09 February, 2013

My Little Beautiful Husband Chapter 1

"Tapi ayah..."
"Ini permintaan datuk kamu,Lily.Datuk Lily dengan datuk Leo dulu dah pernah berjanji untuk kahwinkan Lily dengan Leo,"kata ayahku,cuba memujukku untuk menerima keputusan datukku yang amat mengejutkan itu.Ibuku juga turut berada di sebelahku sambil menggenggam erat tanganku.
"Tapi Lily kan baru je habis belajar.Kerja pun tak ada lagi.Dan Leo..."
"Leo nampak je macam tu...tapi dia sangat baik..matang..tak macam budak-budak sebaya dia,"pujuk ibuku pula.Aku melepaskan keluhan kecil.Agak lama juga aku mendiamkan diri.Aku memandang ke arah luar tingkap.Mataku terbuka luas apabila melihat Leo yang sedang menemani datukku bersiar-siar di luar rumah.Aku memang sudah mengenali Leo sejak dari kecil lagi.Malah,Leo itu sudah kuanggap seperti adik lelaki aku sendiri.Tetapi kini...keluargaku mahu menjadikan Leo sebagai suami aku?Oh tidak!!!Aku melepaskan keluhan kecil.
"Mama dan papa Leo pulak macam mana?"Soalku pula.
"Mereka pun sedang menunggu jawapan dari Lily,"jawab ibuku.
"Leo?"Kedua-dua ibu dan ayahku tidak menjawab pertanyaanku.Aku hanya memandang ke arah Leo.Aku terkejut apabila melihat Leo yang turut memandang ke arahku sambil mengukir senyuman manis ke arahku.Aku terus menundukkan wajahku.Aku bingung.Tak mungkin aku akan mengahwini Leo yang sudah aku anggap seperti adik lelakiku sendiri itu.Tak mungkin!

************************************************************************
"Noona!"Lamunanku terhenti apabila terdengar suara Leo yang sedang memanggilku itu.Aku memandang ke arahnya.Perlahan-lahan aku mengukir senyuman nipis ke arahnya.
"Ya?"
"Noona fikirkan apa tu?Noona okey?"Soal Leo.
"Noona okey.Cuma..."
"Saya tahu.Noona sebenarnya tak sukakan dengan perkahwinan ni?"Aku memandang ke arah Leo.Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan kepadanya.Sungguh aku masih lagi janggal hidup sebumbung dengan Leo,yang baru sahaja menjadi suamiku sejak seminggu yang lalu.Rumah ini pula,adalah pemberian daripada ibu bapaku sebagai hadiah perkahwinan kami berdua.
"Leo...noona tak fikir macam tu.Cuma...Leo tak rasa ke..yang..perkahwinan ni..tak adil untuk kita berdua?Noona rasa..kita berhak tentukan jalan hidup kita sendiri.Noona bukan fikirkan tentang diri noona sendiri saja.Tapi Noona fikirkan juga pasal Leo.Leo masih lagi pelajar menengah tinggi.Banyak lagi yang Leo perlu belajar...dan Leo masih ada banyak lagi pilihan yang Leo boleh pilih untuk tentukan jalan hidup Leo.Bukan terikat dengan perkahwinan macam ni,"kataku.
"Leo tahu,Noona.Tapi...tak salahkan kalau kita cuba?Kita buat semua ni...untuk datuk Noona juga kan?"Balas Leo,kelihatan tenang.Wajahnya yang tenang itu membuatkan aku kelu bicara."Kita teruskan saja kehidupan kita macam biasa.Anggap saja perkahwinan kita ni hanya sekadar atas kertas,kalau itu yang membuat noona rasa selesa,okey?"Leo mengukir senyuman manis ke arahku,sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.Aku turut tersenyum ke arahnya.Ya,kami tidur di bilik yang berasingan.Seperti yang Leo katakan sebentar tadi,perkahwinan kami ini hanyalah sekadar di atas kertas.

Aku memberhentikan keretaku di hadapan pintu pagar sekolah Leo.Aku kemudiannya menoleh ke arah Leo.
"Kalau noona sibuk,noona tak perlulah nak hantar Leo pergi sekolah lepas ni,"kata Leo.Aku hanya mampu tertawa kecil.
"Sibuk apanya...Noona pun tengah freelah sekarang.Boleh je kalau Leo nak noona hantarkan ke sekolah tiap-tiap hari,"balasku.Leo tersenyum.Sungguh aku akui,senyuman Leo itu amat manis sekali.Senyumannya itu tidak sekali pun berubah sejak dari kecil.
"Balik nanti,nak noona jemput tak?"Soalku pula.
"Noona kan tengah free.Tak salahkan?"Balas Leo.Aku hanya ketawa.Leo kemudiannya mengucup lembut pipi kananku secara tiba-tiba.Aku tergamam.Leo tersenyum lagi.
"Jumpa nanti,noona!"Pantas sahaja Leo melangkah keluar dari keretaku sementara aku masih lagi dalam keadaan terkejut.Aku menoleh ke arah Leo.Kelihatan dia sudah pun melangkah masuk ke dalam sekolahnya.Aku mengusap lembut pipiku yang dicium oleh Leo sebentar tadi.Perlahan-lahan,senyuman malu terukir pada bibirku.

Bahu kiri Leo ditepuk kasar sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di tempat duduknya.Leo menoleh ke belakang.Kelihatan kawan baiknya,Nana,sedang berdiri di belakangnya.
"Ya,Nana?"
"Amboi...bukan main berlagaknya dia.Orang jalan sebelah dia tadi boleh pula dia buat-buat tak nampak.Mentang-mentanglah,wife dia yang hantar dia pergi sekolah tadi,"kata Nana,pura-pura marah.Hanya Nana satu-satunya yang mengetahui tentang perkahwinan Leo yang diatur keluarga itu.
"Ish,mana adalah.Saya memang tak perasan langsung awak tadi.Janganlah merajuk,"kata Leo.Nana menjelirkan lidah ke arahnya.Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Leo.
"So,setakat ni awak macam mana?Okey?"Soal Nana,ingin tahu mengenai perkembangan terkini Leo yang sudah pun bergelar suami orang itu.
"Macam mana apa?"Soal Leo kembali.
"Maksud saya,awak dengan Lily unni macam mana?Ada apa-apa problem ke sejak belakangan ni?"Nana sekali lagi mengulangi soalannya.
"Okey je.Tak ada apa-apa."Balas Leo.Nana kemudiannya berdehem beberapa kali.
"Em...awak dengan unni..memang akan teruskan perkahwinan ni sampai bila-bila ke?"Entah mengapa,soalan itu terpacul dari mulut Nana.Dia menepuk perlahan mulutnya itu.Leo memandang ke arahnya.Wajah Nana dipandangnya tanpa sebarang kata.Nana berasa serba salah.
"Em..saya minta maaf,Leo.Saya..terlepas cakap,"kata Nana,mengakui keterlanjuran kata-katanya sebentar tadi.
"Saya tak boleh nak jawab soalan awak,Nana.Kita tengok jelah nanti,okey?"Leo tersenyum ke arahnya sambil menggosok lembut rambut Nana yang panjang itu.Nana tersenyum nipis.Kedengaran Leo melepaskan keluhan kecil."Memang perkahwinan saya dengan noona diatur keluarga..atau senang orang cakap..kena kahwin paksalah.Tapi,saya terima je.Sekurang-kurangnya,saya dipaksa kahwin dengan noona yang..memang saya dah kenal sejak dari kecil lagi.Apa yang dia suka..apa yang dia benci..semua saya tahu.Cuma..sekarang ni saya bukan lagi kawan sepermainan dia,tapi saya ni suami dia.Saya cuma kena belajar menjadi seorang yang suami yang baik untuk dia jelah,kan?"Kata Leo.
"Tapi,kalau perkahwinan ni membuatkan awak tak bahagia?"Soal Nana lagi.Leo tersenyum.
"Setakat ni..saya rasa bahagia sangat.Awak patut tanya soalan tu kepada noona,"kata Leo,penuh yakin.

Aku masih lagi menunggu ketibaan seniorku di sebuah kafe yang sudah menjadi tempat biasa kami untuk berjumpa.Katanya,ada sesuatu yang mahu dibincangkannya denganku.Aku mengukir senyuman manis apabila terlihat kelibatnya yang sedang melangkah ke arahku itu.
"Sorry Lily.Oppa baru saja habis meeting tadi,"kata Kevin sebelum mengambil tempat di hadapanku."Lama tunggu?"Soalnya pula.Aku sekadar menggeleng.
"Oppa,ada apa yang oppa nak bincangkan dengan Lily ni?"Soalku.
"Amboi,tak sabar-sabar betul!Tunggulah oppa bernafas dulu.Penat tau,berkejar-kejar ke sini,"kata Kevin.Aku tertawa kecil.
"Oppa,oppa!Oppa mesti nak cakap pasal tempat yang Lily akan dapat untuk praktikal nanti kan?"Dugaku,penuh yakin sekali.
"Lah...macam mana Lily tahu ni?"Soal Kevin,hairan.Aku tersenyum sambil memandang ke arah sampul surat kuning yang berada dalam pegangan Kevin itu.Kevin yang menyedari pandangan mataku itu sekadar tersenyum.Sampul surat berwarna kuning itu kini bertukar tangan.Aku membuka sampul surat itu tanpa terus menunggu lama.Kevin sekadar memerhati.Tidak lama kemudian,aku meletakkan semula surat itu di atas meja sambil memandang ke arah Kevin.Kevin berlagak biasa.
"Oppa,kenapa Lily dapat tempat ni?"Soalku,ingin tahu.
"Kenapa?Apa yang tak kena?"Kevin pura-pura tidak tahu.
"Oppa!Oppa tahukan tempat yang Lily dapat untuk praktikal ni..sekolah Leo?"Kelihatan Kevin tertawa sebaik sahaja mendengar kenyataanku itu."Kenapa oppa gelak-gelak pula ni?Lily seriusla,"kataku,tidak puas hati.
"Oppa pun serius.Kenapa?Lily tak suka ke dapat buat praktikal kat tempat yang sama dengan Leo?"Soal Kevin pula.Aku melepaskan keluhan kecil.
"Tapi oppa..nanti kalau semua orang tahu pasal kami berdua macam mana?"Soalku,mulai bimbang.
"Relaksla Lily.Kalau Lily dengan Leo berlagak biasa..buat-buat tak tahu,orang lain takkan tahu pun pasal perkahwinan tu kan?Lagipun,bukan oppa seorang je yang buat keputusan ni.Oppa tolong hantarkan saja dekat Lily.Manalah mereka tahu yang husband Lily ada dekat sekolah tu,"kata Kevin.Aku memuncungkan mulut."Lagipun bagus apa Lily dapat buat praktikal dekat tempat yang sama dengan Leo?Boleh luangkan lebih masa bersama,kan?"Usik Kevin.Aku menjeling ke arahnya.Kevin sekadar tertawa.Malah lebih galak berbanding tadi.Sekali lagi aku membaca isi kandungan surat itu.Ternyata,aku akan berhadapan dengan Leo lebih lama daripada aku sangkakan.


 MBLAQ CHEONDUNG : Leo
 IU : Nana
SONG JOONG KI : Kevin