisi kakaknya.Sa Rang sekadar memerhati.
"Min dah makan ke?"soal Sa Rang,sambil membelai rambut adiknya yang panjang itu.Min Jung sekadar angguk perlahan.
"Lama unni keluar dating dengan Dong Joon oppa ekh?Ada apa-apa ke?"soal Min Jung,menyembunyikan api cemburu di hatinya.Sa Rang tersenyum malu.
"Tak adalah.Kami kawan je.Biasalah kawan keluar dengan kawan,"balas Sa Rang.Min Jung senyum mengejek.
"Ye la tu.Min tengok unni dengan oppa tu semacam je.Takkan tak ada apa-apa.Tipu je,"kata Min Jung.
"Betullah Min.Unni tak ada apa-apa dengan dia.Kalau ada,mesti unni bagitahu kat Min nanti.Cuma masalahnya,kami tak ada apa-apa,"balas Sa Rang.Min Jung angguk perlahan,walaupun dia langsung tidak mempercayai walau sepatah pun kata-kata yang keluar dari mulut kakaknya.
"Mungkin juga kan.Sebab unni kan dah ada Ji Won oppa,"kata Min Jung.Sa Rang terdiam.Entah mengapa dia boleh terlupa mengenai lelaki itu.Dia berdehem berkali-kali.
"Dia sibuklah,Min.Unni memang jarang contact dia.Tak nak kacau dia kerja je,"kata Sa Rang.
"Unni dengan dia macam mana?"soal Min Jung.Sa Rang tersenyum hambar.
"Unni pun tak tahu.Unni...sayang kat dia,tapi...tak macam dia sayangkan unni.Entahlah,unni tak boleh nak paksa perasaan unni sendiri,"kata Sa Rang perlahan.
"Mesti sebab Dong Joon oppa,"teka Min Jung.Sa Rang tersenyum.
"Dahlah,Min.Unni penatlah.Min pergi tidur dulu ya,"kata Sa Rang,malas mahu membincangkan mengenai perkara itu lagi.Min Jung mengangkat keningnya.
"Okey,Unni.Good night,"ucap Min Jung sambil memeluk Sa Rang.Sa Rang membalas pelukannya.
"Good night,"ucapnya.

Min Jung memandang wajahnya di cermin.Perasaan cemburu masih membara dalam hatinya.Dia menggenggam tangannya membentuk penumbuk.Jika diikutkan,mahu sahaja dia melepaskan amarahnya kepada kakaknya sebentar tadi.Cuma akal warasnya masih lagi mengawal pergerakannya.Min Jung melepaskan nafas berat.Dia terduduk di atas katil.Sesekali dia meraup wajahnya.

"Oh ya,lupa pula nak bagi patung ni kat Min,"kata Sa Rang apabila matanya terpandang pada anak patung yang dibelinya siang tadi.Hajatnya ingin menghadiahkan patung itu kepada Min Jung.Dia kemudiannya keluar dari biliknya,menuju ke bilik tidur adik perempuannya itu.

Min Jung mengesat air matanya.Entah mengapa,perasaannya betul-betul tidak keruan ketika ini.Rasa bencinya membuak-buak apabila mengingatkan kembali kejadian hari ini.Mustahil Sa Rang keluar dengan Dong Joon hanya sebagai kawan.Melalui cerita yang didengarnya daripada Hye Ri sebentar tadi, benar-benar mengguris perasaannya.Katanya,Dong Joon kelihatan begitu mesra bersama-sama kakaknya.Layanan sangat berbeza yang tidak pernah dilihat oleh Hye Ri sebelum abangnya mengenali Sa Rang.Min Jung cemburu.Dia yakin Dong Joon juga mencintai kakaknya.Cuma,cintanya itu belum diluahkan dengan kata-kata.Hanya melalui gerak tubuh dan layanan mesranya.Min Jung melepaskan tumbukannya di atas meja soleknya.Air matanya mengalir laju.
"Min pun sayangkan Dong Joon oppa juga!"rintihnya.Dia terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak.

Patung yang berada dalam pegangannya terjatuh di atas lantai.Sa rang terkejut saat mendengar rintihan adiknya sebentar tadi.Tangannya menyentuh pintu bilik adiknya.Dia kemudiannya terduduk di hadapan bilik Min Jung.Matanya bergenang.Tangannya diletak pada dadanya,menahan sebak.Air matanya mengalir jua.Malam itu,hanya air mata sahaja yang menemani kesunyian malam dua beradik tersebut.

Kim Min Jung

Jung Min meluncur laju motornya menuju ke agensi Cube Entertainment untuk menghadiri sesi menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan agensi tersebut.Bunyi hon-hon kereta lain yang tidak selesa dengan penunggangannya lagsung tidak diendahkan.Apa yang penting,dia sudah terlambat untuk ke agensi itu.Namun,dia sempat membelokkan motosikal hitamnya ke bahu jalan apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan 'signal' terlebih dahulu.Oleh sebab,motosikal Jung Min hilang kawalannya,Jung Min terjatuh berguling hingga ke bahu jalan.Nasibnya baik apabila kepalanya tidak terhantuk kepada penghadang besi jalan.Kalau tak....
Jung Min mengaduh kesakitan.Dia memegang lengannya yang bergesel dengan jalan raya sebentar tadi.Tiba-tiba sebuah kereta putih berhenti tidak jauh dari tempatnya terjatuh tadi.
"Awak tak ada apa-apa?"soal Su Yeon,cemas apabila melihat keadaan Jung Min yang kesakitan itu.Jung Min tidak menjawab.Hanya mengaduh,menahan kesakitan.
"Saya bukakan topi keledar awak ya?"soal Su Yeon.Jung Min sekadar angguk lemah.Su Yeon membuka topi keledar Jung Min,perlahan-lahan.
"Jung Min?"soal Su Yeon,terkejut apabila melihat penunggang motor yang cedera itu ialah Jung Min,bekas kekasihnya semasa menuntut di New York dahulu.Jung Min mengerutkan dahinya.
"Su Yeon?"Jung Min juga terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka itu.Apatah lagi dengan Lee Su Yeon,bekas kekasihnya semasa di New York.
"Biar saya bawakan awak ke hospital.Okey?"soal Su Yeon,segera melupakan kisah lama antara mereka.Jung Min sekadar angguk.

"Awak ni masih tak berubah.Lain kali jangan bawa motor laju-laju.Awak ni dah puas hidup lama ke?"bebel Su Yeon sambil memandu keretanya.Jung Min sekadar tersenyum kelat.
"Awak pun sama.Dari dulu,kuat sangat membebel,"balas Jung Min.
"Sekurang-kurangnya saya berhemah kat jalan raya,"kata Su Yeon.
"Gomawo.Kalau awak tak tolong saya tadi,tak tahulah,"kata Jung Min.Su Yeon mengukir senyuman manis.
"Kita kan kawan.Kenalah tolong sesama kawan,"balas Su Yeon.
"Macam mana dengan kehidupan awak sekarang?"soal Jung Min.Sesekali matanya memandang ke arah Su Yeon yang sedang kusyuk memandu itu.Jelas,kecantikan wanita itu tidak pernah pudar.Malah semakin lama,semakin cantik pula wajahnya.Su Yeon juga kelihatan lebih matang dari sebelumnya.Punca mereka berpisah pun disebabkan oleh sikap mereka yang masih belum matang.Masing-masing ego,tidak mahu mengalah.Mungkin mereka lebih sesuai berhubung sebagai sahabat,bukan sebagai pasangan kekasih.
"Em,saya kerja sebagai arkitek kat syarikat appa saya.Sekarang ni tengah sibuk pasal projek kat Busan.Lepas ni,baru boleh rehat sikit,"jawab Su Yeon.
"Wah,bagusnya!Awak memang hebatlah.Su Yeon memang tak pernah kalah,"puji Jung Min,sambil mengajuk motto yang sering dipegang oleh Su Yeon suatu ketika dahulu.Su Yeon ketawa.
"Tak sangka awak ingat lagi motto saya dulu,"kata Su Yeon.Jung Min ketawa.
"Awak sekarang pula macam mana?"soal Su Yeon.
"Kalau hari ni berjalan lancar,mungkin saya akan dilantik sebagai artis naungan Cube Entertainment sebentar lagi,"kata Jung Min.Riak wajah Su Yeon berubah.
"Awak...jadi penyanyi?"soal Su Yeon,tidak percaya.Jung Min tersenyum bangga."Tahniah,Jung Min.Tercapai juga cita-cita awak kan?"soal Su Yeon.
"Thanks,"ucap Jung Min.

Su Yeon memberhentikan keretanya di hadapan bangunan agensi Cube Entertainment.
"Sorry sebab susahkan awak hari ni,"kata Jung Min.Su Yeon menggeleng.
"Perkara kecil je.Lain kali hati-hati,"pesan Su Yeon.Jung Min tersenyum.
"Arasso.Saya pergi dulu.Kamsahamida,"ucap Jung Min.
"Good luck,"balas Su Yeon.Jung Min melambai ke arah Su Yeon yang mula memandu keretanya,meninggalkan Jung Min sendirian di situ.Jung Min melepaskan keluhan berat.Dia benar-benar tidak sangka pertemuan mengejut itu.Su Yeon gayanya seperti sudah melupakan segala kisah lama percintaan mereka.Namun,dia terharu kerana gadis itu sudi membantunya.Sayang pula hubungan mereka terhenti di tengah jalan.
"Dua kali dah putus cinta.Entah aku ni memang tak layak bercinta kot,"ngomelnya.Dia kemudiannya melangkah menuju ke arah pintu masuk agensi itu dengan sejuta harapan.Cube Entertainment,here I come!

Dong Joon keluar dari keretanya apabila melihat murid-murid bawah jagaan Sa Rang sudah keluar dari kelas.Dia menanti kehadiaran Sa Rang di luar pagar sekolah tersebut.
"Hyung!"jerit Yun Ho.Dong Joon mengukir senyuman ke arahnya.
"Yun masuk dalam kereta dulu ekh,"kata Dong Joon.
"Mana ahjussi?"soal Yun Ho pula.
"Hyung saja nak jemput Yun,"jawab Dong Joon,sambil matanya mencari-cari kelibat Sa Rang.
"Ala cakap jelah nak jumpa dengan cikgu,"kata Yun Ho.
"Hyung kata apa tadi?Masuk dalam kereta kan?"soal Dong Joon.
"Cikgu ada kat dalam kelas.Hyung masuk jelah,"balas Yun Ho.Dong Joon malu sendiri.Ish,budak ni!Dong Joon melangkah menuju ke kelas Yun Ho.

Sa Rang mengemas mejanya dan mula melangkah keluar dari kelas.Namun,niatnya terhenti apabila melihat Dong Joon sedang berdiri di hadapannya.
"Dong Joon,"sapanya.Dia tidak berani memandang ke arah wajah Sa Rang."Awak ambil adik awak ke hari ni?"soal Sa Rang,cuba berlagak biasa.Dong Joon masih mendiamkan diri."Em,kalau awak tak ada apa-apa nak cakap,maafkan saya.Saya nak keluar,"kata Sa Rang,cuba beredar dari situ namun tidak semena-mena lengannya dipegang oleh Dong Joon.
"Kenapa awak tak angkat panggilan saya sebelum ni?"soal Dong Joon,tegas.Sa Rang melepaskan keluhan kecil.
"Lepaskan tangan saya,Dong Joon,"kata Sa Rang.Namun,pegangan Dong Joon kian erat.
"Jawab dulu soalan saya.Kenapa awak macam nak mengelakkan diri dari saya ni?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang tidak menjawab."Oh,awak marahkan saya pasal kejadian kat Lotte World ke?Okey,kalau awak marah pasal tu...saya minta maaf.Perkara tu memang saya tak sengaja..."kata Dong Joon.Namun,Sa Rang masih membisu.Dong Joon memusingkan badan Sa Rang menghadap ke arahnya."Sa Rang,"sapa Dong Joon.Dia benar-benar tidak selesa dengan perubahan sikap Sa Rang itu.
"Saya minta maaf,"ucap Dong Joon.Mata redup wanita itu ditatapnya.Kelihatan mata wanita itu bergenang.
"Sa Rang?"soal Dong Joon,cemas menyedari riak wajah Sa Rang yang kian berubah sedih itu.Sa Rang mengesat air matanya yang hampir mengalir itu.Ini kali kedua Dong Joon melihat air mata Sa Rang mengalir sepanjang perkenalan mereka.Dagu wanita itu diangkatnya.
"Kenapa ni?Awak nampak berbeza sangat sekarang ni?"soal Dong Joon.Sa Rang menggeleng.
"Saya okey.Cuma penat..."kata Sa Rang,berbohong.Dong Joon kelihatan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Sa Rang.
"Bohong.Macam ada sesuatu yang cuba sembunyikan dari saya,"kata Dong Joon.Sa Rang melepaskan pegangan Dong Joon.
"Awak tak payah nak sibuk pasal hal saya.Baik awak sibukkan je dengan hal awak.Dah,saya nak balik,"kata Sa Rang,mula beredar dari situ.Namun,tiba-tiba dia merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.
"Dong Joon,lepaskan saya,"kata Sa Rang.Namun,pelukan Dong Joon kian erat."Dong Joon..."
"Miane..."bisik Dong Joon.Sa Rang terkejut."Miane..."ucap Dong Joon lagi.
"Saya takkan lepaskan awak kalau awak masih belum maafkan saya,"kata Dong Joon lagi.Sa Rang memejamkan matanya.
"Saya maafkan awak..."katanya ,perlahan.Perlahan-lahan,Dong Joon melepaskan pelukannya.Sa Rang segera beredar dari situ.Dong Joon mengeluh.Dia meraup wajahnya.Dia yakin,Sa Rang ada menyembunyikan sesuatu darinya.Sa Rang tidak pernah bersikap dingin seperti tadi.
"Hyung?"sapaan adiknya mematikan lamunannya.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Okey,jom kita balik,"kata Dong Joon,sambil tersenyum nipis.

 Park Jung Min

Lee Su Yeon

...Chapter 20...

Ji Won termenung sambil memandang kosong ke arah laporan kesihatan yang terletak di atas meja itu.Dr.Choi turut memandang simpati ke arah lelaki itu.Sesekali Ji Won meraup wajahnya.Kedengaran keluhan beratnya.
"Aku minta maaf.Aku faham perkara ni sangat berat untuk diterima,"kata Dr.Choi,perlahan.Cermin matanya ditanggalkan.Dia memandang ke arah wajah sepupunya yang kebimbangan itu."Keluarga kau..."
"Aku tak nak keluarga aku tahu pasal hal ni.Aku dah pernah cakap dekat kau kan?"soal Ji Won,tegas.Dr.Choi terdiam.Sikap Ji Won yang agak keras kepala itu sudah masak baginya.Namun,jika dikaitkan dengan hal hidup dan mati,dia tidak boleh berdiam diri.
"Tapi sampai bila?Keadaan kau dah kronik,"kata Dr.Choi.Ji Won tidak memandang ke arahnya.
"Aku tak nak mereka susah sebab aku.Dan...aku tak nak mereka rasa simpati dekat aku.Aku tak selesa,"kata Ji Won.Dr.Choi melepaskan keluhan kecil.
"Apa-apa pun alasan kau,mereka berhak tahu mengenai pembedahan yang akan kau jalani nanti.Kau tak sayangkan famili kau ke?"soal Dr.Choi.
"Sebab aku sayangkan merekalah aku buat macam ni.Lagipun,penyakit aku boleh sembuh kan lepas operation ni?"soal Ji Won,sambil terbatuk.Dr.Choi tidak menjawab.Dia tidak berani menjawab soalan itu.Setiap pembedahan ada risikonya.Dan...dia tidak berani menjamin 100% kejayaan pembedahan itu.Tetapi,tidak salah untuk mencuba dan mengharapkan yang terbaik.
"Ji Won,keadaan kau dah kronik.Kalau kau tak buat operation ni,aku bimbang keadaan kau makin teruk.Dan...famili kau perlu tahu pasal ni,"pujuk Dr.Choi lagi.Ji Won terdiam.Dia bukan tidak bersetuju dengan kata-kata sepupunya itu tetapi dia enggan.
"Ji Won,"panggil Dr.Choi apabila menyedari Ji Won tidak memberi sebarang respon terhadap kata-katanya.Ji Won memandang ke arahnya.
"Kalau aku buat operation tu...aku akan mati juga kan?"soal Ji Won,tiba-tiba.Dr.Choi terkejut dengan kata-kata Ji Won itu.
"Apa kau cakap ni?"soalnya.Ji Won tersenyum.
"Aku tanya jelah.Tapi aku tahu,kau boleh tolong aku,"kata Ji Won.Dr.Choi tersenyum hambar.
"Aku akan tolong kau,"kata Dr.Choi."Tapi...kau kena tolong diri kau dulu,"sambungnya lagi.Ji Won tersenyum nipis,memahami maksud yang cuba disampaikan oleh doktor pakar itu.
"Tapi...aku amat mengharapkan kau tolong rahsiakan perkara ni dari keluarga aku.Kita kan dah lama kenal?Takkan kau sanggup nak khianati aku kan?Yalah,sebab aku pernah tolak cinta adik kau dulu,"kata Ji Won,seraya bergurau.Dr.Choi tersenyum saat mendengar kata-kata Ji Won yang berbaur kenangan lama itu.Ya,dia masih ingat mengenai peristiwa 10 tahun lalu.Puas dipujuk adik perempuannya itu selepas cintanya ditolak mentah-mentah oleh Ji Won.
"Sekurang-kurangnya kau dan keluarga kau sudi tolong jagakan adik aku sekarang selepas parents kami meninggal.Aku amat hargai bantuan kau dan keluarga kau,"kata Dr.Choi,ikhlas.Ji Won tersenyum.Sesekali kedengaran dia terbatuk.Dr.Choi menjadi kian risau melihat keadaan Ji Won yang makin teruk itu.Jauh di sudut hatinya,dia berazam untuk terus memujuk Ji Won supaya menukar keputusannya itu.

 Kang Ji Won
Song Joong Ki as Dr.Choi Min Ho

Kerja-kerja Dong Joon terhenti apabila dua tiket ke taman hiburan diletakkan di atas mejanya.Dia memandang ke arah Jong Suk yang sedang mengambil tempat di hadapannya dengan senyuman nakal.
"Apa?"soal Dong Joon,menoleh semula ke arah komputer ribanya,sambil menyambung kerjanya yang tertangguh seketika tadi.
"Aku tengok kau ni...sejak bercinta dengan cikgu adik angkat kau tu,bukan main tekun kau bekerja keras kan?Banggalah aku dengan kau ni,"kata Jong Suk,seraya mengusik kawan baiknya itu.Dong Joon malas untuk melayan kerenah kawannya yang seorang tu.Nak mengusik lagi lah tu...
"Lah..tak payah tunjuk handsomelah kat sini.Mengaku je lah yang kau memang dah terpikat gila-gila kat cikgu tu.Dan,sekarang kau bekerja keras sebab nak buktikan kat cikgu tu yang kau layak untuk mewarisi syarikat besar keluarga kau ni dan mampu untuk jaga dia kelak.Kan?"soal Jong Suk lagi.Dong Joon memandang ke arah Jong Suk.
"Kau tu?Macam main-main je.Kau tak nak ke buktikan kat aku yang kau ni layak jadi adik ipar aku?"balas Dong Joon selamba.Jong Suk mencebik.
"Ceh,kenakan orang balik.Ala,sekurang-kurangnya aku dengan Hye Ri dah confirm dah.Kau tu,samar-samar lagi.Takkan nak tunggu perigi cari timba pula kot?Tak gentlemanlah kau ni,"balas Jong Suk pula.Dong Joon menelan air liur,seolah-olah termakan dengan kata-kata Jong Suk itu.
"Hah,sekarang bakal adik ipar kau ni dah bersedia nak tolong kau.Aku dah sediakan 2 tiket ke Lotte World untuk hujung minggu ni.Kau ajaklah cikgu tu.Kita pergi berempat.Amacam?Kita keluar dating sama-sama?"soal Jong Suk.Dong Joon diam.Dia memandang ke arah tiket itu.
"Ala,tak payah fikirlah.Terima je.Tak apa,sekali-sekala aku belanja,"kata Jong Suk lagi.
"Perlu ke nak kena keluar dengan dia kat sana?Bukannya aku tak selalu jumpa dia,"kata Dong Joon pula.
"Ish,kau ni!Main tarik tali pula dengan aku.Nak kata lembab,dah duduk kat kerusi naib presiden dah.Tapi aku rasa kau memang lembab dalam hal-hal bercinta ni.Kau memang nak membujang sampai ke tua ke?"soal Jong Suk,mulai geram dengan sikap Dong Joon yang suka main tarik tali itu.Kalau nak,cakap jelah!Hatinya berbisik.
"Masalahnya aku tak suruh pun kau sibuk-sibuk dengan hal aku.Lantaklah aku nak bercinta ke tak nak ke...tu bukan masalah kau.Kau sibuk dengan hal kau je sudah,okey?"balas Dong Joon.Jong Suk mengeluh.
"Tak bestlah macam ni.Jomlah,Dong Joon.Tak apa,anggaplah kau keluar dengan dia as a friend,okey?Couple tak couple ke..okey,aku surrender tu hal kau.Cuma,aku amat mengharapkan begitulah.Sebab aku tengok pun,kau dah banyak berubah menjadi lebih baik semenjak kau kenal dengan Sa Rang tu.Jadi,aku yakin...dia memang wanita yang terbaik untuk kau.Cuma sayangnya,aku seorang je yang perasan pasal hal tu.Kau ajak lah dia nanti,okey?Kalau kau segan,tak apa...aku dengan Hye Ri buat-buat tak tahu je nanti,"kata Jong Suk sambil menepuk bahu Dong Joon.Dia kemudiannya keluar dari bilik Dong Joon itu.Dong Joon diam sejenak,memikirkan kembali kata-kata Jong Suk tadi.Sesekali kedengaran keluhan beratnya.Dia kemudiannya mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon wanita itu.Perlahan-lahan,dia menarik nafas dalam.Jantungnya berdegup pantas apabila kedengaran suara merdu di dalam talian.
"Hai Sa Rang,"ucap Dong Joon.

Hye Ri dan Jong Suk tersenyum nakal sambil mengangkat kening apabila melihat Dong Joon berjalan beriringan dengan Sa Rang.Dong Joon pura-pura tidak nampak kelakuan dan usikan dari pasangan itu.Sa Rang pula kelihatan malu-malu apabila menyedari pandangan yang berbeza terhadapnya dengan Dong Joon oleh Hye Ri dan Jong Suk.
"Biar je.Diorang tu memang tak matang sikit,"kata Dong Joon.Sa Rang angguk perlahan.Dong Joon mencuri pandang ke arah Sa Rang.Cantik!Penampilan Sa Rang sedikit berbeza dari sebelumnya.
"Dong Joon,kami nak ke roller coaster.Nak join?"soal Jong Suk.
"Tak apalah.Korang pergilah dulu,"kata Dong Joon.
"Oh...takut ekh?"soal Jong Suk.
"Kau nak kena belasah ke?"soal Dong Joon,dengan senyuman sinisnya.Jong Suk mengangkat tangannya.
"Okey.Aku tak nak lawan dengan bakal abang ipar.Jom,Hye Ri,"kata Jong Suk sambil menarik tangan Hye Ri.Sa Rang tersenyum kecil melihat telatah mereka.
"Awak nak buat apa dulu?"soal Dong Joon sebaik sahaja berjaya 'menghalau' Jong Suk dan Hye Ri.Sa Rang menoleh ke arah Dong Joon.
"Entah.Awak?Saya ikut je,"kata Sa Rang.Dong Joon diam sejenak.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman nakal.
"Masuk rumah hantu nak?"soal Dong Joon.
"Awak nak masuk sekarang ke?"soal Sa Rang,kelihatan riak wajahnya ketakutan.Dong Joon angguk.Hye Ri angguk perlahan.
"Okey.Jomlah,"kata Sa Rang.Dong Joon tertawa kecil.
"Kalau awak takut tak payahlah.Saya saja je nak usik awak,"kata Dong Joon.
"Siapa kata saya takut?Jomlah kalau nak,"kata Sa Rang,tidak mengaku kalah.
"Serius?"soal Dong Joon,meminta kepastian.Sa Rang angguk.
"Jangan tarik balik ye jawapan awak,"kata Dong Joon,masih dengan senyuman nakalnya.

Sa Rang memaut erat lengan Dong Joon sambil menyembamkan wajahnya pada lengan lelaki itu.Dong Joon merasakan lengan bajunya basah dek air mata Sa Rang.Puas dipujuk wanita itu namun Sa Rang masih lagi ketakutan.
"Kita dah keluarlah,Sa Rang.Tak ada apa-apa,"kata Dong Joon.Sa Rang menggeleng.
"Awak tipu.Tadi pun awak cakap macam tu.Sekali ada hantu tengah berdiri depan saya,"kata Sa Rang,suaranya tenggelam timbul kerana sebak.
"Okey,saya minta maaf pasal tadi.Tapi,betul kita dah keluar sekarang.Awak dengar kan bunyi-bunyi bising kat sini?"pujuk Dong Joon lagi.Perlahan-lahan,Sa Rang mengangkat wajahnya.Hatinya lega apabila melihat mereka sudah pun keluar dari rumah hantu tadi.Dia membetulkan rambutnya seketika.Dong Joon tersenyum kecil melihat keadaan Sa Rang yang ketakutan itu.
"Tulah.Saya ajak-ajak ayam je.Tapi awak ambil serius,"kata Dong Joon.Sa Rang tidak melayan kata-kata Dong Joon.Dong Joon kemudiannya memegang bahu Sa Rang,dan memusingkan badan gadis itu menghadapnya.Sa Rang terkejut.Perlahan-lahan,Dong Joon mengesat air mata Sa Rang yang masih bersisa itu.Sa Rang tergamam.Rambut wanita itu juga diperkemas.Dipasangnya klip rambut berbentuk riben pada rambut Sa Rang.
"Em,baru nampak okey dari tadi,"kata Dong Joon.Sa Rang menyentuh klip rambut itu.
"Mana awak dapat klip rambut ni?"soal Sa Rang.
"Kat tempat awak beli anak beruang dululah,"jawab Dong Joon.Sa Rang tersenyum malu.
"Gomawo,"ucap Sa Rang.
"Hah...baguslah dah senyum.Jom masuk rumah hantu lagi?"ajak Dong Joon.
"Dong Joon!"

Dong Joon dan Sa Rang selesa menikmati suasana petang yang damai itu.Mereka memilih untuk berjalan-jalan di kawasan yang tidak sesak dengan orang ramai setelah penat bermain pelbagai jenis permainan di Lotte World itu.Sesekali Dong Joon menjeling ke arah Sa Rang yang kusyuk menikmati pemandangan petang itu.Perlahan-lahan,tangan wanita itu dicapainya.Sa Rang terkejut dengan genggaman Dong Joon itu.
"Sejuk,"selamba Dong Joon berkata.Sa Rang tersenyum.Dia membiarkan sahaja tangannya digenggam oleh Dong Joon.Kemudian,mereka berhenti di suatu kawasan sambil memandang pemandangan matahari terbenam.Sa Rang memejamkan matanya sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.
"Nyamannya,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
"Kalau awak suka,lain kali kita datang lagi.Awak nak tak?"soal Dong Joon.Sa Rang menoleh ke arah Dong Joon.
"Kalau awak sudi pergi dengan saya lagi,okey je,"jawab Sa Rang.Dong Joon tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.
"Kalau...selama-lamanya saya nak ajak awak datang sini,awak sudi ke?"soal Dong Joon.Sa Rang tergamam mendengar soalan Dong Joon itu.Dong Joon memandang ke arah Sa Rang.Tidak bagi Sa Rang.Dia kaget untuk memandang ke arah lelaki itu.
"Saya ada tiga soalan yang saya nak tanya dekat awak,"kata Dong Joon.Sa Rang menelan air liur.
"Apa?'soal Sa Rang.
"Awak suka tak berkawan dengan saya?"soal Dong Joon,serius.Sa Rang memandang ke arah Dong Joon,kemudian melarikan pandangannya ke bawah.
"Suka,"jawabnya perlahan.Dong Joon tersenyum kecil.
"Awak rasa...saya dah berubah jadi yang lebih baik ke?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang angguk sambil tersenyum.Dong Joon menelan air liurnya.Entah mengapa,soalan terakhir amat payah untuk dilontarkan.
"Em..kalau.."Dong Joon berhenti seketika.Dia memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang pula menanti soalan terakhir yang ingin ditanya oleh Dong Joon.Namun,Dong Joon kelihatan masih ragu-ragu.
"Tak apalah kalau awak rasa susah nak tanya.Saya boleh tunggu,"kata Sa Rang.Tangan kirinya pula dipegang oleh Dong Joon.Sa Rang terkejut.Dong Joon memandang ke arahnya.
"Saya nak tanya juga.Tak boleh tunggu lagi,"kata Dong Joon.Wajah Sa Rang masih ditatapnya.
"Kalau...saya...nak..."
Tiba-tiba,seorang lelaki terlanggar belakang badan Dong Joon sehingga mampu membuatkan tubuh Dong Joon hilang keseimbangan,lalu terjatuh menimpa ke arah Sa Rang...dan..cupp!!!
"Sorry!"jerit lelaki itu .Mata Dong Joon dan Sa Rang terbuka luas saat Dong Joon tidak sengaja mencium bibirnya.Lekas Dong Joon bangun dari atas tubuh Sa Rang dan membelakangi wanita itu.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibirnya.Sa Rang pula masih terkejut.Dia pula masih terduduk.Jantung mereka berdegup kencang ketika itu.Dong Joon berdehem beberapa kali.
"Eee...apalah!Sedap-sedap je langgar orang.Kacau line betul!"Dong Joon berpura-pura marah.Seketika dia memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang masih dalam keadaan tadi.
"Awak buat apa tu?Awak nak tidur sini ke?"soal Dong Joon,cuba berlagak biasa.Sa Rang memandang ke arahnya dengan pandangan kosong.Lagaknya seperti baru bangun dari tidur.
"Rasanya awak dah penat kot.Jomlah kita balik!"kata Dong Joon sambil menarik tangan Sa Rang supaya bangun.Dia kemudiannya berjalan mendahului Sa Rang.Sa Rang pula mengekorinya dari belakang dengan langkah perlahan.


 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
Park Hye Ri