28 January, 2012

-Monalisa Page 68-

Mir dan Lizzy berjalan berdua menghabiskan masa bersama di sekitar kawasan Gangnam itu.Lizzy berasa sedikit kekok berada di kawasan yang terkenal dengan kepelbagaian jenama mewah itu.Lizzy berasa semakin kekok apabila dirinya itu sedang berjalan berdua dengan Mir,yang kini sudah menjadi teman lelakinya.Lizzy merasakan wajahnya panas,menahan malu.Lizzy kemudiannya tersentak apabila merasakan tangannya dipegang lembut oleh Mir.Kelihatan Mir sedang tersenyum ke arahnya.
"Kenapa ni?Senyap je.."Soal Mir.Lizzy pantas menggeleng.
"Tak ada apa-apa,"kata Lizzy,cuba menyembunyikan kegugupannya.
"Awak tak suka berjalan dengan saya ke?"Soal Mir lagi.
"Eh..tak lah.Saya..saya suka..cuma..cuma.."
"Cuma?"Soal Mir ingin tahu.Lizzy cuba mencari alasan.Matanya kemudiannya terpandang ke arah sebuah restoran mewah yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berada ketika itu.
"Saya..lapar!Ye,saya lapar.Awak nak makan tak?"Soal Lizzy.
"Boleh je.Jom,"kata Mir,sambil menarik lembut tangan Lizzy menuju ke restoran mewah itu.Namun,langkahnya terhenti apabila Lizzy cuba menarik tangannya.Mir menoleh ke arah Lizzy.
"Eh,kenapa ni?"Soal Mir.
"Kita makan kat tempat biasa je,boleh?Saya seganlah nak makan kat restoran tu,"kata Lizzy,berterus-terang.Mir menoleh ke arah restoran mewah itu.
"Habis tu,kita nak makan kat mana?"Soal Mir.Lizzy kemudiannya tersenyum lebar.

"Sedap juga makanan kat tempat tadi ekh?Kenapa awak tak pernah ajak saya makan situ?"Soal Mir.
"Kan saya dah ajak awak makan kat situ tadi."Balas Lizzy sambil ketawa kecil.Mir kemudiannya turut tertawa.Mir asyik melihat Lizzy yang sedang ketawa itu sehingga membuatkan Lizzy berasa malu.Lizzy berhenti ketawa sebelum berdehem beberapa kali.
"Awak memang comel macam ni sejak dari kecil ya?"Soal Mir.
"Hah?"
"Saya suka tengok awak ketawa macam tadi.Comel sangat.Saya tertanya-tanya macam mana rupa awak waktu kecil dulu.Mesti comel macam sekarang juga kan?"Soal Mir.Lizzy berasa malu.Mir pula tersenyum.Lizzy kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sambil diperhatikan oleh Mir.Tidak lama selepas itu,Lizzy menunjukkan sesuatu melalui telefon bimbitnya itu.Senyuman Mir semakin lebar apabila melihat gambar Lizzy ketika kecil.Mir menoleh ke arah Lizzy yang sedang memandang ke tempat lain itu.
"Comel.Awak memang lagi comel waktu kecil dulu dari sekarang."Mir sengaja mengusik.Lizzy menoleh ke arahnya.
"Apa?"
"Tapi comel awak yang sekarang nilah yang buat saya cair kat awak,"kata Mir lagi.Muka Lizzy berubah merah apabila menerima kucupan hangat pada pipinya.Lizzy menoleh ke arah Mir.Kelihatan Mir sedang tersenyum ke arahnya.
"Saya ada satu soalan untuk awak,"kata Mir.Lizzy sekadar membisu.
"8+3+1 sama dengan berapa?"Soal Mir.Lizzy tersenyum.
"Tiba-tiba awak tanya ni kenapa?"Soal Lizzy pula.
"Jawablah..kalau awak jawab betul..ada hadiah untuk awak.Awak cakap je nak apa,saya boleh bagi,"kata Mir.
"Senang je soalan awak tu.Confirm saya boleh dapat hadiah awak,"kata Lizzy.
"Apa dia?"
"12!"
Mir ketawa apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Lizzy itu.Riak wajah Lizzy mulai berubah.
"Kenapa awak gelak?Betullah 12 kan?"
"Ada lapan huruf yang disusun kepada tiga perkataan dalam satu ayat."Kata Mir,memberi petunjuk.Dahi Lizzy mulai berkerut.Mir kemudiannya mendekatkan bibirnya pada telinga Lizzy sebelum membisikkan sesuatu.Mata Lizzy terbuntang luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir itu.Mir memandang ke arah Lizzy.
"Sayangnya awak tak dapat hadiah dari saya...cuba lagi ya,"kata Mir sambil menggosok lembut kepala Lizzy sebelum beredar dari situ.Lizzy pula tersenyum tidak lama selepas itu.Cepat-cepat dia mengejar Mir sebelum mencapai tangan Mir itu.Mir menoleh ke arahnya.
"I love you too..."Ucap Lizzy.Mir tersenyum lebar mendengar ucapan Lizzy itu.Genggaman tangan Lizzy itu dieratkannya lagi,menunjukkan rasa kasihnya yang kian mendalam terhadap wanita itu.




Sang Hyun mendekati ke arah Chang Sun dan Seung Ho yang sedang berbual di satu sudut itu.Kedua-dua lelaki itu mengukir senyuman manis ke arah Sang Hyun apabila lelaki berkulit cerah itu mengambil tempat di hadapan mereka.
"Mir mana?"Soal Seung Ho,ingin tahu.
"Dia sibuk katanya,"jawab Sang Hyun,selamba.Chang Sun pula sudah tersenyum.
"Bukan main Mir sekarang ekh.Kita dah semakin dilupakan nampaknya,"kata Chang Sun."Kau?Mana buah hati kau?Senyap je..."Soal Chang Sun pula.Sang Hyun tersenyum.
"Ha Young pergi sambung belajar kat UK.."Lemah Sang Hyun menuturkan kata-katanya."3 tahun pula tu.."Sambungnya lagi.
"Ala..kau pergilah melawat dia sekali sekala.Tak pun,kau pergi sambung belajar kat sana juga.Ojos Frios ni kau boleh minta tolong Dara Noona uruskan,"cadang Seung Ho.
"Malaslah nak sambung belajar,Hyung.Sang Hyun lagi suka duduk sini."Balas Sang Hyun.
"Habis tu,kau tak rindu ke kat Ha Young tu?"Soal Chang Sun pula.
"Gila tak rindu!Rasa nak mati tahan rindu ni tau."Balas Sang Hyun.Kedua-dua Chang Sun dan Seung Ho ketawa mendengar jawapan Sang Hyun itu.
"Cakap orang..Hyung berdua tu?Mana pergi Hyo Young dengan Hyo Sung?Kenapa tak datang sekali?'Soal Sang Hyun pula.
"Hyo Sung ada hal.Tu yang tak dapat datang tu,"kata Chang Sun sebelum meneguk minuman yang diletakkan di hadapannya itu.Sang Hyun kemudiannya menoleh ke arah Seung Ho.
"Hyo Young keluar shopping dengan Seung Mi Noona tadi.Dia penat sangat tadi.Tak sampai hati nak ajak dia keluar malam ni,"kata Seung Ho.
"Jio Hyung macam mana pulak hah?Dah lama tak dengar cerita dia,"kata Sang Hyun.Kedua-dua Chang Sun dan Seung Ho turut membisu.Mereka sendiri tidak pasti keadaan sebenar Byung Hee selepas insiden di rumah besar yang lalu.Telefon bimbitnya langsung tidak dapat dihubungi.Kelibatnya juga tidak kelihatan di Vila miliknya itu.
"Hope he's fine,"kata Sang Hyun.Perbualan mereka terganggu seketika apabila kedengaran bunyi jeritan pengunjung-pengunjung wanita di dalam kelab itu.
"Kenapa bising-bising tu?"Soal Seung Ho.Sang Hyun tersenyum.
"Probably Jun Ho and the gang is here."Katanya,penuh yakin sebelum bangun dari tempat duduknya.Chang Sun dan Seung Ho sekadar membiarkan Sang Hyun beredar dari situ.Namun,tidak lama selepas itu,Sang Hyun kembali semula ke tempat duduknya tetapi dengan riak wajah yang berbeza dari sebelumnya.
"Hyung!"Chang Sun dan Seung Ho menoleh ke arah Sang Hyun.
"You guys should watch this!"Kata Sang Hyun.Seung Ho dan Chang Sun saling berpandangan antara satu sama lain.


Ketiga-tiga saudara itu terkejut dengan apa yang sedang berada di hadapan mereka itu.Kelihatan Byung Hee sedang bermesra dengan beberapa orang pengunjung wanita.Apatah lagi penampilan Byung Hee kelihatan berbeza sekali daripada sebelumnya.Rambutnya diwarnakan merah.Pakaiannya pula lebih menonjolkan dirinya sebagai kasanova.Hilang sudah ciri-ciri lelaki idaman yang sering dibawanya selama ini.
"Jio!"Byung Hee menoleh ke arah Seung Ho yang memanggil namanya itu.Kelihatan Byung Hee tersenyum ke arahnya.Byung Hee kemudiannya melangkah ke arah ketiga-tiga sepupunya itu.
"Aku tak tahu pula yang korang pun ada kat sini.Dah lama ke korang ada kat sini?'Soal Byung Hee.
"Jio..ko okay ke?Dah lama kitorang tak dapat contact kau.Kau betul-betul okey ke?"Soal Seung Ho,ingin tahu.Byung Hee tertawa kecil.
"Muka aku ada muka orang bermasalah ke?Tak ada kan?Aku okey je,"balas Byung Hee.Byung Hee kemudian tersenyum nakal ke arah beberapa orang wanita yang asyik melihat ke arahnya itu.Seung Ho mulai kurang senang dengan sikap Byung Hee yang berbeza daripada sebelumnya itu.
"Jio,what happened to you?You..you looks different.Kau dah tak macam Jio yang kami kenal dulu,"kata Seung Ho.Byung Hee tersenyum sinis ke arahnya.
"Kalau kau tak suka,sudahlah.Aku bukannya pakai duit kau pun."Balas Byung Hee sebelum beredar dari situ.Malas mahu melayan pertanyaan sepupu-sepupunya itu.Byung Hee kemudiannya menyambung semula perbualannya dengan sekumpulan pengunjung wanita kelab itu.Seung Ho melepaskan keluhan berat.
"Mungkin Hyung cuba nak lupakan Joo Yeon,"kata Chang Sun,membuat andaian.Perlahan-lahan,Seung Ho angguk.Bersetuju dengan kata-kata Chang Sun itu.
"Tapi,kita tak patut biarkan Jio terus berkelakuan macam ni.Ini bukan Jio yang kita kenal,"kata Seung Ho.Matanya masih tidak lepas memandang Byung Hee yang sedang seronok berbual dengan kumpulan pengunjung wanita itu.






MBLAQ KILLING AEGYOs

now i wanna share with u guys
about MBLAQ killing aegyo^^
aigoo...
i'm dying @@






























MBLAQSEUNGHO ^^
(sbnrnya SeungHo tak suka buat aegyo.tapi dia tak sedar yang dia selalu buat aegyo)









 MBLAQG.O ^^
(confuse antara cool dgn aegyo G.O ni@@)









 MBLAQJOON ^^
(susah nak jumpa pakej lengkap ni=HoneyMuscleAbs+Aegyo^^)







MBLAQTHUNDER ^^
(Doongie & aegyo sememangnya sukar dipisahkan^^)







 MBLAQMIR ^^
(King of Aegyo=Mireu!!)