31 July, 2011

-Monalisa Page 6-

"Ya,Ju tahulah,unni.Malam esokkan?Ju tak lupalah,unni.Mana boleh Ju lupa pasal hari jadi anak buah sendiri,"kata Joo Yeon yang sedang berbual dengan kakaknya melalui telefon bimbit.Tangan kirinya penuh dengan barangan runcit yang baru sahaja dibelinya dari pasaraya sebentar tadi.Seketika kelihatan dia mengukir senyuman manisnya hingga menampakkan lesung pipitnya.
"Ni dah makan ubat ke belum ni?"Soal kakaknya dari dalam talian.Joo Yeon angguk.
"Dahlah unni.Unni ni bising mengalahkan ommalah,"kata Joo Yeon.
"Tak adalah.Kalau unni tak ingatkan,nanti marah pula buah hati Ju tu,"balas kakaknya,sengaja mengusik.Joo Yeon mencebik.
"Apa unni ni?Mengarutlah.Ju mana ada buah hati,"tingkah Joo Yeon.Tidak suka dikaitkan dengan seseorang yang dimaksudkan oleh kakaknya itu.
"Tak apa.Kat depan unni tak nak mengaku.Padahal kat belakang unni...entah apalah yang korang dah buat,"usik kakanya lagi,diikuti dengan ketawa nakalnya.
"Dahlah unni.Penatlah nak layan kerenah unni ni.Ju dah nak naik bas ni.Annyeong!"Pantas sahaja Joo Yeon menamatkan panggilannya sambil melepaskan keluhan berat.
"Tak habis-habis mengusik orang,"ngomelnya sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya semula.Namun,sebaik sahaja dia ingin meneruskan langkahnya semula,tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang.Joo Yeon terjatuh.Barang-barangnya juga habis bertaburan.Joo Yeon mengusap kepalanya yang sakit itu.
"Miss,are you okay?"Soal Byung Hee,cemas.Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee sambil mengusap kepalanya yang kesakitan itu."Are you okay?"Byung Hee mengulangi soalannya.Entah mengapa,jantung Joo Yeon berdegup pantas sebaik sahaja matanya bertentang dengan pandangan mata lelaki berkot hitam itu.
"Miss,are you okay?"Byung Hee mula menyentuh bahunya.Apabila bahunya disentuh oleh Byung Hee,barulah Joo Yeon tersedar dari dunia angan-angannya sendiri.Dia segera membetulkan topi yang tersarung pada kepalanya itu.Pantas dia angguk sebagai membalas pertanyaan lelaki itu.Byung Hee mengukir senyuman manis.
"I'm sorry.It's all my fault.But,are you sure that you're okay?"Byung Hee benar-benar prihatin dengan keadaan wanita yang dilanggarnya itu.Joo Yeon angguk sekali lagi.Entah mengapa,bibirnya kelu untuk bersuara di hadapan lelaki itu.Byung Hee kemudiannya membantu mengutip barang-barang Joo Yeon yang bertaburan itu lalu dimasukkan semula ke dalam beg kertasnya.Beg kertas itu kemudiannya diserahkan kepada wanita itu.Sebaik sahaja Byung Hee menghulurkan beg kertas kepadanya semula,Joo Yeon segera mengambilnya semula lalu cepat-cepat beredar dari situ.Byung Hee terkejut dengan tindakan mengejut daripada wanita itu.Namun,dia kemudiannya menggeleng sambil tersenyum.
"Macam-macam..."Bisiknya sambil beredar dari situ.

Joo Yeon yang sudah berada di dalam bas itu tercungap-cungap menahan lelahnya selepas penat berlari daripada terus berhadapan dengan lelaki itu.Tangannya diletakkan pada dadanya yang berombak kencang itu.Masih terbayang lagi wajah dan senyuman manis lelaki yang baru sahaja dijumpainya itu.Entah mengapa,degupan jantungnya semakin kuat sebaik sahaja membayangkan semula wajah lelaki itu.
"Kenapa dengan aku ni?"Soalnya sendiri.Dia kemudiannya menggeleng,cuba menghilangkan wajah Byung Hee yang terbayang jelas dalam fikirannya itu.Lamunan Joo Yeon terganggu apabila matanya terpandang kepada seorang warga emas yang baru sahaja menaiki bas itu.
"You can seat here,madam,"Joo Yeon mempelawa tempat duduknya kepada warga emas itu sambil mengukir senyuman manis ke arah wanita itu.
"Oh thank you,"ucap wanita tua itu dengan senang hati.Joo Yeon sekadar membalasnya dengan anggukan dan senyumannya.Dia kemudiannya berdiri sambil memegang pemegang yang tergantung pada dinding bas itu.Tidak lama selepas itu,matanya terbuntang luas sambil menutup mulutnya.
"Aku lupa nak ucap terima kasih dekat lelaki tu!"


Byung Hee membuang pandangannya ke arah tasik biru sambil ditemani oleh anjing German Spitz berwarna putihnya itu.Bulu lebat anjingnya itu dibelainya lembut.Anjingnya yang comel itu cuba bermanja dengannya.Lagak manja anjingnya itu sudah cukup membuatkan hatinya terhibur,hilang segala keresahannya yang melanda dirinya selama ini.


"Yah,lambatnya awak datang.Dah nak dekat dua jam saya tunggu awak,"kata Byung Hee,sedikit geram dengan kelewatan teman wanitanya itu.Nana yang menyedari kesalahannya itu segera mendapatkan Byung Hee yang sedang memasamkan mukanya itu.Lengan lelaki itu dipautnya sambil memandang dengan penuh manja ke arah lelaki itu.
"Mianeyo,oppa.Nana tak sengaja.Tadi,Nana betul-betul ada hal.Handphone pula dah habis bateri.Tak dapat nak call oppa,"kata Nana,cuba menerangkan situasi sebenarnya kepada lelaki itu.Byung Hee pula sengaja memasamkan lagi mukanya,sengaja membiarkan teman wanita itu resah dengan rajuknya itu.Nana mengeratkan lagi pautannya.
"Oppa...oppa dengar tak ni?Nana minta maaf.Nana tahu Nana salah.Miane,"rayu Nana lagi,bersungguh-sungguh.Byung Hee mengalihkan wajahnya daripada memandang ke arah Nana.Nana memusingkan kepala Byung Hee supaya memandang ke arahnya.
"Oppa...miane.Okay,oppa nak Nana buat apa untuk oppa terima maaf Nana ni?Cakaplah.Apa-apa saja,"kata Nana,bersungguh-sungguh.Byung Hee memandang ke arah Nana.
"Masuk dalam tasik tu,"kata Byung Hee,selamba.Terlopong besar mulut Nana sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.
"What?!"
"Cepatlah.Kata tak kisah apa-apa pun.Ni baru suruh masuk dalam tasik,bukannya suruh terjun gaung lagi,"balas Byung Hee,selamba.Nana menggigit bibirnya.
"Fine!"Nana segera melangkah ke arah tasik itu tanpa menyedari senyuman nakal yang terukir pada bibir teman lelakinya itu.Nana takut-takut untuk memasukkan kakinya ke dalam tasik itu.Seketika dia menoleh semula ke arah Byung Hee.
"Oppa,tak boleh ke suruh Nana buat benda lain?"Soal Nana,separuh merayu.Namun,Byung Hee tidak mengendahkannya.Nana sudah putus asa.Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan kecil.
"Arasso,"katanya.Sebaik sahaja kakinya hampir mencecah ke dalam air tasik itu,tiba-tiba dia merasakan tubuhnya seperti ditarik oleh seseorang dari belakang.Nana terkejut apabila dirinya kini sudah pun berada di dalam pelukan lelaki itu.
"Oppa?"
"Shh...duduk diam-diam,"bisik Byung Hee sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap wanita itu.Perlahan-lahan,Nana mengukir senyuman manis.Dia turut membalas pelukan teman lelakinya itu.
"Oppa...saranghaeyo..."ucap Nana,sambil memejamkan matanya.Byung Hee tersenyum lebar.


Bunyi salakan anjingnya itu segera mematikan lamunan Byung Hee yang sudah jauh berlayar itu.Byung Hee menoleh ke arah anjingnya sambil mengukir senyuman manis.Bulu lebat anjingnya itu sekali lagi dibelainya.
"Baby jangan tinggalkan appa ya?"Soal Byung Hee,membahasakan dirinya sebagai appa kepada anjing kesayangannya itu.Anjing baka German Spitz itu menjilat wajahnya sambil diikuti oleh tawa Byung Hee itu.Terhibur dengan gelagat manja anjingnya itu.


Joo Yeon menekan butang kamera Nikon D90nya ke arah bunga matahari yang sangat menarik perhatiannya sepanjang berada di taman itu.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat gambar yang baru ditangkapnya itu.
"Nampaknya teknik fotografi aku dah makin okey ni,"kata Joo Yeon,memuji dirinya sendiri.Perhatiannya kemudian teralih ke arah seekor anjing German Spitz berwarna putih yang sedang bermain tidak jauh dari tempatnya berada sekarang."Ah,comelnya anjing tu!"Joo Yeon begitu teruja apabila melihat anjing itu.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah anjing itu dengan niat untuk menangkap gambarnya.Entah di mana silapnya,kakinya terpijak ranting kayu yang membuatkan anjing itu menyedari kehadirannya.Namun tidak pula anjing itu berganjak dari kedudukannya walaupun Joo Yeon sudah berada dekat dengannya.Joo Yeon cuba mengukir senyuman manis sambil melambai ke arah anjing itu.
"Annyeonghaseyo!Boleh kita berkenalan?"Soal Joo Yeon,seolah-olah berbual dengan manusia biasa.Tangannya dihulurkan ke arah anjing itu.Senyumannya kian melebar apabila anjing itu meletakkan kakinya di atas tangan Joo Yeon."Aigoo,comelnya awak!Apa nama awak?"Soal Joo Yeon lagi.Anjing itu kemudiannya menyalak sebagai menjawab pertanyaannya.Joo Yeon membelai lembut bulu anjing German Spitz yang lebat itu.
"Namanya Baby."Joo Yeon terkejut apabila mendengar suara seorang lelaki di belakangnya.Dia segera menoleh ke arah belakang.Anjing itu pula sudah berlari ke arah tuannya.
"Chuwesuhamnida...saya saja...nak...main-main dengan anjing awak.Saya pergi dulu,"kata Joo Yeon,berniat untuk segera beredar dari situ.
"It's okey.Kalau awak nak main lagi dengan Baby,saya tak kisah,"balas lelaki itu.Joo Yeon menggigit bibirnya.Malu.Pasti lelaki itu sudah melihat dan mendengar perbualannya bersama anjing miliknya itu.Joo Yeon memusingkan badannya untuk berhadapan dengan lelaki itu.
"Saya betul-betul minta maaf.Saya pergi dulu,"kata Joo Yeon sambil menundukkan sedikit badannya.
"Saya rasa saya macam pernah nampak awak.Ya,memang macam pernah nampak,"kata lelaki itu.Joo Yeon mendongakkan kepalanya.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas apabila melihat wajah lelaki itu.Lelaki itu pula mengukir senyuman nipis.
"Tak sangka kita jumpa lagi kan?"Senyuman lelaki itu kian lebar.


"Saya minta maaf sebab terlupa nak ucapkan terima kasih dekat awak masa kejadian tu,"kata Joo Yeon,merendah diri.Byung Hee sekadar angguk.
"Sama-sama.Benda kecil je pun,"kata Byung Hee sambil melihat anjing kesayangannya yang sedang bermain itu.Joo Yeon menoleh ke arah Byung Hee yang sedang duduk di sebelahnya itu.Wajah itulah yang sering bermain di fikirannya semenjak bertemu secara tidak sengaja kelmarin.Joo Yeon segera melarikan pandangannya apabila Byung Hee mula menoleh ke arahnya semula.
"Awak memang tinggal kat sini ke?"Soal Byung Hee,cuba untuk lebih mengenali wanita itu.
"Taklah.Saya cuma ikut kakak saya untuk tinggal sementara kat sini.Ada hal keluarga sikit,"jawab Joo Yeon,enggan bertentang mata dengan lelaki itu.Byung Hee angguk.
"Awak pula?"Soal Joo Yeon pula.
"Sama macam awak.Ada hal yang perlu saya uruskan dekat sini,"jawab Byung Hee,cuba memaniskan riak wajahnya.
"Kiranya awak duduk dekat sini,sorang-soranglah?"Soal Joo Yeon lagi.Entah mengapa,hatinya begitu teringin untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat lagi.Seperti ada kuasa magnet yang menariknya untuk mengenali lebih dengan lelaki itu.Byung Hee angguk sebagai menjawab pertanyaan wanita itu."Awak tak sunyi ke?"Soal Joo Yeon lagi.
"Tak sangat.Sebab saya ada Baby,"balas Byung Hee.Joo Yeon memandang ke arah anjing milik Byung Hee itu.
"Mesti awak sangat sayang dekat Baby awak kan?"Teka Joo Yeon.Byung Hee tertawa kecil.
"Kalau Baby tu ditakdirkan jadi manusia,mungkin peratusan untuk saya berkahwin dengan dia tinggi.Saya sangat sayangkan dia,"kata Byung Hee seraya bergurau.Joo Yeon tertawa sebaik mendengar gurauan lelaki itu.
"Boleh pula macam tu.Kalau macam tu saya pun nak jadi macam Baby lah,"kata Joo Yeon.
"Apa?"
"Hah?Saya cakap apa tadi?"Joo Yeon seperti baru menyedari keterlanjurannya itu."Ah,lupakan je.Saya...gurau-gurau je.Hahaha,"kata Joo Yeon,pura-pura ketawa.Dia menepuk perlahan mulutnya yang lancang berkata-kata itu.Byung Hee tertawa kecil melihat gelagat wanita itu.
"Awak ni memang ramahkan?Padahal kita baru je kenal,"kata Byung Hee.Joo Yeon membetulkan topi yang tersarung pada kepalanya itu.Sesekali kedengaran dia berdehem beberapa kali.
"Hah,saya tak tahu nama awak lagi,"kata Byung Hee,mulai menyedari sesuatu.Dia kemudiannya menghulurkan tangan ke arah wanita itu.
"Saya Jung Byung Hee.Awak boleh panggil saya,Jio,"kata Byung Hee sambil menghulurkan tangannya.
"Oh,saya Lee Joo Yeon.Awak boleh panggil saya Joo Yeon,"kata Joo Yeon sambil menyambut huluran tangan lelaki itu.Kedua-dua mereka saling bertukar-tukar senyuman.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit Byung Hee berdering,minta dijawab panggilan itu.Byung Hee segera menjawab panggilan telefonnya itu.
"Apa?Tapi..."Kedengaran Byung Hee melepaskan keluhan kecilnya.
"Miane.Jio...Jio tak dapat nak balik lagi,"kata Byung Hee.
"Jeongmal miane.Jio betul-betul tak dapat lagi.Miane..."Byung Hee segera menamatkan panggilannya.Dia kemudiannya mengukir senyuman paksa ke arah Joo Yeon.
"Saya ada hal sikit.Saya kena pergi dulu,"kata Byung Hee.
"Arasso,"balas Joo Yeon,masih kabur dengan situasi sebenar yang melanda lelaki itu.
"Nice to meet you,Joo Yeon,"kata Byung Hee lagi.Joo Yeon turut membalas senyuman lelaki itu.
"Nice to meet you too,"balas Joo Yeon.Byung Hee kemudiannya mengambil anjingnya semula ke dalam pangkuannya.
"Harap kita jumpa lagi,"kata Byung Hee lagi sebelum beredar meninggalkan Joo Yeon di situ.Joo Yeon sekadar tersenyum nipis.
"Rasanya...dia bukan berada dekat sini atas urusan kerja.Muka dia macam...menanggung sesuatu beban,"bisik hatinya,membuat andaian sendiri.Masih banyak perkara yang perlu diketahuinya mengenai Jung Byung Hee itu.



-Monalisa Page 5-

Hyo Young sekadar melihat Seung Ho membelek-belek pakaian wanita berjenama itu tanpa bersuara walaupun sedikit.Entah apa yang bermain di fikiran lelaki itu pun tidak langsung diketahuinya.Tidak lama selepas itu,Seung Ho memilih sesuatu daripada pakaian-pakaian yang tersusun di rak pakaian itu sambil melemparkannya ke arah Hyo Young.Hyo Young segera mengalihkan pakaian itu dari wajahnya.Namun,kali ini Seung Ho melemparkan lagi pakaian yang lain.Lagi sekali,lagi sekali dan....sehinggalah wajah manis Hyo Young tidak kelihatan lagi akibat dilindungi oleh pakaian-pakaian yang bertimbun dalam pegangannya.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Aku nak kau cuba semua baju ni,"kata Seung Ho sambil memandang ke arah pembantu butik itu supaya membantu Hyo Young untuk mencuba semua pakaian yang dipilihnya itu.Pembantu itu mengangguk,memahami isyarat daripada Seung Ho itu.Pembantu itu kemudiannya membawa Hyo Young menuju ke bilik persalinan.
"Aku tunggu kat sini,"kata Seung Ho sebelum mengambil tempat di atas sofa butik itu.

Selang beberapa minit kemudian,Hyo Young keluar dari bilik persalinan itu dengan langkah yang perlahan.Wajahnya ditundukkan.Barangkali malu berhadapan dengan putera raja itu dengan penampilan femininnya itu.Hyo Young berdeham beberapa kali apabila Seung Ho masih belum menoleh ke arahnya.
"Dah siap ke?"Soal Seung Ho sambil menoleh ke arah Hyo Young.Seketika dia terkesima dengan penampilan baru Hyo Young itu.Seolah-olah,wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah orang lain.Hyo Young mulai tidak selesa dengan pandangan Seung Ho yang kelihatan berbeza terhadapnya itu.
"Kenapa pandang macam tu?Kalau tak suka cakaplah.Aku...aku boleh tukar baju yang lain,"kata Hyo Young,serba salah.Seung Ho pula masih lagi memandangnya tanpa berkedip.Hyo Young yang berasa tidak selesa itu mulai berniat untuk beredar dari situ.Dia lebih selesa dengan penampilan kelakian seperti kebiasaannya.
"Aku nak pergi tukar baju,"kata Hyo Young.Langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Seung Ho dari belakang.Hyo Young terkejut lalu memandang ke arah putera raja itu.Kelihatan Seung Ho sedang mengukir senyuman manis ke arahnya.
"Kenapa nak tukar pula?Aku dah bayar semua baju tadi.Jadi,kau kena pakai juga baju ni.Takkan kau nak jumpa omma aku dengan pakaian biasa kau tu?"Soal Seung Ho.
"Tapi..."Belum sempat Hyo Young menghabiskan kata-katanya,Seung Ho sudah pun menarik tangannya menuju keluar dari butik itu.
"Sekarang ni,aku nak kau betulkan rambut kau pula.Jangan melawan lagi,arasso?"Soal Seung Ho sambil menghidupkan enjin keretanya.Hyo Young yang sedang duduk di sebelahnya terpaksa menurut kemahuan lelaki itu.Tanpa Hyo Young sedari,Seung Ho menjeling ke arahnya sambil tersenyum puas.
"Cantik juga rupanya,"bisik hati lelaki itu.Hyo Young pula membetulkan pakaian yang tersarung pada tubuhnya itu.Tidak selesa apabila membiarkan bahunya terdedah.

Hyo Young berasa kekok apabila berhadapan dengan Maharani serta Permaisuri Yang walaupun sedang ditemani oleh Seung Ho.Entah mengapa,pertemuan rasmi itu membuatkan dirinya berasa sungguh tidak selesa.Walhal,sebelum ini,Hyo Young sangat kerap berurusan dengan kedua-dua orang penting itu,lagi-lagi Permaisuri Yang yang lebih dikenali sebagai Puan Besar Yang di syarikat milik mereka.Apakah kerana pakaiannya ataupun kerana status terbarunya itu.Bakal tunang kepada  pewaris utama keluarga DiRaja Yang,Yang Seung Ho.Pandangan mata Permaisuri yang kelihatan tajam itu membuatkan Hyo Young tidak senang hati.Sungguhpun Seung Ho sudah menggenggam erat tangannya,namun masih belum mampu menghilangkan keresahannya.
"Silakan duduk,"pelawa Maharani dengan lembut.Kedua-dua anak muda itu mengambil tempat di hadapan Maharani serta Permaisuri dengan perlahan.Hyo Young berusaha untuk senyum bagi menutup rasa resahnya itu.
"Emonim tak tahu pun selama ni Seung Ho dengan Hyo Young ada apa-apa,"kata Maharani,memulakan perbualan.Seung Ho mengukir senyuman nipis secara paksa.
"Maaf,emonim.Memang selama ni kami...bercinta cuma...tak bersedia nak cakap dengan emonim dan omma.Lagipun,Hyo Young bimbang kalau emonim dengan omma tak sudi menerima dia dalam keluarga kita,"kata Seung Ho sambil menoleh ke arah Hyo Young di sebelahnya.
"Memang bercinta ataupun sebagai langkah mengelak daripada berkahwin dengan Fei?"Soal Permaisuri pula,terang-terang.Seung Ho dengan tenangnya menghamburkan tawanya.
"Apa omma cakap ni?Benda tu budak-budak je yang buat.Seung Ho kan dah besar.Seung Ho tahulah apa yang baik dan apa yang buruk,"kata Seung Ho,selamba.
"Dalam ramai-ramai perempuan yang kamu dah main-mainkan selama ni,kenapa kamu pilih Hyo Young?Bukan selama ni kamu suka perempuan yang seksi dan tampak feminin?"Soal Permaisuri lagi,tidak puas hati.Seung Ho tersenyum sambil menoleh ke arah Hyo Young.
"Sebab...Hyo Young sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan orang lain.Dia dah menyedarkan saya...rupa dan harta bukanlah segala-galanya.Yang penting...luhur budinya dan keikhlasan hatinya untuk menerima diri saya seadanya,"kata Seung Ho,penuh romantik.Lakonannya ternyata tampak cemerlang.Sangat layak untuk menerima anugerah pelakon lelaki terbaik!Seung Ho kemudiannya menggenggam tangan Hyo Young lalu diciumnya dengan lembut.
"Saranghae..."Ucap Seung Ho sambil memandang lembut ke arah Hyo Young.Hyo Young menelan air liur.Entah mengapa,lakonan Seung Ho itu benar-benar berkesan.Seolah-olah lelaki itu benar-benar mencintainya.Namun,Hyo Young tidak mengelamun jauh.Dia kembali semula ke dunia nyata.Seung Ho hanya berlakon.Hanya berpura-pura!Hyo Young berusaha mengukir senyuman manis walaupun peritnya hanya dia yang tahu.
"Omma...tolong terima hubungan kami.Seung Ho betul-betul tak boleh hidup tanpa Hyo Young.Lagipun,selama ni Seung Ho hanya anggap Hyo Young sebagai kawan,tak lebih daripada tu,"kata Seung Ho,bersungguh-sungguh merayu kepada ibunya itu.Maharani menoleh ke arah anak menantunya itu.Kedengaran Permaisuri melepaskan keluhan kecil.
"Tapi...saya dah janji dengan ibunya Fei.Takkan saya nak mungkirinya pula,"kata Permaisuri Yang kepada ibu mertuanya itu.Maharani sekadar tersenyum nipis.
"Kita hanya merancang,Seung Mi.Manalah kita tahu jodoh Seung Ho dengan Hyo Young selama ni,"kata Maharani,cuba menyedapkan hati anak menantunya itu.Maharani itu kemudiannya menoleh ke arah bakal cucu menantunya itu.
"Hyo Young betul-betul sayangkan Seung Ho?"Soal Maharani dengan senyuman manisnya.Hyo Young memandang sekilas ke arah Seung Ho.Seung Ho pula sekadar membalasnya dengan senyuman manisnya.Hyo Young memandang pula ke arah Maharani itu.
"Ya.Saya...sangat sayangkan Seung Ho oppa,"kata Hyo Young sambil memandang ke arah Seung Ho.Seung Ho angguk,puas hati.Padahal Seung Ho tidak menyedari pandangan bermakna daripada Hyo Young itu.Maharani tersenyum gembira.
"Baguslah kalau macam tu.Nampaknya perancangan kita kali ni mungkin dapat berjalan dengan lancar.Pasal Fei,emonim boleh uruskan,"kata Maharani sambil menoleh ke arah anak menantunya yang sudah lama membisu itu.


"Cik Hyo Young berehatlah dulu ya.Kalau Cik Hyo Young perlukan apa-apa,Cik Hyo Young boleh beritahu kami,"kata butler itu dengan penuh hormat lalu menundukkan sedikit tubuhnya.Hyo Young sekadar angguk sambil tersenyum manis.
"Kamsahamida,"ucapnya.Sebaik sahaja butler itu melangkah keluar daripada bilik itu,Hyo Young membaringkan dirinya di atas katil empuk bilik itu.
"Kenapa aku sanggup tolong Seung Ho sampai macam ni sekali?Kalau perkahwinan ni betul-betul terjadi macam mana?Bukannya Seung Ho betul-betul cintakan aku pun,"bisik hatinya.Tangannya diletakkan di atas mulutnya.Terimbau pula peristiwa di pejabat apabila Seung Ho dengan selamba mencium bibirnya di khalayak ramai.Terasa degupan jantungnya semakin kuat.Itulah ciuman pertamanya.Hyo Young menutup matanya.
"Sampai bila aku harus berpura-pura?Sampai bila aku mesti sembunyikan perasaan aku yang sebenar terhadap Seung Ho?"Bisik hatinya lagi.


"Biar betul?Hyung tahu tak,bila kami dengar berita ni,kami terus datang ke sini.Betul ke apa yang kami dengar ni?"Soal Sang Hyun,meminta kepastian sambil diperhatikan oleh Mir.Seung Ho tidak segera membalas,sebaliknya meneguk jus oren yang sudah tersedia di hadapannya itu.
"Mustahillah hyung sanggup terima budak tomboi tu sebagai pengantin dia.Ni mesti ada apa-apa ni,"sampuk Chang Sun pula sambil membetulkan cermin matanya.Mir angguk mendengar kata-kata sepupunya itu.Ada benarnya juga kata-kata Chang Sun itu.Seung Ho menoleh ke arah Chang Sun.
"Pelik ke?Aku memang serius nak berkahwin dengan dia pun,"kata Seung Ho.Chang Sun tersenyum sinis.
"Aku berani bertaruh yang kau tak pernah serius dengan budak tomboi tu,"kata Chang Sun.Sememangnya hubungan mereka berdua agak kurang baik sejak dari dulu lagi.Pasti bertikam lidah sekiranya bertemu.
"Dah dah dah.Takkanlah nak bergaduh pasal ni.Ala,biarlah hyung nak kahwin dengan siapa pun.Lagipun,Hyo Young tu comel je.Cuma dia tak berapa pandai nak tonjolkan kecomelan dia tu,"kata Mir,cuba meredakan suasana yang kian tegang tu.Sang Hyun kemudiannya mendekatkan wajahnya kepada Mir.
"Kalau Jio hyung ada...aku tak tahulah apa jadi nanti,"bisik Sang Hyun.Mir sekadar angguk.Kalau Jio hyung ada,pasti peperangan besar akan terjadi!
"Hyung,bila hyung nak bawa kami jumpa dengan Hyo Young tu secara rasmi?"Soal Sang Hyun pula.
"Tengoklah dulu bila-bila.Rasanya lepas ni,Hyo Young sibuk dengan kelas protokol DiRaja.Mungkin susah sikitlah nak curi masa dia semata-mata nak jumpa dengan korang ni,"kata Seung Ho.
Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik tetamu itu.
"Annyeonghaseyo!"Keempat-empat mereka menoleh ke arah pintu itu apabila mendengar sapaan serang perempuan di situ.Mir yang melihat tetamu wanita itu segera berdiri dengan senyuman terujanya.
"Noona?"Mir sungguh tidak percaya apabila melihat Sandara sedang berdiri di hadapan mereka.
"Wah,seronoknya bila tengok korang semua berkumpul kat sini!Ni mesti sebab nak raikan kepulangan noona kan?"Duga Sandara sambil melangkah perlahan ke arah mereka.Mir yang teruja dengan kepulangan Sandara itu segera mendekati ke arah wanita itu.
"Noona bila balik?Tak tahu pun noona nak balik hari ni,"kata Mir.Sandara sekadar tersenyum manis sambil menggosok rambut Mir yang pendek itu.
"E'e...tak sangka Mir kesayangan noona dah besar panjang.Dah makin kacak Mir sekarang ya,"kata Sandara,turut teruja apabila berjumpa dengan sepupunya yang paling muda itu setelah hampir tiga tahun berpisah.Entah mengapa,tiba-tiba Mir memeluk Sandara erat.Sandara terkejut.Begitu juga yang lain apatah lagi Sang Hyun.
"Mir rindu dekat noona,"kata Mir.Sandara tersenyum.Dia kemudiannya membalas pelukan sepupunya itu.Sang Hyun yang sedang menahan geram itu segera mendekati ke arah Mir yang masih lagi memeluk kakaknya itu.Sang Hyun memaksa Mir untuk melepaskan pelukannya itu.
"Yah,lepaslah!Sedap sedap je peluk noona orang,"kata Sang Hyun,geram.Mir sekadar mencebik.
"Noona tak bolehlah peluk lelaki lain senang-senang je.Lagi-lagi dengan Mir ni.Bukannya boleh percaya sangat,"kata Sang Hyun sambil memegang tangan Sandara,erat seperti tidak mahu dilepaskan.
"Kau cakap apa hah?Biarlah aku peluk noona.Noona tak bising pun,kau yang bising apasal?"Soal Mir,tidak puas hati.
"Dah dah.Korang ni tak habis-habis bergaduh.Macam budak kecillah korang ni,"kata Sandara.Chang Sun kemudiannya mendekati ke arah Sandara lalu memeluk wanita itu.
"Noona apa khabar?"Soal Chang Sun sambil mengukir senyuman manis.
"Yah!"Sang Hyun semakin geram.Sandara pula tertawa kecil.Kali ini,Seung Ho pula ingin melangkah ke arah Sandara.Pantas sahaja Sang Hyun menghalang niat sepupunya itu.
"Tak boleh.Tanya khabar sudahlah.Tak perlu peluk-peluk ni,"kata Sang Hyun."Kalau Hyo Young nampak hyung peluk noona macam mana?Mesti dia jealous,"kata Sang Hyun.Sandara menoleh ke arah Seung Ho.
"Hyo Young?"Soal Sandara.Seung Ho sekadar tersenyum nipis.Ah,nampaknya masih ada seseorang yang perlu dikongsi ceritanya itu memandangkan Sang Hyun sudah membongkar kisah perkahwinannya itu.


Mir mengiringi Sandara yang sedang melangkah ke arah keretanya dengan senyuman bahagia.Sandara sekadar membiarkan Mir yang memegang tangannya itu.
"Kalau noona cakap dengan kami yang noona balik hari ni,mesti Mir boleh jemput noona balik,"kata Mir,sambil memandang ke arah lantai.Malu barangkali apabila berhadapan dengan wanita itu.Sandara sekadar tersenyum.
"Tak apa.Noona pun sengaja nak buat surprise dekat korang semua.Tapi,tak sangka pula korang yang buat surprise dekat noona,"kata Sandara.
"Seung Ho je yang buat surprise tu.Kami pun baru tahu pasal berita tu,"kata Mir,sambil membetulkan sedikit rambutnya yang ditiup angin itu.
"Agaklah.Noona pun terkejut dengan berita tu.Finelah kalau Seung Ho dah bersedia untuk berkahwin.Tapi...tak sangka pula dia memilih Hyo Young sebagai bakal isteri dia,"kata Sandara.
"Noona tak suka ke dengan Hyo Young?"Soal Mir.Pantas Sandara menggeleng sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya itu.
"Taklah.Bukan tu maksud noona.Cuma noona terkejut dengan pilihan Seung Ho tu.Setahu noona,taste dia sangat lain kalau nak dibandingkan dengan Hyo Young.Tapi,biarlah.Tu hak dia nak pilih siapa jadi isteri dia,asalkan dia bahagia.Noona sokong saja apa yang dia nak buat nanti,"kata Sandara.Pemandunya pula sudah membukakan pintu kereta untuknya.Hanya menanti puteri raja itu untuk masuk ke dalamnya sahaja.
"Kalau noona,macam mana?"Soal Mir,tiba-tiba.
"Apa maksud,Mir?"Soal Sandara,sambil memandang ke arah wajah comel Mir itu.Mir turut membalas pandangannya.
"Yelah.Kalau noona...noona nak...lelaki macam mana?"Soal Mir,ragu-ragu.Masih terus memandang ke arah Sandara dengan pandangan yang penuh bermakna sekali.
"Kenapa?Mir nak carikan untuk noona ke?"Soal Sandara pula.Kelihatan Mir mengukir senyuman malunya.
"Kalau noona tak kisah,Mir boleh je jadi boyfriend noona,"kata Mir,terus-terang.Sandara tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir yang kedengaran kelakar padanya itu.Bahu kiri Mir itu ditepuknya perlahan.
"Mir ni memang suka bergurau sejak dulu lagi kan.Kelakarlah Mir ni,"kata Sandara sebelum masuk ke dalam keretanya.Mir segera menghalang pemandu kereta itu daripada menutup pintu kereta apabila Sandara sudah pun berada di dalam kereta tersebut.Sandara terkejut dengan tindakan Mir itu.
"Mir?"
"Noona beritahulah Mir.Mir nak tahu lelaki macam mana yang noona suka,"kata Mir,bersungguh-sungguh.Sandara memandang ke arah Mir sambil memikirkan sesuatu.Dia kemudiannya mengukir senyuman nipis.
"Noona suka lelaki yang berkeyakinan,tak terlalu romantik,cool,setia dan...kalau boleh,mesti pandai berbahasa Inggeris.Barulah nampak cool dia tu,"kata Sandara.Mir tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan daripada sepupunya yang lebih tua 7 tahun daripadanya itu.
"Arasso.Thank you,"ucap Mir sebelum menutupkan pintu kereta itu.Mir melambai ke arah Sandara yang sudah pun jauh dari perkarangan istana itu.
"Mir akan buat apa sahaja untuk noona,"bisik hatinya.
Sandara menggeleng sambil tersenyum sebaik sahaja keretanya meninggalkan perkarangan istana itu.Dia kemudiannya membalas lambaian Mir yang masih berdiri di situ.Sandara tertawa kecil apabila mengingatkan kembali perbualannya bersama dengan Mir sebentar tadi.
"Maafkan saya,Tuan Puteri."Tiba-tiba sahaja pemandu keretanya bersuara.
"Apa dia?"Soal Sandara.
"Saya rasa...Putera Mir...sukakan Tuan Puteri.Tuan Puteri tak sedar ke selama ni?"Soal pemandu itu.Sandara tersenyum.
"Saya tak berani nak cakap,ahjussi.Tapi,kalau apa yang ahjussi cakap tu...betul,mungkin memang betullah kot,"kata Sandara.
"Saya pun sukakan Mir.Dia sangat comel macam Sang Hyun.Cuma Sang Hyun tu nampak garang sikit,tak kena langsung dengan muka putih melepaknya tu,"sambung Sandara lagi.
"Macam mana kalau Putera Mir betul-betul sukakan Tuan Puteri?"Soal pemandu itu lagi.
"Macam tak betul je.Takkanlah dia nak suka dekat saya yang dah tua ni,"kata Sandara,merendah diri.
"Cinta tak mengenal usia,Tuan Puteri,"balas pemandunya pula.
"Kalau boleh,saya nak dia cari seseorang yang betul-betul boleh mencintainya dan menjaganya sebagai seorang lelaki.Bukan sebagai saudara ataupun adik.He should find his true love.And...I know...it's not me.Actually,he don't know what the love is.And I think,he should learn about it,"kata Sandara.Pemandunya sekadar angguk.Apa yang dikatakan oleh Sandara itu ada benarnya juga.



-Monalisa Page 4-

Seung Ho menggeleng kepalanya berkali-kali apabila melihat penampilan bakal tunang kontraknya itu.Hyo Young pula berasa sedikit malu dengan pandangan putera raja itu.Ada sesuatu yang anehkah pada penampilannya itu?
"Yah,kenapa kau pandang aku macam tu?"Soal Hyo Young,hairan sambil melihat sendiri pakaian yang tersarung pada tubuhnya itu.
"Sebenarnya aku dah lama terfikir nak tanya soalan ni dekat kau,"kata Seung Ho.Kening kanan Hyo Young terangkat sedikit.
"Apa dia?"Soal Hyo Young pula.Seung Ho memegang dagunya,gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Selama kau hidup ni,kau memang tak pernah pakai baju yang keperempuanan sikit ke?Tak pernah pakai atau tak pernah ada?"Soal Seung Ho pula.Hyo Young membetulkan sedikit topinya sambil berdehem beberapa kali.
"Apasal kau tanya aku macam tu?Selama ni kau tak pernah bising pun pasal apa yang aku pakai selama ni.Tiba-tiba nak ungkit ni apasal pula?Suka hati akulah nak pakai apa...asalkan aku selesa,"balas Hyo Young,agak kurang selesa dengan pertanyaan lelaki itu.
"Tu dulu.Sekarang ni...nak tak nak aku terpaksa ungkit juga.Takkanlah aku nak bawa kau jumpa dengan omma macam ni.Sedar sikitlah,wei,"kata Seung Ho.Hyo Young melihat sekali lagi ke arah penampilannya.Ada benarnya juga kata-kata Seung Ho itu.Hyo Young menelan air liurnya.
"Habis tu?Kalau kau dah tahu yang perangai aku memang macam ni,kenapa tak pilih orang lain saja jadi tunang kau?"Soal Hyo Young pula,memulangkan paku keras ke arah Seung Ho.Sebaik sahaja Hyo Young menghabiskan kata-katanya,Seung Ho segera menutup mulut wanita itu dengan tangannya.
"Shh!Boleh tak jangan cakap hal ni kuat-kuat?Kalau orang lain tahu rahsia kita ni,bukan aku saja yang kena...kau pun kena pancung tahu tak?"Tegur Seung Ho,separuh berbisik.Perlahan-lahan,Hyo Young angguk.Seung Ho melepaskan tangannya sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Dah,jom!Kita kena pergi ke suatu tempat dulu sebelum jumpa dengan omma,"kata Seung Ho sambil menarik tangan Hyo Young supaya masuk ke dalam kereta mewahnya.Tidak lama selepas itu,Seung Ho memecut laju keretanya menuju ke suatu tempat yang bakal merubah nasib Hyo Young!

Chang Sun tekun mengulangkaji pelajarannya tanpa mempedulikan jelingan nakal daripada pelajar-pelajar wanita yang sedang curi-curi memandangnya di perpustakaan.Du Jun yang sedang duduk selang semeja daripada Chang Sun itu pula tidak selesa dengan sekumpulan pelajar wanita yang sedang mengintip pergerakan mereka itu.
"Hyung,"panggil Du Jun separuh berbisik.Namun,panggilannya itu langsung tidak diambil pusing oleh pewaris ketiga keluarga DiRaja itu."Hyung!"Chang Sun menjeling ke arahnya apabila panggilan Du Jun yang semakin kuat itu mengganggu tumpuannya."Hyung,hyung...boleh belajar lagi dalam keadaan macam ni?Hyung tak kisah ke dengan budak-budak perempuan tu?"Soal Du Jun.Chang Sun menoleh semula ke arah komputer ribanya sambil menulis sesuatu di atas buku notanya.Du Jun mengeluh.Niatnya untuk belajar bersama-sama dengan Chang Sun terbantut dengan gangguan-gangguan nakal itu.Perlahan-lahan,Du Jun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah kumpulan pelajar wanita itu.
"Yah,kamu semua ni dah tak ada kerja lain ke?"Soal Du Jun,sedikit tinggi nada suaranya.
"Apa?Kami pandang kat Chang Sun oppa je pun,bukannya buat bising,"balas pelajar wanita itu.Du Jun menggeleng.
"Sudah-sudahlah dengan angan-angan kosong korang tu.Korang bukannya tak tahu pasal Chang Sun hyung dengan Hyo Sung tu,"kata Du Jun.Salah seorang daripada pelajar wanita itu mencebik.
"Ala...bukannya confirm pun oppa nak bersama dengan Hyo Sung pun.Kalau Hyo Sung gagal,tak ada maknanya juga kan perjanjian tu?"Balas pelajar wanita itu sambil diikuti oleh gelak tawa rakan-rakannya.Du Jun pula mengukir senyuman sinis.
"Sekurang-kurangnya,peluang untuk Hyo Sung memenangi hati Chang Sun hyung sudah pun 50 peratus kalau nak dibandingkan dengan korang semua ni.Macam mana kalau Hyo Sung berjaya dalam peperiksaan tu?Gigit jarilah korang,"kata Du Jun,sambil ketawa perlahan."Dahlah.Daripada korang buang masa menjeling-jeling dekat hyung,baik korang belajar ke...pergi makan ke...Ada juga faedahnya kan.Lagipun,aku tak selesalah.Susah nak belajar dengan hyung.Minta tolong ya,"kata Du Jun,sebelum beredar.
"Kerek sungguh mamat tu,"balas mereka yang kurang senang dengan teguran berbisa daripada lelaki itu.
"Entah.Kita bukannya jeling dekat dia pun.Perasanlah mamat tu.Baru rapat dengan Chang Sun oppa dah berlagak,"kata yang lain pula.Du Jun berasa senang hati selepas menegur kelakuan kumpulan pelajar wanita yang agak kurang menyenangkan itu.
"Apa yang kau buat dekat budak-budak tu?"Soal Chang Sun sebaik sahaja Du Jun mengambil tempatnya semula.Du Jun mengukir senyuman nipis.
"Tak ada apa-apa.Saja nak memuaskan hati sendiri,"jawab Du Jun sambil membuka semula buku notanya.Chang Sun juga menyambung semula kerjanya.Tidak lama selepas itu,tumpuan Du Jun terganggu lagi apabila telinganya menangkap bunyi langkah kaki menghampiri ke arah mereka.Du Jun mendongak.
"Hyo Sung?"Hyo Sung yang menyedari tegurannya  Du Jun segera melemparkan senyuman dan menundukkan sedikit tubuhnya.Chang Sun pula masih meneruskan kerjanya sambil diperhatikan oleh Hyo Sung.
"Awak datang dengan siapa hari ni,Hyo Sung?"Soal Du Jun,ramah.
"Sorang,"jawab Hyo Sung sepatah.Du Jun angguk.
"Awak nak jumpa dengan Hyung ke?"Soal Du Jun sambil menjeling ke arah Chang Sun.Hyo Sung menggaru0garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil angguk."Silalah.Dia ada kat sebelah tu,"kata Du Jun lagi sambil menjeling ke arah Chang Sun sekali lagi.Hyo Sung kemudiannya melangkah ke arah Chang Sun.
"Selamat pagi,Chang Sun oppa,"kata Hyo Sung,lembut sambil menundukkan sedikit tubuhnya.Chang Sun tidak membalas sapaannya.
"Maafkan saya sebab ganggu oppa tapi...saya ada sesuatu nak cakap dengan oppa,"kata Hyo Sung,takut-takut.Chang Sun masih membisu.Du Jun juga turut menanti respon daripada kawan baiknya itu.
"Apa dia?"Soal Chang Sun,masih tidak menoleh ke arah Hyo Sung.Perlahan-lahan,Hyo Sung tersenyum.
"Saya nak minta tolong oppa untuk jadi tutor saya.Lagi-lagi untuk subjek Fizik dan Matematik,"kata Hyo Sung.
"Kenapa?Awak ingat saya akan biarkan awak untuk kalahkan saya dengan mudah?Dan,awak akan jadi teman wanita saya seperti yang dah dijanjikan?"Soal Chang Sun pula,bernada sinis.Hyo Sung dan Du Jun yang mendengar kata-kata sinis dari Chang Sun itu terkejut.Namun,Hyo Sung tetap dengan senyumannya.
"Maksudnya...oppa tak bolehlah ni?"Soal Hyo Sung,meminta kepastian.Kedengaran hampa pada kata-katanya.
"Tapi,saya betul-betul ikhlas nak belajar dengan oppa.Bukan sebab dengan janji-janji tu,tapi niat saya memang ikhlas nak belajar dengan oppa,"kata Hyo Sung,berusaha memujuk Chang Sun.
"Ala...hyung.Takkan Hyo Sung nak belajar dengan hyung pun tak boleh?"Sampuk Du Jun pula.Hyo Sung yang mendengar kata-kata Du Jun itu turut angguk.
"Saya sanggup buat apa saja sepanjang saya belajar dengan oppa,"kata Hyo Sung lagi.Du Jun yang mendengar kata-kata Hyo Sung itu terkejut.
"Yah,baik awak tarik balik kata-kata awak tu.Tarik balik!"Desak Du Jun,bersungguh-sungguh.Hyo Sung hairan dengan desakan Du Jun itu.
"Kenapa pula ni?"Soal Hyo Sung.
"Tarik balik!Awak belum kenal betul dengan Joon Hyung!"Du Jun terus menerus mendesak Hyo Sung agar membatalkan sahaja niatnya itu.Chang Sun menutup bukunya sambil bersiap-siap untuk beredar.Hyo Sung dan Du Jun sekadar memandang ke arah Chang Sun.
"Pukul 3 petang esok,awak tunggu saya dekat sini,"kata Chang Sun sebelum beredar.Hyo Sung yang mendengar kata-kata Chang Sun itu mengukir senyuman bahagia,manakala Du Jun pula menepuk dahinya.Du Jun juga bersiap-siap untuk beredar.
"Habislah awak,"kata Du Jun sebelum beredar.Hyo Sung yang tidak mengerti apa-apa itu sekadar tersenyum.Puas hatinya dapat berguru dengan putera raja itu mulai esok petang.


Sandara menoleh ke arah Byung Hee sekali lagi sebelum masuk ke dalam balai pelepas.Hatinya masih belum puas selagi Byung Hee masih enggan untuk mengikutnya pulang ke Seoul semula.
"Betul ke Jio tak nak ikut noona balik ni?"Soal Sandara,bersungguh-sungguh.Byung Hee angguk sambil mengukir senyuman nipis.Sandara melepaskan keluhan kecil.
"Noona jangan risaulah.Satu masanya nanti Jio balik juga ke Seoul,"kata Byung Hee,cuba menyedapkan hati sepupunya itu.
"Satu masanya tu bila,Jio?Noona bukan apa,Jio.Cuma noona tak tahu nak cakap apa lagi dekat ahjumma dengan ahjussi.Jio fikirkanlah pasal mereka,"pujuk Sandara lagi.Byung Hee menundukkan pandangannya,seperti sedang memikirkan sesuatu.Sandara pula terus menanti.Byung Hee memandang ke arahnya semula tidak lama selepas itu.
"Jio akan balik juga,noona.Noona janganlah risau sangat.Cuma sekarang ni,Jio masih belum bersedia untuk balik.Jio...Jio masih belum sedia,"kata Byung Hee.Sandara memegang tangan Byung Hee.
"Jio...masih tak dapat lupakan Nana ke?Sebab tu Jio tak nak balik ke Seoul lagi?"Soal Sandara.Byung Hee menelan air liur sebaik mendengar pertanyaan Sandara itu."Noona tahu...Jio sangat sayangkan Nana.Tapi sampai bila Jio nak jadi macam ni?Nana takkan kembali semula kepada Jio walaupun Jio terus bersikap macam ni.Jangan paksa diri,Jio.Cuba buka hati Jio tu untuk menerima cinta yang baru,"pujuk Sandara lagi.Byung Hee melepaskan tangan Sandara dengan lembut.
"Noona kena masuk sekarang.Flight dah nak berlepas,"kata Byung Hee,sambil mengukir senyuman manis secara paksa.Dia enggan untuk membincangkan kisah lamanya."Cepatlah,noona.Nanti terlepas pula,"kata Byung Hee lagi sambil menyerahkan bagasi Sandara kepadanya.Sandara mengambil bagasinya dengan terpaksa.
"Fikirkan apa yang noona cakapkan tu.Jio mesti balik Seoul,arasso?Noona tunggu Jio kat sana,"kata Sandara.Byung Hee angguk.Sandara kemudiannya mencubit pipi Byung Hee dengan geram.
"Degil betullah budak ni.Sama saja perangai dengan budak Sang Hyun tu,"kata Sandara.Byung Hee tersenyum sambil meraba pipinya yang dicubit itu.Sandara kemudiannya memeluk Byung Hee sebelum beredar.
"Jaga diri tau.Jangan buat benda bodoh kat sini.Ingat,noona tunggu Jio balik.Siaplah kalau Jio lari ke mana-mana lagi,"kata Sandara,berbaur ugutan.Jio tersenyum sambil angguk.Sandara kemudiannya melepaskan pelukannya.
"Noona balik dulu,"kata Sandara.Byung Hee mengangkat tangannya.Sandara melangkah perlahan-lahan meninggalkan Byung Hee di belakang.Seketika,dia menoleh semula ke arah lelaki itu.Kelihatan Byung Hee melambai ke arahnya sambil tersenyum manis.Sandara mencebik.
"Ceh,suka pula dia tengok orang pergi,"bisik hatinya sambil melambai ke arah Byung Hee.


Byung Hee membisu sepanjang perjalanan pulang ke villanya.Pemandunya tidak langsung berniat untuk mengganggu tumpuan pewaris kedua itu.Bukannya dia tidak mengenali tuan mudanya itu.Dia sudah mengenali putera raja itu sejak dari kecil lagi.Kalau dia sudah diam sebegitu rupa,tak lain tak bukan pasti dia sedang memikirkan bekas tunangnya,Nana.Putera raja itu terlalu menyanyangi tunangnya yang dikenalinya di Sydney itu.Sayangnya,di Sydney jugalah menjadi saksi kepada perpisahan pasangan dua sejoli itu untuk selama-lamanya.Nana sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Dan Byung Hee menjadi saksi kepada kematian tunangnya yang dicintainya itu.Nana menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan lelaki itu.Tumpuan pemandu yang sedang memandu itu terganggu apabila telinganya menangkap bunyi esakan di tempat duduk belakang.
Byung Hee menangis teresak-esak apabila kenangannya bersama dengan bekas tunangnya itu kembali bermain dalam fikirannya.Senyuman manis,tawa manja,dan rajuk wanita itu membuatkan lelaki itu terlalui merindui bekas tunangnya yang pastinya tidak akan kembali semula kepadanya itu.Byung Hee bersandar pada tempat duduknya sambil mengalirkan air mata.
"Nana..."Sebutnya dalam sebak.Terbayang wajah manis Nana yang sedang memandang ke arahnya itu.
"Miane..."



27 July, 2011

-Monalisa Page 3-

Tidur Byung Hee terganggu apabila merasakan kedua-dua kakinya seperti sedang diurut oleh seseorang.Perlahan-lahan dia membuka matanya walaupun masih terasa berat hati untuk bangun dari tidur lenanya itu.Byung Hee melihat ke arah hadapannya.
"Noona?"Matanya terbuka sedikit luas apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya sedang berada di hadapannya dengan senyuman manis itu.Byung Hee segera bangun dari katilnya sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut itu.
"Ala,tak payah nak betul-betulkan rambut tu.Bukannya dengan orang lain,dengan noona juga,"kata wanita itu sambil mengambil tempat di atas sofa berwarna biru lembut itu.Byung Hee tersenyum nipis.
"Mana boleh,noona.Kalau lelaki lain nampak noona ada dengan Jio macam ni,mesti diorang jealous nanti,"kata Byung Hee sambil memandang ke arah sepupunya yang tua 3 tahun daripadanya itu.Wanita itu tertawa kecil saat Byung Hee menghabiskan kata-katanya yang berbaur gurauan itu.
"Tolonglah Jio.Kalau diorang nak jealous pun,noona bukannya kisah pun.Lebih baik noona menghabiskan masa dengan Jio daripada lelaki-lelaki yang tak boleh diharap tu,"katanya sambil menyambung tawanya yang masih bersisa itu."Jio,pergilah mandi cepat.Kita pergi keluar breakfast sama-sama.Nak?"Wanita itu cuba mengajak Byung Hee untuk keluar bersamanya.Jio mengecilkan mata kanannya.
"Malaslah,noona.Hari ni Jio ingat nak duduk kat vila je.Lagipun,ada kerja sikit nak kena siapkan ni,"kata Byung Hee,cuba menolak baik ajakan sepupunya itu.Wanita itu berdiri sambil bercekak pinggang.
"Tak boleh.Jio tahukan...tak ada siapa pun yang boleh lawan kata-kata Sandara Park!Jio pun tak terkecuali,"kata Sandara dengan lantang sambil mendekati ke arah Byung Hee yang masih lagi bermalas-malasan di atas katil itu."Jomlah,Jio.Sekarang pergi mandi dulu.Noona tunggu kat bawah,"kata Sandara sambil menarik tangan Byung Hee supaya bangun dari katilnya itu.
"Noona..."Sandara tidak mempedulikan keluhan sepupunya itu.Dia segera menolak tubuh sasa lelaki itu masuk ke dalam bilik air lalu ditutupnya pintu itu.
"Noona tunggu kat bawah!"Laungnya sebelum beredar dari situ.


Byung Hee menolak perlahan cawan berisi teh itu di hadapannya sebaik sahaja Sandara menghabiskan kata-katanya.Sandara yang sudah dapat mengagak tindakan Byung Hee itu ,melepaskan keluhan kecil.Ternyata lelaki ini begitu degil!
"Jio,kali ni Jio kena juga ikut cakap noona.Sampai bila Jio nak jadi macam ni?Jio dah tak sayangkan ahjumma dengan ahjussi lagi ya?"Soal Sandara sambil memandang Byung Hee yang ternyata tidak puas hati dengan keputusannya itu."Noona bukan apa,Jio.Noona tahu...noona faham apa yang dah Jio hadapi sebelum ni.Tapi,kalau Jio terus bersembunyi kat sini sampai bila-bila pun,benda yang dah berlaku tu tetap tak boleh diubah.Hal yang dah berlaku tu,biarkan ia berlaku.Hidup kita mesti diteruskan juga.Jio tak boleh terus macam ni.Jio pernah tak fikirkan pasal keluarga Jio kat Seoul tu?Noona dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat mereka bila mereka tanyakan pasal Jio.Takkan noona nak terus-menerus tipu mereka?"Sandara terus memujuk Byung Hee agar menerima keputusannya.Namun,Byung Hee tidak memberi sebarang respon.Sandara kemudiannya memegang tangan Byung Hee dengan lembut.
"Jio ikut noona balik Seoul,ya?"Soal Sandara,masih terus mencuba memujuk sepupunya itu.Byung Hee memandang ke arahnya.Dia kemudiannya melepaskan tangan Sandara.Sandara sudah menjangkakannya.
"Kalau noona nak balik,noona baliklah dulu.Jio masih nak duduk kat sini lagi,"kata Byung Hee sebelum beredar meninggalkan Sandara berseorangan di situ.


"Maafkan patik kerana mengganggu tuanku,"kata butler itu sambil menundukkan sedikit badannya ke arah Seung Ho yang sedang bersenang-lenang di kolam renang itu.Seung Ho memandang ke arahnya dengan kaca mata hitamnya.
"Hm,"balas Seung Ho,sebagai isyarat agar butler itu meneruskan kata-katanya yang ingin disampaikannya itu.
"Tuanku Maharani serta Tuanku Permaisuri mahu berjumpa dengan tuanku sekarang juga.Ada perkara penting yang ingin dibincangkan dengan tuanku,"kata butler itu,penuh hormat.
"Arasso.Nanti saya pergi,"kata Seung Ho,tanpa menoleh sedikit pun ke arah butlernya itu.Butler itu menundukkan tubuhnya sedikit sebelum beredar meninggalkan putera raja itu.


Seung Ho mengambil tempat di hadapan kedua-dua wanita berkedudukan tinggi itu sebaik sahaja masuk ke dalam bilik istirehat neneknya itu.
"Ada apa omma dengan emonim nak jumpa dengan saya ni?"Soal Seung Ho.Maharani tersenyum manis ke arah pewaris utama keluarga DiRaja itu.Permaisuri pula menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan anak lelaki tunggalnya yang masih belum berubah itu.
"Seung Ho sihat?"Soal Maharani dengan lembut.Seung Ho membalasnya dengan sekadar anggukan.
"Omma ada benda yang nak dibincangkan dengan Seung Ho,"kata Permaisuri,sedikit kurang senang dengan kelakuan anak lelakinya yang dilihat kurang matang itu.Seung Ho memandang ke arah ibunya itu.
"Omma dengan emonim dah buat keputusan...yang omma nak Seung Ho segera mendirikan rumah tangga dengan calon pilihan omma dengan emonim,"kata Permaisuri.Seung Ho terkejut saat mendengar kata-kata ibunya itu.
"Apa?"
"Seung Ho tak boleh lawan kata-kata omma.Sampai bila Seung Ho nak berperangai macam ni?Asyik berkeliaran dengan perempuan-perempuan yang entah dari mana asal-usul keluarganya tu.Kamu tak sedar ke yang kamu tu siapa?Macam mana orang lain nak percayakan kamu kalau kamu terus bersikap macam ni?"Soal Permaisuri.
"Okey,kalau omma tak suka dengan perangai Seung Ho,Seung Ho boleh ubahlah,omma.Tapi,omma tak boleh buat macam ni.Seung Ho pun ada hak untuk tentukan teman hidup Seung Ho sendiri,"kata Seung Ho,tidak puas hati.
"Omma dah fikir masak-masak dan keputusan ni muktamad.Seung Ho mesti kahwin dengan Fei hujung tahun ni.Tak ada bantahan,"kata Permaisuri,tekad dengan keputusannya itu.Mata Seung Ho terbuka luas dengan keputusan drastik yang dibuat oleh ibunya itu.Seung Ho berdiri dari tempat duduknya.
"Seung Ho tak setuju.Seung Ho tak mahu berkahwin dengan Fei!"Bantah Seung Ho.
"Boleh,tapi ada satu syarat,"kata Permaisuri sambil memandang ke arah anak lelakinya itu.Seung Ho terus menanti kata-kata ibunya itu.
"Emonim akan serahkan kuasa dan takhta kepada Jung Byung Hee secara mutlak!"


"Boleh tak kalau kau tak buat gila untuk sehari?"Soal Hyo Young,geram memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu.Kata-kata Seung Ho sebentar tadi benar-benar tidak masuk akal.
"Apa yang gilanya?Memang betullah apa yang aku cakap ni.Aku betul-betul maksudkan apa yang aku katakan tadi.Aku nak kau tolong aku supaya omma takkan teruskan perkahwinan aku dengan Fei tu,"kata Seung Ho,bersungguh-sungguh.
"Apa masalahnya dengan Fei tu?Dia pun keturunan DiRaja juga.Baik pun baik,cantik pun cantik,pandai pun pandai.Apa yang tak cukup lagi?"Soal Hyo Young.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Memanglah.Tapi,masalahnya sekarang ni,aku tak nak kat perempuan tu.Aku bencikan dia.Kau tak pernah jumpa dia dulu.Dia tak sebaik yang kau sangkakan.Hanya depan aku saja,dia tunjukkan taring dia yang sebenar,"kata Seung Ho.Hyo Young tersenyum nipis.
"Oh,pleaselah Seung Ho.Tu waktu dulu.Sekarang ni mesti dia dah berubah.Kau tak bolehlah buat keputusan drastik macam ni kan?Kau patut jumpa dia dulu.Mungkin dia tak seperti yang kau sangkakan,"kata Hyo Young,cuba memujuk lelaki itu agar berfikir masak-masak akan keputusannya itu.
"Tak payah.Fei tu bukannya macam perempuan lain.Aku rasa perempuan dekat Kelab Malam Ojos Frios tu lebih baik dari budak Fei tu.Jangan percaya sangat dengan muka lembut dia tu.Dahlah gemuk,ada hati nak jadi isteri aku,"kata Seung Ho.
"Come onlah,Seung Ho.Cuba kau tengok muka kau kat cermin tu.Dah macam kerang busuk dah aku tengok,"kata Hyo Young,menahan tawa.Seung Ho membalasnya dengan jelingan.Hyo Young pula menggigit bibirnya apabila melihat jelingan tajam lelaki itu.
"Okey okey.Aku faham masalah kau.Tapi,aku betul-betul minta maaf.Aku tak boleh tolong kau untuk selesaikan masalah ni.Lagipun,kalau aku bersetuju dengan cadangan gila kau ni,aku yakin masalah ni akan menjadi semakin teruk,"kata Hyo Young,berusaha membuat Seung Ho memahami impak yang akan terjadi dengan keputusannya itu.
"Sebab aku dah fikirlah,aku jumpa dengan kau ni.Tolonglah Hyo Young.Hanya kau saja yang boleh aku harapkan,"rayu Seung Ho,bersungguh-sungguh.Hyo Young mengeluh.Apakah putera raja ini benar-benar sudah gila atau tak waras?"Okey,fine.Kalau kau tak nak tolong aku,it's okey.Tapi emonim akan serahkan kuasa dia kepada lelaki tu.Kau nak ke dia yang mewarisi takhta dan kuasa tu?"Soal Seung Ho sambil memandang tajam ke arah Hyo Young.
"Okey je.Aku rasa Byung Hee oppa lagi layak jadi pewaris utama daripada kau,"balas Hyo Young,selamba.Seung Ho geram dengan sikap selamba yang ditunjukkan oleh wanita tomboi itu.Seung Ho kemudiannya memegang tangan wanita itu dengan kasar.
"Aku serius kali ni.Kau mesti tolong aku.Aku sanggup buat apa saja sebagai balasannya,"kata Seung Ho.Hyo Young terdiam."Please Hyo Young.Tolong...bersetuju untuk menjadi bakal isteri aku sehingga hujung tahun ni sehingga aku betul-betul berjumpa dengan teman hidup aku yang sebenar,"rayu Seung Ho sambil memandang tepat ke arah anak mata Hyo Young.
"Please...aku betul-betul tak boleh terima Fei.Sebab aku tak cintakan dia,"kata Seung Ho sambil memegang erat tangan wanita itu.
"Habis tu,kau cintakan aku?"Soal Hyo Young,tiba-tiba.Seung Ho terdiam."Kau cintakan aku atau tak?"Soal Hyo Young lagi.Seung Ho menarik nafas panjang.Dia kemudiannya menarik tangan Hyo Young,supaya keluar dari bilik pejabatnya itu.Hyo Young terkejut dengan tindakan Seung Ho itu.Semua pekerja yang berada di situ terkejut apabila melihat Seung Ho menarik tangan Hyo Young keluar dari bilik itu.Seung Ho kemudiannya melepaskan tangan Hyo Young,kasar.Hyo Young memegang pergelangan tangannya yang kesakitan itu.
"Ryu Hyo Young."Semua yang berada di situ terdiam apabila mendengar Seung Ho menyebut nama wanita itu dengan lembut sekali.Hyo Young pula terdiam.Permaisuri Yang yang baru sahaja tiba ke pejabat itu turut terpegun melihat adegan drama yang sedang berlaku di hadapannya itu.
"Would you marry me?"Soal Seung Ho,tiba-tiba.Mata Hyo Young terbuka luas saat mendengar 'lamaran' putera raja itu.Semua orang yang berada di situ terkejut dengan lamaran Seung Ho itu.Apakah benar Seung Ho memilih Hyo Young yang bersifat kelakian itu sebagai teman hidupnya?Permaisuri Yang yang berada di situ turut terkejut.
"Hyo Young?"Hyo Young bagaikan terjaga dari mimpi apabila Seung Ho mengulangi namanya.
"Saya..."Hyo Young terkejut apabila Seung Ho menggenggam erat tangannya.Hyo Young terpaksa mengalah.
"Saya sudi..."Jawab Hyo Young,lemah.Seung Ho mengukir senyuman gambira.Perlahan-lahan,dia memegang wajah wanita itu lalu dikucupnya bibir wanita itu tanpa mempedulikan pandangan tajam daripada ibunya itu.Memang itulah yang dia mahukan!Tepat sekali masanya!Hyo Young pula masih terkejut dengan tindakan mengejut putera raja itu.











25 July, 2011

-Monalisa Page 2-

Bilik tidur yang sejuk dan gelap itu membuatkan tidur Seung Ho semakin lena walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi.Tanpa disedarinya,sekumpulan pembantu rumahnya beserta seorang butler melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan membawa segala barang untuk persiapan dirinya pada hari itu.Pembantu rumah itu menyelak langsir bilik Seung Ho dengan menggunakan alat kawalan jauh.Suhu bilik tidur itu juga diturunkan.Butler itu kemudiannya meniup trompet kecil untuk membuatkan pewaris utama keluarga DiRaja itu bangun dari tidurnya.Tiupan trompet itu membuatkan Seung Ho menarik selimutnya lebih tinggi,menutupi keseluruhan tubuhnya.
"Yah!"Jerit Seung Ho berang apabila tiupan trompet itu semakin membingitkan telinganya pagi itu.Butler itu menghentikan tiupan trompetnya apabila melihat pewaris utama itu sudah mula bangkit dari pembaringannya.Dia dan semua pembantu rumah yang ada di dalam bilik itu menundukkan sedikit badan mereka sebagai tanda hormat kepada pewaris utama keluarga DiRaja itu.
"Maafkan kami,Tuanku.Tapi,sudah tiba masanya untuk Tuanku bangun dari tidur sebab Tuanku perlu bersegera ke ibu pejabat untuk menghadiri beberapa mesyuarat penting untuk hari ini,"kata butler itu,dengan hormat.Seung Ho mengambil cermin lalu membetulkan rambutnya yang kurang kemas itu.Dia kemudiannya melihat jam di atas mejanya.
"Argh,boleh tak kalau saya nak ambil cuti hari ni?Malaslah...lagipun saya balik lambat semalam,"kata Seung Ho,berura-ura mahu menyambung lenanya yang terganggu sebentar itu.Namun,niatnya terbantut apabila butler itu meniupkan lagi trompet itu.Seung Ho segera bangun dari katilnya dengan perasaan kurang senang.Dia menjeling tajam ke arah butlernya.
"Kalau bukan sebab omma,dah lama aku pecat kau,tahu?"Kata Seung Ho,sinis sebelum melangkah meninggalkan bilik tidur agamnya itu.Butler dan pembantu=pembantu yang lain menundukkan sedikit badan mereka apabila melihat Seung Ho beredar masuk ke dalam bilik mandinya.


Seung Ho memandu laju keretanya menuju ke arah ibu pejabat milik keluarganya tanpa menghiraukan bunyi hon kereta lain yang kurang senang dengan cara pemanduannya yang berbahaya itu.Pemain DVD pada radionya juga sengaja dikuatkan.Kepalanya terangguk-angguk,mengikuti irama muzik yang sedang dimainkan itu.
Apabila tiba di lobi ibu pejabatnya yang tersergam gah itu,Seung Ho segera memarkirkan kereta mewahnya berhadapan dengan pengawal yang sedang menunggunya di pintu utama itu.Seung Ho menyerahkan kunci kereta miliknya kepada pengawal itu sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu.Niatnya untuk melangkah masuk ke dalam biliknya terbantut apabila langkahnya dihalang oleh pembantu peribadinya,Hyo Young,seorang gadis tomboi berusia awal 20-an.Kelihatan jelas kemarahan yang terpancar pada wajah bersih wanita itu yang tidak tercalit sebarang mekap yang tebal.Hanya mengenakan gincu merah jambu yang tidak terlalu terang warnanya,sekadar mengikut protokol ketika di pejabat keluarga DiRaja itu.
"Apa?Aku dah lambat ni,"kata Seung Ho,menolak sedikit tubuh pembantu peribadinya itu.Hyo Young terkejut apabila Seung Ho dengan sengaja menolak tubuhnya untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Yah,kau pergi mana semalam?Kau sepatutnya kena pergi majlis rasmi syarikat semalam.Kau tahu tak aku kena disoal siasat teruk dengan Puan Besar Yang semalam?"Soal Hyo Young,berang dengan sikap lewa Seung Ho itu.Seung Ho meletakkan begnya di atas meja lalu menoleh ke arah Hyo Young.
"Yang kau sibuk kenapa?Suka hati akulah ke mana yang aku nak pergi.Aku nak pergi parti ke,disko ke....tu hal aku.Tugas kau hanya setakat waktu pejabat saja.Faham?Hah,pasal omma aku tu...kau tak payah risau.Aku boleh uruskan.So,sekarang ni,kau boleh keluar dari sini sebab aku dah nak pergi bersiap untuk ke mesyuarat pagi ni,"kata Seung Ho,selamba sambil menekan-nekan butang pada telefon bimbitnya.Kedengaran Hyo Young melepaskan keluhan berat apabila melihat lelaki itu mulai beredar meninggalkan biliknya untuk menghadiri mesyuarat pagi itu.
"Meeting dah habis.Tak payahlah susah-susah nak pergi,"kata Hyo Young tanpa menoleh sedikit pun ke arah Seung Ho yang sudah berura-ura mahu keluar dari pejabatnya itu.Seung Ho berhenti daripada terus melangkah lalu berkalih ke arah Hyo Young.Hyo Young memandang ke arahnya lalu menunjukkan jam tangannya kepada Seung Ho.
"Dah nak masuk waktu tengahari dah ni.Mesyuarat dah habis sejam yang lepas,"kata Hyo Young."Apa nak jadi dengan kau ni,hah?Kau macam tak serius langsung pasal hal-hal syarikat kan?"Soal Hyo Young,berang dengan sikap Seung Ho yang suka main-main itu."Berubahlah,Seung Ho.Sampai bila kau nak main-main macam ni lagi.Kalau dulu,mungkin kau boleh main-main tapi sekarang dah tak boleh lagi,Seung Ho.Kau kan pewaris utama dalam keluarga kau yang berstatus tinggi ni.Macam mana kalau Puan Besar Yang dah tak percayakan kau dan serahkan semuanya kepada sepupu kau,Byung Hee tu?"Soal Hyo Young,serius memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri membelakangi dirinya ketika itu.Sangkaannya pasti Seung Ho sedang serius memikirkan kata-katanya itu apabila melihat lelaki itu diam sejak dari tadi.Namun,sangkaannya meleset jauh sama sekali!Seung Ho menoleh ke arahnya dengan seulit senyuman yang penuh bermakna sekali.
"Baguslah kalau meeting dah habis.So,sekarang tugas aku dah habis.Bolehlah aku pergi lunch sekarang.Annyeong!"Pantas sahaja Seung Ho beredar dari pejabatnya tanpa sempat dihalang oleh Hyo Young yang masih tercengang dengan kelakuannya itu.
"Biar betul dia ni?"Hyo Young semakin hairan dengan perangai Seung Ho yang pelbagai ragam itu.


"Baiklah.Kalau awak semua ada apa-apa masalah dengan topik yang kita sudah bincangkan untuk hari ni,awak boleh datang berjumpa dengan saya di pejabat saya,okey?"Kata Professor Kim sebelum beredar meninggalkan dewan kuliah.Chang Sun sudah mula bersiap-siap untuk beredar dari situ tanpa mempedulikan pandangan nakal pelajar-pelajar wanita yang lain.Du Jun yang menyedari pandangan nakal pelajar-pelajar wanita itu segera melambai ke arah mereka dengan senyuman manis sekali.Namun,lambaiannya itu dibalas dengan pandangan tajam kumpulan pelajar wanita itu.Du Jun berdehem berkali-kali untuk menutup malunya.Dia kemudiannya menyiku lengan kiri Chang Sun.Chang Sun menoleh ke arahnya.
"Joon hyung,sampai hati hyung buat bodoh dekat peminat-peminat fanatik hyung tu.Lambailah sikit dekat mereka tu.Aku dah try lambaikan untuk hyung pun...mereka buat tak tahu je,"kata Du Jun,sedikit kecewa dengan lambaiannya yang tidak berbalas itu.Chang Sun mengukir senyuman nipis.
"Jomlah kita pergi makan.Kalau kita balas lambaian mereka pun,bukannya hilang lapar kat perut ni pun,"kata Chang Sun selamba.Du Jun mengekori langkah Chang Sun tanpa mempedulikan pandangan kumpulan pelajar wanita itu.
"Tu kenapa kecoh-kecoh tu?"Soal Du Jun,ingin tahu apabila melihat ramai pelajar sedang berkumpul di suatu tempat,lagaknya seperti berlaku kekecohan di situ.Chang Sun pula berlagak biasa,malas hendak masuk campur.Du Jun pula segera melangkah mendekati ke arah kumpulan pelajar itu.
"Kenapa ni?"Soal Du Jun lagi.Matanya terbuka luas apabila melihat seorang pelajar perempuan sedang dikelilingi oleh lima orang pelajar perempuan yang lain.Gayanya seperti sedang dibuli oleh kumpulan pelajar itu.


"Kau tak pernah ke pergi cermin muka kau tu?Ada hati nak pikat Putera Chang Sun pula!"Jerkah seorang pelajar wanita berambut kerinting itu.
"Betul tu.Sedar sikit...kau tu dahlah anak nelayan je.Tak setaraf langsung dengan Putera Chang Sun yang berdarah DiRaja tu,tahu tak?"Kata pelajar wanita yang lain pula.
"Dahlah dapat result tercorot.Berangan-angan nak pikat hati Putera Chang Sun yang selalu dapat nombor satu pula,"sokong yang lain pula.Kemudian,kelihatan seorang pelajar wanita yang berambut panjang merampas sesuatu dari pelajar wanita yang dibuli itu.Ketua kumpulan pelajar wanita itu kemudiannya berdehem berkali-kali.Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikannya.
"Dengar sini semua!Kalau korang semua nak tahu,dekat kampus kita ni,ada seorang Cinderella yang berangan-angan nak kahwin dengan putera raja atas bantuan ajaib daripada si pari-pari.Korang nak tahu tak mana pari-pari tu?"Soal pelajar wanita berambut panjang itu sambil mengukir senyuman mengejek terhadap mangsa bulinya itu.
"Nak!"Jawab pelajar yang lain.Du Jun pula sekadar menunggu tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh ketua pelajar wanita itu.
"Kepada Chang Sun oppa yang dikasihi..."Belum sempat pelajar itu menghabiskan ayat yang tertulis di dalam surat itu,Chang Sun sudah pun muncul dalam kalangan pelajar yang turut menyaksikan kekecohan itu.Du Jun turut terkejut apabila melihat kehadiran Chang Sun di situ.
"Hyung!"Chang Sun tidak mempedulikan panggilan Du Jun terhadapnya.
"Oppa!"Jerit kumpulan pelajar wanita itu dengan manja apabila melihat kehadiran putera idaman itu di situ.Perlahan-lahan,Chang Sun mendekati ke arah ketua pelajar wanita yang berambut panjang itu.Pelajar itu mengukir senyuman manja terhadap Chang Sun.


"Tu apasal pula tu?"Soal Sang Hyun kepada Mir yang baru sahaja tiba di tempat yang sedang berlaku kekecohan itu.Mir menjungkit bahunya sebagai menjawab pertanyaan sepupunya itu.
"Jomlah kita ke sana.Macam menarik je,"ajak Mir,teruja untuk melihat kekecohan yang sedang berlaku itu."Nampak macam Joon hyung ada kat sana.Mesti kes berebut hyung lagilah tu,"teka Mir pula dengan senyuman nakal.Sang Hyun turut tersenyum lebar.
"Kita tengok siapa pula yang berangan-angan nak jadi Cinderella hari ni,"kata Sang Hyun,sinis.Mir angguk.


Pelajar wanita itu perlahan-lahan mendekati ke arah Chang Sun dengan gaya yang menggoda sekali.Pelajar lain yang melihatnya itu sekadar mencebik.Ada yang berasa geli hati apabila melihat riak wajah Chang Sun yang selamba.Lagaknya seperti tidak termakan langsung dengan godaan pelajar wanita itu.Sebaik sahaja Sang Hyun dan Mir tiba dalam kelompok itu,perhatian pelajar perempuan yang lain mula beralih ke arah mereka pula.Namun,drama yang sedang dimainkan di hadapan mereka itu lebih menarik perhatian.Mir kemudiannya mencuit bahu kanan Du Jun.
"Siapa pula kali ni?"Soal Mir,ingin tahu.Du Jun menjungkit bahunya.
"Entahlah.Konflik hari ni lain dari yang lain sikit,"jawab Du Jun.
"Oppa,oppa dah dengar kan apa yang dah berlaku tadi?Budak perempuan ni ada hati nak jadi Cinderella,"kata pelajar perempuan itu.
"Siapa nama awak?"Soal Chang Sun,tenang.Senyuman pelajar wanita itu kian lebar apabila mendengar soalan Chang Sun itu.
"Chae Ri,"jawab Chae Ri,dengan penuh bangga.Chang Sun kemudiannya mengukir senyuman sinis lalu melangkah ke arah pelajar perempuan yang sedang dibuli itu.Chae Ri yang melihat situasi itu tercengang.Apakah Chang Sun sengaja tidak mengendahkannya?
"Siapa nama awak?"Soal Chang Sun.Pelajar wanita itu tidak berani memandang ke arah Chang Sun yang kelihatan sangat hebat pada matanya itu."Siapa nama awak?"Soal Chang Sun lagi.
"Hyo...Hyo Sung..."Jawab Hyo Sung,takut-takut.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah Chae Ri.
"Boleh awak bagi surat tu kepada saya?"Soal Chang Sun.
"Oppa nak buat apa?Lagipun,surat ni bukannya ada apa-apa pun,"kata Chae Ri,enggan.Chang Sun tetap menghulurkan tangannya.Namun,Chae Ri tetap berdegil.
"Serahkan saja surat tu,"kata Sang Hyun pula.Chae Ri menoleh ke arah Sang Hyun.Mir pula sekadar mengangkat keningnya sebelah.Dalam keadaan terpaksa,Chae Ri terpaksa menyerahkan surat yang ditulis oleh Hyo Sung itu kepada Chang Sun.Chang Sun mengambil surat itu lalu disimpannya ke dalam poket seluarnya.Tindakannya itu mendapat perhatian ramai termasuk Sang Hyun,Mir dan Du Jun sendiri.Setahu mereka,Chang Sun amat susah untuk menerima pemberian daripada peminat-peminat wanitanya.
"Dah!Semua masuk kelas.Daripada kamu semua buang masa dekat sini,lebih baik kamu semua belajar,"kata Chang Sun sambil beredar dari situ.
"Oppa!Takkan oppa nak baca surat tu?!"Chae Ri ternyata tidak puas hati dengan tindakan Chang Sun itu.
"Saya boleh jadi teman wanita oppa yang lebih baik dari perempuan ni!"Kata Chae Ri sambil menjeling tajam ke arah Hyo Sung itu.Hyo Sung sekadar menundukkan wajahnya.Malu apabila dirinya menjadi punca kepada kekecohan yang sedang berlaku itu.Chang Sun berhenti daripada terus melangkah.
"Cik Hyo Sung,"panggil Chang Sun tanpa menoleh ke arah Hyo Sung.Hyo Sung segera mengangkat wajahnya apabila mendengar namanya dipanggil oleh putera raja itu.
"Kalau awak boleh kalahkan saya dalam peperiksaan yang akan datang ni..."Chang Sun berhenti seketika.Mereka yang berada di situ turut ternanti-nantikan kata-kata Chang Sun yang seterusnya.
"Saya akan baca surat awak...dan pertimbangkannya,"kata Chang Sun sambil tersenyum nipis.Kembang hati Hyo Sung mendengar kata-kata Chang Sun itu.
"Arasso!"Senyuman Hyo Sung kian lebar.Sang Hyun dan Mir turut tersenyum.Entah apalah perancangan Chang Sun kali ini.Du Jun pula tercengang dengan kenyataan Chang Sun itu.Chae Ri yang berang dengan kata-kata Chang Sun itu segera beredar dari situ sambil diikuti oleh rakan-rakannya.


Sang Hyun dan Mir mengekori Chang Sun dari belakang apabila melihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam ruang belajar peribadi yang disediakan khas oleh pihak universiti untuk keselesaan pewaris-pewaris keluarga DiRaja itu sendiri.
"Hyung betul-betul serius ke dengan kata-kata hyung tadi?"Soal Mir,teruja.Apakah sepupunya yang ulat buku itu  sudah mula terbuka hatinya untuk wanita?Chang Sun tidak terus menjawab.Sebaliknya dia mengambil tempatnya lalu membuka buku untuk dibaca.
"Come on,hyung.Tak penat ke asyik menelaah sepanjang masa?Betul ke hyung maksudkan apa yang hyung katakan tadi tu?"Soal Sang Hyun,bosan dengan sikap Chang Sun yang terlalu rajin itu.
"Kau ingat budak perempuan tu boleh kalahkan aku dengan mudah ke?"Balas Chang Sun,selamba.Chang Sun memandang ke arah kedua-dua sepupunya itu dengan pandangan sinis.
"Mati hidup semula pun,tak ada siapa boleh kalahkan Lee Chang Sun!"Katanya,penuh yakin.
"Tapi...macam mana kalau budak perempuan tu betul-betul dapat kalahkan hyung?"Soal Mir,sengaja menguji.Chang Sun tetap dengan senyuman sinisnya itu.
"Mustahil,"kata Chang Sun lagi.Sang Hyun dan Mir tersenyum lebar.Kalau Chang Sun sudah tekad begitu,tiada apa lagi yang perlu dipersoalkan.