26 June, 2011

...Chapter 50-Last Love...

Sa Rang menanti kemunculan Jung Min di pentas dengan penuh teruja.Sorak-sorai peminat wanita yang mampu memecahkan gegendang telinga itu diendahkan begitu sahaja.Perkara biasalah apabila dapat bertemu dengan bintang pujaan.Sa Rang tersenyum sendiri.Dia sendiri dapat membayangkan keadaan dirinya sekiranya dapat berjumpa dengan Thunder dan G.O MBLAQ yang diminatinya.Ah,pasti Dong Joon juga dilupakannya.Senyumannya mengendur.Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki yang dicintainya itu.Khabar lelaki itu juga dia tidak pasti.Lamunannya terganggu apabila merasakan bahunya seperti dicuit dari belakang.Sa Rang menoleh.Matanya terbuka luas apabila melihat Hye Ri,Min Jung serta Yun Ho turut berada di situ.Dia hampir mengalirkan air mata apabila bertemu semula dengan mereka yang amat dirinduinya itu.Tanpa sebarang kata,mereka terus memeluk tubuhnya.Sa Rang terkejut.Tidak lama selepas itu,mereka melepaskan pelukan masing-masing.
“Jung Min oppa yang ajak kami datang sini!”kata Hye Ri,meninggikan sedikit nada suaranya.
“Jung Min beritahu yang unni ada kat sini ke?”soal Sa Rang.Laju sahaja Min Jung dan Hye Ri menggeleng.
“Sungguh kami tak tahu yang unni ada kat sini.Oppa tak cakap apa-apa pun,”balas Min Jung.Perlahan-lahan,tangan Sa Rang dicapainya.Sa Rang memandang wajah adiknya.”Janji lepas ni,unni balik dengan kami,okey?”pinta Min Jung,bersungguh-sungguh.Senyuman Sa Rang mengendur.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya.Riak wajah Min Jung berubah.”Unni?”Perbualan mereka terganggu apabila lampu-lampu di Stadium Antarabangsa Yoyogi itu mulai dimalapkan perlahan-lahan.”Unni?!”Namun,Min Jung masih berusaha untuk memujuk kakaknya itu walaupun sorak sorai peminat-peminat di seluruh sudut stadium itu begitu membingitkan telinga.
“Oppa!”Hye Ri pula sudah bersorak gembira apabila melihat skrin besar stadium itu memaparkan imej abangnya yang kelihatan hebat itu.Bangga pula Hye Ri apabila melihat abangnya,Jung Min itu sudah berjaya menawan hati peminat-peminat Jepun walaupun peristiwa yang menimpa keluarga mereka dahulu sedikit sebanyak mengganggu kerjayanya.Yun Ho turut melonjak gembira.Walaupun Jung Min belum lagi keluar ke pentas,namun jeritan daripada peminat-peminat itu sudah mampu memekakkan telinga.Itulah penangan Jung Min a.k.a Nick!
Tiba-tiba,imej di skrin itu dipadamkan.Kedengaran nyanyian seorang lelaki berkumandang di seluruh pelosok stadium yang gah itu.
“Siapa yang nyanyi ni?!”Masing-masing tertanya apabila mendengar nyanyian lelaki itu.”Ni bukan Nick oppa yang nyanyi!”Bising yang lain pula.Hye Ri dan Min Jung juga pelik den gan nyanyian itu.Sa Rang pula menelan air liur.Suara lelaki yang sedang menyanyi itu amat dikenalinya.Kepala Sa Rang tertoleh ke kiri dan ke kanan.Tidak lama selepas itu,matanya mulai tertumpu ke arah pentas apabila lampu biru mulai menumpu kepada seseorang yang      sedang bermain piano.Alunannya indah sekali sambil mengiringi nyanyian lelaki yang masih berkumandang itu.Penonton mulai bersorak apabila mereka dapat melihat dengan jelas bahawa Jung Min yang sedang bermain piano di atas pentas itu.
“Siapa yang tengah nyanyi ni,Hye Ri?Oppa ada ajak penyanyi jemputan ke?”soal Min Jung.Hye Ri menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak tahu dengan lebih jelas mengenai perjalanan konsert abangnya itu.Persoalan yang sedang bermain di fikiran masing-masing terjawab apabila terdengar jeritan Yun Ho.
“Hyung!”jerit Yun Ho,sekuat hatinya.Ketiga-tiga wanita itu  terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.Mata mereka terbuka luas apabila melihat Dong Joon sedang menyanyi sambil dinaikkan dari bawah pentas.Penampilannya kelihatan berbeza sekali daripada biasa.Hilang penampilannya sebagai seorang arkitek yang berjaya.Gayanya kini lebih kepada seorang lelaki budiman yang sedang meluahkan isi hatinya terhadap kekasihnya.Sa Rang benar-benar tergamam apabila melihat Dong Joon sedang memandang ke arahnya ketika itu.Min Jung dan Hye Ri pula sudah mengukir senyuman bahagia.Rupanya inilah rancangan Jung Min.Secara senyap-senyap,Jung Min turut menjemput Dong Joon semata-mata untuk menemukan kembali mereka berdua.Jung Min yang sedang bermain piano itu sekadar tersenyum.Rancangannya menjadi.Sa Rang hampir mengalirkan air mata apabila melihat Dong Joon sedang melangkah perlahan ke arahnya sambil menyanyikan lagu kegemarannya,Last Luv.Hye Ri serta Min Jung pula sudah memberi ruang kepada Dong Joon untuk melangkah dekat kepada Sa Rang.Jantung Sa Rang berdegup pantas apabila Dong Joon kini sudah dekat kepadanya.Pandangan mata mereka bersatu.Belum sempat Sa Rang menuturkan sebarang kata,Dong Joon segera memeluk tubuhnya sambil disaksikan oleh semua penonton di dalam stadium besar itu.Sa Rang tergamam.Dong Joon mengeratkan pelukannya.
“Tak kira apa pun yang berlaku…saya tetap nak ucapkannya selagi saya masih bernafas di atas muka bumi ini…”kata Dong Joon,penuh romantik.Sa Rang menanti dengan penuh debar.
“Saranghae…”ucap Dong Joon.Air mata Sa Rang mengalir juga.Sudah lama dia tidak mendengar ungkapan cinta itu.Sungguh dia amat merindui untuk mendengar suara Dong Joon.Rindu untuk mendengar ucapan ‘saranghae’ itu.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan lelaki itu.Perbuatan mereka itu mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton di stadium itu.Jung Min turut bertepuk tangan,gembira dengan pengakhiran yang indah itu.Dia betul-betul tidak sangka apabila mendapat panggilan telefon daripada Dong Joon beberapa hari yang lalu.Apa yang lebih mengejutkan,Dong Joon sudah mengetahui tentang Sa Rang.Sehingga sekarang,Jung Min masih belum tahu bagaimana Dong Joon boleh mengetahuinya.Tak apa,dah habis konsert nanti,dia masih boleh meneruramah abangnya itu.Jung Min tersenyum sendiri.
Tangan wanita itu digenggamnya erat.Menzahirkan seluruh rasa rindunya terhadap kekasih hatinya itu.Begitu juga dengan Sa Rang.Dong Joon memandang ke arahnya.Wajah wanita itu ditatapnya penuh rasa cinta.Dong Joon kemudiannya mencubit pipi gebu wanita itu.Sa Rang mengadu kesakitan.
“Apa ni?Sakitlah!”Sa Rang mengesat pipinya yang sakit itu.
“Awak tak makan ke duduk masa duduk kat sini?”soal Dong Joon.
“Makan je.Kenapa?”soal Sa Rang,kembali.
“Yeke?Kenapa saya rasa macam dah tak best je cubit pipi awak ni?”soal Dong Joon sambil cuba-cuba untuk mencubit lagi.Sa Rang mengelak.
“Pipi saya kurus sebab awak yang selalu cubit.Habis lemak kat pipi saya ni,”kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum sambil memaut bahu wanita itu.
“Saya rindukan awak,”ucap Dong Joon,lembut.Sa Rang tersenyum.
“Yela tu.Entah-entah masa saya tak ada,awak main mata dengan perempuan lain,”duga Sa Rang.Dong Joon terkejut dengan ‘tuduhan’ Sa Rang itu.Segera dia menoleh ke arah wanita itu.
“Yah…siapa kata saya main mata dengan perempuan lain?Muka handsome macam saya ni…muka setia tau.Ni..dark circle kat bawah mata ni.Bukti saya tak cukup tidur sebab asyik teringatkan awak je,”kata Dong Joon,sambil menunjukkan matanya kepada Sa Rang.Sa Rang tertawa.Perlahan-lahan,dia mencium bibir lelaki itu.Dong Joon terkejut.
“Bisinglah awak ni.Dahlah tadi menyanyi depan orang ramai.Awak ingat sedap sangat ke suara awak tu?Buat malu saya je,”kata Sa Rang.Wajah Dong Joon yang amat dirinduinya itu ditatapnya dengan penuh kasih.
“Tapi,nasib baik muka awak ni handsome macam G.O.Tak jadi saya nak malu,”usik Sa Rang.Dia kemudiannya memeluk tubuh lelaki itu.Erat sekali.”Miane…saya tahu yang saya dah banyak susahkan awak.Miane…saya janji lepas ni,saya takkan buat macam tu lagi,”kata Sa Rang,mengikat satu janji terhadap Dong Joon.Dong Joon tersenyum sambil membalas pelukan wanita itu.”Tapi…macam mana awak tahu yang saya ada kat sini?”soal Sa Rang.Dong Joon menarik nafas panjang.Dia kemudiannya mengukir senyuman manis.
“Su Yeon yang beritahu saya.Dia yang suruh saya cari awak kat sini.Apa yang penting,dia dah ceritakan semuanya kepada saya,”kata Dong Joon.Sa Rang terharu.
“Saya betul-betul minta maaf.Sebab saya sembunyikan perkara ni daripada awak.Saya buat semua tu sebab saya betul-betul sayangkan awak,”kata Sa Rang,mengeratkan lagi pelukannya.
“Saya hanya akan maafkan awak kalau awak buat sesuatu untuk saya,”kata Dong Joon.Sa Rang melepaskan pelukannya.
“Apa dia?”soal Sa Rang,ingin tahu.Dong Joon kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.Mata Sa Rang terbuka luas sambil menutup mulutnya apabila melihat cincin yang ditinggalkannya dahulu masih ada dalam simpanan lelaki itu.Dong Joon melutut di hadapannya.
“Sekiranya selama 27 tahun ni,saya telah hidup untuk diri saya sendiri…jadi untuk masa-masa yang akan datang,saya hanya ingin hidup awak…”kata Dong Joon,sambil memandang ke arahnya.Tangan Sa Rang dicapainya.
“Kim Sa Rang…sudikah awak mengahwini saya?”soal Dong Joon.Perlahan-lahan,Sa Rang menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Sa Rang kemudiannya memegang tangan Dong Joon,meminta lelaki itu berdiri semula di hadapannya.Bibir lelaki itu dikucupnya lembut.Mata Dong Joon yang redup itu ditatapnya.
“Saya sudi…”



3 tahun kemudian…

“Cik Hye Ri…saya dah cuba halang tapi…”Setiausahanya berhenti daripada berkata-kata apabila melihat Hye Ri mengangkat tangannya.Hye Ri memandang kea rah setiausahanya itu.
“Tak apa.Biarkan dia masuk,”kata Hye Ri,memberi kebenaran kepada tetamu yang tidak diundang itu masuk ke dalam pejabatnya.Setiausahanya itu sekadar angguk,mematuhi arahannya.Baru sahaja setiausahanya melangkah keluar dari pejabatnya,sudah ada seseorang yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.Namun,hal itu langsung tidak mengalihkan perhatian Hye Ri daripada menyiapkan kerjanya sehinggalah tetamu itu mengambil tempat di hadapannya.
“Awak nak saya tunggu awak sampai bila ni?Dah nak cair gel rambut saya semata-mata tunggu awak tau,”kata Jong Suk.Hye Ri memandang ke arahnya.
“Oppa…kata sanggup tunggu Hye Ri sampai bila-bila.Takkanlah nak suruh tunggu lagi 10 minit pun,oppa dah tak tahan?Kejaplah…bila Hye Ri dah siapkan kerja ni,Hye Ri turunlah.Sikit je lagi,”kata Hye Ri sambil mengenyitkan matanya.Jong Suk mengeluh.
Hye Ri ah…Hye Ri ingat Hye Ri sorang je ke yang ada kerja?Oppa pun nak kena balik ofis balik ni.Nanti Encik Hwang marah oppa macam mana?”soal Jong Suk.Hye Ri mencebik.
“Ceh,harap muka je handsome tapi takut bos.Apalah oppa ni.Buat malu Hye Ri je,”ejek Hye Ri.Jong Suk mencebik.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah Hye Ri.Hye Ri mulai takut.
“Apa datang dekat-dekat ni?”soal Hye Ri,tidak selesa apabila Jong Suk sudah berada dekat dengannya.Hye Ri mengangkat jari telunjuknya.”Kalau oppa berani buat apa-apa dekat Hye Ri,Hye Ri report dekat Dong Joon oppa,baru tahu,”ugut Hye Ri.Jong Suk tersenyum nakal.
“Tak payah.Habis duit je buat panggilan antarabangsa semata-mata nak report benda remeh ni.Macamlah Dong Joon kisah kalau oppa buat apa-apa dekat Hye Ri,”balas Jong Suk.
“Oppa!”Hye Ri mula menolak tubuh Jong Suk itu.”Nanti orang lain nampaklah,”kata Hye Ri.Bimbang perbuatan mereka diperhatikan oleh orang lain.Jong Suk pula masih dengan senyuman nakalnya.Seronok pula dapat mengusik kekasihnya yang comel molek itu.Dia cuba mendekatkan bibirnya kepada bibir wanita itu.Namun hasratnya gagal apabila terdengar ketukan di pintu pejabat Hye Ri.Jong Suk melepaskan keluhan berat.
“Cik Hye Ri…”
“Yah,Cik Hye Ri tengah rehatlah,”balas Jong Suk,memotong kata-kata setiausaha Hye Ri itu.Hye Ri pula terkejut dengan kata-kata Jong Suk.
“Chuwesuhamnida…”Pantas sahaja setiausaha itu beredar.Jong Suk mengeluh.
“Oppa balik dululah.Hilang selera nak lunch,”kata Jong Suk,mulai merajuk.Namun,langkahnya terhenti apabila tubuhnya dipeluk oleh Hye Ri daripada belakang.
“Oppa merajuk ke?”soal Hye Ri.Jong Suk menahan dirinya daripada tersenyum.Pura-pura merajuk.”Okeylah,kita pergi lunch sekarang…okey?”Hye Ri cuba mengajak Jong Suk.Dia sudah mengambil beg tangannya yang diletaknya di atas meja.
Cupp!
Hye Ri terpana apabila menerima kucupan di pipinya.Pantas ditoleh ke arah Jong Suk yang ketika itu sudah melangkah ke pintu pejabatnya.
“Oppa tunggu kat depan lif.Sila cepatkan langkah anda ya,”kata Jong Suk sebelum beredar.Hye Ri tersenyum sambil menggeleng.Ada-ada sahajalah Jong Suk oppa ni.Hye Ri segera mempercepat langkahnya untuk mengejar Jong Suk yang semakin jauh darinya itu.

New York

Dong Joon sedang sibuk menyemak kerja-kerjanya yang disimpan di dalam komputer ribanya itu.Malam yang kian larut itu langsung tidak disedarinya.Kertas-kertas yang bertimbun di atas meja itu langsung tidak mengganggu tumpuannya.Alah bisa tegal biasa!Memang begitu rupanya meja kerja bagi seorang arkitek sepertinya.Meja hanya kelihatan kemas apabila kerja-kerja lakaran sudah disiapkan.Tumpuannya terganggu apabila terasa tubuhnya dipeluk dari belakang.Bibirnya tersenyum lebar apabila sudah menghidu haruman minyak wangi yang menjadi kesukaannya itu.Tangan yang lembut itu dicapainya sebelum dibawa ke mulutnya lalu dicium tangan itu.
“Banyak kerja lagi ke?”soal Sa Rang sambil melabuhkan punggung di sebelah Dong Joon.Dong Joon tersenyum sambil angguk.Tumpuannya kini dialihkan pula kepada isterinya yang tercinta itu.Sa Rang yang menyedari pandangan Dong Joon itu mulai rasa pelik.
“Kenapa?Kenapa pandang aegi macam tu?”soal Sa Rang.Dong Joon membetulkan cermin matanya.
“Lah…salah ke yeobo nak pandang muka isteri sendiri?”soal Dong Joon pula.Sa Rang tersenyum sendiri.
“Tak adalah.Aegi saja duduk sini…nak temankan yeobo.Yeobo buat jelah kerja tu,”kata Sa Rang sambil mengalihkan muka Dong Joon ke arah kerja-kerjanya yang masih bertimbun itu. Dong Joon tersenyum,geli hati apabila dapat mengusik Sa Rang yang kini menjadi suri hidupnya.Dong Joon kembali menyambung kerja-kerjanya semula.Namun,tidak lama.Dong Joon kemudiannya menutup komputer ribanya sebelum menyusun kertas-kertas yang memenuhi ruang mejanya itu.
“Eh,dah siap?”soal Sa Rang.Dong Joon angguk.
“Yeobo tak seleralah nak sambung buat kerja bila aegi ada kat sini.Malu…”kata Dong Joon,seraya bergurau.Sa Rang tertawa.
“Yeobo mesti dah penat.Nak aegi urutkan ke?”soal Sa Rang,menawarkan urutan istimewanya,khas untuk Dong Joon.Dong Joon angguk sambil membuka cermin matanya.Perlahan-lahan,Sa Rang mula mengurut bahu Dong Joon.Dong Joon berasa tenang sekali apabila bahunya diurut lembut oleh Sa Rang.Terasa hilang segala beban kerja yang dipikulnya selama ini.Dong Joon kemudiannya memegang tangan Sa Rang yang masih lagi mengurut bahunya itu.Sa Rang memandang ke arahnya.Dong Joon mengalihkan tubuhnya menghadap Sa Rang.Dia mengucup tangan isterinya penuh kasih,menggambarkan perasaan cintanya yang begitu mendalam terhadap wanita itu.Wajah Sa Rang itu ditatapnya.
“Gomawo…”ucap Dong Joon.
“Untuk apa?”soal Sa Rang.Senyuman manis yang menghiasi wajahnya itu benar-benar mendamaikan jiwa Dong Joon.
“Sebab aegi sudi untuk berada di sisi yeobo selama ni,”kata Dong Joon.Sa Rang memandang ke arah tangannya yang masih digenggam oleh Dong Joon itu.
“Aegi kan dah janji untuk bersama-sama dengan yeobo sampai bila-bila?Tak kira apa pun terjadi,aegi tetap memilih untuk hidup dengan yeobo.Di hayat akan datang pun,aegi tetap nak hidup dengan yeobo.Mencintai yeobo sepenuh hati,”kata Sa Rang,sebelum mengucup lembut tangan Dong Joon.Perlahan-lahan,Dong Joon mendakap tubuhnya.Rambut Sa Rang yang hitam keperangan itu dibelainya.
“Wanita yang nakal,baik dan cantik…saya cintakan dia…”ucap Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
“Dia pun cintakan awak…”balas Sa Rang.Dong Joon melepaskan pelukannya.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya pada wajah Sa Rang.
“Omma!”
Sa Rang memejamkan matanya.Dong Joon pula melepaskan keluhannya.
“Dia mengigau lagi,”kata Dong Joon.Sa Rang sekadar angguk.
“Dia ikut perangai appanya lah…siapa lagi,”balas Sa Rang.
“Siapa yang mengigau?”Dong Joon tetap tidak mahu mengalah.Sa Rang mencebik.
“Dah terang lagi bersuluh dia ikut perangai awak.Tu pun tak nak mengaku lagi,”kata Sa Rang,sebelum dia bangun dari tempat duduknya untuk menuju ke bilik tidur anaknya.Dong Joon memegang tangannya.Sa Rang menoleh ke arahnya.”Saya nak pergi tidurkan dia baliklah,”kata Sa Rang.Dong Joon menarik tangan Sa Rang lalu diciumnya bibir wanita itu.Dong Joon tersenyum nakal.
“Sebab tu dia handsome macam saya juga kan?”soal Dong Joon.Sa Rang mencebik.
“Habislah kalau dia betul-betul ikut perangai awak,”balas Sa Rang.Kening Dong Joon terangkat sebelah.
“Kenapa pula?”
“Entah dengan muka siapa pulalah yang dia nak samakan nanti.Appanya perasan muka macam G.O,anaknya nanti tak tahulah,”kata Sa Rang.Dong Joon tertawa.
“Anaknya perasan muka macam appanya lah,”balas Dong Joon,sebelum menyambung tawanya.Sa Rang turut tertawa mendengar gurauan suaminya itu.
“Dahlah,saya nak tidurkan dia kejap,”kata Sa Rang,sambil mengatur langkah menuju ke bilik anaknya.Dong Joon angguk.Dong Joon kemudiannya melangkah ke balkoni rumah agamnya.Udara malam yang tenang itu disedutnya.Terasa sejuk seluruh badannya.Dong Joon mengukir senyuman bahagia.Sungguh dia amat bahagia dengan kehidupannya kini.Dong Joon melemparkan pandangannya ke langit.
“Omma…appa…Dong Joon janji…Dong Joon akan jaga keluarga Park…lebih daripada Dong Joon menjaga nyawa Dong Joon sendiri.Dong Joon janji…Dong Joon takkan biarkan peristiwa yang pahit tu berulang lagi.Dong Joon akan cuba memberikan yang terbaik untuk keluarga kita,supaya omma dengan appa bangga dengan apa yang Dong Joon lakukan.Gomawo…sebab dah berikan pengajaran yang terbaik untuk Dong Joon,Jung Min,Hye Ri dan Yun Ho…Semoga omma dengan appa sentiasa menjaga dan memerhati kami dari sana.Semoga omma dengan appa turut bahagia di sana.Kami sentiasa doakan kebahagiaan omma dengan appa…”Doanya dalam hati.Dong Joon amat mengharapkan agar kehidupannya yang bahagia kini akan kekal untuk selama-lamanya…

Another Love Story…

Mika membetulkan sedikit susunan kerusi dan meja di kafe miliknya agar kelihatan kemas.Mika kemudiannya memerhati pekerja-pekerjanya yang sedang melayan pelanggan di kafenya itu.Kerjanya terganggu seketika apabila matanya terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang menari di dalam biliknya.Mika asyik memerhati lelaki itu.Sebaik sahaja lelaki itu menyedari perbuatannya diperhatikan Mika,lelaki itu segera bersembunyi di sebalik dinding biliknya.Mika terkejut.Dia turut bersembunyi di sebalik dinding kafenya.Mika kemudiannya cuba curi-curi pandang ke arah bilik lelaki itu.Mika terkejut apabila lelaki itu menunjukkan kertas bertulis ‘Who?’ tanpa menunjukkan wajahnya.Mika kembali bersembunyi di sebalik dinding.Dia buntu seketika.Pekerja-pekerjanya pula sekadar memerhati kelakuannya.Mika kembali melihat ke arah bilik lelaki itu.Kali ini,lelaki itu menunjukkan pula kertas yang tertulis ‘Hello’.Mika kemudiannya menunjukkan kertas yang tertulis ‘Hi’ sebagai membalas sapaan lelaki itu.Mika memberanikan diri melihat ke arah lelaki tersebut.Kali ini,lelaki itu sudah berdiri di hadapan tingkap biliknya sambil mengukir senyuman manis.Lelaki itu masih memegang kertas yang tertulis ‘Hi’ sambil melambai mesra ke arahnya.Mika tersenyum malu sambil membalas lambaian lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya menuliskan sesuatu di atas kertas.Mika sekadar memerhati.
‘Nick!’
Itulah yang ditulis oleh lelaki itu.Mika tersenyum.Mika kemudiannya menunjukkan kertas yang tertulis ‘akiM’ kepada lelaki yang bernama Nick itu.Nick tertawa sambil menunjukkan isyarat bahawa kertas yang dipegang oleh Mika itu terbalik.Mika segera membetulkannya.
‘Mika’
Nick menunjukkan isyarat bagus kepada Mika.Mika sekadar tersenyum.Sedikit malu dengan kelakuannya tadi.
‘Date?’
Soal Nick di dalam kertasnya.
‘Now?’
Soal Mika kembali.Nick angguk.Mika kemudiannya tersenyum.
‘Ok!’
Kedua-dua mereka mengukir senyuman gembira.
Bermulalah kisah cinta baru yang pastinya akan membawa pengakhiran yang indah!


-THE END-

 Park Dong Joon
Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Park Hye Ri
 Kim Min Jung
 Park Jung Min
Mika


No comments:

Post a Comment