04 July, 2011

Don't Love Me Part 7

"Kenapa senyap je ni?"Soal Ji Hoon sambil menoleh ke arah Seung Mi yang kusyuk memerhati pemandangan di luar dari dalam bas.Seung Mi yang terdengar akan teguran lelaki itu sedikit tersentak.Seung Mi menoleh ke arah Ji Hoon sambil mengukir senyuman nipis.
"Tak ada apalah,"balas Seung Mi.Ji Hoon berdehem beberapa kali.Seung Mi pula berasa sedikit kaget apabila berada di sebelah Ji Hoon selepas apa yang sudah berlaku di pejabat pagi tadi.Entah mengapa tiba-tiba sahaja Ji Hoon memperkenalkan dirinya sebagai teman wanitanya di hadapan Ji Yeon.
"Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi buat awak rasa tak selesa.Miane."Ji Hoon seolah-olah memahami keresahan yang melanda dalam diri wanita itu.Seung Mi segera menggeleng.
"Tak apa.Saya tahu...awak mesti ada sebab untuk buat macam tu.Mesti awak saja nak buat Ji Yeon marah kan?"Duga Seung Mi,berusaha menutup perasaan cemburunya terhadap Ji Yeon yang baru dikenalinya itu.
"Tak ada sebabnya saya sengaja nak buat dia marah.Kenapa?Awak tak suka ke kalau saya betul-betul nak awak jadi teman wanita saya?"Soal Ji Hoon sambil menoleh ke arah Seung Mi yang berada di sebelahnya itu.Seung Mi tergamam saat mendengar kata-kata Ji Hoon itu.Seung Mi menoleh ke arah Ji Hoon dan pandangan mereka bertaut secara tidak sengaja.Jantung Seung Mi hampir sahaja gugur saat bertembung dengan mata Ji Hoon yang memikat itu.Seung Mi segera mengalihkan pandangannya.Perlahan-lahan,Ji Hoon memegang tangannya,erat.
Seung Mi terkejut dengan tindakan lelaki itu.Ji Hoon pula masih memandang ke arahnya sambil memperkemas lagi genggamannya.
"Saya...harap awak tak keberatan untuk menjadi teman wanita saya,Seung Mi.Sebab,saya...sayangkan awak,"ucap Ji Hoon,sambil memandang tepat ke arah anak mata Seung Mi yang kini turut memandang ke arahnya.Mata Seung Mi mulai bergenang.Terharu mendengar pengakuan tulus daripada Ji Hoon itu.Ji Hoon kemudiannya perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke arah wajah Seung Mi.Akhirnya,bibir mereka bertemu.Air mata Seung Mi mengalir laju.Tidak disangka,Ji Hoon turut menyimpan perasaan yang sama terhadap dirinya.


Kelakuan Ji Yeon yang tidak henti-henti meneguk arak itu membuatkan Eun Joo tidak senang duduk.Puas disuruhnya berhenti,namun wanita itu tetap berdegil.Eun Joo hairan dengan sikap Ji Yeon yang sedikit berubah daripada awal perkenalannya dahulu.Ji Yeon kini bersikap lebih degil.



“Ji Yeon,dahlah tu.Kau dah minum banyak sangat ni,”pujuk Eun Joo,mulai rimas dengan kedegilan Ji Yeon itu.Dia cuba menghentikan kelakuan Ji Yeon yang kelihatannya seperti tidak mahu berhenti daripada minum itu.Ji Yeon tetap berdegil.”Ji Yeon ah…kalau kau minum sampai mati pun,Ji Hoon tu tetap pilih teman wanita dia.Kau patut terima kenyataan tu.Ji Hoon dah ada pilihan hati dia sendiri.Aku yakin kau boleh jumpa lelaki yang lebih baik daripada dia.Janganlah macam ni,okey?”Eun Joo terus menerus memujuk.Ji Yeon menundukkan wajahnya.”Jom balik?”Eun Joo mengajaknya pulang.Ji Yeon menggeleng.
“Kalau kau nak balik…baliklah.Aku…aku nak duduk sini dulu,”balas Ji Yeon,mabuk.Eun Joo tidak sedap hati untuk meninggalkan Ji Yeon berseorangan di situ.Sejak belakangan ini,Eun Joo tidak dapat menemani Ji Yeon di rumah yang mereka duduk bersama seperti sebelum ini.Eun Joo kini sibuk menguruskan hal keluarganya di Anyang.Oleh itu,Ji Yeon kini tinggal berseorangan di rumah mereka.

Dong Hae segera bergegas ke arah Eun Joo yang sedang duduk menemani Ji Yeon di suatu sudut di dalam bar itu.Eun Joo yang melihat kelibat Dong Hae itu mulai melepaskan nafas lega.
“Kenapa dengan Ji Yeon?”Soal Dong Hae,bimbang.Eun Joo menoleh ke arah Ji Yeon yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“Dengarnya…putus cinta.Sebab tulah,dia jadi macam ni,”kata Eun Joo.Dong Hae memandang simpati ke arah wanita itu.Pasti berat bagi Ji Yeon untuk menerima hakikat tersebut.Bukankah Ji Yeon amat mencintai Ji Hoon?Dong Hae kemudiannya melangkah ke arahnya.
“Biar saya hantarkan Ji Yeon balik,”kata Dong Hae,menawarkan bantuan.Eun Joo angguk.Memang itulah yang diharapkannya.
“Gomawo,Dong Hae,”ucap Eun Joo.Dong Hae kemudiannya perlahan-lahan mengangkat tubuh Ji Yeon menuju keluar dari bar itu.Eun Joo turut membantu dengan membawakan beg tangan Ji Yeon,mengekori Dong Hae dari  belakang.

“Selalunya Ji Yeon susah nak sedar bila dah minum banyak ni.Kalau dah sampai nanti,awak ambillah kunci rumah dari beg tangan dia,”kata Eun Joo,sambil meletakkan beg tangan Ji Yeon di tempat duduk belakang.Dong Hae sekadar angguk.
“Dong Hae,”panggil Eun Joo sebaik sahaja melihat Dong Hae sudah berura-ura mahu masuk ke dalam keretanya.Dong Hae menoleh ke arahnya.
“Masih belum terlambat kalau awak nak dapatkan cinta Ji Yeon,”kata Eun Joo.Dong Hae sekadar tersenyum.
“Apa awak cakap ni?Pandai-pandai je.Saya mana pernah cintakan Ji Yeon.Awak pun tahu kan,saya yang nak putuskan pertunangan ni,”kata Dong Hae.Pintu keretanya sudah dibuka.
“Tapi,awak buat semua tu untuk Ji Hoon kan?Sekarang ni,Ji Hoon sendiri dah kecewakan Ji Yeon.Jadi saya rasa awak patut ambil peluang ni untuk rebut balik hati dia,”kata Eun Joo.Dia lebih gembira dan selesa sekiranya Ji Yeon memilih Dong Hae daripada Ji Hoon,memandangkan dia sudah mengenali peribadi Dong Hae itu sebelum ini.Apa yang pasti,dia amat memahami perasaan sebenar Dong Hae terhadap Ji Yeon.Cuma Dong Hae sahaja enggan mengaku secara terbuka.
“Dah lewat ni.Saya hantarkan Ji Yeon balik dululah,”kata Dong Hae sebelum masuk ke dalam keretanya.Eun Joo sekadar angguk.

Dong Hae meletakkan tubuh Ji Yeon perlahan-lahan di atas katil.Sarung kaki wanita itu dibukanya.Dong Hae kemudiannya menuju ke arah dapur di tingkat bawah sementara Ji Yeon masih lagi belum sedarkan diri.Tidak lama selepas itu,Dong Hae masuk semula ke dalam bilik Ji Yeon beserta tuala basah dan semangkuk air.Dong Hae meletakkan tuala basah itu perlahan-lahan di atas dahi Ji Yeon.Kedua-dua kaki Ji Yeon disapunya dengan tuala basah yang satu lagi.Wajah Ji Yeon yang masih lena itu diperhatinya dengan penuh rasa rindu.Dengan lembut,Dong Hae mengusap wajah Ji Yeon itu.
“Awak tak patut buat semua ni.Kalau betul Ji Hoon dah kecewakan awak,awak tak boleh buat macam ni.Kalau awak tak boleh dapatkan cinta Ji Hoon,mungkin awak boleh berkawan dengan dia,”kata Dong Hae,lembut suaranya.Bimbang Ji Yeon terjaga dari lenanya.Tuala di atas dahi Ji Yeon itu diperkemaskannya lagi.
“Saya tak suka tengok awak macam ni.Awak bukan Ji Yeon yang saya kenal sebelum ni.Ji Yeon yang saya kenal bukan lemah macam ni.Saya akur…awak sangat mencintai Ji Hoon hyung.Tapi kalau cinta tu buat awak menderita sampai macam ni sekali,baik awak lupakan perasaan cinta ni.Cari cinta yang baru,”kata Dong Hae lagi.”Walaupun bukan saya yang awak pilih untuk menggantikan cinta Ji Hoon dalam hidup awak lepas ni,saya tetap sokong awak.Saya tetap doakan yang terbaik untuk awak…”Dong Hae mengusap lembut pipi Ji Yeon.”Sebab saya cintakan awak.”Dong Hae mencapai tangan Ji Yeon lalu dikucupnya dengan lembut,menzahirkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap wanita bernama Song Ji Yeon itu.Tidak lama selepas itu,Dong Hae melepaskan tangan Ji Yeon.Dia sudah berniat untuk beredar dari situ.Namun,niatnya terbantut apabila tiba-tiba sahaja terdengar sayup-sayup namanya dipanggil.Dong Hae menoleh ke belakang.Dong Hae terkejut apabila melihat Ji Yeon sedang melihat ke arahnya.
“Ji Yeon…”
“Awak temankan saya kat sini,boleh?”Soalan Ji Yeon itu benar-benar memeranjatkan Dong Hae.”Boleh kan?”Soal Ji Yeon lagi.Kedengaran lemah nada suaranya.Dong Hae terpaksa akur apabila melihat mata Ji Yeon yang mulai bergenang itu.Mungkin Ji Yeon benar-benar memerlukan teman ketika ini.
“Arasso…”Dong Hae terpaksa mengalah.

Ji Yeon membuka matanya perlahan-lahan.Ji Yeon kemudiannya memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut itu.Ah,terlalu banyak dia minum semalam.Ji Yeon kemudiannya bangun dari pembaringannya.Ditolehnya ke kiri dan ke kanan.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila dia merasakan tubuhnya terasa lebih segar daripada biasa.Mungkin kerana dia telah mendapatkan tidur yang begitu lena.Namun,Ji Yeon menoleh ke arah kanannya semula apabila merasakan sesuatu yang berbeza berada di situ.Matanya terbuntang luas apabila melihat Dong Hae sedang terbaring di atas sofa.Bagaimana Dong Hae berada di situ?Dia sendiri langsung tidak dapat ingat peristiwa yang telah berlaku semalam.Ji Yeon terkejut apabila melihat Dong Hae yang kelihatannya mulai sedar dari lenanya itu.Pantas sahaja Ji Yeon membaringkan dirinya semula dan berpura-pura tidur.Dong Hae yang tidak menyedari lakonan Ji Yeon itu sekadar menoleh ke arah Ji Yeon yang disangkanya masih lena itu.Dong Hae menggeliat seketika sebelum melangkah mendekati Ji Yeon.Tuala yang sudah hampir kering itu diambilnya dari atas katil dan membawanya beserta mangkuk air ke dapur.Seboleh-bolehnya dia mahu beredar dengan cepat sebelum Ji Yeon sedar dari lenanya.Sebaik sahaja dia betul-betul pasti bahawa kelibat Dong Hae sudah jauh darinya,Ji Yeon membuka matanya secara perlahan-lahan.Ji Yeon menghela nafas lega apabila Dong Hae sudah tidak lagi berada di dalam biliknya.
“Macam mana pula Dong Hae boleh ada kat sini?”Soalnya.Ji Yeon cuba berfikir sejenak.Tidak lama selepas itu,Ji Yeon melepaskan keluhan kecil pula.”Aduh…mesti aku mabuk sungguh semalam,”ngomelnya,sambil mengetuk perlahan kepalanya.Dia yakin,pasti Eun Joo yang menghubungi Dong Hae untuk menghantarkannya pulang.

Ji Yeon memberanikan diri untuk turun ke bawah apabila dia sudah yakin Dong Hae sudah beredar dari rumahnya.Ji Yeon menjenguk ke luar rumahnya.Sah!Dong Hae sudah pulang!Keretanya tidak lagi berada di situ.Ji Yeon tersenyum kecil lalu menuju ke arah dapur.Ji Yeon tergamam apabila melihat sesuatu diletakkan di atas meja.
Bubur nasi beserta sehelai kertas kecil diselitkan di bawah mangkuk bubur itu.Ji Yeon segera mendapatkan nota itu.

Miane…saya dah guna dapur awak tanpa pengetahuan awak.Tapi saya harap awak sukakan bubur nasi yang saya dah sediakan untuk awak.Makan tau…tak elok awak biarkan perut kosong.Nanti sakit,susah.
Lagi satu,jangan minum arak banyak-banyak lagi.Awak ingat saya ni driver awak ke nak jemput awak balik rumah bila mabuk?
Apa-apapun,awak makanlah dulu.Maaflah kalau tak sedap.
;p

                                                                                            DongHae…

Ji Yeon tersenyum lebar saat membaca nota ringkas yang ditinggalkan oleh Dong Hae itu.Romantik juga rupanya dalam diam-diam.Ji Yeon kemudiannya melihat ke arah bubur yang telah pun disediakan oleh lelaki itu.Dia rasa sesuap.Bibirnya tersenyum lagi.
Gomawo…

Lee Dong Hae 
 Song Ji Yeon
Jung Ji Hoon&Park Seung Mi




No comments:

Post a Comment