26 June, 2011

...Chapter 49...



“Saya tahu…permintaan saya ni mungkin kedengaran berat untuk kamu,Dong Joon.Tapi,saya bukan buat keputusan ni dalam tempoh yang singkat,Dong Joon.Saya dah pertimbangkan perkara ni bersungguh-sungguh.Impak baik dan buruknya semua saya dah pertimbangkan,”kata Presiden Han,cuba memujuk Dong Joon untuk menerima permintaannya.Dong Joon masih terkejut dengan permintaan Presiden Han itu.Encik Hwang turut memandang ke arahnya.
“Saya pun dah bersetuju dengan cadangan datuk saya,Dong Joon.Kalau awak berat hati nak terima cadangan datuk saya sebab saya,awak tak perlu risau.Saya memang dah setuju dengan cadangan ni.Lagipun,kami memang yakin dengan kemampuan awak untuk uruskan cawangan syarikat kami di New York.Saya pula boleh bantu datuk saya untuk menguruskan ibu pejabat di Seoul,”kata Encik Hwang,menyokong kenyataan datuknya itu.Dong Joon masih belum mahu membalas apa-apa.
“Dong Joon,saya bukan nak kamu uruskan cawangan syarikat kami di New York semata-mata,malah saya nak serahkan syarikat tu atas nama awak dan keluarga awak.Saya nak cawangan syarikat kami tu menjadi milik awak,Dong Joon,”kata Presiden Han,bersungguh-sungguh.Dong Joon memandang ke arah Presiden Han dengan pandangan yang tidak percaya.Presiden Han memegang tangan Dong Joon.”Saya tak bercakap kosong,Dong Joon.Kalau awak sudi terima permintaan saya ni,senanglah hati saya.Saya pun dah tak rasa bersalah lagi dekat mendiang ayah kamu,Dong Joon,”katanya lagi.Perlahan-lahan,Dong Joon melepaskan keluhan berat.
“Chuwesuhamnida…Tapi,saya rasa permintaan Tuan dengan Encik Hwang ni,terlalu berat untuk saya terima.Lagipun,saya bukan daripada keluarga Han.Mana mungkin saya boleh dapatkan hak ni sedangkan masih ada ahli keluarga Tuan yang layak untuk mendapatkannya.Chuwesuhamnida…saya terpaksa tolak…”kata Dong Joon,berkali-kali memohon maaf kerana dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Presiden Han itu.Dong Joon kemudiannya menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat sebelum dia beredar dari situ.Encik Hwang mahu menghalang Dong Joon namun niatnya terbantut apabila dihalang oleh Presiden Han.
“Biarkan dia,Tae Kyung.Dia masih terkejut.Suatu masa nanti,dia pasti terima permintaan datuk.Datuk yakin,katanya sambil tersenyum nipis.

Dong Joon bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital.Dong Joon menghembus nafas berat apabila melihat Su Yeon terbaring lemah di atas katil dengan pergelangan tangannya yang berbalut itu.Menurut doktor,Su Yeon cuba untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau.Dong Joon hanya memerhati Su Yeon dari jauh.Entah apa yang merasuk Su Yeon untuk melakukan tindakan bodoh itu pun Dong Joon tidak pasti.Penantian Dong Joon berakhir apabila melihat mata wanita itu mulai terbuka perlahan-lahan.Su Yeon menoleh ke arah Dong Joon yang sedang bersandar di dinding.Su Yeon mengukir senyuman manis.Gembira hatinya apabila melihat wajah Dong Joon adalah wajah yang pertama yang memenuhi ruang matanya sebaik sahaja dia sedar dari lenanya.
“Oppa…”sapanya,lemah.Namun,sapaannya tidak dibalas oleh Dong Joon.Senyuman Su Yeon mengendur apabila melihat pandangan tajam daripada lelaki itu.Su Yeon pasti Dong Joon pasti marah dengan tindakan tidak matangnya itu.
“Miane…Su Yeon terlalu emosi tadi,sampai tak boleh nak berfikir secara matang,”kata Su Yeon,akui kesalahannya.Dong Joon sekadar membisu.Tidak langsung mencelah.Su Yeon menoleh ke arahnya.”Tapi,Su Yeon betul-betul tak boleh lupakan oppa.Su Yeon betul-betul tak boleh terima yang oppa terlalu cintakan Sa Rang sehingga oppa tak nampak kehadiran Su Yeon dalam hidup oppa.Apa kekurangan Su Yeon,oppa?Apa yang oppa nak Su Yeon berubah?Cakaplah…”rayunya.Su Yeon betul-betul tidak boleh terima apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh Dong Joon.Su Yeon terkejut apabila Dong Joon melabuhkan punggung di atas katilnya.
“Dekat dunia ni,tak ada sesiapa pun yang sempurna.Setiap orang ada kekurangannya walaupun di luarnya dia nampak sempurna.Kekurangan dan kelebihan itulah yang menjadikan setiap orang istimewa.Saya pun ada kekurangan saya sendiri.Begitu juga dengan awak,Su Yeon.Jadi,untuk apa saya nak seseorang yang begitu sempurna sedangkan saya sendiri tak sesempurna yang orang lain mahukan?Sama juga dengan Sa Rang.Sa Rang juga ada kelemahan dia sendiri.Dan kelemahannya itulah yang menguatkan cinta saya terhadap dia.Saya bukan cintakan dia semata-mata kerana kelebihannya.Tetapi,saya cintakan dia kerana dia ada kedua-duanya,iaitu kelebihan dan kekurangan…”kata Dong Joon.Cara dia menceritakan mengenai perasaan cintanya terhadap Sa Rang sudah jelas menggambarkan bahawa dia amat mencintai wanita itu walau apa pun yang terjadi.Dong Joon menoleh ke arah Su Yeon sambil memegang tangan wanita itu.
“Kalau seseorang tu betul-betul cintakan awak,dia takkan ungkit kelemahan awak.Sebaliknya dia akan bantu awak untuk melengkapkan apa yang awak tak ada.Dia akan terima awak seadanya.Tulah namanya cinta,”kata Dong Joon.Su Yeon menundukkan wajahnya.
“Awak putus dengan adik saya sebab dia selalu ungkit pasal kelemahan awak ke?”soal Dong Joon,tiba-tiba.Su Yeon terkejut.Dong Joon pula tersenyum.
“Macam mana oppa tahu pasal Su Yeon dengan Nick?”soal Su Yeon.Dong Joon tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas itu.
“Saya abang dia…saya tahulah,”jawab Dong Joon,selamba.”Saya ternampak gambar awak dalam bilik dia.Tak silap gambar tu,masa awak dengan Jung Min belajar kat New York dulu,”kata Dong Joon.Su Yeon tersenyum nipis.
“Kami dah tak ada apa-apa.Tu semua kisah lama.Malas nak ingat balik,”balas Su Yeon.Dong Joon angguk.
“Sebab tu,saya nak awak buka buku baru.Lupakan segala yang kenangan pahit.Kalau awak fikir saya adalah penawarnya,maaf…saya tak layak.Saya hanya akan buat awak terseksa,sebab sungguh…saya tak boleh nak memaksa diri saya untuk mencintai awak.Awak sebenarnya gadis yang baik.Cuma hidup awak sekarang lebih dibayangi oleh ayah awak.Ayah awak terlalu mengejar kemewahan…sehingga lupa kepada kasih sayang yang sepatutnya ayah awak curahkan kepada awak dengan Jong Suk.Saya cakap macam ni,bukan sebab saya nak awak bencikan ayah awak sebab saya tak ada hak nak buat macam tu.Saya Cuma harap awak boleh tolong ubah sikap ayah awak.Saya tak nak…suatu hari nanti,sikap tamaknya tu akan memakan diri dia sendiri,”kata Dong Joon,memberi nasihat kepada Su Yeon.Perlahan-lahan,Su Yeon angguk.
“Arasso,”ujarnya sambil tersenyum.Dong Joon turut membalas senyumannya.Dong Joon sudah berura-ura mahu beredar dari situ.”Oppa…”panggil Su Yeon lagi.Dong Joon menoleh ke arahnya.”Sa Rang…”Dong Joon masih setia menanti butir-butir yang mahu dikatakan oleh wanita itu.Su Yeon menelan air liur.Dia kemudiannya memejamkan matanya.
“Sa Rang ada dekat Tokyo sekarang…”katanya.Dong Joon terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata Su Yeon itu.

Puas Encik Lee menghubungi semula Encik Aizawa namun satu panggilan pun tidak dijawab.Malah panggilan itu dijawab oleh operator telefon.Nombor yang anda dail tidak terdapat di dalam perkhidmatan!Encik Lee hampir menjadi gila.Habis semua staf pejabatnya dimaki kerana terlalu marah dengan tindakan Encik Aizawa.Semua duit yang dilaburnya kononnya untuk projek mega yang bakal diadakan dengan kerjasama syarikat korporat Jepun itu lebur begitu sahaja.Bukan itu sahaja,malah syarikat korporat Jepun yang diuar-uarkan oleh Encik Aizawa itu langsung tidak wujud!Encik Aizawa sudah menipunya hidup-hidup walaupun Encik Lee sudah menjalankan langkah berwaspada dengan teliti.Encik Lee memegang dadanya yang terasa sakit itu.Tidak lama selepas itu,pandangannya menjadi gelap.Suasana pejabatnya menjadi kecoh apabila pihak polis menyerbu pejabat Encik Lee dengan kuasa waran tangkap yang mereka peroleh daripada pihak mahkamah.
Jong Suk mengukir senyuman puas apabila melihat dokumen yang dicari-carinya selama ini sudah berada di dalam genggamannya.Takeru yang melihat senyuman Jong Suk itu turut tersenyum nipis.Rancangannya berjaya.Dia berjaya menyelewengkan duit syarikat keluarga Lee tanpa langsung meninggalkan jejak.Jong Suk memandang ke arahnya.
“Terima kasih,Takeru.Akhirnya dapat juga saya bagi pengajaran berharga kepada appa saya.Kalau awak tak ada,saya tak tahulah nak buat macam mana lagi,”kata Jong Suk,amat menghargai bantuan daripada Takeru walaupun terpaksa mengorbankan nasib keluarganya sendiri.Takeru sekadar angguk.
“Saya hanya akan menerima ucapan terima kasih awak kalau awak serahkan balik hak Dong Joon yang sepatutnya dia dapat,”kata Takeru.Jong Suk tersenyum.Dia kemudiannya menghulurkan tangan sebagai tanda terima kasih.Takeru menyambut huluran tangannya.Tugasnya sudah berakhir.Selebihnya,biarlah Jong Suk yang menguruskannya.

Dong Joon memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Han yang baru sahaja meninggal dunia kerana penyakit jantung yang sudah lama dialaminya.Dia benar-benar tidak sangka bahawa pertemuannya dengan Presiden Han pada beberapa minggu yang lalu adalah pertemuannya yang terakhir.Dong Joon juga kecewa apabila dia tidak dapat memenuhi permintaan terakhir lelaki itu.Rasa bersalahnya kian menggunung terhadap Presiden Han.Sebaik sahaja Dong Joon melangkah keluar dari rumah agam keluarga Han itu,Encik Hwang segera mendapatkannya.Dong Joon menundukkan kepalanya sedikit apabila berjumpa dengan cucu kepada Presiden Han itu.
“Datuk saya ada amanahkan saya untuk menyerahkan dokumen ni kepada awak.Saya harap awak boleh baca dokumen ni terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.Lepas ni,apa sahaja keputusan yang awak buat…saya akan terima,”kata Encik Hwang.Perlahan-lahan,Dong Joon mengambil dokumen dari tangan Encik Hwang.Dong Joon mengukir senyuman manis.
“Arasso,”kata Dong Joon.Encik Hwang turut tersenyum sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu.
“Kamsahamida.Datuk saya kata…dia sangat gembira bila dapat berjumpa dengan awak semula,”kata Encik Hwang.Dong Joon hampir-hampir sahaja mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar kata-kata Encik Hwang itu.Kehilangan Presiden Han amat dirasainya seperti ketika dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya dahulu.
Dong Joon benar-benar tidak percaya dengan apa yang tertera di dalam dokumen yang diserahkan oleh Encik Hwang kepadanya.Encik Hwang bersama peguamnya menyedari perubahan riak wajah lelaki itu.
“Apa maksud semua ni?Cawangan Syarikat Han di New York tu…sebenarnya milik keluarga saya?”soal Dong Joon,tidak percaya.Encik Hwang angguk.Dong Joon tertawa kecil.”Sejak bila pula appa saya ada buka syarikat baru dekat New York?Saya tak tahu pun pasal ni,”kata Dong Joon lagi.Mengharapkan yang dia hanya bermimpi ketika itu.Encik Hwang memandang ke arah  peguamnya,memberi isyarat kepada peguamnya untuk menjelaskan semuanya kepada Dong Joon.Peguamnya angguk.
“Begini,Encik Park.Seperti yang tertera di atas dokumen tu,syarikat yang berada di New York tu sememangnya milik keluarga Park.Presiden Park Hyun Bin,ayah kepada Encik Park Dong Joon sudah menamakan syarikat di New York tu atas nama Encik Park.Cuma sebelum Encik Park mencapai umur 30 tahun,mendiang Presiden Park telah meminta bantuan mendiang Presiden Han untuk menjadikan syarikat milik keluarga Park di New York tu sebagai salah satu cawangan Syarikat Han.Jadi,mendiang Presiden Han telah bantu menguruskannya seperti menguruskan syarikatnya sendiri.Sebab tu,mendiang Presiden Han jarang sekali berada di Korea,”jelas peguam itu.Dong Joon menggeleng.
“Saya tak faham.Kenapa appa saya tak pernah cakap pasal hal ni?Kenapa dia nak Presiden Han yang bantu uruskan syarikat kat New York tu sedangkan Presiden Han sendiri ada syarikat dia kat Seoul?”soal Dong Joon,tidak puas hati dengan kejutan itu.Setahunya,ayahnya tidak pernah langsung membicarakan mengenai syarikat di New York itu selama hayatnya.Peguam itu tersenyum manis.
“Sebab mendiang Presiden Park mahukan Encik Park belajar dahulu selok belok pengurusan syarikat di Seoul.Lagipun Presiden Park dengan Presiden Han dah lama berkawan.Jadi,hanya Presiden Han yang tahu corak pengurusan Presiden Park,”jawab peguam itu.
“Tapi kenapa appa saya tak nak uruskan syarikat di New York tu sendiri? “soal Dong Joon.
“Sebab…mendiang Presiden Park mahu selalu berada di samping Encik Park sepanjang Encik Park mempelajari selok belok pengurusan syarikat di Seoul.Memandangkan anak kedua kepada mendiang Presiden Park, Park Jung Min, tidak berminat dalam meneruskan legasi keluarga Park,jadi mendiang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Encik Park dan Cik Park Hye Ri.Oleh sebab itu,sebaik sahaja umur Encik Park mencecah 30 tahun,syarikat keluarga Park di New York akan menjadi milik Encik Park Dong Joon.Manakala,syarikat keluarga Park di Seoul pula akan diserahkan kepada Cik Park Hye Ri sebaik sahaja umurnya mencecah 24 tahun,”kata peguam itu lagi.Dong Joon bersandar pada dinding.Matanya terpejam rapat.Dia benar-benar tidak sangka dengan kejutan yang dirancang oleh mendiang ayahnya sendiri.Dia benar-benar tidak tahu mengenai syarikat keluarganya di New York itu.
“Tapi…syarikat keluarga Park di Seoul sudah menjadi milik keluarga Lee selepas kematian ibu bapa saya.Aset keluarga saya pun sudah diambil oleh pihak bank.Keluarga kami dah tak ada apa-apa,”keluh Dong Joon.Encik Hwang meminta izin daripada peguamnya untuk menyampaikan sesuatu kepada Dong Joon.
“Encik Lee Jong Suk dah selesaikan semuanya,Dong Joon.Ayah kepada Encik Lee Jong Suk baru sahaja ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan penipuan,penyelewengan dan pembunuhan.Dokumen-dokumen asal mengenai pengurusan kewangan,pinjaman bank serta bukti pembunuhan Presiden Park serta Puan Park sudah berjaya didapatkan semula daripada simpanan Encik Lee.Jadi,dengan bukti yang ada pada Jong Suk,Encik Lee berjaya ditangkap oleh pihak polis.Jadi,selepas menjalani beberapa prosedur mahkamah ni,mungkin awak boleh dapatkan balik kerusi awak di Syarikat Park,”kata Encik Hwang,menyampaikan berita gembira yang baru diterimanya daripada Jong Suk itu.Dong Joon begitu terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.Namun,sebaik sahaja teringatkan Jong Suk dengan Su Yeon,Dong Joon memandang ke arah Encik Hwang.
“Macam mana pula dengan Jong Suk dan Su Yeon?Mereka ditangkap juga ke?”soal Dong Joon.Encik Hwang menoleh ke arah peguamnya.Dong Joon menanti jawapan mereka dengan penuh debaran.

Jong Suk yang diiringi oleh warden penjara itu terkejut apabila melihat Dong Joon sedang menantinya di sebalik kaca yang memisahkan mereka berdua daripada berbicara secara langsung.Dong Joon yang melihat Jong Suk turut terkejut apabila melihat lelaki itu berpakaian banduan.Atas permintaan Dong Joon,pihak penjara bersetuju untuk membenarkan mereka berbual di sebuah bilik khas.Jong Suk menundukkan wajahnya apabila dia merasakan keadaan dirinya itu sedang diperhatikan oleh Dong Joon.
“Aku bagi masa dua minit untuk kau jelaskan semuanya kepada aku sekarang,”kata Dong Joon sambil melihat jam tangannya.Jong Suk melepaskan keluhan berat.
“Aku…aku nak minta maaf atas apa yang keluarga aku dah buat.Aku tahu,walaupun aku dah kembalikan semula hak kau…tapi aku tetap tak boleh nak kembalikan ibu bapa kau..yang aku sendiri dah anggap macam ibu bapa aku sendiri.Aku mengaku…masa mula-mula aku berkawan dengan kau dulu,aku tak ikhlas.Aku berkawan dengan kau sebab itu permintaan appa aku.Dia nak aku rampas kedudukan kau dalam Syarikat Park.Tapi,aku tak sampai hati nak teruskan niat jahat appa aku.Sebab kau terlalu baik untuk aku.Kau banyak tolong aku bila aku berada dalam kesusahan.Perkenalan aku dengan Hye Ri pun…terus melupakan niat sebenar aku berkawan dengan kau.Begitu juga dengan keluarga kau.Aku masih ingat lagi,mendiang appa kau pernah cakap yang aku ni adalah kawan terbaik yang pernah kau jumpa.Dia banyak kali pesan dekat aku untuk tengok-tengokkan kau.Walaupun dulu,kita ni nakal…tapi dia tak pernah halang kita berkawan.Mungkin aku tak berjaya ubah sikap nakal kau,tapi…bila aku tahu Sa Ranglah yang membuka hati kau untuk serius dalam kerjaya,aku pun berbesar hati nak tolong kau.Dan…sekarang aku sangat gembira bila kau dah berjaya dapatkan cinta Sa Rang.Chukae…”kata Jong Suk.Dong Joon mengukir senyuman nipis.Sebenarnya,Jong Suk tidak perlu menjelaskan apa-apa lagi.Dong Joon sudah tahu semuanya daripada Encik Hwang.Dong Joon sekadar mahu mencari alasan untuk berbual dengan lelaki itu.Dong Joon melihat jam tangannya.
“Okey,dua minit dah tamat.Aku kena balik dulu,”kata Dong Joon,mulai bangun dari tempat duduknya.Jong Suk tidak menghalang.Dong Joon berdiri di hadapan Jong Suk.Dong Joon kemudiannya menundukkan sedikit badannya.Jong Suk terkejut.
“Kamsahamida…kamsahamida…”ucap Dong Joon.”Aku…sangat berterima kasih atas bantuan kau.Kamsahamida,”ucap Dong Joon.Jong Suk turut berdiri.
“Dong Joon ah…”
Dong Joon memandang ke arahnya sambil tersenyum.Bahu lelaki itu dicapainya.Perlahan-lahan,dia memeluk rakan baiknya itu.Jong Suk benar-benar tergamam.
“Gomawo…gomawo…”ucap Dong Joon berkali-kali mengucapkan terima kasih.Jong Suk terharu.Dia tidak mampu untuk membalas pelukan rakan baiknya itu memandangkan tangannya digari.Jong Suk sekadar angguk.Dong Joon kemudiannya melepaskan pelukannya.Wajah Jong Suk itu diperhatinya.
“Disebabkan kau adalah kawan baik aku yang kacak,jadi…aku akan cuba dapatkan keadilan untuk kau.Kau tak bersalah dalam hal ni.Aku akan bantu kau untuk keluar dari sini,”kata Dong Joon,mengikat satu janji.Jong Suk tersenyum.
“Kamsahamida,”ucap Jong Suk.Dong Joon tersenyum.
 “Tapi…aku minta maaf sebab aku mungkin tak dapat nak bantu Su Yeon.Aku dah berbincang dengan peguam,untuk lepaskan Su Yeon,mungkin sedikit susah memandangkan dia turut bersubahat dalam kemalangan ibu bapa aku,”kata Dong Joon.Jong Suk sekadar angguk.”Aku tahu orang lain akan fikir aku ni gila…sebab aku nak bebaskan orang yang dah hancurkan keluarga aku.Tapi,aku buat semua ni sebab aku tahu Su Yeon tu baik sebenarnya.Selama ni,dia hanya jadi boneka appa kau.Jadi,aku rasa dia patut diberi peluang kedua,”kata Dong Joon.Jong Suk tersenyum.
“Kalau Su Yeon dengar pengakuan ikhlas kau ni,mesti dia gembira,”kata Jong Suk.Dong Joon sekadar tersenyum.Jong Suk berusaha mencapai tangan Dong Joon.”Sampai bila-bila pun,aku tetap nak minta maaf bagi pihak keluarga aku atas apa yang berlaku terhadap keluarga kau,Dong Joon,”kata Jong Suk,ikhlas.Dong Joon tersenyum.
“Kau dah bantu aku untuk dapatkan kembali hak aku.Kalau aku berdendam sampai mati pun,semua benda dah terjadi.Dah tak boleh nak patah balik,”kata Dong Joon.Jong Suk benar-benar terharu apabila begitu mudah Dong Joon memaafkan kesalahan besar keluarganya.Dong Joon benar-benar sudah matang.Mungkin kerana penderitaan yang dialaminya selama ini yang telah mematangkan diri Park Dong Joon.

 Park Dong Joon
 Lee Jong Suk
 Hwang Tae Kyung
 Lee Su Yeon
 Yamashita Tomohisa as Aizawa/Takeru

No comments:

Post a Comment