13 December, 2011

SHINee ONEW Day

ding ding dong ding ding...
HELLO HELLO
ONEW OPPA!

happy birthday ONEW oppa!
dah lama tak berjumpa n bersembang dgn oppa...
hohoho..
tuptup...
dah sampai pon besday oppa!

saegil chukae oppa!
semoga oppa dipanjangkan umor...
dimurahkan rezeki...
n semoga SHINee sentiasa sukses...
walaupun bos SHINee asyik pentingkan budak THE BOYS je...
it's okay oppa!
SHAWOLS are always be with u...
no matter what...

ONEW oppa...
jadilah leader yang baik...
jgn asyik buli anak buah even ONEW oppa senanya takdelah otai sgt...
oppa yg selalu kne buli adelah...
kekeke...

SHAWOLs amat2 menantikan SHINee's Comeback!
oh plzlah...
excited SHAWOLS ni dah sampai tahap maximum dah..
dah boringla tgk budak THE BOYS tu kat mubank...
cepat siket tau...

even sekarang ni still belum ade petanda yg SHINee nak wat comeback...
takpela...
SHAWOLs setia menunggu...
sementara menunggu tu...
bolehlah layan MBLAQ's COMEBACK dulu...
LOL^^
jgn marah...
hahaha...
takpe...
oppa bespren dgn G.O oppa kan?
hahaha...!

okeylah...
apa2pon...
happy besday...
sweet 22nd!
luv u n SHINee 4ever!

11 December, 2011

-Monalisa Page 62-

Kehadiran Chae Rin ke kafe Coffee House milik keluarga Hyo Sung ternyata menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain di kafe itu.Apatah lagi gaya pemakaiannya itu melambangkan tarafnya yang berstatus tinggi itu.Semuanya berjenama antarabangsa.
"Selamat datang ke Coffee House.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Soal Gi Kwang sambil menguntum senyuman manis.Chae Rin membalas senyuman Gi Kwang itu dengan senyuman mengejek.Cermin mata hitamnya itu diturunkan sedikit.Tubuh badan Gi Kwang itu diperhatinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Gi Kwang yang menyedari pandangan Chae Rin itu mulai berasa tidak selesa.
"Ya Cik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Soal Gi Kwang sekali lagi.
"Hyo Sung kerja kat sini kan?"Soal Chae Rin.
"Ya.Dia adik saya.Cik nak jumpa dengan Hyo Sung ke?"Soal Gi Kwang.Chae Rin tersenyum.
"Suruh Hyo Sung hidangkan Caramel Machiatto untuk saya,ya?"Kata Chae Rin,sebelum melirikkan senyuman mengejek ke arah Gi Kwang.Gi Kwang sekadar tersenyum nipis.Bukannya dia tidak mengenali Chae Rin.Kalau bukan disebabkan dia sedang bekerja ketika ini,sudah lama wajah wanita itu disimbahnya dengan kopi panas!

"Silakan minum,Cik Chae Rin."Chae Rin mendongak apabila terdengar suara yang amat dikenalinya itu.Bibirnya mengukir senyuman sinis.Hyo Sung meletakkan minuman yang dipesan oleh Chae Rin itu di atas meja.Niatnya untuk beredar dari situ terbantut apabila namanya dipanggil oleh Chae Rin.
"Duduklah dulu,Hyo Sung.Saya ada benda yang nak dibincangkan dengan awak,"kata Chae Rin.Hyo Sung akur.Gi Kwang yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat Chae Rin duduk itu sekadar memerhati.Entah apa pula yang mahu dilakukan oleh Chae Rin terhadap adiknya itu.
"Yah,apa kau buat ni?"Gi Kwang terkejut apabila mendengar teguran abangnya itu.
"Ish,hyung ni...kacaulah."Balas Gi Kwang,marah-marah.Si Yoon mengetuk perlahan kepala adik lelakinya itu.
"Jangan sibuk hal orang lain.Chae Rin tu takkan berani buat Hyo Sung apa-apa kat sini.Just let them be,"kata Si Yoon sambil menarik tangan Gi Kwang.
"Tapi Hyung...tapi..."

Hyo Sung menundukkan sedikit kepalanya.Sungguh dia berada tidak selesa bersama dengan Chae Rin di situ.Chae Rin merasa sedikit Caramel Machiatto yang dipesannya itu.Bibirnya tersenyum puas.
"Em...boleh tahan juga.Macam mana keluarga boleh ada modal untuk buat kopi mahal ni?"Sindir Chae Rin.Hyo Sung tidak membalas.Dia lebih selesa berdiam diri ketika itu.
"Tak kisahlah apa yang keluarga kau buat sampai mampu ada modal untuk buat kafe yang...well...untuk taraf kau...okeylah.Aku pun bukannya nak sangat datang sini."
"Perkara apa yang awak nak bincang dengan saya tadi,Cik Chae Rin?"Soal Hyo Sung.
"A a a...bukan Cik Chae Rin,okey...mulai dari sekarang ni...kau dah kena berlatih untuk panggil aku...Puan Lee Chae Rin...kau pun tahu kan?Nanti...bila betul-betul dah rasmi aku masuk dalam keluarga Lee nanti,tak adalah kau susah-susah nak panggil gelaran baru aku tu,"kata Chae Rin.Chae Rin kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya itu.Hyo Sung sekadar memerhati.
"Aku rasa kau pun dah faham tujuan aku datang sini.Aku tahu kau sangat sibuk sekarang ni.Tapi,aku harap kau sudi lah luangkan masa untuk datang ke majlis aku nanti.Tak perlu bawa hadiah mahal-mahal.Cukup sekadar datang saja.Bukan apa..aku takut pekerja-pekerja aku nanti terbuang hadiah kau.Maklumlah...tak setanding dengan hadiah-hadiah yang lain kan,"kata Chae Rin,semakin kasar sindirannya.Kad jemputan itu dihulurkan kepada Hyo Sung.Hyo Sung sekadar memandang ke arah kad jemputan itu.Chae Rin tersenyum sinis.
"Kau tak nak ke?Janganlah macam ni,Hyo Sung.Kasihan Chang Sun oppa.Dia yang suruh aku bagi kad ni kat kau.Dia kata...dia teringin sangat nak tengok kau datang nanti.Yelah...ni kan hari penting dia..."Sambungnya lagi,sengaja menyakitkan hati Hyo Sung.Mahu tak mahu,Hyo Sung terpaksa menerima huluran Chae Rin itu.
"Hah...macam tulah.Chang Sun oppa mesti suka bila tengok kau datang nanti.Jangan lupa datang tau,"kata Chae Rin,sambil bersiap-siap untuk beredar.Namun,dia menundukkan sedikit tubuhnya,membisikkan sesuatu pada telinga Hyo Sung.
"Kau dah lakukan tindakan yang tepat sekali.Gomawo..."Bisiknya sebelum mengukir senyuman sinis.Chae Rin kemudiannya beredar meninggalkan Hyo Sung dengan senyuman kemenangan.
Perlahan-lahan,Hyo Sung membuka sampul kad jemputan yang diberi oleh Chae Rin itu.Degupan jantungnya kian berdetak kencang.

Dengan segala hormatnya,keluarga Lee dan Park mengalu-alukan kedatangan Cik Jeon Hyo Sung ke majlis perkahwinan anak kami,

Lee Chang Sun
&
Park Chae Rin

Butir-butir jernih mulai kelihatan membasahi pipinya itu.Setitik air matanya jatuh pada nama Chang Sun yang tertera di atas kad itu.Esakannya yang kian kedengaran itu mencuri perhatian pengunjung-pengunjung lain di kafe itu.Si Yoon dan Gi Kwang pula sekadar memerhati.Menahan geram dari dalam.Tindakan Chae Rin benar-benar kejam!





Chang Sun memerhati kad jemputan majlis perkahwinannya dengan Chae Rin itu.Satu keluhan berat dilepaskan.Kad itu kemudiannya diletakkan di atas meja.Chang Sun mengambil pen hitam di atas meja itu sebelum menulis sesuatu di atas kad itu.Bibirnya mengukir senyuman manis sebaik sahaja habis menulis sesuatu di atas kertas itu.

Lee Chang Sun
&
Jeon Hyo Sung

Nama Hyo Sung itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.Semua kenangannya bersama dengan Hyo Sung sedang jelas bermain di fikirannya seolah-olah sedang dimainkan dalam filem.Sebuah filem yang hanya ada dirinya dengan Hyo Sung.Alangkah indahnya jika Hyo Sunglah wanita yang akan dikahwininya itu nanti.Alangkah indahnya jika dia dapat bersama dengan wanita itu untuk selama-lamanya.Alangkah indahnya jika Hyo Sung...
Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bagaikan tidak percaya apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Perlahan-lahan,dia menekan butang hijau pada telefon bimbitnya itu sebelum diletakkan pada telinganya.
Agak lama juga Chang Sun diam,tidak berkata-kata.Begitu juga dengan pemanggilnya di dalam talian.
"Chang Sun ah..."Bagaikan ada tenaga baru yang meresap masuk ke dalam tubuhnya sebaik sahaja mendengar suara lembut yang amat dirinduinya itu.
"Saya...saya cuma nak dengar khabar awak...awak sihat kan?"Soal suara itu lagi.Chang Sun tidak menjawab.Dirinya terus terleka mendengar suara Hyo Sung yang amat dirinduinya itu.
"Chang Sun ah...kenapa awak diam?Awak tak sihat ya?"Kedengaran ada tawa kecil di hujung talian.
"Oh...miane...saya mungkin kacau waktu rehat awak.Awak mesti penat sebab sibuk dengan majlis awak,kan?Em..saya..tak apalah...saya dah dapat kad jemputan awak.Cantik sangat...Tapi...saya tak pasti kalau saya boleh datang ke tak...awak pun tahukan...saya sekarang ni..busy dengan Coffee House tu...jadi,saya tak boleh nak janji.Saya..."
Hyo Sung terkejut apabila taliannya dimatikan oleh Chang Sun.Dia cuba menghubungi Chang Sun semula,namun tidak berjawab.Hyo Sung kemudiannya melepaskan keluhan berat.Senyuman nipis terukir di bibirnya.Mana mungkin Chang Sun ingin berbual dengannya di dalam telefon.Bukankah dia sendiri yang inginkan perpisahan dengan lelaki itu?Hyo Sung duduk termanggu di taman itu,tempat terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.Hyo Sung tersenyum sendiri.Semua kenangannya bersama dengan Chang Sun kembali bermain di fikirannya.Dari awal lelaki itu berlagak sombong dengannya sehinggalah detik lelaki itu mengakui cintanya terhadap dirinya.
"Saya rindukan awak,Chang Sun.Saya sangat rindukan awak...sebab tu saya telefon awak...walaupun saya tahu...awak tak senang dengan tindakan saya tu...apatah lagi saya yang minta putus dari awak..."Hyo Sung tersenyum nipis.Matanya mulai bergenang.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingati kad jemputan perkahwinan Chang Sun yang dilihatnya siang tadi.Seolah-olah membuatkan luka di hatinya kembali berdarah.Hyo Sung akui...itu adalah keputusannya walaupun sejujurnya bukan dari ketulusan hatinya.Dia terpaksa melakukannya demi keselamatan Chang Sun,satu-satunya lelaki yang dicintainya.
"Hyo Sung ah..."Lamunan Hyo Sung terganggu apabila terdengar namanya dipanggil dari hadapannya.Hyo Sung mendongak.Matanya terbuntang luas apabila melihat Chang Sun yang sedang berdiri di hadapannya dengan nafasnya yang tercungap-cungap itu.
"Saya dah agak yang awak ada kat sini..."Kata Chang Sun,tercungap-cungap.Hyo Sung pula masih kaku di situ,seolah-olah tidak percaya dengan kehadiran Chang Sun di hadapannya itu.Perlahan-lahan,Chang Sun melangkah ke arahnya.Hyo Sung masih lagi duduk di atas bangku itu.Kali ini,Chang Sun sudah berdiri betul-betul di hadapannya.Chang Sun kemudiannya melutut di hadapan Hyo Sung.Wajah Hyo Sung itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.Chang Sun tersenyum manis sambil mengusap lembut pipi Hyo Sung itu.Butir-butir jernih mulai mengalir membasahi pipi Hyo Sung.Chang Sun menyeka air matanya sambil tersenyum ke arah wanita kesayangannya itu.
"Kenapa nangis ni?Tadi saya dengar suara awak dalam telefon macam ceria je...sekarang bila saya ade depan awak,awak menangis pula.Awak memang tak suka saya datang ye?"Soal Chang Sun,seraya bergurau.Chang Sun terkejut apabila tiba-tiba sahaja Hyo Sung memeluk tubuhnya.Erat sekali pelukan wanita itu terhadapnya.Chang Sun turut membalas pelukannya.
"Miane...but I really really miss you..."Kata Hyo Sung dalam esakannya.Chang Sun turut mengalirkan air matanya.
"Saya lagi rindukan awak tahu tak?Sampai hati awak buat saya macam ni..."Balas Chang Sun.Hyo Sung sekadar menangis.
"Miane..."Katanya dalam esakan.

10 December, 2011

-Monalisa Page 61-

Seung Ho menanti kedatangan Hyo Young ke dewan utama gereja itu dengan penuh debaran.Semua tetamu yang berada di dewan utama itu turut sama menantikan kehadiran Hyo Young.Seung Ho melihat ke arah jam besar gereja yang terletak dekat dengan pintu masuk ke dewan itu.Bunyi detikan jam besar itu seolah-olah langsung tidak dapat menandingi degupan jantung Seung Ho yang kian kuat itu.Sedikit waktu lagi,dia akan berkahwin dengan Hyo Young.
Seorang gadis tomboi yang pernah menjadi rakan sekolahnya.Seorang gadis tomboi yang pernah menjadi setiausaha peribadinya.Seorang gadis tomboi yang pernah diciumnya semasa memujuk gadis itu untuk menjadi tunangnya secara kontrak.Seorang gadis tomboi yang terpaksa melalui cara hidup berprotokol DiRaja sepanjang bergelar tunangnya.
Hyo Young.
Seorang gadis tomboi yang mulai berubah kepada seorang wanita yang lemah lembut.Seorang gadis yang pernah terluka hatinya kerana cintanya ditolak oleh Seung Ho.Seorang wanita yang berjaya menjentik hatinya untuk menerima cinta wanita itu.
Hyo Young.
Seorang wanita pertama yang diciumnya dalam ramai kenalan wanitanya.Seorang wanita yang menerima lamaran daripadanya.
Dan Hyo Young....
Merupakan seorang wanita yang akan dikahwininya sebentar lagi.
Dan Hyo Young juga....
Satu-satunya wanita yang akan dicintainya sepenuh hati untuk detik ini sehingga akhirnya...

Seung Ho mengukir senyuman manis.Sungguh terasa singkat tempoh perkenalannya dengan Hyo Young.Sungguh tidak dia sangkakan...Hyo Young yang dikenalinya sebagai rakan sekolahnya yang sedikit pun tidak pernah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang wanita yang lemah lembut itu,kini bakal bergelar isterinya untuk beberapa minit sahaja lagi.

Hyo Young melangkah keluar dari kereta kuda yang membawanya dari istana ke gereja itu.Hyo Young melepaskan nafas panjang sebaik sahaja melihat bangunan gereja yang tersergam gah di hadapannya itu.Apatah lagi kehadirannya di situ menjadi perhatian ramai orang di situ.Hyo Young mengukir senyuman manis ke arah mereka.Senyumannya kian lebar apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya.
"Oppa!"Hatinya riang apabila melihat Byung Hee yang berdiri tidak jauh darinya itu.Byung Hee tersenyum ke arahnya sambil berjalan menuju ke arahnya.Byung Hee kemudiannya menghulurkan tangannya ke arah Hyo Young.
"Jom?Oppa temankan Hyo Young masuk ke dalam,"kata Byung Hee.Hyo Young mengukir senyuman manis sambil memaut lengan Byung Hee itu.Byung Hee tersenyum ke arahnya sambil memimpin Hyo Young masuk ke dalam dewan utama gereja itu.
"Oppa..."Bisik Hyo Young.
"Ya?"Balas Byung Hee.
"Seung Ho oppa tak jealous ke nanti bila tengok Hyo Young jalan dengan oppa ni?"Soal Hyo Young.Byung Hee tertawa kecil.
"Mestilah dia jealous...Hyo Young kan pengantin dia.Tapi oppa yang dapat pegang Hyo Young macam ni dulu.Nanti orang ingat oppalah pengantin lelaki Hyo Young,"kata Byung Hee.Hyo Young tersenyum lebar.
"But...you know what?Actually...Seung Ho yang minta oppa pimpin Hyo Young masuk ke dalam,"kata Byung Hee.
"Seriously?"Soal Hyo Young,tidak percaya.
"Dah...jangan banyak cakap lagi.Nanti make up rosak.Hyo Young tu nak kahwin dengan Seung Ho,bukan dengan oppa,"kata Byung Hee.Hyo Young tertawa kecil sambil angguk.
"Oppa."
"Ya?"
"Saranghamnida..."Byung Hee tersenyum.
"Oppa pun..."Balas Byung Hee.

Seung Ho mengukir senyuman manis ke arah Hyo Young yang sedang melangkah kian dekat ke arahnya itu.Hyo Young turut tersenyum ke arah Seung Ho.Byung Hee kemudiannya melepaskan tangannya daripada Hyo Young.Kali ini,Seung Ho pula yang mencapai tangan Hyo Young sebelum digenggamnya erat tangan itu.Kali ini,Hyo Young sudah pun berada di sebelahnya.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain seolah-olah hati mereka sedang berbicara antara satu sama lain.Semua yang berada di situ turut terpesona dengan kecantikan Hyo Young ketika itu.Byung Hee,Chang Sun,Sang Hyun serta Mir yang berada di situ turut tersenyum bahagia.

"Yang Seung Ho,sudikah awak untuk bersama dengan Ryu Hyo Young ketika susah dan senang,sihat dan sakit,sedih dan gembira,serta mencintainya sepenuh hati?"
"Saya sudi."
"Ryu Hyo Young,sudikan awak untuk bersama dengan Yang Seung Ho ketika susah dan senang,sihat dan sakit,sedih dan gembira,serta mencintainya sepenuh hati?"
Hyo Young mengukir senyuman manis ke arah Seung Ho.
"Saya sudi."

Semua tetamu yang berada di dewan besar itu begitu teruja untuk berbual dengan Hyo Young,ahli baru dalam keluarga DiRaja Yang secara rasminya itu.Hyo Young juga mesra melayani para tetamunya itu.Namun,perbualannya bersama tetamu-tetamu itu terganggu apabila merasakan tangannya digenggam oleh seseorang dari belakang.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Seung Ho yang sedang berdiri di belakangnya.
"Maaf ya,tuan-tuan dan puan-puan...boleh saya pinjam Puan Hyo Young sekejap?"Soal Seung Ho.Tetamu-tetamu itu sekadar tertawa.
"Culik terus pun tak apa,Seung Ho."Balas salah seorang daripada tetamu itu.
"Kamsahamida."Ucap Seung Ho dengan senyuman senang hati.
"Jom?"Bisik Seung Ho.Hyo Young angguk.

Seung Ho menggenggam erat tangan Hyo Young yang sudah pun bergelar isterinya itu.Kerlipan bintang-bintang yang menghiasi tirai malam itu begitu mendamaikan.Seung Ho kemudiannya memaut bahu Hyo Young.Hyo Young bersandar pada dada Seung Ho yang sudah pun bergelar suaminya itu.Tiada kata-kata yang terluah antara mereka.Hanya pandangan mata serta senyuman mesra sahaja yang menjadi perantaraan.Sesekali mereka tertawa sesama sendiri.Kemudian mereka diam kembali.
"Rasa macam tak percaya je...kelakar pun ya,"kata Seung Ho.Hyo Young memandang ke arahnya.
"Dulu...kita ni kawan sekolah...Hyo Young pula...berlagak tak ubah macam lelaki..."Seung Ho tertawa kecil.Hyo Young turut tertawa."Tau tak...oppa pernah fikir...siapalah yang akan terpikat dengan Hyo Young yang...kasar..berlagak macam lelaki..."Seung Ho tersenyum."Tak sangka pula...oppalah lelaki yang terpikat dengan Hyo Young yang dah pun jadi isteri oppa ni,"kata Seung Ho sambil memandang penuh makna ke arah isterinya itu.Hyo Young mengusap lembut pipi Seung Ho.
"Oppa menyesal ke sekarang ni?"Soal Hyo Young.
"Menyesal?Kenapa pula?"Soal Seung Ho pula.
"Sebab jatuh cinta dengan Hyo Young...yang kasar dan berlagak macam lelaki ni?"Soal Hyo Young.Seung Ho tersenyum sambil mencium dahi Hyo Young.Menggambarkan perasaan cintanya yang tidak berbelah bahagi untuk satu-satunya wanita yang bertakhta di hatinya itu.Wajah Hyo Young itu ditatapnya lagi.
"Sikit pun tak...dan tak akan menyesal.Besides,I'm very proud to be your husband...that always be with you...forever..."Ucapnya,lembut.Seung Ho kemudiannya mencium lembut bibir Hyo Young itu.Pinggang isterinya itu dipeluknya kemas.
"Promise me...yang Hyo Young akan sentiasa ada untuk oppa...sampai bila-bila.Because...I don't think that I can live without you,"bisik Seung Ho.Hyo Young tersenyum.Perlahan-lahan,kedua-dua pipi Seung Ho itu diusapnya sebelum dia mencium bibir lelaki itu.



Byung Hee cuba menghubungi Joo Yeon,namun ternyata usahanya sia-sia.Byung Hee melepaskan keluhan berat.Kehilangan Joo Yeon tanpa meninggalkan sebarang berita itu benar-benar mengganggu fikirannya.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia pergi ke Sydney untuk mencari wanita itu.Namun,dia terpaksa menangguhkan dahulu niatnya memandangkan keluarga besarnya itu sedang teruja menyambut kegembiraan atas perkahwinan Seung Ho dengan Hyo Young.Byung Hee memandang ke arah telefon bimbitnya semula.Sekali lagi,keluhan berat kedengaran daripadanya.Nombor telefon Joo Yeon itu sekali lagi didailnya.Ternyata keputusannya tetap sama.Akhirnya,Byung Hee meninggalkan mesej pesanan suara kepada Joo Yeon.

"Joo Yeon ah...awak...okey je kan?Tak ada perkara buruk yang terjadi,kan?"Byung Hee berhenti seketika.
"Saya...risaukan awak.Saya tahu awak ada dekat Sydney...tapi saya tak dapat nak pergi jumpa awak..."Byung Hee tersenyum nipis."Awak tahu tak...Seung Ho dengan Hyo Young dah kahwin tau...baru je tadi.Saya seronok sangat bila tengok mereka berdua tadi.Saya terfikir...adakah saya juga dapat alami...apa yang Seung Ho dah alami hari ni...Saya terbayangkan awak waktu tu...Saya terbayangkan...awak pakai gaun putih yang cantik macam Hyo Young."Byung Hee tersenyum lagi.Matanya mulai bergenang.
"Saya rindukan awak...saya rindu nak dengar suara awak...nak tengok muka awak...sebab tu saya telefon awak tiap-tiap hari..."Byung Hee mengesat air matanya yang mulai mengalir itu."Saya ada buat sesuatu yang buat awak lari dari saya ke?Kalau ada,saya betul-betul minta maaf.Awak boleh hukum saya...tapi bukan dengan cara macam ni.Saya tak suka bila awak diam macam ni.Joo Yeon ah..."Byung Hee menggenggam erat telefon bimbitnya.
"Bogoshippo."Byung Hee meluahkan rasa rindunya yang teramat itu kepada Joo Yeon.Byung Hee segera mematikan panggilannya.Esakannya mulai jelas kedengaran.Byung Hee terkejut apabila merasakan seseorang sedang menyentuhnya dari belakang.Byung Hee menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan Sandara sedang tersenyum nipis ke arahnya.Tanpa sebarang kata,Sandara melabuhkan punggung di sebelah Byung Hee.
"Patutlah cari tak jumpa.Kat sini rupanya Putera Jio menyorok,"kata Sandara,cuba menceriakan suasana.Byung Hee mengesat air matanya.Dia berusaha memaniskan raut wajahnya.
"Noona cari Jio ke?Ada apa?"Soal Byung Hee.Sandara menggeleng.
"Tak ada apa-apa.Saja nak bual-bual dengan Jio."Balas Sandara.Byung Hee tersenyum nipis.Sandara memandang ke arah Byung Hee yang kelihatan sugul itu.Pasti lelaki itu mempunyai masalah dengan Joo Yeon.Perlahan-lahan,Sandara memeluk Byung Hee.Byung Hee terkejut dengan tindakan Sandara itu.Tiada sebarang kata yang terluah daripada wanita itu.Hanya usapan lembut yang menggambarkan apa yang tersirat dalam fikiran Sandara itu.Byung Hee kemudiannya membalas pelukan Sandara itu.Perlahan-lahan,air matanya mengalir lagi.Sungguh dia memerlukan seseorang untuk berkonsi rasa sedihnya itu.
"Bogoshippo,Joo Yeon..."Bisik hatinya.


09 December, 2011

-Monalisa Page 60-

“Awak kata sepupu awak nak kahwin…tapi kenapa awak nampak relaks sangat ni?”Soal Lizzy,ingin tahu sambil memandang kea rah Mir yang sedang kusyuk menyiapkan kerjanya.Mir memandang kea rah Lizzy yang sedang duduk di hadapannya itu.
“Mestila saya relaks…sebab bukan saya yang nak kahwin.Saya datang tengok sajalah nanti,”kata Mir.
“Takkanlah awak tak nak tolong sikit sepupu awak tu?Saya tahulah keluarga awak ada ramai pembantu istana yang boleh tolong uruskan.Tapi,takkanlah tak nak involve sikit pun untuk tolong apa-apa,”kata Lizzy,tidak puas hati.
“Kalau dia panggil…saya pergilah.Lagipun…”Mir berhenti seketika.Lizzy memandang kea rah Mir.
“Jio Hyung dengan Dara Noona mesti ada untuk tolong mereka.Jio Hyung tu rapat sangat tunang Seung Ho tu,”sambungnya lagi.
“Awak…masih belum rasa selesa ke dengan mereka berdua tu?”Soal Lizzy,merujuk kepada Byung Hee dengan Sandara.Mir tersenyum nipis.
“Saya dah boleh terima keadaan ni sikit-sikit kalau nak dibandingkan dengan dulu.Lagipun…bila nak difikirkan betul-betul,Jio Hyung tu…tak bersalah langsung dalam hal ni.Dia hanya anggap Dara Noona tu tak ubah macam kakak sendiri.Cuma…Noona yang anggap Jio Hyung lebih dari tu.”Kata Mir,tenang.
“Kalau macam tu,awak tak nak cuba lagi ke?Manalah tahu kalau-kalau dia berubah hati untuk terima awak?”Soal Lizzy,memberi cadangannya.Mir tertawa sambil menggeleng.
“Saya rasa saya yang dah berubah hati…saya dah tak rasa untuk terus tunggu Noona lagi.”Kata Mir sambil memandang kea rah Lizzy dengan pandangan yang berbeza.Lizzy yang menyedari pandangan Mir yang kelihatan berbeza terhadapnya itu mulai berasa pelik.Mir mendekatkan wajahnya kea rah Lizzy.Lizzy pula menjauhkan sedikit wajahnya daripada lelaki itu.
“Sebenarnya saya dah tahu satu rahsia seseorang tu…saya Cuma tengah tunggu orang tu untuk mengaku je…”Kata Mir.Kelihatan Lizzy menelan air liurnya.
“Em…kalau macam tu,kenapa awak tak suruh je dia mengaku..?”Soal Lizzy.Mir tersenyum sambil menjauhkan semula wajahnya daripada Lizzy.
“Ah…lupakan jelah.Saya Cuma tak nak cakap pasal kisah cinta saya yang tak kesampaian tu.”Kata Mir.”Hah…kisah cinta awak pula macam mana?Awak dah luahkan perasaan awak dekat lelaki tu ke belum?”Soal Mir pula.
“Hah,saya?Apa maksud awak?”Soal Lizzy,tidak memahami.
“Yela…awak sendiri kata yang awak ada suka dekat seseorang tapi awak tak sempat luahkannya lagi…”Kata Mir.Lizzy diam.”Awak tak cakap lagilah ni?Aduh…awak ni,Lizzy.Awak tak takut ke kalau-kalau awak terlambat nanti?Kalau dia dengan perempuan lain nanti macam mana?”Soal Mir.Lizzy tersenyum.
“Nanti-nantilah.Buat masa sekarang ni…saya nak tumpukan pada pelajaran saya dulu,”kata Lizzy,sebelum menyambung kerjanya semula.Mir melepaskan keluhan kecil.Ternyata rancangannya kali ini tidak berjaya.
“Susah sangat ke nak cakap yang kau ni suka kat aku hah?”Bisik hatinya.Mir kemudiannya menyambung kerjanya yang tertangguh seketika itu.Wajahnya sedikit mencuka.Kalau bukan kerana Sang Hyun yang menceritakan mengenai perasaan Lizzy terhadapnya pun,dia sudah pun mengetahui akan hal itu.Ya,Mir sudah pun tahu mengenai perasaan Lizzy terhadapnya.Bagaimana?Hanya Mir yang menyedari pandangan mata Lizzy terhadapnya yang tersirat seribu satu makna itu.Mir tersenyum sendiri.

Perbualan antara Byung Hee dengan Sang Hyun di dalam bilik istirehat yang dikhaskan untuk mereka berlima di istana itu terganggu seketika apabila melihat pintu bilik itu ditolak dari luar.Wajah Chang Sun yang sugul itu muncul di muka pintu.
“Joon Hyung!Lamanya tak jumpa,”kata Sang Hyun.Byung Hee turut mengukir senyuman manis apabila melihat sepupunya yang sudah lama tidak dijumpanya itu.Chang Sun sekadar mengukir senyuman nipis kea rah mereka.
“Kenapa ni,Hyung?Lain macam je…gaduh dengan Hyo Sung ke?”Sang Hyun membuat andaiannya sendiri dan pastinya andaian itu tepat mengenai sasarannya.Chang Sun tersenyum nipis,sambil menggeleng.Biarlah perkara itu hanya dia seorang yang tahu.
“Tak adalah.Aku okey je dengan dia…Cuma…penat..banyak sangat kerja.Aku datang sini pun,sebab nak tengok persiapan perkahwinan Seung Ho Hyung ni.Meriah juga ekh,”kata Chang Sun,berlagak ceria.
“Biasalah…Seung Ho Hyung kan cucu kesayangan…pewaris utama pula tu…majlis kahwin dia kena buat gempak-gempaklah.”Balas Sang Hyun,turut teruja.”Nanti Hyung,jangan pula lupa jemput Hyo Sung sekali.Manalah tahu dapat bunga yang Hyo Young baling ke…ada lagi majlis kahwin lepas ni,kan Hyung?”Soal Sang Hyun sambil menoleh kea rah Byung Hee.Byung Hee sekadar tersenyum sambil angguk.Chang Sun tersenyum nipis.
“Mestilah aku jemput dia nanti,”katanya,berusaha memaniskan riak wajahnya.Sang Hyun kemudiannya melihat jam tangannya.Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Okey,I need to go now…My beloved Ha Young is waiting for me now…annyeong,”kata Sang Hyun,sambil mengambil kotnya sebelum melangkah beredar dari situ.Byung Hee memandang kea rah Chang Sun sebaik sahaja kelibat Sang Hyun hilang dari pandangannya.
“Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?Mesti ada sesuatu yang terjadi antara kau dengan Hyo Sung,kan?”Soal Byung Hee,mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Chang Sun itu.
“Apa Hyung mengarut ni?Joon memang penatlah belakangan ni.Banyak sangat kerja yang nak kena buat,”kata Chang Sun,sambil bersandar pada sofa.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.Byung Hee sekadar memerhati.Chang Sun menutup matanya.
“Joon dah tak ada apa-apa dengan Hyo Sung lagi.”Ternyata kenyataan Chang Sun itu membuatkan Byung Hee tergamam mendengarnya.Chang Sun tersenyum nipis.”Joon dah tak ada apa-apa lagi dengan dia…”Ulang Chang Sun lagi.Chang Sun menarik nafas panjang.”Joon sendiri tak faham apa yang dah berlaku sekarang ni.Dia cintakan Joon…tapi tak nak bersama dengan Joon.Malah,dia lari lepas Joon luahkan isi hati Joon terhadap dia,”katanya.Kedengaran dia tertawa,tawa yang dibuat-buat.
“Dia dah buat Joon jatuh cinta pada dia…tapi dia buat Joon macam ni…”Sambungnya lagi.”Joon…betul-betul cemburu dengan Seung Ho Hyung.Tak sangka dia berkahwin juga dengan Hyo Young walaupun Joon yakin dia bertunang dengan Hyo Young bukan atas dasar cinta asalnya.Tapi,keikhlasan Hyo Young telah menjentik hati Hyung untuk mencintai Hyo Young…”Chang Sun mengukir senyuman nipis sambil memandang kosong kea rah lantai bilik itu.Chang Sun kemudiannya memandang kea rah Byung Hee.
“Hyung…Joon betul-betul sayangkan Hyo Sung…dan Joon yakin yang Joon tak kuat hadapi semua ni,”katanya,sambil mengalirkan air mata.Entah mengapa,dia kerap mengalirkan air matanya sejak akhir-akhir ini.Dirinya juga kerap menjadi emosinal.Semuanya berpunca daripada Hyo Sung.Cinta Hyo Sung ternyata telah mengubah dirinya walaupun bukan secara keseluruhannya.Namun,apa yang pasti,Chang Sun tidak lagi menunjukkan sifatnya yang sentiasa tenang,serius dan sukar didekati oleh orang lain itu.Chang Sun kini kelihatan lebih ceria.lebih-lebih apabila bersama dengan Hyo Sung.
“Kau tak cuba bincang dengan Hyo Sung lagi?Dia mungkin ada sebab kenapa dia buat semua ni,kan?”Cadang Byung Hee.Belum sempat Chang Sun menjawab pertanyaan Byung Hee itu,kedengaran bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar.Byung Hee dan Chang Sun menoleh kea rah Mir yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu.Wajah Mir kelihatan terkejut sekali.
“Hyung!”Panggil Mir sambil memandang kea rah Chang Sun.
“Betul ke apa Mir dengar tadi?”Soal Mir.
“Kenapa ni,Mir?”Soal Byung Hee,ingin tahu.
“Tadi…”Mir teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.Byung Hee terus menanti.Chang Sun pula kelihatan sedikit tenang,seolah-olah sudah menjangkakan apa yang akan dikatakan oleh Mir itu.
“Chae Rin umumkan yang dia akan berkahwin dengan…Joon Hyung..”Byung Hee menoleh kea rah Chang Sun sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya.Chang Sun pula sekadar melepaskan keluhan berat.Sekarang,semua persoalan Byung Hee sudah terjawab!





"Ya,memang saya akan berkahwin tak lama lagi,"kata Chae Rin,riang sebaik sahaja diajukan soalan oleh wartawan-wartawan yang begitu teruja mahu mengikuti perkembangannya dengan Chang Sun itu.Maklumlah,Chang Sun merupakan antara orang yang berpengaruh dalam dunia bisnes di Korea Selatan.Apatah lagi,lelaki itu turut merupakan seorang yang berketurunan kerabat DiRaja.Chae Rin juga tidak terkecuali.Chae Rin merupakan pewaris bagi syarikat besar JK yang begitu terkenal dengan seni rekaan fesyen dan aksesori wanita yang berjenama antarabangsa.Pastinya perkahwinan antara dua pewaris ini merupakan salah satu strategi untuk kepentingan syarikat keluarga masing-masing.
"Betul ke Cik Chae Rin akan berkahwin dengan Lee Chang Sun,pewaris ketiga untuk keluarga DiRaja tu nanti?"Soal wartawan itu.Chae Rin sekadar tersenyum manis.
"Apa yang pasti,saya akan buat pengumuman secara rasmi mengenai perkahwinan ini nanti."

Si Yoon menutup televisyen itu.Hyo Sung yang sedang menonton siaran itu terkejut dengan tindakan abangnya itu.Si Yoon memandang ke arah adik perempuannya itu.Hyo Sung pula menundukkan wajahnya.
"Kenapa Hyo Sung tengok rancangan tadi?"Soal Si Yoon.Hyo Sung tidak segera menjawab.
"Kalau betul Hyo Sung nak lupakan dia,Hyo Sung tak perlulah nak tahu perkembangan dia.Buang masa je,"kata Si Yoon,tidak puas hati.Si Yoon kemudiannya melangkah menjauhi adiknya lalu menuju ke arah dapur.Si Yoon melepaskan keluhan berat.
"Oppa tahu...Hyo Sung masih sayangkan dia...dan oppa tahu...pasti ada sebab Hyo Sung buat semua ni."Hyo Sung mengangkat sedikit kepalanya apabila mendengar kata-kata abangnya itu."Tapi oppa tak nak tahu semua tu.Apa yang penting,tindakan Hyo Sung tu betul.Keluarga kita...sangat tak layak untuk bersama dengan keluarga mereka.Daripada kita menanggung malu,baik kita yang menyerah kalah dulu."Si Yoon berhenti seketika.Dia keluar dari dapur sambil membawakan secawan kopi panas kepada adik perempuannya itu.Si Yoon meletakkan cawan itu di atas meja.Hyo Sung mengukir senyuman manis apabila melihat corak smiley yang dilukis oleh abangnya di atas krim susu yang terapung di permukaan kopi itu.Si Yoon yang melihat senyuman Hyo Sung itu perlahan-lahan memaut bahu adiknya itu.Hyo Sung menyandarkan kepalanya pada dada Si Yoon.
"Oppa pun pernah hadapi perkara yang sama macam yang Hyo Sung hadapi sekarang ni.Oppa pun pernah jatuh cinta dengan seorang wanita yang sangat cantik,sangat baik...macam Hyo Sung,"kata Si Yoon.Hyo Sung tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu.
"Oppa...jatuh cinta pada dia...pada pandangan pertama.Untuk pertama kali dalam hidup oppa,oppa tak pernah rasa bahagia yang susah untuk oppa gambarkan bila oppa bersama dengan dia,"kata Si Yoon lagi.
"Oppa tak melamar dia ke?"Soal Hyo Sung,ingin tahu.Senyuman Si Yoon mengendur.
"Oppa..."Si Yoon menelan air liurnya.Dia kemudiannya memandang ke arah Hyo Sung."Oppa buat sama macam apa yang Hyo Sung buat sekarang ni,"katanya,lemah.Hyo Sung bangun dari terus menyandar pada dada abangnya itu.Wajah Si Yoon itu dipandangnya.
"Kenapa?Oppa kan cintakan dia?"Soal Hyo Sung.Si Yoon menoleh ke arahnya.
"Hyo Sung pula?Kenapa Hyo Sung tinggalkan Chang Sun kalau Hyo Sung cintakan dia?"Soal Si Yoon pula.Hyo Sung menggigit bibirnya.
"Hyo Sung ah..."Hyo Sung memandang ke arah abangnya.
"Jujurnya...oppa tak berapa suka bila tengok Hyo Sung dengan Chang Sun.Tapi...oppa tak dapat nak halang Hyo Sung daripada berjumpa dengan Chang Sun sebab oppa tak pernah tengok adik oppa ni...ceria...gembira bila bersama dengan Chang Sun.Hyo Sung nampak seronok sangat bila bersama dengan dia..."Kata Si Yoon,berterus terang.
"Oppa tahu...Hyo Sung sangat cintakan Chang Sun.Tapi..."Si Yoon berhenti seketika."Kalau Hyo Sung perlu menderita sebelum dapat bersama dengan Chang Sun...oppa lebih rela tengok Hyo Sung berpisah saja dengan Chang Sun."
"Hyo Sung ah..."
"Kalau kita nak berkahwin...kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja...tapi..kita juga berkahwin dengan keluarga mereka.Kalau keluarga mereka tak merestui perkahwinan kita....semua tu tak ada maknanya,Hyo Sung.Kita tetap takkan bahagia...Dan oppa sangat takut untuk tengok Hyo Sung akan hadapi semua tu,"kata Si Yoon.Si Yoon membelai rambut Hyo Sung yang panjang itu.
"Oppa sayangkan Hyo Sung macam adik oppa sendiri tau.Sebab tu..kalau boleh...oppa tak nak tengok Hyo Sung sedih macam ni.Oppa nak Hyo Sung mulakan hidup baru."Hyo Sung mengukir senyuman manis.
"Bila Hyo Sung melangkah masuk je ke rumah ni...oppa seronok sangat.Sebab oppa dah ada adik perempuan...dahlah comel...nakal pula tu..."Si Yoon mencubit pipi Hyo Sung.Hyo Sung tertawa kecil.Perlahan-lahan,dia memeluk abangnya itu.
"Gomawo oppa...Hyo Sung pun..sangat sayangkan oppa dengan Gi Kwang oppa...Hyo Sung bertuah sangat sebab dapat oppa yang sangat sayangkan Hyo Sung..."Kata Hyo Sung.Si Yoon membalas pelukan Hyo Sung itu.Si Yoon terkejut apabila terasa bajunya basah.Hyo Sung menangis dalam pelukan abangnya itu.Si Yoon mengusap lembut belakang Hyo Sung.




Hyo Young yang sedang menyikat rambutnya itu terkejut apabila melihat Seung Ho yang sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis.Hyo Young turut tersenyum ke arah tunangnya itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah lelaki itu.Seung Ho turut melangkah ke arahnya.Tangan wanita itu dicapainya sebelum dibawanya ke arah tingkap,melihat pemandangan malam yang indah itu.Seung Ho memeluk Hyo Young dari belakang.Hyo Young pula mengukir senyuman bahagia.
"Oppa rindu sangat dekat Hyo Young."Ucapnya,lembut.
"Kalau mereka nampak oppa masuk bilik Hyo Young macam mana?"Soal Hyo Young.Seung Ho tersenyum.Ya,ibunya sudah memberi arahan kepada pekerja-pekerja istana supaya tidak membenarkan Seung Ho berjumpa dengan Hyo Young sebelum tiba majlis perkahwinan yang akan diadakan pada esok hari.
"Hyo Young pun nak halau oppa juga ke?Oppa nak jumpa sekejap dengan bakal isteri oppa pun,tak boleh ke?"Soal Seung Ho.Hyo Young tersenyum lagi."Hyo Young tak rindu dekat oppa ke?"Soal Seung Ho.Kelihatan Hyo Young angguk.
"Rindu sangat.Oppa je yang tak tahu yang Hyo Young rindu kat oppa,"kata Hyo Young.Seung Ho tersenyum.Pipi Hyo Young itu diciumnya.
"Oppa...tak sabar nak tengok Hyo Young pakai baju pengantin esok.Mesti Hyo Young nampak cantik,kan?"Soal Seung Ho.
"Hyo Young confirm yang oppa mesti gila bayang kat Hyo Young bila tengok Hyo Young esok,"balas Hyo Young,seraya bergurau.Seung Ho tertawa.
"Sekarang pun oppa dah gila bayang dekat Hyo Young tau.Sebab tu,oppa curi-curi masuk sini nak jumpa dengan Hyo Young,"kata Seung Ho.Wajah Hyo Young itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.
"I love you..."Ucap Seung Ho.Hyo Young tersenyum sebelum mencium bibir Seung Ho.Itulah kali pertama dia mendengar ucapan cinta daripada lelaki itu.
"Hyo Young lebih cintakan oppa...dari dulu...sampai bila-bila,"balas Hyo Young.Seung Ho tersenyum manis.Niatnya untuk mencium bibir Hyo Young terbantut apabila terdengar bunyi ketukan pintu bilik wanita itu.
"Alamak...tu mesti pembantu istana!"Hyo Young mulai cuak.Seung Ho mula mencari jalan.
"Oppa,oppa menyorok dekat belakang pintu tu dulu,"kata Hyo Young sambil menolak tubuh Seung Ho ke belakang pintu.Seung Ho sekadar akur.Hyo Young membetulkan sedikit rambut serta bajunya sebelum membuka pintu biliknya itu.
"Ya?"Soal Hyo Young.Pembantu istana itu menundukkan sedikit tubuhnya.
"Saya cuma nak pastikan yang Cik Hyo Young sudah tidur,"katanya sambil tersenyum ke arah Hyo Young.
"Oh...saya baru nak masuk tidur."
"Maafkan saya,sebab ganggu waktu rehat Cik Hyo Young.Kalau cik ada apa-apa,cik boleh panggil saya,"kata pembantu istana itu sambil tersenyum.Hyo Young angguk.Hyo Young menutup pintu biliknya sebelum memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri di belakang pintu itu.Kelihatan Seung Ho sedang tersenyum ke arahnya.
"Kenapa pandang Hyo Young macam tu?"Soal Hyo Young.Hyo Young terkejut apabila Seung Ho tiba-tiba sahaja mencium bibirnya.
"Good night."Ucap Seung Ho sebelum melangkah keluar dari bilik Hyo Young.Hyo Young pula tersenyum sambil menggeleng.

Seung Ho menutup pintu bilik Hyo Young itu perlahan-lahan.Niat nya untuk beredar dari situ terbantut apabila terdengar bunyi seseorang berdehem di belakangnya.Seung Ho menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan Seung Mi sedang berdiri di belakangnya.
"Noona?"Seung Ho pura-pura tersenyum ke arah kakaknya itu.
"Apa yang Seung Ho buat kat bilik Hyo Young?Omma kan tak bagi Seung Ho jumpa dengan Hyo Young?"Soal Seung Mi.
"Shh...diamlah,Noona.Seung Ho bukan buat apa pun.Seung Ho cuma nak tengok Hyo Young dah tidur ke belum,tu je..."Sengaja Seung Ho beralasan.Seung Mi mencebik.
"Yala...dahlah baik Seung Ho pergi sekarang sebelum mulut noona ni gatal-gatal nak report kat omma..."Kata Seung Mi.
"Okey.Gomawo Noona,"kata Seung Ho sambil tersenyum.Cepat-cepat dia beredar dari situ.Seung Mi tertawa kecil sambil menggeleng.



07 December, 2011

-Monalisa Page 59-

Joo Yeon tersenyum puas apabila melihat rumahnya yang sudah pun siap dikemas itu setelah sekian lama dia terlantar di hospital.Senyumannya menjadi semakin lebar apabila teringatkan perbualannya dengan Byung Hee di telefon sebentar tadi.Lelaki itu kedengarannya begitu teruja untuk berjumpa dengannya sebaik sahaja mengetahui dia sudah pun keluar dari hospital baru-baru ini.

"Sampai hati awak tak beritahu saya pasal awak keluar hospital ni ya?"Kata Byung Hee,pura-pura merajuk.
"Sebab saya nak buat surprise kat awaklah saya tak nak beritahu awak.Lagipun,awak ada kat Jepun kan sekarang ni.Takkanlah saya nak ganggu waktu kerja awak pula,"balas Joo Yeon.
"Kalau bukan sebab awak yang suruh saya pergi,saya tak ada kat Jepun ni tau,"kata Byung Hee pula.
"Miane..."Ucap Joo Yeon.
"Saya sangguplah balik ke sana semata-mata nak jumpa dengan awak...awak tahu tak yang saya rindu sangat nak jumpa dengan awak ni?"Soal Byung Hee.Joo Yeon tersenyum.
"Saya pun rindukan awak juga.Saya pun tak sabar nak jumpa dengan awak,Jio,"kata Joo Yeon.Kedengaran lelaki itu tertawa di hujung talian.
"Seronoknya saya dengar yang awak rindukan saya.Ah...ni yang makin tak sabar nak balik jumpa awak awak ni,"kata Byung Hee.
"Awak habiskanlah dulu kerja awak.Kalau dah siap nanti,baru balik.Masa tu,saya akan siapkan macam-macam makanan yang sedap-sedap untuk awak,"kata Joo Yeon,yang sudah membayangkan suasana menyambut kepulangan lelaki itu.
"Arasso.Saya dah jadi makin bersemangat nak kerja balik lepas dengar kata-kata awak ni,"kata Byung Hee.Joo Yeon tertawa kecil.
"Jio..."
"Ya?"Joo Yeon menggenggam erat telefon bimbitnya.Sungguh dia amat merindui lelaki itu.Apatah lagi dengan kejadian yang baru sahaja berlaku baru-baru ini.Andai dia ada kuasa,mahu sahaja dia terbang ke Jepun dan berjumpa dengan lelaki itu.
"Saya cintakan awak,Jio...Saya sangat sayangkan awak...sampai bila-bila,"kata Joo Yeon.Byung Hee diam di hujung talian."Saya betul-betul tak sabar nak jumpa dengan awak,"katanya lagi.
"Saya pun cintakan awak,Joo Yeon...saya pun dah tak sabar nak jumpa dengan awak,"balas Byung Hee."Awak tunggu saya,okey?"

Lamunan Joo Yeon terganggu apabila terdengar bunyi loceng pintu rumahnya berbunyi.
"Siapa pula yang datang ni?"Soalnya sendiri.Perlahan-lahan,kakinya melangkah menuju ke pintu rumahnya.Pintu  itu dibukanya.Aneh.Tiada pula sesiapa di luar.Joo Yeon mencari-cari kelibat seseorang yang mungkin dikenalinya berdekatan di situ.Sungguh tiada sesiapa pun yang berada di situ.Joo Yeon kemudiannya memandang ke bawah.Keningnya terangkat sebelah.Sampul surat itu diambilnya.Ternyata surat itu adalah untuknya apabila melihat namanya yang tertera pada sampul surat itu.Joo Yeon menutup pintu rumahnya sambil melihat sampul surat itu.
"Surat apa ni?"Soalnya.Sampul surat itu dibukanya dengan seribu satu persoalan.
"Ni dari hospital dekat Sydney.Kenapa pula ni?"Soalnya apabila melihat lambang hospital Sydney,tempat di mana dia pernah menerima rawatan di situ.Joo Yeon membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.Joo Yeon terkejut sebaik sahaja melihat borang pendermaan jantung yang turut diselitkan beserta dengan surat itu.Surat itu terlepas dari pegangan tangannya.Tubuhnya menggigil.Amat sukar baginya untuk mempercayai bukti yang ada di hadapan matanya itu.Air matanya mengalir.
"Tak mungkin..."

Byung Hee kerap tersenyum sepanjang perjalanan dari lapangan terbang menuju ke rumah Joo Yeon.Perbualannya dengan Joo Yeon dua hari yang lalu telah membuatkan hatinya begitu teruja untuk berjumpa dengan wanita kesayangannya itu.Pemandunya yang menyedari riak wajah Byung Hee yang ceria itu turut tersenyum.
"Gembira je saya tengok Tuan hari ni.Ada apa-apa yang berlaku ke?"Soal pemandu itu.Senyuman Byung Hee semakin melebar.
"Nampak sangat ke saya ni gembira?"Soal Byung Hee.Pemandu itu sekadar tertawa kecil sambil angguk.
"Macam manalah saya tak perasan kalau kilauan gigi Tuan tu buatkan saya tak dapat nak tengok cermin pandang belakang.Silau sangat,"kata pemandu itu,seraya bergurau.Ternyata gurauannya itu mencetuskan tawa besar daripada Tuan mudanya itu.
"Ada-ada jelah awak ni,"kata Byung Hee."Em...Jung Hyun dah balik dari Sydney?"Soal Byung Hee,perihal Penasihat Kim yang sedang bercuti itu.Kelihatan pemandu itu menganggukkan kepalanya.
"Dah,Tuan.Semalam dia ada singgah sekejap ke villa Tuan.Mungkin dia terlupa yang Tuan ada kat Jepun,"kata pemandu itu.Byung Hee angguk.
"Okey,tak apalah kalau macam tu.Em...boleh cepat sikit tak drive tu?Saya dah tak sabar ni,"kata Byung Hee.Pemandu itu tersenyum.
"No problem,Tuan,"balas pemandu itu dengan senang hati.Byung Hee pula tersenyum puas.

Byung Hee membetulkan kolar bajunya sebelum menekan loceng pintu rumah teman wanitanya itu.Dia langsung tidak mempedulikan keletihannya yang baru tiba dari Jepun itu.Apa yang penting baginya sekarang ini,adalah untuk bertemu dengan Joo Yeon.Loceng rumah itu ditekannya sekali lagi.Byung Hee menjadi hairan.Sekali lagi ditekan loceng rumah Joo Yeon itu.Pelik.Ke mana pula Joo Yeon pergi?Cepat-cepat Byung Hee menghubungi Joo Yeon.Dahinya berkerut.Panggilannya pula tidak berjawab.Perhatian Byung Hee teralih ke arah seorang wanita yang sedang melangkah keluar dari rumahnya itu.Byung Hee segera melangkah ke arah wanita itu sebelum menundukkan sedikit kepalanya,sebagai tanda hormat.
"Maafkan saya,cik.Em..saya nak tanya sikit,"kata Byung Hee.
"Ya?"
"Em...Cik kenalkan Joo Yeon yang duduk kat situ?"Soal Byung Hee.Kelihatan wanita itu angguk."Em,cik tahu tak ke mana dia pergi?Sebab saya try call dia,tak dapatlah,"kata Byung Hee.
"Oh,hari tu saya nampak dia keluar bawa beg besar.Katanya...ada hal keluarga dekat Sydney.Tu jelah yang saya tahu,"kata wanita itu.
"Oh...yeke...Em..terima kasih."
Byung Hee melepaskan keluhan kecil.Dia mulai bimbang akan Joo Yeon.Lamunannya terganggu seketika apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.
"Ya,Hyo Young?"

Seluruh kerabat diRaja dan kenalan-kenalan rapat sudah pun dikhabarkan mengenai berita perkahwinan antara Seung Ho dengan Hyo Young yang akan berlangsung tidak lama lagi.Seluruh warga istana sibuk untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan pasangan itu.Kedua-dua bakal pengantin itu juga tidak terlepas dengan persiapan mereka.Lebih-lebih lagi pengantin perempuan.Semuanya atas kemahuan Permaisuri Yang sendiri.Dia mahukan Hyo Young supaya kelihatan sangat sempurna pada hari bersejarah itu nanti.
Seung Ho ditinggalkan berseorangan di dalam biliknya apabila dia sudah pun selesai diambil ukuran oleh pembantu istananya.Seung Ho berura-ura mahu melangkah ke arah bilik airnya.Namun,langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.
"Masuk!"Arahnya.Namun,tiada respon dari luar.Seung Ho melepaskan keluhan berat.Pasti pekerja baru istana yang sedang berada di luar biliknya.Maklumlah masih belum biasa dengan suasana kerja di istana itu.Malas-malas Seung Hi membuka pintu biliknya.Tanpa melihat kelibat orang itu,Seung Ho memalingkan tubuhnya daripada orang itu.
"Ada barang tertinggal ke?"Soal Seung Ho sambil melangkah ke bilik airnya."Kalau ada,ambil saja."Katanya lagi.Seung Ho pelik apabila kata-katanya itu tidak dibalas apa-apa seperti kebiasaannya.Seung Ho menoleh semula ke arah belakangnya.Seung Ho terkejut apabila melihat seseorang yang berdiri di belakangnya itu.
"Amboi...mentang-mentanglah orang tu dah nak jadi pengantin.Muka Noona sendiri pun dah tak sudi pandang ke?"Kata wanita itu.Seung Ho mengukir senyuman manis.
"Noona?"Soalnya,tidak percaya.Wanita itu tersenyum.
"Yea..it's me.I'm back."Cepat-cepat Seung Ho melangkah ke arah wanita itu sebelum dipeluknya erat wanita itu.
"Kenapa tak cakap nak balik?Seung Ho boleh pergi jumpa Noona,"kata Seung Ho,teruja.Sungguh dia amat merindui Noonanya yang sudah hampir lima tahun tidak berjumpa itu.Noonanya sibuk dengan kerjayanya di London sehingga menyukarkan baginya untuk pulang bertemu keluarganya.
"Tak payah.Noona boleh balik sendiri.Noona tak sampai hati nak kacau bakal pengantin ni,"kata wanita itu.
Wanita itu kemudiannya mengetuk kepala adik lelakinya itu.Seung Ho mengaduh kesakitan.
"Apa ni,Noona?Sakitlah!"Marah Seung Ho.Wanita itu mencebik.
"Ee...manjanya!Tu pun sakit ke?Tulah...kahwin tak nak cakap kat orang.Alih-alih,Noona tahu dari omma juga.Kenapa?Nak buat surpriselah kononnya?"Soal wanita itu.Seung Ho tersengih.
"Bukan surprise Noona...Seung Ho...sebenarnya terlupa pasal Noona.Yela..dah lama tak jumpa kan?"Katanya selamba.
"Yah!"Seung Ho ketawa besar apabila melihat riak wajah Noonanya yang berubah merah kerana menahan marahnya itu.
"La...gurau je.Dah lama tak usik Noona sendiri,"kata Seung Ho,sambil tertawa.Wanita yang bernama Seung Mi itu menggigit bibirnya.
"Yela tu.Entah-entah memang dah tak ingat kat Noona dah.Tak apalah.Yang penting Jio mesti tak lupa kat Noona,"kata Seung Mi sambil tersenyum manis.Seung Ho mencebik."Eh,mana Jio hah?Noona pun dah rindu sangat kat dia,"kata Seung Mi,teruja.
"Tolonglah.Hari tu,waktu Dara Noona balik sini pun,dia sibuk nak cari Jio.Si Sang Hyun sendiri dia tak ingat.Noona pun nak cari Jio juga?Apalah jampi yang Jio dah baca sampai buat Noona berdua macam ni hah?"Soal Seung Ho,hairan.
"Jangan tak tahu...Noona dengan Dara dulu pernah bet tau siapa yang akan dapat Jio tu.Mesti dia makin handsome kan sekarang?Mesti dia lagi handsome dari adik Noona ni kan?"Usik Seung Mi.
"Dahlah Noona.Kalau datang sini nak menyemakkan fikiran Seung Ho,baik tak payah.Kalau nak sangat jumpa dengan Jio yang 'kacak' tu,Noona jangan harap dapat jumpa kat sini.Pergilah ke villa dia tu.Sibuk je,"kata Seung Ho,sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.Malas untuk melayan karenah Noonanya lagi.Seung Mi sekadar tersenyum puas.Seronok pula dapat mengusik adik lelakinya itu.
"Ala...dia handsome-handsome pun...Yang Seung Ho juga yang kahwin dulu!"Jerit Seung Mi sebelum melangkah keluar dari bilik Seung Ho itu.Sementara Seung Ho yang sedang berada di dalam bilik air itu sekadar tersenyum manis.Ya,dia akan berkahwin tak lama lagi.Hatinya teruja sekali menantikan saat-saat bahagia itu.

 Yang Seung Ho
 Jung Byung Hee
 Lee Joo Yeon
Go Ara as Yang Seung Mi

Hyo Young menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu biliknya ditolak dari luar.Senyumannya kian lebar apabila melihat kelibat Byung Hee yang sedang melangkah masuk ke biliknya.Hyo Young segera memeluk Byung Hee dengan senyuman senang hati sekali.Byung Hee turut membalas senyuman Hyo Young itu.
"Chukae,Hyo Young.I'm very happy for you,"kata Byung Hee.Hyo Young melepaskan pelukannya.Wajah Byung Hee itu ditatapnya.
"Gomawo,Jio oppa.Semua ni pun disebabkan oleh Jio oppa.Kalau oppa tak ada,mungkin semua ni takkan terjadi,"kata Hyo Young.
"Oppa tak buat apa-apalah,Hyo Young.Anyway...oppa sangat sangat terkejut dengan berita ni,tau tak?Rasa macam tak percaya je yang adik kesayangan oppa ni dah nak kahwin.Dengan Seung Ho pula tu,"kata Byung Hee.Hyo Young tersenyum.
"Eh,oppa.Jomlah duduk dulu.Rasa macam dah lama sangat tak berbual dengan oppa.Maklumlah...orang tu dah ada buah hati.Sebab tu dah dia dah lupa kat adik Hyo Young dia,"usik Hyo Young.Byung Hee tersenyum nipis.Hyo Young yang menyedari perubahan riak wajah Byung Hee yang muram itu mulai rasa sangsi.
"Kenapa ni,oppa?Tiba-tiba je muka oppa jadi sedih ni kenapa?"Soal Hyo Young,bimbang.Byung Hee segera memaniskan riak wajahnya sambil menggeleng.
"Tak ada apa-apa.Em,jomlah duduk.Kata nak berbual sangat dengan oppa,"kata Byung Hee,sambil menarik lembut tangan Hyo Young menuju ke arah sofa.Hyo Young sekadar akur.
"Betul ke,oppa?Mesti oppa ada sembunyikan sesuatu dari Hyo Young,kan?"Soal Hyo Young.
"Iye.Oppa okey je.Cuma...oppa penat sikit sebab oppa baru je balik dari Jepun ni,"kata Byung Hee.Mata Hyo Young terbuntang luas.
"Oppa buat apa kat Jepun?Tak tahu pun yang oppa ada kat sana?"Soal Hyo Young.
"Macam manalah Hyo Young nak tahu kalau tengah asyik khayal pasal Seung Ho je,"balas Byung Hee,sekaligus mengusik.Hyo Young mencebik.Hyo Young kemudiannya tersenyum ke arah Byung Hee.
"Oppa...oppa dengan Joo Yeon unni tu bila lagi?Oppa dengan unni tu..memang confirm tangah...bercinta kan?"Soal Hyo Young.
"Em...oppa pun tak tahu lagilah,Hyo Young.Kamikan baru kenal,"kata Byung Hee.
"Oppa..."
"Ya?"
"Hyo Young betul-betul harapkan yang oppa dapat juga bersama dengan Joo Yeon unni satu hari nanti.Hyo Young harap sangat yang peristiwa dulu takkan berulang lagi...sebab Hyo Young teringin sangat nak tengok oppa Hyo Young ni bahagia macam orang lain."Ikhlas Hyo Young meluahkan harapannya.Byung Hee tersenyum ke arah Hyo Young.Perlahan-lahan,dia menarik Hyo Young ke dalam pelukannya.
"Gomawo,Hyo Young.Oppa...pun mendoakan kebahagiaan Hyo Young dengan Seung Ho.Hyo Young tak perlulah risau pasal oppa.Pada oppa,tengok Hyo Young bahagia dengan Seung Ho pun dah terlalu cukup untuk oppa.Sebab oppa sangat sayangkan Hyo Young tak ubah macam adik oppa sendiri.Oppa tak nak tengok Hyo Young sedih macam dulu lagi.Sekarang ni,Hyo Young kena belajar mulakan hidup yang baru.Sebab oppa yakin...Seung Ho mampu memberikan semuanya untuk Hyo Young,"kata Byung Hee.Mata Hyo Young mulai bergenang.Terharu mendengar kata-kata daripada Byung Hee itu.Hyo Young mengeratkan pelukannya.Sungguh dia bersyukur dengan kehadiran Byung Hee yang sudah diibaratkan sebagai abang kandungnya dalam hidupnya.
"Oppa sayangkan Hyo Young."Hyo Young menitiskan air matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.
"Hyo Young pun sayangkan oppa."

Chang Sun meletakkan kad jemputan perkahwinan Seung Ho itu di atas meja sebaik sahaja habis membacanya.Dia membaringkan dirinya di atas katil,merenung nasib yang akan berlaku terhadapnya pula selepas ini.Siling bilik tidurnya itu ditenungnya.Fikirannya mulai melayang ke arah Hyo Sung.Hyo Sung,satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya.Satu-satunya gadis yang berjaya membuka hatinya untuk menerima cinta.Dan...satu-satunya gadis yang tidak dapat dia milik dalam hidupnya.Chang Sun menutup matanya.Butir-butir jernih mulai mengalir,membasahi pipinya.Sungguh dia amat merindui Hyo Sung.
'"Hyo Sung ah..."
"Apa yang awak sedang buat sekarang ni?"
"Saya...teringin nak tahu apa yang awak sedang buat sekarang ni.Saya nak sangat tengok apa yang awak buat..."
"Saya rindukan awak,Hyo Sung..."
"Tapi saya tak pasti kalau awak pun rindukan saya..."
"Bukan ke awak sendiri yang inginkan perpisahan ni?"
"Awak dah buat saya jatuh cinta kepada awak...tapi awak sendiri yang memusnahkan harapan saya terhadap awak..."Air matanya kian lebat mengalir.
"Tapi...saya tak boleh bencikan awak...sebab saya terlalu sayangkan awak,Hyo Sung..."

Chang Sun mengesat air matanya apabila menyedari pintu biliknya dibuka dari luar.Chang Sun berusaha memaniskan riak wajahnya apabila melihat ibunya yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Anak omma tengah buat apa kat bilik ni?"Soal Puan Ha Ni.
"Tak ada apa-apa,omma.Joon cuma tengah rehat-rehat.Joon penat sikit,"kata Chang Sun,berbohong.Puan Ha Ni tersenyum ke arahnya.
"Tulah.Omma dah pesan,jangan kerja kuat sangat.Nanti kalau Joon nampak letih waktu majlis pertunangan dengan Chae Rin nanti macam mana?Tak nampak handsomelah anak omma ni nanti,"kata Puan Ha Ni.Chang Sun tersenyum nipis.
"Tak sabarnya nak tengok anak omma pakai baju pengantin macam Seung Ho nanti.Minta-mintalah impian omma ni tercapai nak tengok anak omma dengan Chae Rin disatukan nanti,"kata Puan Ha Ni lagi.Puan Ha Ni menepuk lembut belakang anak lelakinya itu.
"Okeylah,Joon rehat dulu kat sini.Omma nak buat kerja sikit.Tidurlah cukup-cukup ya,sayang,"kata Puan Ha Ni,sebelum beredar.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang erat oleh Chang Sun.Puan Ha Ni menoleh ke arah Chang Sun.
"Omma..."
"Ya,ada apa?"Kelihatan Chang Sun melepaskan keluhan berat.
"Kalau boleh..."Puan Ha Ni sabar menanti.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah ibunya.
"Tolong cepatkan perkahwinan Joon dengan Chae Rin."

 Lee Chang Sun
Ryu Hyo Young