31 January, 2011

Untitled Story Part 14

Hanna melangkah lesu menuju ke lif untuk ke bilik rehat FT Island.Tugasnya masih belum selesai.Ukuran baju Emmet dan Leader yang masih belum dikenali itu belum diambil lagi.Dalam diam,dia geram dengan perangai Emmet yang suka memperlekehkan kelebihannya.Apa yang penting,Emmet amat suka menangguhkan tugasnya.Pintu lif terbuka.Hanna terus melangkah masuk ke dalam lif tanpa melihat orang yang berada di dalam lif itu.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan berat memikirkan masalah yang dihadapinya.Semuanya kerana Emmet!!!
"Mengeluh nampak?Penat ke?"soal orang yang berdiri di belakannya.
"A'ah.Benda yang tak patut penat jadi penat.Benda yang patut seronok,jadi tak seronok,"balas Hanna.Fikirannya seolah-olah masih melayang.Orang itu tersenyum.
"Takkan dah putus asa?Dengar kata,awak baru mula kerja minggu lepas,"kata orang itu lagi.Hanna mencebik.
"Nama je minggu lepas.Tapi,rasa macam dah sepuluh tahun terseksa kerja kat sini,"jawab Hanna,geram.
"Kenapa?"soal orang itu.
"Si Bajet tulah...macamlah hebat sangat.Berlagak je lebih,"kata Hanna,merujuk kepada Emmet.
"Siapa?"soal orang itu lagi,berminat untuk tahu.
"Emmet.Tapi...yang Leader tu pun sama,"kata Hanna,masih dengan emosinya.
"Kenapa dengan Leader pula?"soal orang itu lagi.Tiba-tiba,pintu lif terbuka.Hanna melangkah keluar.Orang itu turut mengekorinya.
"Hanna,kenapa dengan Leader tu?Saya nak tahu juga,"kata orang itu,sengaja menyebut namanya.Hanna berhenti melangkah.Dia menoleh ke belakang apabila terasa seperti namanya dipanggil.Lama dia memandang ke arah orang itu.Seperti sedang cuba mengingati sesuatu.Tidak lama kemudian,matanya terbeliak kerana terkejut.
"Ken?!!!"

"Marah sangat ke dekat Emmet dengan Leader tu?"soal Ken.
"Yelah.Saya nak siapkan kerja ni cepat.Geram betullah!Lagi-lagi dekat Emmet tu,"kata Hanna.Ken tertawa kecil.
"Tapi...muka Emmet tu kan...tak ubah macam Jeremy?"soal Ken.Riak wajah Hanna berubah.
"Memang wajah dia tak ubah macam Jeremy.Tapi...dia bukan Jeremy,"kata Hanna.Ken menyedari keterlanjuran kata-katanya.
"Hanna,sorry.Saya tak berniat nak kecilkan hati awak,"kata Ken,bersalah.
"Gwaenchanha...saya okeyla,"kata Hanna.Ken menepuk bahu Hanna.Tidak lama selepas itu,mereka tiba di hadapan pintu bilik rehat FT Island.
"Awak nak jumpa mereka juga ke,Ken?"soal Hanna,yang menyangka Ken adalah pengurus kepada FT Island.
"Mestilah.Saya nak kena bagi jadual baru,"kata Ken.Hanna angguk.

"Guys!"jerit Ken apabila melangkah masuk ke bilik itu.Alan yang sedang bermain drum itu menoleh ke arahnya.Begitu juga dengan yang lain.
"Leader!!!"jerit mereka.Hanna terkejut.Dia menoleh ke arah Ken yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Awak...Leader?"soal Hanna,tidak percaya.Ken sekadar tersenyum sumbing.
"Betul tu.Nilah Leader kami...Ken Hyung namanya.Orang yang paling sabar dengan Emmet hyung.Sebab tu,Emmet hyung sangat suka buli Leader,"jelas Mackey,penuh semangat.
"Mak...maknanya..awak pun...FT Island juga?'soal Hanna.
"Awak dah kenal Leader ke sebelum ni?"soal Danny.
"Dah...dah...Hanna ada kerja nak buat.Korang pergi buat kerja masing-masing,"arah Ken."Em...awak kata nak ambil ukuran baju saya.Jadi...jomlah,'kata Ken.Muka Hanna merah."Lagi satu,saya minta maaf sebab...melambatkan kerja awak,Hanna,"kata Ken lagi,sambil tersenyum.Hanna tidak tahu untuk membalas apa lagi.

"Hah,Emmet!Mana kau pergi?"soal Ken apabila melihat gerangan Emmet memasuki bilik itu.Hanna buat tidak tahu.Emmet sekadar memandang Hanna sekilas.
"Pergi kat atas bumbung,"jawab Emmet,tenang.
"Beranganlah tu,"usik Ken.
"Berangan untuk kebaikan,tak apakan?"balas Emmet sambil menyandarkan dirinya di kerusi.Pantas sahaja Mackey mendekati Emmet.
"Hyung dapat ilham buat lagu baru ke?"soalnya,tidak sabar.Emmet angguk."Wah,baguslah macam tu.Cepatlah nyanyi,Hyung!"pujuk Mackey,bersungguh-sungguh.
"Tapi...aku tak nak ada orang lain kat sini,"sindir Emmet.Hanna terasa.Siapa lagi 'orang lain' kalau bukan dirinya sendiri.
"Ala,biar jelah.Mungkin Hanna boleh bagi pendapat untuk lagu tu.Kita anggap dia sebagai peminat kita.Okey tak?"kata Ken.
"Betul juga tu.Hanna,boleh tak?"soal Alan,setelah lama mendiamkan diri.Emmet tersenyum sinis.
"Peminat?Aku pun..dia tak kenal.Entah dari hutan mana dia datang,"sindir Emmet.
"Emmet!Janganlah kasar sangat.Logikla kalau ada yang belum kenal kita lagi.Kitakan baru debut,"kata Ken,cuba membela Hanna.Emmet mencebik.
"Ala...hyung.Cepatlah...tak sabar nak dengar ni,"desak Mackey.
"Awak anggap je saya tak ada kat sini.Lagipun...saya bukannya penting pun kan."Tiba-tiba,Hanna bersuara.Ken terkejut mendengar kata-kata Hanna yang mempunyai makna yang tersembunyi itu.Emmet tersenyum kecil.
"Kau tak cakap pun...aku tahu,"balas Emmet,sinis.Hanna menahan air matanya dari mengalir.Emmet mula memetik gitarnya.


Saranghaneun geudaega nareul ddeonaganeyo hanmadi byeonmyeongdo nan mothaetneunde
Saranghaneun geudaega haengbokhago shipdeyo hanmadi aewonjocha mothaetneyo

Eonjena seulpeum pyeojeongeui geudaebappeudan pingkyero wimyeonhaetdeon
Hanshimhan baboyeosseunikka

Geuddaen molratjyo saranghaneinbeomeul molraseo
Ddaddeuthage anajuljul molraseo
Yeoringaseumgaseumi muneojyeonaerineun geol moreugo
Musimhi bal georeumeul dolryeotjyo

Geuddaen molratjyo saranghaneun beomeul molraseo
Geudae honja namgyeodwitneyo mianhadan maljocha
Eosaekhage boyeo geujeo moreuncheok jinachyeotnabwayo

Dareunnugulmannado nabodadeo nahgetjyo geuraeseo geudaereul nan bonaeneyo
Dareunnugulmannado geudaemaneun mothajyo geuraseo geudaereul nan motjiwoyo

Mianhadaneun mareun manneyo jalgaranmal bangabgemothaneyo
Gaseumeun ulgoitneunde

Geuddaen molratjyo saranghaneinbeomeul molraseo
Ddaddeuthage anajuljul molraseo
Yeoringaseumgaseumi muneojyeonaerineun geol moreugo
Musimhi bal georeumeul dolryeotjyo

Geuddaen molratjyo saranghaneun beomeul molraseo
Geudae honja namgyeodwitneyo mianhadan maljocha
Eosaekhage boyeo geujeo moreuncheok jinachyeotnabwayo

Ijenaljiman saranghaneunbeomeul aljiman
Saranghajul geusarami eobneyo

Neunmulmanjunsarangeul modu itgo budi haengbokhagilmaeilnan ulmyeo gidomanhaneyo


Daeumsesangen nae orinsarangi anigil jeongmal sarangirangeol alge
Geuddae dasimannamyeon naepume angyeoyo
Haengbokhanggumman geurilsuitdorok


Jigeumeun geudael ddeonabonaejiman..


Nyanyian Emmet itu mendapat tepukan dari ahli-ahli FT Island yang lain.Namun tidak bagi Hanna.Hanna segera melangkah keluar dari bilik itu.Emmet hairan.
"Hanna!!!"jerit Ken,lalu mengejar Hanna.Emmet menggengam tangannya,menahan geram.
"Relakslah,hyung.Hanna teruja sangat kot,"teka Mackey.Emmet melepaskan tangan Mackey yang menyentuh bahunya lalu beredar dari situ.
"Angin hyung tu memang tak boleh diduga la,"kata Danny.Alan mengangguk.


"Hanna!!!"jerit Ken.Tangan Hanna dicapainya.Hanna melepaskan tangan Ken,kasar.Ken terkejut.
"Hanna,kenapa ni?"soal Ken,risau.Hanna tidak menjawab."Hanna..."
"Apa yang awak sembunyikan dari saya,Ken?"soal Hanna,sebak.Ken terkejut.
"Apa awak cakap ni?'soal Ken.
"Siapa Emmet?"soal Hanna,tanpa berselindung.
"Hanna,saya tak faham maksud awak,"kata Ken.
"Awak jangan berpura-puralah,Ken,"balas Hanna."Emmet menyanyikan lagu yang sama...seperti yang Jeremy pernah nyanyikan.Apatah lagi lagu tu,Jeremy yang hasilkan 4 tahun yang lalu.Dan..Jeremy hanya simpan lagu tu sebagai koleksi dia.Tak pernah diterbitkan mana-mana...Mustahil Emmet boleh tahu lagu tu..."kata Hanna."Melainkan...kalau Emmet tu...adalah Jeremy!"sambung Hanna lagi.Ken terkejut.
"Hanna..."
"Cakaplah,Ken.Apa sebenarnya dah berlaku?"rayu Hanna.Tangisannya makin kuat.Ken mengeluh.Rahsia sudah terbongkar.
"Awak benar...Emmet yang banyak melukakan hati awak sebelum ni...adalah Jeremy...Lelaki yang banyak membahagiakan awak dulu,Hanna..."akui Ken.Hanna terkejut.Tekaannya benar.Emmet dan Jeremy adalah orang yang sama....





Lee Hong Gi as Emmet/Jeremy


Suzy Miss A as Hanna


Choi Jong Hoon as Ken/Leader





FT ISLAND as FT ISLAND

29 January, 2011

Untitled Story Part XIII

4 tahun kemudian...


Keith memasuki bilik Hanna tanpa disedari oleh wanita itu yang sedang kusyuk melukis pakaian rekaannya yang harus dihantar secepat mungkin sebelum datelinenya tiba.Keith kemudiannya mengawang-awangkan surat putih di hadapan Hanna.Hanna mendongak kemudian menyambung kerjanya semula.
"Tak payahlah,oppa.Tak terkejut pun,"kata Hanna,selamba.Keith melabuhkan punggung di hadapan meja Hanna.Kemudian dia meletakkan surat putih kepunyaan Hanna itu di atas meja.
"Apa tu?"soal Hanna.
"Suratlah.Takkan pizza kot,"jawab Keith.Hanna mencebik.
"Ish,oppa ni.Bergurau pula,"balas Hanna.Keith tersenyum.
"Ai...nak marah oppa pula.Dah tu surat Hanna,takkan oppa nak baca,"kata Keith.Kening kanan Hanna terangkat.
"Surat Hanna?"soal Hanna,meminta kepastian.Keith angguk,sebagai membalas pertanyaan adiknya itu.
"Rasanya surat tu dari Korea,"kata Keith.Hanna berhenti melakukan kerjanya.Hatinya terusik.Keith menyedari riak wajah Hanna yang berubah itu.
"Bacalah dulu surat tu.Em...mungkin dari omma ke..."Keith cuba memulihkan suasana yang suram itu.Hanna angguk lalu membuka surat itu.Keith sekadar memerhati Hanna yang sedang membaca surat itu.Tidak lama kemudian,Hanna meletakkan semula surat itu di atas meja.
"Kenapa,Hanna?"soal Keith,namun tidak dijawab oleh Hanna.Keith terus mengambil surat itu lalu membacanya.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman manis.
"Wah,Hanna dapat offer jadi fesyen designer kat FNC Entertainment Agency!Tahniah,Hanna,"ucap Keith sambil mengusap kepala adiknya itu.Hanna sekadar tersenyum nipis.
"Lah...kenapa ni?Macam tak happy je?"soal Keith.
"Mana ada.Hanna cuma..."
"Sampai bila Hanna nak bersembunyi macam ni?"soal Keith.Hanna diam.Keith sudah maklum mengenai masalahnya.Semuanya.Tiada satu pun yang dirahsiakan.Demi kebahagiaan Jeremy,dia rela membawa diri ke New York dan tinggal bersama dengan abangnya yang turut bekerja dan bermastautin di sana.Sehingga kini,hanya Keith yang memahami masalah sebenarnya.Hatta omma dan appanya turut dirahsiakan dari mengetahui masalahnya.
"Hanna..bukan bersembunyi.Cuma,Hanna seronok duduk kat sini.Oppa pun suka kan kalau Hanna duduk sini,temankan oppa?"jawab Hanna,pura-pura tersenyum.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Keith melepaskan keluhan berat.
"Masalahnya oppa tak suka tengok Hanna sedih macam ni.Apa salahnya kalau Hanna balik semula ke Korea?Korea kan tempat Hanna.Lagipun,ramai kawan-kawan Hanna kat sana,"pujuk Keith.
"Tapi Hanna kan dah ada kerja kat sini.Takkan Hanna nak berhenti?Nanti apa pula Miss Ella cakap?"Hanna cuba memberi alasan lagi.
"Miss Ella tu kawan oppa.Pandai-pandailah oppa nak berdialog dengan dia,"balas Keith.Hanna diam.Keith nampaknya bersungguh-sungguh mahu dia menerima tawaran itu dan pulang ke Korea.Keith mendekati Hanna.Bahu adiknya itu disentuh.
"Setiap masalah ada penyelesaiannya.Tapi menyembunyikan diri macam ni,bukannya menyelesaikan masalah,menambahkan masalah adalah.Lagipun,takkan Hanna tak nak tahu sikit perkembangan Jeremy?Dia sihat ke...sakit ke..."pujuk Keith.Hanna menundukkan wajahnya.Keith mendongakkan wajah Hanna.
"Oppa nak adik oppa yang dulu.Hanna yang suka ketawa,bergurau,manja...nakal...tapi bukan Hanna yang lemah macam ni.Oppa tak nak masuk campur hal Hanna dengan Jeremy.Cuma,oppa nak Hanna tak takut hadapi masalah.Setiap masalah tu,ada hikmahnya.So,just think about it,"kata Keith,lalu beredar meninggalkan Hanna keseorangan di situ.

************

"Saya Hanna.Saya ditawarkan untuk menjadi pereka fesyen bagi agensi FNCE ni.Jadi,di mana saya boleh berjumpa dengan pengurus agensi ni ya?"soal Hanna kepada seorang pekerja wanita yang sedang bertugas.
"Oh,Cik Hanna boleh naik ke tingkat 7.Nanti Cik Hanna akan dibawa berjumpa dengan pengurus oleh setiausaha di atas,"jawab wanita itu.
"Oh,kamsahamida,"kata Hanna sambil tersenyum.

"Bilik Cik Hanna di sini.Jadi,kalau Cik Hanna ada masalah,Cik Hanna bolehlah berurusan terus dengan saya,ya?"kata setiausaha itu.
"Oh,kamsahamida,"ucap Hanna.Kemudian,setiausaha itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Ni petunjuk ke bilik rehat FT Island.Awak kena peka dengan jadual mereka.Setiap kali mereka hendak buat persembahan atau apa-apa agenda luar,awak kena sediakan pakaian baru yang sesuai dengan event yang mereka hadiri.Ni jadual mereka untuk minggu ni.Dan,apa yang penting...awak kena ambil ukuran mereka setiap kali awak nak design baju baru.Encik Oh tak suka kalau mereka pakai baju baru dengan ukuran lama.Awak faham kan?"soal setiausaha itu.Hanna angguk.
"Arasso..."jawab Hanna.
"Tapi...awak kena tahan sikit dengan perangai Emmet.Dia tu agak ...cerewet...Dah ramai fesyen designer kami yang berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia.Encik Oh betul-betul harap yang awak boleh bekerja di sini dengan lebih lama.Jangan risau,kalau ada masalah,jumpa terus dengan Encik Oh pun tak apa,"kata setiausaha itu.
"Okey,"kata Hanna.Pada waktu yang sama,jantungnya berdegup pantas.Bimbang dengan pekerjaan barunya yang mencabar itu.

"Ah...letih nya!!!"Alan merungut.Dia menghempaskan dirinya di atas sofa.Danny meletakkan gitarnya sambil menyanyi."Kau ni...tak penat-penat ke,Danny?Tadi dah menyanyi...ni menyanyi lagi,"kata Alan.
"Ala,penat lagi tangan aku.Lagipun,rapping aku sikit je tadi,"kata Danny,lalu meneguk segelas air.Membasahkan tekaknya yang kering.
"Eh,bila Leader nak balik?Dah lama dia cuti ni,"celah Mackey,tiba-tiba.Danny menjungkit bahunya.
"Kenapa?Jealouslah tu tak dapat cuti lama,"kata Alan.
"Taklah.Macam janggal je Leader tak ada,"kata Mackey.Danny mencebik.
"Tak payah nak berlakonlah,Mackey hyung.Bukan hyung boleh conquer bilik Leader ke kalau Leader tak ada?Poyolah hyung ni,"kata Danny.Alan ketawa.
"Mana ada.Jangan tuduh-tuduh ekh,"kata Mackey.
"Eh,mana Emmet Hyung?"soal Danny.
"Rasanya dia pergi makan.Dia kan kuat makan,"kata Alan,selamba.

Hanna memasukkan duit ke dalam mesin,lalu menekan butang untuk memilih air yang ingin diminumnya.Dia meneguk jus oran itu bagi membasahkan tekak yang kian dahaga itu.Telinganya menangkap bunyi gitar yang dipetik tidak jauh dari tempatnya berdiri.Perlahan-lahan,dia melangkah mendekati ke arah bunyi gitar itu.Dia bersembunyi di sebalik dinding.Ketika itu,matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang duduk membelakanginya sambil memetik gitar.
"Siapa tu?"soalnya sendiri.Hanna terleka seketika seperti dibuai-buaikan oleh alunan lagu yang dimainkan oleh lelaki itu.Tiba-tiba,deringan telefon bimbit Hanna mengganggu suasana tenang itu.Hanna terkejut.Pantas sahaja,dia menjawab panggilan itu.

Beberapa minit kemudian,panggilan itu dimatikan.Hanna menghela nafas panjang.Kemudian,dia menyorok semula di sebalik dinding untuk mendengar lagi lagu yang dimainkan oleh lelaki itu.Namun,hatinya hampa apabila menyedari lelaki itu tiada lagi di situ.
"Eh,mana dia pergi?"soal Hanna.Dia mencari-cari lelaki itu.
"What are you doing here?"Kedengaran suara lelaki di belakangnya.Mata Hanna terbeliak.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah suara itu.
"Sorry,saya tak berniat nak..."Hanna terkedu saat dia melihat wajah lelaki itu.Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.Tin jus terlepas dari tangannya.
"Kau ni kenapa?Macam nampak hantu je,"kata lelaki itu.Hanna mendekati lelaki itu.Lelaki itu memandang pelik ke arahnya.
"Jer...Jeremy?"soal Hanna.
"Yah...What's wrong with you?"soal lelaki itu.
"Jeremy...Jeremy kan?"Hanna terus menyoal lalu memegang tangan lelaki itu.Lelaki itu melepaskan tangan Hanna,kasar.
"Kau siapa?Aku bukan Jeremy!"kata lelaki itu.Hanna terkejut.
"T...t...ap.."
"Gila..."kata lelaki itu,lalu meninggalkan Hanna.Hanna terduduk.
"Mustahil...Jeremy..bukan macam tu.."bisiknya.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.


Hanna mengetuk pintu sebelum memasuki bilik rehat FT Island.Hari ini,dia perlu mengambil ukuran badan mereka untuk direkakan baju yang baru.Jantungnya berdegup kencang apabila menyedari pintu bilik itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah Danny muncul di hadapannya.
"Ya,awak siapa?"soal Danny.Hanna menundukkan sedikit badannya.
"Selamat pagi.Saya Hanna,pereka baju awak yang baru,"jawab Hanna,sedikit gagap.
"Oh,awaklah pereka baju yang baru tu.Masuklah,"pelawa Danny.Hanna tersenyum.
"Eh,siapa ni?"soal Alan apabila melihat Danny membawa Hanna memasuki bilik rehat mereka.
"Kenalkan,ni Cik Hanna,pereka baju baru kita.Cik Hanna,kenalkan...ni FT Island's member,"kata Danny.Alan mendekati Hanna lalu menghulurkan salam perkenalan.
"Hi,saya Alan.Pemain drum FT Island,"kata Alan,mesra.Salamnya disambut Hanna.Kemudian,tubuh Alan ditolak oleh Mackey.
"Saya Mackey.Pemain gitar dan vokalis nombor 2 terpenting,"kata Mackey sambil ketawa.Hanna turut menyambut tangan yang dihulur Mackey.Kemudian,Hanna menoleh ke arah Danny.
"Awak?"soal Hanna.
"Oh...saya Danny.Sama macam Mackey.Cuma lebih kepada rapping,"kata Danny."Hah...mana Emmet hyung?"soal Danny apabila menyedari ketiadaan Emmet di situ.
"Emmet?"soal Hanna.Seperti pernah dengar nama itu.
"Em,Emmet.Dialah orang yang paling penting dalam group ni.Kalau dia sakit,tak boleh performlah kami.Leader pun tak sepenting dia,"kata Danny.
"Iya?Jadi..mana mereka berdua?"soal Hanna,ingin tahu.
"Leader baru balik dari Ulsan.Tak pastilah kalau dia datang ke tak hari ni.Sebab tadi pun dia tidur lagi,"Mackey mencelah.
"Emmet hyung tu...unexpected sikitlah.Kami pun pening mana dia menghilang,"sambung Alan pula.
"Oh..."balas Hanna.Pelik juga dengan perangai Emmet tu.Siapa Emmet ya?


"Terima kasih,Cik Hanna.Jomlah,makan sekali.Boleh kita kenal-kenal lagi,"pelawa Mackey setelah selesai diambil ukuran bajunya.Hanna tersenyum.
"Tak apalah.Awak pergilah dulu.Lagipun,saya banyak kerja lagi ni,"kata Hanna,sambil menolak lembut ajakan dari Mackey.
"Okeylah,kalau macam tu.Kami pergi dulu,"kata Mackey.Hanna mengemaskan barang-barangnya sebelum beredar.Diperhatikannya bilik rehat FT Island yang mewah itu.Hatinya berdetik sendiri.
Fikirannya melayang jauh terhadap seseorang yang amat dirinduinya.Jeremy.Melihat peralatan-peralatan muzik yang terdapat di bilik itu,mengingatkannya kepada Jeremy.Jeremy amat mencintai muzik.Seperti menyanyangi nyawanya sendiri.
"Kau siapa?"Hanna menoleh ke belakang.Hanna terkejut apabila melihat lelaki yang menyerupai Jeremy itu berdiri di belakangnya.
"Ah...ma..ma"
"Kau ikut aku ye?"soal lelaki itu.Hanna enggan bertentang mata dengan lelaki itu.Matanya sangat menakutkan.
"Maaf...saya cuma buat kerja saya.Tak ada niat apa-apa..."kata Hanna,masih ketakutan.
"Oh...kau ni...pereka baru ke?"soal lelaki itu selepas menyedari barang-barang Hanna yang masih belum dikemas di situ.Hanna perlahan-lahan angguk.Lelaki itu tersenyum sinis."Baik kau berhenti je.Aku rasa kau tahu kan sejarah pereka baju kat syarikat ni.Kau tak kenal aku lagi siapa kan?Oh,tak...mustahil kau tak kenal aku..."kata lelaki itu.Hanna menundukkan wajahnya.
"Saya nak ke bilik saya semula..."kata Hanna lalu beredar.Namun niatnya dihalang apabila lelaki itu dahulu dapat mencapai tangannya.
"Aku tak habis cakap lagi.Jadi,kau tak boleh pergi dari sini,"kata lelaki itu.Kemudian,dia mendekati Hanna.Hanna cemas.Kali ini,bayangan Jeremy pada lelaki itu hilang sama sekali.Mereka amat berlainan,Berlainan dari semua aspek.
"Aku harap...kau masih mengenali aku,"bisik lelaki itu.Hanna terkejut.Dipandangnya ke arah lelaki itu.Namun,lelaki itu sudah membelakanginya.
"Apa maksud awak?"soal Hanna.Lelaki itu tersenyum sinis.
"Em,nampaknya aku masih belum dikenali ramai lagi,"kata lelaki itu.Kemudian,dia berpaling ke arah Hanna.Hanna masih memandang ke arahnya.
"Aku...orang yang paling penting dalam kumpulan ni.Aku...Emmet!"Hanna terkejut apabila mendengar pengakuan lelaki bernama Emmet itu.Dialah orangnya!Walaupun jauh di sudut hati,sukar untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu bukan Jeremy,namun dia cuba berfikiran waras.Mungkin pelanduk dua serupa.Apatah lagi perangai mereka berdua sangat berbeza.Penampilan juga berbeza.Jeremy lebih lembut dan baik hati dalam semua aspek jika mahu dibandingkan dengan Emmet.Rambutnya kekuningan,matanya bercelak,menunjukkan perwatakannya yang sombong dan kasar.
"Jadi..kau dah kenal aku kan?"'soal Emmet.Kemudian dia melangkah ke arah pintu.
"Hati-hati.Perjalanan kau di sini...tak semudah yang kau sangkakan...Selagi Emmet ada,kau takkan rasa senang,"kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.Kemudian,dia beredar dari situ.Hanna terasa kakinya lemah untuk berdiri.Terasa amat sukar mempercayai kenyataan yang baru diterimanya.Kalau dia bukan Jeremy...jadi...di mana Jeremy?






FT ISLAND as FT ISLAND


Lee Hong Gi as Emmet


Suzy Miss A as Hanna


Jong Hyun CN Blue as Keith

28 January, 2011

Untitled Story Part XII

Ken duduk termenung sambil menongkat dagunya,memikirkan nasib malang yang menimpa Jeremy itu.Fikirannya runsing.Sebelum ini,Jeremy tidak pernah mengalami kejadian sebegini.Apatah lagi,sesuatu yang hampir meragut nyawanya.Surat putih yang berada di atas meja itu diperhatikannya,lesu.Jeremy diterima masuk ke sebuah kolej muzik di Jepun di bawah tajaan agensi FNC Entertainment.Ken menundukkan wajahnya.Sudah hampir seminggu,Jeremy terlantar di hospital,namun tiada langsung tanda-tanda bahawa dia akan sedar dari komanya.
"Runsing nampak..."Ken mendongak apabila mendengar suara seorang lelaki yang menyapanya.Nick melabuhkan punggung di hadapan Ken tanpa meminta keizinan daripada lelaki itu."Risaukan Jeremy ye?"soal Nick.Ken mengalihkan pandangannya dari Nick.Hatinya sudah muak dengan sikap Nick yang suka berpura-pura itu.
"Kau buat apa kat sini?Tak puas hati lagi lepas dah seksa Jeremy sampai macam ni?Kau nak tengok dia mati depan kau,baru kau puas.Macam tu?"soal Ken,geram.Nick tersenyum.
"Kau tuduh aku ke?"soal Nick pula.Ken memandang Nick,tajam.
"Kau ingat aku main-main ke?Kau tahu tak permainan kau ni boleh mengheret diri kau sendiri ke penjara?Kalau apa-apa terjadi pada Jeremy,aku takkan lepaskan kau,"balas Ken,serius.Nick melangkah mendekati ke arah Ken.
"Masalahnya,bukan aku yang buat Jeremy terlantar macam ni.It's not me,you got it?"kata Nick,mulai berang.Ken tersenyum sinis.
"Kau ingat senang ke buat aku percaya dengan lakonan kau ni?Kau ingat aku tak tahu pasal ugutan kau untuk mengapa-apakan Hanna,kalau Jeremy enggan lepaskan dia seperti yang dijanjikan?Kau ingat aku tak tahu?"kata Ken.
"Ya.Kata kau tu betul.Tapi semua tu bukan bukti atas kejadian ni.Langgar lari ni,bukan gaya aku la,"kata Nick.Ken tidak dapat menahan geram lalu menumbuk muka Nick.
"Kau ni memang kejam!Kerana keinginan kau tak dipenuhi,kau menggadaikan nyawa orang lain,yang tak berhak diambil oleh kau!"jerkah Ken.Nick bangun.Dia kemudiannya membalas tumbukan Ken.
"Kau melampau!"balas Nick.Dia kemudiannya mengukir senyuman sinis.
"Aku rasa kau tak tahu yang Jeremy dah buat satu keputusan yang sangat bodoh..."sambungnya.Ken sekadar mendengar tanpa membalas apa-apa."Jeremy...sanggup menggantikan nyawanya...demi sebuah janji yang tidak dikotai..."kata Nick.Mata Ken terbeliak.Terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.
"Apa kau cakap ni?"soal Ken.
"Maksudnya,dia merelakan diri dia mati demi Hanna,"jawab Nick,selamba.Ken terduduk.Nick ketawa kecil.
"Tapi,nampaknya dah ada orang lain yang tolong merealisasikan impian aku.Jadi,aku cuma nak ucapkan terima kasih kat orang tu.Kalau kau dah tahu siapa,tolong bagitahu aku ye,"kata Nick lalu beredar.Ken menggenggam tangannya.Dia benar-benar marah ketika ini.Namun,dia masih belum menyedari bahawa perbualan mereka sudah didengari oleh seseorang.
"Tak guna!"bisik hatinya.


Sara menarik tangan Hanna kasar tanpa mempedulikan rayuan Hanna yang mengaduh kesakitan itu.Sara melepaskannya apabila tiba di tempat yang dituju.Dia memandang Hanna dengan pandangan yang tajam.Hanna mengusap tangannya yang sakit.
"Sara,kenapa ni?"soal Hanna.Hatinya sedikit cemas apabila melihat pandangan Sara yang jauh berlainan dari biasa terhadapnya.
"Aku nak kau pergi dari sini,"jawab Sara,tegang.Hanna terkejut.
"Sara...ken.."
"Tak faham lagi ke?Aku nak kau pergi dari sini,"ulang Sara lagi.
"Tapi,Jeremy tak sedar lagi.Saya kena jaga dia.Lagipun,saya tak penat.Awak janganlah risau,"kata Hanna,salah faham maksud sebenar Sara.
"Kau jangan buat-buat tak fahamlah,Hanna!Aku nak kau pergi dari sini,maksudnya...aku tak nak tengok muka kau lagi!"jerkah Sara.Riak wajah Hanna berubah.
"Sara...apa awak cakap ni?Kenapa tiba-tiba awak nak halau saya?"soal Hanna,mulai sebak.
"Kau tak payah buat muka kesian lah,Hanna.Aku dah muak.Kau tak sedar lagi ke?Jeremy hampir mati...disebabkan kau!Disebabkan kau,Jeremy sanggup membayar nyawanya demi melindungi kau dari diganggu oleh Nick,"balas Sara.Hanna terkejut.Membayar nyawa?Perlahan-lahan,dia mendekati Sara.
"Apa maksud awak,Sara?Apa maksud awak dengan 'membayar nyawa'?"soal Hanna,sambil memegang tangan Sara.Sara melepaskan tangan Hanna,kasar.
"Aku dengar perbualan Ken dengan Nick.Nick cakap,Jeremy sanggup berjanji untuk menggadaikan nyawa dia demi membatalkan kontrak kau yang bodoh tu!Sekarang kau tengok...apa dah jadi?Kau mesti gembira kan?"kata Sara,sinis.Hanna menggeleng lemah.
"Tak.Awak bohong.Nick oppa bukan macam tu orangnya.Dia takkan tergamak membunuh hanya kerana perkara kecil ni,"kata Hanna.
"Aku tak salahkan Nick dalam hal ni.Tapi kau yang bersalah.Kalau bukan kerana kontrak kau yang mengarut tu,Nick takkan bertindak kejam macam tu.Disebabkan kontrak kau tu jugaklah,seolah-olah memberi Nick harapan dan yakin..yang kau akan kembali semula kepada dia.Tapi,bila kau nak batalkan perjanjian tu,Jeremy yang jadi mangsa.Kau kejam,Hanna!Kejam!!!"jerkah Sara.Hanna terduduk.Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Sara.
"Tinggalkan Jeremy,"sambung Sara lagi.Hanna menggeleng.
"Tak.Saya akan jaga dia.Saya tak boleh tinggalkan dia.Saya cinta..."
"Aku pun cintakan dia,"potong Sara.Hanna terkejut.
"Tapi...disebabkan kebodohan dia,dia menolak cinta aku...semata-mata untuk menunggu kau.Sedangkan masa tu,kau masih bencikan dia.Hahahaha...memang butalah mata dia tu.Sanggup menunggu sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya.Apatah lagi,cinta yang ditunggu itu,sesuatu yang bakal memusnahkan masa depan dia.Kau...pemusnah masa depan Jeremy,Hanna,"kata Sara.Air mata Hanna mengalir laju.Kata-kata Sara yang berbisa itu benar-benar melukakan hatinya.
"Kalau betul kau cintakan Jeremy,tinggalkan dia.Kalau kau nak dia selamat,tinggalkan dia,"kata Sara lalu meninggalkan Hanna keseorangan disitu.


Hanna mendekati Jeremy yang masih terlantar lesu itu.Perlahan-lahan,dia mengusap rambut hitam Jeremy yang masih berbalut itu.
"Oppa...kenapa oppa sorokkan semua masalah ni dari Hanna?Kenapa oppa sanggup menggadaikan nyawa oppa demi Hanna?Kenapa oppa sanggup menjanjikan sesuatu yang membahayakan nyawa oppa sendiri?Kenapa mesti oppa yang menamatkan sesuatu yang Hanna mulakan?Hanna malu,oppa...Hanna malu,"kata Hanna,sebak.Dia mengesat air mata yang mulai mengalir itu.
"Miane...oppa...Tapi,apa yang Sara cakap tu..betul.Hanna...tak boleh dekat dengan oppa.Selagi Hanna ada dekat dengan oppa,selagi tu oppa tak selamat.Sama macam oppa,Hanna juga nak oppa sentiasa selamat.Sebab tu,Hanna...rela mengundurkan diri.Oppa lupakanla Hanna.Hanna yakin,kehidupan oppa lebih tenang lepas ni,"kata Hanna.Perlahan-lahan,dia menanggalkan cincin yang tersarung pada jari manisnya.Kemudian,dia meletakkannya di atas meja.Dahi Jeremy dikucup lembut."I'm sorry...but i love you,Jeremy..."bisik Hanna,lalu perlahan-lahan meninggalkan Jeremy tanpa menoleh ke belakang tanpa menyedari air mata Jeremy turut membasahi pipinya.


Ken memandu laju keretanya tanpa mempedulikan bunyi hon kereta-kereta lain yang kurang selesa dengan pemanduannya.Dia harus cepat supaya masih sempat mengejar Hanna yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang.Hanna harus dihalang dari meninggalkan Seoul,sedangkan Jeremy masih memerlukannya.
"Rasa-rasanya Hanna macam nak pergi jauh.Sebab saya nampak dia bawak beg besar keluar,tak lama lepas dia balik dari hospital tadi."Kata-kata jiran Hanna masih terngiang-ngiang di fikirannya.Apa yang membuatkan Hanna mahu meninggalkan Jeremy?


"Hanna!"jerit Ken apabila tiba di lapangan terbang itu."Hanna!"jeritnya lagi.Ken berlari-lari mencari Hanna,namun tidak ditemui.Dia harus mendapatkan Hanna.Pencariannya berakhir apabila matanya tertangkap pada seseorang yang amat dikenalinya.Lantas,dia mendekati ke arah wanita itu.
"Hanna!"jerit Ken.Hanna menoleh ke arahnya.
"Ken?"
"Apa awak buat ni?Awak nak pergi mana?"soal Ken,marah dengan tindakan Hanna yang tidak masuk akal itu.Hanna tersenyum tawar.
"Saya...nak pergi dari sini,"jawab Hanna,tenang.
"Untuk apa?Jeremy perlukan awak,awak tahu kan?"Ken terus cuba memujuk Hanna.
"Untuk membuktikan cinta saya terhadap Jeremylah,saya nak pergi dari sini,"jawab Hanna.
"Apa maksud awak?"soal Ken,tidak memahami.
"Tak perlu tahu,Ken.Apa yang pasti...tindakan saya ni,adalah terbaik untuk dia.Awak...tolong tengokkan Jeremy oppa untuk saya ye,"pinta Hanna.Dia mulai beredar namun ditahan oleh Ken.
"Jeremy betul-betul perlukan awak.Pedulikan kata-kata orang lain.Apa saya nak jawab kalau dia dah sedar dan tanya pasal awak?"soal Ken.Hanna tersenyum.
"Katakan saja,yang saya...tak perlukan dia lagi dalam hidup saya.Saya...tak suka hidup bersama dengan orang yang lemah macam dia.Orang yang suka berlagak hebat..tapi tak boleh berdiri dengan sendiri.Saya...ben..."Hanna mengalirkan air mata.
"Saya bencikan orang macam tu,"kata Hanna.Ken terkejut.
"Awak tipu...Mesti ada sesuatu yang cuba awak sorokkan dari saya kan?"duga Ken.
"Saya serius.Tolong lepaskan tangan saya,Ken,"pinta Hanna.Perlahan-lahan,Ken melepaskan tangan Hanna.Hanna tersenyum ke arahnya.
"Gomawo.Seronok dapat berkenalan dengan awak,Ken,"kata Hanna lalu meninggalkan Ken,tanpa menoleh ke belakang lagi.Selamat tinggal,Seoul...dan..selamat tinggal...Jeremy...





Lee Hong Gi as JEREMY


Suzy Miss A as HANNA


Lee Gi Kwang as NICK


Nana After School as SARA



Choi Jong Hoon as KEN




To be continued.......................

27 January, 2011

Untitled Story Part XI

Hanna menunggu Jeremy dari luar.Dia yakin mesej yang dihantar kepada Jeremy itu pasti sudah sampai.Hanna melihat jam tangannya.Dia malas hendak berasa-asak dengan orang ramai yang mahu berjumpa dengan penyanyi yang mereka sokongi.Mata Hanna terpandang pada sebuah kereta hitam yang terparkir agak jauh dari tempatnya berdiri.Namun,dia mengalihkan semula pandangannya pada pintu masuk stadium kecil itu.
"Mana Oppa ni?"soal Hanna.Dia bersandar pada dinding sambil bernyanyi kecil.Lagu 'Maybe',nyanyian Sunye Wonder Girl bermain di bibirnya.Dia terus menunggu kedatangan Jeremy.

"Hanna!!"Hanna menoleh ke depan apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Jeremy sedang melambai ke arahnya.Hanna mulai melangkah ke arah Jeremy tanpa menyedari kereta hitam yang diperhatikannya sebentar tadi sedang meluncur laju ke arahnya.
Hanna berhenti seketika apabila melihat kereta hitam itu hampir mendekatinya.Fikirannya seolah-olah kosong.Tiba-tiba,dia terasa badannya ditolak dari depan.Semuanya berlaku dengan pantas.
Mata Hanna terbeliak apabila melihat tubuh Jeremy terbaring lesu di atas jalan raya.Kepalanya berdarah.Hanna mendekati ke arah Jeremy.Dia mengangkat kepala Jeremy.Tangannya menggigil apabila melihat banyak darah pekat mengalir dari kepala Jeremy.
"O..p..oppa..."Hanna cuba menyedarkan Jeremy.Namun,tidak dibalas oleh Jeremy."Oppa..."Hanna tetap tidak berputus asa.Matanya bergenang."Oppa..bangunlah..."Air matanya mengalir.Jeremy masih kaku."OPPA!!!!!!!!!!!!"

Hanna duduk lesu di atas bangku sambil ditemani oleh Sara.Ken masih mundar-mandir di hadapan bilik rawatan.Tangannya digenggam erat,seolah-olah mengetahui dalang di sebalik kejadian ini.Matanya beralih pada Hanna yang masih trauma dengan kejadian itu.Ken melepaskan keluhan berat.Nick benar-benar melampau!!!Penantian Ken berakhir apabila doktor yang merawat Jeremy keluar dari bilik rawatan.
"Macam mana dengan Jeremy,doktor?'soal Ken.
"Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga Encik Jeremy?"soal doktor itu.Ken memandang ke arah Hanna yang masih duduk membatu di situ.Tangan Hanna masih berbekas dengan darah Jeremy.
"Hanna masih trauma,Ken.Lebih baik kau yang pergi,"kata Sara.
"Saya sepupu Jeremy,"kata Ken.
"Tapi,saya perlu berjumpa dengan keluarga Jeremy,"balas doktor itu.
"Dia yatim piatu,doktor.Memang selama ni,saya yang lebih rapat dengan dia.Harap doktor boleh pertimbangkan,"kata Ken.
"Baik.Mari kita berbincang di bilik saya,"kata doktor itu.

"Apa?Jeremy ada potensi untuk hilang ingatan?"soal Ken,terperanjat dengan berita yang disampaikan oleh doktor sebentar tadi.Doktor itu mengangguk lemah.
"Dia mengalami kecederaan otak yang serius,Encik Ken.Nasib baik dia dibawa cepat ke sini.Tapi,kita tengok dulu keadaan dia macam mana bila Encik Jeremy dah sedar nanti,"kata doktor itu.Ken bersandar pada kerusi.
"Jeremy..."

Hanna memandang wajah Jeremy yang pucat itu.Kepalanya dibalut.Wajahnya dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan.Air mata Hanna sudah kering.Dia mengusap lembut rambut Jeremy.Tangan Jeremy digenggamnya.
"Miane..."ucapnya,perlahan.Jeremy masih kaku.
"Saranghae..."
"Hanna,saranghaeyo..."
Hanna menahan sebak apabila mengenangkan kembali kata-kata Jeremy sebelum ini.Jauh di sudut hatinya,dia mengakui bahawa lelaki itu benar-benar mencintainya,sedangkan belum pernah Hanna mengucapkan ungkapan cinta terhadap Jeremy walaupun dialah yang dahulu yang mahu membatalkan kontrak perjanjian itu.Sebagai tanda,dia mahu menghabiskan seluruh hidupnya untuk lelaki itu.Namun kini,lelaki yang amat dicintainya itu sedang terbaring lesu,tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.
"Oppa...tolonglah buka mata.Hanna takut tengok Oppa macam ni..."bisik Hanna.Jeremy masih seperti tadi.Akhirnya,Hanna menangis jua.Benar-benar takut untuk kehilangan Jeremy saat-saat cintanya terhadap lelaki itu kian mendalam.

Untitled Story Part X

Hanna tekun melihat dan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Jeremy di bilik muzik tanpa menghiraukan orang lain yang memerhatikan mereka dari luar.Hanna tidak kisah lagi berita mengenai status hubungannya dengan Jeremy kini berubah dari musuh hinggalah sebagai pasangan kekasih.Jeremy mengukir senyuman manis kepada Hanna selepas sahaja menamatkan latihannya.Hanna menghulurkan botol air kepada Jeremy.
"Gomawo,"ucap Jeremy.
"Oppa dah banyak berlatih hari ni.Rehat-rehatlah lepas ni,"kata Hanna.Muka Jeremy bertukar merah apabila mendengar panggilan Hanna terhadapnya.Hanna menyedari riak wajah Jeremy yang berubah itu."Oppa malu ye?Hahahaha...comelnya,"usik Hanna sambil mencubit lembut pipi Jeremy.Jeremy mengusap pipinya.Hanna masih dengan senyuman nakalnya.Seronok pula dapat mengusik Jeremy!
"Ala,Hanna...Tak payahlah oppa-oppa ni,seganlah.Lagipun,kitakan sebaya.Panggil macam biasa jela,"balas Jeremy.
"Tak best lah macam tu.Rasa macam biasa sangatlah panggil nama-nama ni.Kalau Oppa nak panggil Hanna...Yeobo pun ok,"kata Hanna sambil ketawa.Jeremy ketawa.Dia mengusap kepala Hanna.
"Wah...banyak cakaplah Hanna hari ni.Saya tahu macam mana nak diamkan Hanna ni,"kata Jeremy.Perlahan-lahan,dia mendekatkan bibirnya pada telinga Hanna."Saranghae..."ucap Jeremy penuh romantik.Hanna tergamam.Jeremy tersenyum nakal."Hah...kan dah diam,"usik Jeremy.Dia kemudiannya meninggalkan Hanna sambil ketawa.Hanna memegang mukanya yang panas itu.Dari luar,Sara sekadar memerhatikan mereka dengan perasaan yang sukar untuk diertikan oleh dirinya sendiri.Mungkin cemburu...mungkin juga tidak...
"Hei,Sara,"sapa Jeremy.Sara terkejut.
"Jeremy..."balasnya.Jeremy hairan gelagat Sara.
"Kau okey ke?"soal Jeremy.Sara tersenyum sambil menggeleng.
"Aku okey.Jangan risaulah.Wah...patutlah asyik tersengih-sengih je.Rupa-rupanya...musim bunga dah tiba,"usik Sara.
"Musim bunga?Tapi...sekarangkan musim luruh..."Jeremy pura-pura tidak faham.
"Tak payah nak buat-buat tak fahamla,Jeremy.Menyampah!"balas Sara sambil mencebik.Jeremy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu."Tahniah,"sambung Sara lagi.
"Gomawo..."kata Jeremy.Mereka terdiam seketika."Em...kau bila lagi,Sara?"soal Jeremy.Sara menoleh ke arah Jeremy.
"Apa?"soal Sara,tidak memahami.
"Kau dengan Kenla...bila lagi?"soal Jeremy.
"Ken?Sejak bila pula aku dengan Ken pula ni?Mengarut je la.Tak payah nak sibuk hal aku.Kau sibuk-sibukkan dulu hal kau dengan Hanna tu.Baru bahagia sikit,dah berlagak,"balas Sara.Jeremy ketawa.
"Mana ada.Aku seriusla tanya kau,"kata Jeremy.
"Masalahnya aku dengan Ken tu tak ada apa-apalah,Jeremy,"kata Sara.
"Oh...kau tak pernah tahu rupanya,"kata Jeremy.
"Apa?"soal Sara.
"Ken pernah cakap dengan aku...yang dia...adalah mengharapkan sesuatu dari kau.Gaya dia macam dah angau sangat kat kau je,"balas Jeremy.Kening Sara terangkat sebelah.
"Tak payah nak mengada-ngada kat sini.Dahlah...pergilah kat Hanna kau tu,"kata Sara sambil menolak tubuh Jeremy masuk ke bilik muzik itu.



Jeremy


Hanna


 Sara


Jeremy memunggah baju-bajunya dari dalam almari.Dia cuba untuk mencari baju yang sesuai dipakai untuk pertandingan pada esok hari.
"Opp...eh,kenapa bersepah ni?"soal Hanna,pelik dengan keadaan bilik Jeremy yang bersepah itu.
"Cari baju nak pakai esok,"jawab Jeremy,tanpa menoleh ke arah Hanna.Hanna melabuhkan punggung di atas katil Jeremy.
"Oppa ni,macam perempuanlah,"kata Hanna.
"Kenapa pula?"soal Jeremy yang masih leka memunggah baju itu.
"Yela,selalunya perempuan yang selalu gelisah nak pakai baju lawa-lawa untuk apa-apa event macam ni,"jawab Hanna.
"Esok penting tau.Tak guna kalau saya nyanyi sedap tapi imej tak okey.Hanna tak nak saya dapat biasiswa untuk sambung study kat oversea ke?"soal Jeremy.
"Mestilah nak.Sebab Hanna boleh ikut sekali,"jawab Hanna sambil ketawa.Jeremy melabuhkan punggung di sebelah Hanna.Dia melepaskan keluhan.
"Saya mesti dapatkan juga biasiswa tu,"kata Jeremy.
"Kenapa?"soal Hanna.
"Sebab...impian saya adalah untuk menjadi penyanyi yang bukan sahaja pandai menyanyi,malah pandai dalam semua bidang muzik.Music is my life,"jawab Jeremy sambil melemparkan pandangannya ke luar,seolah-olah melihat masa hadapannya.Hanna tersenyum mendengar kata-kata Jeremy yang penuh bermakna itu.Jauh di sudut hatinya,dia turut mendoakan kejayaan Jeremy dalam pertandingan esok hari.
"Tapi,kalau ditakdirkan...saya tak dapat menang esok,saya terima seadanya,"sambung Jeremy lagi.
"Oppa tak boleh cakap macam tu.Belum cuba belum tahu,"kata Hanna.
"Saya betul-betul maksudkan kata-kata saya,Hanna,"kata Jeremy.
"Tapi,Oppa kan cakap yang muzik adalah nyawa Oppa,"kata Hanna.Jeremy menoleh ke arah Hanna.Tangan wanita itu digenggamnya erat.
"Hannalah nyawa saya.Muzik ada di mana-mana sahaja.Tapi Hanna ada satu...tak boleh cari yang lain,"ucap Jeremy sambil mencium lembut tangan Hanna.Hati Hanna tersentuh.
"Oppa..."
"Percayalah...saya akan selalu melindungi Hanna dari apa pun,"kata Jeremy,mengikat satu janji.Hanna memeluk tubuh Jeremy.
"Gomapda..."ucapnya,sambil mengalirkan air mata.

"Wah...handsomenya kawan aku ni!"puji Ken sambil menepuk bahu Jeremy.Jeremy tersengih malu.
"Ala...Hanna yang pilihkan.Okey kan?Sesuai tak dengan lagu yang aku nak perform ni?"soal Jeremy berkali-kali.
"Aku speechless...seriously.Daebaklah!"kata Ken.
"Tak payah nak over lah Ken,"balas Jeremy.Ken ketawa."Jari kau okey tak?"soal Jeremy.Ken angguk.
"Don't worry,buddy.Aku okey dan bersedia,"kata Ken.
"Bagus,"kata Jeremy.
"Hanna datang tak?"soal Ken.Jeremy angguk sambil tersenyum."Tahniah,Jer,"ucap Ken.
"Kenapa?"soal Jeremy.
"Keputusan kau tepat sekali.Aku bangga dengan kau,"kata Ken.Jeremy tersenyum.Ya,memang keputusan aku tepat sekali,bisik hatinya.

Hanna sabar menanti giliran Jeremy untuk membuat persembahan.Hatinya amat teruja.Pasti persembahan Jeremy sangat hebat.Peluangnya untuk menang pasti cerah.
"Peserta seterusnya,dipersilakan Jeremy dengan lagunya yang bertajuk 'One Word'"kata pengerusi majlis itu.Hanna menjerit.
"Hwaiting,Oppa!!!"
Jeremy tersenyum ke arah Hanna.Hanna turut membalas senyuman Jeremy.Dia melambaikan tangannya ke arah Jeremy,sebagai tanda sokongan.

Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Chi-geum gyote so in-neunde
Non daeche nugul bogo-in-neunji
Nae mam hana moreu-neun
Niga wonmang-seuro

Hanbonman dwireul dora-bwa
No hanaman bara-neun nal
Sarangi noreul pureu-neunde
Mon gonman bogo
Apahago in-neun-goya

Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Hanbonman nae son jabajwo
Nol itorok para-neun nal
Tareun sarange apahaedo
Nae pume angyo
Keu nunmuldo takkajul-kke

Kaseumi mae-il bureu-neun mal
Kaseumi mae-il we-chi-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul nunmullo chiwonohko
Nareul o-neuldo salgehan mal
Naega o-neuldo motji-un keu mareun
Saranghae nol saranghae
Ki hanmadi
Noyege teud-koshipo
Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Nyanyian Jeremy mendapat tepukan gemuruh.Hanna tersenyum lebar saat mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Jeremy itu.Bangga Jeremy dapat memberikan persembahan yang terbaik.
"Hanna..."kata Jeremy.Hanna terkejut apabila namanya disebut oleh Jeremy.
"Saya ada satu perkataan yang nak saya katakan pada awak.Saya akan mengulanginya sampai bila-bila...Hanna...SARANGHAEYO..."Ucapan Jeremy mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.Hanna terpana.Jeremy mengakui cinta padanya di khalayak ramai.Air matanya mengalir.Terharu dengan keberanian Jeremy.
"Saranghae,Jeremy..."ucapnya dalam tangisan.