24 February, 2011

...Chapter 13...

"Min,Min nampak tak kunci skuter unni?"soal Sa Rang,gelisah.Min Jung yang sedang bersarapan itu menoleh ke arah unninya.
"Kunci skuter?Bukan unni letak kat tempat biasa ke?"soal Min Jung kembali.
"Tak ada pun.Unni takut kalau kunci tu terjatuh kat mana-mana,sebab semalam unni kemas rumah,"jawab Sa Rang,masih mencari-cari kunci skuternya.Sa Rang mengeluh apabila melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.Ah,dah lewat!Min Jung turut mencari-cari kunci skuter unninya,namun tidak ditemui.
"Unni naik bas je la dulu.Min hati-hati ye ke kolej nanti,"kata Sa Rang sambil mencium pipi adiknya.Min Jung tersenyum.
"Nanti Min carikan kunci skuter unni,"kata Min Jung.Sa Rang tersenyum ke arahnya.
"Gomawo,Min.Unni pergi dulu ye,"kata Sa Rang sebelum beredar keluar dari rumah itu.Min Jung tersenyum sinis sebaik sahaja Sa Rang sudah tiada di situ.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Kunci skuter Sa Rang!Dia kemudiannya menggenggam erat kunci skuter itu.Kerana Dong Joon,Min Jung mulai memusuhi unninya sendiri!

Dong Joon melihat jam tangannya.Mana Sa Rang ni?Takkan cikgu datang lambat kot?Yun Ho pun sudah masuk ke dalam kelas.Dong Joon melefaskan nafas panjang.
"Mana pulak minah ni?Esok dahlah aku nak balik Busan.Ingat senang ke nak jumpa lelaki handsome macam aku ni?"Dong Joon mengomel.Dong Joon tidak pedulikan pandangan orang sekelilingnya yang memandangnya dengan pandangan pelik.Bahkan Dong Joon membalasnya dengan pandangan yang tajam.Selang beberapa miniy kemudian,Dong Joon mulai untuk beredar.Namun,niatnya terbatal apabila ternampak kelibat Sa Rang sedang berlari ke arahnya.Dong Joon mengerutkan dahinya.Kenapa tak naik skuter?
"Dong Joon ah!!!"panggil Sa Rang,sebelum berhenti dan tercungap-cungap.Dong Joon mendekati Sa Rang.
"Yah,awak ni kenapa?Mana skuter awak?"soal Dong Joon.Sa Rang mengangkat tangannya,memberi isyarat kepada Dong Joon untuk menunggunya menjawab soalan.
"Kunci salah letak kot,"jawab Sa Rang sambil tersenyum.
"La,awak patut call saya je tadi.Saya kan boleh tumpangkan awak,"kata Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Tak apa.Susahkan awak je.Yun Ho dah masuk ke?"soal Sa Rang.Dong Joon angguk.Sa Rang ingin beredar dari situ namun tangannya dicapai oleh Dong Joon.Sa Rang terkejut.
"Em,lunch nanti kita keluar sama-sama?"ajak Dong Joon.Sa Rang terkejut dengan pelawaan Dong Joon yang tiba-tiba itu.Namun,Sa Rang mengukir senyuman kemudiannya.
"Awak ni memang suka ajak keluar tiba-tiba kan?"soal Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
"Memang stail saya,"kata Dong Joon.Tangan Sa Rang masih digenggamnya.
"Em,Dong Joon...tangan saya..."kata Sa Rang sambil melirik ke arah tangannya yang digenggam itu.
"Awak kena jawab dulu,"kata Dong Joon.Sa Rang terdiam.Tidak lama selepas itu,Sa Rang mengukir senyuman manis sambil mengangguk.Dong Joon tersenyum hingga menampakkan gigi.
"Unni!"Sa Rang menoleh ke arah suara yang amat dikenalinya itu.Dong Joon turut menoleh ke arah yang sama.Dong Joon segera melepaskan tangan Sa Rang apabila melihat Min Jung sedang memandang ke arah mereka.
"Min,apa Min buat kat sini?"soal Sa Rang,berlagak biasa.Min Jung melangkah ke arah mereka sambil menolak skuter Sa Rang.Dia kemudiannya menghulurkan kunci skuter itu kepada Sa Rang.
"Ni hah,kunci skuter unni.Min jumpa kat belakang rak kasut,"kata Min Jung.Sa Rang tersenyum.
"Min,terima kasih sangat-sangat...Tapi,tadi pun unni cari kat belakang rak,tak jumpa pun,"kata Sa Rang.
"Unni tak cari betul-betul kot,"duga Min Jung.
"Gomawo...Nasib baik Min jumpa.Kalau tak...tak tahulah nak cakap macam mana,"kata Sa Rang.Min Jung angguk.
"Tak apalah,unni.Min nak ke kolej dulu,"kata Min Jung.
"Tapi,Min nak naik apa ke kolej?"soal Sa Rang.
"Bas kan ada.Pergi macam biasalah,"kata Min Jung.
"Tak apa,oppa boleh tumpangkan awak,"kata Dong Joon,menawarkan bantuan.
"Eh,tak apa.Oppa kan kena pergi kerja.Saya boleh pergi sendiri,"kata Min Jung.
"Pergilah Min.Dong Joon cuti hari ni,"kata Sa Rang,turut bersetuju dengan cadangan Dong Joon itu.Dong Joon pula sudah membukakan pintu di tempat duduk hadapan.Perlahan-lahan,Min Jung melangkah ke arah kereta Dong Joon lalu masuk ke dalamnya.
"Dong Joon,hati-hati drive tu,"kata Sa Rang.Dong Joon angguk.
"Jangan lupa tau,"kata Dong Joon.Sa Rang angguk sambil tersenyum.Dong Joon memandu keretanya,beredar dari tadika itu.Pada masa yang sama,Min Jung menyembunyikan senyumannya.Pelannya berjaya!
"Maaflah.sebab susahkan oppa je.Saya boleh naik bas ke kolej sebenarnya,"kata Min Jung.Dong Joon terseyum nipis.
"Tak apa.Satu jalan dengan rumah oppa pun,"kata Dong Joon.Min Jung tersenyum.Sudah lama dia tidak merasai suasana begini.Kali pertama,ketika Dong Joon menghantarnya pulang ke rumah.Waktu itu,dia duduk di belakang.Dong Joon juga ketika itu agak dingin dari sekarang.Sekarang,Dong Joon lebih mesra berbanding dahulu.Apakah Sa Rang yang telah membuatkan Dong Joon berubah?Min Jung memendam rasa cemburunya.
"Em,unni saya tu baik tak?"soal Min Jung.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Kenapa?"soal Dong Joon pula.
"Em,saja tanya.Tengok tadi,oppa dengan unni...lain macam je,"kata Min Jung.Dong Joon tersenyum malu.
"Nampak lain macam mana tu?Macam...couple in love ke?"teka Dong Joon.Min Jung pura-pura ketawa.
"Mungkin..."balas Min Jung.Dong Joon tertawa.
"Masih jauh lagi.Lagipun,kami baru kenal,"kata Dong Joon.Min Jung menoleh ke arahnya.
"Kalau macam tu,saya masih ada peluanglah?"soal Min Jung,perlahan.
"Apa?"soal Dong Joon.Min Jung pura-pura ketawa.
"Tak ada.Cuma,unni tu macam dah ada orang lain.Takut nanti,oppa yang sedih,"kata Min Jung.Riak wajah Dong Joon berubah.Min Jung tersenyum nipis.
"Ji Won ke?"soal Dong Joon.
"Tapi,saya tak pasti.Cuma,unni selalu cakap dengan Ji Won oppa dalam telefon.Keluar dating pun selalu juga,"kata Min Jung,semakin rancak bercerita.
"Tapi,diorang kawan je kan?Ji Won sendiri mengaku dengan oppa,"kata Dong Joon,cuba menyedapkan hatinya.
"Oppa dah kenal Ji Won?"soal Min Jung,terkejut.
"A'ah.Jumpa kat tadika,"kata Dong Joon.
"Wah,tak tahu pula yang Ji Won oppa sanggup cari unni sampai ke tadika?"soal Min Jung,sengaja untuk mengusik perasaan Dong Joon.Dong Joon menelan air liur.
"Ala,biasala tu.Oppa pun selalu jumpa dengan Sa Rang,"kata Dong Joon,sambil tersenyum.Min Jung ketawa.
"A'ah,betul juga tu,"balasnya.
"Dah sampai pun,"kata Dong Joon apabila melihat kolej Min Jung sudah semakin dekat pada pandangan matanya.Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar kolej itu.Min Jung membuka tali pinggang keledarnya.
"Gomawo,oppa,"ucap Min Jung sambil menundukkan sedikit kepalanya.Dong Joon angguk.Min Jung menutup pintu kereta Dong Joon perlahan,dan pintu kereta itu tertutup secara automatik.Min Jung melambaikan tangannya.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya sambil tersenyum.Senyumannya mengendur apabila Min Jung mulai beredar dari situ.Kata-kata Min Jung terngiang-ngiang dalam fikirannya.Hati Dong Joon benar-benar tidak senang jika soal Ji Won dibangkitkan.Namun,dia cuba melupakan rasa tidak senang itu.Itu adalah pendapat Min Jung.Sa Rang pula tidak pernah berkata apa-apa perihal status hubungannya dengan Ji Won.
"Dong Joon,kau masih ada peluang.Aja aja!"katanya,penuh bersemangat.


Loceng tamat waktu persekolahan sudah berbunyi.Sa Rang mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja anak-anak muridnya.Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya.Pasti Dong Joon sedang menunggunya di luar.Sa Rang segera menghabiskan kerjanya.Kerjanya terhenti apabila buku terakhir yang mahu diambilnya sudah diambil oleh seseorang yang berada di hadapannya.Sa Rang terkejut apabila melihat Ji Won sedang tersenyum ke arahnya.
"Ji Won!"Sa Rang berdiri apabila melihat Ji Won sedang berdiri di hadapannya.
"Apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.Ji Won mengambil buku-buku yang sedang dipegang oleh Sa Rang.Dia kemudiannya meletakkan buku itu di dalam rak berwarna merah jambu.
"Saya nak ajak awak lunch hari ni,"kata Ji Won sambil menoleh ke arah Sa Rang.
"Em...kenapa awak tak call saya awal-awal?"soal Sa Rang,serba-salah.Kening kiri Ji Won terangkat.
"Kenapa?Awak dah ada temujanji lain ye?"soal Ji Won.Belum sempat Sa Rang hendak menjawab pertanyaan Ji Won,kelihatan kelibat Yun Ho muncul di muka pintu kelas itu.Sa Rang menoleh ke arah Yun Ho.
"Awak buat apa,Sa..."Dong Joon terdiam apabila melihat Sa Rang dan Ji Won berada di dalam kelas itu.
"Dong Joon ah..."Sa Rang terkejut melihat Dong Joon sedang berdiri di muka pintu.
"Oh,maaf.Saya ganggu awak berdua ke?"soal Dong Joon,tenang.Ji Won tersenyum.
"Taklah.Tapi saya rasa...saya yang ganggu awak berdua.Awak ada temujanji dengan Sa Rang ke?"soal Ji Won.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
"Awak nak ajak dia lunch juga ke?"soal Dong Joon pula.
"Kalau dia free,memang nak ajak dia keluar.Tapi,rasanya...tak jadilah,"kata Ji Won,sambil memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang tersenyum nipis ke arahnya.
"Sa Rang,kita jumpa lain kalilah.Saya balik dulu,"kata Ji Won,mulai beredar dari situ.Dong Joon tidak menoleh ke arah Ji Won.Sa Rang mengukir senyuman ke arah Dong Joon.
"Saya dah siap.Sorrylah sebab tunggu lama,"kata Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Awak nak keluar dengan saya ke?"soal Dong Joon.
"Kita kan dah janji?"soal Sa Rang pula.Dong Joon tersenyum.Kali ini,dia menang!


Sa Rang mengelap mulut Yun Ho yang sedikit comot itu.Yun Ho sekadar tersenyum malu.Dong Joon mencebik.Menyampahnya tengok...Dong Joon menyuap mee dengan kasar sehingga tercalit sedikit sos pada bibirnya.Sa Rang dan Yun Ho yang melihatnya tersenyum sesama sendiri.Dong Joon mengangkat keningnya sebelah.
"Apa?"soal Dong Joon.Sa Rang meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.Dong Joon pelik.
'Apa?"soalnya lagi.Sa Rang mengulangi perbuatannya.Namun masih tidak difahami oleh Dong Joon.Sa Rang kemudiannya mengambil tisu dan mengelap sos yang tercalit pada bibir Dong Joon itu.Dong Joon tergamam.Sa Rang tersenyum nipis ke arahnya.
"Apalah hyung ni,macam budak-budak je,"kata Yun Ho.Dong Joon menjeling ke arahnya.
"Tak sedarlah,"balas Dong Joon sebelum menghirup jus epalnya.Sa Rang tersenyum sambil menggeleng mendengar pertengkaran kecil antara dua beradik itu.
"Esok awak bertolak pukul berapa?"soal Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Pagi.Kenapa?Awak nak ikut ke?"soal Dong Joon,seraya bergurau.
"Tak adalah.Saja tanya.Yelah,awak kata awak ada kat sana nak dekat sebulan lebih,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum nakal.
"Awak takut rindu ye?"soal Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Jangan nak perasanlah,Dong Joon.Buat apa saya nak rindu kat awak,"kata Sa Rang.
"Okey.Yun,nanti kalau cikgu cuba tanya pasal hyung,Yun call hyung tau,"pesan Dong Joon kepada Yun Ho yang sedang berselera menjamah makanan tengahari itu.Sa Rang terkejut.
"Susah-susah je nak pesan kat Yun Ho.Saya takkan sesekali teringin nak tanya pasal awak,"kata Sa Rang,berkeras dengan pendiriannya.Dong Joon tersenyum sumbing.
"Kita tengok jelah nanti.Awak jangan yakin sangat.Nanti,kalau awak rindu separuh mati kat saya baru tahu,"kata Dong Joon,bersungguh-sungguh.Sa Rang angguk.
"Saya terima cabaran awak yang tak mencabar tu,"kata Sa Rang.Dong Joon tertawa kecil.Begitu juga dengan Sa Rang.Yun Ho pula lebih selesa dengan dunianya sendiri.

22 February, 2011

...Chapter 12...

Sa Rang melepaskan keluhan berat.Ruang tamunya yang sedikit bersepah itu sudah dikemasnya.Min Jung pula sudah keluar.Mahu berjumpa dengan rakan katanya.Sa Rang meletakkan tangannya di atas dahi sambil memejamkan matanya.Hujung minggu seperti ini teramat-amat dinantikannya.Bukannya selau dapat berehat macam ni...Namun,rehatnya terganggu apabila kedengaran telefon bimbitnya berdering.Matanya terbuka luas apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Dong Joon ah,"jawab Sa Rang.Kedengaran keluhan Dong Joon dalam talian.Sa Rang hairan."Dong Joon?"soal Sa Rang.Kedengaran keluhan Dong Joon lagi dalam talian.Sa Rang mulai resah.
"Dong Joon,kenapa ni?"soal Sa Rang.Dong Joon tidak memberi sebarang respon."Lebih baik awak cakap.Kalau tak,saya letak telefon,"ugut Sa Rang,mulai rimas dengan gurauan Dong Joon.
"Ala,nak main-main pun tak boleh.Garanglah cikgu ni."Kedengaran suara Dong Joon dalam talian.Sa Rang tersenyum sumbing.
"Awak kat mana ni?Tiba-tiba je call saya.Yun Ho tak ada apa-apa kan?"soal Sa Rang.
"Yela,kalau saya call je...mesti kena cakap pasal si kenit tu kan?"balas Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Oh,bukan pasal Yun Ho ke?Habis tu?"soal Sa Rang lagi.
"Saja.Nak tengok awak hidup lagi ke tak,"kata Dong Joon.
"Kenapa pula?"soal Sa Rang sambil berjalan ke arah balkoni rumahnya.
"Yela.Manalah tahu yang awak dah mati rindu kat saya.Kan saya dah lama tak hantar Yun Ho ke sekolah,"balas Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Tak payah nak perasan.Ala,baru dua minggu...apalah yang nak dikecohkan sangat,"kata Sa Rang.
"Ala,dengan saya,awak bolehlah cakap macam tu.Cuba kalau dengan boyfriend awak tu,mesti sesaat pun awak tak boleh tak jumpa dia,"kata Dong Joon.Sa Rang terkejut.
"Ji Won ke?Dia tu kawan saya je la,"balas Sa Rang.Kedengaran Dong Joon tertawa dalam talian.
"Sekarang yela awak cakap macam tu.Nanti-nanti tak tahu lagi,"kata Dong Joon lagi.
"Dahlah.Lupakanlah pasal tu.Awak kat mana ni?"soal Sa Rang,cuba menukar topik perbualan.
"Kat bawah,"jawab Dong Joon.
"Bawah?"soal Sa Rang.
"Em,"balas Dong Joon.Sa Rang memandang ke bawah.Memang benar!Dong Joon sedang menelefonnya dari bawah.
"Yah,apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.
"Boringlah duduk kat rumah.Jom keluar,"kata Dong Joon.Sa Rang masih memandang ke arah Dong Joon yang juga sedang memandang ke arahnya."Cepatlah turun.Awak nak tengkuk saya patah ke?"soal Dong Joon.


Sa Rang membelek-belek anak patung beruang berwarna putih sambil tersenyum-senyum.Dong Joon sekadar menunggunya dari luar.Dia kemudiannya melihat jam tangannya.Perempuan memang suka melabur duit kat tempat macam ni ke?Penantiannya berakhir apabila Sa Rang mulai melangkah keluar dari kedai itu sambil menjinjing beg kertas berwarna merah jambu.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang menghulurkan beg kertas itu kepadanya.
"Kenapa ni?"soal Dong Joon.Sa Rang kemudiannya mencapai tangan Dong Joon dan memaksa Dong Joon untuk memegang beg kertas itu.Dong Joon melihat isi di dalamnya.
"Untuk Yun Ho ke?"soal Dong Joon.
"Takkan nak bagi kat ahjussi kot,"jawab Sa Rang,bergurau.
"Yah,siapa yang ahjussi ni?Cakap baik-baik sikit ekh,"kata Dong Joon,tidak senang dipanggil 'ahjussi'.Sa Rang tersenyum.
"Alang-alang dah keluar ni,saya nak juga belikan sesuatu kat anak murid saya,"kata Sa Rang.
"Dekat Yun Ho je ke?"soal Dong Joon.
"Gilir-gilirlah.Lepas ni,belikan untuk yang lain pula,"jawab Sa Rang.Dong Joon sekadar mendengar.Kalau Sa Rang sedang membicarakan mengenai tadika dan anak-anak muridnya,Dong Joon tidak mahu mencelah.Sa Rang kelihatan sangat gembira apabila berbicara mengenainya.Dong Joon menyembunyikan senyumannya apabila melihat Sa Rang ketawa di antara ceritanya.
"Hah,Dong Joon...awak memang dah tak hantar adik awak ke tadika lagi dah ke lepas ni?"soal Sa Rang,sehingga membuatkan Dong Joon tersentak dari lamunannya yang baru singgah seketika.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Hantar ke sekolah?Em...tak tahu lagi,"kata Dong Joon.
"Apa maksud awak?"soal Sa Rang.
"Saya kena balik Busan semula Selasa ni.Sebab,nak kena turun ke tapak...tengok perjalanan projek tu,"kata Dong Joon,perlahan.
"Wah,nampaknya appa awak dah percayakan kebolehan awak untuk uruskan projek besar!Tahniah!"ucap Sa Rang sambil menepuk perlahan bahu Dong Joon.Dong Joon tersenyum nipis.
"Tapi...lepas ni,saya dah jarang balik ke Seoul.Mungkin,sebulan lebih saya ada kat Busan,"kata Dong Joon lagi.Riak wajah Sa Rang berubah.Sebulan lebih?Namun,Sa Rang berlagak biasa.
"Tak apalah.Memang tu kerja awak kan?"kata Sa Rang,pura-pura tersenyum.Entah kenapa,dia rasa tidak senang dengan perpisahan sementara yang bakal terjadi itu."Awak ni nampak sedih pula kenapa ni?"soal Sa Rang apabila melihat riak wajah Dong Joon yang berubah sedih itu.
"Sedih?Tak adalah...cuma..."
"Cuma apa?"soal Sa Rang.Namun,perbualan mereka terganggu apabila terdengar tangisan seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Sa Rang segera mendekati kanak-kanak itu.
"Adik,kenapa ni?"soal Sa Rang,cemas.Dong Joon sekadar melihat dari jauh.
"Omma..."jawab kanak-kanak itu,sebak.Sa Rang mengesat air mata kanak-kanak itu.Sa Rang mendukung kanak-kanak itu.
"Biar unni tolong carikan omma ye.Nama adik siapa?"soal Sa Rang.
"Julie..."jawab kanak-kanak itu.Sa Rang tersenyum.Dia kemudiannya melangkah ke arah Dong Joon sambil mendukung Julie.
"Awak nak buat apa dengan budak ni?"soal Dong Joon.
"Kita tolong carikan omma Julie ni lah,"jawab Sa Rang.Dong Joon terkejut.
"Kenapa pula?Awak letak je lah budak ni kat balai polis.Tak payah nak susahkan diri,"kata Dong Joon,tidak bersetuju dengan cadangan Sa Rang.
"Dong Joon,tak baik awak cakap macam tu.Kita kena tolong Julie,"kata Sa Rang.
"Saya tak nak tolong.Awaklah yang tolong budak ni sorang-sorang,"kata Dong Joon.Sa Rang menahan geram.
"Baik,tapi saya nak awak dukung Julie.Biar saya pergi ke balai polis,"kata Sa Rang.Dong Joon terkejut apabila Sa Rang meletakkan Julie pada pangkuannya.
"Yah,awak patutnya bawa budak ni sekali,"kata Dong Joon.Sa Rang menunjukkan gambar yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.Dong Joon terkejut.
"Bila masa pula awak tangkap gambar budak ni?"soal Dong Joon,hairan.
"Awak tak perlu tahu.Tapi,awak tolong jagakan Julie kejap ye?Mungkin omma Julie pun ada kat balai polis juga.Julie duduk dengan oppa ye,"kata Sa Rang kemudiannya mengusap lembut rambut Julie yang panjang itu.
"Yah,Sa Rang!"panggil Dong Joon.Namun tidak diendahkan oleh Sa Rang yang segera beredar dari situ.Dong Joon mengeluh dan kemudiannya menjeling ke arah Julie.
"Kau ni kacaulah.Ingat senang ke aku nak date dengan dia?"kata Dong Joon kepada Julie yang sedang duduk di sebelahnya.Julie sekadar mendiamkan diri.Dong Joon mengeluh lagi.
"Kau nak aiskrim ke?"soal Dong Joon.Perlahan-lahan,Julie angguk.Dong Joon mendukung kanak-kanak itu sambil menuju ke arah kedai aiskrim,tidak jauh dari situ.


"Minta maaf,ahjussi,"ucap seorang budak lelaki apabila terlanggar Dong Joon yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai itu.Dong Joon memandang tajam ke arah budak lelaki itu.
"Apa kau panggil aku?Ahjussi?"soal Dong Joon,geram.Budak lelaki itu ketakutan dengan pandangan tajam Dong Joon lalu segera berlari dari situ.
"Yah!"jerit Dong Joon.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah kedai itu."Sedap-sedap je panggil orang 'ahjussi',"katanya perlahan.Julie tersenyum kecil."Apa yang kelakarnya?"soal Dong Joon.Julie menggeleng.Dong Joon mencebik.


"Julie!"panggil Puan Mary apabila melihat anaknya sedang duduk sambil menjamah aiskrim bersama-sama dengan Dong Joon.Sa Rang yang turut berada di sebelah Puan Mary turut tersenyum melihat kerajinan Dong Joon melayan kanak-kanak itu.Julie yang melihat kelibat ommanya segera berlari ke arah Puan Mary.Dong Joon berdiri apabila Puan Mary berjalan ke arahnya.
"Kamsahamida.Maaflah buat kamu berdua...susah je,"ucap wanita itu sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Oh,tak ada apa-apa.Cuma lain kali,Puan kena hati-hati sikitlah lepas ni,"kata Dong Joon.Puan Mary angguk lalu meminta izin untuk beredar dari situ.Sa Rang mendekati Dong Joon dengan senyuman yang lebar.
"Awak ni kenapa pula?"soal Dong Joon.
"Awak ni...baik juga dengan budak-budak ekh?"usik Sa Rang.Dong Joon menelan air liur.
"Ni yang saya malas ni.Kalau keluar dengan cikgu tadika,memang saya tak boleh terlepas dari budak-budak ekh?Fine,kalau macam tu,saya bawa Yun Ho jela lepas ni kalau keluar dengan awak lagi,"kata Dong Joon lalu beredar,meninggalkan Sa Rang.Sa Rang ketawa sambil menggeleng.Dong Joon...Dong Joon...


Dong Joon memarkirkan keretanya di hadapan apartment Sa Rang.Sa Rang membuka tali pinggang keledarnya.
"Terima kasih,Dong Joon.Sebab sudi ajak saya keluar,"kata Sa Rang.Dong Joon angguk.
"Tapi tak seperti yang saya rancangkan,"kata Dong Joon,perlahan.
"Apa?"soal Sa Rang.
"Tak ada apa..."kata Dong Joon,pura-pura ketawa.Sa Rang tersenyum.
"Esok..."
"Mungkin saya hantar Yun Ho ke sekolah,sebab saya cuti esok,"kata Dong Joon,memotong percakapan Sa Rang.
"Oh ye ke?"soal Sa Rang,pinta kepastian.Dong Joon angguk.
"Kalau macam tu,kita jumpa esoklah,"kata Sa Rang.Dia kemudiannya keluar dari kereta Dong Joon.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Unni?"Sa Rang dan Dong Joon menoleh ke arah suara yang memanggil 'unni' itu.Dong Joon terkejut apabila melihat Min Jung sedang memerhatikan mereka.
"Min Jung,baru balik ke?"soal Sa Rang.Min Jung tersenyum sambil berjalan ke arah kakaknya.
"Min baru balik dengan kawan,"kata Min Jung,sekali-sekala memandang ke arah Dong Joon yang masih terpinga-pinga itu.
"Dong Joon,kenalkan...ini Min Jung,adik saya,"kata Sa Rang.
"Adik awak?"soal Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon tersenyum.
"La,kenapa tak cakap awal-awal?"soal Dong Joon.
"Cakap apa?"soal Sa Rang.
"Min Jung ni kawan adik saya,Hye Ri..."kata Dong Joon.
"Oh yeke?Baguslah macam tu.Kan,Min?"soal Sa Rang.Min Jung sekadar angguk.
"Em,tak apalah.Kita jumpa esok.Saya balik dulu,"kata Dong Joon.Sa Rang angguk.Dong Joon kemudiannya memasuki semula ke dalam keretanya.Min Jung tidak senang dengan situasi itu.Bagaimana Sa Rang dan Dong Joon boleh berkenalan?Rasa cemburu  mulai bersarang dalam hatinya.
"Min...jom naik,"ajak Sa Rang,sambil memegang tangan adiknya.Min Jung sekadar tersenyum nipis.
"Min memang dah kenal dengan Dong Joon ke?"soal Sa Rang.
"Tak sangat...sikit je,"jawab Min Jung,lemah.Sa Rang memaut bahu adiknya tanpa mengesyaki sesuatu.
"Jom,unni masakkan ramen.Mesti Min penat kan?"soal Sa Rang.Min Jung sekadar angguk.





G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang

Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung

21 February, 2011

...Chapter 11...

Jong Suk sekadar mendengar segala apa yang keluar dari mulut teman wanitanya itu.Rindunya terubat apabila Hye Ri bersetuju untuk bertemu dengannya hari ini.Hye Ri berhenti dari bercakap apabila melihat pandangan Jong Suk yang begitu berlainan dari biasa.Hye Ri mengawang-awangkan tangannya di hadapan Jong Suk.Namun,Jong Suk masih kaku.Hye Ri geram.Oh,berangan rupanya.Perlahan-lahan,Hye Ri mencubit pipi Jong Suk.Jong Suk mengaduh kesakitan.
"Aegi ah,sakitlah!Kenapa cubit pipi oppa pula ni?"kata Jong Suk sambil mengusap-usap pipinya yang kesakitan itu.Hye Ri ketawa.
"Tulah,orang tengah cakap,berangan.Kan dah kena,"balas Hye Ri,masih dengan tawanya yang bersisa itu.Jong Suk kemudiannya tersenyum sehingga menampakkan lesung pipinya.
"Sorrylah.Oppa rindu sangat kat Hye Ri sampai terleka pandang muka Hye Ri je,"kata Jong Suk.
"Yela tu.Entah-entah oppa tengah tengok perempuan lain.Kalau oppa pandang perempuan lain,Hye Ri bagitahu kat Dong Joon oppa.Biar Dong Joon oppa belasah oppa,"kata Hye Ri,sekaligus bergurau.
"Oh jangan.Nanti habislah muka handsome oppa ni,"balas Jong Suk.Hye Ri tertawa."Hah,cakap pasal Dong Joon,Hye Ri perasan kan yang Dong Joon dah tak hantar dan jemput Yun Ho dari sekolah?"soal Jong Suk.
"A'ah.Perasan.Bila Hye Ri tanya kenapa,dia kata saja...nak tukar rutin harian dia sekali sekala,"jawab Hye Ri.Jong Suk menggigit bibirnya."Kenapa oppa?"soal Hye Ri.Jong Suk kemudiannya mengukir senyuman sumbing.
"Oppa tahu plan Dong Joon sebenarnya,"kata Jong Suk.
"Apa?"soal Hye ,berminat untuk tahu.
"Oppa rasalah...Dong Joon nak uji cikgu Yun Ho tu.Rasa-rasa cikgu tu rasa lain tak kalau Dong Joon tak hantar Yun ho ke sekolah macam biasa...macam tu la kot,"teka Jong Suk.Hye Ri terdiam seketika.Kata-kata Jong Suk itu ada logiknya.
"Maknanya betullah Dong Joon oppa suka kat cikgu tu?"duga Hye Ri.
"Dia tak ngaku.Dia kata cikgu tu bukan standard dia.Tapi,masalahnya dah terang,jelas dan nyata yang dia suka kat cikgu tu,"kata Jong Suk sebelum meneguk jus oren yang terletak di hadapannya.
"Em,patutlah kat rumah dia asyik belek-belek muka kat cermin je 24 jam,"kata Hye Ri.
"Ye?Mesti dia terpengaruh dengan cakap oppa suruh dia cukur segala bulu kat muka dia tu,"balas Jong Suk.
"Oppa suruh dia cukur?Wah,oppa tahu kan yang Dong Joon oppa tu sangat kat misai janggut dia tu?Gila dia nak buang,"kata Hye Ri,terkejut dengan kenyataan Jong Suk itu.Jong Suk angguk.
"Ala,oppa cadangkan je.Dia bukannya tak handsome.Saje nak semakkan muka dia dengan buku-bulu itu.Kalau dia cukur,lagi nampak kemas dari sekarang,"kata Jong Suk.Hye Ri memuncungkan mulutnya.
"Hye Ri pun teringin nak tengok muka dia yang nampak 'bersih' sikit.Rasanya,Hye Ri pun dah lupa muka dia yang 'bersih' tu,"kata Hye Ri.
"Harap-harap dia terpujuklah dengan pujuk rayu oppa tu,"kata Jong Suk sambil ketawa.Hye Ri turut ketawa.

Min Jung memberanikan diri untuk singgah ke rumah agam keluarga Park itu.Bimbang juga jika tiada orang di rumah memandangkan hari ini hujung minggu.Pasti mereka sudah ada rancangan untuk bercuti di mana-mana.Min Jung menekan loceng rumah agam itu.Namun,tiada respon dari dalam.Min Jung sedikit hampa.Dia ingin sahaja beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila melihat sebuah kereta merah mewah yang amat dikenalinya sedang berhenti di hadapan pintu pagar rumah itu.Kelihatan Dong Joon keluar dari kereta itu.Jantung Min Jung berdegup pantas apabila melihat lelaki yang menjadi igauannya itu.Min Jung berpura-pura biasa.
"Min Jung,buat apa kat sini?"soal Dong Joon,sedikit hairan melihat kawan baik adiknya sedang berdiri di luar pagar rumahnya.Min Jung mengukir senyuman manis.
"Oppa,maaflah ganggu.Saya nak cari Hye Ri sebenarnya,"kata Min Jung,berbohong.Dong Joon sekadar angguk.
"Hye Ri tak ada.Dia ada date...macam biasalah.Rumah ni pun tak ada orang hari ni.Parents oppa ke luar negeri sekejap.Yun Ho kenit pun ikut sekali.Pembantu-pembantu pun tak ada.Boleh dikatakan oppa soranglah yang ada kat sini,"terang Dong Joon sambil menekan butang yang membolehkan pintu pagar rumah agam itu terbuka.Min Jung sekadar melihat perlakuan Dong Joon itu.
"Kalau macam tu,saya balik dululah.Saya pun tak nak kacau oppa berehat hujung minggu macam ni,"kata Min Jung,ingin beredar dari situ walaupun itu bukanlah keinginan sebenarnya waktu ini.Ingat senang ke nak jumpa Dong Joon oppa?
"Tak nak masuk dulu ke?"soal Dong Joon.Min Jung merasakan seperti sinar kebahagiaan sedang terpancar ke arahnya.Min Jung menoleh ke arah Dong Joon.
"Eh,tak apalah.Lagipun,Hye Ri tak ada.Seganlah pula,"kata Min Jung.Dong Joon tersenyum.
"Ala,kalau segan sangat...duduklah kat taman.Minum-minumlah dulu.Oppa pun bosan juga kat rumah ni sorang-sorang.Min Jung ada...bolehlah bersembang sikit.Lagi-lagi kalau pasal Hye Ri.Kalau oppa tahu perangai dia yang sebenar kat sekolah,bolehlah oppa report kat appa kan,"kata Dong Joon,sebelum tertawa kecil.Min Jung sekadar tersenyum.Agak berlainan perangai Dong Joon dari pertemuannya yang pertama dulu.Namun,Min Jung tidak pedulikan hal itu.Yang penting,Dong Joon ingin berborak dengannya.Akhirnya,Min Jung angguk.

"Oppa tengok Min Jung nampak lain sikitlah,"kata Dong Joon.Min Jung membetulkan sedikit rambutnya yang menutupi dahinya itu.
"Kenapa?Nampak buruk ekh?"soal Min Jung,sedikit risau dengan penampilan barunya itu.
"Taklah.Okey je oppa tengok.Mesti Min Jung ubah stail ni sebab....seseorang kan?"duga Dong Joon.Min Jung menahan malu.
"Tak adalah.Saja je,"balas Min Jung.Entah kenapa,jantungnya tidak henti-henti berdegup pantas seolah-olah hendak menembus keluar dari dadanya.Dong Joon meneguk jusnya.
"Oppa,kenapa tak ikut family sekali ke luar negeri?"soal Min Jung.
"Oppa baru balik dari luar negeri,"jawab Dong Joon.
"Eh,oppa pergi mana?"soal Min Jung lagi.
"Dari Busan.Tengok kan projek appa kat sana dari hari Rabu.Hari ni baru oppa balik Seoul,"kata Dong Joon.
"Maaflah,oppa.Patutnya saya tanya soalan tu awal sikit.Tak payahlah oppa layan saya lama-lama macam ni,"kata Min Jung,sedikit rasa bersalah.
"Tak apalah.Esok oppa cuti.Bolehlah tidur lama sikit,"kata Dong Joon,sambil tertawa kecil.Min Jung tersenyum.Perbualan mereka terhenti apabila sebuah kereta hitam berhenti di hadapan pintu pagar rumah agam itu.Kelihatan Hye Ri keluar dari kereta itu.Begitu juga dengan Jong Suk.
"Min Jung!"jerit Hye Ri,terkejut melihat Min Jung sedang duduk bersama-sama dengan oppanya.Min Jung berdiri.
"Kau buat apa kat sini?"soal Hye Ri.Jong Suk pula menghampiri Dong Joon.
"Nak jumpa kau.Tapi kau tak ada.Nasib baik oppa kau ada,"kata Min Jung sambil memandang ke arah Dong Joon yang sedang rancak berbual dengan Jong Suk.
"La,kanapa tak call je?"soal Hye Ri.
"Kau tak angkat,"kata Min Jung.Hye Ri menepuk dahinya.
"Sorry,aku tertinggal phone kat kereta Jong Suk oppa tadi,"kata Hye Ri selepas teringat akan sesuatu.
"Kau nak ajak aku keluar ke?"soal Hye Ri.Perlahan-lahan,Min Jung angguk.
"Oppa!"panggil Hye Ri.Kedua-dua Dong Joon dan Jong Suk menoleh ke arah Hye Ri.
"Hye Ri nak keluar dengan Min Jung kejap tau,"kata Hye Ri.Kedua-duanya angguk.
"Dong Joon oppa!"panggil Min Jung.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Terima kasih,"ucap Min Jung sambil menundukkan sedikit badannya.Dong Joon sekadar tersenyum.

"Yah,lama tak jumpa kau,"kata Jong Suk sambil menepuk bahu Dong Joon.
"Kenapa?Rindu kat aku ke?"soal Dong Joon.Jong Suk tertawa.
"Bukan aku.Cikgu tu yang rindu kat kau,"balas Jong Suk.Dong Joon menyembunyikan senyumannya.Baru-baru ini pun,Yun Ho ada menelefonnya dan menyampaikan salam dari Sa Rang kepadanya.Hatinya berbunga.
"Dong Joon,ceritalah kat aku plan kau sebenarnya.Takkan dengan aku,kau nak berahsia,"pujuk Jong Suk.
"Mana ada plan...Ish,kau ni.Dahlah,aku nak rehat ni.Penatlah,"kata Dong Joon,malas.Jong Suk mencebik.
"Amboi,dengan kawan Hye Ri tu bukan main mesra lagi aku tengok.Dengan aku,kau buat macam ni.Player juga kau ni ekh?Pandai goda perempuan,"kata Jong Suk.
"Yah!"Dong Joon memukul bahu Jong Suk."Sedap mulut kau je cakap macam tu.Aku penatlah,"kata Dong Joon.Jong Suk tertawa.
"Okey okey...Pergilah tidur okey.Mimpikan cikgu tadika kesayangan kau tu,"usik Jong Suk.Dong Joon sekadar menggeleng.



G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Choi Si Won SUJU as Lee Jong Suk


Ji Yeoung KARA as Park Hye Ri

Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung

20 February, 2011

...Chapter 10...

"Yalah,oppa.Hye Ri baru je habis kelas ni,"kata Hye Ri,sedikit manja.Maklumlah buah hati yang menelefon.Seketika Hye Ri ketawa.Mungkin Jong Suk sedang bergurau dengannya.Hye Ri sangat kusyuk berbual sehinggakan tidak sedar dirinya sedang diekori oleh seseorang.
"Nak keluar malam ni?"soal Hye Ri semula apabila Jong Suk mengajaknya keluar malam nanti."Em...tak tahu lagilah,oppa.Nanti,Hye Ri confirmkan balik dengan oppa ok?"jawab Hye Ri selepas berfikir sejenak mengenai ajakan Jong Suk itu.
"Okeylah kalau macam tu.Jangan lupa beritahu oppa okey?Mesej pun jadilah,"kata Jong Suk dalam talian.Hye Ri tersenyum.
"Okey.Saranghae oppa,"ucap Hye Ri.
"Saranghae..."balas Jong Suk.Hye Ri menamatkan panggilannya dengan senyuman senang hati.Sudah agak lama juga Jong Suk tidak menghubunginya kerana kesibukannya Hye Ri juga.Terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan.Maklumlah pengajian semester akhir hampir tamat.Peperiksaan juga hampir tiba.Bertuah sungguh dirinya kerana mendapat teman lelaki yang sangat memahami.
"Hye Ri ah..."Lamunan Hye Ri terganggu apabila mendengar namanya dipanggil.Hye Ri mengerutkan dahinya apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali sedang berjalan ke arahnya.
"Ya?"soal Hye Ri apabila wanita sudah berdiri di hadapannya.Seingatnya,dia tidak pernah melihat wanita cantik ini di kampus.
"Yah,janganlah buat-buat tak kenal pula.Takkan kau pun tak kenal aku juga?"kata wanita itu,sedikit hampa.Hye Ri tersenyum nipis.
"Sorry.Rasanya saya tak pernah nampak awak pun kat sini,"akui Hye Ri.Kedengaran wanita itu mengeluh perlahan.Dia kemudiannya memakai cermin matanya.Hye Ri terkejut.
"Min Jung?!"soal Hye Ri,tidak percaya.Min Jung kemudiannya membuka cermin matanya sambil tersenyum.
"Hah...kenal pun.Sampai hati kau tak kenal aku,"kata Min Jung,pura-pura merajuk.Pantas sahaja Hye Ri mendekatinya.
"Ala...sorrylah.Seriously,aku tak kenal kau.Min Jung,kenapa kau tiba-tiba...berubah cantik macam ni?"soal Hye Ri sambil meraba-raba wajah Min Jung yang kian cantik itu.Rambutnya juga sudah berubah stail.Gayanya lebih matang dari biasa.Tidak kelihatan seperti pelajar kolej.Min Jung tersengih.
"Cantik ke?"soal Min Jung,malu-malu.Hye Ri angguk.
"Ah...ni mesti sebab Won Bin kan?"usik Hye Ri.
"Taklah.Aku...saja je nak ubah gaya.Barulah standard kawan dengan kau,"balas Min Jung.Hye Ri mencebik.
"Kau ingat aku ni memilih sangat ke bab-bab berkawan ni,"kata Hye Ri.Min Jung ketawa.
"Wah,kalau Won Bin tengok kau macam ni,mesti lagi laju dia kejar kau,"usik Hye Ri lagi.Min Jung tersenyum nipis.Tidak selesa digosipkan dengan Won Bin.Perubahan ini bukan dilakukan untuk lelaki itu.Tetapi untuk seseorang yang sudah berjaya menakhluki hatinya.Namun,hal itu perlu dirahsiakan dari pengetahuan Hye Ri.
"Hye Ri,jomlah kita pergi lunch sama-sama,"ajak Min Jung sambil memegang tangan Hye Ri.Hye Ri angguk,bersetuju dengan ajakan kawan karibnya itu.

Sa Rang sedikit hairan apabila sudah hampir seminggu Yun Ho tidak dihantar dan dijemput oleh Dong Joon.Apabila ditanya kepada Yun Ho,dikatanya Dong Joon sangat sibuk kebelakangan ini.Jadi,Sa Rang tidak mahu bertanya lebih.Mungkin benar Dong Joon betul-betul sibuk.Maklumlah pewaris syarikat besarlah katakan.Mungkin Dong Joon sudah mulai serius dengan pekerjaan dan tanggungjawabnya.Sa Rang memuji Dong Joon dalam diam.
"Cikgu,saya balik dulu,"ucap Yun Ho sambil melambai ke arah Sa Rang.
"Em,Yun Ho!"panggil Sa Rang.Yun Ho tidak jadi meneruskan langkahnya lalu menoleh ke arah Sa Rang.Sa Rang kemudiannya mendekati Yun Ho sambil menundukkan sedikit badannya.
"Nanti...em..kalau Yun Ho dah balik rumah,Yun Ho tolong sampaikan salam cikgu dekat hyung ekh?"pesan Sa Rang,sedikit malu dengan tindakannya.Yun Ho tersenyum nakal.
"Cikgu rindu kat hyung saya ekh?"usik Yun Ho.Sa Rang menahan malu.
"Eh,bukan.Cuma...hahaha...yela,diakan..."Sa Rang terdiam seketika.Siapakah Dong Joon di hatinya?Kawan kah?Ataupun sekadar hubungan antara guru dan penjaga?Sa Rang menelan air liur.
"Okey,nanti saya cakap dekat hyung saya,"kata Yun Ho.Sa Rang tersenyum.
"Kamsahamida.Hati-hati ya,"kata Sa Rang.Yun Ho segera berjalan meninggalkan Sa Rang,menuju ke arah Ki Tae yang masih setia menunggunya.
"Mana abang dia,Sa Rang?"soal Ji Eun,tiba-tiba.Hampir luruh jantung Sa Rang apabila ditegur oleh Ji Eun tiba-tiba.
"Ji Eun,kau ni!Terkejutla,"balas Sa Rang,pura-pura marah.Ji Eun ketawa.
"Sorrylah.Aku tengok kau ni macam pungguk rindukan bulan pula,"usik Ji Eun.
"Apa yang rindunya?Kau ni ada-ada je,"balas Sa Rang,cuba menyembunyikan getaran hatinya.Bimbang dihidu oleh Ji Eun.
"Aku tengok kau ni lain macam sikit sejak si Yun Ho tu tak dihantar oleh abangnya lagi.Ni mesti ada apa-apa kan?Ala,aku rasa logik je kalau kau tercair kat Dong Joon tu.Aku tengok dia pun boleh tahan juga.Nasib baik aku dah kahwin.Kalau tak,dah lama aku rebut dia dari kau,"kata Ji Eun,semakin galak mengusik Sa Rang.
"Ambil je la kalau kau nak.Aku tak ada kena-mengena dengan dia,"kata Sa Rang.Ji Eun mencebik.
"Jangan ego sangat.Kalau dah suka tu,lebih baik cakap je.Nanti melepas,baru tahu,"kata Ji Eun,sambil menepuk bahu Sa Rang.
"Impossible!Benda tu takkan terjadi.Aku takkan tersangkut kat mamat tu,"balas Sa Rang,penuh yakin.
"Well,tengoklah macam mana,"kata Ji Eun pula.

Tumpuan Ji Won terganggu apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar.
"Masuk!"Ji Won meneruskan kerjanya tanpa menoleh ke arah seseorang yang sedang memasuki biliknya.
"Oppa,"tegur Mika lembut.Ji Won menoleh ke arah Mika sambil tersenyum.
"Eh,Mika.Duduklah.Sorrylah,bilik oppa berselerak sikit,"kata Ji Won.Mika tersenyum.
"Eh,tak apa.Mika masuk pun kejap je.Nak tanya kalau oppa nak pesan apa-apa tak sebab Mika nak keluar dengan ahjumma ni,"kata Mika.Ji Won memandang ke arah Mika.
"Mika nak keluar dengan omma?"soal Ji Won semula.Mika angguk.Ji Won terdiam sejenak.Mika sekadar merenung wajah lelaki itu.Seketika Mika tersenyum sendiri.Apabila Ji Won memandang ke arahnya semula,pantas sahaja Mika mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.
"Em,Mika belikan jus kesukaan oppa tulah.Macam biasa.Tadi oppa tengok kat dalam peti ais,dah habis,"kata Ji Won.
"Dah agak dah.Ada lagi ke yang oppa nak pesan?"soal Mika lagi.Ji Won menggeleng.
"Nanti kalau ada lagi,oppa telefon Mika okey?"balas Ji Won.
Mika angguk sambil tersenyum.Mika beralih dari Ji Won dan menuju ke arah pintu bilik Ji Won.Namun,dia berhenti seketika.
"Em,hari ni oppa keluar lagi ke dengan Sa Rang unni?"soal Mika,perlahan tanpa menoleh ke arah Ji Won.
"Tak kot.Kenapa?"soal Ji Won,tidak mengesyaki apa-apa.Mika kemudiannya menoleh ke arah Ji Won sambil tersenyum.
"Saja tanya.Sebab kalau oppa nak keluar,jangan lupa bawa kunci.Mika dengan ahjumma maybe balik lambat sikit,"kata Mika.Ji Won tersenyum.
"Arasso,"balas Ji Won.Mika kemudiannya meminta izin untuk keluar.Ji Won sekadar menggeleng.
"Comel betul Mika ni,"pujinya dalam diam.Kemudian,matanya tertumpu kepada telefon bimbitnya.Hatinya menjerit-jerit mahu menghubungi Sa Rang.Namun,dilupakan sahaja niatnya itu.Bimbang mengganggu wanita itu pula.
"Esoklah telefon,"katanya perlahan.Sungguh dia amat menyenangi Sa Rang.Sa Rang melengkapi ciri-ciri wanita idamannya.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia menjadikan wanita itu sebagai teman istimewanya.Namun bimbang jika ditolak memandangkan perkenalan mereka masih baru.Dia akui dia amat tertarik untuk mengenali Sa Rang sejak dari pertama kali memandang wajahnya.Sebab itu,dia menggunakan helah novel kesukaan Sa Rang sebagai cara untuk mendekati wanita itu.Cinta pandang pertama!Ji Won tersenyum malu.

Min Jung berjalan laju apabila menyedari Won Bin sedang mengekorinya dari belakang.Namun,Won Bin berjaya menahannya.Min Jung melepaskan keluhan berat.
"Won Bin,saya nak cepat ni,"kata Min Jung,malas hendak melayan Won Bin yang tidak henti-henti mengekorinya.Min Jung rimas!Susah sangat ke nak faham?!
"Min Jung,saya nak cakap dengan awak kejap je,"kata Won Bin.
"Masalahnya saya tak nak cakap dengan awaklah.Kalau awak nak bincang pasal benda yang sama,saya tetap dengan jawapan saya.Jawapan saya masih sama!"balas Min Jung,sedikit kasar.Hati Won Bin sedikit terusik dengan layanan Min Jung yang dingin terhadapnya.Won Bin memegang tangan Min Jung.
"Awak tak nak bagi peluang langsung untuk saya berkawan dengan awak ke?Saya cuma nak berkawan dengan awak,"kata Won Bin,tidak putus asa.Min Jung melepaskan tangannya.
"Kenapa saya?Kan ramai lagi perempuan yang ada.Kalau awak tanya soalan ni kat mereka,confirm awak takkan sakit hati macam awak tanya soalan ni kat saya.Awak tak bosan ke dengan saya?Saya dah tolak ajakan awak banyak kalikan?"soal Min Jung.Won Bin terdiam.Min Jung segera meninggalkan Won Bin.Won Bin memandang Min Jung dengan pandangan sayu.Dia melepaskan keluhan berat.Hye Ri yang terdengar perbualan mereka segera melangkah mendekati Won Bin.Won Bin pura-pura tersenyum apabila melihat Hye Ri sedang berjalan ke arahnya.
"Hi,Hye Ri,"sapa Won Bin,berlagak biasa.
"Awak okey ke?"soal Hye Ri.Won Bin tersenyum.
"Apa yang okey?"soal Won Bin.
"Saya dengar tadi.Sorry,tak sengaja dengar perbualan korang tadi.Em...saya harap awak tak terasa dengan Min Jung.Mungkin dia ada alasan dia sendiri,"kata Hye Ri.Won Bin menggeleng.
"Tak adalah.Okey je.Mungkin saya ni mendesak sangat kot,'kata Won Bin,pura-pura ketawa.Hye Ri tersenyum tawar.Sedikit rasa bersalah terhadap Won Bin.
"Saya nak minta maaf bagi pihak Min Jung,"ucap Hye Ri,perlahan.
"Eh,tak perlu minta maaf.Tak ada apa-apalah.Em,tak apalah saya pun ada hal ni.Saya pergi dulu ekh,"kata Won Bin,segera beredar dari situ.Hye Ri melepaskan keluhan.Simpati kepada Won Bin yang tidak jemu untuk mendekati Min Jung.Hye Ri sedikit hairan dengan Min Jung.Apa lagi yang Min Jung mahu?Bukankah Won Bin sudah melengkapi semua ciri lelaki idamannya?Jenis lelaki yang macam mana lagi yang Min Jung mahukan?




Han Hyo Joo as Kim Sa Rang

Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung



Ji Young KARA as Park Hye Ri


IU as Mika


Lee Dong Hae as Oh Won Bin


Bo Ram T-ARA as Han Ji Eun

Im Seulong as Kang Ji Won

19 February, 2011

...Chapter 9...

Dong Joon meraba-raba wajahnya di cermin.Entah mengapa,kata-kata Jong Suk malam tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.Benarkah apa yang dikatakan oleh Jong Suk itu?Dong Joon berfikir sejenak.Dia menoleh ke arah krim dan pencukur yang terletak betul-betul di hadapannya.Perlahan-lahan,dia mengambil kedua-dua barang itu.Kemudian,dia menyapu krim putih itu pada separuh daripada wajahnya.Dong Joon memerhatikan wajahnya di cermin.Tangannya menggigil apabila pencukur itu mulai dekat pada wajahnya.Sedikit lagi pencukur itu menghampiri wajahnya.Matanya terpejam rapat.Seolah-olah takut untuk menghadapi kehilangan sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.Sedikit lagi...sedikit lagi...sedikit lagi....
"Hyung!"Jeritan Yun Ho membuatkan pencukur itu terlepas dari tangan Dong Joon kerana terkejut.Pantas dia membuka pintu bilik air.
"Yah!Apasal jerit-jerit ni?!"jerkah Dong Joon apabila melihat Yun Ho sedang berdiri tidak jauh dari katilnya.Yun Ho kelihatannya terkejut dengan jerkahan Dong Joon itu.
"Em...miane.Yun Ho tak sengaja,"kata Yun Ho.Dia memandang pelik ke arah Dong Joon.
"Apa?"soal Dong Joon.
"Hyung pakai apa tu?"soal Yun Ho,merujuk kepada wajah Dong Joon.Kedengaran Dong Joon berdehem beberapa kali.
"Tak payah nak sibuk.Pergi turun dulu.Nanti hyung dah siap,hyung turunla,"kata Dong Joon lalu masuk ke dalam bilik air semula,meninggalkan Yun Ho keseorangan di situ.

Dong Joon memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar tadika,tempat Yun Ho belajar.Yun Ho keluar dari kereta abangnya dan mulai berlari menuju ke kelasnya.
"Yun Ho!"jerit Dong Joon.Yun Ho berhenti dan menoleh ke arah Dong Joon.Dong Joon mengisyaratkan Yun Ho agar datang ke arahnya.Yun Ho menurut.
"Apa?"soal Yun Ho.Dong Joon menundukkan badannya dan membisikkan sesuatu kepada adiknya itu.Riak wajah Yun Ho berubah.
"Ah,tak naklah!"balas Yun Ho.
"Ala,pleaselah Yun...tolong hyung kali ni ekh?Nanti hyung belikan sesuatu kat Yun.Yun nak apa,Yun cakap je.Hyung akan belikan,"pujuk Dong Joon.
"Tapikan hyung kena balik office lepas hantar Yun balik,"kata Yun Ho.
"Tak payah sibuk hal hyung.Yang penting,Yun tolong hyung ekh?Ala,bukannya Yun tak join.Yun boleh je join,"pujuk Dong Joon lagi.Yun Ho terdiam seketika.
"Yun trylah,"kata Yun Ho,bersetuju.Dong Joon tersenyum lalu mencubit pipi adik angkatnya itu.Yun Ho terkejut.
"Hahahaha,comelnya dongsaeng Yun Ho ni,"kata Dong Joon.Yun Ho mencebik.
"Peliklah hyung ni,"kata Yun Ho lalu beredar dari situ.Dong Joon masih tak lekang dengan senyumannya.Hopefully success!

Yun Ho masih duduk di tempat duduknya walaupun loceng tamat waktu persekolahan sudah berbunyi.Sa Rang yang sedang mengemas bukunya terpandang ke arah Yun Ho yang kelihatan seperti orang sedang sakit.Laju sahaja dia mendekati ke arah Yun Ho.
"Yun Ho,kenapa ni?Tak sihat ke?"soal Sa Rang,cemas sambil meletakkan tangannya pada dahi Yun Ho.Dahi Yun Ho berkerut,menahan kesakitan.Yun Ho memegang perutnya."Yun Ho sakit perut ke?"soal Sa Rang lagi,apabila menyedari Yun Ho sedang memegang perutnya.Yun Ho angguk.Sa Rang kemudiannya keluar dari kelas dan cuba mencari-cari kelibat Dong Joon.Hatinya lega apabila melihat Dong Joon sedang menunggu di dalam kereta.Kelam-kabut dia berlari ke arah Dong Joon dan kemudiannya mengetuk cermin kereta Dong Joon.Dong Joon menoleh ke arah Sa Rang.
"Kenapa ni?"soal Dong Joon,berlagak biasa.
"Adik awak...sakit kat dalam tu!"jawab Sa Rang,cemas.Dong Joon pura-pura terkejut.
"Yeke?"soal Dong Joon.Sa Rang angguk.
"Cepatlah!"kata Sa Rang,lalu membuka pintu kereta Dong Joon.Pantas sahaja dia menarik tangan Dong Joon.Dong Joon tersenyum sumbing.Plannya berjaya!!!Tahniah Yun Ho!Lakonan kau sukses!
"Yun Ho!"jerit Dong Joon,cemas melihat adiknya sedang mengerang kesakitan.Sa Rang apatah lagi.Kelam-kabut,Dong Joon mendukung adiknya lalu dibawa keluar dari kelas itu.Sa Rang turut mengekorinya dari belakang.Dong Joon kemudiannya meletakkan Yun Ho di tempat duduk belakang.Sa Rang sekadar memerhati.Cemas melihat keadaan Yun Ho yang kesakitan itu.
"Hyung bawa Yun ke klinik ekh?"soal Dong Joon sambil mengusap lembut kepala Yun Ho.Yun Ho menggeleng.
"Tak bolehlah macam ni.Kan Yun tengah sakit ni,"kata Dong Joon,masih melakonkan wataknya dengan baik sekali.
"Yun takut kena cucuk,"kata Yun,pura-pura hendak menangis.Sa Rang semakin risau.
"Tak kena cucuklah,Yun Ho.Yun Ho ikut hyung pergi klinik ye?"pujuk Sa Rang pula.
"Tak nak!"balas Yun Ho.Sa Rang panik.Dong Joon menyembunyikan senyumannya.Wah,hebatnya Yun Ho!
"Habis tu,Yun Ho nak apa?"soal Sa Rang.
"Cikgu ikut saya pergi makan boleh?Mungkin kalau dah makan,perut saya okey kot,"kata Yun Ho.
"Em..."Sa Rang serba-salah.
"Sa Rang,awak tak payahlah susah-susah.Biar saya je yang bawa Yun pergi makan.Awak mesti dah penat kan?"kata Dong Joon,berlagak biasa.Sa Rang menggeleng.
"Tak apa.Biar saya ikut.Kesian Yun Ho,"kata Sa Rang sambil memandang simpati ke arah Yun Ho.Sa Rang kemudiannya mengambil tempat di sisi Yun Ho.Dong Joon menutupkan pintu keretanya.Dalam hati,dia bersorak gembira.


Yun Ho makan dengan penuh berselera sambil diperhatikan oleh Dong Joon dan Sa Rang.Sa Rang tersenyum lega melihat keadaan Yun Ho yang semakin baik.
"Yun Ho lapar rupanya,"kata Sa Rang,sambil mengusap lembut kepala Yun Ho.Dong Joon memandang Yun Ho dengan pandangan menyampah.'Ish,balik-balik kepala dia je yang diusap,'bisik hatinya.Dong Joon menghirup jus orennya."Awak tak kena balik kerja ke,Dong Joon?"soal Sa Rang.Dong Joon terkejut apabila ditegur oleh Sa Rang.Hampir tersedak Dong Joon dibuatnya.Sa Rang terkejut melihat Dong Joon yang hampir tersedak itu.
"Dong Joon,awak ok?"soal Sa Rang,risau.Dong Joon mengangkat tangannya,tanda dia tidak apa-apa."Miane,saya dah buat awak terkejut,"ucap Sa Rang.Dong Joon menggeleng.
"Tak adalah.Saya yang gelojoh,"kata Dong Joon.Yun Ho tersenyum ke arah Dong Joon sambil membuat isyarat bagus.Dong Joon menjeling ke arahnya.
"Apa awak tanya tadi?"soal Dong Joon pula.
"Saya tanya tadi...awak tak balik office ke?"soal Sa Rang,mengulangi soalannya.
"Tak kot.Yun kan sakit tadi.Jadi,mesti appa faham kalau saya tak masuk office hari ni,"balas Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
"Awak ni...sayang juga kat adik awak ni ya.Muka je nampak garang,tapi sebenarnya baik,"kata Sa Rang,berterus-terang.Dong Joon tertawa kecil.Garang?
"Saya ni nampak garang sangat ke?"soal Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
"Garang.Takkan awak tak ingat yang awak pernah marah,tengking-tengking saya waktu first time jumpa dulu?"kata Sa Rang,cuba mengingatkan Dong Joon pada peristiwa yang lalu.Dong Joon menahan malu.
"O...Saya rasa awak salah orang.Mungkin pelanduk dua serupa kot,"dalih Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Tak payahlah,Dong Joon.Tak perlu nak berdalih dengan saya,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum.Masih berlagak macho.
"Em...Sa Rang,saya nak tanya sesuatu ni,"kata Dong Joon.
"Apa?"
"Em,awak rasa...kalau saya bermisai macam ni...okey tak?"soal Dong Joon,ragu-ragu.Sa Rang memerhati wajah Dong Joon sambil berfikir.
"Saya tak ada masalah pun dengan muka awak.Kenapa?"soal Sa Rang kembali.Dong Joon berdehem beberapa kali.
"Saja tanya..."balas Dong Joon sebelum meneguk jusnya."Yun dah habis makan ke?"Dong Joon mengalihkan perhatiannya kepada Yun Ho.
"Dah lama dah.Hyung je yang leka bersembang dengan cikgu,"kata Yun Ho,selamba.Sa Rang tertawa kecil mendengar jawapan Yun Ho itu.
"Yela,yela,"balas Dong Joon pula.


Dong Joon tertanya-tanya sendiri apabila melihat sebuah kereta berwarna putih terparkir di hadapan pintu pagar tadika Yun Ho.Sa Rang menoleh ke arah kereta itu sambil tersenyum.Kemudian,perlahan-lahan dia keluar dari kereta Dong Joon dan menuju ke arah kereta putih itu.
"Ji Won!"panggil Sa Rang apabila melihat Ji Won sedang duduk di bangku berhampiran dengan pintu pagar tadika itu.Ji Won menoleh ke arah Sa Rang sambil tersenyum.
"Sa Rang!"balas Ji Won sambil berjalan ke arah Sa Rang.
"Kenapa awak datang sini?"soal Sa Rang.
"Saja.Kebetulan saya lalu sini tadi,jadi saya ingat nak singgah kejap bila ternampak skuter awak.Tapi awak tak ada pula.Awak pergi mana?Saya try call awak,tapi tak jawab,"kata Ji Won.
"Oh...sorry.Saya pergi keluar dengan anak murid saya tadi.Tadi dia tak sihat,"jawab Sa Rang.
"Atau ayah kepada anak murid awak yang tak sihat,"kata Ji Won.
"Huh?"soal Sa Rang.Dia menoleh ke belakang seperti yang dilihat oleh Ji Won.Kelihatan Dong Joon dan Yun Ho sedang menuju ke arah mereka.Kemudian,mereka berdiri di sebelah Sa Rang.
"Oh,lupa pula.Kenalkan...ni Dong Joon..dan yang comel ni,Yun Ho,"kata Sa Rang.Ji Won menghulurkan tangannya.
"Ji Won,"kata Ji Won.Dong Joon menyambut tangan Ji Won.
"Dong Joon,"kata Dong Joon,ringkas.Kemudian,tangannya dilepaskan.Ji Won tersenyum ke arah Yun Ho.Yun Ho menundukkan sedikit badannya.
"Apa khabar,ahjussi?"ucap Yun Ho,hormat.Dong Joon menahan diri dari ketawa.Hahahaha,ahjussi!Hatinya ketawa sendiri.Good work,Yun Ho!
"Baik,"jawab Ji Won.Ji Won kemudiannya memandang ke arah Dong Joon.
"Comellah anak awak,"puji Ji Won.Dong Joon tersenyum.Sa Rang pula tertawa.Ji Won pelik.
"Wae?"soal Ji Won.
"Saya adik Dong Joon hyung la sebenarnya,"jawab Yun Ho.Ji Won terkejut.Adik?
"Adik angkat.Yun Ho ni adik angkat Dong Joon,"jawab Sa Rang pula.Ji Won akhirnya tertawa.
"Miane.Saya tak tahu,"akui Ji Won.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya.
"Awak ni,boyfriend Sa Rang ke?"soal Dong Jong.Sa Rang terkejut.
"Em,kawan.Dia kawan saya,"kelam-kabut Sa Rang menjawab soalan Dong Joon.Ji Won terkejut dengan tindakan Sa Rang.
"Em,ya.Saya kawan dia.Tapi,mungkin tak lama lagi,status hubungan kami akan bertukar,"kata Ji Won,terang-terang.Mata Sa Rang terbuka luas saat mendengar kata-kata Ji Won itu.Begitu juga dengan Dong Joon.Namun,Ji Won ketawa tidak lama selepas itu.
"Just kidding!"katanya sambil ketawa.Sa Rang turut ketawa apabila mendengar gurauan Ji Won itu.Namun,hati Dong Joon masih tidak senang dengan gurauan Ji Won itu.
"Em,saya dengan Yun Ho balik dululah,Sa Rang,"kata Dong Joon.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Em...terima kasih dan maaf sebab susahkan awak hari ni,"kata Dong Joon lagi.
"Eh,tak apa.Memang tugas saya kan.Yun Ho lepas ni jaga makan tau.Jangan buat-buat tak kisah pasal makan ni.Nanti sakit perut macam tadi,baru tahu,"pesan Sa Rang.Yun Ho angguk.
"Arasso.Terima kasih,cikgu,"ucap Yun Ho.Sa Rang tersenyum.
"Balik dulu,"kata Dong Joon lalu menarik tangan Yun Ho.
"Dong Joon ah,"panggil Sa Rang.Hati Dong Joon kembang apabila mendengar panggilan Sa Rang itu.Dong Joon menoleh ke arah Sa Rang.
"Hati-hati,"pesan Sa Rang.Dong Joon tersenyum nipis.
"Jom,Yun,"ajak Dong Joon.Yun Ho sekadar menurutinya.


"Wah,baiknya awak dengan Yun Ho tu ya.Mesti dia favourite student awak,"kata Ji Won.Sa Rang tersenyum.
"Em,tak adalah.Saya sayang semua anak murid saya dengan sama rata,"balas Sa Rang.
"Tapi,mesti Yun Ho tu up sikitkan dari yang lain?"teka Ji Won.
"Maybe..."balas Sa Rang sambil tertawa.Ji Won turut tertawa.
"Saya harap..bukan disebabkan oleh abang dia,"kata Ji Won lagi.
"Ish,tak adalah.Mengarut jelah awak ni,"kata Sa Rang.Ji Won mengukir senyuman lega.Harap-harap betullah...


Dong Joon tidak senang duduk apabila memikirkan kembali kejadian petang tadi.


"Em,ya.Saya kawan dia.Tapi,mungkin tak lama lagi,status hubungan kami akan bertukar,"


Kata-kata Ji Won itu benar-benar menghantuinya ketika ini.Dong Joon bangun dari katilnya.Kemudian,dia menuju ke arah cermin lalu meraba-raba wajahnya.


"Saya tak ada masalah pun dengan muka awak.Kenapa?"


Dong Joon melepaskan keluhan berat.Apakah wajahnya menjadi taruhan sekiranya ingin menarik perhatian Sa Rang terhadapnya?Lee Jong Suk juga menyarankan begitu.Dong Joon mengeluh.Dong Joon kemudiannya memandang semula ke arah cermin.
"Appa,"


"Apa?Kamu nak bercuti dari hantar Yun Ho selama 2 minggu?"soal Encik Park,terkejut dengan keputusan anak lelakinya itu.Dong Joon angguk.
"Kenapa?"soalnya lagi.
"Dong Joon...cuma nak fokus dekat kerja,appa.Appa pun nak Dong Joon macam tu kan?"soal Dong Joon.Encik Park termenung sejenak,memikirkan keputusan anaknya.
"Tapi...kenapa tiba-tiba je?"soal Encik Park.Dong Joon merenung lantai.
"Tak tahu.Cuma...terasa macam tu.Tak tahu sebab dia.Tak apalah,appa.Kalau tak boleh pun,seminggu pun jadilah,"pujuk Dong Joon.Encik Park terdiam lagi.Lama dia merenung ke arah Dong Joon.
"Okey.Appa tak nak masuk campur hal kamu.Tapi,pastikan prestasi kamu meningkat.Appa izinkan.Untuk 2 minggu ni,tugas kamu akan diambil alih sementara oleh Ki Tae,"kata Encik Park yang akhirnya memberikan kata putus.Dong Joon tersenyum.
"Kamsahamida,appa,"ucap Dong Joon.Kini,rancangannya berhasil!





G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang

Im Seulong 2AM as Kang Ji Won