14 July, 2011

Don't Love Me Part 13

Dong Hae memandu keretanya sambil ditemani oleh Ji Yeon yang sedang duduk di tempat duduk sebelah.Sudah hampir sebulan mereka keluar bersama sejak Dong Hae keluar dari hospital akibat kemalangan yang berjaya memulihkan ingatannya itu.Namun,selama sebulan itu,Ji Yeon masih belum diberitahu oleh Dong Hae mengenai identiti sebenarnya itu.Apatah lagi Ji Hoon dan Seung Jae yang merupakan orang yang begitu penting dalam hidup lelaki yang bernama Jung Jun Ho itu.
Dong Hae juga berasa gembira dengan perubahan Ji Yeon.Ji Yeon tidak lagi berkasar terhadapnya.Malah tutur katanya juga berubah lembut dan mesra.Mungkin Ji Yeon bersimpati dengan penyakit yang dihidapinya itu.Entahlah,Dong Hae sendiri tidak pasti sebab Ji Yeon berkelakuan baik terhadapnya.Apa yang pasti,dia amat menghargai layanan baik dan mesra daripada wanita itu.
"Hari ni,Ji Hoon oppa ada shooting untuk drama baru.Dengar kata lasak juga babak dia tu."Ji Yeon mulai bersuara sambil membaca mesej yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Hyung hantar mesej dekat awak ke tu?"Soal Dong Hae sambil memfokuskan pemanduannya.Ji Yeon angguk sebagai menjawab pertanyaan lelaki itu."Awak dengan Ji Hoon hyung tu..."
"Kami kawan je sekarang ni,"pintas Ji Yeon sebelum Dong Hae menghabiskan kata-katanya.Kedengaran Ji Yeon menghembuskan nafas beratnya.
"Oppa memang tak makan saman langsunglah.Dah banyak kali kena reject,manalah saya tahan.Dia nak juga mengaku yang Seung Mi unni tu awek dia,"ngomel Ji Yeon,sambil memuncungkan mulutnya.Dong Hae sekadar tersenyum mengejek.
"Aik,senangnya putus asa?Dulu bukan main lagi sampai sanggup putus tunang dengan saya,"balas Dong Hae,berbaur sindiran.Ji Yeon menjeling ke arahnya.
"Siapa yang putus tunang dengan siapa ni?Cakap tu...tengok diri sendiri sikit,"kata Ji Yeon.Dong Hae tertawa kecil.Dia akui.Pertunangannya dengan wanita itu dibatalkan atas kehendaknya sendiri.
"Tapi,awak pun memang nak putus dengan saya kan?Cuma malu nak cakap,"balas Dong Hae,sambil tersenyum nakal.Ji Yeon mencebik.
"Saya tak nak cakap terang-terang sebab saya kasihan kat awak ekh,"kata Ji Yeon.
"Pasal apa awak nak kasihan kat saya?"Soal Dong Hae pula.
"Yelah...kalau saya putus tunang dengan awak...siapa lagi yang sudi nak jadi tunang awak?Tak ada perempuan lain yang sanggup melayan kerenah budak-budak awak tu selain saya.Saya rasa...sayalah perempuan pertama yang terima cicak mati daripada awak,"kata Ji Yeon.Dong Hae tersenyum.Dong Hae kemudiannya memberhentikan keretanya di bahu jalan.Ji Yeon hairan dengan tindakan lelaki itu.Dong Hae menoleh ke arahnya dengan pandangan yang penuh bermakna.
"Kalau macam tu...awak jelah yang jadi tunang saya,boleh?"Soal Dong Hae.Ji Yeon terdiam sebaik sahaja mendengar pertanyaan lelaki itu.Apakah ini namanya lamaran?Tanpa alunan irama biola yang indah serta dikelilingi dengan bunga ros,adakah ini juga namanya LAMARAN?
"Awak cakap apa ni,Dong Hae?"Soal Ji Yeon,pura-pura tertawa.Namun tawanya kembali pudar apabila melihat wajah Dong Hae yang serius itu.Ji Yeon mengalihkan wajahnya daripada Dong Hae.
"Saya serius nak bertunang dengan awak.Dan,saya juga serius nak hidup dengan awak untuk selama-lamanya,"kata Dong Hae.Dia kemudiannya mencapai tangan wanita itu sambil diperhatikan oleh Ji Yeon.
"Saranghamnida..."Dong Hae mengucup lembut tangan Ji Yeon,menggambarkan kasih sayangnya yang tidak terperi terhadap wanita itu.
"Saya akan tunggu kata putus daripada awak,Ji Yeon,"kata Dong Hae sambil tersenyum manis.Tangan Ji Yeon itu dilepaskannya dengan perlahan.Dong Hae kemudiannya menyambung pemanduannya semula.Ji Yeon pula masih lagi terbuai dengan lamaran mengejut daripada lelaki itu.Benarkah dia tidak bermimpi kali ini?


"Tak payahlah,Dong Hae.Dah lewat ni.Esok-esok saya boleh pergi beli sendiri.Gelaplah kat luar tu,"kata Ji Yeon,cuba menghalang niat Dong Hae untuk keluar membeli barang untuknya.Ji Yeon bimbang dengan keadaan Dong Hae yang masih belum betul-betul sihat itu.
"Alang-alang dah keluar tu...beli jelah.Lagipun,esok kan awak kerja.Kedai tu pun dah tak jauh.Awak tunggu saya kat sini,"kata Dong Hae,tetap berdegil dengan keputusannya.Malam yang gelap itu langsung tidak membimbangkannya.Entah mengapa,lampu jalan di situ terasa sedikit malap daripada biasa.
"Cepat sikit tau."Ji Yeon terpaksa mengalah.Dong Hae angguk.Sebaik sahaja Dong Hae melangkah keluar ke arah kedai tersebut,Ji Yeon mengetuk kepalanya perlahan.Salahnya juga kerana kelalaiannya sendiri.
"Waktu macam nilah benda tu nak hilang,"ngomelnya.Ji Yeon terus menunggu di dalam kereta itu dengan perasaan yang berdebar-debar.Dong Hae,cepatlah!


Langkah Dong Hae terhenti apabila melihat keretanya dikerumuni oleh beberapa orang lelaki yang amat dicurigai kelakuannya.Mata Dong Hae terbuka luas apabila melihat sekumpulan lelaki itu cuba mengganggu Ji Yeon yang sedang berada di dalamnya.
"Yah!"Dong Hae menjerit ke arah mereka sambil berlari ke arahnya.Sekumpulan lelaki itu berasa marah dengan jerkahan Dong Hae yang kedengaran cuba mengganggu kerja mereka itu.Ji Yeon yang sedang menangis di kereta itu sekadar menoleh ke arah Dong Hae.Ji Yeon tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka,namun dia yakin Dong Hae sedang cuba berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.Ji Yeon terkejut apabila melihat Dong Hae ditumbuk secara tiba-tiba oleh salah seorang daripada kumpulan lelaki itu.Ji Yeon ingin keluar dari situ apabila melihat Dong Hae teruk dibelasah oleh kumpulan lelaki itu.Namun,niatnya terhenti apabila salah seorang daripada kumpulan itu cuba memecahkan cermin kereta Dong Hae itu dengan niat untuk mendapatkan Ji Yeon.Ji Yeon menjerit ketakutan apabila lelaki itu berjaya memecahkan cermin kereta itu.Ji Yeon berasa sangat takut apabila melihat lelaki itu sudah semakin menghampirinya.Namun,Dong Hae segera menarik lelaki itu dengan sisa tenaganya yang masih ada untuk menyelamatkan Ji Yeon daripada diapa-apakan.Tanpa berlengah lagi,Ji Yeon cuba mendapatkan telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak polis.Tindakannya terhenti apabila melihat Dong Hae dipukul dari belakang dengan besi oleh kumpulan itu.Dong Hae jatuh terjelepok dan terus tidak sedarkan diri.Ji Yeon mengundurkan dirinya ke tempat duduk belakang apabila melihat kumpulan itu sedang berjalan menuju ke arahnya dengan pandangan yang bengis sekali.Nasibnya baik apabila kelihatan beberapa buah kereta polis sedang menuju ke arah mereka.Kumpulan lelaki itu segera melarikan diri kerana tidak mahu ditangkap oleh pihak polis.Ji Yeon terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang membuka pintu belakang kereta tersebut.Riak wajahnya kelihatan cemas.
"Awak tak ada apa-apa ke,cik?"Soal lelaki itu,bimbang.
"Dong Hae!"Ji Yeon segera keluar dari kereta apabila teringatkan Dong Hae yang masih tidak sedarkan diri akibat pukulan yang kuat itu.
"Dong Hae!Dong Hae!"Ji Yeon menggoncang-goncang tubuh lelaki itu yang kini sudah berada dalam pangkuannya.Dong Hae tetap diam,tidak membalas panggilannya.
"Biar saya bawakan kawan cik ke hospital,"kata lelaki itu lagi,cuba menawarkan bantuan.Ji Yeon angguk bersetuju.Tiada apa lagi yang bermain dalam fikirannya melainkan keselamatan nyawa Dong Hae!





Ji Yeon menanti dengan penuh rasa bimbang apabila doktor yang merawat Dong Hae itu masih belum keluar dari bilik rawatan itu.Ji Yeon tidak senang duduk.Keluarga Dong Hae sudah dihubunginya dan kini mereka sedang dalam perjalanan menuju ke situ.



"Saya serius nak bertunang dengan awak.Dan,saya juga serius nak hidup dengan awak untuk selama-lamanya."
"Saranghamnida..."

Air mata Ji Yeon mengalir laju saat mengimbau kembali kata-kata Dong Hae siang tadi.Dong Hae telah mengungkapkan kata cintanya terhadap dirinya.Dia menggenggam erat rantai leher Dong Hae yang tercicir akibat pergaduhan itu.

"Dong Hae...jangan tinggalkan saya..."Doanya dalam hati sambil menangis.Ji Yeon memandang semula ke hadapan.Hampir-hampir sahaja rantai milik Dong Hae itu terlepas dari pegangannya apabila matanya terpandang ke arah sesuatu tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Ji Hoon yang sedang cedera parah itu sedang dibawa menuju ke bilik kecemasan sambil ditemani oleh Seung Jae serta Seung Mi.Kelihatan Seung Mi sedang mengalirkan air mata.Apa dah terjadi dengan Ji Hoon oppa?

No comments:

Post a Comment