02 June, 2011

...Chapter 39...

"Jung Min?"panggil Dong Joon apabila menyedari kasut Jung Min tersusun di muka pintu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kat sini!"laung Jung Min dari dapur.Dong Joon segera melangkah ke arah dapur apabila terdengar laungan adiknya dari situ.
"Lambat hyung balik hari ini?"soal Jung Min sambil meletakkan makanan yang baru sahaja dipanaskannya di ats meja.
"Sekurang-kurangnya hyung balik rumah,"balas Dong Joon sambil cuba merasa makanan yang masih panas itu.Jung Min tersengih apabila mendengar sindiran abangnya itu."Ni mesti ada apa-apa ni,"katanya lagi.Jung Min yang baru sahaja mengambil tempat di hadapan Dong Joon itu sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata Dong Joon.
"Apa hyung cakap ni?"soalnya,pura-pura tidak tahu.Dong Joon tidak membalas pertanyaan Jung Min itu malah lebih selesa menjamu makanan yang masih panas itu.Jung Min menyuapkan makanan itu perlahan-lahan ke dalam mulutnya.Dia tidak pasti dari mana dia harus mulakan kata-katanya.
"Ada masalah ke?"soal Dong Joon.
"Em..."Jung Min menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu."Sebenarnya,Jung Min memang ada benda yang Jung Min nak cakap dengan hyung,"katanya,teragak-agak.Dong Joon memandang ke arahnya."Jung Min kena pergi Jepun lagi 2 minggu ni sebab agensi nak mulakan debut Jung Min kat sana,"kata Jung Min lagi.Dong Joon yang mendengar itu sekadar angguk."Tapi,Jung Min tahu keadaan keluarga kita tak berapa baik sekarang.Jadi,Jung Min boleh minta agensi tangguhkan dulu,"kata Jung Min,bersungguh-sungguh.
"Tak payah.Pergi je,"kata Dong Joon.Jung Min terdiam.Dong Joon meletakkan chopsticknya di atas mangkuk."Apa yang terjadi dalam keluarga kita ni bukan disebabkan oleh Jung Min.Hyung yang bertanggungjawab atas semua ni.Lagipun,kerjaya Jung Min tak ada kena mengena langsung dengan apa yang dah berlaku dalam keluarga kita ni.So,hyung rasa hyung tak ada hak nak sekat kerjaya Jung Min,"kata Dong Joon.
"Tapi..."
"Kalau dah popular kat Jepun nanti,jangan pula lupa kat hyung,"kata Dong Joon,memotong percakapan adiknya itu.Jung Min tersenyum.Dong Joon bangun apabila sudah selesai menghabiskan makanannya."Argh,letihnya!Hyung mandi dululah,"kata Dong Joon sebelum melankah masuk ke dalam biliknya.
"Fighting,Nick!"jerit Dong Joon dari dalam.Jung Min terpana apabila mendengar jeritan Dong Joon dari dalam biliknya itu.Dong Joon memanggilnya...'Nick'?Akhirnya Jung Min tertawa.Terharu apabila nama pentasnya sudah mula diterima oleh abangnya.

"Encik Lee,tetamu Encik Lee dah sampai,"kata setiausahanya.Jong Suk angguk,membenarkan tetamunya itu untuk masuk.Jong Suk berdiri apabila tetamunya mula melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Selamat datang,Encik Hwang.Terima kasih sebab sudi datang ke pejabat saya,"kata Jong Suk sambil berjabat tangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Encik Hwang itu.Encik Hwang tersenyum.
"Terima kasih.Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada Encik Hwang sebab sudi bekerjasama dengan pihak kami,"kata Encik Hwang,ramah.Jong Suk kemudiannya menjeling ke arah Su Yeon yang sedang memerhatikannya dari luar.Dia tahu adiknya mungkin curiga dengan kedatangan Encik Hwang ketika itu.
"Boleh kita mulakan urusan kita sekarang?"soal Jong Suk sambil memandang ke arah Encik Hwang.
"Silakan,"balas Encik Hwang,turut memandang sinis ke arah Su Yeon yang masih sedang memerhati ke arah mereka.

Dong Joon mengurut dadanya,menahan sakit,Dia mengambil tempat di suatu sudut sebelum meneguk air suam.Dia kemudiannya mengelap wajahnya yang berpeluh itu dengan tuala kecil.Sejak belakangan ini,kesihatannya sering terganggu dan mula meresahkan dirinya.Dong Joon bimbang jika dia jatuh sakit.Siapa lagi yang mahu menanggung keperluan adik-adiknya kalau bukan dirinya sendiri.Jung Min pula akan berlepas ke Jepun tidak lama lagi.Dong Joon mengeluh berat.Pekerjaannya kali ini benar-benar mencabar baginya.Dia harus menggunakan tenaganya semaksimum mungkin di tapak pembinaan ini.Dia kemudiannya cuba bangun dari tempat rehatnya itu.Namun,dia tidak dapat menumpukan perhatiannya semasa berjalan.Tidak lama selepas itu,pandangannya kian kabur dan gelap perlahan-lahan.Hanya kedengaran jeritan yang memanggil namanya.

Sa Rang meletakkan tuala basah di atas dahi Dong Joon.Dong Joon masih belum sedarkan diri.Panggilan telefon yang diterimanya siang tadi benar-benar mengejutkannya.Dong Joon pengsan di tempat kerja.Mujur pihak atasan syarikat pembinaan itu segera menghantar Dong Joon ke hospital.Sa Rang simpati atas nasib malang yang menimpa Dong Joon itu.Sa Rang mengusap lembut rambut Dong Joon yang hitam keperangan itu sambil memerhati wajah Dong Joon yang sedikit pucat itu.Tangan Dong Joon juga dicapainya lalu dikucup lembut.
"Saranghae..."ucapnya,perlahan.Dong Joon masih dalam keadaan begitu."Saya tak ada hak nak halang apa yang awak nak buat,Dong Joon.Tapi...janganlah paksa diri awak sampai jadi macam ni,"kata Sa Rang."Awak...kalau  buat sesuatu yang tak risaukan saya,tak boleh ke Dong Joon?"Soal Sa Rang,seakan-akan marah terhadap kedegilan Dong Joon itu.Sa Rang masih menggenggam erat tangan lelaki itu.Rasa sayangnya terhadap Dong Joon kian bercambah dari hari ke hari.Jadi,masakan dia sanggup untuk melihat Dong Joon menderita sebegitu rupa.Cukuplah dengan apa yang pernah dilihatnya keadaan Dong Joon dahulu selepas kejadian yang menimpa syarikatnya dahulu.Seboleh-bolehnya,dia tidak mahu lagi melihat keadaan Dong Joon begitu.Sa Rang mendongak apabila terdengar bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar.Kelihatan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya.
"Maafkan saya kerana mengganggu,"ucap lelaki itu.Sa Rang berdiri sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan lelaki itu.
"Saya Encik Hwang,wakil daripada pihak atasan syarikat Han,"kata lelaki yang dikenali sebagai Encik Hwang itu.
"Ah,jadi awak ni pengurus bagi syarikat Han?"soal Sa Rang,terkejut apabila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pihak atasan bagi syarikat tempat Dong Joon bekerja.Encik Hwang tersenyum manis sambil angguk.
"Annyeonghaseyo,saya Kim Sa Rang,"kata Sa Rang,sambil menundukkan badannya sekali lagi.
"Em...jadi bagaimana dengan keadaan Dong Joon sekarang?"soal Encik Hwang sambil memerhati ke arah Dong Joon yang masih belum sedarkan diri itu.
"Doktor kata Dong Joon alami keletihan yang...agak teruk juga.Jadi doktor nasihatkan agar Dong Joon berehat dalam tempoh waktu yang lama juga,"jawab Sa Rang.Encik Hwang angguk.
"Saya pun memang galakkan Dong Joon berehat.Dia terlalu kuat bekerja.Dengar kata,dia pun turut ambil upah jadi pelayan restoran waktu malam,betul ke?"soal Encik Hwang.Sa Rang angguk.Encik Hwang berfikir sejenak.

"Aku yakin Dong Joon adalah calon yang paling layak untuk memegang memegang jawatan arkitek dalam syarikat Han.Mustahil kau tak pernah kenal dengan Dong Joon?Dia kan pernah menguruskan projek pembinaan dekat Busan dulu?"soal Jong Suk.
"Memang aku kenal dengan dia.Tapi,macam mana semua ni boleh terjadi?Aku tak faham,"kata Encik Hwang.
"Aku tak boleh nak jelaskan semua tu kat sini,Tae Kyung.Aku akan jelaskan lain kali.Cuma,sebelum tu,aku harap kau boleh tolong aku untuk hal ni dulu.Tapi aku yakin kau ada gambaran pasal apa yang dah berlaku sekarang ni,"kata Jong Suk,penuh berhati-hati."Pastikan hal ni tak diketahui oleh Dong Joon sendiri,arasso?"soal Jong Suk.Encik Hwang angguk.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Park Jung Min
 Lee Jong Suk

Hwang Tae Kyung

No comments:

Post a Comment