28 June, 2011

Don't Love Me Part 4

“Hyung,ada orang cari hyung!”Laung Sung Jae yang baru sahaja masuk ke dalam bilik latihan itu.Ji Hoon yang sedang sibuk berlatih itu segera menghentikan latihannya.
“Siapa?”Soal Ji Hoon sambil mengelap peluhnya.Sung Jae mengangkat bahunya.Pasti bukan Ji Yeon.Ji Hoon segera keluar dari bilik latihan itu.Ji Hoon tergamam apabila melihat Dong Hae sedang menunggunya di situ.Apa yang Dong Hae buat kat sini?
Dong Hae mengukir senyuman manis sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada Ji Hoon.Ji Hoon turut membalasnya.
“Awak mesti Encik Jung Ji Hoon?”Soal Dong Hae.Perlahan-lahan,Ji Hoon mengangguk.Dong Hae kemudiannya menghulurkan tangannya sambil tersenyum.
“Saya Dong Hae,Lee Dong Hae,”kata Dong Hae.Ji Hoon menyambut huluran tangan Dong Hae itu.
“Ada apa Encik Lee datang jumpa saya ni?”Soal Ji Hoon.
“Aish,tak payahlah nak berencik-encik dengan saya.Panggil saya Dong Hae je,”balas Dong Hae,enggan mahu berlagak formal.Ji Hoon tersenyum nipis.
“Chuwesuhamnida,”ucap Ji Hoon,rendah diri.Melihat dari gaya penampilan Dong Hae itu,ternyata Dong Hae bukannya dari golongan orang kebanyakan.Pasti lelaki ini merupakan pewaris sebuah empayar perniagaan keluarga yang besar.
“Saya dah dengar daripada Ji Yeon.Dia cakap,awak yang tolong bawakan saya ke hospital malam tu.Saya nak ucapkan banyak-benyak terima kasih kepada awak.Maaflah sebab saya dah banyak susahkan awak,”kata Dong Hae.Ji Hoon menggeleng.
“Tak ada apalah,Dong Hae.Memang patut saya tolong pun.Saya harap kesihatan awak dah pulih semula,”kata Ji Hoon.Dong Hae tersenyum.
“Ya,terima kasih kepada awak juga.Keadaan saya dah baik semula.Jadi,saya ingat saya nak balas balik apa yang awak dah buat kat saya.Saya harap awak tak keberatanlah,”kata Dong Hae.
“Em,tak payahlah.Saya memang ikhlas tolong awak.Lagipun tak adalah besar mana pertolongan saya tu.Ji Yeon yang lebih banyak tolong awak,”kata Ji Hoon.Tumpuan Dong Hae kemudiannya teralih ke arah bilik latihan yang terletak di belakang Ji Hoon itu.
“Awak kerja kat sini ke?”Soal Dong Hae,ingin tahu.Ji Hoon angguk.”Wah,kira awak ni stuntmanlah?Daebak!”Dong Hae teruja.
“Boleh saya cuba sesuatu kat dalam?”Soal Dong Hae.
“Em,tapi…awak kan baru sihat.”Ji Hoon lebih bimbang akan keadaan jantung Dong Hae yang lemah itu.Dong Hae tidak boleh terlalu aktif memandangkan jantungnya tidaklah sekuat seperti orang dewasa yang normal.
“Ala,saya nak cuba yang biasa-biasa saja.Bolehkan?Saya teringinlah nak cuba.Tak dapat buat yang ekstrem,buat yang simple-simple pun tak apalah,”kata Dong Hae,tetap berdegil.Ji Hoon mengalah.Entah mengapa,kedegilan Dong Hae itu membuatkan dia teringat kepada seseorang yang begitu dekat di hatinya dahulu.

“Wah,tak pernah saya rasa puas macam ni!”Jerit Dong Hae,puas hati.Ji Hoon sekadar tersenyum nipis.Dihulurkan air kepada lelaki itu.Dong Hae tersenyum sambil angguk.”Gomawo,”ucap Dong Hae.”Disebabkan penyakit saya ni,saya disekat daripada bergerak terlalu aktif.Sampaikan saya rasa terlalu bosan,”kata Dong Hae.Ji Hoon sekadar mendengar.Peluh yang membasahi tubuhnya itu membuatkan Dong Hae membuka bajunya.
“Wah,kagumnya saya tengok badan awak.Biar betul awak ni tak aktif dulu,”kata Ji Hoon,kagum melihat badan Dong Hae itu.Dong Hae tersenyum.
“Ala,bersenam dekat gim je.Itupun doktor yang kena pantau.Tak rasa bebas langsung,awak tahu tak?”Balas Dong Hae.
“Mestilah.Keadaan awak tak mengizinkan.Keluarga awak mesti risaukan awak,”kata Ji Hoon,sebelum meneguk air sejuk itu.Dong Hae melepaskan keluhan berat.
“Kan bagus kalau saya pun berfikiran macam tu.Malangnya saya ni jenis yang tak suka dikongkong,”kata Dong Hae.”Pertunangan saya dengan Ji Yeon pun bukan atas kerelaan saya,”kata Dong Hae lagi.Ji Hoon mulai berasa tidak selesa dengan kata-kata Dong Hae itu.”Saya dengan Ji Yeon tak pernah sependapat.Saya tak faham kenapa omma dengan appa beriya-iya nak satukan saya dengan Ji Yeon.Untuk kepentingan perniagaan ke?Saya pun tak tahu,”kata Dong Hae lagi.
“Takkan sedikit pun awak tak cintakan Ji Yeon?Dia mungkin berkasar dengan awak.Tapi,saya rasa dia seorang gadis yang baik.Mungkin awak patut kenal dia betul-betul.”Barulah Ji Hoon bersuara,memberikan pendapatnya.Seboleh-bolehnya,dia mahukan yang terbaik antara Dong Hae dan Ji Yeon.Dong Hae tertawa kecil.
“Dia tak pernah cintakan saya.Tak pernah,”kata Dong Hae,lemah.Ji Hoon diam.Dong Hae memandang ke arah Ji Hoon.”Dari cara dia pandang awak,dari cara dia ketawa bila bersama dengan awak,saya tahu…dia sebenarnya cintakan awak,Ji Hoon,”kata Dong Hae.Ji Hoon terkejut.
“Apa awak cakap ni?Saya dengan Ji Yeon tak ada apa-apa.Lagipun kami baru kenal.”Ji Hoon cuba menerangkan situasi sebenar kepada Dong Hae.Dia tidak mahu Dong Hae salah ertikan hubungan persahabatannya dengan Ji Yeon.
“Saya dengan Ji Yeon dah lama kenal.Tapi,kenapa dia tak pernah cintakan saya?Tulah namanya cinta pandang pertama.Dia cintakan awak sejak dari kali pertama dia jumpa awak,”kata Dong Hae.Ji Hoon terdiam.”Saya tahu Ji Yeon pernah keluar dengan awak.Saya nampak…dan masa tu saya sedar,”katanya lagi.Ji Hoon melepaskan keluhan berat.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah Dong Hae.
“Apa yang awak sedar?Awak sedar yang awak sebenarnya cemburu?Awak sedar yang awak sebenarnya cintakan dia?Betul kan?”Soal Ji Hoon.Dong Hae terkejut.Ji Hoon melepaskan nafas panjang.”Ji Yeon ada luahkan perasaannya kepada saya,”katanya.Dong Hae tergamam dengan pengakuan Ji Hoon itu.
“Tapi,saya rasa yang saya tak boleh terima cinta Ji Yeon.Saya tak boleh.Dan awak sepatutnya tak boleh terus mengalah macam ni.Awak lebih kenal Ji Yeon daripada saya.Saya yakin,dia sebenarnya sayangkan awak cuma dia sengaja menafikannya.Awak tak tahu,dia nampak risau sangat masa awak sakit hari tu,”kata Ji Hoon.Dong Hae membuang pandangannya ke luar.Mata Ji Hoon kemudiannya tertumpu ke arah rantai leher yang dipakai oleh Dong Hae itu.Rasanya,dia seperti pernah melihat rantai itu sebelum ini.Perhatiannya teralih semula ke arah wajah Dong Hae.Ji Hoon menutup matanya.Mustahil!Walaupun dia mengharapkan berlaku suatu keajaiban,namun dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.Orang yang sudah mati mustahil dapat hidup semula.Niatnya untuk bertanyakan sesuatu terhadap Dong Hae terbantut apabila lelaki itu menjawab panggilan telefonnya.Dong Hae kemudiannya menoleh ke arah Ji Hoon sambil mengukir senyuman manis.
“Saya kena balik sekarang.Ada hal sikit,”kata Dong Hae sambil menyarungkan semula bajunya.Ji Hoon sekadar angguk.”Terima kasih untuk hari ni.Saya rasa seronok sangat,”kata Dong Hae,sambil menghulurkan tangannya.Ji Hoon menyambut salamnya.Dong Hae beralih daripada Ji Hoon dan mula beredar.
“Saya harap…kita boleh lupakan apa yang kita bincangkan tadi,”kata Dong Hae.Ji Hoon tidak membalas.Kali ini,bukan hal yang melibatkan Ji Yeon yang merunsingkan fikirannya.Tetapi lebih kepada rantai yang tergantung di leher Dong Hae itu.Bagaimana rantai itu boleh berada di tangan Dong Hae?Ji Hoon kemudiannya menanggalkan rantainya yang tergantung pada lehernya itu.
“Siapa Dong Hae sebenarnya?”

 Jung Ji Hoon
 Lee Dong Hae
Park Sung Jae

No comments:

Post a Comment