31 July, 2011

-Monalisa Page 5-

Hyo Young sekadar melihat Seung Ho membelek-belek pakaian wanita berjenama itu tanpa bersuara walaupun sedikit.Entah apa yang bermain di fikiran lelaki itu pun tidak langsung diketahuinya.Tidak lama selepas itu,Seung Ho memilih sesuatu daripada pakaian-pakaian yang tersusun di rak pakaian itu sambil melemparkannya ke arah Hyo Young.Hyo Young segera mengalihkan pakaian itu dari wajahnya.Namun,kali ini Seung Ho melemparkan lagi pakaian yang lain.Lagi sekali,lagi sekali dan....sehinggalah wajah manis Hyo Young tidak kelihatan lagi akibat dilindungi oleh pakaian-pakaian yang bertimbun dalam pegangannya.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Aku nak kau cuba semua baju ni,"kata Seung Ho sambil memandang ke arah pembantu butik itu supaya membantu Hyo Young untuk mencuba semua pakaian yang dipilihnya itu.Pembantu itu mengangguk,memahami isyarat daripada Seung Ho itu.Pembantu itu kemudiannya membawa Hyo Young menuju ke bilik persalinan.
"Aku tunggu kat sini,"kata Seung Ho sebelum mengambil tempat di atas sofa butik itu.

Selang beberapa minit kemudian,Hyo Young keluar dari bilik persalinan itu dengan langkah yang perlahan.Wajahnya ditundukkan.Barangkali malu berhadapan dengan putera raja itu dengan penampilan femininnya itu.Hyo Young berdeham beberapa kali apabila Seung Ho masih belum menoleh ke arahnya.
"Dah siap ke?"Soal Seung Ho sambil menoleh ke arah Hyo Young.Seketika dia terkesima dengan penampilan baru Hyo Young itu.Seolah-olah,wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah orang lain.Hyo Young mulai tidak selesa dengan pandangan Seung Ho yang kelihatan berbeza terhadapnya itu.
"Kenapa pandang macam tu?Kalau tak suka cakaplah.Aku...aku boleh tukar baju yang lain,"kata Hyo Young,serba salah.Seung Ho pula masih lagi memandangnya tanpa berkedip.Hyo Young yang berasa tidak selesa itu mulai berniat untuk beredar dari situ.Dia lebih selesa dengan penampilan kelakian seperti kebiasaannya.
"Aku nak pergi tukar baju,"kata Hyo Young.Langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Seung Ho dari belakang.Hyo Young terkejut lalu memandang ke arah putera raja itu.Kelihatan Seung Ho sedang mengukir senyuman manis ke arahnya.
"Kenapa nak tukar pula?Aku dah bayar semua baju tadi.Jadi,kau kena pakai juga baju ni.Takkan kau nak jumpa omma aku dengan pakaian biasa kau tu?"Soal Seung Ho.
"Tapi..."Belum sempat Hyo Young menghabiskan kata-katanya,Seung Ho sudah pun menarik tangannya menuju keluar dari butik itu.
"Sekarang ni,aku nak kau betulkan rambut kau pula.Jangan melawan lagi,arasso?"Soal Seung Ho sambil menghidupkan enjin keretanya.Hyo Young yang sedang duduk di sebelahnya terpaksa menurut kemahuan lelaki itu.Tanpa Hyo Young sedari,Seung Ho menjeling ke arahnya sambil tersenyum puas.
"Cantik juga rupanya,"bisik hati lelaki itu.Hyo Young pula membetulkan pakaian yang tersarung pada tubuhnya itu.Tidak selesa apabila membiarkan bahunya terdedah.

Hyo Young berasa kekok apabila berhadapan dengan Maharani serta Permaisuri Yang walaupun sedang ditemani oleh Seung Ho.Entah mengapa,pertemuan rasmi itu membuatkan dirinya berasa sungguh tidak selesa.Walhal,sebelum ini,Hyo Young sangat kerap berurusan dengan kedua-dua orang penting itu,lagi-lagi Permaisuri Yang yang lebih dikenali sebagai Puan Besar Yang di syarikat milik mereka.Apakah kerana pakaiannya ataupun kerana status terbarunya itu.Bakal tunang kepada  pewaris utama keluarga DiRaja Yang,Yang Seung Ho.Pandangan mata Permaisuri yang kelihatan tajam itu membuatkan Hyo Young tidak senang hati.Sungguhpun Seung Ho sudah menggenggam erat tangannya,namun masih belum mampu menghilangkan keresahannya.
"Silakan duduk,"pelawa Maharani dengan lembut.Kedua-dua anak muda itu mengambil tempat di hadapan Maharani serta Permaisuri dengan perlahan.Hyo Young berusaha untuk senyum bagi menutup rasa resahnya itu.
"Emonim tak tahu pun selama ni Seung Ho dengan Hyo Young ada apa-apa,"kata Maharani,memulakan perbualan.Seung Ho mengukir senyuman nipis secara paksa.
"Maaf,emonim.Memang selama ni kami...bercinta cuma...tak bersedia nak cakap dengan emonim dan omma.Lagipun,Hyo Young bimbang kalau emonim dengan omma tak sudi menerima dia dalam keluarga kita,"kata Seung Ho sambil menoleh ke arah Hyo Young di sebelahnya.
"Memang bercinta ataupun sebagai langkah mengelak daripada berkahwin dengan Fei?"Soal Permaisuri pula,terang-terang.Seung Ho dengan tenangnya menghamburkan tawanya.
"Apa omma cakap ni?Benda tu budak-budak je yang buat.Seung Ho kan dah besar.Seung Ho tahulah apa yang baik dan apa yang buruk,"kata Seung Ho,selamba.
"Dalam ramai-ramai perempuan yang kamu dah main-mainkan selama ni,kenapa kamu pilih Hyo Young?Bukan selama ni kamu suka perempuan yang seksi dan tampak feminin?"Soal Permaisuri lagi,tidak puas hati.Seung Ho tersenyum sambil menoleh ke arah Hyo Young.
"Sebab...Hyo Young sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan orang lain.Dia dah menyedarkan saya...rupa dan harta bukanlah segala-galanya.Yang penting...luhur budinya dan keikhlasan hatinya untuk menerima diri saya seadanya,"kata Seung Ho,penuh romantik.Lakonannya ternyata tampak cemerlang.Sangat layak untuk menerima anugerah pelakon lelaki terbaik!Seung Ho kemudiannya menggenggam tangan Hyo Young lalu diciumnya dengan lembut.
"Saranghae..."Ucap Seung Ho sambil memandang lembut ke arah Hyo Young.Hyo Young menelan air liur.Entah mengapa,lakonan Seung Ho itu benar-benar berkesan.Seolah-olah lelaki itu benar-benar mencintainya.Namun,Hyo Young tidak mengelamun jauh.Dia kembali semula ke dunia nyata.Seung Ho hanya berlakon.Hanya berpura-pura!Hyo Young berusaha mengukir senyuman manis walaupun peritnya hanya dia yang tahu.
"Omma...tolong terima hubungan kami.Seung Ho betul-betul tak boleh hidup tanpa Hyo Young.Lagipun,selama ni Seung Ho hanya anggap Hyo Young sebagai kawan,tak lebih daripada tu,"kata Seung Ho,bersungguh-sungguh merayu kepada ibunya itu.Maharani menoleh ke arah anak menantunya itu.Kedengaran Permaisuri melepaskan keluhan kecil.
"Tapi...saya dah janji dengan ibunya Fei.Takkan saya nak mungkirinya pula,"kata Permaisuri Yang kepada ibu mertuanya itu.Maharani sekadar tersenyum nipis.
"Kita hanya merancang,Seung Mi.Manalah kita tahu jodoh Seung Ho dengan Hyo Young selama ni,"kata Maharani,cuba menyedapkan hati anak menantunya itu.Maharani itu kemudiannya menoleh ke arah bakal cucu menantunya itu.
"Hyo Young betul-betul sayangkan Seung Ho?"Soal Maharani dengan senyuman manisnya.Hyo Young memandang sekilas ke arah Seung Ho.Seung Ho pula sekadar membalasnya dengan senyuman manisnya.Hyo Young memandang pula ke arah Maharani itu.
"Ya.Saya...sangat sayangkan Seung Ho oppa,"kata Hyo Young sambil memandang ke arah Seung Ho.Seung Ho angguk,puas hati.Padahal Seung Ho tidak menyedari pandangan bermakna daripada Hyo Young itu.Maharani tersenyum gembira.
"Baguslah kalau macam tu.Nampaknya perancangan kita kali ni mungkin dapat berjalan dengan lancar.Pasal Fei,emonim boleh uruskan,"kata Maharani sambil menoleh ke arah anak menantunya yang sudah lama membisu itu.


"Cik Hyo Young berehatlah dulu ya.Kalau Cik Hyo Young perlukan apa-apa,Cik Hyo Young boleh beritahu kami,"kata butler itu dengan penuh hormat lalu menundukkan sedikit tubuhnya.Hyo Young sekadar angguk sambil tersenyum manis.
"Kamsahamida,"ucapnya.Sebaik sahaja butler itu melangkah keluar daripada bilik itu,Hyo Young membaringkan dirinya di atas katil empuk bilik itu.
"Kenapa aku sanggup tolong Seung Ho sampai macam ni sekali?Kalau perkahwinan ni betul-betul terjadi macam mana?Bukannya Seung Ho betul-betul cintakan aku pun,"bisik hatinya.Tangannya diletakkan di atas mulutnya.Terimbau pula peristiwa di pejabat apabila Seung Ho dengan selamba mencium bibirnya di khalayak ramai.Terasa degupan jantungnya semakin kuat.Itulah ciuman pertamanya.Hyo Young menutup matanya.
"Sampai bila aku harus berpura-pura?Sampai bila aku mesti sembunyikan perasaan aku yang sebenar terhadap Seung Ho?"Bisik hatinya lagi.


"Biar betul?Hyung tahu tak,bila kami dengar berita ni,kami terus datang ke sini.Betul ke apa yang kami dengar ni?"Soal Sang Hyun,meminta kepastian sambil diperhatikan oleh Mir.Seung Ho tidak segera membalas,sebaliknya meneguk jus oren yang sudah tersedia di hadapannya itu.
"Mustahillah hyung sanggup terima budak tomboi tu sebagai pengantin dia.Ni mesti ada apa-apa ni,"sampuk Chang Sun pula sambil membetulkan cermin matanya.Mir angguk mendengar kata-kata sepupunya itu.Ada benarnya juga kata-kata Chang Sun itu.Seung Ho menoleh ke arah Chang Sun.
"Pelik ke?Aku memang serius nak berkahwin dengan dia pun,"kata Seung Ho.Chang Sun tersenyum sinis.
"Aku berani bertaruh yang kau tak pernah serius dengan budak tomboi tu,"kata Chang Sun.Sememangnya hubungan mereka berdua agak kurang baik sejak dari dulu lagi.Pasti bertikam lidah sekiranya bertemu.
"Dah dah dah.Takkanlah nak bergaduh pasal ni.Ala,biarlah hyung nak kahwin dengan siapa pun.Lagipun,Hyo Young tu comel je.Cuma dia tak berapa pandai nak tonjolkan kecomelan dia tu,"kata Mir,cuba meredakan suasana yang kian tegang tu.Sang Hyun kemudiannya mendekatkan wajahnya kepada Mir.
"Kalau Jio hyung ada...aku tak tahulah apa jadi nanti,"bisik Sang Hyun.Mir sekadar angguk.Kalau Jio hyung ada,pasti peperangan besar akan terjadi!
"Hyung,bila hyung nak bawa kami jumpa dengan Hyo Young tu secara rasmi?"Soal Sang Hyun pula.
"Tengoklah dulu bila-bila.Rasanya lepas ni,Hyo Young sibuk dengan kelas protokol DiRaja.Mungkin susah sikitlah nak curi masa dia semata-mata nak jumpa dengan korang ni,"kata Seung Ho.
Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik tetamu itu.
"Annyeonghaseyo!"Keempat-empat mereka menoleh ke arah pintu itu apabila mendengar sapaan serang perempuan di situ.Mir yang melihat tetamu wanita itu segera berdiri dengan senyuman terujanya.
"Noona?"Mir sungguh tidak percaya apabila melihat Sandara sedang berdiri di hadapan mereka.
"Wah,seronoknya bila tengok korang semua berkumpul kat sini!Ni mesti sebab nak raikan kepulangan noona kan?"Duga Sandara sambil melangkah perlahan ke arah mereka.Mir yang teruja dengan kepulangan Sandara itu segera mendekati ke arah wanita itu.
"Noona bila balik?Tak tahu pun noona nak balik hari ni,"kata Mir.Sandara sekadar tersenyum manis sambil menggosok rambut Mir yang pendek itu.
"E'e...tak sangka Mir kesayangan noona dah besar panjang.Dah makin kacak Mir sekarang ya,"kata Sandara,turut teruja apabila berjumpa dengan sepupunya yang paling muda itu setelah hampir tiga tahun berpisah.Entah mengapa,tiba-tiba Mir memeluk Sandara erat.Sandara terkejut.Begitu juga yang lain apatah lagi Sang Hyun.
"Mir rindu dekat noona,"kata Mir.Sandara tersenyum.Dia kemudiannya membalas pelukan sepupunya itu.Sang Hyun yang sedang menahan geram itu segera mendekati ke arah Mir yang masih lagi memeluk kakaknya itu.Sang Hyun memaksa Mir untuk melepaskan pelukannya itu.
"Yah,lepaslah!Sedap sedap je peluk noona orang,"kata Sang Hyun,geram.Mir sekadar mencebik.
"Noona tak bolehlah peluk lelaki lain senang-senang je.Lagi-lagi dengan Mir ni.Bukannya boleh percaya sangat,"kata Sang Hyun sambil memegang tangan Sandara,erat seperti tidak mahu dilepaskan.
"Kau cakap apa hah?Biarlah aku peluk noona.Noona tak bising pun,kau yang bising apasal?"Soal Mir,tidak puas hati.
"Dah dah.Korang ni tak habis-habis bergaduh.Macam budak kecillah korang ni,"kata Sandara.Chang Sun kemudiannya mendekati ke arah Sandara lalu memeluk wanita itu.
"Noona apa khabar?"Soal Chang Sun sambil mengukir senyuman manis.
"Yah!"Sang Hyun semakin geram.Sandara pula tertawa kecil.Kali ini,Seung Ho pula ingin melangkah ke arah Sandara.Pantas sahaja Sang Hyun menghalang niat sepupunya itu.
"Tak boleh.Tanya khabar sudahlah.Tak perlu peluk-peluk ni,"kata Sang Hyun."Kalau Hyo Young nampak hyung peluk noona macam mana?Mesti dia jealous,"kata Sang Hyun.Sandara menoleh ke arah Seung Ho.
"Hyo Young?"Soal Sandara.Seung Ho sekadar tersenyum nipis.Ah,nampaknya masih ada seseorang yang perlu dikongsi ceritanya itu memandangkan Sang Hyun sudah membongkar kisah perkahwinannya itu.


Mir mengiringi Sandara yang sedang melangkah ke arah keretanya dengan senyuman bahagia.Sandara sekadar membiarkan Mir yang memegang tangannya itu.
"Kalau noona cakap dengan kami yang noona balik hari ni,mesti Mir boleh jemput noona balik,"kata Mir,sambil memandang ke arah lantai.Malu barangkali apabila berhadapan dengan wanita itu.Sandara sekadar tersenyum.
"Tak apa.Noona pun sengaja nak buat surprise dekat korang semua.Tapi,tak sangka pula korang yang buat surprise dekat noona,"kata Sandara.
"Seung Ho je yang buat surprise tu.Kami pun baru tahu pasal berita tu,"kata Mir,sambil membetulkan sedikit rambutnya yang ditiup angin itu.
"Agaklah.Noona pun terkejut dengan berita tu.Finelah kalau Seung Ho dah bersedia untuk berkahwin.Tapi...tak sangka pula dia memilih Hyo Young sebagai bakal isteri dia,"kata Sandara.
"Noona tak suka ke dengan Hyo Young?"Soal Mir.Pantas Sandara menggeleng sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya itu.
"Taklah.Bukan tu maksud noona.Cuma noona terkejut dengan pilihan Seung Ho tu.Setahu noona,taste dia sangat lain kalau nak dibandingkan dengan Hyo Young.Tapi,biarlah.Tu hak dia nak pilih siapa jadi isteri dia,asalkan dia bahagia.Noona sokong saja apa yang dia nak buat nanti,"kata Sandara.Pemandunya pula sudah membukakan pintu kereta untuknya.Hanya menanti puteri raja itu untuk masuk ke dalamnya sahaja.
"Kalau noona,macam mana?"Soal Mir,tiba-tiba.
"Apa maksud,Mir?"Soal Sandara,sambil memandang ke arah wajah comel Mir itu.Mir turut membalas pandangannya.
"Yelah.Kalau noona...noona nak...lelaki macam mana?"Soal Mir,ragu-ragu.Masih terus memandang ke arah Sandara dengan pandangan yang penuh bermakna sekali.
"Kenapa?Mir nak carikan untuk noona ke?"Soal Sandara pula.Kelihatan Mir mengukir senyuman malunya.
"Kalau noona tak kisah,Mir boleh je jadi boyfriend noona,"kata Mir,terus-terang.Sandara tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir yang kedengaran kelakar padanya itu.Bahu kiri Mir itu ditepuknya perlahan.
"Mir ni memang suka bergurau sejak dulu lagi kan.Kelakarlah Mir ni,"kata Sandara sebelum masuk ke dalam keretanya.Mir segera menghalang pemandu kereta itu daripada menutup pintu kereta apabila Sandara sudah pun berada di dalam kereta tersebut.Sandara terkejut dengan tindakan Mir itu.
"Mir?"
"Noona beritahulah Mir.Mir nak tahu lelaki macam mana yang noona suka,"kata Mir,bersungguh-sungguh.Sandara memandang ke arah Mir sambil memikirkan sesuatu.Dia kemudiannya mengukir senyuman nipis.
"Noona suka lelaki yang berkeyakinan,tak terlalu romantik,cool,setia dan...kalau boleh,mesti pandai berbahasa Inggeris.Barulah nampak cool dia tu,"kata Sandara.Mir tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan daripada sepupunya yang lebih tua 7 tahun daripadanya itu.
"Arasso.Thank you,"ucap Mir sebelum menutupkan pintu kereta itu.Mir melambai ke arah Sandara yang sudah pun jauh dari perkarangan istana itu.
"Mir akan buat apa sahaja untuk noona,"bisik hatinya.
Sandara menggeleng sambil tersenyum sebaik sahaja keretanya meninggalkan perkarangan istana itu.Dia kemudiannya membalas lambaian Mir yang masih berdiri di situ.Sandara tertawa kecil apabila mengingatkan kembali perbualannya bersama dengan Mir sebentar tadi.
"Maafkan saya,Tuan Puteri."Tiba-tiba sahaja pemandu keretanya bersuara.
"Apa dia?"Soal Sandara.
"Saya rasa...Putera Mir...sukakan Tuan Puteri.Tuan Puteri tak sedar ke selama ni?"Soal pemandu itu.Sandara tersenyum.
"Saya tak berani nak cakap,ahjussi.Tapi,kalau apa yang ahjussi cakap tu...betul,mungkin memang betullah kot,"kata Sandara.
"Saya pun sukakan Mir.Dia sangat comel macam Sang Hyun.Cuma Sang Hyun tu nampak garang sikit,tak kena langsung dengan muka putih melepaknya tu,"sambung Sandara lagi.
"Macam mana kalau Putera Mir betul-betul sukakan Tuan Puteri?"Soal pemandu itu lagi.
"Macam tak betul je.Takkanlah dia nak suka dekat saya yang dah tua ni,"kata Sandara,merendah diri.
"Cinta tak mengenal usia,Tuan Puteri,"balas pemandunya pula.
"Kalau boleh,saya nak dia cari seseorang yang betul-betul boleh mencintainya dan menjaganya sebagai seorang lelaki.Bukan sebagai saudara ataupun adik.He should find his true love.And...I know...it's not me.Actually,he don't know what the love is.And I think,he should learn about it,"kata Sandara.Pemandunya sekadar angguk.Apa yang dikatakan oleh Sandara itu ada benarnya juga.



No comments:

Post a Comment