09 July, 2011

Don't Love Me Part 12

Ji Hoon yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik air terkejut apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu pejabatnya.Dia yang hanya bertuala itu segera mencapai baju di atas sofa lalu memakainya.Bimbang pula Seung Mi yang datang ke pejabatnya ketika itu.
"Masuk!"Laung Ji Hoon sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah itu dengan sehelai tuala kecil.
"Dong Hae?"Ji Hoon terkejut dengan kehadiran Dong Hae di pejabatnya pada waktu itu."Awak baru keluar dari hospital ke?"Soal Ji Hoon,sambil tersenyum manis.Dong Hae turut membalas senyuman abangnya itu.Andai diikutkan kata hati,mahu sahaja Dong Hae memeluk abangnya yang sudah 12 tahun terpisah itu.
Entah mengapa,Ji Hoon seolah-olah memahami isi hatinya.Lelaki itu memeluknya sambil menepuk perlahan belakangnya.Dong Hae terharu.Ji Hoon kemudiannya meleraikan pelukannya.
"Baguslah kalau dah sihat.Lain kali jangan lari dari hospital lagi,arasso?Awak dah risaukan semua orang masa tu,"kata Ji Hoon.Dong Hae sekadar tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Malu dengan sikapnya sendiri.
"Miane...sebab dah susahkan hyung dan lain-lain,"kata Dong Hae,akui kesalahannya.
"Ji Yeon tahu tak yang awak dah keluar dari hospital ni?"Soal Ji Hoon,ingin tahu.Dong Hae menggeleng.
"Saya datang sini pun dengan..."Dong Hae terhenti seketika."Dengan noona saya,"sambungnya lagi.Ji Hoon tersenyum mendengar jawapan Dong Hae itu.Dong Hae berasa tidak senang hati.Keinginannya untuk membongkarkan identiti sebenarnya seolah-olah dihalang oleh sesuatu.Dong Hae buntu.Dia seperti tidak bersedia untuk melakukan perkara tersebut.
"Kenapa ni?Dada awak sakit lagi ke?"Ji Hoon mulai bimbang apabila melihat raut wajah Dong Hae yang berubah muram itu.Dong Hae segera menggeleng.Dia kemudiannya memandang ke arah Ji Hoon.
"Hyung."Ji Hoon terus menanti sesuatu yang ingin dikatakan oleh Dong Hae kepadanya.
"Saya ada sesuatu yang saya nak tanya kepada hyung,"kata Dong Hae lagi.
"Apa dia?"Soal Ji Hoon.Dong Hae menarik nafas panjang.
"Saya tahu...betapa peritnya hati kita bila kita kehilangan seseorang yang begitu penting dalam hidup kita,"kata Dong Hae lagi.Ji Hoon terus mendengar."Hyung mesti rasa sunyi kan bila keluarga hyung tak ada di sisi hyung?"Soal Dong Hae.Ji Hoon angguk perlahan sambil mengukir senyuman nipis.
"Tapi...macam mana kalau masih ada ahli keluarga hyung yang terselamat dalam kemalangan tu?Sedangkan selama ni,hyung sangkakan yang dia dah tak ada,"soal Dong Hae sambil memandang tepat ke arah anak mata Ji Hoon.Ji Hoon menundukkan wajahnya apabila mendengar soalan Dong Hae yang kedengaran sedikit berbeza dari sebelumnya.
"Kalau hyung tak nak jawab pun tak apa.Saya cuma nak tahu je,"kata Dong Hae sambil tersenyum.Bimbang pula Ji Hoon terasa dengan soalannya itu.
"Mestilah hyung rasa gembira walaupun..."Ji Hoon kemudiannya tertawa kecil untuk menyambung kata-katanya itu."Yalah,siapa yang tak terkejut bila orang yang kita sangkakan sudah tiada tu...sebenarnya masih lagi hidup.Kiranya,saya akan rasa terkejut dan gembira pada masa yang sama,"kata Ji Hoon,tersenyum.
"Selain tu?Hyung hanya rasa gembira dan terkejut saja ke?"Soal Dong Hae ingin tahu lagi.Ji Hoon angguk.
"Marah?"Soal Dong Hae lagi.
"Apa yang nak marahnya?Memang itu yang saya harapkan walaupun saya tahu...semua tu mustahil.Omma,appa dan adik saya...semuanya dah tak ada.Mereka memang dah terkorban dalam kebakaran tu.Awalnya memang saya susah nak terima hakikat tu.Sampai saya bawa diri tanpa arah tujuan,seolah-olah saya nak lari dari kenyataan.Saya tetap pergi mencari mereka,kononnya mereka tidak terlibat dalam kemalangan tu.Dan tulah perkara yang paling bodoh yang pernah saya buat.Sebabnya...saya tak ada waktu upacara pengebumian keluarga saya.Saya tak sempat tengok mereka untuk kali yang terakhir.Bodohkan saya?"Soal Ji Hoon dengan matanya yang bergenang apabila mengimbau semula kenangan pahit itu.Dong Hae turut merasai sesalan Ji Hoon itu.
"Kalau awak nak tahu...saya bukan anak yang baik...saya bukan abang yang baik.Waktu adik saya sakit pun...saya abaikan.Mungkin tulah pembalasan kepada saya atas sikap saya yang tidak bertanggungjawab tu.Saya...tak pernah bersyukur atas kehadiran keluarga saya selama ni.Sebab tu,mereka tinggalkan saya,"kata Ji Hoon lagi,berusaha menahan air matanya daipada mengalir.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah Dong Hae.Ji Hoon terkejut apabila melihat Dong Hae sedang mengesat air matanya.
"Kenapa awak menangis?"Soal Ji Hoon.Dong Hae menggeleng.
"Tak ada apa-apa.Saya cuma...rasa sedih.Saya tak sangka sampai macam tu sekali hyung menderita atas kehilangan keluarga hyung sendiri,"balas Dong Hae,sebak.Ji Hoon tersenyum.
"Sebab tu awak kena hargai keluarga awak yang masih ada sekarang.Seburuk-buruk mana pun mereka,mereka tetap keluarga awak...mereka yang dah banyak menjaga awak.Setiap apa yang mereka lakukan,mesti ada sebabnya.Kalau ada masalah,bincanglah baik-baik dengan mereka.Kalau awak ulang apa yang saya dah buat...tak mustahil awak akan rasa seperti apa yang saya dah rasa sebelum ni,"kata Ji Hoon.Dong Hae memandang ke arah Ji Hoon.
"Kalau...hyung rasa sunyi...hyung boleh panggil saya.Kalau boleh,saya teringin nak ada abang sendiri.Sebelum ni saya dah ada noona...kalau hyung tak kisahlah,saya nak jadi adik hyung.Boleh kan?"Soal Dong Hae,penuh mengharap.Ji Hoon tersenyum.
"Awak nak ke jadi adik saya?Saya ni jahat tau.Baik awak fikir baik-baik.Kalau awak jadi adik saya,saya akan buli awak macam saya buli Seung Jae,"kata Ji Hoon,seraya berseloroh.Dong Hae tertawa.

Sun Young menoleh ke arah Dong Hae yang sedang berjalan menuju ke arahnya.Sudahkah Dong Hae membongkarkan identitinya kepada Ji Hoon.
"Macam mana,Jun Ho?"Soal Sun Young,ingin tahu.Dong Hae memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menggeleng lemah.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana.Saya tak tahu,"kata Dong Hae.Sun Young melepaskan keluhan kecil.Dia memahami perasaan Dong Hae."Tapi...saya dah kata kat dia yang saya nak jadi adik dia.Dia setuju,"kata Dong Hae,jelas kelihatan senyuman manisnya.Sun Young tersenyum.
"Awak mungkin perlukan masa untuk jelaskan perkara sebenar kepada Ji Hoon oppa.Tak apalah.Kalau macam tu,awak nak pergi mana sekarang ni?Balik hotel?"Soal Sun Young.Dong Hae menggeleng.
"Saya nak balik rumah,"kata Dong Hae.Sun Young terkejut saat mendengar kata-kata Dong Hae itu.

Puan Lee termenung panjang sejak Dong Hae mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan dengan mereka.Encik Lee sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi.Puas dipujuk itu dan ini,namun sekalipun tidak diambil pusing oleh isterinya itu.Encik Lee menoleh ke arah pintu rumahnya apabila terdengar bunyi enjin kereta anak perempuannya.
"Saya dah balik,"kata Sun Young sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya.Encik Lee terkejut apabila melihat kelibat Dong Hae di belakang tubuh anak perempuannya itu.
"Dong Hae?"Encik Lee benar-benar terkejut dengan kehadiran Dong Hae di situ.Apakah Dong Hae ingin kembali bersama dengan keluarga mereka semula?Dong Hae sekadar menundukkan kepalanya sedikit.
"Saya dah balik,"ucap Dong Hae,perlahan.Encik Lee mengukir senyuman lega.Akhirnya Dong Hae terpujuk semula untuk kembali tinggal bersama mereka.
"Omma mana?"Soal Dong Hae.
"Ada kat atas.Pergilah naik,"kata Encik Lee yang kini sudah berdiri di hadapan anak lelakinya itu.Dong Hae menundukkan wajahnya.
"Miane...saya takkan ulang balik perbuatan saya,"kata Dong Hae,perlahan."Saya...saya akan tinggal di sini,"katanya lagi.Encik Lee segera memeluk tubuh anak lelakinya itu.Hatinya terlalu gembira apabila Dong Hae sudi menerima keluarganya dalam hidupnya.Perlahan-lahan,Dong Hae membalas pelukan ayahnya itu.

Sebab tu awak kena hargai keluarga awak yang masih ada sekarang.Seburuk-buruk mana pun mereka,mereka tetap keluarga awak...mereka yang dah banyak menjaga awak.Setiap apa yang mereka lakukan,mesti ada sebabnya.Kalau ada masalah,bincanglah baik-baik dengan mereka.Kalau awak ulang apa yang saya dah buat...tak mustahil awak akan rasa seperti apa yang saya dah rasa sebelum ni.

Kata-kata Ji Hoon sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang jelas dalam fikirannya.Demi abangnya itu,Dong Hae sanggup menerima kehadiran keluarga Lee yang sudah bersusah payah menjaganya selama 12 tahun ini.Pasti Ji Hoon akan menyokong tindakannya itu.Dong Hae berjanji...satu hari nanti,dia akan memberitahu juga kepada Ji Hoon mengenai identiti sebenarnya itu.







No comments:

Post a Comment