09 June, 2011

...Chapter 43...

Sa Rang dan Su Yeon saling membisu antara satu sama lain.Terasa janggal apabila bertemu semula setelah pelbagai perkara buruk terjadi ke atas keluarga Park disebabkan oleh ketamakan keluarga Lee sendiri.Sa Rang lebih selesa melihat ke arah luar daripada bertentang mata dengan Su Yeon yang sudah dikenali zalim itu.
"Dah lama kita tak jumpa,kan?"soal Su Yeon,berbasa-basi.Sa Rang sekadar membisu,tidak langsung membalas sapaan adik perempuan kepada Jong Suk itu.Su Yeon tersenyum sinis,memahami layanan dingin Sa Rang terhadapnya.Namun,dia yakin Sa Rang tidak mengetahui agenda sebenar pertemuan mereka ketika itu."Dong Joon oppa apa khabar ye?"soal Su Yeon,sengaja menjentik perasaan Sa Rang yang sedang kesunyian ketika itu.
"Baik,"jawab Sa Rang,pendek.Malas untuk mengulas lebih."Cepatlah cakap apa yang awak cuba sampaikan tu,"kata Sa Rang,semakin tidak selesa berada berhadapan dengan wanita itu.Siapa yang boleh lupakan semua perkara yang telah terjadi ke atas Park Dong Joon terutamanya?Hatta,Sa Rang turut merasai tempiasnya daripada kejadian itu.Su Yeon mengukir senyuman sinis.
"Okey,aku takkan buang masa lagi,"kata Su Yeon.Su Yeon kemudiannya mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna coklat daripada beg tangannya lalu diletakkan di atas meja.Sampul surat itu kemudiannya ditolak ke arah Sa Rang.
"Apa ni?"soal Sa Rang,kehairanan.Su Yeon memberi isyarat kepadanya untuk membuka sampul surat itu.Sa Rang terkejut apabila melihat terdapat sekeping tiket penerbangan ke Jepun beserta sekeping cek yang tertera jumlah wang yang sangat banyak!Sa Rang memandang ke arah Su Yeon dengan penuh tanda tanya.Su Yeon menghirup jus epal di hadapannya tanpa menghiraukan pandangan Sa Rang itu.
"Apa maksud semua ni?"soal Sa Rang.Su Yeon memandang ke arah Sa Rang.
"Sebelum aku jawab persoalan kau tu,aku nak kau tahu satu perkara yang kau masih belum jelas lagi,"kata Su Yeon.Sa Rang memandang tajam ke arahnya."Segala kemahuan aku dipenuhi walau apa pun yang aku minta.Setakat ni,tak ada satu pun yang tertinggal.Tapi...kaulah orang pertama yang sudah menghalang kemahuan aku untuk dipenuhi semuanya,"kata Su Yeon.
"Takkan awak maksudkan..."
"Yup.Park Dong Joon.Dong Joon oppa,"pintas Su Yeon.Sa Rang terkejut."Mudah je tujuan aku datang jumpa kau hari ni.Aku nak uji sejauh mana perasaan cinta kau tu terhadap Dong Joon oppa,"kata Su Yeon lagi."Kalau betul,kau cintakan Dong Joon oppa...tinggalkan dia!"Su Yeon menekankan suaranya.Mata Sa Rang terbuntang luas saat mendengar kata-kata Su Yeon yang berbaur ugutan itu."Tapi,kalau kau masih enggan nak tinggalkan Dong Joon oppa...aku pun enggan.Cuma kau kena ingat...kalau kemahuan aku tak dipenuhi...begitu juga dengan orang lain.Maksudnya...kalau aku tak dapat memiliki Dong Joon oppa,orang lain pun tak boleh,"kata Su Yeon,memandang tajam ke arah Sa Rang.Sa Rang terkejut.Apakah sesuatu bakal terjadi ke atas Dong Joon sekiranya tuntutan Su Yeon itu tidak dipenuhi?
"Apa yang kau nak buat dekat Dong Joon?"soal Sa Rang,cemas.Su Yeon tersenyum sinis.
"Aku tak tahu.Terpulang kepada keputusan kau lah.Lagipun aku dah tolong kau untuk buat keputusan.Tu...tiket dengan cek tu adalah jalan keluar bagi semua kekusutan kau tu.Lagipun,aku dengar kau pernah bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran kan?Kenapa?Nak samakan taraf kau dengan Dong Joon oppa ke?Tapi,Dong Joon oppa kan dah muflis?Kau tak kisah ke kalau taraf kau lagi tinggi dari Dong Joon oppa nanti?"soal Su Yeon,sambil ketawa.Sa Rang menahan geram.
"Kau memang kejam,Su Yeon!Apa salah Dong Joon sampai kau tergamak buat semua ni?!"soal Sa Rang,meninggikan nada suaranya tanpa menghiraukan orang lain sekeliling.
"Sebab dia dah buat aku jatuh cinta dekat dia!"jawab Su Yeon,tanpa ragu-ragu.Sa Rang terkejut besar saat mendengar pengakuan berani Su Yeon itu."Ya,aku memang cintakan dia sejak dari pandang pertama lagi.Puas?"
"Tapi,kalau betul kau cintakan dia...takkan kau tergamak nak buat semua ni?Kau dah lupa apa yang keluarga kau dah buat dekat keluarga Park?"soal Sa Rang.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia menampar pipi wanita yang tidak tahu malu itu.Sudahlah merampas kebahagiaan orang lain,mahu menagih cinta pula!
"Aku?Bukan appa dengan oppa aku ke yang buat semua ni?"Su Yeon cuba bermain tarik tali dengan Sa Rang."Sepatutnya kau cakap benda tu dekat diri kau sendiri.Kalau betul kau cintakan Dong Joon oppa,kau takkan tergamak kan kalau sesuatu yang buruk terjadi kat Dong Joon oppa,disebabkan sikap kau yang pentingkan diri sendiri tu?"soal Su Yeon.Mulut Sa Rang terkunci.Bukan kerana takut,tetapi dia benar-benar tidak menjangkakan semua ini akan berlaku.Kali ini,bukan sahaja meragut kebahagiaan dirinya dan Dong Joon yang kian bercambah itu,malah turut mengundang risiko terhadap nyawa Dong Joon."Aku akan bagi kau peluang untuk menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada untuk kau bersama dengan Dong Joon oppa.Tapi,sampai masanya nanti,kau mesti keluar dari Seoul!"ugut Su Yeon sebelum bangun untuk beredar dari situ.Dia segera meninggalkan Sa Rang dengan penuh kepuasan.Air mata Sa Rang mengalir.Hatinya benar-benar rasa sakit dengan apa yang sudah dilakukan oleh Su Yeon itu.Dia kemudiannya memandang ke arah cek dan tiket penerbangan itu.Apakah dia harus menjual cintanya terhadap Dong Joon demi untuk keselamatan Dong Joon sendiri?Sa Rang melepaskan rasa sedihnya sepuas-puasnya tanpa mempedulikan pandangan orang lain terhadapnya.Fikirannya benar-benar kusut dengan permainan Su Yeon ketika ini.


Sejak dari pertemuan dengan Su Yeon itu,kelakuan Sa Rang sedikit berubah murung.Bibirnya jarang mengukir senyuman lagi seperti dulu.Apabila ditanya sebabnya,Sa Rang lebih selesa menggeleng dan berpura-pura senyum.Sudah hampir genap 3 bulan,Dong Joon jauh darinya.Entah bila mahu pulang ke Seoul,langsung tidak diketahuinya.Dong Joon memang suka membuat kejutan.Bunyi loceng tamat waktu persekolahan mematikan lamunannya yang baru kunjung tiba itu.Sa Rang memaniskan raut wajahnya apabila melihat anak-anak muridnya mulai berkemas untuk beredar.Yun Ho pula akan pulang bersama-sama dengan Hye Ri.Sejak belakangan ini,Hye Ri lebih kerap menjemput Yun Ho pulang dari sekolah,walhal Yun Ho boleh sahaja pulang bersamanya.Cuma,mungkin agak lewat sedikit berbanding dengan orang lain kerana Sa Rang perlu menyelesaikan kerjanya yang masih belum siap sebelum pulang ke rumah.Sa Rang mengeluarkan pemain mp3nya daripada beg tangannya.Rakaman suara Dong Joon dimainkan.Sesekali bibirnya tersenyum apabila mendengar rakaman suara tersebut.Senyumannya mengendur apabila dia ternampak kelibat Dong Joon tidak jauh dari tempatnya berdiri ketika ini.Senyuman Dong Joon yang terukir di bibir lelaki itu benar-benar menggetarkan jiwanya yang sedang kerinduan itu.Perlahan-lahan,Dong Joon menghampirinya.Sebaik sahaja Dong Joon sudah berada dekat dengannya,perlahan-lahan Sa Rang mengusap lembut pipi lelaki itu seolah-olah membuktikan bahawa dirinya tidak bermimpi ketika itu.Dong Joon tersenyum lebar lantas mencium dahi Sa Rang.
"Missing you so much,"ucap Dong Joon lalu memeluk Sa Rang,melepaskan kerinduannya yang kian menebal itu.Sa Rang masih terkejut dengan kehadiran Dong Joon ketika itu.
"Miane...sebab lambat balik seperti yang saya dah janji kat awak dulu.Awak mesti marah saya kan?"soal Dong Joon apabila menyedari Sa Rang menyepi sejak dari tadi.Dong Joon mengeratkan lagi pelukannya."Miane..."ucap Dong Joon lagi."Ah,rasa macam 3 tahun tak jumpa awak.Awak tahu tak,saya sangat tak sabar nak jumpa awak hari ini.Masa saya sampai kat Jeju-do dulu,saya rasa macam nak patah balik sebab rindu sangat kat awak masa tu,"kata Dong Joon lagi,masih memeluk tubuh Sa Rang ketika itu.Sungguh dia amat merindui wanita itu.Dong Joon kemudiannya  melepaskan pelukannya apabila menyedari Sa Rang menyepi,tanpa berkata sepatah pun.
"Sa Rang?Kenapa senyap je ni?Awak...tak suka saya balik ke?"soal Dong Joon,kecewa dengan kelakuan Sa Rang yang kelihatan seperti tidak selesa dengan kepulangannya ketika itu.Perlahan-lahan,Dong Joon melepaskan tangan Sa Rang."Arasso.Mungkin saya ganggu awak sekarang ni.Tak apalah,saya balik dulu.Nanti kita jumpa lagi ya,"kata Dong Joon,berura-ura mahu beredar dari situ.Namun,niatnya itu terhalang apabila tangannya dicapai oleh Sa Rang tiba-tiba,seolah-olah enggan melepaskannya pergi jauh daripadanya lagi.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang mencium bibirnya sebaik sahaja Dong Joon berkalih ke arah Sa Rang.


Dong Joon menemani Sa Rang pulang ke rumahnya tanpa berniat untuk bertemu dengan adik-adiknya terlebih dahulu,memandangkan sudah lewat malam.Enggan mahu mengganggu waktu rehat adik-adiknya itu.Dong Joon tersenyum lebar apabila Sa Rang menggenggam tangannya erat.Pasti wanita itu terlalu merinduinya sepanjang 3 bulan ini.Mereka berhenti apabila sudah sampai di hadapan rumah Sa Rang.
"Gomawo...sebab temankan saya balik.Mesti awak penat,"kata Sa Rang sambil menyapu bahu Dong Joon yang tegap itu.Dong Joon tersenyum.Tangan Sa Rang itu dicapainya lalu dikucup.
"Saranghaeyo,"kata Dong Joon,Hatinya kembang apabila melihat cincin pemberiannya itu masih tersarung di jari manis wanita itu.Jari manis Sa Rang itu dipegangnya."Tak sangka cincin ni nampak lebih cantik dekat jari awak,"puji Dong Joon.Sa Rang tersenyum.Kembang hatinya apabila dipuji oleh Dong Joon.Sa Rang kemudiannya memeluk Dong Joon.Dong Joon membalas pelukannya.
"Saranghae..."ucap Sa Rang.
"Saya lagi sayangkan awak,Sa Rang,"balas Dong Joon."Saya akan selalu ada di sisi awak sampai bila-bila macam yang awak pernah janji kat saya dulu,"kata Dong Joon lagi.Sa Rang terdiam.





No comments:

Post a Comment