06 July, 2011

Don't Love Me Part 9

Dong Hae senyap sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Pertemuan dengan Ji Hoon serta keluarganya sedikit sebanyak memberi kejutan buatnya.Apatah lagi ibu angkat Ji Hoon berkelakuan sedikit aneh terhadapnya.Sentuhan lembut wanita itu membuatkan hatinya menjadi tenang.Dong Hae sendiri tidak mengerti.Dia seolah-olah amat merindui sentuhan lembut seperti itu.

Kalau Jun Ho masih hidup,dia mesti dah besar macam kamu

Kata-kata Puan Yoon tadi masih lagi terngiang-ngiang dengan jelas dalam ingatannya.Apa maksud kata-kata Puan Yoon itu?Apakah wajahnya mirip dengan Jun Ho?Tapi,Ji Hoon sendiri tidak pernah berkata begitu.Cuma layanan yang diberikan oleh Ji Hoon terhadapnya berbeza dengan layanan Ji Hoon terhadap Seung Jae.Ah~,bukankah Ji Hoon sudah lama mengenali Seung Jae?Jadi,tidak mustahillah Ji Hoon melayan Seung Jae sedikit kasar berbanding dirinya.Dong Hae memperlahankan pemanduannya apabila melihat jalan raya yang mulai sesak di hadapannya.
“Kenapa tiba-tiba sesak ni?Setahu aku,jalan ni tak pernah sesak,”soal Dong Hae sendiri.Dong Hae sedikit tersentak apabila terdengar deringan telefon bimbitnya yang diletaknya di tempat duduk sebelah.Dong Hae malas-malas hendak menjawab panggilan itu apatah lagi daripada ibunya.
“Jalan tengah sesak ni.”
“Dong Hae tengah on the way nak baliklah ni.”
“Iye…Dong Hae tahulah,omma.”
“Okeylah,omma.Dong Hae nak drive ni.”Pantas sahaja dia menamatkan panggilan itu.Dong Hae melepaskan keluhan berat.Sejak pertunangannya dengan Ji Yeon terputus,dirinya lebih kerap dikongkong oleh ibunya itu.Ibunya juga kerap menyuruhnya supaya berjumpa dengan Ji Yeon lagi.Katanya,mereka harus berbincang dengan sebaiknya sekiranya ada masalah yang timbul dalam hubungan mereka.Pendek kata,ibunya tetap mahu menyambung semula ikatan pertunangannya dengan Ji Yeon.Dong Hae rimas dengan desakan ibunya itu.Memang benar dia mencintai Ji Yeon.Tetapi,dia tidak mahu memaksa Ji Yeon untuk menerimanya.Biarlah Ji Yeon memilih teman hidupnya sendiri.
“Ish,kenapa lama sangat ni?”Soal Dong Hae,mulai berang.Dia keluar dari keretanya.Dia segera melangkah ke hadapan untuk melihat punca kesesakan jalan raya di situ.Orang lain turut berasak-asak untuk melihat kejadian yang berlaku di situ.Dong Hae terkejut apabila melihat sebuah bas terbalik di bahu jalan.Kemalangan itu turut melibatkan dua buah kereta.Dong Hae mengeluh.
“Macam mana ni?Sesak teruk ni,”getus hatinya.Dong Hae memikirkan cara lain untuknya melepaskan diri daripada kesesakan itu.
“Minyak tumpah!”Kedengaran jeritan seorang daripada ahli bomba yang sedang cuba melakukan operasi menyelamat itu.Dong Hae beserta orang lain yang berada di situ mulai berasa bimbang.Ini bermakna,kebakaran mungkin berlaku di tempat kejadian.
“Cepat,kita mesti berundur dari sini!”Jerit yang lain pula.Dong Hae mulai bergegas dari tempat kejadian untuk menuju ke keretanya.Namun,Dong Hae tidak sempat.Letupan besar berlaku dan membuatkan Dong Hae terjatuh.Dong Hae mengerang kesakitan apabila kepalanya terhantuk kepada cermin sisi sebuah kereta milik pemandu yang lain.Pandangannya berpinar-pinar.

Omma!Appa!

Dong Hae menggeleng kepalanya.Api yang kian marak itu membuatkan dirinya terasa panas.Orang lain yang turut berada di situ seolah-olah tidak mengendahkan dirinya yang sudah terbaring lesu di atas jalan raya itu.

Hyung!Hyung!

Entah mengapa,penglihatan Dong Hae terganggu dengan suatu imej yang dia sendiri tidak pasti.Dong Hae seperti sedang melihat seorang kanak-kanak lelaki yang bersusah payah mahu keluar dari suatu tempat yang terbakar.Dong Hae memegang dadanya yang mulai sakit itu.Peluhnya mengalir,membasahi dahinya.

“Hyung…”Dong Hae bersuara lemah.”Hyung…”Tidak lama selepas itu,pandangannya menjadi gelap.

Ji Yeon bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan dari ibu Dong Hae.Dong Hae dimasukkan ke dalam hospital kerana diserang oleh penyakit jantungnya lagi.Ji Yeon mendekati Puan Lee yang turut ditemani oleh Encik Lee serta Sun Young.Wajah mereka kelihatan resah sekali.Pasti amat bimbang akan keselamatan Dong Hae.
“Dong Hae macam mana,ahjumma?”Soal Ji Yeon,sebaik sahaja sudah dekat dengan ibu Dong Hae itu.Puan Lee sekadar menggeleng sambil mengalirkan air mata.Ji Yeon memaut bahu Puan Lee,membiarkan wanita itu menghamburkan perasaan sedihnya itu.Ji Yeon memandang ke arah Sun Young,meminta penjelasan.Sun Young turut menggeleng.Dia juga tidak pasti akan keadaan Dong Hae yang masih dirawat di dalam itu.Ji Yeon kemudiannya mengusap lembut belakang Puan Lee yang sedang menangis itu.Tidak lama selepas itu,seorang doktor wanita keluar daripada bilik rawatan itu.Pantas sahaja mereka menuju ke arah doktor itu untuk mengetahui status kesihatan Dong Hae itu.
“Macam mana dengan anak saya,doktor?”Soal Puan Lee,tidak sabar.Encik Lee cuba menenangkannya dengan memegang bahu isterinya itu.
“Tuan dengan Puan tak perlu risau.Encik Dong Hae,baik-baik sahaja.Cuma sekarang ni Encik Dong Hae masih belum sedarkan diri disebabkan hentakan pada kepalanya tu.Mujur luka di kepalanya kecil.Jadi,Encik Dong Hae tidak mengalami sebarang pendarahan di kepala dengan serius.Luka pada dahinya pun kami dah balut,”terang doktor wanita itu sambil mengukir senyuman manis.Kedua-dua otang tuanya berasa lega.
“Kalau macam tu,boleh kami masuk ke dalam?”Soal Encik Lee pula.Doktor wanita itu mengukir senyuman manis sambil angguk,membenarkan keluarga Dong Hae masuk ke dalam bilik rawatan itu.

Perlahan-lahan,Dong Hae membuka kedua-dua matanya.Kepalanya yang berbalut itu masih terasa sakitnya.Dong Hae menahan kesakitan.Dia cuba bangun dari pembaringannya namun tidak terdaya.Tubuhnya terasa lemah sekali.
“Macam mana aku boleh ada kat sini?”Soal Dong Hae,sendiri.Dong Hae memegang kepalanya yang masih terasa sakit itu.
“Dong Hae dah sedar?”Dong Hae menoleh apabila terdengar suara lembut di sebelah kirinya.Kelihatan wajah ibunya yang baru sedar dari lena itu.Puan Lee segera mengusap lembut kepala Dong Hae lalu dicium pipi anak lelakinya itu.
“Macam mana Dong Hae boleh ada kat sini?”Soal Dong Hae lagi,lemah.
“Shh…Dong Hae tak sihat ni.Dong Hae rehat dulu,okey?”Puan Lee tidak segera menjawab pertanyaan Dong Hae itu.Selimut yang membaluti tubuh Dong Hae itu diperkemaskan lagi.Namun,Dong Hae menyelak selimut itu semula.Puan Lee terkejut dengan kelakuan Dong Hae itu.Dia bersusah payah untuk bangun dari katil hospital itu.
“Dong Hae nak pergi mana ni?”Soal Puan Lee,cemas.”Dong Hae cakap saja nak apa.Biar omma ambilkan,”kata Puan Lee,berusaha menenangkan Dong Hae yang entah kenapa sikapnya berubah lasak itu.Puan Lee menggenggam erat tangan anak lelakinya itu.Dong Hae menoleh ke arahnya.”Dong Hae kenapa ni?Dong Hae kan tak sihat lagi.Kalau Dong Hae nak apa-apa,biar omma ambilkan,”kata Puan Lee lagi.Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik itu ditolak dari luar.Ji Yeon terkejut apabila melihat Dong Hae yang sudah sedar setelah hampir 3 hari Dong Hae tidak sedarkan diri.
“Dong Hae,awak dah sedar?”Soal Ji Yeon,gembira dengan perkembangan terbaru status kesihatan Dong Hae itu.Dong Hae memandang ke arah Ji Yeon dengan pandangan yang bergenang.Ji Yeon yang melihat perubahan wajah Dong Hae sedikit tergamam.Dong Hae mahu menangiskah?Tapi kenapa?
“Dong Hae,kenapa dengan awak?”Soal Ji Yeon,prihatin.
“Tolong…saya nak jumpa dengan hyung…tolong…tolong saya,Ji Yeon,”rayu Dong Hae,sebak.Puan Lee terkejut saat mendengar permintaan Dong Hae yang dianggap ganjil itu.
“Tolonglah,Ji Yeon…Saya nak jumpa dengan hyung…”Air mata yang mengalir ke pipi Dong Hae itu kian lebat.Dong Hae berusaha melepaskan genggaman tangan ibunya dengan kudratnya yang masih bersisa itu.Puan Lee masih enggan melepaskan genggamannya.
“Lepaslah!Awak bukan omma saya!Awak tak ada apa-apa hak ke atas saya!”Jerkah Dong Hae.Kedua-dua wanita itu terkejut mendengar jerkahan lelaki itu.Perlahan-lahan,Puan Lee melepaskan genggamannya disertai dengan air matanya.Dong Hae melangkah perlahan ke arah Ji Yeon.Tangan wanita itu dicapainya.
“Awak mesti tolong saya…”rayu Dong Hae lagi.Air matanya yang mengalir itu masih lagi berbekas.Perlahan-lahan,Ji Yeon menganggukkan kepalanya walaupun dia sendiri tidak faham dengan permintaan bekas tunangnya itu.

Ji Yeon memberhentikan keretanya di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Ji Hoon.Ji Yeon kemudiannya mambantu Dong Hae untuk bangun dari tempat duduknya.
"Gomawo...maaf,sebab saya dah susahkan awak,"kata Dong Hae,lemah.Kakinya menggigil-gigil untuk melangkah.Ji Yeon yang melihat keadaan Dong Hae itu berasa bimbang.
"Biar saya temankan awak jumpa dengan Ji Hoon,"kata Ji Yeon,menawarkan bantuan.Dong Hae mengukir senyuman nipis.
"Awak mesti rindu dekat hyung,kan?"Dong Hae masih sempat berjenaka walaupun keadaan dirinya benar-benar lemah ketika itu.Hendak berjalan pun,dia tidak mampu.
"Apa awak ni?Saya risaulah tengok awak macam ni.Biar saya pimpin awak,"kata Ji Yeon sambil memaut lengan Dong Hae.Dong Hae tidak membalas kata-kata Ji Yeon itu.Langkah mereka terhenti apabila melihat Ji Hoon yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari bangunan itu.Ji Hoon menghentikan langkahnya apabila melihat kelibat Ji Yeon dan Dong Hae di hadapannya.Ji Hoon segera melangkah mendekati ke arah Dong Hae yang berpakaian pakaian pesakit serta kepalanya yang berbalut itu.

Jung Ji Hoon

"Dong Hae,apa dah jadi dengan awak ni?"Soal Ji Hoon,cemas.Dong Hae sekadar membalasnya dengan senyuman.Air matanya kembali mengalir apabila melihat Ji Hoon sedang berdiri di hadapannya.
"Hyu..hyung..."Ucapnya lemah.
"Kenapa dengan Dong Hae,Ji Yeon?"Soal Ji Hoon,cemas.
"Dong Hae accident.Hari ni,dia baru sedar.Lepas tu,dia suruh Ji Yeon bawakan dia ke sini.Dia nak jumpa dengan awak,"kata Ji Yeon.
"Dong Hae,awak kena balik ke hospital semula.Awak masih tak sihat ni,tahu tak?"Soal Ji Hoon,cuba memujuk Dong Hae untuk kembali semula ke hospital.Dong Hae menggeleng lemah.
"S..saya..saya...bukan Dong Hae..."kata Dong Hae,bersusah payah untuk menutur katanya.Dadanya kembali terasa sakit.Dong Hae tidak berupaya lagi untuk berdiri.Dia jatuh terjelepok.Namun,nasib baik tubuhnya sempat disambut oleh Ji Hoon.
"Dong Hae!"Ji Hoon cuba menyedarkan Dong Hae namun tiada reaksi.
"Kita kena balik ke hospital!"Arah Ji Hoon.Ji Yeon akur lalu segera bergegas ke keretanya.


 Lee Dong Hae
 Song Ji Yeon
Lee Sun Young

No comments:

Post a Comment