26 June, 2011

...Chapter 47...

Sinaran matahari pagi yang tenang itu menyilaukan matanya.Dong Joon menggosok-gosok matanya.Dia memandang siling yang kelihatan berbeza daripada biasa itu.Dong Joon bangun dari pembaringannya.Dia kemudiannya memegang kepalanya yang masih berdenyut itu.Dong Joon langsung tidak mengingati peristiwa semalam.Dia memandang keadaan bilik yang kelihatan berbeza itu.Bagaimana pula dia berada di sini pun dia tidak pasti.Dong Joon melihat jam tangannya.
“Argh,rasa malas nak kerja,”ngomelnya.Dong Joon menoleh ke pintu apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu itu.
“Selamat pagi,Dong Joon oppa,”ucap Su Yeon,mesra apabila melihat Dong Joon yang sudah bangun dari tidurnya itu.Dong Joon terkejut.Su Yeon mengukir senyuman manis lalu melangkah mendekati Dong Joon yang masih dalam keadaan terpinga-pinga itu.Dia meletakkan tuala dan pakaian dia atas meja.
“Oppa mabuk sangat semalam.Sebab tu Su Yeon bawakan oppa balik ke rumah Su Yeon dulu,”kata Su Yeon,tanpa menunggu disoal oleh Dong Joon.Melihat mukanya sahaja pun dia sudah tahu soalan-soalan yang bermain di benak fikiran lelaki itu.Dong Joon masih duduk di situ.”Oppa mandilah dulu.Nanti dah siap,oppa turun bawah,okey?Su Yeon dah buatkan teh panas untuk oppa,”kata Su Yeon,lagaknya tak ubah seperti seorang isteri atau surirumah sepenuh masa.Dong Joon pula tidak membalas walau sepatah pun.
Su Yeon mengukir senyuman manis apabila melihat kelibat Dong Joon yang sedang melangkah menuruni tangga itu.
“Oppa,marilah sini.Kita minum dulu,”pelawa Su Yeon.Senyumannya mengendur apabila melihat Dong Joon yang masih dalam keadaan seperti tadi.Bajunya langsung tidak bertukar.Cuma wajahnya sahaja yang kelihatan sedikit segar daripada sebelumnya.Su Yeon cuba mendekati Dong Joon apabila lelaki itu menuju laju ke pintu rumahnya.”Oppa nak pergi mana?”soalnya.Dong Joon menoleh ke arahnya.
“Maaf sebab susahkan awak.Dan,terima kasih sebab tumpangkan saya tidur di rumah awak.Saya balik dulu,”kata Dong Joon.Su Yeon memegang tangannya.
“Oppa minumlah dulu.Kepala oppa mesti rasa sakit lagi kan?”pujuk Su Yeon.Dong Joon melepaskan tangannya dengan lembut.
“Miane.Saya…nak balik,”kata Dong Joon,berkeras untuk pulang ke rumahnya.Su Yeon terpaksa akur.
“Arasso.Hati-hati,”kata Su Yeon,berusaha menyembunyikan hampanya.Sebaik sahaja Dong Joon sudah jauh dari pandangannya,Su Yeon mengukir senyuman nipis.”Sabar Su Yeon…kau tak boleh terburu-buru.Jangan risau,Dong Joon oppa pasti kembali ke pangkuan kau juga,”bisik hatinya.
Hye Ri segera berlari ke arah abangnya apabila melihat kelibat lelaki itu yang sedang menuju ke rumahnya dalam keadaan kusut sekali.Lagaknya seperti sedang menderita,menahan beban yang terlalu berat di atas bahunya.
“Oppa,oppa pergi mana semalam?Hye Ri call,oppa tak angkat telefon pun.Oppa okey tak ni?”soal Hye Ri bimbang.Tangannya diletakkan di atas dahi lelaki itu.Perlahan-lahan,Dong Joon melepaskan tangan adiknya.
“Kenapa Hye Ri ada kat sini?Tak pergi kolej ke?”soal Dong Joon pula,tidak langsung menjawab pertanyaan adiknya sebentar tadi.
Hye Ri risaukan oppa.Sebab tu Hye Ri terus datang sini,”kata Hye Ri,jujur.Dong Joon tersenyum nipis.
“Oppa okey.Hye Ri baliklah dulu.Sempat lagi nak pergi kolej ni,”kata Dong Joon,sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Hye Ri buatkan breakfast untuk oppa,okey?”Hye Ri cuba menawarkan bantuan kepada Dong Joon.”Lepas Hye Rid ah buatkan breakfast,baru Hye Ri balik,”pujuk Hye Ri lagi.
“Okey,”Dong Joon akhirnya mengalah.

Hye Ri menghidangkan sarapan di atas meja sambil memerhati ke arah Dong Joon yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja itu.Sikap abangnya yang berubah pendiam itu benar-benar membimbangkannya.Hye Ri mengeluh berat.Dia sendiri tidak faham danglah yang sentiasa dengan tindakan Sa Rang yang tiba-tiba meninggalkan abangnya itu.Padahal Sa Ranglah yang sentiasa menemani abangnya saat abangnya berada dalam keadaan yang bena-benar tersepit.Hal itu menunjukkan Sa Rang amat mencintai abangnya.Mencintai diri abangnya bukan kerana harta mahupun kedudukan.Tetapi jika dibandingkan isi yang terkandung di dalam surat yang ditinggalkan oleh Sa Rang itu,perkara itu menunjukkan perkara sebaliknya.Sa Rang sebenarnya lebih selesa berada di samping Dong Joon sewaktu Dong Joon masih bergelar pewaris Syarikat Park yang sememangnya terkenal dengan kehebatan mereka dalam seni bina bangunan pencakar langit di Korea Selatan itu.Hye Ri yakin,pasti ada sebab yang membuatkan Sa Rang bertindak sebegitu rupa.Mustahil Sa Rang mudah berubah hati terhadap abangnya.
“Ni kenapa termenung pula ni?”Soalan Dong Joon itu benar-benar mengejutkannya.
“Hah?”Hye Ri terpinga-pinga.Dong Joon tersenyum.
“Beranganlah tu.Dah,jom makan sekali.Nanti oppa hantarkan Hye Ri pergi kolej sebelum oppa pergi kerja,”kata Dong Joon.Hye Ri sekadar angguk.Mereka menikmati sarapan itu tanpa mengucap sebarang kata.Seolah-olah terlalu banyak perkara yang sedang berlegar-legar di dalam fikiran mereka ketika itu.
“Oppa,”tegur Hye Ri.Dong Joon mendongak.”Kalau lepas ni,oppa ada apa-apa masalah,oppa cakap je dekat Hye Ri.Mesti Hye Ri boleh tolong,”kata Hye Ri,ikhlas.Dong Joon tersenyum nipis sambil angguk.
“Gomawo,”ucap Dong Joon.
Sudah hampir enam bulan,Dong Joon tidak berjumpa dengan kekasih hatinya yang membawa diri itu.Bukan dia tidak pernah berusaha untuk mencari Sa Rang,namun kesibukan kerjanya menghalang niatnya itu apatah lagi dia sendiri tidak tahu ke mana Sa Rang membawa diri.Hye Ri pula sering cuba menghubungi kawan-kawannya yang berada di luar negara untuk membantu mencari Sa Rang termasuk abangnya yang seorang lagi,Jung Min.Berita kehilangan Sa Rang benar-benar memeranjatkan Jung Min.Su Yeon pula sering mengambil kesempatan untuk sentiasa dekat dengan Dong Joon walaupun lelaki itu berulang kali menjauhkan diri daripadanya.Dong Joon kini menetap di Jeju-do untuk sementara waktu memandangkan sedang sibuk menyiapkan projek di situ.Kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya amat diperlukan oleh Encik Hwang dalam pembangunan di Jeju-do itu.Walaupun Encik Hwang mengetahui mengenai sejarah yang terjadi antara keluarga Park dan keluarga Lee itu,Encik Hwang tetap tidak merahsiakan mengenai kerjasama yang terjalin antara Syarikat Han dengan Syarikat Park yang kini sedang diuruskan oleh Lee Jong Suk,anak lelaki kepada Encik Lee yang telah menjatuhkan kedudukan keluarga Park.Dia yakin Dong Joon bersikap professional dan tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja.
Dong Joon sibuk melihat pelan bangunan yang dilakarnya sambil melihat kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan di hadapannya itu.
“Perlu ke kita membaiki lakaran di beberapa sudut dekat ruang utama ni?”Tiba-tiba sahaja Jong Suk menyoal kepadanya apabila lelaki itu sudah menghampiri ke arahnya tanpa disedari
“Saya rasa tak perlu nak ubah.Lagipun,kerja-kerja pembinaan untuk ruang utama ni dah dimulakan walaupun baru 10 peratus,”jawab Dong Joon,berlagak professional.Jong Suk tersenyum.Dia tahu jawapan itu akan terpacul di mulut lelaki itu.Sengaja dia mahu berbual dengan lelaki yang pernah menjadi kawan baiknya itu.Dia yakin hanya melalui projek ini sahajalah peluang baginya untuk mendapatkan semula kepercayaan lelaki itu.Jong Suk cuba berfikir untuk mencari idea supaya dia dapat berbual dengan lelaki itu.Dia yakin andai urusan peribadi dibangkitkan,pasti Dong Joon akan beredar dari situ.
“Boleh saya tengok pelan tu lagi sekali?”soal Jong Suk,berpura-pura mahu memeriksa semula pelan yang ada di tangan Dong Joon itu.Dong Joon tidak membantah.Pelan bangunan itu berubah tangan.Jong Suk melihat pelan itu.
“Saya yakin yang awak mesti puas hati dapat berkhidmat dengan Syarikat Han.Peluang awak untuk menjadi arkitek yang kaya dengan pengalaman dan kepakaran pasti cerah.Tengoklah sekarang.Awak dapat melibatkan diri dalam projek besar ni.Pasti ramai orang akan puji hasil kerja awak ni,”puji Jong Suk,ikhlas.Dong Joon tidak membalas.Dia sekadar memerhati kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan itu.
“Dong Joon,aku…teringin nak berbual dengan kau.Kalau lepas ni,kita lunch sama-sama nak?”Jong Suk cuba memancing minat Dong Joon.Gaya percakapannya yang bertukar tidak formal.Sungguh dia teringin untuk berbual dengan Dong Joon setelah sekian lama berlagak seperti orang lain.Niat Jong Suk ingin terus berbual dengan Dong Joon terbantut apabila telefon bimbit lelaki itu berdering.
“Baik,saya akan ke sana sekarang,”kata Dong Joon sebelum mematikan panggilan.”Maafkan saya.Saya harus pergi sekarang,”kata Dong Joon sambil menghulurkan tangannya,meminta pelan itu semula daripada Jong Suk akur.Nampaknya ego Dong Joon bukan mudah untuk diruntuhkan.Langkah Dong Joon terhenti seketika.Dia menoleh ke arah Jong Suk.
“Saya tak tahu apa tujuan awak dan adik perempuan awak untuk cuba rapat dengan saya.Tapi,tolong ingatkan adik awak.Saya tak pernah mengharapkan langsung kehadiran dia dalam hidup saya.Saya tak perlukan dia.Jadi,dia tak perlu nak cuba rapat dengan saya atau cuba nak memenangi hati saya dengan lakonan dia yang berpura-pura baik tu,Saya harap awak boleh tolong kawal adik awak tu,”kata Dong Joon sebelum beredar.Jong Suk tergamam.Su Yeon cuba mendekati Dong Joon?Untuk apa?
Dong Joon tergamam apabila melihat Encik Hwang sedang berbual dengan Encik Lee sambil ditemani oleh Su Yeon.Encik Lee mengukir senyuman sinis apabila melihat Dong Joon sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada.Su Yeon pula tersenyum manis ke arah Dong Joon.
“Ah,Dong Joon.Mari sini,”arah Encik Hwang.Dong Joon akur.
“Apa khabar,Dong Joon?”soal Encik Lee,berpura-pura ramah.Dong Joon membalas huluran tangan Encik Lee sambil angguk.Encik Hwang amat memahami sikap dingin yang ditunjukkan oleh Dong Joon itu.Cuma dia amat mengharapkan Dong Joon dapat memberi kerjasama dengan baik demi kebaikan projek mega yang sedang dijalankan ini juga.
“Em,begini Dong Joon.Hari ini saya dan Encik Lee nak adakan perbincangan ringkas mengenai projek ni.Jadi,disebabkan Min Woo tak dapat nak ikut sekali perbincangan ni…saya harap awak boleh ikut sekali.Sebab awak dan Min Woo yang lebih pakar dan tahu pasal projek sekarang ni.Kita akan makan tengahari sama-sama,”kata Encik Hwang.Su Yeon pula sudah lama tersenyum riang.Dong Joon pasti tidak dapat untuk menolak permintaan Encik Hwang memandangkan Encik Hwang merupakan pihak atasan bagi Syarikat Han.
“Arasso,”Dong Joon terpaksa akur.Su Yeon tersenyum kemenangan.
“Baguslah kalau macam tu.Baiklah Encik Lee.Kita jumpa lepas ni.Saya ada hal sekejap,”kata Encik Hwang,meminta diri untuk beredar.Tinggallah Dong Joon bersama-sama dengan Encik Lee dan Su Yeon.Dong Joon juga ingin beredar dari situ namun dihalang oleh Encik Lee.
“Kau nampak makin tenang sekarang.Aku bangga dengan ketabahan kau,”kata Encik Lee.Dong Joon tidak membalas.”Kau sepatutnya berterima kasih dengan Jong Suk,Dong Joon.Dia dah menguruskan Syarikat Park dengan baik sekali.Kalau kau nak tahu Syarikat Park sekarang ni dah dapat banyak projek baru,”katanya lagi,membangga diri.Su Yeon mulai berasa tidak selesa dengan keadaan di situ.Encik Lee seolah-olah sengaja mahu mencetuskan kemarahan dalam hati Dong Joon.
“Appa…”Su Yeon memegang tangan ayahnya.
“Kau dah tak berupaya nak lawan aku,Dong Joon.Kau sekarang ni hanya kuli orang.Bukan lagi anak presiden Syarikat Park.Jadi.lupakan hasrat kau nak dapatkan balik Syarikat Park,Kau dah hilang kuasa.Dah tak ada apa-apa,”kata Encik Lee,sinis nadanya.Dong Joon menoleh ke arahnya.
“Ambillah.Kalau ini jalan yang terbaik untuk awak tak ganggu lagi kehidupan keluarga saya,saya terima.Lagipun,saya bersyukur dengan apa yang saya dah ada sekarang ni.Kalau kesederhanaan lebih banyak membahagiakan saya dan keluarga saya daripada kekayaan,saya lebih memilih kesederhanaan.Cuma saya harap,awak dan keluarga awak bahagia dan rasa puas dengan apa yang awak semua miliki sekarang.Jangan cuba-cuba nak merampas hak orang lain lagi.Hidup ni umpama roda.Mungkin sekarang awak berada di atas.Tapi awak tak tahu esok awak berada di mana.Jangan nanti,awak melutut di depan saya pula,”balas Dong Joon,menyindir tajam ke arah Encik Lee.Encik Lee menahan geram.Dong Joon kemudiannya menjeling ke arah Su Yeon.
“Lupakan saja niat awak tu,Su Yeon.Saya tak sebodoh yang awak sangkakan.Cinta saya tetap untuk Sa Rang tidak kira apa pun terjadi,”katanya sebelum beredar.Su Yeon menggenggam tangannya.
Jung Min memeriksa jadualnya sambil mendengar iPOD di telinganya.14 Februari adalah hari yang amat sibuk baginya,Dia perlu mengadakan konsert sempena Hari Kekasih ketika itu.Lagi-lagi pula tiket konsert sudah mula dijual.Perlahan-lahan,Jung Min mengeluh kecil.
“Kenapalah aku kena buat konsert hari tu juga?Aku pun nak berkasih-kasih juga,”ngomelnya.Pengurusnya yang sedang duduk di sebelahnya sekadar tersenyum nipis.
“Sudah-sudahlah tu,Jung Min.Awek pun tak ada…ada hati nak sambut Hari Kekasih.Baik kau ikut je jadual tu.Lagipun,tiket dah habis dijual,”kata pengurusnya.Jung Min terkejut.
“Dah habis?Bukan baru jual semalam ke?”soal Jung Min,tidak percaya.
“15 minit je tiket dah habis dijual,”kata pengurusnya dengan senang hati.Jung Min mulai mengukir senyuman manis.Tidak sangka dia telah mempunyai penyokong yang begitu ramai di Jepun dalam masa yang singkat sahaja.Jung Min kemudiannya menoleh ke arah luar.Tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada kelibat seseorang yang amat dikenalinya.
“Hyung!Berhentikan kereta sekejap!”Jung Min segera mahu keluar dari situ.Pemandu yang terkejut dengan jeritan Jung Min itu segera memberhentikan keretanya.Tanpa berlengah lagi,Jung Min segera keluar dari kereta itu walaupun dihalang oleh pengurusnya.Sebaik sahaja Jung Min keluar dari kereta tersebut,peminat-peminat wanita yang mengenalinya itu segera berkerumun ke arahnya.Jung Min berusaha melepaskan diri daripada kesesakan itu.Dia ingin segera mengejar kelibat itu.
“Noona!Noona!”jerit Jung Min.Namun,Sa Rang tidak menyedari panggilannya.”Noona!”jeritnya lagi.Pengurus Jung segera menarik tangannya masuk ke dalam kereta semula.
“Apa kau buat ni?”soal Pengurus Jung,berang dengan sikap Jung Min yang tidak berhati-hati itu.
“Aku nampak Sa Rang Noona.Sa Rang Noona ada kat sini,”kata Jung Min.Pengurus Jung yang sememangnya mengetahui masalah yang dihadapi oleh abang Jung Min itu sekadar mengeluh berat.
“Kau nak buat skandal baru ke?Ingat sikit,kau masih baru kat Jepun ni.Mereka belum-belum kenal kau lagi,”kata Pengurus Jung,cuba mengingatkan Jung Min.
“Tapi,dia bukan awek aku.Dia awek hyung aku.Hyung aku tak tahu pun yang noona ada kat sini,”balas Jung Min.
“Masalahnya orang lain tahu ke dia tu awek hyung kau?Peminat-peminat kau boleh salah faham nanti,”balas Pengurus Jung.Jung Min melepaskan keluhan berat.Bukan senang untuk mencari Sa Rang di bandar besar ini.”Kita boleh cuba cari lain kali.Tapi,bukan sekarang,arasso?”soal Pengurus Jung.Jung Min terpaksa angguk.Namun,sebenarnya dia sudah merangka cadangannya sendiri.
Jung Min memakai sweater tebal beserta penutup kepala berwarna hitam.Dia perlu berpakaian yang dapat menyembunyikan identitinya sebagai Nick daripada pengetahuan orang ramai.Jung Min menoleh ke arah Pengurus Jung yang sedang lena tidur itu.Perlahan-lahan,dia mengambil kunci kereta yang berada di atas meja.Jung Min melangkah perlahan-lahan agar tidak disedari oleh pengurusnya itu.
Jung Min tersenyum lebar sambil memandu keretanya.Hatinya betul-betul puas kerana dapat juga melepaskan diri daripada ‘cengkaman’ pengurusnya yang sangat terkenal dengan ketegasannya itu.Mujur agensinya ada menyewa sebuah lagi kereta yang lebih kecil saiznya.Entah apa tujuannya pun Jung Min kurang pasti.Dia lebih kerap menaiki kereta Alphard putih sekiranya ada aktiviti di luar.Dia ingin mencari Sa Rang yang ditemuinya siang tadi.Amat tidak mustahil untuk mencari Sa Rang ketika waktu malam walaupun peratus kejayaannya mungkin tipis.Hal ini kerana,suasana malam di Tokyo itu tidak ubah seperti waktu siang.Sentiasa meriah dengan kehadiran orang ramai yang masih belum penat berhibur mahupun yang baru pulang dari bekerja.Setelah puas berpusing,Jung Min akhirnya memberhentikan keretanya di Menara Tokyo.Terasa ingin menikmati suasana malam di menara itu pula.Jung Min tidak lupa untuk memakai cermin mata untuk mengelakkan dirinya daripada dikenali ramai.Perlahan-lahan,Jung Min keluar dari keretanya lalu menuju ke suatu sudut yang amat selesa untuk menjadi tempat rehatnya.Jung Min menarik nafas panjang.
“Agak-agak kat mana aku boleh jumpa noona?”fikirnya.Dia sendiri hairan bagaimana Sa Rang boleh terfikir untuk menjauhkan diri daripada abangnya sedangkan mereka saling mencintai.Pasti ada sesuatu yang menjadi sebab atas tindakan Sa Rang itu.Cuma dia amat mengharapkan agar tindakan Sa Rang itu tidak ada kaitan langsung dengan keluarga Lee terutamanya Su Yeon.Abangnya pula kenapa tidak ada usaha langsung untuk mencari Sa Rang?Jung Min faham akan kesibukan Dong Joon itu.Tetapi,dia bukannya tidak tahu mengenai perasaan abangnya terhadap wanita itu.Abangnya sangat menyanyangi Sa Rang sehingga mengalami perubahan besar yang dia sendiri tidak jangka.Entahlah,Jung Min sendiri pening.Apa yang pasti,dia yakin Sa Rang berada di sekitar Tokyo.Dia perlu mendapatkan penjelasan daripada wanita itu.Jung Min mahu beredar dari situ.Dia mahu berjalan-jalan pula.Sebaik sahaja dia mulai melangkah dari situ,bahunya dilanggar oleh seseorang yang kelihatannya seperti dalam tergesa-gesa.
“Sumimasen,”ucap wanita itu.Jung Min memandang wanita itu.Matanya terbuka luas apabila mendapati wanita yang melanggarnya itu adalah Kim Sa Rang!
“Noona!”
Sa Rang juga terkejut dengan pertemuan yang tidak terjangka itu.





No comments:

Post a Comment