25 July, 2011

-Monalisa Page 2-

Bilik tidur yang sejuk dan gelap itu membuatkan tidur Seung Ho semakin lena walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi.Tanpa disedarinya,sekumpulan pembantu rumahnya beserta seorang butler melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan membawa segala barang untuk persiapan dirinya pada hari itu.Pembantu rumah itu menyelak langsir bilik Seung Ho dengan menggunakan alat kawalan jauh.Suhu bilik tidur itu juga diturunkan.Butler itu kemudiannya meniup trompet kecil untuk membuatkan pewaris utama keluarga DiRaja itu bangun dari tidurnya.Tiupan trompet itu membuatkan Seung Ho menarik selimutnya lebih tinggi,menutupi keseluruhan tubuhnya.
"Yah!"Jerit Seung Ho berang apabila tiupan trompet itu semakin membingitkan telinganya pagi itu.Butler itu menghentikan tiupan trompetnya apabila melihat pewaris utama itu sudah mula bangkit dari pembaringannya.Dia dan semua pembantu rumah yang ada di dalam bilik itu menundukkan sedikit badan mereka sebagai tanda hormat kepada pewaris utama keluarga DiRaja itu.
"Maafkan kami,Tuanku.Tapi,sudah tiba masanya untuk Tuanku bangun dari tidur sebab Tuanku perlu bersegera ke ibu pejabat untuk menghadiri beberapa mesyuarat penting untuk hari ini,"kata butler itu,dengan hormat.Seung Ho mengambil cermin lalu membetulkan rambutnya yang kurang kemas itu.Dia kemudiannya melihat jam di atas mejanya.
"Argh,boleh tak kalau saya nak ambil cuti hari ni?Malaslah...lagipun saya balik lambat semalam,"kata Seung Ho,berura-ura mahu menyambung lenanya yang terganggu sebentar itu.Namun,niatnya terbantut apabila butler itu meniupkan lagi trompet itu.Seung Ho segera bangun dari katilnya dengan perasaan kurang senang.Dia menjeling tajam ke arah butlernya.
"Kalau bukan sebab omma,dah lama aku pecat kau,tahu?"Kata Seung Ho,sinis sebelum melangkah meninggalkan bilik tidur agamnya itu.Butler dan pembantu=pembantu yang lain menundukkan sedikit badan mereka apabila melihat Seung Ho beredar masuk ke dalam bilik mandinya.


Seung Ho memandu laju keretanya menuju ke arah ibu pejabat milik keluarganya tanpa menghiraukan bunyi hon kereta lain yang kurang senang dengan cara pemanduannya yang berbahaya itu.Pemain DVD pada radionya juga sengaja dikuatkan.Kepalanya terangguk-angguk,mengikuti irama muzik yang sedang dimainkan itu.
Apabila tiba di lobi ibu pejabatnya yang tersergam gah itu,Seung Ho segera memarkirkan kereta mewahnya berhadapan dengan pengawal yang sedang menunggunya di pintu utama itu.Seung Ho menyerahkan kunci kereta miliknya kepada pengawal itu sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu.Niatnya untuk melangkah masuk ke dalam biliknya terbantut apabila langkahnya dihalang oleh pembantu peribadinya,Hyo Young,seorang gadis tomboi berusia awal 20-an.Kelihatan jelas kemarahan yang terpancar pada wajah bersih wanita itu yang tidak tercalit sebarang mekap yang tebal.Hanya mengenakan gincu merah jambu yang tidak terlalu terang warnanya,sekadar mengikut protokol ketika di pejabat keluarga DiRaja itu.
"Apa?Aku dah lambat ni,"kata Seung Ho,menolak sedikit tubuh pembantu peribadinya itu.Hyo Young terkejut apabila Seung Ho dengan sengaja menolak tubuhnya untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Yah,kau pergi mana semalam?Kau sepatutnya kena pergi majlis rasmi syarikat semalam.Kau tahu tak aku kena disoal siasat teruk dengan Puan Besar Yang semalam?"Soal Hyo Young,berang dengan sikap lewa Seung Ho itu.Seung Ho meletakkan begnya di atas meja lalu menoleh ke arah Hyo Young.
"Yang kau sibuk kenapa?Suka hati akulah ke mana yang aku nak pergi.Aku nak pergi parti ke,disko ke....tu hal aku.Tugas kau hanya setakat waktu pejabat saja.Faham?Hah,pasal omma aku tu...kau tak payah risau.Aku boleh uruskan.So,sekarang ni,kau boleh keluar dari sini sebab aku dah nak pergi bersiap untuk ke mesyuarat pagi ni,"kata Seung Ho,selamba sambil menekan-nekan butang pada telefon bimbitnya.Kedengaran Hyo Young melepaskan keluhan berat apabila melihat lelaki itu mulai beredar meninggalkan biliknya untuk menghadiri mesyuarat pagi itu.
"Meeting dah habis.Tak payahlah susah-susah nak pergi,"kata Hyo Young tanpa menoleh sedikit pun ke arah Seung Ho yang sudah berura-ura mahu keluar dari pejabatnya itu.Seung Ho berhenti daripada terus melangkah lalu berkalih ke arah Hyo Young.Hyo Young memandang ke arahnya lalu menunjukkan jam tangannya kepada Seung Ho.
"Dah nak masuk waktu tengahari dah ni.Mesyuarat dah habis sejam yang lepas,"kata Hyo Young."Apa nak jadi dengan kau ni,hah?Kau macam tak serius langsung pasal hal-hal syarikat kan?"Soal Hyo Young,berang dengan sikap Seung Ho yang suka main-main itu."Berubahlah,Seung Ho.Sampai bila kau nak main-main macam ni lagi.Kalau dulu,mungkin kau boleh main-main tapi sekarang dah tak boleh lagi,Seung Ho.Kau kan pewaris utama dalam keluarga kau yang berstatus tinggi ni.Macam mana kalau Puan Besar Yang dah tak percayakan kau dan serahkan semuanya kepada sepupu kau,Byung Hee tu?"Soal Hyo Young,serius memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri membelakangi dirinya ketika itu.Sangkaannya pasti Seung Ho sedang serius memikirkan kata-katanya itu apabila melihat lelaki itu diam sejak dari tadi.Namun,sangkaannya meleset jauh sama sekali!Seung Ho menoleh ke arahnya dengan seulit senyuman yang penuh bermakna sekali.
"Baguslah kalau meeting dah habis.So,sekarang tugas aku dah habis.Bolehlah aku pergi lunch sekarang.Annyeong!"Pantas sahaja Seung Ho beredar dari pejabatnya tanpa sempat dihalang oleh Hyo Young yang masih tercengang dengan kelakuannya itu.
"Biar betul dia ni?"Hyo Young semakin hairan dengan perangai Seung Ho yang pelbagai ragam itu.


"Baiklah.Kalau awak semua ada apa-apa masalah dengan topik yang kita sudah bincangkan untuk hari ni,awak boleh datang berjumpa dengan saya di pejabat saya,okey?"Kata Professor Kim sebelum beredar meninggalkan dewan kuliah.Chang Sun sudah mula bersiap-siap untuk beredar dari situ tanpa mempedulikan pandangan nakal pelajar-pelajar wanita yang lain.Du Jun yang menyedari pandangan nakal pelajar-pelajar wanita itu segera melambai ke arah mereka dengan senyuman manis sekali.Namun,lambaiannya itu dibalas dengan pandangan tajam kumpulan pelajar wanita itu.Du Jun berdehem berkali-kali untuk menutup malunya.Dia kemudiannya menyiku lengan kiri Chang Sun.Chang Sun menoleh ke arahnya.
"Joon hyung,sampai hati hyung buat bodoh dekat peminat-peminat fanatik hyung tu.Lambailah sikit dekat mereka tu.Aku dah try lambaikan untuk hyung pun...mereka buat tak tahu je,"kata Du Jun,sedikit kecewa dengan lambaiannya yang tidak berbalas itu.Chang Sun mengukir senyuman nipis.
"Jomlah kita pergi makan.Kalau kita balas lambaian mereka pun,bukannya hilang lapar kat perut ni pun,"kata Chang Sun selamba.Du Jun mengekori langkah Chang Sun tanpa mempedulikan pandangan kumpulan pelajar wanita itu.
"Tu kenapa kecoh-kecoh tu?"Soal Du Jun,ingin tahu apabila melihat ramai pelajar sedang berkumpul di suatu tempat,lagaknya seperti berlaku kekecohan di situ.Chang Sun pula berlagak biasa,malas hendak masuk campur.Du Jun pula segera melangkah mendekati ke arah kumpulan pelajar itu.
"Kenapa ni?"Soal Du Jun lagi.Matanya terbuka luas apabila melihat seorang pelajar perempuan sedang dikelilingi oleh lima orang pelajar perempuan yang lain.Gayanya seperti sedang dibuli oleh kumpulan pelajar itu.


"Kau tak pernah ke pergi cermin muka kau tu?Ada hati nak pikat Putera Chang Sun pula!"Jerkah seorang pelajar wanita berambut kerinting itu.
"Betul tu.Sedar sikit...kau tu dahlah anak nelayan je.Tak setaraf langsung dengan Putera Chang Sun yang berdarah DiRaja tu,tahu tak?"Kata pelajar wanita yang lain pula.
"Dahlah dapat result tercorot.Berangan-angan nak pikat hati Putera Chang Sun yang selalu dapat nombor satu pula,"sokong yang lain pula.Kemudian,kelihatan seorang pelajar wanita yang berambut panjang merampas sesuatu dari pelajar wanita yang dibuli itu.Ketua kumpulan pelajar wanita itu kemudiannya berdehem berkali-kali.Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikannya.
"Dengar sini semua!Kalau korang semua nak tahu,dekat kampus kita ni,ada seorang Cinderella yang berangan-angan nak kahwin dengan putera raja atas bantuan ajaib daripada si pari-pari.Korang nak tahu tak mana pari-pari tu?"Soal pelajar wanita berambut panjang itu sambil mengukir senyuman mengejek terhadap mangsa bulinya itu.
"Nak!"Jawab pelajar yang lain.Du Jun pula sekadar menunggu tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh ketua pelajar wanita itu.
"Kepada Chang Sun oppa yang dikasihi..."Belum sempat pelajar itu menghabiskan ayat yang tertulis di dalam surat itu,Chang Sun sudah pun muncul dalam kalangan pelajar yang turut menyaksikan kekecohan itu.Du Jun turut terkejut apabila melihat kehadiran Chang Sun di situ.
"Hyung!"Chang Sun tidak mempedulikan panggilan Du Jun terhadapnya.
"Oppa!"Jerit kumpulan pelajar wanita itu dengan manja apabila melihat kehadiran putera idaman itu di situ.Perlahan-lahan,Chang Sun mendekati ke arah ketua pelajar wanita yang berambut panjang itu.Pelajar itu mengukir senyuman manja terhadap Chang Sun.


"Tu apasal pula tu?"Soal Sang Hyun kepada Mir yang baru sahaja tiba di tempat yang sedang berlaku kekecohan itu.Mir menjungkit bahunya sebagai menjawab pertanyaan sepupunya itu.
"Jomlah kita ke sana.Macam menarik je,"ajak Mir,teruja untuk melihat kekecohan yang sedang berlaku itu."Nampak macam Joon hyung ada kat sana.Mesti kes berebut hyung lagilah tu,"teka Mir pula dengan senyuman nakal.Sang Hyun turut tersenyum lebar.
"Kita tengok siapa pula yang berangan-angan nak jadi Cinderella hari ni,"kata Sang Hyun,sinis.Mir angguk.


Pelajar wanita itu perlahan-lahan mendekati ke arah Chang Sun dengan gaya yang menggoda sekali.Pelajar lain yang melihatnya itu sekadar mencebik.Ada yang berasa geli hati apabila melihat riak wajah Chang Sun yang selamba.Lagaknya seperti tidak termakan langsung dengan godaan pelajar wanita itu.Sebaik sahaja Sang Hyun dan Mir tiba dalam kelompok itu,perhatian pelajar perempuan yang lain mula beralih ke arah mereka pula.Namun,drama yang sedang dimainkan di hadapan mereka itu lebih menarik perhatian.Mir kemudiannya mencuit bahu kanan Du Jun.
"Siapa pula kali ni?"Soal Mir,ingin tahu.Du Jun menjungkit bahunya.
"Entahlah.Konflik hari ni lain dari yang lain sikit,"jawab Du Jun.
"Oppa,oppa dah dengar kan apa yang dah berlaku tadi?Budak perempuan ni ada hati nak jadi Cinderella,"kata pelajar perempuan itu.
"Siapa nama awak?"Soal Chang Sun,tenang.Senyuman pelajar wanita itu kian lebar apabila mendengar soalan Chang Sun itu.
"Chae Ri,"jawab Chae Ri,dengan penuh bangga.Chang Sun kemudiannya mengukir senyuman sinis lalu melangkah ke arah pelajar perempuan yang sedang dibuli itu.Chae Ri yang melihat situasi itu tercengang.Apakah Chang Sun sengaja tidak mengendahkannya?
"Siapa nama awak?"Soal Chang Sun.Pelajar wanita itu tidak berani memandang ke arah Chang Sun yang kelihatan sangat hebat pada matanya itu."Siapa nama awak?"Soal Chang Sun lagi.
"Hyo...Hyo Sung..."Jawab Hyo Sung,takut-takut.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah Chae Ri.
"Boleh awak bagi surat tu kepada saya?"Soal Chang Sun.
"Oppa nak buat apa?Lagipun,surat ni bukannya ada apa-apa pun,"kata Chae Ri,enggan.Chang Sun tetap menghulurkan tangannya.Namun,Chae Ri tetap berdegil.
"Serahkan saja surat tu,"kata Sang Hyun pula.Chae Ri menoleh ke arah Sang Hyun.Mir pula sekadar mengangkat keningnya sebelah.Dalam keadaan terpaksa,Chae Ri terpaksa menyerahkan surat yang ditulis oleh Hyo Sung itu kepada Chang Sun.Chang Sun mengambil surat itu lalu disimpannya ke dalam poket seluarnya.Tindakannya itu mendapat perhatian ramai termasuk Sang Hyun,Mir dan Du Jun sendiri.Setahu mereka,Chang Sun amat susah untuk menerima pemberian daripada peminat-peminat wanitanya.
"Dah!Semua masuk kelas.Daripada kamu semua buang masa dekat sini,lebih baik kamu semua belajar,"kata Chang Sun sambil beredar dari situ.
"Oppa!Takkan oppa nak baca surat tu?!"Chae Ri ternyata tidak puas hati dengan tindakan Chang Sun itu.
"Saya boleh jadi teman wanita oppa yang lebih baik dari perempuan ni!"Kata Chae Ri sambil menjeling tajam ke arah Hyo Sung itu.Hyo Sung sekadar menundukkan wajahnya.Malu apabila dirinya menjadi punca kepada kekecohan yang sedang berlaku itu.Chang Sun berhenti daripada terus melangkah.
"Cik Hyo Sung,"panggil Chang Sun tanpa menoleh ke arah Hyo Sung.Hyo Sung segera mengangkat wajahnya apabila mendengar namanya dipanggil oleh putera raja itu.
"Kalau awak boleh kalahkan saya dalam peperiksaan yang akan datang ni..."Chang Sun berhenti seketika.Mereka yang berada di situ turut ternanti-nantikan kata-kata Chang Sun yang seterusnya.
"Saya akan baca surat awak...dan pertimbangkannya,"kata Chang Sun sambil tersenyum nipis.Kembang hati Hyo Sung mendengar kata-kata Chang Sun itu.
"Arasso!"Senyuman Hyo Sung kian lebar.Sang Hyun dan Mir turut tersenyum.Entah apalah perancangan Chang Sun kali ini.Du Jun pula tercengang dengan kenyataan Chang Sun itu.Chae Ri yang berang dengan kata-kata Chang Sun itu segera beredar dari situ sambil diikuti oleh rakan-rakannya.


Sang Hyun dan Mir mengekori Chang Sun dari belakang apabila melihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam ruang belajar peribadi yang disediakan khas oleh pihak universiti untuk keselesaan pewaris-pewaris keluarga DiRaja itu sendiri.
"Hyung betul-betul serius ke dengan kata-kata hyung tadi?"Soal Mir,teruja.Apakah sepupunya yang ulat buku itu  sudah mula terbuka hatinya untuk wanita?Chang Sun tidak terus menjawab.Sebaliknya dia mengambil tempatnya lalu membuka buku untuk dibaca.
"Come on,hyung.Tak penat ke asyik menelaah sepanjang masa?Betul ke hyung maksudkan apa yang hyung katakan tadi tu?"Soal Sang Hyun,bosan dengan sikap Chang Sun yang terlalu rajin itu.
"Kau ingat budak perempuan tu boleh kalahkan aku dengan mudah ke?"Balas Chang Sun,selamba.Chang Sun memandang ke arah kedua-dua sepupunya itu dengan pandangan sinis.
"Mati hidup semula pun,tak ada siapa boleh kalahkan Lee Chang Sun!"Katanya,penuh yakin.
"Tapi...macam mana kalau budak perempuan tu betul-betul dapat kalahkan hyung?"Soal Mir,sengaja menguji.Chang Sun tetap dengan senyuman sinisnya itu.
"Mustahil,"kata Chang Sun lagi.Sang Hyun dan Mir tersenyum lebar.Kalau Chang Sun sudah tekad begitu,tiada apa lagi yang perlu dipersoalkan.





No comments:

Post a Comment