12 June, 2011

...Chapter 44...

Hye Ri termenung di birai katil sambil memegang sesuatu dalam tangannya.Fikirannya melayang,memikirkan peristiwa yang berlaku siang tadi.Pertemuannya dengan Jong Suk yang tidak disengajakan itu benar-benar mengusik perasaannya.Jauh di sudut hati,dia amat merindui lelaki yang pernah,bukan,masih bertakhta di hatinya itu.

Imbas Kembali:

"Noona,nak makan fishcake kat situ,"rengek Yun Ho,cuba memujuk Hye Ri untuk membelikan fishcake untuknya.Hye Ri melihat jam tangannya.
"Okey,jom.Tapi,sekejap je tau.Noona ada hal lagi kat kolej,"pesan Hye Ri.Yun Ho angguk.
"Fishcake!Fishcake!"Yun Ho menjerit keriangan.Sangat gembira kerana Hye Ri menuruti kehendaknya.Hye Ri menggeleng,tersenyum melihat telatah comel adik angkatnya itu.

"Sedap tak?"soal Hye Ri kepada adiknya yang sedang kusyuk menikmati fishcake yang baru dibelinya itu.Yun Ho tidak menjawab,sebaliknya terus menikmati fishcake itu.Hye Ri menggeleng.Mentang-mentang dah dapat fishcake dia,kakak sendiri pun boleh lupa.Kali ini mereka sedang dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.Namun,langkah Hye Ri terhenti apabila terdengar Yun Ho menjerit."Kenapa ni,Yun Ho?"soal Hye Ri,sambil memandang ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh Yun Ho itu.Jantungnya berdegup hebat apabila melihat Jong Suk sedang berdiri,tidak jauh dari tempatnya berdiri ketika itu.Yun Ho segera berlari ke arah Jong Suk.
"Jong Suk Hyung!"Yun Ho yang tidak mengerti situasi sebenar yang berlaku itu,berasa teruja apabila berjumpa dengan teman rapat abangnya itu.Jong Suk menguntum senyuman manis apabila melihat Yun Ho melangkah menghampirinya.Jong Suk kemudiannya menundukkan badannya apabila Yun Ho sudah berdiri dekat dengannya.
"Hai,Yun Ho.Yun Ho sihat ke?"soal Jong Suk,ramah.
"Sihat.Hyung sihat ke?Dah lama tak jumpa hyung.Dulu selalu nampak hyung datang rumah nak jumpa dengan Dong Joon hyung,"kata Yun Ho.Senyuman Jong Suk sedikit mengendur apabila nama Dong Joon dibangkitkan.
"Hyung sibuk sikit sekarang ni.Dong Joon pun sibuk juga,"kata Jong Suk.Pandangannya beralih ke arah Hye Ri seketika.Jantungnya berdegup kencang apabila dipertemukan dengan Hye Ri semula setelah sekian lama menahan rindu.Hye Ri segera mengalihkan pandangannya apabila bertembung dengan mata Jong Suk yang sememangnya mampu mencairkan hati wanitanya itu.
"Yun Ho,jom bas dah nak sampai,"ajak Hye Ri apabila melihat kelibat bas yang kian hampir ke arah mereka berada ketika itu.
"Ala,noona...baru nak cakap-cakap dengan Jong Suk hyung,"balas Yun Ho.
"Yun Ho...naik bas?"soal Jong Suk,sedikit terkejut mendengar kenyataan Hye Ri sebentar tadi.
"Yun Ho,jomlah!"Hye Ri memanggil Yun Ho sekali lagi.Perlahan-lahan,Yun Ho melangkah ke arah Hye Ri dengan riak wajah yang tidak ceria.Hye Ri mencapai tangan adiknya itu sambil melangkah ke arah bas yang sedang berhenti itu.
"Hye Ri ah!"panggil Jong Suk,namun tidak diendah oleh Hye Ri.Hye Ri segera memimpin Yun Ho masuk ke dalam bas."Hye Ri ah!"panggil Jong Suk lagi,cuba mengejar Hye Ri sehingga berdiri di hadapan pintu masuk bas itu."Hye Ri ah!"panggilnya lagi.
"Noona,hyung panggillah!"kata Yun Ho sambil menarik baju Hye Ri.Pemandu bas itu pula segera menutup pintu bas apabila melihat Jong Suk sekadar berdiri di hadapan pintu masuk itu tanpa ada niat untuk menaikinya.Hye Ri sengaja tidak mempedulikan Jong Suk yang sedang memandang ke arahnya sebaik sahaja bas itu mulai beredar.Hye Ri menahan air matanya daripada mengalir.
"Mianeyo,oppa..."bisik hatinya.Janjinya terhadap Dong Joon dan Jung Min mesti dipatuhi meskipun terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Jong Suk.


Lamunan Hye Ri terganggu apabila menyedari pintu biliknya yang dikongsi bersama Min Jung itu dibuka dari luar.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat kelibat Sa Rang di muka pintu.
"Unni,unni baru balik kerja ke?"soal Hye Ri,ramah.Sa Rang tersenyum memandang adik perempuan Dong Joon itu.Sa Rang mendekati ke arah Hye Ri perlahan-lahan,bimbang akan mengejutkan Min Jung yang sedang lena tidur itu.Hye Ri memberikan sedikit ruang kepada Sa Rang untuk duduk di atas katilnya yang dikongsi bersama dengan Min Jung itu.
"Kenapa tak tidur lagi?Lain macam je termenung..."kata Sa Rang.
"Tak mengantuk lagi la unni.Unni pula?Kenapa lambat balik?Selalunya kalau unni balik lambat ni...mesti Dong Joon oppa ajak keluarkan?Tapi,oppa kan dekat Jeju-do lagi?"soal Hye Ri.Sa Rang tersenyum.
"Memang unni keluar dengan Dong Joon pun tadi,"katanya.Mulut Hye Ri terlopong mendengar kata-kata Sa Rang itu.
"Oppa dah balik?"soal Hye Ri,terkejut dengan berita kepulangan abangnya itu.Bibirnya tersenyum lebar.
"Oppa sihat tak,unni?"soal Hye Ri,ingin tahu perihal perkembangan abangnya itu.Sa Rang angguk sambil mengukir senyuman senang hati.
"Dia sihat.Dia kata esok dia datang jumpa dengan Hye Ri dengan Yun Ho.Tadi unni dah ajak,tapi dia tak nak.Takut kacau Hye Ri dengan Yun Ho rehat pula,"kata Sa Rang.
"Arasso.Yang penting dia dah jumpa unni dulu,"usik Hye Ri sambil ketawa.Sa Rang menepuk lembut paha Hye Ri,berpura-pura marah dengan usikan adiknya Dong Joon itu."Unni..."
"Ya?"balas Sa Rang.
"Gomawo.Sebab...unni sentiasa ada bersama dengan oppa dalam keadaan macam ni.Hye Ri yakin...kekuatan oppa adalah unni.Oppa masih dapat bertahan sampai sekarang pun...sebab unni juga.Kalau unni tak ada...tak tahulah,"kata Hye Ri,sambil menoleh ke arah Sa Rang."Gomawo..."ucapnya lagi.Hati Sa Rang tersentuh apabila mendengar kata-kata Hye Ri itu.
"Kenapa nak terima kasih pula ni,Hye Ri?Unni buat semua ni pun sebab memang kehendak unni,"kata Sa Rang.
"Unni...mesti betul-betul sayangkan oppa kan?"soal Hye Ri,menjurus kepada soal perasaan Sa Rang terhadap Dong Joon.Bibir Sa Rang tersenyum malu.Namun,tidak pula dia angguk bagi mengiyakan pertanyaan Hye Ri itu."Bertuah oppa dapat teman wanita macam unni.Dahlah cantik...baik pula tu,"puji Hye Ri.
"Ish,tak adalah.Unni biasa-biasa je,"balas Sa Rang,malu dipuji sebegitu.
"Eleh...unni je lah kata biasa.Oppa tu...semuanya nampak luarbiasa je pasal unni.Hye Ri ingat lagi,masa tu oppa tidur sampai mengigau sebut nama unni.Entah ubat apalah yang unni dah bagi kat oppa makan sampai jadi macam tu,"kata Hye Ri,mengimbau peristiwa lama.
"Ye ke?Mesti buruk rupa dia mengigau kan?"soal Sa Rang.Hye Ri ketawa sambil angguk.
"Macam mana yang unni bayangkan...macam tu lah yang rupa dia,"kata Hye Ri.Ketawanya masih bersisa.Sa Rang turut tertawa apabila mula membayangkan keadaan Dong Joon yang mengigau itu.Ketawa Hye Ri mulai mengendur sambil mengesat air matanya yang mengalir itu kerana terlalu teruja bercerita mengenai abangnya kepada Sa Rang.Hye Ri kemudiannya menarik nafas panjang.
"Kalau unnilah yang oppa pilih,lega hati Hye Ri,"kata Hye Ri.
"Kenapa pula?"soal Sa Rang.
"Sebab Hye Ri yakin yang unni mesti takkan sesekali tinggalkan oppa.Unni kan sayang dekat oppa?"soal Hye Ri,masih dengan senyuman manisnya itu.Sa Rang tersenyum nipis.Entah mengapa,ugutan Su Yeon dahulu mulai terngiang-ngiang dalam fikirannya.Perlahan-lahan Sa Rang angguk.


Sa Rang asyik membelek-belek mangga pintu yang diberi oleh Dong Joon ketika keluar bersama ke Menara Namsan dahulu.Kadang-kadang dia tersenyum mengingatkan kembali peristiwa di Menara Namsan itu.Sa Rang membaca tulisan yang tertera di atas mangga pintu itu.Sesekali kedengaran keluhan kecil wanita itu.Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini.


"Sebab Hye Ri yakin yang unni mesti takkan sesekali tinggalkan oppa.Unni kan sayang dekat oppa?"


"Kalau aku tak boleh dapatkan Dong Joon oppa,orang lain pun tak bileh,"


Sa Rang mengeluarkan sepucuk surat dari dalam laci meja soleknya.Surat yang ditulis oleh Ji Won sebelum dia meninggal dunia itu dibacanya semula.Namun,hanya satu petikan ini sahaja yang benar-benar menyentuh hatinya.


Saya percaya dan faham segala apa yang awak buat lepas ni adalah kerana cinta awak terhadap Dong Joon.Saya yakin awak akan sentiasa bersama dengan Dong Joon,lebih-lebih lagi dengan situasi yang sukar macam sekarang.Dong Joon amat memerlukan awak,Sa Rang.Walaupun dia dah mulai menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya dan keluarganya nanti pun,awak mesti ada di sisi Dong Joon.Ah~...mungkin awak rasa saya ni macam menyibuk pula pasal hal ni.Hahaha...miane...Tapi,saya ikhlas dengan apa yang saya katakan ni.Saya tahu yang awak pun tahu yang saya dengan Dong Joon pun bukannya baik sangat.Asyik nak sindir-menyindir je,hahahaha...Tapi,memandangkan cinta awak lebih kepada Dong Joon,takkan saya nak paksa awak pula.Saya kan dah janji dengan awak yang saya akan terima apa-apa sahaja keputusan awak?Saya harap awak dapat mempertahan cinta awak terhadap Dong Joon.Saya akan sentiasa sokong awak,Sa Rang!Sebagai seorang kawan,saya sangat sayangkan awak...


Hampir-hampir sahaja air matanya mengalir saat membaca surat itu.Itulah kata-kata terakhir Ji Won sebelum dia meninggal dunia kerana kanser paru-paru yang dialaminya.Sa Rang kemudiannya melihat ke arah Yun Ho yang sedang lena dibuai mimpi itu.Entah mengapa,Sa Rang melihat seolah-olah Dong Joonlah yang sedang tidur di situ.Lagu 'Last Luv' yang dinyanyikan oleh Dong Joon di dalam pemain mp3 juga terngiang-ngiang dalam fikirannya.Mungkin rindunya terhadap lelaki itu masih menebal walaupun baru sahaja berjumpa dengan lelaki itu beberapa jam yang lepas.Sa Rang kemudiannya mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu.Nombor telefon Dong Joon didailnya.Jantungnya berdegup pantas apabila kedengaran suara Dong Joon menjawab panggilannya.


"Maaflah sebab kacau awak malam-malam ni,"kata Sa Rang,serba-salah mengganggu waktu rehat lelaki itu.
"Tak apa.Saya pun tak tidur lagi.Kenapa ni?"soal Dong Joon.Sa Rang tidak menjawab."Sa Rang?"
"Saja...nak dengar suara awak,"kata Sa Rang.Kedengaran tawa Dong Joon dalam panggilan.
"Comellah awak ni,Sa Rang.Awak nak saya dodoikan awak sebelum tidur ke?"soal Dong Joon,seraya mengusik.Sa Rang tersenyum.Malu dengan kata-katanya tadi.
"Dong Joon..."
"Ya?"
"Saranghaeyo..."ucap Sa Rang,menahan sebak.
"Saya tahu.Saya pun sayangkan awak juga,"balas Dong Joon.Bibir Sa Rang tersenyum nipis."Saya lagi lagi sayangkan awak lebih dari awak sayangkan saya,"sambungnya lagi.
"Ara...Hye Ri ada bagitahu saya tadi,"kata Sa Rang.
"Ek?Dia cakap apa?"soal Dong Joon.
"Dia cakap awak pernah mengigau,sebut nama saya masa tidur,"kata Sa Rang,diikuti dengan tawanya.
"Seriously?Saya tak sedar pun saya mengigau,"balas Dong Joon.
"Malu lah tu,"usik Sa Rang.
"Ala...apa nak malu-malu.Saya sebut nama girlfriend saya jugakan?"balas Dong Joon.Sa Rang tertawa walaupun pipinya sudah basah kerana air matanya itu."Awak patut rasa bertuah sebab dapat boyfriend macam saya ni.Selalu fikirkan pasal awak 24 jam.Sekali pun tak pernah miss,"katanya lagi.Sa Rang tersenyum.
"Saya pun fikirkan pasal awak.Awak je tak tahu,"balas Sa Rang,tidak mahu mengalah.Kedengaran Dong Joon ketawa di hujung talian.


 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk


Park Hye Ri





No comments:

Post a Comment