31 May, 2011

...Chapter 36...

Jong Suk membaringkan dirinya di atas katil selepas sahaja pulang dari pejabatnya.Dia kemudiannya merenung ke arah siling biliknya sambil memikirkan sesuatu.Hari ini,dia berjaya melihat Hye Ri dari jauh lagi semata-mata mahu mengubat rasa rindu yang kian menebal terhadap gadis itu.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia mendekati gadis itu dan memeluknya.Namun,dia yakin bahawa Hye Ri pasti amat membencinya kini.Pasti gadis itu tidak lagi mahu berjumpa dengannya.Jong Suk menghela nafas panjang.Dia tahu apa yang dilakukannya ini betul,namun semua ini adalah untuk mendapatkan semula hak keluarga Park yang telah dirampas oleh keluarganya sendiri.

"Kalau kau berani tikam kami berdua dari belakang,kami tak teragak-agak untuk terus menyeksa keluarga Park dengan lebih teruk.Tapi...kalau kau tak kisah Hye Ri diapa-apakan,kami lagi tak kisah,"kata Encik Lee sambil memandang tajam ke arahnya sebaik sahaja bersetuju dengan cadangan Su Yeon untuk menyerahkan syarikat Park kepada Jong Suk,walaupun lelaki itu tidak pernah sesekali berpihak kepada mereka.Jong Suk diam,menahan geram."Lagipun,kalau kau dapat uruskan syarikat ni dengan baik...mungkin Dong Joon akan maafkan kau walaupun dia tahu kau dah khianati dia dari belakang.Tapi...itu andaian aku sahaja.Aku tak berani jamin seratus peratus,"kata Encik Lee lagi.Su Yeon yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri,sambil bersedia sekiranya Jong Suk akan melakukan sesuatu di luar jangkaan.
"Apakah ni taktik baru kau lagi?Kau tak takut ke kalau aku akan jatuhkan kau dengan taktik kau ni?"soal Jong Suk,sambil mengukir senyuman sinis.
"Aku takkan buat sesuatu yang bodoh,Jong Suk.Kau tak perlu risau.Sebab,setiap gerak geri kau akan aku perhatikan.Sekali kau langgar perjanjian kita,aku takkan teragak-agak untuk memburukkan lagi keadaan keluarga Park yang sememangnya dah kacau bilau ni,"kata Encik Lee."Kau boleh pergi sekarang,"kata Encik Lee tanpa menoleh ke arah Jong Suk.Jong Suk sekadar menurut tanpa melawan.
"Ingat Jong Suk!Tindakan kau...akan menentukan nasib keluarga Park!"kata Encik Lee lagi sebelum Jong Suk keluar dari biliknya.Jong Suk menggigit bibirnya,menahan rasa amarah yang semakin membara terhadap ayahnya itu.

Jong Suk meraup wajahnya.Dia yakin,semua ini adalah taktik kotor ayah dan adik perempuannya sendiri.Dia juga pasti Encik Lee dan Su Yeon tidak pernah mempercayainya seratus peratus untuk menguruskan syarikat Park seorang diri.Kalau tidak,masakan nasib keluarga Park akan dijadikan taruhan sekiranya dia melakukan sesuatu tindakan yang kurang bijak.Jong Suk menghela nafas panjang.
"Miane,Dong Joon.Aku...tak bermaksud nak buat macam ni dekat kau.Tapi,aku terpaksa.Aku terpaksa demi nasib kau dan keluarga kau.Aku tak nak keluarga kau makin terseksa dengan apa yang keluarga aku dah buat..."Jong Suk mengalirkan air mata.Dia benar-benar malu untuk berhadapan dengan Dong Joon dan keluarganya setelah apa yang Encik Lee dan Su Yeon telah lakukan."Aku memang tak layak berkawan dengan kau,Dong Joon.Keluarga aku dah hancurkan kebahagiaan keluarga kau...miane..."katanya lagi.Jong Suk menangis.Dia benar-benar kecewa apa yang sudah berlaku waktu itu.Apatah lagi,persahabatannya yang sudah lama terjalin dengan Dong Joon juga musnah begitu sahaja hanya kerana sikap tamak daripada keluarganya sendiri!

"Saya dah balik!"jerit Jung Min,sambil  melangkah masuk ke dalam rumahnya.Dia segera melangkah ke arah bilik abangnya sebaik sahaja sudah berada di dalam rumah.Jung Min terkejut apabila mendapati Dong Joon tidak berada di dalam bilik itu."Hyung?"Jung Min cuba mencari abangnya di dalam bilik air namun tidak dijumpainya.Jung Min mulai bimbang.Dia bimbang sekiranya Dong Joon melakukan sesuatu yang kurang bijak memandangkan keadaannya yang berlainan dari biasa itu.Jung Min segera melangkah keluar dari rumah itu sambil cuba menghubungi adik perempuannya.
"Oppa hilang?"Hye Ri terkejut apabila diberitahu oleh Jung Min perihal kehilangan Dong Joon.
"Hye Ri ada nampak tak hyung kat mana-mana?"soal Jung Min,sambil melindungi wajahnya dengan topi,bimbang dikenali oleh orang lain.
"Hye Ri tak tahu.Oppa kat mana sekarang ni?Biar Hye Ri temankan oppa cari Dong Joon oppa sama-sama?"soal Hye Ri.Namun,pertanyaannya tidak dijawab oleh Jung Min.
"Oppa?Oppa?"Hye Ri bimbang."Oppa?!"
"Dong Joon hyung?!"Hye Ri terkejut apabila terdengar suara Jung Min yang kedengaran terkejut di dalam talian.

Jung Min segera mendekati ke arah Dong Joon yang sedang berdiri di hadapannya.Wajah Dong Joon kini tidak lagi kusut seperti sebelum ini.Penampilannya juga kemas walaupun mungkin tidak sehebat ketika masih bergelar Tuan Muda sewaktu ketika dahulu.
"Dong Joon hyung?"Jung Min masih tertanya-tanya dengan perubahan drastik abngnya itu.Seingatnya,Dong Joon masih dalam keadaan tidak teratur sewaktu ditinggalkan oleh Jung Min pagi tadi.Jung Min meraba-raba wajah abangnya itu."Hyung?"
"Ish,apa raba-raba muka orang ni?Rimaslah!"Dong Joon segera melepaskan tangan Jung Min yang masih menyentuh wajahnya ketika itu.Jung Min tersenyum lebar apabila mendengar Dong Joon mulai bersuara setelah sekian lama.Pantas sahaja dia memeluk abangnya itu.
"Hyung!!!"jerit Jung Min,sambil memeluk erat Dong Joon.Dong Joon terkejut.Namun,dia mengukir senyuman manis selepas itu.Pelukan adiknya itu dibalas.
"Ish,apa peluk-peluk ni?Lepaslah!Tak malu ke orang lain tengok?"kata Dong Joon sambil melepaskan pelukan Jung Min.Jung Min tersengih."Dahlah.Jom balik.Kau ada beli apa-apa tak?Hyung dah lapar ni,"soal Dong Joon sambil meletakkan tangan di atas perutnya.Jung Min mengangguk laju."Great!"Dong Joon tersenyum lebar.

"Yun Ho tunggu cikgu kat luar kejap,ya?"sola Sa Rang,sambil tersenyum manis ke arah Yun Ho.Yun Ho angguk.Sa Rang kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke rumah.
"Okey,Yun Ho.Jom balik,"ajak Sa Rang,selepas beberapa minit menyelesaikan kerjanya di dalam bilik guru.Namun,Yun Ho tidak kelihatan di situ.Sa Rang cuba mencari di taman tadika itu.Pencariannya berakhir apabila melihat Yun Ho sedang duduk di atas bangku yang terletak di dalam taman itu.Sa Rang ingin mendekati ke arah Yun Ho namun langkahnya terhenti apabila matanya terpandang kepada seseorang yang sedang duduk di sebelah Yun Ho.
"Yun Ho tak buat nakallah kat rumah cikgu.Yun Ho selalu tolong buat kerja rumah.Hye Ri Noona yang malas,"kata Yun Ho,ceria.Dong Joon yang mendengar turut tersenyum.
"Yun Ho sukakan duduk dengan cikgu?"soal Dong Joon.Yun Ho angguk tanpa berfikir panjang.
"Tapi,kenapa hyung dengan Jung Min hyung tak duduk sekali?Susahlah nak jumpa dengan hyung,"kata Yun Ho sambil menjilat ais krim yang kian cair itu.Dong Joon mengukir senyuman nipis.Rambut kanak-kanak itu diusapnya lembut.
"Yun Ho...rindukan hyung ke?"soal Dong Joon.Perlahan-lahan,Yun Ho angguk.
"Mestilah.Dah lama tak rasa hyung hantar Yun Ho pergi sekolah macam dulu,"kata Yun Ho.Perlahan-lahan,Dong Joon mengenggam tangan adik lelakinya itu.
"Hyung janji...kita akan duduk sama-sama macam dulu lagi.Cuma,hyung harap Yun Ho boleh tunggu sikit je lagi,okey?"soal Dong Joon.Yun Ho tersenyum.
"Arasso,"kata Yun Ho sambil mengalihkan pandangannya ke arah Sa Rang yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berbual."Cikgu!"jerit Yun Ho,sambil melambai ke arah wanita itu.Dong Joon menoleh ke arah Sa Rang.Perlahan-lahan,Sa Rang mendekati ke arah mereka berdua.
"Ee..apa makan comot-comot ni?"soal Sa Rang sambil mengelap mulut Yun Ho yang comot itu dengan tisu.Dong Joon sekadar melihat ke arah Sa Rang.
"Cikgu,saya nak pergi toilet kejap,"kata Yun Ho,segera beredar dari situ.Seolah-olah mahu memberi ruang kepada Dong Joon dan Sa Rang untuk berbual seketika.
"Terima kasih sebab tolong tengokkan Yun Ho dengan baik,Sa Rang,"ucap Dong Joon,lembut.Sa Rang menoleh ke arahnya.Sungguh dia amat merindui untuk mendengar suara lelaki itu setelah sekian lama.Sa Rang menggeleng.Dia masih kaget untuk bersuara.Mungkin terkejut dengan kehadiran Dong Joon di situ.Dong Joon menarik tangan Sa Rang untuk duduk di sisinya.Tangan wanita itu masih digenggam kemas.
"Saya...minta maaf sebab saya dah kecewakan awak selama ni.Saya tahu...saya tak patut berkelakuan macam tu.Maafkan saya,Sa Rang,"kata Dong Joon,lemah.Sa Rang masih membisu."Awak...tak nak maafkan saya,ya?"soal Dong Joon,sedikit hampa.Kemudian,tangan wanita itu dilepaskannya."Saya tak nak paksa...Mungkin awak perlukan masa untuk bercakap dengan saya atas apa yang saya dah buat kat awak sebelum ni.Saya tak kisah.Saya boleh tunggu awak..."kata Dong Joon,sebelum mulai beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang memeluknya sebaik sahaja dia menoleh ke arah wanita itu.
"Saya rindukan awak..."ucap Sa Rang,dalam sebak.Dong Joon terkejut."Saya...rindukan awak,Dong Joon,"ucap Sa Rang lagi.Dong Joon tersenyum nipis.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan wanita itu.
"Miane..."balas Dong Joon.Dia tahu wanita itu pasti terseksa dengan sikapnya sebelum ini.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Park Jung Min
Lee Jong Suk

30 May, 2011

...Chapter 35...

Kejadian yang berlaku di syarikatnya baru-baru ini menyebabkan Dong Joon dilanda kemurungan.Apatah lagi,kereta kesayangannya juga turut dirampas sebaik sahaja proses penyerahan syarikat kepada keluarga Lee diadakan.Puas Sa Rang cuba mengajaknya untuk berbual,namun sepatah pun tidak dibalas oleh Dong Joon.Dong Joon lebih selesa menghabiskan masanya di bilik sambil termenung.Jung Min juga sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya.Hye Ri pula sudah kembali ke kolej.Itupun atas nasihat daripada Jung Min.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja Hye Ri menghentikan pengajiannya disebabkan oleh keadaan keluarganya yang tidak lagi senang seperti dahulu.Keluarga mereka hilang punca pendapatan.Mujur Jung Min tidak terlibat dalam urusan perniagaan keluarganya.Namun,sekadar bergantung kepada Jung Min tidak memadai untuk menampung kehidupan mereka.
"Noona...mesti Noona dah penat.Jung Min hantar Noona balik,okey?"soal Jung Min.Selepas kediaman agam mereka dirampas oleh pihak bank,Jung Min dan Dong Joon menginap di sebuah rumah kecil kos rendah.Pihak agensi Jung Min bukannya tidak memberi tempat tinggal kepada lelaki itu,cuma Jung Min masih belum bersedia untuk meninggalkan Dong Joon dalam keadaan tertekan seperti itu.
"Tak adalah,Jung Min.Noona tak penat pun.Jung Min tak perlulah risau pasal Noona,okey?"kata Sa Rang sambil mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya memerhati wajah Dong Joon yang kusut itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi Dong Joon yang sedang tidur ketika itu.Wajah lelaki itu mulai ditumbuhi misai dan jambang.Jung Min mengambil tempat tidak jauh dari tempat Dong Joon tidur.
"Jung Min pasti hyung mesti sangat terkejut dengan apa yang dah berlaku sekarang ni.Lebih-lebih lagi lepas dia tahu yang Jong Suk mengkhianati dia.Jung Min memang tak boleh nak maafkan lelaki tak guna tu!"kata Jung Min,geram.Sa Rang tidak membalas.Dia membiarkan sahaja Jung Min melepaskan geramnya."Jung Min takkan sesekali benarkan Hye Ri berhubung dengan lelaki tak guna tu,"sambungnya lagi.Sa Rang juga tidak sangka dengan tindakan Jong Suk yang menikam Dong Joon dari belakang.Dong Joon amat mempercayai Jong Suk namun kepercayaan Dong Joon itulah yang digunakan oleh Jong Suk untuk menghancurkan keluarga Park."Noona,boleh Jung Min minta tolong sesuatu?"soal Jung Min.
"Apa dia,Jung Min?"soal Sa Rang.
"Tolong jangan bagi Hye Ri jumpa dengan lelaki tu lagi.Kalau betul dia sayangkan Dong Joon hyung dan keluarga Park,dia akan ikut,"kata Jung Min lagi.Perlahan-lahan,Sa Rang angguk.
"Noona akan cuba,"kata Sa Rang.Jung Min mengukir senyuman nipis sebagai tanda terima kasih kepada wanita itu.Sa Rang memandang ke arah wajah Dong Joon semula.
"Noona pun akan cuba kembalikan Dong Joon yang dulu.Dong Joon yang sentiasa ceria,nakal..."Suara Sa Rang mulai kedengaran sebak.Dia menggenggam tangan Dong Joon dan diciumnya tangan itu.
"Dan yang selalu mencintai Noona,"sambung Jung Min sambil tersenyum.Sa Rang turut membalas senyuman Jung Min itu."Jung Min pun akan bantu Noona.Jung Min pun...dah lama tak kena buli dengan hyung,"katanya lagi.Sa Rang tertawa kecil.Dia masih memandang ke arah Dong Joon.Dong Joon...baliklah semula kepada kami.Kami semua sangat rindukan Dong Joon yang dulu,hatinya berbisik.


Saban hari Sa Rang mesti singgah di rumah yang didiami oleh Dong Joon dan Jung Min setiap kali selepas habis dari kerjanya.Setiap hari juga dia amat mengharapkan agar adanya perubahan akan berlaku kepada Dong Joon.Walaupun doanya itu masih belum termakbul,namun Sa Rang masih tidak berputus asa.Dong Joon yang duduk termenung sambil memandang ke arah tingkap itu,diperhati oleh Sa Rang.Dia amat merindui untuk mendengar suara Dong Joon itu.Namun,dia tidak pasti perasaan Dong Joon terhadapnya kini.Dong Joon seperti tidak mengendahkan kehadirannya di situ.
"Dong Joon,awak dah makan?"soal Sa Rang,lembut.Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg kertasnya."Saya ada buatkan sesuatu untuk awak.Saya suapkan ye?"soal Sa Rang,kemudian cuba menyuapkan makanan yang dibawanya itu kepada Dong Joon.Namun,Dong Joon sedikit pun tidak membuka mulutnya.Sa Rang sedikit hampa."Dong Joon,makanlah sikit.Nanti awak sakit,macam mana?"soal Sa Rang lagi.Dong Joon masih membatu seperti tadi.Hati Sa Rang tersentuh apabila dilayan seperti orang yang tidak dikenali oleh Dong Joon.Dia menundukkan wajahnya,cuba menyembunyikan kesedihan yang melanda dirinya ketika itu.
"Kenapa awak buat saya macam ni,Dong Joon?"soal Sa Rang,perlahan.Dong Joon masih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai santapan matanya."Saya tahu...awak tertekan dengan apa yang dah terjadi sebelum ni.Tapi sampai bila?Takkan awak nak terus hidup dalam keadaan macam ni?"soal Sa Rang."Semua orang rindukan Dong Joon yang dulu.Mereka semua perlukan awak...termasuk saya.Saya rindukan awak...Tolonglah Dong Joon.Janganlah terus diam macam ni.Awak ingat...kalau awak terus bersikap macam ni,semuanya yang dah hilang tu akan muncul kembali?Ya,awak memang boleh dapat balik hak awak.Tapi bukan macam ni.Awak kena bangun...lawan balik apa yang Jong Suk dah buat kat awak,"kata Sa Rang.Dong Joon pula masih membisu seperti tadi.Seolah-olah kata-kata Sa Rang itu tidak dipedulikannya langsung.Sa Rang memegang kedua-dua bahu lelaki itu."Awak dengar tak?"soal Sa Rang.Dong Joon masih berkelakuan seperti tadi.Entah mengapa,Sa Rang terus menampar pipi lelaki itu.Bukan sekali dua...tetapi berkali-kali.Seolah-olah cuba menyedarkan Dong Joon dari dunianya sendiri."Saya kecewa dengan awak!Lepas ni,saya dah tak peduli apa yang akan berlaku kepada awak lagi.Kalau betul awak sayangkan keluarga awak,awak takkan berkelakuan macam ni.Park Dong Joon yang saya kenal dulu,dia tak mudah mengalah macam apa yang awak buat sekarang ni!"Sa Rang segera meninggalkan Dong Joon sambil mengalirkan air mata.Jung Min yang baru tiba di rumah itu terkejut apabila melihat Sa Rang menangis semasa keluar dari bilik abangnya.
"Noona!Kenapa ni?"soal Jung Min,risau.Sa Rang tidak membalas.Dia segera melangkah keluar dari bilik itu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.Selepas sahaja,Sa Rang meninggalkan rumah mereka,Jung Min segera memasuki ke dalam bilik abangnya.Jung Min terkejut apabila melihat air mata yang mengalir ke pipi Dong Joon.
"Hyung..."


Min Jung perlahan-lahan mendekati ke arah Hye Ri yang sedang duduk termenung di taman kolejnya itu.
"Hye Ri ah,"sapa Min Jung,mesra.Hye Ri menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman nipis.
"Min Jung..."balas Hye Ri,lemah.Min Jung segera mengambil tempat di sebelah Hye Ri.
"Kau okey tak?"soal Min Jung.Hye Ri angguk.
"Okey je.Kenapa?"soal Hye Ri kembali.
"Kau...fikirkan pasal Jong Suk oppa ke?"soal Min Jung,sedikit risau sekiranya Hye Ri terasa dengan pertanyaannya itu.Senyuman Hye Ri mengendur.Mendengar sahaja nama Jong Suk seumpama menambahkan lagi luka di dalam hatinya."Miane...aku tak bermaksud nak buat kau tak senang hati macam ni,"ucap Min Jung,apabila menyedari riak wajah Hye Ri yang berubah itu sebaik sahaja mendengar nama Jong Suk disebut.Hye Ri menggeleng.
"Tak apalah.Aku tahu kau risaukan aku.Gomawo..."ucap Hye Ri,sambil mengukir senyuman manis kepada Min Jung.Min Jung turut membalas senyuman kawan baiknya itu.
"Aku harap...kau boleh lupakan dia,Hye Ri.Aku tahu...kau takkan tergamak nak bersama dengan lelaki yang dah hancurkan hidup kau dan keluarga kau.Lagipun,kau bukannya tak tahu.Kau kan gadis yang paling dikehendaki kat kolej ni?"soal Min Jung,cuba menceriakan hati Hye Ri.Hye Ri tersenyum.
"Pandai-pandai jelah kau ni,Min Jung.Aku tengok sekarang,kau ni bukan main ceria lagi ekh sejak dah rapat denga si Won Bin tu.Kau ada apa-apa dengan dia ke?"soal Hye Ri,menukar topik perbualan yang kini lebih menjurus ke arah Min Jung.
"Ish,kau ni!Aku tak ada apa-apa dengan dialah.Kami kawan je,"kata Min Jung.
"Baguslah kau dah mula berkawan dengan dia.Dia pun...lelaki yang baik juga.Sesuai sangat dengan kau,"balas Hye Ri.Min Jung tersenyum.Dia sendiri tidak berani untuk mengolah lebih mengenai status sebenar hubungannya dengan Won Bin memandangkan hubungan persahabatan mereka masih lagi baru.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran suara seorang lelaki menjerit nama Min Jung.Mereka menoleh ke arah suara itu.Kelihatan Won Bin sedang melangkah ke arah mereka.
"Kat sini pun awak.Puas saya cari,"kata Won Bin.
"Ada apa?"soal Min Jung.
"Saya nak awak lunch dengan saya hari ni.Hye Ri pun joinlah sekali,"kata Won Bin,mesra.
"Okey juga tu.Jomlah,Hye Ri.Kita lunch sama-sama nak?"soal Min Jung.
"Tak apalah.Aku malas nak lunch hari ni.Lagipun aku ada hal nak kat library.Korang pergilah dulu,okey?"soal Hye Ri.Min Jung dan Won Bin saling berpandangan.
"Arasso.Tapi,kalau ada apa-apa...call aku,okey?"soal Min Jung.Hye Ri pantas mengangguk.Kemudian,Hye Ri ditinggalkan seorang diri di taman.Sepanjang dia berada di taman itu,Hye Ri tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhati oleh seseorang.
"Encik?"Sapaan pemandunya itu membuatkan Jong Suk tersentak dari lamunannya sendiri.
"Ya?"
"Rasanya kita dah terlambat nak ke mesyuarat tu.Boleh kita bertolak sekarang?"soal pemandu itu.
"Ya.Kita pergi sekarang,"kata Jong Suk sebelum memandang semula ke arah Hye Ri.Sungguh dia amat merindui gadis itu.









29 May, 2011

...Chapter 34...

Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hati Dong Joon dilanda keresahan.Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu.Sa Rang dan Jung Min yang turut berada di dalam kereta itu juga merasai keresahan yang dialami oleh Dong Joon itu.Hye Ri pula ditinggalkan bersama dengan Min Jung.
"Hyung,hati-hati bawa kereta tu,"pesan Jung Min.Sa Rang mengiyakan kata-kata Jung Min itu.Dia cuba memegang tangan kanan Dong Joon.Perlahan-lahan,Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Saya dapat agak apa yang akan berlaku lepas ni.Encik Lee dah rancang perkara ni dengan teratur sekali,"kata Dong Joon.
"Tapi,tak salahkan kalau kita fikirkan yang sebaliknya?"soal Sa Rang.Dong Joon tidak membalas.Kata-kata Sa Rang itu ada benarnya cuma dia tidak yakin tanggapan Sa Rang itu amat tipis sekali untuk berlaku.Barangkali tidak akan berlaku langsung.Jung Min yang duduk di belakang lebih selesa berdiam diri.Namun,hatinya benar-benar bengkak dengan perbuatan kejam bekas teman wanitanya,Su Yeon.Mungkin dia tidak ada bukti untuk menuduh Su Yeon dan ayahnya itu terlibat dalam kemalangan ibu bapanya.Namun,rancangan mereka untuk merampas kedudukan abangnya di dalam syarikat boleh dijadikan motif mereka untuk menghancurkan keluarga Park.Jung Min memandang ke arah Sa Rang yang masih berbual dengan Dong Joon ketika itu.Dalam diam,dia bimbang sekiranya Sa Rang juga akan dijadikan sasaran keluarga Lee semata-mata untuk melemahkan Dong Joon.

Tanggapan Dong Joon tepat apabila melihat beberapa orang lelaki berseragam formal menunggu kehadirannya di lobi.Dia kemudiannya memberhentikan keretanya.
"Awak tunggu dalam kereta,okey?Jung Min,tolong tengokkan Sa Rang,"pesan Dong Joon.Kemudian,perlahan-lahan,Dong Joon keluar dari keretanya tanpa menghiraukan suara Sa Rang yang memanggilnya ketika itu.Dong Joon melangkah masuk ke dalam bangunan milik keluarganya itu sambil diiringi oleh beberapa lelaki berpakaian formal tadi.Sebaik sahaja mereka tiba di lif,Dong Joon terkejut apabila merasakan tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang.
"Sa Rang?"soal Dong Joon selepas menoleh ke belakang.
"Saya nak ikut,"kata Sa Rang,sambil mengeratkan lagi genggamannya.Dong Joon akhirnya membiarkan pegangan Sa Rang itu.

Min Jung yang sedang membaca buku itu terkejut apabila melihat Hye Ri melangkah keluar dari biliknya.
"Hye Ri,kenapa ni?"soal Min Jung.Hye Ri menoleh ke arahnya.
"Min Jung,Dong Joon oppa mana?"soal Hye Ri,perlahan.Min Jung tidak membalas pertanyaan Hye Ri itu apabila teringatkan pesanan Dong Joon sebentar tadi.

"Tolong jangan beritahu Hye Ri mana oppa pergi,okey?"soal Dong Joon,sebelum beredar.Tanpa menyoal banyak,Min Jung segera mengangguk.

"Min Jung ah?Mana Dong Joon oppa dengan Jung Min oppa?Kenapa diorang tak datang tengok Hye Ri dengan Yun Ho hari ni?"soal Hye Ri.Min Jung mulai rasa serba salah apabila melihat Hye Ri semakin terdesak bertanyakan perihal kedua-dua abangnya.Menyedari sikap Min Jung seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya,Hye Ri segera melangkah ke arah pintu.
"Hye Ri ah!Kau nak pergi mana?"soal Min Jung,cemas.
"Nak cari oppa,"jawab Hye Ri,lalu segera beredar keluar dari situ.Min Jung cuba mengekorinya.

Dong Joon terkejut apabila beberapa pegawai atasan syarikat miliknya sudah pun menunggunya di bilik mesyuarat.Encik Lee,Su Yeon dan Jong Suk turut berada di situ.Dong Joon kemudiannya mengambil tempat di kerusi presiden namun dihalang oleh dua orang pekerjanya.Kemudian,pekerja itu menunjukkan kerusi yang harus diduduki oleh Dong Joon dan kerusi presiden itu dibiarkan kosong.Encik Lee yeng melihat situasi itu mengukir senyuman sinis.Kemudian,tidak lama selepas itu,seorang peguam lelaki mula bersuara,memulakan sesi perbincangan mereka pada hari itu.Dong Joon pula menahan getaran yang kian terasa di dalam dadanya ketika itu.
"Seperti yang kita tahu,struktur pentadbiran dan kewangan dalam syarikat Park dah tak stabil lagi apatah lagi selepas berlakunya kematian Presiden Park Hyun Bin.Jadi..."

Sa Rang duduk sambil menggerakkan jari-jemarinya.Dia semakin resah apabila sudah hampir dua jam Dong Joon masih belum keluar dari bilik mesyuarat itu.Jung Min yang turut duduk di sebelahnya turut resah.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.Dong Joon pasti dalam keadaan tertekan sekarang ini.
"Oppa!"jerit Hye Ri sambil segera berlari ke arah Sa Rang dan Jung Min.Jung Min terkejut melihat kehadiran adiknya di situ.
"Hye Ri ah!Apa Hye Ri buat kat sini?"soal Jung Min.Dia turut melihat ke arah Min Jung yang mengekori Hye Ri dari belakang.
"Miane oppa...Min Jung tak dapat nak halang Hye Ri,"kata Min Jung.
"Oppa jangan marah Min Jung.Hye Ri tahu,mesti ada yang tak kena berlaku sekarang kan?Mana Dong Joon oppa?"soal Hye Ri.
"Dia ada kat dalam,"jawab Jung Min.
"Apa yang mereka buat kat oppa?"soal Hye Ri,risau.Jung Min menggeleng,tidak pasti.

"Pekerja semua sepakat tidak mahu lagi bekerja di bawah Encik Park Dong Joon sebagai Presiden baru bagi Syarikat Park disebabkan oleh ketidakstabilan yang berlaku.Jadi,pihak mahkamah bersetuju untuk menyerahkan syarikat ini kepada Encik Lee untuk menguruskan syarikat ini.Maafkan saya,Encik Park Dong Joon.Encik terpaksa meletakkan jawatan sebagai presiden syarikat ini atas permintaan dan kehendak pekerja syarikat ini juga.Lagipun,saya rasa Encik Park Dong Joon maklum dengan keadaan encik sendiri.Saya harap..."
"Saya faham,"kata Dong Joon,tenang.Dia kemudiannya memandang ke arah Encik Lee."Saya harap awak boleh uruskan syarikat ini dengan baik.Good luck,"kata Dong Joon.Dong Joon berdiri,bersedia untuk beredar dari situ.
"Nanti dulu,Encik Park Dong Joon,"kata Encik Lee.Dong Joon memberhentikan langkahnya tanpa menoleh ke arah Encik Lee.
"Terima kasih kerana sudi meletakkan kepercayaan penuh terhadap saya untuk menguruskan syarikat ini.Tapi,malangnya,syarikat ini hanya akan diletakkan di bawah nama saya.Bukan saya yang menguruskannya,"kata Encik Lee.Dong Joon tersenyum nipis.Dia kemudiannya menoleh ke arah Su Yeon sambil mengukir senyuman nipis.
"Semoga berjaya,Su Yeon,"ucap Dong Joon,sebelum beredar dari situ.
"Presiden Lee Jong Suk yang akan menguruskan syarikat ini!"kata Encik Lee,lantang.Dong Joon memberhentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Encik Lee sebentar tadi.Dia menoleh ke arah Encik Lee. Jong Suk kemudiannya berdiri lalu melangkah ke arah kerusi presiden.
"Selamat pagi semua.Saya Lee Jong Suk,anak lelaki kepada Encik Lee akan mengambil alih jawatan presiden daripada Park Dong Joon mulai dari hari ini.Sila beri kerjasama yang baik kepada saya,"kata Jong Suk sambil memandang tajam ke arah Dong Joon.
"Jong Suk?"Dong Joon kelihatan sangat tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Jong Suk pula masih memandang tajam ke arahnya.Dong Joon tertawa kecil sebelum meraup wajahnya."Jadi ini tujuan kau berkawan baik dengan aku?"soal Dong Joon.Jong Suk tidak membalas.Dong Joon menggengam tangannya."Kurang ajar!"Dong Joon ingin memukul Jong Suk namun dihalang oleh pekerja-pekerja bawahan Encik Lee."Pengkhianat!Lepaskan aku!"jerit Dong Joon,berusaha untuk melepaskan diri.
"Bawa dia keluar!"arah Encik Lee,tegas.

Mereka yang menunggu di luar terkejut apabila melihat Dong Joon dihalau keluar dari bilik mesyuarat sambil meronta-ronta minta dilepaskan.Hye Ri yang terpandang ke dalam bilik mesyuarat itu terkejut apabila melihat Jong Suk berdiri di tempat presiden.Pekerja-pekerja itu kemudiannya menutup pintu bilik mesyuarat itu semula.Hye Ri segera mendekati ke arah abangnya yang masih mengetuk pintu bilik mesyuarat itu.Jung Min menghalang Dong Joon daripada terus menghentakkan badannya ke pintu.
"Hyung!Apa yang dah berlaku?"soal Jung Min.Dong Joon terduduk di hadapan pintu.Dia kemudiannya tersenyum nipis.Dong Joon memandang ke arah Jung Min.
"Pernah tak...kau dikhianati oleh kawan baik kau sendiri?"soal Dong Joon.Mata Hye Ri terbuka luas apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.Sa Rang dan Min Jung yang berada di situ turut terkejut dengan kenyataan Dong Joon itu.
"Jong Suk...anak lelaki Encik Lee...dan..."Dong Joon tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia tertawa lagi sambil mengalirkan air mata.Hye Ri segera memeluk Dong Joon.
"Oppa!"rintih Hye Ri.Benar-benar rasa kecewa dengan penipuan yang telah dilakukan oleh teman lelakinya sendiri.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Park Jung Min
 Park Hye Ri
 Kim Min Jung
Lee Su Yeon

28 May, 2011

Adik Adik Harmoni

hari ni sangat best sebab dapat buat sesuatu yang tak selalu boleh kita buat...
hari ni...28 mEi 2011...
aku and kawan2 lab 7a...
pergi buat community service kat tadika KASIH HARMONI...
kat country homes,rawang...sgt dekat dgn BANDAR TASIK PUTERI...dmana terletaknya sekolah ku yang tercinta SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG...ai...rindunya kat SEPINTAR...

first,sampai sana...kitorang mesra mesra dulu dgn adik2 yang gila kawaii tu...
then kitorg memanaskan badan dgn menari chick dance...
aku rase aku sgt comel mase tu...hehehehe....
lepas tu...kitorang start main game...
mula2 suruh diorang cari kakak n abang fasi...
aku sgt bangga sebab dpt grup budak2 yang terlalu hyperactive...
pergh,penat nak mati nak control diorang nie...
tapi tu lah yg best kan???
ramai jeles sebab dpt aku n shikin dpt grup yang mampu membuatkan kitorg dpt asthma...hahahaha....

adoi...aktiviti lepas ni yang paling mengukur kesabaran aku...
aku dtugaskan utk jadi badut...
tapi bukan make up sendri...
adik2 tu yg make up kan...
adik aku yg drjah dua tu ckp...
"ee..ee...macam dalam Oh My School lah,"
hahahaha....
cute gler waktu dorg nak make up kan aku....
berebut2 nak cat muka aku...
akibatnya...
dgn tudung,baju n seluar sekali kene cat...
'mereka sgt berbakat ye'....

 karya kreatif bermula...
 i dunno how to say...
 "bagilah saya pula!saya tak cat lagi!"
 "allah...tudung mahal ni dik oi..."
 hehehe...salmi pun kena cat sekali...
 bila basu simpan janggut panjang ni?
 hohoho...santa claus is here...!
sorrylah pupu...hadiah dah abish...

overall bila main dgn dorg mmg best...
sampai rase macam tak sampai hati nak pisahlah...
sebab bila kita yang fikir yang...
diorang ni...memang perlukan kasih syg...
perlukan perhatian...
n..diorang ni tak macam kite yg dpt kasih syg yang cukup dr  omma...dengan appa...
so..aku sgt bersyukur sebab aku masih ade omma...masih ada appa...
so...mmg wajarlah..kita kena jaga n layan diorang macam adik kita sendiri...

adik2 ni...awal2 mase kitorang datang...
malu2 je...
takut2 je...
sampai aku pun takut nak tegur bila ade sorg budak tu muke dia ketat sungguh!
adoi....
kalau ada wat Hello Baby lah mase tu...
rasenya akulah yang paling lambat nak mesra dgn budak2 ni...
macam onew...hahahahaha!!!

 mase nie,adik2 nampak malu2 lagi...kitorg yang posing lebih...siapa yang kanak2 harmoni???hehehehe...

 persatuan macho kebangsaan...
bos:mubarak
hehehehe...
 adik nie otai...
dia sorg je yang tak pakai baju kurung...hehehehe...


tapi kan...
bila budak2 tu dtg balik ke tadika ptg tadi...
dorg macam...
dah seronok gile dgn kitorg...
mase tu aku tgh tolong cat dinding...
pastu budak2 tu...
"akak2!!!saya dah mandi...!"
"saya pun dah mandi!!"
hahahaa...
kawaii giler...
pastu dorg tanya macam2...
pelik kot tgk aku tgh cat...
yela..muke cun..tapi mengecat pula kan???
hahahahaha....
n aku pun usik2 dorg...
nak conteng balik muke dorg yang conteng muke aku tadi...hahaha

overall...
memang best!
i like it!
rindu gler kat dorg sume especially...
MUBARAK...
adoi...
budak nie memang...
saja buat aku geram kat dia...
gaya dia...comel sgt...
hahahaha...
"mubarak,kalau jumpa kak ain kena buat apa?"
dia pun buatlah....


comel kan???
akulah yang ajar tu ...
hahahaha...
mubarak...
jangan lupa kat akak tau...T..T





pegh!doktor2 seksi!!!daebak!

bestlah...
seronok gler hari ni!
thanx to all !!
hope kita buat lagi xtvt nie!!!

26 May, 2011

...Chapter 33...


Dong Joon kembali semula ke pejabat apabila sudah tiga hari urusan pejabatnya ditinggalkan kepada Jong Suk.Mujur Jong Suk dapat menguruskannya dengan baik.Hari ini,Dong Joon terpaksa juga kembali bekerja walaupun fikirannya serba sedikit masih terganggu oleh kejadian malang yang menimpa keluarganya.Dong Joon cuba menguatkan semangatnya.Sekarang,tanggungjawab terhadap keluarganya dipikul sepenuhnya oleh Dong Joon.Adik-adiknya amat memerlukan sokongan daripadanya.Dong Joon tidak kisah sekiranya semua itu memerlukan pengorbanan darinya,apa yang penting,keperluan keluarganya terutama Hye Ri dan Yun Ho yang masih lagi belajar dapat dipenuhi seperti biasa.
Urusannya terganggu seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.
“Masuk!”arah Dong Joon sambil memandang ke arah pintu pejabatnya.Kelihatan wajah Jong Suk muncul di muka pintu.
“Ah~ Jong Suk,ada apa?”soal Dong Joon.Jong Suk mengambil tempat di hadapan Dong Joon sambil mengukir senyuman manis.
“Kau apa khabar?Sihat?”soal Jong Suk,masih lagi dengan senyuman manisnya yang menampakkan ketampanan wajahnya itu.Dong Joon tersenyum tawar.
“Aku…nak tak nak kena okeylah kan…Nak buat macam mana,perkara yang dah terjadi tu,biarkan berlalu je…”jawab Dong Joon,tabah.Jong Suk kagum dengan ketabahan yang ada dalam diri Dong Joon.Nampaknya,Dong Joon yang dia kenali sebelum ini sudah kembali,walaupun dia yakin jiwa dan perasaan Dong Joon belum pulih sepenuhnya.”Cuma…Hye Ri masih belum boleh terima perkara ni.Nasib baik Min Jung dengan Hanna ada.Boleh juga tolong temankan dia,”kata Dong Joon lagi.Fikiran Jong Suk sedikit terganggu apabila soal Hye Ri dibangkitkan.Pasti perasaan Hye Ri masih lagi terganggu oleh kejadian yang berlaku baru-baru ini.Dong Joon menyedari riak wajah Jong Suk yang berubah sedih itu.”Habis kerja nanti,datanglah rumah aku.Mesti Hye Ri perlukan kau…”kata Dong Joon.Perlahan-lahan,Jong Suk angguk sambil tersenyum.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu pejabat Dong Joon.
“Maafkan saya,Encik Park,Encik Lee…saya nak sampaikan surat untuk Encik Park yang saya terima semalam,”kata setiausaha Dong Joon,sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Dong Joon.Dong Joon mengambil surat itu tanpa banyak soal.
“Okey,terima kasih,”ucap Dong Joon,sambil tersenyum.Setiausaha itu pun melangkah keluar dari bilik itu selepas sahaja tugasnya di situ tamat.Dong Joon segera membuka sampul surat itu.Jong Suk sekadar melihat dan membiarkan sahaja Dong Joon membaca isi surat itu.Tidak lama selepas itu,Dong Joon melepaskan keluhan berat selepas sahaja membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.
“Kenapa,Dong Joon?”soal Jong Suk,ingin tahu.Dia bimbang sekiranya surat itu adalah salah satu agenda yang tersenarai dalam rancangan jahat ayah serta adiknya.Dong Joon tidak menjawab sebaliknya diam,memikirkan sesuatu.Jong Suk tidak terus mendesak.Dia tahu Dong Joon sedang memikirkan sesuatu.
“Surat dari pihak bank…”Dong Joon mula bersuara.
“Pasal apa?”soal Jong Suk.
“Hutang syarikat…dengan pihak bank,”jawab Dong Joon,lemah.
“Berapa?”soal Jong Suk.Dong Joon menyerahkan surat itu kepada Jong Suk.Mata Jong Suk terbuka luas apabila membaca jumlah yang tertera pada surat itu.”Banyaknya!Tapi…aku rasa…mustahil mendiang Encik Park boleh berhutang sampai banyak ni,”kata Jong Suk.
“Aku pun tak tahu.Tak apalah…aku akan cuba periksa balik dokumen-dokumen yang lama,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya mula melangkah keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik mendiang ayahnya.Jong Suk turut mengekorinya dari belakang.Namun,usaha mereka untuk menjumpai dokumen-dokumen itu gagal selepas hampir dua jam lebih mencari.Dokumen penting yang tersimpan di dalam komputer juga tiada.Dong Joon buntu.Di mana lagi ayahnya simpan segala dokumen penting kalau bukan di pejabat dan komputer peribadinya? Dong Joon terduduk di kerusi ayahnya.Fikirannya buntu.Jong Suk mengambil tempat di hadapan Dong Joon.
“Kau rasa dokumen-dokumen tu ada kat rumah tak?”soal Jong Suk.Dong Joon melepaskan keluhan berat.Kata-kata Jong Suk itu ada benarnya tetapi Dong Joon tidak merasakan tekaan Jong Suk itu tepat.Mendiang ayahnya bukan jenis orang yang membawa apa-apa urusan pejabat ke rumah.Mendiang ibunya juga amat pantang sekiranya Dong Joon dan ayahnya membincangkan urusan pejabat dan kerja di rumah.Kata ibunya,rumah adalah tempat bagi mereka untuk meluangkan masa bersama,bukannya tempat untuk bermesyuarat hal-hal pejabat.
“Aku rasa…mendiang ayah aku…dah dikhianati,”kata Dong Joon tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.Riak wajah Jong Suk berubah.Apakah Dong Joon dapat menghidu rancangan jahat Encik Lee dan Su Yeon?
“Apa maksud kau?”soal Jong Suk.Rasa bersalah kian menenbal dalam hatinya kerana nasib malang yang menimpa ke atas keluarga rakan baiknya itu berpunca daripada sifat rakus dan tamak keluarga Jong Suk sendiri.Dan pastinya dia tidak akan membiarkan kemenangan berpihak kepada keluarganya biarpun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.Keluarga Park wajar mendapatkan hak mereka semula.
“Tu tekaan aku je.Biasalah…dunia perniagaan ni tak pernah bersih daripada sifat hasad dengki.Cuma…aku tak boleh buat tuduhan melulu.Mungkin ada sebab lain.Mungkin sebab kelalaian aku juga,”kata Dong Joon.
“Aku akan tolong kau,”kata Jong Suk,bertekad untuk membantu Dong Joon.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
Tekaan Dong Joon tepat sekali apabila dokumen-dokumen penting itu tiada langsung disimpan di rumahnya,baik di bilik utama mahupun di bilik kerja mendiang ayahnya.Dong Joon runsing.Surat yang diterimanya pagi tadi amat membebankan fikirannya.Bukan sahaja hutang bank yang harus diselesaikan,malah hutang-hutang yang lain juga harus diselesaikan.Jung Min yang baru sahaja melintasi bilik utama terkejut apabila melihat ruang tengah di dalam bilik itu bersepah.
“Hyung,kenapa ni?”soal Jung Min,ingin tahu.Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik itu.Dong Joon menoleh ke arahnya tanpa mengucap sebarang kata.Jung Min tidak tahu apa-apa mengenai urusan syarikat.Kalau ditanya pun,pasti Jung Min tidak mengerti.
“Tak ada apa-apa.Hyung tengah cari barang,”kata Dong Joon.
“Nak Jung Min tolong?”soal Jung Min,menawarkan bantuan.
“Tak apalah,Jung Min.Esok dah start kerja kan?Rehat je lah.Hyung boleh cari benda tu sendiri,”kata Dong Joon,menolak baik niat adik lelakinya itu.Jung Min hairan.Dong Joon kelihatannya sedang mencari sesuatu yang sangat penting.
“Syarikat…ada masalah ke,hyung?”soal Jung Min.Dong Joon tersenyum tawar.”Hyung,cakaplah.Mungkin Jung Min tak faham pokok pangkalnya,tetapi sekurang-kurangnya,hyung tak tanggung beban ni seorang diri,”pujuk Jung Min.Dong Joon mengeluh.Dia kemudiannya menolak rambut yang menutupi dahinya ke belakang.
“Kita…mungkin akan diisytiharkan bankrap,”jawab Dong Joon,lemah.Mata Jung Min terbuka luas.

Tumpuan Dong Joon terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu bilik pejabatnya.Sejak belakangan ini,kehadiran para pemiutang untuk menuntut hutang mereka amat mengganggu fikirannya.
“Masuk,”kata Dong Joon,lemah.”Ada apa?”soal Dong Joon,apabila melihat wajah setiausahanya yang muncul di muka pintu.
“Maafkan saya,Encik Park.Encik Lee datang,nak jumpa dengan Encik Park,”kata setiausahanya itu.Dong Joon angguk,memberi kebenaran kepada setiausahanya untuk membenarkan Encik Lee masuk.Dong Joon segera berdiri apabila melihat Encik Lee melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
“Apa khabar,Encik Lee?”soal Dong Joon,ramah sambil menghulurkan salam kepada Encik Lee.Namun,Encik Lee tidak menyambut hulurannya.Dong Joon mulai rasa tidak senang dengan kelakuan Encik Lee itu.Setahunya,Encik Lee bukan jenis lelaki yang sombong seperti yang dilihatnya sekarang ini.Apakah sebelum ini Encik Lee hanya berpura-pura baik dan ramah di hadapan mendiang ayahnya dahulu?
“Perkara apa yang membuatkan Encik Lee datang ke sini?Kalau ada urusan penting,sepatutnya Encik Lee beritahu saya.Biar saya yang datang berjumpa dengan Encik Lee,”kata Dong Joon,berlagak formal.Encik Lee kemudiannya melabuhkan punggung di hadapan Dong Joon tanpa sebarang kata.Dia kemudiannya memandang ke arah wajah Dong Joon.
“Kamu apa khabar,Dong Joon?”soal Encik Park.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
“Saya baik,”jawab Dong Joon.
“Macam mana dengan urusan syarikat kamu?Ada apa-apa masalah ke?”soal Encik Lee,berterus-terang tanpa menyentuh langsung kejadian malang yang telah menimpa keluarga Dong Joon.Setidak-tidaknya,dia harus mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Dong Joon atas kejadian malang yang telah menimpa keluaraga tersebut.Dong Joon melepaskan keluhan berat.
“Saya pun tak tahu nak cakap apa,Encik Lee.Tak tahu mana silapnya,habis kontrak dengan syarikat lain dibatalkan.Projek di Icheon juga terpaksa dihentikan.Syarikat dari Tokyo pun dah tak nak bekerjasama dengan kami lagi.Mungkin…mereka tak yakin dengan keupayaan saya…menguruskan syarikat ni…lepas mendiang appa dah tak ada kot,”kata Dong Joon.Encik Lee menyembunyikan senyumannya selepas sahaja mendengar kata-kata Dong Joon itu.Rancangannya sudah hampir berjaya.
“Berat masalah tu.Habis tu,kewangan syarikat macam mana?Nak saya tolong apa yang patut?”soal Encik Lee,berpura-pura mahu menawarkan bantuan.
“Em…tak perlulah,Encik Lee.Urusan syarikat ni…biar saya yang uruskan.Lagipun,Jong Suk ada.Dia boleh tolong saya kalau saya perlukan apa-apa,”kata Dong Joon,menolak baik bantuan yang ditawarkan oleh Encik Lee itu.Fikiran Dong Joon semakin terganggu apabila terdengar tawa kecil dari Encik Lee.Kedengaran sinis sekali.
“Dong Joon…Dong Joon…nampaknya kamu masih tak faham hal-hal syarikat ni.Awak ingat…dengan kehilangan banyak kontrak,awak boleh stabilkan kewangan syarikat dengan mudah?”soal Encik Lee.Dong Joon tidak menjawab.”Saya bukannya baru setahun dua dalam dunia perniagaan ni…Dan saya bukannya baru sekali menguruskan projek mega macam kat Busan tu.Saya jauh lebih berpengalaman dari awak,Dong Joon.Dan saya yakin…awak mesti sedang menanggung hutang yang sangat banyak…”kata Encik Lee lagi.
“Saya harap…Encik Lee dapat memberi saya masa untuk melangsaikan hutang syarikat saya dengan syarikat Encik Lee,”kata Dong Joon,lemah.Kedengaran Encik Lee ketawa besar.
“Oh…tak perlu susah-susah Dong Joon.Awak ingat saya sekejam pemiutang yang lain ke?”soal Encik Lee.Dong Joon menundukkan wajahnya.”Saya faham masalah awak.Dan saya juga faham keadaan awak buat masa sekarang ni.Sebab tulah saya datang berjumpa awak hari ni,”kata Encik Lee sambil memberi isyarat kepada pembantunya untuk menyerahkan sekeping sampul surat kepadanya.Encik Lee kemudiannya meletakkan sampul surat itu di atas meja Dong Joon.Dong Joon mengambilnya dengan perasaan tidak senang hati.Tekaannya tepat!Kedatangan Encik Lee pada waktu itu menambahkan lagi beban yang telah ditanggungnya.Surat itu menyatakan bahawa syarikat Park tidak perlu membayar satu sen pun kepada Encik Lee.Tetapi,pemegang syer terbesar syarikat Park haruslah diserahkan kepada Encik Lee sekaligus meletakkan Encik Lee sebagai presiden baru bagi syarikat Park.Apa yang paling mengejutkan Dong Joon ialah surat itu mendapat persetujuan dari pihak mahkamah.Hal ini kerana keluarga Park tidak mampu lagi untuk menguruskan syarikat dengan baik dengan dikelilingi oleh hutang yang banyak.Dong Joon meletakkan semula surat itu di atas mejanya.
“Mudah kan,Dong Joon?Awak hanya perlu patuh pada arahan mahkamah.Bukan setakat hutang bank,malah hutang yang lain pun saya boleh tolong uruskan.Sekurang-kurangnya,awak dan adik awak masih ada tempat tinggal.Betul tak?”soal Encik Lee.Dong Joon tidak memandang ke arah Encik Lee.Dia menggenggam tangannya,menahan amarahnya.”Awak dah tak boleh melawan lagi,Dong Joon.Awak dah kalah…kalah teruk!”kata Encik Lee lagi sambil ketawa.Dong Joon mengukir senyuman sinis ke arahnya.
“Kalah?Mudahnya awak cakap macam tu.Saya rela kalah bermaruah…daripada saya menang dengan cara yang jijik macam ni!”balas Dong Joon.Perbualan mereka terganggu apabila pintu pejabat itu ditolak dari luar.Kemarahan Dong Joon kian menebal apabila melihat wajah Su Yeon muncul di muka pintu.
“Apa bising bising ni,appa?”soal Su Yeon,sambil melangkah masuk ke dalam bilik Dong Joon tanpa menghiraukan jelingan Dong Joon terhadapnya.Su Yeon kemudiannya menoleh ke arah Dong Joon sambil mengukir senyuman mengejek.
“Oppa!Kenapa buat muka macam tu?”soal Su Yeon,sengaja mahu menaikkan kemarahan lelaki itu.Su Yeon melangkah mendekati ke arah Dong Joon.”Su Yeon rasa…oppa cakap je cakap appa Su Yeon.Tak susah pun.Lagipun…kami tolong oppa kan?Su Yeon kasihan kat oppa,kasihan kat keluarga oppa…Su Yeon,tak sampai tengok oppa macam ni.Sebab Su Yeon cintakan oppa…”kata Su Yeon sambil mengusap lembut pipi Dong Joon.Dong Joon segera mengalihkan wajahnya.Su Yeon tersenyum sinis.”Tapi…Su Yeon lebih cintakan harta oppa…”katanya lagi.
“Jangan mimpi.Aku rela mati daripada serahkan semuanya kepada orang yang tak berhati perut macam kau!”kata Dong Joon.
“Sudahlah,oppa.Tak perlu cakap banyaklah.Lagipun,semua pekerja dah tak mahu tunduk bawah oppa lagi.Mereka tahu…nasib mereka takkan terjamin kalau mereka terus bekerja bawah oppa.Keadaan oppa sendiri dah tak menentu,inikan pula nak memperjudi nasib orang lain?”balas Su Yeon.
“Keluar sekarang,”kata Dong Joon,tanpa memandang ke arah mereka.
“Jadi oppa tolak perintah dari pihak mahkamah?”soal Su Yeon lagi.
“Keluar!!!”jerkah Dong Joon.
“Arasso.Jaga diri ya,oppa,”kata Su Yeon,sambil memaut lengan ayahnya sebelum melangkah keluar dari situ.Dong Joon menyelerakkan mejanya dengan penuh rasa geram dan marah.Tindakan Encik Lee dan Su Yeon memang sudah melampau!
Dong Joon terkejut apabila melihat semua barang di dalam rumah itu ditampal kertas berwarna merah,yang menunjukkan semua barang di dalam rumah itu sudah dilelong oleh pihak bank.Dong Joon segera mendekati Hye Ri yang sedang duduk di satu sudut rumah sambil ditemani oleh Yun Ho.
“Hye Ri,bila semua ni berlaku?”soal Dong Joon.Hye Ri tidak menjawab.”Hye Ri ah…”Dong Joon maklum dengan perubahan sikap Hye Ri yang mendadak itu selepas kematian kedua-dua orang tua mereka.Hye Ri tidak lagi seceria dulu.Malah,suara Hye Ri juga amat payah untuk didengari.Dong Joon melepaskan keluhan berat.
“Tengahari tadi,hyung.Ada orang ramai masuk rumah kita.Lepas tu,dia tampal kertas warna merah tu.Noona diam je masa tu.Dia tak buat apa-apa pun.”Tiba-tiba,Yun Ho mencelah.Dong Joon meraup wajahnya selepas mendengar kata-kata Yun Ho tadi.”Jung Min hyung tak balik lagi?”soal Dong Joon lagi.Yun Ho menggeleng.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi motosikal dari luar.
“Hyung,apa dah terjadi ni?”soal Jung Min sebaik sahaja melihat keadaan rumah mereka yang penuh dengan kertas merah itu.
“Jung Min tolong hyung.boleh?”soal Dong Joon,lemah.Jung Min memandang ke arah abangnya itu.
“Apa?”soal Min Jung,terkejut selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Jung mIn sebentar tadi.Sa Rang yang mendengar kata-kata Jung Min itu turut terdiam.Dia benar-benar tidak sangka dengan nasib malang yang menimpa keluarga Dong Joon itu semakin rumit.Sudahlah mereka baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tua mereka,inikan pula tempat tinggal mereka dilelong oleh pihak bank.
“Saya minta maaf sebab…dah susahkan awak semua.Tapi,saya harap awak boleh tolong tengokkan Hye Ri dengan Yun Ho kat sini sampai semuanya kembali seperti biasa.Hye Ri betul-betul perlukan seseorang yang boleh temankan dia.Kami bukan tak ada saudara lain,cuma…”
“Apa oppa cakap ni?Hye Ri kan kawan saya.Lagipun,bukannya saya baru kenal Hye Ri dan keluarga Hye Ri yang lain sehari dua.Dah hampir tiga tahun kan saya kenal dia.Takkan saya tak nak tolong dia bila dah jadi macam ni,”kata Min Jung,memotong kata-kata Jung Min itu.”Oppa,jangan risau.Saya dengan unni boleh tolong tengokkan Hye Ri dengan Yun Ho,”kata Min Jung,sambil mengukir senyuman manis.Jung Min tersenyum lega selepas mendengar kata-kata Min Jung itu.
“Jung Min,Dong Joon mana?”soal Sa Rang tiba-tiba,setelah sekian lama mendiamkan diri.

Hati Sa Rang  sayu apabila melihat wajah Dong Joon yang muram itu.Dia yakin semua perkara yang berlaku ini amat sukar dan berat untuk dipikul oleh Dong Joon seorang diri.Apatah lagi,Dong Joon tidak pernah mengalami dugaan seberat ini sepanjang hidupnya.
“I’m useless…”kata Dong Joon,tiba-tiba.Sa Rang terkejut mendengar kata-kata Dong Joon itu.”Semua ni terjadi…disebabkan oleh kepentingan diri saya sendiri.Kalau saya ikut apa yang mereka nak,pasti adik-adik saya tak akan jadi mangsa,”kata Dong Joon lagi.
“Awak tak rasa macam tu ke,Sa Rang?Awak tak rasa nak benci kat saya ke?Orang yang awak cintai ni…orang yang awak sayang ni…sebenarnya seorang abang yang tak boleh diharap.Tak berguna.Pentingkan diri sendiri.Sepatutnya awak bencikan saya.Awak tak patut datang sini,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya menoleh ke arah Sa Rang.”Tinggalkan saya,”katanya lagi.Sa Rang tidak beranjak dari tempat dia berdiri.”Pergilah!Awak nak saya korbankan nasib awak juga ke?!”jerkah Dong Joon.Sa Rang tetap berdegil.Dong Joon tertawa kecil.”Kenapa?Awak tetap berdegil sebab nak buktikan cinta awak kat saya ke?”soal Dong Joon.”Sia-sia.Semua tu sia-sia!”katanya lagi.Sa Rang menampar pipi Dong Joon.Dong Joon terkejut.
“Apa yang awak cakap ni?”soal Sa Rang,cuba menahan sebak.Dong Joon tidak membalas.Sekadar memandang mata Sa Rang yang mulai bergenang itu.”Awak sanggup nak hadapi semua ni seorang diri lepas awak dah hampir kehilangan semuanya?Sedarlah Dong Joon…sedarlah!”kata Sa Rang lagi,sambil memegang erat lengan Dong Joon.”Awak dah lupa janji saya?Saya tak akan tinggalkan awak walau apa pun terjadi.Tapi awak nak suruh saya biarkan awak tanggung semua ni seorang diri?Siapa saya pada awak sebenarnya?Siapa saya dalam hidup awak?”soal Sa Rang,sambil mengalirkan air mata.Dong Joon masih membisu.
“Awak masih ada sesuatu yang orang lain tak boleh rampas dari awak.Awak masih ada sesuatu yang boleh memberi kekuatan kepada awak untuk teruskan hidup.Apa yang miliki sebelum ni,hanyalah sementara.Awak boleh binanya semula.Tapi…adik-adik awak?Awak nak abaikan mereka juga ke?Mereka tak ada kepentingan untuk awak ke?Mereka perlukan awak.Mereka perlukan Park Dong Joon yang dulu.Yang tak mudah mengalah.Dan…saya pun nak tengok Dong Joon yang dulu.Yang selalu tersenyum…yang suka bergurau.Bukan Dong Joon yang mudah berputus asa macam ni,”kata Sa Rang.Sa Rang kemudiannya memeluk Dong Joon,seolah-olah cuba berkongsi segala beban yang ditanggung oleh lelaki itu.
“Walau apapun terjadi…saya tetap cintakan awak…”bisik Sa Rang,sebak.Perlahan-lahan,Dong Joon membalas pelukan Sa Rang itu.Dalam pelukan Sa Rang itu juga,dia melepaskan kesedihannya yang sudah lama terpendam itu.Hati Sa Rang bertambah sayu apabila mendengar tangisan Dong Joon.Pelukan Dong Joon juga kian erat,seolah-olah amat memerlukan sokongan Sa Rang ketika itu.