07 July, 2011

Don't Love Me Part 11


Dong Hae memandang tajam ke arah Encik Lee sambil diperhatikan oleh Puan Lee.Perasaan Puan Lee mulai tidak tenang dengan situasi tegang itu.Apa yang pasti,berkemungkinan perbincangan itu akan berakhir dengan pertengkaran.Namun,wanita itu mendoakan agar perbincangan itu akan berakhir dengan baik.
“Saya dah ingat peristiwa yang dah berlaku 12 tahun yang lalu.Saya cuma nak pastikan…lelaki yang bernama Han Kyul yang turut berada di tempat kejadian tu…adalah awak kan,Encik Lee Han Kyul?”Soal Dong Hae.Puan Lee menoleh ke arah suaminya.Perlahan-lahan,Encik Lee angguk.Dong Hae melepaskan keluhan berat.Kelihatan lelaki itu memejamkan matanya.
“Maknanya…betullah yang omma…dengan appa saya…terbunuh dalam kebakaran tu?Dan kebakaran tu disebabkan oleh saya?”Soal Dong Hae,matanya mulai bergenang.Puan Lee cuba mendekati Dong Hae namun dihalang oleh suaminya.
“Semua tu adalah kemalangan,Dong Hae.Semua tu bukannya salah Dong Hae,”kata Encik Lee,seolah-olah memujuk Dong Hae.
“Kenapa awak jaga saya selama ni?Awak tak takut ke kalau saya boleh ulang kesilapan yang sama?Saya mungkin boleh buat keluarga awak terbunuh,”kata Dong Hae,sebak.Puan Lee tidak dapat menahan sebak lagi lantas dicapainya tangan Dong Hae itu.
“Apa yang Dong Hae cakap ni?Kan appa dah cakap yang semua tu adalah kemalangan.Bukan salah Dong Hae.Lagipun,keadaan Dong Hae lepas kejadian tu sangat kritikal.Dong Hae mengalami trauma yang teruk.Mana mungkin omma dengan appa tergamak nak biarkan Dong Hae ditinggalkan seorang diri dekat hospital,”pujuk Puan Lee.Dong Hae melepaskan tangannya.
“Tapi awak tak ada hak untuk pisahkan saya dengan hyung saya yang terselamat daripada kemalangan tu.Awak sepatutnya biarkan saya ditinggalkan dengan hyung.Hyung ialah satu-satunya ahli keluarga saya yang masih hidup…”Dong Hae mengesat air matanya yang mengalir ke pipi itu.”Dan…apa yang penting,awak tak patut sembunyikan identiti sebenar saya.Awak tak ada hak langsung untuk menukar nama saya dan nama keluarga saya.Saya bukan Lee Dong Hae,tapi Jung Jun Ho!Jun Ho!Saya bukan saudara kembar Lee Sun Young,tapi adik kepada Jung Ji Hoon!Disebabkan tindakan awak berdua,Ji Hoon hyung telah anggap saya terbunuh dalam kemalangan 12 tahun yang lalu.Selama 12 tahun ni,dia telah anggap yang hidupnya tinggal sebatang kara!”Dong Hae berang.Dia terlalu kecewa dengan sikap kedua-dua ibu bapa angkatnya itu.
“Dong Hae…”
“Saya bukan Dong Hae!”Belum sempat Puan Lee meneruskan kata-katanya,Dong Hae sudah memotong percakapannya.Air mata Puan Lee sudah mengalir laju.Tersentak dengan jerkahan Dong Hae itu.Dong Hae menghembuskan nafas panjang sambil memejamkan matanya.
“Mianeyo.Tapi,sungguh saya tak boleh terima semua ni.Saya bersyukur kerana saya dijaga oleh sebuah keluarga yang baik.Tapi,pada masa yang sama awak dah buat hyung saya menderita atas kematian palsu saya.Saya..saya rasa saya tak boleh tinggal dengan keluarga awak lagi,”kata Dong Hae,berura-ura mahu bangun dari katilnya.Puan Lee terkejut.Pantas dia memegang tangan Dong Hae itu,menghalangnya dari pergi.Kemudian,dia memeluk tubuh lelaki itu dari belakang.
“Dong Hae…jangan tinggalkan omma!Omma minta maaf,Dong Hae!Semua tu bukan salah appa,tapi salah omma!Omma yang nak appa tukarkan nama Dong Hae.Omma minta maaf,sayang!”Puan Lee merayu sepenuh hati sambil diiringi dengan air matanya.Pelukannya erat sekali,menggambarkan perasaannya yang tidak rela berjauhan dengan anak lelaki angkatnya itu.Perlahan-lahan,Dong Hae melepaskan pelukan ibu angkatnya itu.Tanpa sebarang kata,Dong Hae segera melangkah keluar dari bilik itu.Encik Lee menghalang isterinya daripada terus menghalang Dong Hae beredar.
“Kita biarkan Dong Hae bersendirian dulu.Dia perlukan waktu untuk menerima semua ni,”pujuk Encik Lee,cuba menenangkan perasaan isterinya itu.
“Dong Hae!”

Dong Hae menutup pintu bilik rawatannya dengan fikiran yang berserabut.Bayangan-bayangan peristiwa yang lalu kembali bermain di layar fikirannya.Jeritan ibu bapanya masih jelas terngiang-ngiang pada pendengarannya.Bahang panas api yang memusnahkan rumahnya 12 tahun lalu masih jelas terasa.Dong Hae bersandar pada pintu biliknya sambil mengalirkan air matanya.
“Omma…appa..Miane…”Air matanya kian lebat.Ibu bapanya terkorban atas kecuaiannya sendiri.Abangnya menderita kerana berita kematian palsunya yang tersebar selama 12 tahun ini.

“Dong Hae…”Dong Hae menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.Kelihatan Sun Young sedang berdiri berhadapan dengannya.Niatnya untuk beredar dari situ terbantut apabila dihalang oleh Sun Young.
“Noona nak cakap sesuatu dengan Dong Hae.Boleh?”Pinta Sun Young.Dong Hae melepaskan keluhan berat.Perlahan-lahan,Sun Young mencapai tangannya lalu dibawanya beredar dari situ.

Dong Hae dan Sun Young masing-masing memandang ke arah pemandangan dari tingkat paling atas di hospital itu.Sun Young kemudiannya mengukir senyuman nipis sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.
“Noona ingat lagi,tempat macam nilah yang selalu jadi tempat Dong Hae lepaskan rasa tak puas hati.Tak kisah lah,Dong Hae tak puas hati dekat sesiapa pun.Mesti Dong Hae pergi kat bumbung sekolah semata-mata nak lepaskan rasa tak puas hati tu,”kata Sun Young,mengimbau kenangan lama.Dong Hae pula sekadar membisu,tidak membalas walau sepatah pun.Sun Young menoleh ke arahnya.
“Noona tahu…kita memang tak rapat sebelum ni.Boleh dikatakan,tak pernah pun kita berbual berdua macam ni.”Sun Young mengalihkan pandangannya daripada Dong Hae.Kedengaran wanita itu menarik nafas panjang.”Tapi noona tahu…apa yang Dong Hae suka…dan apa yang Dong Hae tak suka.Noona tahu,Dong Hae tak selesa bila berdua macam ni dengan noona.Tapi…noona cuma nak berbual sedikit je dengan Dong Hae.Boleh kan?”Soal Sun Young,berharap Dong Hae sudi mendengar penjelasannya.Dia ingin memberi penjelasan kepada Dong Hae bagi pihak ibu bapanya.Dia faham dengan situasi Dong Hae.Dong Hae pasti sukar untuk menerima kejutan sebegitu rupa apatah lagi dalam keadaan dirinya yang sakit itu.Sun Young tersenyum apabila melihat Dong Hae menganggukkan kepalanya.
“Noona tahu…apa yang omma dengan appa dah lakukan sebelum ni…adalah satu kesilapan yang sukar sekali untuk dimaafkan.Walaupun tujuan omma dengan appa adalah baik,tapi…menyembunyikan identiti sebenar Dong Hae,bagi noona…memang tak wajar.Sebelum ni,noona pernah bangkitkan soal ni kepada omma dengan appa.Noona pernah ingatkan appa yang kami semua tak boleh sorokkan hal ni daripada Dong Hae.Sebab,noona seboleh-bolehnya tak mahu Dong Hae mengetahui perkara ni sendiri,”kata Sun Young.
“Kenapa?Kalau boleh awak nak saya kekal sebagai Dong Hae?Awak tak nak saya ingat balik kisah lama saya?”Soal Dong Hae,dingin.
“Bukan itu maksud noona.Cuba Dong Hae tengok sendiri.Apa terjadi dekat Dong Hae bila Dong Hae dapat tahu perkara ni sendiri sebelum appa dengan omma jelaskan cerita sebenar?Apa yang Dong Hae rasa?Dong Hae rasa ditipu kan?”Soal Sun Young semula.Dong Hae tersenyum sinis.
“Apa yang awak nak kisahkan?Sama je kalau saya tahu sendiri atau pun mereka yang beritahu hal ni kepada saya.Kenyataannya,saya tetap ditipu.Hyung saya juga menerima akibatnya,”balas Dong Hae.
“Mianeyo…noona tahu…kami salah.Kami memang tak patut buat macam tu terhadap Dong Hae dengan abang Dong Hae,”akui Sun Young,bersalah atas apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya.
“Tapi…noona nak ucapkan terima kasih sebab Dong Hae pernah jadi sebahagian daripada keluarga kami.Dong Hae pernah jadi pelengkap keluarga kami selepas kami pernah kehilangan ahli keluarga kami.”Sun Young menoleh ke arah lelaki yang pernah menjadi kembarnya selama 12 tahun ini.”Noona pernah kehilangan saudara kembar noona.Lee Dong Hae namanya.Bila omma tengok Dong Hae untuk kali pertama,dia rasa macam anaknya Dong Hae yang dah lama meninggal dunia tu,hidup semula.Sebab tu omma ambil keputusan untuk menjaga Dong Hae seperti anak sendiri.Apatah lagi,keadaan Dong Hae masa tu memang kritikal.Omma dengan appa tak sampai hati nak tinggalkan Dong Hae sorang-sorang di hospital.Lagipun,appa tak dapat jumpa Ji Hoon oppa selepas kejadian tu.Appa tak tahu kat mana Ji Hoon oppa berada waktu tu,”kata Sun Young,membongkar kisah silam keluarganya secara tidak sengaja.Air matanya mengalir apabila mengenangkan kembali kenangannya bersama saudara kembarnya dahulu.Sun Young kemudiannya tersenyum nipis sambil mengesat air matanya itu.Wajah Dong Hae itu ditatapnya.
“Seronok rupanya berbual dengan Dong Hae.Kalau noona tahulah macam ni seronoknya,dah lama noona ajak Dong Hae keluar sama-sama sambil berbual,”kata Sun Young.Dia kemudiannya menghulurkan tangannya kepada Dong Hae.Dong Hae melihat ke arahnya dengan tertanya-tanya.Sun Young mengukir senyuman manis kepadanya.
“Apa kata kita mulakan perkenalan yang baru?Nama saya Lee Sun Young.Awak boleh panggil saya Sun Young,”kata Sun Young,ramah.Tangannya masih dihulurkan kepada Dong Hae,menunggu Dong Hae menyambut salamnya.Dong Hae pula masih memandang ke arahnya.Sun Young pula masih menunggunya.Akhirnya,Dong Hae menyambut huluran tangannya sambil mengukir senyuman nipis.
“Saya Jun Ho,Jung Jun Ho,”kata Dong Hae yang memperkenalkan dirinya sebagai Jun Ho.Senyuman Sun Young kian lebar.Hatinya begitu gembira apabila Dong Hae yang kini dikenali sebagai Jun Ho sudi berkenalan dengannya.Bukan sebagai saudara kembar,tetapi sebagai seorang rakan sebaya.

Sun Young memberhentikan keretanya di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Ji Hoon.Perlahan-lahan,Dong Hae keluar dari perut kereta wanita itu sambil memandang ke arah bangunan tersebut.
“Awak masuklah ke dalam.Saya tunggu awak dekat sini,”kata Sun Young,sambil membuka cermin mata hitamnya.Dong Hae menelan air liurnya.Entah mengapa,dia berasa gugup untuk bertemu dengan lelaki itu.Apakah Ji Hoon akan menerima kehadiran dirinya semula setelah hampir 12 tahun dirinya telah dianggap mati oleh lelaki itu?

Seung Jae yang sedang berlatih bersama rakan-rakannya terkejut apabila melihat kelibat Dong Hae di situ.Seung Jae kemudiannya berlari-lari anak menuju ke arah lelaki itu.
“Yo,kawan!”Sapa Seung Jae,mesra sambil mengangkat tangannya.Dong Hae yang melihat ke arahnya mengukir senyuman manis.Hatinya gembira apabila dia masih diberi peluang untuk melihat rakan sepermainannya ketika kecil itu.Dong Hae mengangkat tangannya.
“Ingat saya lagi tak?”Soal Seung Jae,dengan wajahnya yang berpeluh itu.Kening Dong Hae terangkat sebelah apabila mendengar pertanyaan pelik Seung Jae itu.
“Kenapa tanya macam tu pula?”Soalan Seung Jae itu turut dibalas dengan soalan oleh Dong Hae.”Mestilah ingat.Apa yang tak ingat pula?”Seung Jae tersenyum lebar apabila mendengar jawapan daripada Dong Hae itu.Bahu lelaki itu ditepuknya.
“Pergh,nasib baik!Saya ingat awak ada memory loss disebabkan accident hari tu.Awak betul-betul dah sihat ke ni?”Soal Seung Jae sambil berseloroh.Dong Hae angguk.
“Ni datang ni,mesti nak jumpa dengan Ji Hoon hyung ni,”duga Seung Jae.
“Ya.Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia,”kata Dong Hae.
“Dia ada kat atas.Awak boleh naik ke office dia.Saya tak boleh lama-lama berbual dengan awak.Nanti kena baling dengan kasut lagi,”kata Seung Jae diikuti dengan tawanya.Dong Hae tertawa mendengar gurauan lelaki itu.Seung Jae memang tidak jauh berubah.Sejak dari kecil lagi,Seung Jae suka bergurau dengannya.Perlahan-lahan,Dong Hae memeluk tubuh lelaki itu.Seung Jae terkejut dengan pelukan Dong Hae itu.Dong Hae kemudiannya meleraikan pelukannya.
“Saya naik atas dulu,”kata Dong Hae sebelum menepuk perlahan bahu kiri Seung Jae.Seung Jae masih lagi terkejut dengan kelakuan pelik Dong Hae itu.Apa kena dengan Dong Hae tu?

Lee Dong Hae/Jung Jun Ho
 Lee Sun Young
Park Seung Jae

No comments:

Post a Comment