28 June, 2011

Don't Love Me Part 3

Ji Yeon menanti dengan penuh sabar sambil menghirup jus oren di hadapannya.Hari ini,dia dan Ji Hoon sudah berjanji untuk bertemu bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kemalangan kecil itu.Seketika dia tersenyum sendiri.Tidak sangka…kemalangan itu membawa tuah kepadanya.Tuah dapat berjumpa dengan lelaki kacak dan matang,Jung Ji Hoon.Alangkah bagusnya sekiranya dia dapat bertemu dengan Ji Hoon dari awal lagi.Tak perlulah dia terikat dengan si Dong Hae yang tak guna itu.
“Maafkan saya,awak dah lama tunggu?”Ji Yeon menoleh ke arah suara yang menegurnya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Eh,Ji Hoon…tak adalah lama sangat.Duduklah dulu,”pelawa Ji Yeon,riang.Ji Hoon akur.”Awak nak minum apa-apa?”Soal Ji Yeon.
“Tak apa.Saya boleh order sendiri,”kata Ji Hoon sambil mengangkat tangannya.Mereka mulai berbual sebaik sahaja Ji Hoon sudah memberikan pesanannya.”Saya minta maaf sangat-sangat.Saya ada hal sikit tadi.Tu yang lambat tu,”kata Ji Hoon.
“Kan saya kan tak apa.Saya faham.Lagipun,saya yang aturkan pertemuan ni.Oh ya,Sung Jae dah okey?”Soal Ji Yeon.Ji Hoon sekadar angguk.
“Dia dah okey sikit.Lagipun,tak adalah teruk sangat luka dia.Awak tak perlulah nak rasa bersalah sangat.He deserved for that.Memang tu balasan dia bila pinjam motor orang lain tanpa izin,”kata Ji Hoon.Ji Yeon tersenyum nipis.
“Tapi…kalau pasal motor tu,memang salah saya.Em,berapa ya yang saya perlu bayar?Teruk ke kerosakan motor awak tu?”Soal Ji Yeon,ingin tahu.
“Tak perlulah,Cik Ji Yeon.Tak adalah teruk sangat.Biarlah saya dengan Sung Jae je yang uruskan hal tu.Cik Ji Yeon tak payah risaulah,”kata Ji Hoon.
“T..ta..tapi…”
“It’s okey.Saya dengan Sung Jae boleh uruskannya.Cik Ji Yeon tak perlu nak rasa bersalah sangat.Lagipun,ni memang kehendak saya,”kata Ji Hoon lagi.Perlahan-lahan,Ji Yeon melepaskan keluhan kecil.
“Betul ni?Lepas ni,saya dah tak tawarkan lagi tawaran saya,”kata Ji Yeon,meminta kepastian.Ji Hoon angguk sambil tersenyum.”Okey.Tawaran ditutup.Lepas ni,awak dah tak boleh ungkit lagi,arasso?”Akhirnya,Ji Yeon terpaksa mengalah.Ji Hoon ketawa kecil.
“Em,tapi saya ada sesuatu yang saya nak request daripada awak,”kata Ji Yeon lagi.Ji Hoon memandang ke arahnya.
“Apa dia?”
“Boleh tak kalau saya nak berkawan dengan awak?”Soalan Ji Yeon itu sedikit mengejutkan Ji Hoon.Ji Yeon pula memandang dengan penuh pengharapan.Akhirnya,Ji Hoon angguk.
“Okey,kita berkawan.”Ji Hoon bersetuju.Ji Yeon tersenyum gembira.
“Gomawo,”ucapnya.

“Eh,Dong Hae.”Min Woo segera menepuk belakang Dong Hae apabila ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.Dong Hae yang sedang sibuk berbual melalui telefon bimbitnya itu menoleh ke arahnya.Min Woo menunjukkan ke arah sesuatu.Dong Hae kemudiannya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Min Woo itu.
“Ji Yeon keluar dengan siapa tu?Nampak mesra semacam je,”kata Min Woo.Dong Hae kemudiannya mengalihkan pandangannya semula ke hadapan.Malas mahu ambil pusing.Peduli apa!Lebih baik bersembang dengan telefon ni lebih baik!

Ji Yeon terkejut apabila melihat Dong Hae sedang berada di hadapan rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.Dong Hae pula memandangnya dengan pandangan kosong.Gayanya seperti tidak rela untuk berada di situ.
“Apa yang kau buat kat sini?Bangkai haiwan apa lagi yang kau nak bagi kat aku?”Perli Ji Yeon,sambil bercekak pinggang.
“Omma yang suruh aku datang sini.Kau ingat aku teringin sangat nak datang sini ke?”Balas Dong Hae,selamba.Ji Yeon mencebik.
“Yelah tu.Kau boleh je kan tipu omma kau?Pergilah merewang kat tempat lain.Bukannya omma kau tahu pun,”kata Ji Yeon.
“Sorry,aku ni anak yang baik.Bukannya yang suka menipu macam kau ni.”Selamba sahaja Dong Hae menjawab.Ji Yeon mengetap bibirnya.Dong Hae ni memang tak habis-habis mahu menyakitkan hatinya!Pancung kepala tu baru tahu!
“Tengok,bukannya nak menjemput tunang sendiri masuk,”kata Dong Hae sambil melangkah masuk ke dalam rumah Ji Yeon dengan selambanya.Ji Yeon terkejut.
“Yah,siapa yang bagi kau masuk dalam hah?”Soal Ji Yeon tidak puas hati.Dong Hae pula sudah melabuhkan punggung di atas sofa.
“Dahagalah.Buatkan aku air,”kata Dong Hae sambil menonton televisyen.Ji Yeon melepaskan nafas berat.Balik-balik,aku juga yang kena buli!
Dong Hae mulai berasa tidak selesa.Entah mengapa,kesakitan pada dadanya mulai menyerangnya semula.Tangannya diletakkan pada dadanya.Mukanya mulai berpeluh.Dong Hae membongkokkan sedikit badannya.Dong Hae cuba untuk melangkah keluar dari rumah Ji Yeon.Dia perlu mendapatkan ubatnya di dalam kereta.Rasa sakitnya tidak tertanggung lagi.
Ji Yeon yang baru keluar dari dapur itu terkejut apabila melihat Dong Hae sedang terbaring di atas lantai sambil menahan kesakitan.Pantas sahaja dia mendekati ke arah lelaki itu.
“Dong Hae,kau ni kenapa?”Ji Yeon panik.Dong Hae pula menahan rasa sakitnya.Peluh sudah lama membasahi wajahnya.”Dong Hae!”
“T..t..to..long am..b..bilkan…u..ub..ubat saya…”Pinta Dong Hae,tergagap-gagap sambil menunjukkan ke arah keretanya.Ji Yeon segera menuju ke arah kereta Dong Hae untuk mencari ubat yang dimaksudkannya.
“Dong Hae,nah makan ubat ni,”kata Ji Yeon sambil memasukkan ubat itu ke dalam mulut Dong Hae.Dia kemudiannya memberikan Dong Hae air untuk membantu lelaki itu menelan ubatnya.Keadaan Dong Hae mulai pulih beberapa minit selepas itu.
“Kau dah okey?”Soal Ji Yeon,masih bimbang dengan keadaan Dong Hae.Entah penyakit apa yang dihidap oleh lelaki itu pun,langsung tidak diketahuinya.Perlahan-lahan,Dong Hae angguk.Ji Yeon membantu Dong Hae mengelap peluhnya.
“Nasib baik ada ubat.Kalau tak,tak tahulah apa jadi,”kata Ji Yeon,melepaskan nafas lega.Dong Hae mengukir senyuman nipis.
“Maaf.Sebab saya dah susahkan awak,”kata Dong Hae,lemah.Ji Yeon menggeleng.
“Tak ada apalah.Takkan aku nak biarkan kau mati dalam rumah aku ni.Tak pasal-pasal rumah aku ni berhantu.Aku lagi rela hantu lain yang kacau rumah aku ni daripada hantu kau,”kata Ji Yeon,seraya bergurau.Dong Hae tersenyum.
“Hello,saya kalau jadi hantu…tetap kacak dan bergaya tau,”balas Dong Hae.Ji Yeon tersenyum.
“Dahlah,kau rehatlah dulu.Kalau tak larat sangat,kau boleh rehat kat dalam bilik aku dulu,”kata Ji Yeon.Dong Hae menggeleng.
“Tak apalah.Saya boleh larat lagi.Saya dah biasa sangat dengan sakit ni,”kata Dong Hae,mulai bangun dari tempat duduknya.
“Sebenarnya,kau sakit apa?”Soal Ji Yeon,ingin tahu.”Mustahil sakit biasa je.Tadi aku tengok,kau macam sakit sangat,”sambungnya lagi.Dong Hae menggeleng lemah.
“Tak ada apalah.Sakit biasa je.Penat sangat kot.Tak apalah,saya berehat dekat rumah je,”kata Dong Hae,berusaha untuk melangkah keluar dari rumah Ji Yeon.Namun,kesan ubat yang kuat itu membuatkannya tidak berdaya untuk meneruskan langkahnya.Akhirnya,dia jatuh terjelepok di atas lantai.Ji Yeon segera mendapatkan Dong Hae yang sudah terjatuh di atas lantai itu.
“Dong Hae?Dong Hae?”Ji Yeon cuba menepuk perlahan muka Dong Hae yang sudah tidak sedarkan diri itu.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering.
“Ji Hoon…”
“Ji Yeon,kenapa ni?Kenapa suara awak cemas semacam ni?”Soal Ji Hoon dalam talian.
“Tolong saya,Ji Hoon…”Rayu Ji Yeon.

“Saya tak tahu pun Dong Hae ada penyakit jantung,”keluh Ji Yeon.Ji Hoon yang turut berada di sebelahnya sekadar mendengar.Wajah Ji Yeon kelihatan bimbang sekali.
“Awak jangan risau.Saya yakin Dong Hae takkan apa-apa.Doktor sendiri kata dia masih dalam keadaan baik.Dia mesti okey lepas dah dapatkan rawatan tadi,”pujuk Ji Hoon,berusaha mengurangkan keresahan wanita itu.”Awak dah telefon keluarga dia?”Soal Ji Hoon lagi.Perlahan-lahan,Ji Yeon angguk.Ji Yeon kemudiannya menoleh ke arah Ji Hoon.
“Maaflah sebab saya susahkan awak.Saya tak ada apa-apa kat sini.Awak baliklah dulu,”kata Ji Yeon.
“It’s okey.Saya boleh temankan awak kat sini,”kata Ji Hoon.Ji Yeon menggeleng.
“Saya seganlah dengan awak.Awak dah banyak sangat tolong saya.Lagipun Dong Hae tunang saya.Memang patut pun saya temankan dia kat sini,”kata Ji Yeon.Ji Hoon tersenyum nipis.
“Sayang juga awak dekat tunang awak tu,”kata Ji Hoon.
“Saya hanya anggap dia kawan je.Pertunangan kami diaturkan keluarga.Saya…tak pernah cintakan dia,”kata Ji Yeon,mulai membuka cerita.”Saya mungkin akan memutuskan pertunangan ni kalau saya dah jumpa dengan seseorang yang betul-betul saya cintai,”katanya lagi sambil memandang ke arah Ji Hoon dengan pandangan penuh bermakna sekali.Ji Hoon kemudiannya mengalihkan pendangannya.
“Awak patut cuba buka hati awak untuk Dong Hae.Saya tengok…dia seorang lelaki yang baik.Saya yakin,dia betul-betul sesuai untuk awak,”kata Ji Hoon,sambil mengukir senyuman manis.Ji Hoon terkejut apabila tiba-tiba sahaja Ji Yeon mencium bibirnya.
“Saya cintakan awak,Ji Hoon,”akui Ji Yeon.Ji Hoon benar-benar terkejut dengan pengakuan Ji Yeon itu.
“Ji Yeon…”
“Saya betul-betul cintakan awak sejak kali pertama saya jumpa awak.Saya cintakan awak,”kata Ji Yeon,bersungguh-sungguh.Matanya mulai bergenang.Dia kemudiannya memeluk tubuh lelaki itu.
“Ji Yeon,awak tak boleh buat macam ni…”Ji Hoon berusaha untuk menyedarkan Ji Yeon.Ji Yeon sepatutnya lebih memikirkan keadaan Dong Hae yang terlantar sakit itu daripada meluahkan cintanya terhadap dirinya.Pengakuan Ji Yeon itu hanya membuatkan Ji Hoon rasa bersalah terhadap Dong Hae yang tidak pernah dikenalinya itu.
“Ji Yeon!”Ji Yeon segera melepaskan pelukannya apabila melihat abangnya,Jung Hyun sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada sekarang.Ji Hoon pula sudah dapat menjangkakan sesuatu yang buruk.
“Oppa…”
Jung Hyun kemudiannya melangkah mendekati ke arah Ji Hoon.Ji Yeon berusaha untuk menghalang Jung Hyun daripada membuat sesuatu yang kurang bijak.
“Oppa,semua tu bukan salah Ji Hoon.Ji Hoon tak bersalah langsung dalam hal ni,”Ji Yeon cuba memujuk abangnya.Jung Hyun memandang ke arahnya.
“Habis tu salah siapa?Tergamak Ji Yeon buat macam ni dekat Dong Hae kan?Kalau betul pun,Ji Yeon tak cintakan Dong Hae,Ji Yeon tak patut buat macam tu terhadap Dong Hae.Dong Hae sedang sakit,”kata Jung Hyun,amat geram dengan kelakuan adiknya itu.
“Ji Yeon cuma terlalu ikutkan perasaan.Dia pun tak sedar apa yang dia sedang buat,”kata Ji Hoon,berusaha untuk membela Ji Yeon.Jung Hyun memandangnya dengan sinis.
“Sebelum aku belasah kau,lebih baik kau pergi dari sini,”ugut Jung Hyun.Tanpa membalas sebarang kata,pantas sahaja Ji Hoon beredar dari situ.Bukan kerana takut dipukul,tetapi Ji Hoon lebih pentingkan ketenteraman awam terutamanya di hospital.Ji Yeon sekadar memandang ke arahnya.Rasa bersalah kian menebal terhadap lelaki itu.
Pasti Ji Hoon enggan mahu berjumpa dengannya lagi selepas ini.

 Jung Ji Hoon
 Lee Dong Hae
 Song Ji Yeon
 Song Jung Hyun
Kwang Hee ZE:A as Jang Min Woo

No comments:

Post a Comment