26 June, 2011

...Chapter 48...


Jung Min sekadar memerhati Sa Rang yang asyik menundukkan wajahnya sejak dari tadi.Entah apa yang difikirkannya pun Jung Min tidak pasti.Mujur dia dapat menahan wanita itu daripada terus menjauhkan diri darinya.Kalau tak,entah bila dia boleh menjumpai wanita itu pun dia tidak tahu.
“Macam mana noona boleh ada kat sini?”soal Jung Min,berterus-terang.Sa Rang melemparkan pandangannya ke arah pemandangan malam yang damai itu.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.Jung Min sekadar memerhati Sa Rang.Dia yakin Sa Rang pasti tidak bahagia berada di sini memandangkan tubuhnya yang kelihatan sedikit susut daripada sebelumnya.
“Jung Min tahu noona mesti tak nak beritahu dekat Jung Min.Tapi Jung Min yakin noona buat semua ni sebab terpaksa kan?Noona mesti ada sebab untuk tinggalkan hyung,”duga Jung Min.
“Apa Jung Min cakap ni?Noona buat semua ni sebab ini memang kehendak noona sendiri.Noona memang nak sambung belajar kat sini,”balas Sa Rang.
“Sampai sorokkan perkara ni dari hyung?Noona,Jung Min betul-betul tak faham dengan tindakan noona ni,”kata Jung Min.Seboleh-bolehnya dia mahu memaksa Sa Rang memberitahunya perkara sebenar walaupun wanita itu mungkin berasa tidak selesa dengannya ketika ini.Sa Rang tidak membalas.Mana mungkin dia mahu memberitahu perkara sebenar kepada Jung Min.Bimbang tersilap langkah,nyawa Dong Joon pasti terancam.
“Semua ni ada kena mengena dengan Su Yeon ke,noona?”soal Jung Min.Sa Rang sedikit tersentak dengan tekaan Jung Min itu.Namun,dia segera berlagak biasa,seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.
“Dong Joon macam mana sekarang?Dia sihat?”soal Sa Rang,segera menukar topic perbualan walaupun tidak jauh dari topic perbualan mereka yang asal.Jung Min mengeluh.Perlahan-lahan angguk.
“Hye Ri cakap yang hyung sihat tapi dia sendiri kurang pasti sebab hyung ada kat Jeju-do sekarang.Nak contact dengan hyung pun susah.Mungkin hyung busy kot,”balas Jung Min.Sa Rang tersenyum nipis.Baguslah kalau Dong Joon masih sihat seperti dulu.Itu bermakna,Su Yeon menepati janjinya.
“Noona,”panggil Jung Min.Sa Rang menoleh ke arahnya.”Kalau noona tak nak beritahu perkara sebenar pun,Jung Min percaya noona buat semua ni sebab noona sayangkan hyung.Mungkin sebab tu hyung tak cuba nak cari noona.Bukannya dia tak sayangkan noona,bukannya dia dah lupakan noona.Tapi sebab dia percaya dengan apa yang noona buat.Dia juga percaya suatu hari nanti,noona pasti kembali kepada hyung.Apa yang penting,hyung pegang pada janji dia.Kalau noona minta hyung supaya jangan cari dia,dia akan patuh.Mungkin satu saja yang dia takkan buat,”kata Jung Min.Sa Rang menanti kata-katanya dengan penuh debaran.
“Kalau noona minta hyung…untuk lupakan noona,hyung takkan lakukannya.Sebab…dia sangat cintakan noona,”kata Jung Min.Air mata Sa Rang mengalir jua.Sungguh dia berasa amat bersalah terhadap Dong Joon.Begitu juga dengan Jung Min dan Hye Ri.Di saat Dong Joon amat memerlukan dirinya di sisi,Sa Rang menjauhkan diri.Jung Min kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

“Ni kad Jung Min.Kalau noona ada apa-apa masalah,noona beritahu dekat Jung Min.Jung Min boleh tolong.Tapi,noona pun kena tolong Jung Min juga.Noona jangan jauhkan diri daripada Jung Min.Kalau noona tak keberatan,biarlah Jung Min saja yang tahu di mana dan bagaimana keadaan noona kat sini.Okey?”soal Jung Min,seraya memujuk.Perlahan-lahan,Sa Rang mengambil kad itu daripada Jung Min.
“Jung Min pun kena janji dengan noona.Tolong rahsiakan pertemuan ni daripada sesiapa pun…terutamanya Dong Joon.Please,”rayu Sa Rang.Sungguh dia tidak mahu Dong Joon mengetahui tentang pertemuan itu.Bukan bimbang kerana cemburu atau salah faham,tetapi kebimbangannya lebih menjurus ke arah keselamatan Dong Joon sendiri!Jung Min angguk walaupun dia yakin bahawa janji itu mungkin terpaksa dimungkiri juga suatu hari nanti.
Dong Joon termenung sambil memandang pemandangan di Jeju-do yang tenang itu.Malam yang damai itu tetap tidak dapat meluputkan ingatan serta rindunya terhadap kekasih hatinya yang sedang berada jauh darinya entah di mana itu.Perlahan-lahan,dia memegang rantai pemberian Sa Rang yang masih setia tergantung di lehernya itu.
“Tolonglah bagi petunjuk di mana Sa Rang berada sekarang…”Doanya dalam hati.Dong Joon memejamkan matanya.Bayangan Sa Rang mulai bermain di ruang fikirannya.Dong Joon tersenyum sendiri seolah-olah Sa Rang benar-benar berada di hadapannya ketika ini.

SEOUL,KOREA.

Jong Suk sudah berada di Seoul tanpa pengetahuan ayahnya serta Su Yeon yang masih berada di Jeju-do itu.Ketika ini,dia sedang menunggu seseorang di dalam kereta tanpa ditemani oleh pemandunya.Tidak lama selepas itu,pintu kereta di tempat duduk sebelah dibuka dari luar.Jong Suk tidak menoleh.Sebaik sahaja orang itu sudah duduk di sebelahnya,Jong Suk segera memandu keretanya laju meninggalkan Syarikat Lee.
“Saya yakin kita boleh jatuhkan Syarikat Lee selagi semua dokumen ni ada dalam tangan kita,”kata lelaki itu.Jong Suk membelek-belek dokumen itu sambil angguk.Dia kemudiannya meletakkan dokumen itu di atas meja.
“Macam mana pula dengan dokumen-dokumen asal Syarikat Park?Tak ada ke kat dalam pejabat tadi?”soal Jong Suk.Lelaki itu menggeleng lemah.Jong Suk hampa.Dia buntu.Sekiranya dokumen asal Syarikat Park masih ada dalam genggaman ayahnya,sukarlah baginya untuk menjalankan rancangannya.
“Awakkan setiausaha appa saya.Takkan awak tak tahu langsung kat mana appa saya simpan dokumen tu?Dokumen tu boleh dijadikan bukti penipuan appa saya terhadap Syarikat Park.Dong Joon boleh dapatkan semula haknya dalam syarikat tu,”kata Jong Suk.Lelaki itu angguk.
“Encik Jong Suk,saya rasa kita masih boleh jalankan rancangan kita melalui dokumen ni dahulu.Saya kenal seseorang yang boleh bantu kita dalam hal ni,”kata lelaki itu.
“Dia boleh dipercayai ke?”soal Jong Suk,was-was.Lelaki itu tersenyum lebar.
“Encik Jong Suk boleh tembak saya kalau saya menipu,”kata lelaki itu bersungguh-sungguh.Mata Jong Suk terbuka luas.
Encik Lee kini sudah berada di Seoul apabila mendapat panggilan daripada setiausahanya bahawa ada wakil daripada syarikat terkenal Jepun ingin bertemu dengannya.Katanya ada urusan penting yang perlu dibincangkan dengannya.Hal ini mungkin melibatkan projek baru yang bakal melibatkan kerjasama Syarikat Lee.Encik Lee tersenyum bangga.Dia sudah dapat membayangkan keuntungan besar yang akan diperolehnya,apatah lagi projek itu melibatkan kerjasama dengan syarikat luar negara.Ketukan di pintu pejabatnya telah mematikan angan-angannya yang baru menyinggah itu.Encik Lee mendongak.
“Tuan,tetamu dah sampai,”kata setiausahanya.Encik Lee sekadar angguk.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat tetamunya sudah melangkah masuk ke dalam pejabatnya.Dia menghulurkan tangan kepada lelaki itu.Lelaki itu menyambut salamnya sambil tersenyum manis.
“Selamat datang,Encik Aizawa.Besar hati saya menerima kunjungan daripada pihak syarikat tuan,”kata Encik Lee,mesra.Encik Aizawa yang kelihatan seperti berumur dalam lingkungan lewat 20-an tersenyum manis.
“Terima kasih juga kepada Encik Lee kerana sudi luangkan masa untuk luangkan masa dengan saya,”balas Encik Aizawa,merendah diri.Encik Lee tertawa kecil.
“Baiklah,Encik Aizawa.Apa yang boleh saya bantu Encik Aizawa untuk hari ni?”soal Encik Lee,tidak sabar-sabar untuk mengetahui tujuan sebenar kedatangan wakil dari syarikat terkenal Jepun itu.Encik Aizawa tersenyum.Permainannya sudah bermula!

Dong Joon terkejut apabila merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.Hampir sahaja tersedak kopi yang baru sahaja diminum itu.Su Yeon sekadar tertawa manja.Dong Joon melepaskan keluhan berat.Rimas apabila sering sahaja diganggu oleh wanita yang tidak pernah bosan mengekorinya itu.Bukannya tidak pernah ditolak cinta wanita itu,Cuma Su Yeon sengaja pura-pura tidak memahaminya.
“Oppa minum kopi sorang-sorang je?Kenapa tak ajak Su Yeon sekali?Sampai hati tak ajak Su Yeon minum sekali.Kalau oppa ajak Su Yeon,bolehlah Su Yeon rekemenkan kopi yang sedap-sedap kat sini.Su Yeon selalu minum kopi kat sini,”kata Su Yeon sambil mengambil tempat di hadapan Dong Joon tanpa mendapatkan kebenaran dahulu daripada lelaki itu.Su Yeon mengangkat tangannya,meminta pelayan kafe untuk mengambil pesanannya.Selepas sahaja memberi pesanan kepada pelayan kafe itu,Su Yeon memandang ke arah Dong Joon.
“Oppa,kenapa oppa masih dingin dengan Su Yeon?”soal Su Yeon.Dong Joon malas hendak menjawab pertanyaan wanita itu.Su Yeon mengeluh berat.”Su Yeon tahu…oppa masih marah dengan apa yang keluarga Su Yeon dah buat dekat keluarga oppa dulu.Tapi,tu semua kehendak appa.Su Yeon buat semua tu pun sebab appa.Takkan Su Yeon sanggup nak buat semua ni dekat oppa sedangkan Su Yeon sangat cintakan oppa,”kata Su Yeon,meluahkan rasa hatinya.Dong Joon lebih selesa melemparkan pandangannya pada pemandangan di luar kafe itu.
“Oppa…Su Yeon betul-betul cintakan oppa.Su Yeon sanggup buat apa sahaja untuk tebus balik kesalahan keluarga Su Yeon terhadap oppa,”kata Su Yeon.Tangan Dong Joon digenggamnya erat,menzahirkan rasa cintanya terhadap lelaki itu.”Miane…”ucapnya,menahan sebak.Su Yeon bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta lelaki itu.Bukan kerana harta mahupun kedudukan,tetapi kerama keikhlasannya mencintai lelaki itu.Dong Joon menoleh ke arah Su Yeon.
“Betul awak sanggup buat apa sahaja untuk saya?”soal Dong Joon.Su Yeon angguk.Dong Joon segera menarik tangan Su Yeon,beredar dari kafe itu.Su Yeon terkejut dengan tindakan Dong Joon itu.Entah ke mana Dong Joon mahu membawanya pun dia tidak tahu.
“Oppa,kita nak pergi mana?”soal Su Yeon.Persoalannya itu dibiarkan sepi oleh Dong Joon.Dong Joon membuka pintu bilik hotelnya lalu menolak tubuh Su Yeon ke atas katil empuknya.Su Yeon terkejut.Su Yeon benar-benar takut apabila melihat Dong Joon mulai membuka tali lehernya.Su Yeon hampir menjerit apabila melihat Dong Joon mulai dekat ke arahnya.
“Op..op..oppa…apa yang oppa cuba buat ni?”soalnya,takut-takut.Dong Joon tidak menjawab.Malah tangan wanita itu dipegangnya.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Su Yeon.Su Yeon mengalihkan wajahnya daripada Dong Joon.
“Awak kata awak sanggup buat apa sahaja untuk saya.Kenapa awak nak mengelak pula?”soal Dong Joon,separuh berbisik.
“Oppa,tolong…lepaskan Su Yeon,”rayu Su Yeon,hampir-hampir menangis kerana ketakutan yang teramat.Rayuannya langsung tidak diendahkan oleh lelaki itu.Su Yeon menutup matanya apabila merasakan wajah Dong Joon benar-benar dekatnya.
“Jangan jadi bodoh,”kata Dong Joon.Su Yeon membuka semula matanya apabila merasakan Dong Joon sudah bangun dari katil.Dia segera memandang ke arah Dong Joon.Kelihatan Dong Joon sedang berdiri di hadapannya.Wajah lelaki itu kelihatan tegang.
“Kau ingat aku ni jenis lelaki yang suka ambil kesempatan?Jangan jadi bodoh,Su Yeon.Jangan pandai-pandai membuat janji.Kalau betul aku akan teruskan niat aku tadi sedangkan kau tak rela,apa yang kau nak buat?Jerit?Menangis?Menyesal?”Soal Dong Joon,tegas.Su Yeon terdiam.Dong Joon tersenyum sinis.”Kau patut rasa bertuah sebab aku lepaskan kau.Sebab aku langsung tak tertarik dekat kau.Kau bukan wanita yang menepati kehendak aku,”katanya lagi,sengaja menimbulkan kemarahan wanita itu.Dong Joon kemudiannya mengambil semula tali lehernya.”Kalau betul kau nak buat sesuatu untuk aku atas apa yang kau dah buat terhadap keluarga aku,hanya dua perkara je yang aku minta,”kata Dong Joon,nadanya kembali lembut.Su Yeon memandang ke arahnya.Dong Joon memandang ke arahnya.
“Pertama,lupakan saya.Kedua,carilah lelaki lain yang betul-betul cintakan awak,”kata Dong Joon.Niatnya mahu beredar dari situ.
“Tak mahu.Su Yeon betul-betul cintakan oppa.Su Yeon tak boleh lupakan oppa.Kalau oppa nak Su Yeon dapatkan balik hak oppa,Su Yeon sanggup lakukannya,”kata Su Yeon,masih enggan mengalah.Dong Joon mengeluh berat.Perlahan-lahan,Su Yeon melangkah ke arahnya lalu memeluknya dari belakang.
“Tolonglah oppa.Jangan tinggalkan Su Yeon.Su Yeon betul-betul cintakan oppa.Su Yeon sanggup berubah jadi wanita yang oppa mahukan.Su Yeon sanggup buat apa saja untuk oppa,”rayunya.Air matanya sudah lama mengalir membasahi pipi gebunya.
“Su Yeon…”
Su Yeon enggan.Malah dia semakin mengeratkan lagi pelukannya seolah-olah tidak mahu melepaskan Dong Joon.Dong Joon memegang tangan Su Yeon yang melingkari tubuhnya.Su Yeon akhirnya melepaskan pelukannya.
“Maaf.Saya betul-betul tak boleh cintakan awak,Su Yeon.Saya nak awak lupakan saya sebab saya tak nak awak terseksa.Ramai lagi lelaki yang lebih baik daripada saya.Awak kena terima hakikat.Saya bukan untuk awak…dan awak bukan untuk saya,”kata Dong Joon,sebelum melepaskan tangan Su Yeon.Dong Joon mulai beredar.
“Oppa terlalu cintakan Sa Rang ke?”soal Su Yeon.Dong Joon berhenti melangkah.
“Miane…”Hanya itu yang mampu dibalas oleh Dong Joon.Dia kemudiannya meneruskan langkahnya,meninggalkan Su Yeon berseorangan di situ.Su Yeon terduduk di pintu sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja Dong Joon melangkah keluar dari hotel itu,telefon bimbitnya berdering.Melihat sahaja nama Encik Hwang tertera pada skrin telefon bimbitnya,pantas dia menjawab panggilan penting itu.
“Ya,Encik Hwang?”
“Dong Joon,boleh awak turun ke tapak sekarang?’soal Encik Hwang dalam talian.Dong Joon angguk,seolah-olah merasakan kelakuannya dapat dilihat oleh lelaki itu.
“Baik,Encik Hwang,”akurnya.

Sa Rang mencari-cari kelibat Jung Min di sekitar Stadium Antarabangsa Yoyogi setelah menerima panggilan daripada lelaki itu untuk bertemu dengannya.Dia melangkah masuk ke dalam stadium itu.Pencariannya berakhir apabila matanya tertangkap kelibat Jung Min yang sedang melakukan latihan di atas pentas stadium yang sangat gah itu.Jung Min yang menyedari kehadiran Sa Rang itu segera melambai ke arahnya.Sa Rang sekadar tersenyum.Pengurus Jung yang turut menyedari kehadiran Sa Rang itu menoleh ke arah Jung Min.
“Biar betul dia tu awek hyung kau.Nampak mesra semacam je korang ni,”kata Pengurus Jung.
“Aish,betullah dia awek hyung aku.Salah ke aku nak mesra dengan bakal kakak ipar sendiri?”soal Jung Min.Pengurus Jung yang sedang membaca jadual itu tersenyum nipis.
“Salah tu taklah.Tapi,kau kena hati-hati sikit.Nasib baik hari ni tak ada wartawan yang datang.Kalau tak,kau jawablah sendiri.Cakap orang bukan nak dengar,”kata Pengurus Jung lagi.Jung Min tersenyum,geli hati mendengar kata-kata pengurusnya itu.
“Hyung,aku nak jumpa dengan dia kejap.Ada benda aku nak cakap dengan dia,”kata Jung Min sambil menyarungkan jaket pada tubuhnya.Segan mahu berjumpa dengan Sa Rang dengan berpakaian yang tidak berlengan yang menampakkan tangannya yang berotot itu.Pengurus Jung sekadar angguk.Dia membuat isyarat lima minit sahaja untuk Jung Min berjumpa dengan Sa Rang.Raptai untuk konsert pertama Jung Min di Tokyo itu mesti dihabiskan.Jung Min angguk.
“Noona,sorry lambat,”ucap Jung Min.Sa Rang menggeleng.
“Kat sini ke Jung Min nak buat konsert nanti?”soal Sa Rang,teruja melihat persiapan yang sedang dilakukan di stadium itu.Jung Min angguk.”Wah,tahniah!Dapat juga Jung Min buat konsert sendiri,”puji Sa Rang,bangga dengan pencapaian anak muda itu.Kembang hidung Jung Min mendengar pujian daripada wanita itu.
“Sebab tulah Jung Min nak jumpa dengan noona hari ni,”kata Jung Min.
“Apa dia?”soal Sa Rang.Jung Min kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.
“Nah.Hadiah Jung Min untuk noona,”kata Jung Min sambil menghulurkan tiket VIP konsertnya kepada Sa Rang.Sa Rang terkejut dengan pemberian Jung Min itu.
“Untuk noona?”soal Sa Rang,tidak percaya.Jung Min angguk.Tangan wanita itu dicapainya lalu diletakkan tiket itu di atasnya.
“Jangan tolak,noona.Ingat senang ke nak dapat tiket VIP free daripada Jung Min a.k.a Nick?”soal Jung Min,seraya bergurau.Sa Rang tersenyum.Namun,senyumannya tidak kekal lama.
“Jung Min tak ajak yang lain-lain ke?”soal Sa Rang,merujuk kepada Hye Ri,Min Jung,Yun Ho serta Dong Joon.Jung Min tersenyum.
“Ajak.Tapi diorang terpaksa tolak.Hye Ri kata dia dengan Min Jung tengah sibuk dengan peperiksaan sekarang.Lepas tu,diorang ada aktiviti kat kampus lagi,”kata Jung Min,berbohong.Sa Rang angguk perlahan.”Hyung pula…Jung Min susah nak contact,”katanya lagi.Sa Rang tersenyum nipis.Dong Joon nampaknya masih seperti dahulu.Kalau sudah terikat dengan kesibukan projeknya itu,jangankan kata Jung Min,panggilan telefon daripada kekasih hati sendiri pun belum tentu dijawabnya.
“Jung Min!”Pengurus Jung mula memanggil Jung Min untuk menyambung latihannya semula.Jung Min mengangkat tangannya,tanda dia akan kembali ke situ tidak lama selepas dia habis berbual dengan Sa Rang.Sa Rang mengukir senyuman manis.
“Manager dah panggil tu.Noona balik dululah,”kata Sa Rang.
“Okey.Hati-hati tau,”pesan Jung Min.Sa Rang angguk.Dia meihat Jung Min yang mulai beredar dari situ.Sa Rang pun sudah mula melangkah keluar dari stadium itu.
“Noona!”Sa Rang menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil oleh Jung Min.
“14 Februari,jangan lupa!”Jeritnya.Sa Rang tersenyum.Kalau orang lain yang sedang memerhati keadaan mereka berdua ketika itu,pasti mereka menyangka Sa Rang dan Jung Min adalah pasangan kekasih yang sedang merancang untuk meraikan Hari Kekasih bersama-sama.
Jung Min kembali ke atas pentas untuk menyambung latihannya.Namun,sebaik sahaja dia mahu mula berlatih,Jung Min memanggil pengurusnya.Kelam-kabut Pengurus Jung mendekati ke arahnya.
“Kenapa?”soal Pengurus Jung.
“Aku ada benda yang nak dibincangkan dengan kau,”kata Jung Min.Kening Pengurus Jung terangkat.Dia bertambah hairan apabila melihat senyuman Jung Min yang penuh makna tersirat itu.
Dong Joon betul-betul tergamam dengan pertemuan yang tidak terjangka itu.Encik Hwang sekadar tersenyum sumbing.Dong Joon seperti hilang idea dan buntu apabila bertemu dengan Presiden Syarikat Han yang amat dikaguminya sewaktu dia masih berada di Syarikat Park dahulu.Encik Hwang menepuk belakang Dong Joon.Dong Joon menoleh ke arahnya.
“Relakslah,Dong Joon.Gaya awak ni macam nampak hantu pula.Awak ingat datuk saya ni hantu ke?”soal Encik Hwang,seraya berseloroh.Dong Joon tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Maaf,Encik Hwang.Tapi saya betul-betul terkejut sebab dapat juga jumpa dengan Presiden Han.Sebelum ni,saya banyak dengar cerita daripada mendiang appa saya saja,”kata Dong Joon,sedikit malu apabila ditegur oleh Encik Hwang.Presiden Han sekadar tersenyum.Bahu Dong Joon itu ditepuknya perlahan.
“Dah besar kamu sekarang.Dulu,masa mula-mula jumpa kamu,kamu kecil lagi,”kata Presiden Han,turut teruja apabila dapat berjumpa dengan anak mendiang kawan baiknya itu.”Apa kata kita lunch sama-sama?”ajak Presiden Han.Encik Hwang tersenyum.Dong Joon teruja dengan pelawaan itu.Kedua-dua mereka angguk,bersetuju dengan pelawaan istimewa itu.
“Saya dah tahu semuanya,Dong Joon.Saya bersimpati dengan apa yang dah berlaku ke atas keluarga awak dulu.Saya sangat terkilan sebab tak dapat hadirkan diri ke majlis pengebumian ibu bapa awak atas sebab penyakit saya yang menyebabkan saya ditahan di hospital luar negara,”kata Presiden Han,bersimpati atas nasib malang yang menimpa keluarga Park itu.Dong Joon sekadar tersenyum nipis.
“Saya dan adik-adik saya dah boleh terima nasib yang menimpa kami,Tuan.Lagipun,buat apa kami nak terus bersedih sedangkan bersedih tu takkan kembalikan semula ibu bapa kami?Lebih baik kuatkan semangat untuk teruskan hidup.Saya pun berterima kasih kepada Syarikat Han sebab sudi menerima saya untuk bekerja di sini.Bekerja sebagai buruh pun saya dah gembira apatah lagi bila saya diberikan jawatan arkitek semula untuk berkhidmat di syarikat ni,”kata Dong Joon,ikhlas dalam menuturkan katanya.Encik Hwang tersenyum.Tanpa permintaan khas daripada Jong Suk pun,jauh di sudut hatinya,dia pasti akan mengambil Dong Joon sebagai arkitek di dalam syarikatnya.Bukannya dia tidak pernah mengenali Dong Joon.Cuma mereka jarang bertemu kerana sebelum ini jawatan Dong Joon lebih tinggi daripadanya sewaktu Dong Joon masih memegang jawatan Naib Presiden Syarikat Park.Ketika itu pula,Encik Hwang masih lagi bertatih dalam dunia seni bina ini.Jadi,Dong Joon lebih banyak berurusan dengan arkitek yang lebih berpengalaman dalam seni bina ini terutamanya ketika melaksanakan projek di Busan dahulu.Walaupun pelaksanaan projek di Busan lebih dimonopoli oleh mendiang ayahnya Dong Joon,namun komitmen yang diberikan oleh Dong Joon juga tidak boleh dipandang sebelah mata.Buktinya,Dong Joon telah diberikan tanggungjawab penuh oleh mendiang ayahnya dalam projek mega yang melibatkan syarikat Jepun sebelum nasib malang yang menimpa keluarga elit itu yang menyebabkan Dong Joon terpaksa disingkirkan daripada Syarikat Park,syarikat keluarganya sendiri.
“Saya pun bangga sebab projek di Jeju-do ni ada sentuhan khas daripada kamu,Dong Joon.Corak seni bina kamu tak ubah macam corak seni bina yang pernah mendiang ayah kamu buat dulu.Cuma,lukisan kamu lebih bersifat moden dan futuristik.Saya yakin…mendiang ayah kamu mesti bangga dengan pencapaian kamu sekarang,”puji Presiden Han.
“Tak adalah,Tuan.Saya ni…masih baru dalam bidang ni.Lagipun,Encik Hwang dengan Min Woo yang banyak uruskan projek kat sini.Saya sekadar membantu saja.Banyak lagi yang perlu saya belajar.Kalau Tuan tak keberatan,saya nak belajar banyak perkara daripada Tuan.Appa saya dulu selalu cerita pasal Tuan.Dia pun pernah pesan,kalau saya dapat jumpa dengan Tuan,dia nak saya belajar daripada Tuan,”kata Dong Joon.Presiden Han tersenyum.
“Boleh,tak ada masalah,”balas Presiden Han,senang hati untuk membantu anak muda itu.”Tapi,sebelum tu…saya ada sesuatu yang saya nak minta tolong daripada kamu,Dong Joon,”kata Presiden Han sambil memandang ke arah Encik Hwang.Kenyataan Presiden Han itu sudah mampu mendebarkan hati Dong Joon.Presiden Han mahu mendapatkan bantuan daripadanya?







Cameo:
Aizawa



No comments:

Post a Comment