02 June, 2011

...Chapter 38...

Perlahan-lahan,Jong Suk membuka pintu keretanya sementara Dong Joon pula masih berdiri seperti tadi.Jong Suk masih berkira-kira sama ada mahu melangkah dekat kepada Dong Joon ataupun sekadar diam di situ.Menunggu 'serangan' daripada Dong Joon.Jong Suk kaget apabila Dong Joon masih diam di situ.
"Apa kau buat kat sini?"soal Dong Joon.tiba-tiba.Jong Suk memandang ke arahnya."Kenapa?Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah dapat?"soal Dong Joon lagi.Dong Joon mengalihkan pandangannya ke arah Hye Ri yang sedang duduk termenung di taman.Hari ini,dia sudah berjanji untuk bertemu dengan adik perempuannya itu."Aku tak tahu...tujuan sebenar kau berkawan dengan aku dan Hye Ri sebelum ni,"kata Dong Joon.Jong Suk sekadar mendengar."Aku ingat,aku dah jumpa seorang kawan yang bukan berkawan dengan aku semata-mata nakkan apa yang aku ada.Dan...aku ingatkan yang aku dah jumpa seseorang yang aku boleh percayai untuk lindungi Hye Ri bila aku tak ada di sisi dia,"kata Dong Joon,masih enggan untuk memandang ke arah Jong Suk yang telah membunuh seluruh kepercayaannya terhadap lelaki itu."Betullah apa yang orang kata.Tak semua yang kita nak tu...akan dapat.Aku bersetuju dengan kata-kata tu,"katanya lagi.
"Kau tak faham apa yang aku sedang cuba buat,Dong Joon."Jong Suk mulai bersuara.Dong Joon tersenyum sinis.
"Tak faham?Apa yang aku tak faham?"soal Dong Joon.Dia kemudiannya menarik nafas panjang."Aku tak tahu apa yang aku tak faham.Dan...kalau ada perkara yang kau nak jelaskan pun,aku tak faham juga.Sorry,I'm not a president anymore.Aku hanya orang miskin yang dah tak ada apa-apa.Aku...malas nak ambil tahu hal-hal yang tak sama taraf dengan aku,"kata Dong Joon.Jong Suk tidak membalas kata-kata Dong Joon itu.Dia yakin Dong Joon terlalu marah dan benci kepadanya.Cuma lelaki itu tidak menunjukkannya secara terbuka.Mungkin juga mereka berada di tempat awam yang menghalang mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar.
"Dong Joon,aku..."
"Oppa?"Jong Suk menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Hatinya berbunga apabila dapat juga melihat Hye Ri dari jarak dekat setelah sekian lama tidak berjumpa.Hye Ri terkejut apabila melihat Dong Joon bersama dengan Jong Suk ketika itu.
"Hye Ri..."ucapnya perlahan.Namun,Hye Ri terus melangkah mendekati abangnya tanpa mempedulikan Jong Suk di situ.
"Oppa tak kerja ke hari ni?"soal Hye Ri,sedikit ceria.
"Nak jumpa adik sendiri pun tak boleh ke?"soal Dong Joon.Hye Ri tersenyum.
"Oppa dah makan?Jomlah kita makan sama-sama,"ajak Hye Ri.Dong Joon menggeleng.
"Tak apa.Oppa nak jumpa Hye Ri kejap je.Oppa ada hal lepas ni.Oppa cuma nak tahu yang Hye Ri sihat ke tak.Tu je,"kata Dong Joon.
"Hye Ri okeylah,oppa.Oppa tak payah risaulah,"kata Hye Ri.Sesekali matanya menjeling ke arah Jong Suk yang masih berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berbual.Perbuatannya itu disedari oleh Dong Joon.Dia yakin,Hye Ri pasti ada banyak perkara yang mahu dikatakan kepada Jong Suk.Dia juga yakin,Hye Ri pasti amat merindui lelaki itu walaupun lelaki itu telah meragut kebahagiannya sebelum ini.Dong Joon kemudiannya memegang kedua-dua bahu adiknya.
"Oppa tahu,Hye Ri ada benda nak cakap dekat Jong Suk kan?"soal Dong Joon,perlahan.Hye Ri terkejut apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.
"Ish,apa oppa cakap ni?Tak adalah.Lagipun,oppa ...mesti tak nak Hye Ri jumpa dengan orang tu lagi,kan?Hye Ri tahulah,oppa.Jangan risau,"kata Hye Ri.
"Seboleh-bolehnya memang oppa tak nak Hye Ri jumpa dengan orang tu lagi.Tapi,kalau masih ada benda yang kamu berdua perlu selesaikan,oppa izinkan.Tapi,kali ni je.Lepas ni,oppa tak nak Hye Ri jumpa dengan dia lagi,"kata Dong Joon,seolah-olah berbisik.Dia kemudiannya melihat ke arah jam."Ops,oppa dah lambat.Oppa kena pergi dulu.Nanti,kita jumpa lagi,okey?"soal Dong Joon.Hye Ri angguk.Dong Joon segera beredar dari situ tanpa menoleh ke arah Jong Suk.
"Hye Ri ah,"panggil Jong Suk,sebaik sahaja Dong Joon sudah beredar dari situ.Hye Ri menghentikan langkahnya apabila terdengar Jong Suk memanggil namanya.Perlahan-lahan,Jong Suk melangkah ke arahnya.
"Jangan dekat lagi,"kata Hye Ri,menghalang Jong Suk daripada terus mendekatinya.Jong Suk akur.
"Saya ada kelas lepas ni.Tapi...kalau ada benda yang awak nak cakap,saya akan dengar.Tapi,untuk tiga minit je,"kata Hye Ri.Tidak lagi membahasakan dirinya 'Hye Ri' dan tidak lagi memanggil Jong Suk dengan panggilan 'oppa'."Apa dia?"soalnya.Jong Suk melepaskan keluhan berat.
"Em..."Lidah Jong Suk kelu untuk berbicara.Lama dia berkeadaan begitu.Hye Ri pula masih menanti apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.Jong Suk sekadar memandang anak mata Hye Ri yang berwarna hazel itu."Boleh...op..saya peluk awak untuk masa yang singkat ni?"soal Jong Suk.Hye Ri tidak menjawab.Tidak mengiyakan mahupun menidakkan.Jong Suk tersenyum nipis."Saya janji...lepas ni,saya takkan jumpa awak lagi.Saya takkan tengok awak dari jauh lagi.Tu janji saya dan saya akan tepatinya,"kata Jong Suk.Hye Ri masih diam.Perlahan-lahan,Jong Suk memeluk tubuhnya,erat sekali.Seolah-olah mahu melepaskan rasa rindu yang dipendamnya terhadap gadis itu.
"Saya tak peduli apa yang fikirkan pasal saya sekarang.Cuma...saya nak awak tahu satu perkara yang saya harap awak takkan lupa sampai bila-bila,"kata Jong Suk lagi,kedengaran seperti dia menahan sebak dalam nada percakapannya.
"Miane..."kata Jong Suk.Hye Ri masih didakapnya seperti tadi."But..I'm really missing you.Sampai bila-bila pun...saya tetap cintakan awak,Park Hye Ri,"kata Jong Suk.Air mata Hye Ri mengalir.Sungguh dia amat merindui ungkapan itu daripada Jong Suk.Jong Suk kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Hye Ri.Wajah manis gadis itu diperhatikannya lagi,mungkin untuk kali terakhir.
"Saya pergi dulu,"kata Jong Suk sebelum menuju ke arah keretanya.Tanpa menoleh belakang lagi,dia segera meninggalkan Hye Ri yang masih berdiri di hadapan pintu pagar kolejnya itu.Hye Ri terduduk.
"Opp...oppa..."Tangisnya tersedu-sedan.

 Lee Jong Suk
Park Hye Ri

Jung Min keluar dari pejabat pengurusnya dengan lemah.Surat putih yang diterimanya sebentar tadi masih dipegangnya.Dia terduduk di atas sofa sambil berfikir.Yo Seob yang baru sahaja keluar dari studio rakaman terkejut apabila melihat Jung Min yang termenung itu.Pantas sahaja dia mendekati lelaki itu sebelum menepuk bahu kiri Jung Min.
"Yah,muka masam mencuka ni apahal?Kena tinggal dengan awek ke?"soal Yo Seob sambil mengambil tempat di sisi lelaki itu.Jung Min mengukir senyuman kelat.
"Yo Seob..."balas Jung Min,lemah.
"Wei,kau ni kenapa?Kau kena marah dengan manager ke?"soal Yo Seob.Jung Min menggeleng.
"Taklah."Pendek Jung Min menjawab.
"Habis tu?"soal Yo Seob lagi.Jung Min kemudiannya menyerahkan surat yang dipegangnya itu kepada Yo Seob.Yo Seob segera membaca surat itu.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman girang.
"Pergh!Tahniah!Tak sangka akhirnya kau akan debut kat Jepun juga,"kata Yo Seob,ceria.Namun,tidak bagi Jung Min."Lah...kau ni apasal pula?"soal Yo Seob.
"Aku...fikirkan pasal famili aku,"kata Jung Min.Yo Seob terdiam."Aku...macam tak sampai hati nak tinggalkan diorang dalam keadaan macam ni,"katanya lagi.
"Yang tu...kau kena bincang sendiri dengan abang kau.Aku yakin diorang faham.Nikan hasil usaha keras kau juga,"kata Yo Seob."Tak pun,kalau kau was-was,biar aku cakap direct dengan Hye Ri.Mesti dia setuju kalau dengar apa-apa yang keluar dari mulut comel aku ni,"kata Yo Seob.Jung Min ketawa.Yo Seob memang pandai menceriakan hatinya saat dia sedang dalam keadaan tertekan.
"Aku cuba,"balasnya.

 Park Jung Min
Yo Seob

No comments:

Post a Comment