19 July, 2011

Don't Love Me Part 15

Seung Jae terdiam sebaik sahaja Sun Young menghabiskan kata-katanya.Dia kemudiannya bersandar pada kerusi sambil menolak rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang.Segala apa yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu benar-benar memeranjatkan.Tekaannya tepat!Dong Hae adalah Jun Ho,adik lelaki kepada Ji Hoon yang selam ini menyangka adik lelakinya itu turut terkorban dalam kebakaran 12 tahun yang lalu.Sun Young yang sedang duduk di hadapannya sekadar mendiamkan diri.Dia yakin pasti Seung Jae terkejut dan marah dengan kenyataan yang baru sahaja terbongkar itu.
"Dong Hae memang nak cuba beritahu awak semua pasal hal ni.Tapi...bila Dong Hae dah buat keputusan untuk diamkan hal ni,saya tak boleh nak paksa.Itu hak dia.Walau apa pun,bagi pihak keluarga saya,saya minta maaf.Kami tahu...tindakan kami dah membuatkan waris keluarga Jun Ho menderita atas berita kematian palsunya,"ucap Sun Young,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Seung Jae mengangkat tangannya.
"Sepatutnya saya harus berterima kasih kepada awak dan keluarga awak.Disebabkan pertolongan keluarga awak..."Seung Jae mengukir senyuman manis tidak lama selepas itu."Saya dapat berjumpa dengan Jun Ho semula,"sambungnya lagi.
"Tapi...takkan awak tak marah dengan kami?Disebabkan kami,awak dan yang lain-lain menderita atas kehilangan Jun Ho,yang disangkakan terkorban dalam kebakaran tu,"kata Sun Young,tidak percaya Seung Jae mudah memaafkan kesalahan mereka.
"Memang itu yang saya dengan hyung harapkan selama ni.Kami memang mengharapkan yang...Jun Ho masih ada dan selamat.Dan memang itulah kenyataannya kan?Kenapa saya nak marah pula?Kalau hyung tahu,mesti dia sangat gembira,"kata Seung Jae sambil tersenyum lebar.Sun Young sekadar tersenyum segaris.
"Saya tak pasti kalau...Jun Ho nak Ji Hoon oppa tahu pasal hal ni.Saya pun tak faham kenapa dia nak buat macam tu,"kata Sun Young lagi.Seung Jae mendiamkan diri untuk seketika.
"Sampai bila dia nak sorokkan hal ni?Saya yakin,hyung sangat gembira kalau dia dapat tahu yang Jun Ho masih selamat daripada kemalangan tu...dan apa yang pasti,Dong Hae adalah Jun Ho,"kata Seung Jae.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit Seung Jae berdering.Sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu,kelihatan Seung Jae mengukir senyuman riang sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas itu.
"Okey,Seung Jae datang sekarang,"kata Seung Jae sebelum menamatkan panggilannya.Seung Jae kemudiannya menoleh ke arah Sun Young yang sedang memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.
"Hyung dah sedar.Saya kena pergi dulu."Tanpa disoal oleh Sun Young,Seung Jae segera mengkhabarkan berita gembira itu sambil bangun dari tempat duduknya.
"Seung Jae,nanti dulu!"Sun Young segera menghalang Seung Jae daripada terus beredar.Seung Jae menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Sun Young.Sun Young mendekati ke arahnya.
"Tolong rahsiakan dulu hal ni.Sekurang-kurangnya,tunggu sampai Dong Hae dah sedar,"pinta Sun Young bagi pihak Dong Hae.Seung Jae melepaskan keluhan berat sebelum angguk.Sun Young tersenyum sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima kasih.
Sudah hampir seminggu Ji Hoon sedar dan kini masih lagi ditahan di hospital atas sebab kecederaan yang masih parah itu.Seung Mi mensuap bubur nasi kepada Ji Hoon walaupun berulang kali ditolak oleh lelaki itu.
"Saya dah kenyanglah,Seung Mi,"kata Ji Hoon sambil menolak lembut sudu yang dipegang oleh wanita itu.
"Tapi,awak baru makan sikit,"kata Seung Mi,cuba memujuk lelaki itu untuk terus makan.
"Saya dah bosanlah.Tiap-tiap hari makan bubur je.Awak tak kasihan kat saya ke?"Soal Ji Hoon,meminta simpati terhadap teman wanitanya itu.Seung Mi mengukir senyuman manis.
"Doktor tak bagi saya bagi makan macam-macam kat awak.Luka awak tak baik lagi tu.Kalau awak boleh sabar sikit lagi,esok lusa,mesti doktor dah bagi awak makan macam-macam,"kata Seung Mi,seolah-olah memujuk anak kecil.Seung Mi menahan tawanya apabila melihat muka Ji Hoon yang mencuka itu."Okeylah.Macam ni...kalau awak habiskan bubur yang saya buat ni,saya bawa awak jalan-jalan nak?Tak adalah bosan duduk kat atas katil je,"pujuk Seung Mi lagi.
"Arasso..."Balas Ji Hoon lemah.Akhirnya,mengalah dengan pujuk rayu teman wanitanya itu.
"Awak tunggu saya kat sini kejap ya?"Soal Seung Mi sebelum meninggalkan Ji Hoon di hadapan biliknya.Ji Hoon sekadar angguk.Sementara Ji Hoon menunggu kehadiran Seung Mi di hadapannya,matanya tertumpu ke arah Sun Young dan Seung Jae keluar dari sebuah bilik rawatan yang lain.
"Apa yang Seung Jae buat kat situ?"Soal Ji Hoon.Tanpa menghiraukan permintaan Seung Mi agar menunggunya di situ,Ji Hoon segera menggerakkan kerusi rodanya perlahan-lahan ke arah Seung Jae dan Sun Young yang asyik berbual itu.


"Saya yakin...Dong Hae pasti selamat,"kata Seung Jae,cuba menenangkan Sun Young yang sedang gelisah itu.Sun Young menyeka air matanya yang masih bersisa itu.
"Saya dah buntu,Seung Jae.Awak sendiri dengarkan apa yang doktor cakap tadi?Memang Dong Hae dapat diselamatkan kalau dia menjalani pembedahan jantung...tapi,kami masih belum dapat jantung penderma yang sesuai.Dong Hae tak dapat bertahan dengan lama lagi,"kata Sun Young,sebak.Tidak lama selepas itu,kelihatan kedua-dua orang tua Sun Young keluar dari bilik rawatan itu.Puan Lee juga kelihatan baru sahaja habis menangis.
"Saya akan tolong.Lagipun,Jun Ho kawan saya.Takkan saya nak biarkan dia menderita macam tu?"Soal Seung Jae.Dia juga tidak sanggup kehilangan Jun Ho untuk kali yang kedua.Cukuplah dengan penderitaanya atas kematian palsu Jun Ho selama ini.
"Apa yang awak nak buat?Awak nak dermakan jantung awak ke?"Soal Sun Young.Seung Jae terdiam."Saya dah buntu.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi dah.Saya sayangkan dia macam saudara kandung saya sendiri.Saya pun tak nak kehilangan saudara kembar saya lagi,"kata Sun Young,sebak.Dia akui.Jauh di sudut hatinya,dia amat menyenangi kehadiran Jun Ho dalam hidupnya.Walaupun mereka tidak pernah sependapat sebelum ini,namun,Sun Young amat menyanyangi Jun Ho tak ubah seperti saudara kembarnya sendiri.
"Kita mesti terus berusaha.Saya yakin,Jun Ho pasti boleh diselamatkan,"kata Seung Jae,sambil meletakkan tangannya di atas bahu Sun Young.Sun Young menoleh ke arahnya.
"Betul cakap Seung Jae.Lagipun,appa dan omma tak sabar-sabar nak buat kejutan bila Jun Ho dah sedar nanti.Mesti dia suka kalau dapat jumpa dengan kawan lamanya semula,"kata Encik Lee pula sambil tersenyum ke arah Seung Jae.Puan Lee kemudiannya memeluk tubuh anak perempuannya itu.Perbincangan mereka terganggu apabila terdengar sesuatu terjatuh dari belakang.Segera mereka menoleh ke arah belakang.Seung Jae terkejut apabila melihat Ji Hoon sedang berada di situ.Apakah dia mendengar perbualan mereka sebentar tadi?Begitu juga dengan keluarga Lee.
"Em...maaf.Saya...tak sengaja..."Ji Hoon segera menggerakkan kerusi rodanya dari situ.
"Hyung!"Jerit Seung Jae,namun langsung tidak diendahkan oleh lelaki itu.
"Ji Hoon,awak pergi mana tadi?"Seung Mi yang baru sahaja melihat Ji Hoon itu terkejut apabila melihat air mata yang mengalir ke pipi lelaki itu.Seung Mi turut menoleh ke arah Seung Jae yang sedang menjerit memanggil namanya.
"Hyung!"

No comments:

Post a Comment