21 September, 2011

Eric Benet-Still With You

Heaven knows what you've been through
So much pain
Even though you can't see me
I'm not far away
We always say if one of us
Somehow went away
We'd light a candle and say a prayer
Know that love still remains

Close your eyes, go to sleep
Know my love is all around you
Dream in peace, when you wake
You will know I'm still with you

Live your life from this day on
And love again
I know you'd do the same for me
That's the way that loves is supposed to be

Close your eyes, go to sleep
Know my love is all around you
Dream in peace, when you wake
You will know I'm still with you

When you feel those lonely teardrops
Rolling down your face
Just know my love watches over you
Always, always

Close your eyes, go to sleep
Know my love is all around you
Dream in peace, when you wake
You will know I'm still with you
I'm still with you


tersengih sorang2 aku bila dgr lagu nie...
mana taknya...
asyik terbayangkan G.O je...
siapa suruh dia selalu nyanyi lagu ni dlm variety show?
taulah suara tu handsome mcm tuannya juga...huhuhu...


crazy in love with u la,oppa!

20 September, 2011

-The 2nd Super Junior -



demi menjimatkan ruang dan mempercepat loading...oppasku yg tercinta ini sanggup berkongsi posing hehehe....











uu...makin banyak tanggungjawab aku...hehehe...
rasenya ade lagi...tapi tertinggal kot..
takpe..kalau teringat..nanti buat siri kedua pulak...

12 September, 2011

Serupa tapi tak Sama









sama tak??hehehe...
selama ni aku hanya sedar yang kembar Onew adalah Song Joong Ki je...
tapi sejak berjinak2 dengan citer Bread Love And Dream ataupun King of Bakery,Kim Tak Goo nie...
aku dah jumpa kembar Onew yang seorang lagi...
rasanya terpisah masa kecik2 dulu kot...
em...
so...
setuju tak kalau aku cakap dorang ni...ada iras2 sikit..?macam kembarlah...
mestilah ada bezanya...tapi kalau tengok sekali pandang...
Yoon Si Yoon ni seyesly sama macam Onew...
wawawa...

aduh...rasanya macam nak minatlah kat Kim Tak Goo nie...
muka dia bile nangis..seyesly sedih gler...
agak leleh jugaklah tengok part dia nangis masa cikgu dia meninggal tu...adoi...
rasanya tak dpat nak tgk cter tu mlm ni kat 8tv...ada bnyk keje yg sedang menanti...
Tak Goo ah....

adush...rindu pula kat oppa baru nie...(mamposlah kalau G.O tahu)...
skrg nie asyik ulang2 lagu ost cter bread love n dream tu je...
dgr sore merdu si kyu hyun suju ni....
teringat part2 sedih dlm cter tu...

tak goo ah...
aku lagi suka kalau kau bercinta dgn mi sun(yeke?salah eja rasanya) daripada dgn syi kyung tu...syi kyung tu biar je dgn ma jun yang jahat gler tu...
kalau tak nak dgn misun... ain syuhadah ada...
hahahahaha!!!!

kpd SHINee...
tolonglah cepat comeback...
mcm dah nak mati tunggu korang nie...
sudah2lah dgn jepun korang tu...
adoi...
dah rindu sgt nak tgk kecomelan Onew Oppa nie...
saranghaeyo Onew Oppa...

p/s:kat G.O oppa pun sayang juga...>0<tetap no 1 dihatiku

09 September, 2011

-Monalisa Page 28-

Hyo Young memeluk neneknya sebelum masuk ke dalam kereta untuk pulang semula ke Seoul.Seung Ho pula sudah menunggunya di hadapan pintu pagar rumah Hyo Young yang serba sederhana itu.
"Hyo Young jaga diri baik-baik ya?Emonim selalu doakan Hyo Young supaya sentiasa dalam keadaan baik,"pesan neneknya.Hyo Young mengangguk,memahami kata-kata neneknya itu.
"Emonim pun kena jaga diri juga.Ubat jangan lupa makan tau,"kata Hyo Young,turut memesan kepada neneknya sebelum mereka berpisah sekali lagi.Entah bila lagi mereka boleh berjumpa selepas ini.Pelukan itu dileraikan.Rambut Hyo Young yang panjang itu dibelainya lembut sambil mengukir senyuman manis.
"Jaga Seung Ho baik-baik ya.Jangan bagi dia terlepas kat orang lain pula.Emonim tengok,dia tu baik orangnya,"pesan neneknya,separuh berbisik.Hyo Young pula tersenyum malu.
"Emonim ni..."Hyo Young menepuk lembut lengan neneknya itu.Neneknya itu sekadar tertawa.Nenek Hyo Young itu kemudiannya memandang ke arah Seung Ho yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu.
"Seung Ho,nanti bawa kereta tu elok-elok ya.Kalau penat,berehat dulu,"pesan nenek Hyo Young kepada Seung Ho.Seung Ho tersenyum sambil angguk.Perlahan-lahan,nenek Hyo Young melangkah ke arah Seung Ho sebelum mengusap lembut pipi lelaki itu.
"Emonim amanahkan Hyo Young kepada Seung Ho.Hyo Young tu budak mentah lagi.Masih banyak benda yang dia belum faham.Kalau Seung Ho tak keberatan,sayangilah dia dengan sepenuh hati.Anggaplah Hyo Young sebagai sesuatu yang begitu bernilai dan berharga dalam hidup Seung Ho."Nenek Hyo Young kemudiannya mencapai tangan Seung Ho dan menggenggamnya dengan erat.
"Janji dengan emonim yang Seung Ho akan jaga Hyo Young baik-baik.Boleh kan?"Soal nenek Hyo Young.Seung Ho memandang ke arah tangannya yang digenggam erat oleh wanita tua itu.Wajah wanita itu kemudiannya dipandang.Jelas kelihatan wanita itu begitu mempercayai dirinya.Perlahan-lahan,Seung Ho menganggukkan kepalanya.
"Saya janji...saya akan jaga Hyo Young baik-baik,"kata Seung Ho.Wanita tua itu tersenyum lebar.
"Baguslah.Kat dunia ni,Hyo Young sajalah satu-satunya ahli keluarga emonim yang masih ada.Kalau dia bahagia di sana,emonim pun dapat merasainya.Emonim harap...Seung Ho dapat penuhi hasrat emonim yang satu ni,"kata nenek Hyo Young itu.Sekali lagi,Seung Ho mengangguk.Seung Ho kemudiannya menoleh ke arah Hyo Young.Hyo Young turut memandang ke arahnya.Entah apalah yang neneknya katakan kepada Seung Ho itu.
Masing-masing membisu sepanjang dalam perjalanan menuju pulang ke Seoul itu.Dalam diam,Seung Ho mencuri-curi pandang ke arah Hyo Young yang berada di sebelahnya itu.Ternyata benar tekaannya apabila melihat wanita itu mengesat air matanya.Mungkin hatinya masih berat untuk meninggalkan kampung halamannya itu.Mungkin juga Hyo Young terlalu bimbang akan keselamatan neneknya yang tinggal berseorangan di situ.
“Kau nak tak kalau aku cadangkan dekat omma supaya bawa emonim kau untuk tinggal bersama-sama kita?”Soal Seung Ho,sekaligus memecahkan kesunyian antara mereka itu.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.”Yalah,kau kan ada emonim je.Jadi,aku rasa bagus juga kalau dia duduk sekali dengan kita.Emonim pun taklah sunyi sangat,betul tak?”Hyo Young tersenyum saat mendengar cadangan Seung Ho itu.Kerana terlalu gembira,dia mencium pipi Seung Ho tanpa disedarinya.Seung Ho pula terkejut.
“Seung Ho,gomawo…”Ucap Hyo Young,meluahkan rasa terharunya.”Gomawo…”Ucapnya lagi.Seung Ho kemudiannya tersenyum nipis.Kembang hatinya apabila dia dapat juga melakukan sesuatu yang berguna untuk wanita itu setelah dirinya sudah banyak kali dibantu oleh wanita itu.

Joo Yeon yang baru keluar dari bilik air itu kelam kabut menjawab panggilan telefonnya.Tangannya yang masih basah itu dibiarkannya apabila menyentuh skrin telefon bimbitnya itu.Kelihatan nombor yang tidak dikenalinya tertera pada skrin telefon bimbitnya.
“Ya,saya Lee Joo Yeon,”jawab Hyo Young.
“Ya,saya.”
“Apa?”Kelihatan bibirnya mengukir senyuman lebar.”Ah~…kamsahamida.Ya,saya akan datang.Kamsahamida,”ucap Hyo Young sebelum menamatkan panggilan telefonnya.
“Chukae,Joo Yeon!!!”Joo Yeon menjerit sambil melompat-lompat keriangan.Sungguh dia terlalu gembira dengan berita yang baru diterimanya itu.Joo Yeon akhirnya diterima bekerja di syarikat Byung Hee sebagai salah seorang daripada pereka seni bina dalaman untuk syarikat itu.Oleh sebab terlalu gembira,Joo Yeon terjatuh kerana jatuh tergelincir.
“Auch!”Joo Yeon mengurut-urut kakinya yang kesakitan itu.”Padan muka kau,Joo.Syok sendiri lagi.Kan dah kena.”Joo Yeon mengaduh kesakitan.Namun,dia mengukir senyuman tidak lama selepas itu.Hatinya puas.Sekurang-kurangnya,kesakitannya itu berbaloi.Joo Yeon terkejut apabila terdengar bunyi loceng rumahnya yang ditekan dari luar.Dia berjalan terjengket-jengket menuju ke arah pintunya.
“Siapa tu?”Soal Joo Yeon.Namun,panggilannya tidak berjawab.Joo Yeon tertanya-tanya dengan kehadiran tetamu ke rumahnya ketika itu.Siapa pula yang datang ke rumahnya pada waktu malam begini?Perlahan-lahan,Joo Yeon membuka pintu rumahnya.Mata Joo Yeon terbuka luas apabila melihat Byung Hee yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Aw..awak..?”Joo Yeon benar-benar tidak percaya dengan kehadiran Byung Hee di situ.Bagaimana pula Byung Hee boleh berada di hadapan rumahnya kini?Joo Yeon memandang ke arah kiri dan kanan Byung Hee,ingin memastikan tiada sesiapa yang berada di situ selain daripada Byung Hee.Byung Hee yang melihat kelakuan Joo Yeon itu turut berasa hairan.
“Kenapa dengan awak ni,Joo Yeon?Macam nampak hantu je?”Soal Byung Hee,kehairanan.
“Betul ke apa yang saya nampak ni?”Soal Joo Yeon pula.Byung Hee tertawa kecil.
“Nampak apa?”Byung Hee turut menoleh ke kiri dan kanannya.
“Betul ke yang sekarang ni Jio ada dekat depan rumah saya sekarang ni?Tapi,macam mana awak boleh tahu alamat rumah saya?”Byung Hee tertawa mendengar kata-kata Joo Yeon itu.
“Ya…saya ni Jio.Mestilah saya tahu rumah pekerja saya sendiri.Saya saja nak tengok-tengok awak sebelum awak mula bekerja esok,”kata Byung Hee.Joo Yeon kemudiannya tertawa kecil.Dia menepuk perlahan dahinya.
“Oh,miane.Saya sebenarnya masih lagi terkejut dengan berita tadi.Saya betul-betul tak sangka yang saya boleh diterima bekerja di syarikat awak.Tapi…”Riak wajah Joo Yeon mulai berubah.
“Tapi apa?”Soal Byung Hee,ingin tahu.Joo Yeon memandang ke arahnya.
“Awak tak pilih saya sebab saya ni…kenalan awak kan?”Soal Joo Yeon.Byung Hee tersenyum.
“Awak jangan risau.Bukan saya seorang yang tentukan pemilihan tu.Lembaga tertinggi syarikat pun terlibat sama.Jadi,tak ada kes pilih kasih kat sini,”jelas Byung Hee.Kedengaran wanita itu melepaskan nafas lega.Joo Yeon kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum manis ke arah Byung Hee.
“Kamsahamida.Saya betul-betul berterima kasih dekat awak sebab sudi memberikan saya peluang.Saya janji yang saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh demi menaikkan nama syarikat,Tuan Jio,”kata Joo Yeon.Byung Hee ketawa sebaik sahaja mendengar gelaran barunya yang diberikan oleh Joo Yeon itu.
“Tuan Jio?”Byung Hee menyambung tawanya yang masih bersisa itu.”I like it,”kata Byung Hee.Joo Yeon turut ketawa.Byung Hee kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket kot labuhnya sebelum dihulurkan kepada Joo Yeon.
“Ini hadiah untuk awak sebagai tanda tahniah kerana berjaya dalam temuduga tempoh hari.Saya…amat alu-alukan kedatangan awak ke syarikat saya yang tidak seberapa megah tu,”kata Byung Hee sambil menghulurkan sekumtum bunga kaila kepada Joo Yeon.Joo Yeon tersenyum tatkala melihat bunga kaila yang dipegang oleh Byung Hee itu.Perlahan-lahan,Joo Yeon menerima huluran Byung Hee itu dengan senang hati.
“Gomawo.Saya suka dengan hadiah awak ni,”ucap Joo Yeon.Byung Hee turut tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Byung Hee kemudiannya melihat jam tangannya.”Em…saya ingat…saya nak minta diri dulu kot.Maaflah sebab ganggu awak malam-malam ni,”kata Byung Hee.
“Tak apa.Lagipun,saya terharu dengan kedatangan awak ke sini.Rumah saya ni taklah sebesar mana.Malu saya,”balas Joo Yeon.Byung Hee tersenyum.
“Asalkan ada tempat berteduh tu dah kira baik kan?Em…saya harap saya boleh jumpa awak esok.Saya balik dululah,Joo Yeon,”kata Byung Hee,bersiap-siap untuk beredar.
“Sampaikan salam saya pada Baby,okey?”Pesan Joo Yeon kepada Byung Hee sebelum lelaki itu beredar.Byung Hee angguk sambil tersenyum.Dia kemudiannya melangkah beredar dari situ.Joo Yeon pula masih lagi dengan senyuman lebarnya itu.Perhatiannya kemudiannya teralih ke arah kelopak bunga kaila yang kelihatannya seperti berbeza dari kebiasaannya.Bibirnya tersenyum girang apabila melihat nombor telefon bimbit yang tertera di atasnya.Tak lain tak bukan,nombor itu pasti milik Byung Hee.Joo Yeon menggeleng.Jio…Jio…

“Awak tak pernah cakap dekat dia lagi?”Soal Min Ho,ingin tahu.Perlahan-lahan,Sandara mengangguk.Sandara kemudiannya mengambil gelas yang berisi wine itu namun niatnya itu dihalang oleh Min Ho.Sandara memandang ke arah Min Ho.
”Yah,kenapa awak nak halang saya pula ni?”Soal Sandara,tidak puas hati.Min Ho mengambil gelas itu daripada Sandara.
“Awak tu bukannya boleh minum banyak sangat.Nanti awak naik gila,tahu tak?Saya juga yang susah nanti,”kata Min Ho.Sandara mengeluh.Min Ho pula tersengih.”Saya tak pernah sangka yang awak ni tahu juga berputus asa.Setahu saya,awak ni jenis yang kuat dan bersemangat.Takkanlah perkara yang kecil macam ni pun,awak dah give up macam tu je?Come onlah,Dara,”kata Min Ho.
“Tak adalah.Saya cuma…tak yakin yang…dia akan terima saya.Saya tahu,bukannya senang dia nak lupakan cinta lama dia.Awak pun tahukan yang saya susah-payah nak pujuk dia balik sini,”kata Sandara.Min Ho angguk.
“Ya,saya tahu.Tapi…kalau awak tak cuba dulu,macam mana awak nak tahu kan?Mungkin dia boleh terima awak.Manalah tahu,”kata Min Ho.Sandara mengeluh.”Kalau awak tak yakin sangat,cuba awak berlatih dengan saya,”kata Min Ho.
“Berlatih?”Soal Sandara,tidak mengerti.Min Ho angguk.
“Yalah.Berlatih bercinta dengan saya.Saya boleh ajar awak cara nak luahkan perasaan dekat dia.Tak payah pakai mulut pun tak apa.Ada macam-macam cara sekarang ni,”kata Min Ho,selamba.Sandara terkejut dengan cadangan Min Ho itu.
“Berlatih bercinta dengan awak?Mengarut jelah awak ni,Min Ho,”kata Sandara,tertawa.
“Mengarut apanya?Lagipun saya rela buat macam tu daripada saya layan gila awak bila awak mabuk nanti,”balas Min Ho,sekaligus menyindir Sandara.Mulut Sandara melopong apabila mendengar kata-kata Min Ho itu.Sandara menepuk lengan Min Ho.Min Ho pula tertawa.
“Sedapnya mulut mengata orang!”Sandara terus menepuk lengan Min Ho.Min Ho kemudiannya mengaduh kesakitan.Perlahan-lahan,Sandara menghentikan perbuatannya.Kata-kata Min Ho itu ternyata memberi kesan kepadanya.Dia akui bahawa dia tidak pernah pun bercinta walaupun memiliki ramai kawan lelaki.Bukannya tidak pernah jatuh cinta,cuma dia tak mempunyai keyakinan untuk meluahkan perasaannya itu.Apabila seseorang meluahkan perasaan terhadapnya,Sandara menolak.Semuanya gara-gara hatinya telah terpaut kepada sepupunya sendiri,Byung Hee.Sandara kemudiannya memandang ke arah Min Ho.
“Bagaimana kita nak mulakan?”Soal Sandara.Min Ho tersenyum lebar apabila Sandara akhirnya bersetuju dengan cadangannya.

 SeungHo & ByungHee
 Hyo Young
 Joo Yeon
 Sandara Park
Lee Min Ho

08 September, 2011

-Monalisa Page 27-

Hyo Young mengetuk pintu bilik Permaisuri Yang perlahan-lahan,bimbang mengganggu waktu rehat permaisuri itu.Sebaik sahaja mendengar suara permaisuri yang membenarkannya masuk,Hyo Young menolak pintu itu.
"Ha~ Hyo Young,masuklah,"kata Permaisuri Yang,mempelawa bakal menantunya itu untuk masuk ke dalam.Hyo Young menundukkan sedikit kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu.Permaisuri Yang kemudiannya mempersilakan Hyo Young untuk duduk di atas sofa berhadapan dengannya.
"Ada apa Hyo Young nak jumpa dengan omma?Hyo Young ada apa-apa masalah ke?"Soal Permaisuri Yang,kini lebih mesra membahasakan dirinya sebagai 'omma' terhadap Hyo Young.Dia akui,dia kini semakin selesa dengan kehadiran Hyo Young dalam keluarga mereka.Andai dahulu,wanita itu hanyalah sebagai rakan dan pembantu peribadi kepada putera tunggalnya,kini wanita itu bakal menjadi suri dalam hidup putera tunggalnya itu.
"Maafkan Hyo Young sebab ganggu omma.Tapi,Hyo Young ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan omma,"kata Hyo Young.
"Ada apa?Cakaplah."Permaisuri Yang sudah bersedia untuk mendengar.
"Em...Hyo Young ingat nak balik kampung sekejap.Nak jumpa dengan emonim kat kampung.Dah lama rasanya,Hyo Young tak berjumpa dengan emonim,"kata Hyo Young."Itupun,kalau omma izinkan."Sambungnya lagi.Kelihatan Permaisuri Yang tersenyum manis.
"Kenapa pula omma tak nak izinkan?Hyo Young memang ada hak untuk berjumpa dengan ahli keluarga Hyo Young sendiri.Pergilah,omma izinkan.Tapi,Hyo Young nak naik apa nanti?"Soal Permaisuri Yang pula.
"Hyo Young boleh pergi sendiri,"kata Hyo Young.
"Ish,mana boleh macam tu.Hyo Young kan bakal permaisuri.Kalau ada sesuatu terjadi dekat Hyo Young macam mana?"Soal Permaisuri Yang pula,meluahkan rasa bimbangnya.Hyo Young pula tidak membalas kata."Macam nilah.Omma minta Seung Ho temankan Hyo Young pergi sekali ya?Lagipun,Seung Ho belum beramah mesra dengan keluarga Hyo Young.Elok sangatlah kalau Seung Ho ikut sekali,betul tak?"Cadang Permaisuri Yang.Mata Hyo Young membulat,terkejut dengan cadangan Permaisuri Yang itu.
"Eh,tak apalah,omma.Hyo Young memang boleh pergi sendiri.Lagipun,Seung Ho kan sibuk.Takkan nak ganggu kerja dia pula,"kata Hyo Young,membantah cadangan bakal ibu mertuanya itu.
"Oh,pasal tu omma boleh uruskan.Hyo Young tak payah risaulah.Lagipun,syarikat boleh bergerak sendiri kalau Seung Ho tak ada untuk sementara waktu.Hyo Young kan pernah kerja dengan syarikat tu?Dulu Seung Ho tu selalu ke masuk office?Takkan?Tak payah risaulah.Omma boleh uruskan.Nanti omma pergi cakap dengan Seung Ho,ya?"Permaisuri Yang menepuk perlahan bahu Hyo Young sambil tersenyum manis.Hyo Young pula tersenyum nipis.
Mereka langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan ke Jeong-Nam.Hyo Young lebih selesa melemparkan pandangannya ke arah pemandangan di luar tingkap kereta.Seung Ho pula lebih selesa menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.Jika bukan kerana desakan ibunya,pasti dia masih lagi bermalas-malasan di atas katil ketika ini.Hyo Young tersenyum lebar apabila rumahnya sudah semakin jelas pada pandangan matanya.Tidak lama selepas itu,Seung Ho memberhentikan keretanya berdekatan dengan rumah Hyo Young.Tanpa menunggu lama,Hyo Young segera keluar dari kereta,tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan neneknya yang sudah lama tidak dijumpainya itu.Seung Ho juga keluar dari kereta sambil membuka cermin mata hitamnya.Sejak berkenalan dengan Hyo Young,inilah kali pertama Seung Ho menjejakkan kaki di kampung halaman Hyo Young.Tidak dinafikan,suasana kampung itu begitu mendamaikan.Hyo Young kemudiannya menekan loceng rumahnya.Bimbang pula sekiranya neneknya tiada di rumah ketika itu.Tidak lama selepas itu,pintu rumah itu dibuka dari dalam.
"Emonim."Wanita tua itu terkejut apabila melihat cucu perempuannya yang amat dirinduinya itu kini sudah berada di hadapannya.Bibirnya mengukir senyuman bahagia.Serta-merta Hyo Young memeluk tubuh neneknya sebelum mengalirkan air mata."Emonim..."Hyo Young meluahkan kerinduannya.Neneknya pula angguk,terharu dengan kehadiran Hyo Young.
"Emonim pun rindukan Hyo Young.Hyo Young sihat?"Neneknya meleraikan pelukannya sebelum mengusap lembut pipi Hyo Young.Hyo Young angguk.Rambut Hyo Young yang panjang itu dibelainya lembut sambil mengukir senyuman manis.
“Dah panjang rambut Hyo Young.Cantik…macam puteri raja,”puji neneknya.Hyo Young tersenyum malu dengan pujian neneknya itu.
“Emonim sihat?”Soal Hyo Young pula.
“Sihat,”jawab neneknya sebelum perhatiannya tertumpu ke arah Seung Ho yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu.”Siapa tu,Hyo Young?”Soalnya.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.Seung Ho yang menyedari pandangan Hyo Young dan neneknya itu segera menundukkan badannya.
“Annyeonghaseyo,”ucap Seung Ho.Nenek Hyo Young tersenyum sambil turut menundukkan sedikit kepalanya.
“Ni Seung Ho…ka..tu..”Hyo Young ragu-ragu untuk memperkenalkan Seung Ho sebagai kawan ataupun tunangnya.
“Saya Yang Seung Ho,tunang kepada Hyo Young,”kata Seung Ho,memotong kata-kata Hyo Young.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.Kelihatan nenek Hyo Young tersenyum lebar.
“Oh,nilah tunang Hyo Young.Kacak orangnya,”puji neneknya sambil mengusap lembut pipi Seung Ho.Seung Ho sekadar tersenyum.”Eh,jemputlah masuk.Lama pula biarkan kamu berdua kat luar ni,”kata nenek Hyo Young sambil mempelawa Hyo Young dan Seung Ho masuk ke dalam rumahnya.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho.Kelihatan lelaki itu seperti teragak-agak untuk masuk ke dalam rumahnya.Malu barangkali.Hyo Young tersenyum sambil mencapai tangan Seung Ho.Seung Ho memandang ke arahnya.
“Masuklah.Tak payah malu-malu,”kata Hyo Young.Seung Ho segera melepaskan tangannya.
“Siapa yang malu?”Seung Ho mencebik.Hyo Young pula tertawa sambil menggeleng.
Seung Ho asyik melihat gambar-gambar yang tersusun di atas rak.Kebanyakannya adalah gambar Hyo Young ketika kanak-kanak dan zaman remajanya.Tanpa disedarinya,bibirnya mengukir senyuman manis.Seronok pula melihat gambar-gambar lama Hyo Young.Sedikit sebanyak dia boleh membayangkan zaman kanak-kanak Hyo Young di kampungnya itu.
“Patutlah kasar semacam.Ramai kawan lelaki rupanya,”bisik hatinya apabila melihat gambar Hyo Young yang dikelilingi oleh rakan-rakan sepermainannya yang kebanyakkannya lelaki itu.”Tapi…gambar aku tak ada pun?Aku pun kawan dia masa dekat kolej juga,”katanya lagi.Seung Ho kemudiannya menjungkitkan bahunya.”Em,lantaklah.Tak terdesak pun.”
“Seung Ho,saya nak pergi kedai kejap nak beli barang sikit untuk emonim saya.Awak duduklah dulu kat sini,okey?”Kata Hyo Young,sudah bersiap-siap untuk beredar.Seung Ho yang melihat Hyo Young berdiri di muka pintu itu,perlahan-lahan melangkah ke arah wanita itu.
“Kau nak pergi kedai?Jauh ke?”Soal Seung Ho.
“Em,tak adalah jauh sangat.Tapi,lelah jugalah nak ke sana.Kenapa?Nak ikut ke?”Soal Hyo Young pula.Kedengaran Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
“Omma aku suruh aku tengok-tengokkan kau.Dia suruh aku temankan kau kalau kau nak pergi mana-mana.So,nak tak nak…terpaksalah aku ikutkan?”Seung Ho berbohong.Dia sebenarnya berasa tidak selesa ditinggalkan berseorangan di situ.
“Saya tak kisah pun.Tapi,kita kena jalan kaki.Kereta susah nak masuk kalau nak ke sana.Awak tak kisah ke?Yelah,awak kan dah biasa berjalan dengan kereta,”balas Hyo Young.Seung Ho menjeling ke arahnya.
“Kau jangan nak pandang rendah kat aku.Kita tengoklah siapa yang patah kaki nanti,”cabar Seung Ho.Hyo Young pula tersenyum sumbing.
“Okey,”balas Hyo Young,menyahut cabaran Seung Ho itu.
“Jalan perlahan-lahan sikitlah.Kalau jatuh nanti,macam mana?”Seung Ho cuba mengingatkan Hyo Young yang berjalan laju meninggalkannya itu.Dia bimbang melihat permukaan jalan yang tidak rata itu.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho yang berjalan di belakangnya itu.Kelihatan lelaki itu terlalu berhati-hati ketika berjalan sambil membawa barang-barang yang dibeli dari kedai itu.Hyo Young kemudiannya memusingkan semula tubuhnya daripada Seung Ho.Entah di mana silapnya,Hyo Young terjatuh sebaik sahaja baru memulakan beberapa langkah.Hyo Young mengaduh kesakitan.Seung Ho yang terkejut melihat Hyo Young terjatuh itu segera mendekati ke arah wanita itu.
“Yah,kau tak ada apa-apa ke?Kan aku dah cakap,jalan tu perlahan-lahan sikit.Kan dah jatuh,”kata Seung Ho sambil meletakkan barang-barang yang dibeli dari kedai tadi di atas lantai.Seung Ho memegang kaki kiri Hyo Young yang mulai membengkak itu.Hyo Young mengaduh kesakitan sebaik sahaja Seung Ho menyentuh kakinya.”Tak payah nak jerit-jerit.Siapa suruh tak berhati-hati tadi?”Seung Ho memandang tajam ke arah Hyo Young.Hyo Young terdiam.Seung Ho masih lagi membelek-belek kaki Hyo Young yang cedera itu.”Ni..kali kedua kau jatuh kan?”Soal Seung Ho.Hyo Young tidak segera menjawab.Malah pipinya mula berubah merah apabila teringatkan kembali insiden dia terjatuh di bilik air dahulu.
“Ni,boleh jalan tak ni?”Soal Seung Ho,sekaligus mematikan lamunan Hyo Young yang baru singgah seketika itu.Hyo Young cuba bangun perlahan-lahan.Rasa sakit pada kakinya itu cuba ditahannya.Seung Ho cuba memimpin Hyo Young untuk berjalan.Tidak lama selepas itu,Seung Ho menundukkan badannya di hadapan Hyo Young.Hyo Young terkejut.
“Naiklah.Kalau nak tunggu kau jalan macam ni,sampai esok pun tak sampai rumah,”kata Seung Ho.Hyo Young masih lagi kaku.Seung Ho menoleh ke arahnya.”Cepatlah.Malulah orang tengok aku macam ni,”kata Seung Ho.Perlahan-lahan,Hyo Young memeluk tubuh Seung Ho dari belakang dan kemudiannya dipangku oleh lelaki itu.Jantung Hyo Young berdegup pantas apabila didukung oleh Seung Ho.
“Miane…sebab saya dah susahkah awak,”kata Hyo Young.
“Baguslah kalau dah sedar.Lain kali dengar apa yang orang cakap,”balas Seung Ho.Hyo Young mengunci mulutnya.”Tapi,nasib baik kaki tu tak cedera teruk,”sambung Seung Ho lagi.Hyo Young memandang ke arah Seung Ho.Bibirnya kemudiannya mengukir senyuman manis.
“Eh,Seung Ho!Tunggu kejap.”Seung Ho berhenti daripada meneruskan langkahnya.”Saya nak pergi ke gerai tu sekejap,”pinta Hyo Young.Seung Ho kemudiannya mendukung Hyo Young menuju ke gerai yang dimaksudkannya itu.”Wah,lamanya tak makan fishcake dekat sini!”Hyo Young kelihatan teruja.”Awak nak cuba tak?Sedap tau,”kata Hyo Young.Seung Ho kemudiannya menurunkan Hyo Young.Hyo Young pula mengambil secucuk fishcake yang masih panas itu lalu dihulurkan kepada Seung Ho.
“Rasalah.Sedap tau,”kata Hyo Young.Perlahan-lahan,Seung Ho mengambil huluran Hyo Young.Seketika,dia membelek-belek fishcake itu.Selama 24 tahun dia hidup di atas muka bumi ini,tidak sekali pun dia pernah merasai fishcake yang dikatakan lazat oleh Hyo Young itu.Hyo Young yang sudah pun menikmati fishcake itu,menoleh ke arah Seung Ho.
“Eh,makanlah.Sedap.Rugi kalau tak rasa,”kata Hyo Young.Seung Ho memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young angguk.Perlahan-lahan,Seung Ho menggigit sedikit fishcake itu.Tidak lama selepas itu,matanya terbuntang luas.Dalam sekelip mata,lebih daripada 2o cucuk fishcake dihabiskan oleh Seung Ho.Hyo Young yang lidi-lidi yang tersusun di hadapan Seung Ho itu terpana.Seung Ho pula mengukir senyuman manis ke arahnya.


Seung Ho tidur dengan begitu lena sekali walaupun tubuhnya terbaring di atas tilam yang nipis.Hyo Young terpaksa membiarkan Seung Ho tidur di ruang tamu memandangkan rumahnya tidak mempunyai bilik yang cukup bagi membolehkan Seung Ho menumpang untuk tidur.Rumahnya hanya mempunyai dua buah bilik dan salah satu daripadanya digunakan sebagai bilik stor.Manakala,satu lagi digunakan sebagai bilik tidur yang dikongsi bersama dengan neneknya.

“Awak tidur jelah kat dalam.Saya dengan emonim boleh tidur kat luar,”kata Hyo Young.
“Tak apa.Aku boleh tidur kat sini,”kata Seung Ho,tetap berdegil.Seung Ho sudah pun membaringkan dirinya di atas tilam nipis itu.”Kau pergi jelah tidur kat dalam tu dengan emonim.Aku boleh tidur kat sini.Dahlah,pergilah masuk tidur.Aku dah letih sangat ni dukung kau tadi.Kalau ringan tak apa juga,”kata Seung Ho sambil menarik selimutnya.Matanya dipejamkan.Hyo Young pula mencebik.

Hyo Young tersenyum apabila mengingatkan kembali peristiwa siang tadi.Dia melihat kaki kirinya yang berbalut itu.Hyo Young kemudiannya melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu.Bibirnya tersenyum apabila melihat Seung Ho yang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,dia menarik selimut yang terselak itu menutupi tubuh Seung Ho semula.Hyo Young begitu asyik melihat Seung Ho yang sedang tidur itu.Tangannya ragu-ragu untuk menyentuh pipi Seung Ho itu.Namun,Hyo Young terkejut apabila Seung Ho menarik tangannya sehingga membuatkan Hyo Young terbaring di sebelah Seung Ho.Hyo Young ingin bangun namun bimbang Seung Ho terjaga dari lenanya.Hyo Young tetap berusaha untuk melepaskan dirinya namun tidak berjaya.
“Ish,Seung Ho ni mimpi apa sampai boleh tarik aku kuat sangat ni?”Ngomelnya.Hyo Young melepaskan keluhan kecilnya.Kemudian dia menoleh ke arah Seung Ho yang tidur di sebelahnya itu.”Rasanya…Seung Ho pernah mimpikan aku tak?”Soalnya dalam hati.Hyo Young kemudiannya tersenyum nipis.”Mustahillah.Dia mesti mimpikan Cik Fei setiap malam,”bisik hatinya lagi.Wajah Seung Ho itu ditatapnya lagi.
“Seung Ho…saranghae…jeongmal saraghaeyo…”Hyo Young meluahkan perasaannya.”Saranghae…”Ucapnya lagi.Hyo Young kemudiannya tersenyum.Hatinya terasa puas sekali setelah isi hatinya yang terpendam itu akhirnya diluahkan walaupun Seung Ho mungkin tidak menyedarinya.Biarlah,memang itu yang dia harapkan.Dia lebih rela membiarkan isi hatinya itu tidak diketahui oleh Seung Ho memandangkan lelaki itu kini lebih senang bersama dengan Fei daripada dirinya.

 Yang Seung Ho
Ryu Hyo Young

-Monalisa Page 26-

"Tuan,saya harap tuan boleh hadir untuk sesi temuduga pekerja-pekerja baru kita nanti untuk membuat penilaian,tuan,"kata Setiausaha Baek kepada Byung Hee sambil mencatatkan sesuatu pada buku catatannya.Byung Hee sekadar angguk."Dan...ini adalah senarai nama individu yang akan ditemuduga nanti,tuan,"katanya lagi lalu menyerahkan senarai itu kepada Byung Hee.Byung Hee meneliti satu persatu nama beserta gambar yang tertera pada senarai temuduga itu.Perhatian Byung Hee kemudiannya tertumpu kepada sesuatu yang betul-betul menarik perhatiannya pada senarai nama itu.
"Em...temuduga ni untuk department yang mana satu ya?"Soal Byung Hee.
"Interior designer,tuan.Kenapa tuan?Ada apa-apa masalah ke yang berkaitan dengan senarai temuduga tu?"Soal Setiausaha Baek,ingin tahu.Byung Hee menggeleng.
"Pukul berapa sesi temuduga tu nanti?"Soal Byung Hee,masih lagi meneliti senarai nama itu.
"Pukul 10 pagi di bilik mesyuarat 1.Dalam pukul 9.45 pagi nanti,saya akan datang berjumpa dengan tuan sekali lagi,"kata Setiausaha Baek yang sememangnya sudah cekap dan memahami cara bekerja dengan Byung Hee itu.Byung Hee angguk sambil mengukir senyuman manis.
"Baik.Terima kasih,Cik Baek,"ucap Byung Hee,menghargai kerja yang dilakukan oleh setiausahanya itu.Setiausaha Baek menundukkan sedikit tubuhnya sebelum beredar keluar dari bilik Byung Hee itu.Byung Hee kemudiannya memandang sekali lagi ke arah senarai nama itu.Bibirnya mengukir senyuman,menyimpan sesuatu makna.
"Interior designer..."

Seoul University

"Tak bolehlah.Hyung tengah sibuk kat dalam tu.Dia bukannya suka kalau ada orang ganggu dia waktu dia tengah sibuk belajar,"kata Du Jun,bersungguh-sungguh menghalang Chae Rin daripada melangkah masuk ke dalam bilik peribadi milik Chang Sun,Sang Hyun dan Mir itu.
"Kenapa pula?Kalau budak tak guna Hyo Sung tu boleh pula kacau oppa?"Balas Chae Rin,berdegil untuk masuk ke dalam bilik itu walaupun cuba dihalang oleh Du Jun.
"Yah,cakap tu elok-elok sikit.Siapa yang tak guna?"Du Jun tidak senang dengan kata-kata kasar yang terpacul di mulut Chae Rin.Chae Rin mencebik."Sekurang-kurangnya,Hyo Sung pergi jumpa dengan hyung pun sebab nak belajar.Bukannya nak menggedik macam kau ni.Lagipun,Hyo Sung tak pernah pun masuk ke dalam bilik ni.Mereka hanya berjumpa dekat perpustakaan je.Kau tu?Tak pernah nampak pun muka kau dekat perpustakaan tu,"balas Du Jun,terus-menerus menyindir Chae Rin yang amat tidak disukainya itu.Chae Rin tertawa sinis.
"Kau tak payah nak sibuklah,Du Jun.Aku tak kisah langsung dengan sindiran kau tu.Bla lah!Aku ada hal nak jumpa dengan oppa.Tak payah nak menyibuk!"Chae Rin menolak tubuh Du Jun ke tepi lalu membuka pintu bilik Chang Sun dengan selambanya.
"Oppa!"Chang Sun terkejut apabila terdengar suara Chae Rin yang menegurnya itu.Chang Sun melepaskan keluhannya sambil memandang ke arah Du Jun yang sedang berdiri di muka pintu itu.Du Jun pula menggelengkan kepalanya.Chang Sun kemudiannya memandang semula ke arah bukunya tanpa mengalu-alukan kedatangan Chae Rin ke biliknya itu.Chae Rin pula tersengih panjang apabila mendapati meja yang diduduki oleh Sang Hyun dengan Mir itu kosong.Amat mudahlah baginya untuk mengganggu Chang Sun ketika itu.
"Kau nak apa lagi?Kau nak cakap yang kau nak simbah asid kat Hyo Sung kalau aku terus mengelak dari kau ke?"Sindir Chang Sun.Chae Rin tersenyum,walaupun hatinya panas dengan sindiran tajam daripada lelaki itu.
"Macam tahu-tahu je.Nampak sangat kita ni ada chemistry kan,oppa?Belum cakap apa-apa lagi,oppa dah tahu apa yang bermain dalam fikiran saya,"balas Chae Rin sambil berdiri di belakang Chang Sun.Chang Sun mencebik.Tubuh Chang Sun itu kemudiannya dipeluk dari belakang.
"Saya akan benarkan awak untuk teruskan perjanjian tu.Tapi...kalau Hyo Sung tak dapat kalahkan awak dalam peperiksaan tu nanti,baik awak lupakan saja dia.Awak juga dah tak boleh mengelak dari saya lagi.Kalau awak terus berdegil...awak jangan salahkan saya kalau ada sesuatu buruk terjadi terhadap Hyo Sung selepas ni.Arasso?"Bisik Chae Rin.Perlahan-lahan,Chang Sun meleraikan pelukan Chae Rin itu.
"Jangan risau.Kau dah tak perlu nak rancang apa-apa lagi untuk kenakan Hyo Sung.Buang masa je.Sebab...semua rancangan kau tu,satu pun tak akan terlaksana,"balas Chang Sun,sambil disertai dengan senyuman sinisnya.Chae Rin pula tertawa.
"Kita tunggu jelah.Aku pun nak tengok...sampai bila kau boleh tersenyum,"kata Chae Rin,separuh berbisik.Chang Sun turut membalas senyuman sinis Chae Rin itu.Jauh di sudut hati,terselit rasa bimbang terhadap keselamatan Hyo Sung.Chang Sun kemudiannya bangun dari tempat duduknya.
“Oppa nak pergi mana tu?Saya tak puas lagi nak berbual dengan oppa,”kata Chae Rin,hairan apabila melihat Chang Sun mulai mengemas barang-barangnya.Chang Sun menoleh ke arahnya.
“Kau kata aku boleh teruskan perjanjian tu.Faham-faham je la ye,”balas Chang Sun,sengaja menyakitkan hati Chae Rin.Chang Sun segera beredar dari situ namun berhenti seketika di muka pintu.Ditolehnya semula ke arah Chae Rin.”Em,silalah keluar ya.Sang Hyun tu pantang sikit kalau ada barang yang hilang,”kata Chang Sun,sambil tersenyum.Du Jun yang turut berdiri di muka pintu itu juga tertawa kecil.Mereka kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan Chae Rin melepaskan geram di situ.

Bilik Mesyuarat 1

Byung Hee memerhati dan mendengar setiap tutur kata individu yang ditemuduga oleh pegawai-pegawai atasan syarikatnya itu.Sesekali,dia akan menyoal individu itu.Jika individu itu memenuhi segala kriteria yang dikehendakinya,individu itu akan diterima bekerja.Syarikatnya tidak memerlukan terlalu ramai pereka dalaman.Hanya dua orang pereka yang diperlukan daripada lima orang hadir ke sesi temuduga itu.
“Sila nyatakan nama awak.”Salah seorang daripada pegawai itu mulai bersuara.
“Lee Joo Yeon.”Jantung Joo Yeon berdegup pantas apabila dirinya asyik diperhatikan oleh Byung Hee yang duduk di kerusi presiden itu.Sungguh dia tidak menjangkakan bahawa Byung Hee merupakan presiden di syarikat itu.Joo Yeon kemudiannya diasak dengan pelbagai soalan dan dia cuba menjawabnya dengan sebaik yang mungkin.Matanya tidak berani untuk memandang ke arah Byung Hee yang duduk betul-betul berhadapan dengannya itu.
“Tuan,tuan ada apa-apa yang soalan untuk Cik Lee?”Soal Setiausaha Baek apabila menyedari Byung Hee yang lama membisu itu.Byung Hee menggeleng.Setiausahanya akur.Dia kemudiannya memandang ke arah Joo Yeon sambil tersenyum.
“Baiklah,Cik Joo Yeon.Awak boleh keluar sekarang.Pihak kami akan menghubungi awak sekiranya awak layak untuk bekerja di syarikat kami,”kata Setiausaha Baek.Joo Yeon angguk.Perlahan-lahan,dia mengatur langkah untuk beredar dari situ.Hatinya gelisah.Pasti dia tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh syarikat itu memandangkan Byung Hee juga seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikannya sebentar tadi.
“Macam manalah aku boleh jumpa dia kat sini?Malunya…”Bisik hatinya.
“Cik Lee Joo Yeon.”Joo Yeon berhenti melangkah apabila terdengar namanya dipanggil oleh Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon menoleh ke arah lelaki itu.Kelihatan Byung Hee mengukir senyuman manis ke arahnya.
“Good luck,”ucap Byung Hee.Joo Yeon tersenyum manis.Dia kemudiannya menundukkan badannya sekali lagi sebelum beredar.Sebaik sahaja,Joo Yeon sudah beredar dari situ,Setiausaha Baek menoleh ke arah Byung Hee sambil tersenyum nakal.
“Nampaknya tuan dah terpikat dengan Cik Lee tu,”usik Setiausaha Baek,separuh berbisik.Byung Hee sekadar tersenyum.
Joo Yeon melangkah keluar dari pintu masuk bangunan syarikat milik Byung Hee itu.Namun,bahunya terlanggar seseorang yang sedang melangkah masuk ke dalam bangunan itu sehingga membuatkan fail yang dipegang oleh Joo Yeon terjatuh.
“Oh,maafkan saya,cik,”ucap Penasihat Kim sambil membantu Joo Yeon menyusun semula kertas-kertasnya yang berterabur itu.
“Eh,tak apa.Salah saya juga sebab tak jalan betul-betul,”kata Joo Yeon,sambil memandang ke arah Penasihat Kim.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas.”Jung Hyun oppa?”Penasihat Kim terkejut apabila memanggilnya dengan panggilan yang tidak formal.”Jung Hyun oppa kan?Saya Joo Yeon,kawan Nana.Oppa ingat lagi tak?”Soal Joo Yeon.Lama Penasihat Kim membisu,cuba mengingati sesuatu.
“Joo Yeon?Lee Joo Yeon?”Soal Penasihat Kim,inginkan kepastian.Joo Yeon tersenyum lebar sambil angguk.
“Ya,saya.Tak sangka boleh jumpa oppa dekat sini.Oppa buat apa kat sini?”Soal Joo Yeon,teruja dapat berjumpa dengan Penasihat Kim yang pernah dijumpainya beberapa kali sepanjang dia berkawan dengan Nana dahulu.
“Oh…oppa kerja kat sini.Joo Yeon pula?Bukan Joo Yeon duduk kat Australia ke sebelum ni?”Soal Penasihat Kim.Joo Yeon tersenyum.
“Joo Yeon baru je selesai interview tadi.Em…Joo Yeon dah balik sini dua minggu yang lepas.Joo Yeon ingat nak terus stay kat sini kot.Malas pula nak balik sana.Bukannya buat apa-apa pun,”kata Joo Yeon.
“Oh,macam tu.Em,baguslah macam tu.Lagipun duduk kat negara sendiri lagi seronok daripada duduk kat negara orang,”kata Penasihat Kim.Penasihat Kim kemudiannya melihat ke arah jam tangannya.”Em,oppa kena pergi dulu.Ada kerja sikit kat atas.Harap Joo Yeon berjaya ya untuk temuduga tu.Bolehlah kita jumpa selalu nanti.Lagipun,banyak benda yang oppa nak tahu dari Joo Yeon,”kata Penasihat Kim sambil tersenyum manis.Joo Yeon angguk,membalas senyuman Penasihat Kim itu.
“Oppa pergi dulu,”kata Penasihat Kim,sebelum beredar dari situ.
“Jumpa lagi,”kata Joo Yeon,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Tidak lama selepas itu,telefon bimbitnya berdering.Joo Yeon segera menjawab panggilan itu setelah melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
“Saya baru je habis.Ada apa awak call saya?”Soal Joo Yeon sambil berjalan meninggalkan bangunan itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.”Awak nak jemput saya?Tak payahlah.Saya boleh naik bas.Susah-susahkan awak je,”kata Joo Yeon.”Apa?Awak dah tunggu saya dekat sini?”Joo Yeon cuba mencari-cari kelibat rakannya yang sedang berada di dalam talian itu,namun tidak pula dijumpainya.Tidak lama kemudian,bibirnya tersenyum manis.
“Okey.Saya dah nampak awak,”kata Joo Yeon sambil melambai ke arah rakannya itu.Lambaiannya itu berbalas.”Yela yela.Saya datang sekarang,”kata Joo Yeon,sebelum menamatkan panggilannya.Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah sebuah kereta hitam yang sedang menunggunya tidak jauh dari bangunan syarikat Byung Hee itu.

 Jung Byung Hee
 Lee Chang Sun
Lee Joo Yeon
Park Chae Rin