28 June, 2011

Don't Love Me Part 2

Ji Yeon leka berbual melalui telefon bimbitnya sambil memandu kereta mewahnya yang dihadiahkan oleh bapanya sempena hari jadinya yang ke-21 tahun baru-baru ini.Sejuta kali lebih baik daripada hadiah yang dihadiahkan oleh tunangnya itu.Apabila mengenangkan kembali peristiwa malam itu,terasa mahu membakar sahaja lelaki bernama Lee Dong Hae itu.Tengoklah,suatu hari nanti pasti perbuatannya yang terkutuk itu akan mendapat pembalasannya!
Perbualannya terhenti apabila Ji Yeon menyedari keretanya itu hampir sahaja melanggar sebuah motosikal hitam yang dipandu oleh seorang lelaki.Namun,Ji Yeon terlambat.Keretanya berlanggar juga dengan motosikal itu.Mujur sahaja pelanggarannya tidak terlalu kuat memandangkan Ji Yeon sempat memperlahankan keretanya walaupun terlambat.Ji Yeon segera keluar dari keretanya lalu menuju ke arah penunggang motosikal yang terjatuh itu.
“Encik,encik tak apa-apa?Maafkan saya.Encik ada sakit kat mana-mana ke?”Soal Ji Yeon,panik.Dia segera membantu lelaki itu bangun dari atas jalan raya.”Biar saya bawa encik ke hospital,okey?”Lelaki yang masih memakai topi keledar itu tidak menjawab.Sebaliknya dia mengerang kesakitan.Tanpa mendapatkan jawapan daripada lelaki itu,pantas sahaja Ji Yeon memimpin lelaki itu masuk ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital.
“Encik bertahan ya.Biar saya bawakan encik ke hospital,”kata Ji Yeon,sambil memandu laju keretanya menuju ke hospital.Lelaki itu memegang lengannya yang sakit itu sambil menjeling ke arah Ji Yeon di sebalik topi keledarnya yang berwarna hitam itu.

Ji Yeon segera melangkah menuju ke arah doktor sebaik sahaja melihat doktor itu melangkah keluar dari bilik rawatan yang menempatkan lelaki yang dilanggarnya tadi.
“Doktor,macam mana dengan keadaan dia?Dia baik-baik saja kan?”Ji Yeon mulai risau.Bukan sahaja risau mengenai keselamatan lelaki itu,malah turut risaukan nasib dirinya.Bagaimana jika lelaki itu enggan memaafkan dirinya,bahkan akan membawa hal itu ke muka pengadilan?Ji Yeon berasa seram memikirkan hal itu.Doktor itu tersenyum manis.
“Cik jangan risau.Luka dia tak parah sangat.Dia hanya perlu berehat saja sebelum luka di lengannya betul-betul sembuh,”kata doktor itu.Ji Yeon melepaskan nafas lega.Mujurlah lelaki itu tidak apa-apa.
“Terima kasih,doktor,”ucapnya sambil menundukkan sedikit badannya.Doktor itu membalasnya dengan senyuman sebelum meminta izin untuk beredar.Ji Yeon teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan lelaki yang dilanggarnya sebentar tadi.Perlahan-lahan,dia membuka pintu bilik tersebut.Kelihatan seorang jururawat masih membantu lelaki itu membetulkan balutan di tangannya.
“Terima kasih,”ucap lelaki itu sambil tersenyum ke arah jururawat yang sudah selesaikan tugasnya itu.Jururawat itu sekadar tersenyum dan kemudiannya beredar dari bilik itu.Tinggallah Ji Yeon dan lelaki itu berdua di dalam bilik rawatan itu.
“Em,saya nak minta maaf.Salah saya sebab tak berhati-hati memandu tadi,”ucap Ji Yeon,sambil menundukkan badannya.Jantungnya berdegup kencang apabila terdengar bunyi kerusi bergerak.Lagaknya seperti lelaki itu sedang menuju ke arahnya.Ji Yeon menutup matanya.Pasti lelaki itu ingin memarahinya.Habislah kau,Ji Yeon!
“Chuwesuhamnida…”Ji Yeon mengucapnya berulang kali.
“Dah…dah…sampai bila nak tunduk macam tu?Awak nak tunggu sampai leher awak tu terkehel pula ke?”Lelaki itu mulai bersuara.Perlahan-lahan,Ji Yeon memandang ke arah lelaki itu.Kelihatan lelaki itu sedang melihat lengannya yang berbalut itu.
“Habis berparut lengan saya ni.Penat saya jaga siang malam,”ngomel lelaki itu.
“Sekali lagi,saya minta maaf.Saya boleh buat apa saja untuk tebus balik kesalahan saya.Kalau encik nak ganti rugi,saya boleh bayar berapa je,”kata Ji Yeon,bersungguh-sungguh.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran bunyi ketukan di pintu.Serta-merta mereka menoleh ke arah pintu itu.Hati Ji Yeon terpana saat melihat wajah seorang lelaki yang muncul di muka pintu itu.Wajahnya kelihatan matang sekali.Jika dilihat dari wajahnya itu,pasti umurnya dalam linkungan lewat 20-an.
“Hyung!”Ji Yeon terkejut apabila mendengar panggilan terhadap lelaki yang baru tiba itu.
“Kau okey ke,Sung Jae?”Soal lelaki itu sambil memegang lengan Sung Jae yang berbalut itu.Namun,keprihatinan lelaki itu hanyalah sementara.Sebaik sahaja melihat Sung Jae angguk,menandakan dia dalam keadaan baik sahaja,pantas sahaja lelaki itu menepuk kepala Sung Jae.Sung Jae mengaduh kesakitan.Ji Yeon yang melihat drama itu terkejut apabila lelaki yang baru tiba itu dengan mudah sahaja menepuk kepala Sung Jae.
“Hyung?Sakitlah!Kenapa tiba-tiba ketuk kepala orang ni?Tak nampak ke orang tengah sakit ni?”Seung Jae mengusap kepalanya yang kesakitan itu.
“Mana pergi motor aku?”Soal lelaki itu.
“Kat tempat orang jatuh tadilah.Takkan nak angkut sekali bawa ke hospital kot,”balas Sung Jae dengan selamba.
“Ada aku bagi kau bawa motor aku ke?”Soal lelaki itu lagi.Sung Jae menutup matanya apabila melihat lelaki itu berura-ura mahu menumbuknya.
“Maafkan saya,saya yang bersalah dalam hal ni.”Tiba-tiba sahaja,Ji Yeon mencelah.Lelaki itu serta Sung Jae menoleh ke arahnya.
“Hah,ni memang salah dia,hyung.Kalau bukan sebab dia bawa kereta tak betul,mesti Sung Jae dengan motor tak ada apa-apa,”kata Sung Jae,berusaha membela dirinya.
“Aku lagi rela kau yang accident daripada motor aku tu.Ganti balik motor aku tu!”Lelaki itu mulai menarik kolar baju Sung Jae.
“Hyung!”
“Encik,biar saya yang tolong uruskan.Lagipun,ni memang salah saya.Biar saya yang tolong uruskan semua masalah ni.Encik Sung Jae pun sakit.Dia bukannya minta semua ni terjadi,”kata Ji Yeon.Laju sahaja Sung Jae mengangguk.Sung Jae berhenti mengangguk apabila menyedari lelaki itu menjeling ke arahnya.
“Baik.”Akhirnya lelaki itu bersetuju menerima tawaran Ji Yeon itu.
“Luka saya ni macam ma…”Segera Sung Jae menutup mulutnya apabila melihat jelingan maut lelaki itu.Ji Yeon pula tersenyum manis.Geli hati melihat kelakuan dua orang lelaki yang baru dijumpainya itu.

Ji Yeon termenung sambil tersengih-sengih.Peristiwa siang tadi masih jelas dalam ingatannya,seolah-olah sedang diputarkan di layar putih.Kelakuannya itu dipandang aneh oleh rakannya,Eun Joo.
“Ni apasal tersengih sorang-sorang ni?Teringatkan Dong Hae ke?”Soal Eun Joo,bernada usikan.Ji Yeon menjeling ke arahnya.”Ops!Aku silap cakap ke?”Sekali lagi,Eun Joo mengusiknya.
“Tak ada maknanya aku nak teringatkan si cicak tu.Buat penuh memory card otak aku je,”balas Ji Yeon sambil membetulkan posisi duduknya.Eun Joo sekadar tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Kau jangan benci sangat kat Dong Hae tu.Dia tu bukannya tak handsome.Badan dia…ada kelas lagi,”puji Eun Joo.Ji Yeon mencebik.
“Amboi,sampai ke badan kau tau?Maju sungguh kau,”peril Ji Yeon.Eun Joo tersengih bagaikan kerang busuk.
“Aku agak je.Teringin juga aku nak ada boyfriend yang perfect macam tu,”kata Eun Joo.Ji Yeon mendengus kasar.
“Eloklah.Nanti kau pun dapat bangkai cicak masa hari jadi kau,”balas Ji Yeon.Eun Joo tertawa.
“Babe,janganlah marah lagi.Dia saja nak bergurau dengan kaulah.Kira baiklah dia bagi bangkai cicak.Kalau dia bagi kepala orang?”Soal Eun Joo.
“Boleh tak cakap pasal benda lain?Boringlah nak cakap pasal muscle idiot tu.Aku ada benda yang lebih baik untuk diceritakan,”kata Ji Yeon.Eun Joo kelihatannya berminat.
“Apa dia?”
“Hari ni aku jumpa seorang namja yang gila punya hot.Aku rasa…aku dah jatuh cinta kat dia,”kata Ji Yeon,berterus terang.Dahi Eun Joo berkerut.
“Serius?Ni dah kes cinta pandang pertama ni,”kata Eun Joo.Ji Yeon angguk.
“Aku pun rasa macam tu.Aku rasa aku jatuh cinta pandang pertama,”balas Ji Yeon.
‘Siapa nama dia?”Soal Eun Joo,ingin tahu.Ji Yeon tersenyum malu.
“Jangankan nama,nombor telefon pun aku dah tahu,”kata Ji Yeon.Mata Eun Joo terbuka luas.
“No way…”
“Ya…aku ada nombor telefon dia,”kata Ji Yeon,bangga.
“Tapi…macam mana?”
“Em,aku rasa malas nak cerita kat kau.Lain kali jela aku bagitahu kau.Dahlah,aku dah penat sangat ni and aku nak masuk tidur.Good night,”ucap Ji Yeon,sebelum beransur ke biliknya,membiarkan Eun Joo dalam terpinga-pinga.Ji Yeon tersenyum sendiri.
“Selamat malam,Ji Hoon oppa,”ucapnya dalam hati.Mengharapkan Ji Hoon hadir dalam mimpi-mimpi indahnya.

 Rain as Jung Ji Hoon
 Ji Yeon T-ARA as Song Ji Yeon
 Jang Woo Young 2PM as Park Sung Jae
Lizzy After School as Kang Eun Joo

No comments:

Post a Comment