18 July, 2011

Don't Love Me Part 14

Ji Yeon segera melangkah ke arah Seung Mi dan Seung Jae yang sedang menunggu di hadapan bilik rawatan kecemasan yang menempatkan Ji Hoon di dalamnya.Kelihatan Seung Mi masih lagi menangis tersedu-sedu sambil ditemani oleh Seung Jae yang turut berbalut tangan di belah kirinya.Seung Jae yang menyedari kehadiran Ji Yeon di situ segera berdiri menghadapnya.
"Ji Yeon,apa yang awak buat kat sini?"Soal Seung Jae,hairan dengan kehadiran Ji Yeon di situ.Setahunya,wanita itu tidak langsung dikhabarkan perihal Ji Hoon yang sedang dirawat di hospital tersebut.
"Apa dah jadi,Seung Jae?Kenapa dengan Ji Hoon oppa?Saya nampak dia cedera teruk tadi,"soal Ji Yeon,bimbang.Seung Mi yang sedang duduk di situ sekadar mendiamkan diri.Dia masih lagi terkejut dengan kemalangan yang menimpa Ji Hoon di lokasi penggambaran siang tadi.
"Awak buat apa pula kat sini?Siapa yang sakit?"Seung Jae tidak segera menjawab pertanyaan wanita itu.Ji Yeon mengeluh kecil.Masih kelihatan jelas sisa air matanya yang membasahi pipinya itu.Ji Yeon perlahan-lahan menyandarkan dirinya pada dinding.
"Salah saya...Dong Hae terpaksa masuk ke dalam hospital disebabkan saya,"jawab Ji Yeon,sebak.Seung Jae terkejut apabila mendengar jawapan Ji Yeon itu.Apakah mereka ditimpa kemalangan memandangkan keadaan diri Ji Yeon yang tidak terurus itu?
"Kenapa dengan Dong Hae?Kamu berdua...accident ke?"soal Seung Jae.
"Dong Hae cuba selamatkan saya daripada gangguan kumpulan lelaki gangster.Dong Hae cedera parah sebab dibelasah teruk oleh kumpulan tu.Sekarang,dia masih lagi dirawat.Saya takut,kalau apa-apa jadi kepada Dong Hae.Penyakitnya pun belum pulih sepenuhnya lagi,"kata Ji Yeon,tersedu-sedu.Hatinya benar-benar bimbang akan keselamatan Dong Hae.Seung Jae turut terkejut dengan berita yang baru didengarnya itu.Nasib yang dialami oleh Dong Hae itu sama seperti nasib yang dialami oleh Ji Hoon.Ji Hoon tercedera disebabkan dirinya.Ji Hoon cuba menyelamatkan dirinya apabila Seung Jae hampir-hampir sahaja dilanggar oleh sebuah kereta yang telah menceroboh masuk ke dalam set pengambaran secara tiba-tiba.Seung Jae benar-benar berasa bersalah dengan Ji Hoon.
"Ji Hoon hyung turut mengalami kemalangan.Semuanya disebabkan saya,"kata Seung Jae,perlahan.Ji Yeon menoleh ke arahnya.Seung Jae mengalirkan air matanya."Sepatutnya saya yang ada kat dalam.Bukannya hyung,"katanya lagi.Ji Yeon kemudiannya memandang ke aah Seung Mi.Wajah wanita itu juga kelihatan suram.
"Kita sama-sama doakan mereka berdua selamat,"kata Seung Jae,sambil mengukir senyuman nipis.Air matanya yang mengalir itu dikesatnya.Ji Yeon mendekati ke arah Seung Jae lalu memeluknya.
"Saya pun yakin mereka akan selamat.Mereka kan kuat?"Sengaja Ji Yeon berkata demikian demi memujuk hatinya sendiri.Seung Jae mengangguk,mengiyakan kata-kata wanita itu.

Ji Yeon memegang erat tangan Dong Hae yang sejuk itu.Matanya masih lagi terpejam rapat.Dadanya berombak perlahan dengan bantuan alat pernafasan.Wajah pucat Dong Hae itu ditatap Ji Yeon.
"Dong Hae...bangunlah,"pujuk Ji Yeon,sebak.Namun,Dong Hae masih belum memberi sebarang respon.Tubuhnya masih kaku seperti tadi."Awak kata awak nak tunggu jawapan dari saya.Macam mana saya nak bagi jawapan kat awak kalau awak terus macam ni?Bangunlah,Dong Hae,"rayu Ji Yeon lagi.Air matanya terus mengalir membasahi pipinya yang gebu itu.Ji Yeon kemudiannya menyarungkan cincin kepada jari manis lelaki itu."Saya akan tunggu...sampai awak sedar,"kata Ji Yeon,sambil mengucup lembut tangan lelaki itu.
Ji Yeon yakin,kehadiran Dong Hae sangat bermakna dalam hidupnya selama ini cuma sengaja dinafikannya.Jauh di sudut hatinya,dia akui...Dong Hae seorang lelaki yang baik.Satu-satunya lelaki yang sentiasa sabar melayani karenahnya yang pelbagai itu.

"Keadaan Encik Dong Hae sangat kritikal,Encik Lee.Kami harus melakukan pembedahan ke atas Encik Dong Hae.Dia mesti menggunakan jantung yang baru.Kalau tak,Encik Dong Hae mungkin susah untuk bertahan dalam jangka masa yang lebih lama lagi,"kata doktor wanita itu.Encik Lee,Puan Lee serta Sun Young terdiam saat mendengar penjelasan doktor pakar itu.
"Kalau macam tu,pihak hospital dah ada jantung penderma ke?"Soal Sun Young,ingin tahu.Lambat doktor wanita untuk menjawab pertanyaan Sun Young itu.
"Jantung yang ada...tak sesuai untuk Encik Dong Hae.Sekarang kami sedang berusaha untuk mendapatkan jantung yang sesuai untuk Encik Dong Hae.Apa yang penting,kami perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak tuan dan puan bagi membolahkan kami menjalankan pembedahan ke atas Encik Dong Hae,"kata doktor itu sambil meletakkan surat kebenaran di atas mejanya.
"Kami bersetuju.Apa yang penting,doktor mesti selamatkan nyawa anak saya,"pinta Puan Lee,bersungguh-sungguh sambil mengalirkan air matanya.Sun Young memaut bahu ibunya dengan niat untuk menenangkan hati wanita itu.

Seung Mi dan Seung Jae memerhati ke arah Ji Hoon yang sedang terbaring lemah itu.Antara mereka berdua,Seung Jaelah yang lebih risaukan keadaan hyungnya itu.Rasa bersalahnya terhadap lelaki itu masih lagi menebal.
"Doktor hanya dapat mengesahkan keadaan Ji Hoon bila dia dah sedar nanti.Sekarang ni,kita kena banyak berdoa agar Ji Hoon tak ada apa-apa,"kata Seung Mi.Seung Jae angguk.
"Miane...Seung Jae yang bersalaha dalam hal ni.Kalau bukan kerana Seung Jae,pasti hyung tak ada apa-apa,"kata Seung Jae,menyalahkan dirinya.Seung Mi memaut bahu adik lelakinya itu.
"Ji Hoon kan kuat?Dia mesti akan selamat,"kata Seung Mi,cuba menyedapkan hatinya.

Ji Yeon dan Seung Jae duduk termenung di kafe sambil melihat kopi panas yang diletakkan di atas meja itu.Mereka dipaksa oleh keluarga masing-masing untuk mengalas perut sedikit memandangkan mereka langsung tidak makan apa-apa semalaman.
"Dong Hae macam mana,Ji Yeon?"Soal Seung Jae.Ji Yeon menggeleng lemah.Seung Jae melepaskan keluhan berat.
"Oppa?"Soal Ji Yeon,pula.Seung Jae turut menggeleng lemah.Seung Jae meneguk kopinya sedikit sebelum matany terpandang ke arah seutas rantai yang tergantung pada leher wanita itu.
"Ji Yeon,itu...rantai awak ke?"Soal Seung Jae,sambil melihat ke arah rantai yang amat dikenalinya itu.Ji Yeon melihat ke arah rantai yang sedang dipakainya itu.
"Oh,bukan.Ni Dong Hae punya.Rantai dia tercicir waktu kemalangan tu.Jadi saya tolong jagakan,"kata Ji Yeon."Kenapa?"Soalnya pula.Dahi Seung Jae berkerut.
"Dari mana Dong Hae dapat rantai tu?"Soal Seung Jae bersungguh-sungguh untuk tahu.

"Saya tak tahu.Memang Dong Hae dah ada rantai ni waktu kami mula-mula kenal lagi,"kata Ji Yeon,mulai hairan dengan perubahan sikap Seung Jae itu."Kenapa ni,Seung Jae?"Soal Ji Yeon,lagi.
"S...s..setahu saya...rantai ni...hanya hyung dengan adiknya saja yang ada.Sebab rantai ni,ibu bapa hyung yang buatkan khas untuk mereka,"kata Seung Jae.Ji Yeon terkejut.Apa maksud Seung Jae?
"Bukan...adik oppa...dah tak ada ke?"Soal Ji Yeon,sangsi.Seung Jae pula semakin curiga.Perubahan sikap Dong Hae selepas kemalangan dahulu pun masih lagi menjadi persoalan dalam fikirannya selama ini.Tindakan Dong Hae yang memeluknya secara tiba-tiba itu masih lagi menjadi pertanyaannya.
"Saya tak fahamlah,Seung Jae.Apa maksud awak ni?Apa kaitan Dong Hae dengan rantai ni?"Ji Yeon betul-betul tidak faham dengan situasi yang berlaku ketika ini.
"Awak rasa...kalau saya nak jumpa dengan keluarga dia sekarang,patut ke?"Soal Seung Jae tiba-tiba.Dahi Ji Yeon berkerut."Tak apalah.Lupakan je.Saya sendiri tak faham apa yang sedang saya fikirkan ni,"kata Seung Jae,sambil tersenyum.Seung Jae meneguk kopinya semula.Tanpa Ji Yeon sedari,Seung Jae sudah merangka sesuatu rancangan.
Seung Jae melangkah perlahan ke arah bilik yang menempatkan Dong Hae di dalamnya.Selepas menerangkan status dirinya kepada jururawat yang bertugas,barulah Seung Jae dibenarkan masuk memandangkan Dong Hae ditempatkan di dalam wad khas atas permintaan keluarga Dong Hae sendiri.Dong Hae melangkah ke arah Dong Hae yang sedang terbaring lemah secara perlahan-lahan.Wajah Dong Hae yang pucat itu ditatapnya.Dia cuba mencari sesuatu bagi menjawab segala persoalannya.Namun,keadaan Dong Hae yang penuh dengan alatan bantuan itu menyukarkan Seung Jae untuk memeriksa keadaan diri lelaki itu.Seung Jae cuba menyelak lengan baju Dong Hae dengan perasaan berdebar-debar.
"Kalau ada,bermakna...tekaan aku tepat,"getus hati kecilnya."Maafkan aku,Dong Hae."
Seung Jae berundur beberapa langkah apabila melihat sesuatu pada lengan lelaki bernama Dong Hae itu.Seung Jae menggeleng kepalanya berkali-kali,sukar untuk mempercayai apa yang sedang dilihatnya.
"Siapa awak?"Seung Jae menoleh ke hadapan apabila terdengar satu suara yang menegurnya.Seung Jae terkejut apabila melihat Sun Young sedang berdiri di hadapannya.
"Kenapa awak selakkan lengan baju Dong Hae?"Soal Sun Young lagi,sambil memandang tajam ke arah Seung Jae."Tolong keluar dari sini sebelum saya ambil tindakan ke atas awak,"kata Sun Young lagi lalu mendekati ke arah Dong Hae.Dia menutup lengan Dong Hae yang terdedah itu dengan lengan bajunya semula.
"Keadaan Dong Hae masih belum stabil.Jadi saya tak dapat nak benarkan sesiapa sahaja masuk melawatnya dengan mudah.Harap awak faham,"kata Sun Young,tenang.
"Dong Hae...atau pun Jun Ho?"Sun Young terkejut apabila mendengar pertanyaan lelaki itu.Pantas ditolehnya ke arah Seung Jae.
"Apa maksud awak?"Soal Sun Young semula.Seung Jae tidak membalas.Sekadar merenung tajam ke arah Sun Young yang mulai menggelabah itu.









No comments:

Post a Comment