27 July, 2011

-Monalisa Page 3-

Tidur Byung Hee terganggu apabila merasakan kedua-dua kakinya seperti sedang diurut oleh seseorang.Perlahan-lahan dia membuka matanya walaupun masih terasa berat hati untuk bangun dari tidur lenanya itu.Byung Hee melihat ke arah hadapannya.
"Noona?"Matanya terbuka sedikit luas apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya sedang berada di hadapannya dengan senyuman manis itu.Byung Hee segera bangun dari katilnya sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut itu.
"Ala,tak payah nak betul-betulkan rambut tu.Bukannya dengan orang lain,dengan noona juga,"kata wanita itu sambil mengambil tempat di atas sofa berwarna biru lembut itu.Byung Hee tersenyum nipis.
"Mana boleh,noona.Kalau lelaki lain nampak noona ada dengan Jio macam ni,mesti diorang jealous nanti,"kata Byung Hee sambil memandang ke arah sepupunya yang tua 3 tahun daripadanya itu.Wanita itu tertawa kecil saat Byung Hee menghabiskan kata-katanya yang berbaur gurauan itu.
"Tolonglah Jio.Kalau diorang nak jealous pun,noona bukannya kisah pun.Lebih baik noona menghabiskan masa dengan Jio daripada lelaki-lelaki yang tak boleh diharap tu,"katanya sambil menyambung tawanya yang masih bersisa itu."Jio,pergilah mandi cepat.Kita pergi keluar breakfast sama-sama.Nak?"Wanita itu cuba mengajak Byung Hee untuk keluar bersamanya.Jio mengecilkan mata kanannya.
"Malaslah,noona.Hari ni Jio ingat nak duduk kat vila je.Lagipun,ada kerja sikit nak kena siapkan ni,"kata Byung Hee,cuba menolak baik ajakan sepupunya itu.Wanita itu berdiri sambil bercekak pinggang.
"Tak boleh.Jio tahukan...tak ada siapa pun yang boleh lawan kata-kata Sandara Park!Jio pun tak terkecuali,"kata Sandara dengan lantang sambil mendekati ke arah Byung Hee yang masih lagi bermalas-malasan di atas katil itu."Jomlah,Jio.Sekarang pergi mandi dulu.Noona tunggu kat bawah,"kata Sandara sambil menarik tangan Byung Hee supaya bangun dari katilnya itu.
"Noona..."Sandara tidak mempedulikan keluhan sepupunya itu.Dia segera menolak tubuh sasa lelaki itu masuk ke dalam bilik air lalu ditutupnya pintu itu.
"Noona tunggu kat bawah!"Laungnya sebelum beredar dari situ.


Byung Hee menolak perlahan cawan berisi teh itu di hadapannya sebaik sahaja Sandara menghabiskan kata-katanya.Sandara yang sudah dapat mengagak tindakan Byung Hee itu ,melepaskan keluhan kecil.Ternyata lelaki ini begitu degil!
"Jio,kali ni Jio kena juga ikut cakap noona.Sampai bila Jio nak jadi macam ni?Jio dah tak sayangkan ahjumma dengan ahjussi lagi ya?"Soal Sandara sambil memandang Byung Hee yang ternyata tidak puas hati dengan keputusannya itu."Noona bukan apa,Jio.Noona tahu...noona faham apa yang dah Jio hadapi sebelum ni.Tapi,kalau Jio terus bersembunyi kat sini sampai bila-bila pun,benda yang dah berlaku tu tetap tak boleh diubah.Hal yang dah berlaku tu,biarkan ia berlaku.Hidup kita mesti diteruskan juga.Jio tak boleh terus macam ni.Jio pernah tak fikirkan pasal keluarga Jio kat Seoul tu?Noona dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat mereka bila mereka tanyakan pasal Jio.Takkan noona nak terus-menerus tipu mereka?"Sandara terus memujuk Byung Hee agar menerima keputusannya.Namun,Byung Hee tidak memberi sebarang respon.Sandara kemudiannya memegang tangan Byung Hee dengan lembut.
"Jio ikut noona balik Seoul,ya?"Soal Sandara,masih terus mencuba memujuk sepupunya itu.Byung Hee memandang ke arahnya.Dia kemudiannya melepaskan tangan Sandara.Sandara sudah menjangkakannya.
"Kalau noona nak balik,noona baliklah dulu.Jio masih nak duduk kat sini lagi,"kata Byung Hee sebelum beredar meninggalkan Sandara berseorangan di situ.


"Maafkan patik kerana mengganggu tuanku,"kata butler itu sambil menundukkan sedikit badannya ke arah Seung Ho yang sedang bersenang-lenang di kolam renang itu.Seung Ho memandang ke arahnya dengan kaca mata hitamnya.
"Hm,"balas Seung Ho,sebagai isyarat agar butler itu meneruskan kata-katanya yang ingin disampaikannya itu.
"Tuanku Maharani serta Tuanku Permaisuri mahu berjumpa dengan tuanku sekarang juga.Ada perkara penting yang ingin dibincangkan dengan tuanku,"kata butler itu,penuh hormat.
"Arasso.Nanti saya pergi,"kata Seung Ho,tanpa menoleh sedikit pun ke arah butlernya itu.Butler itu menundukkan tubuhnya sedikit sebelum beredar meninggalkan putera raja itu.


Seung Ho mengambil tempat di hadapan kedua-dua wanita berkedudukan tinggi itu sebaik sahaja masuk ke dalam bilik istirehat neneknya itu.
"Ada apa omma dengan emonim nak jumpa dengan saya ni?"Soal Seung Ho.Maharani tersenyum manis ke arah pewaris utama keluarga DiRaja itu.Permaisuri pula menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan anak lelaki tunggalnya yang masih belum berubah itu.
"Seung Ho sihat?"Soal Maharani dengan lembut.Seung Ho membalasnya dengan sekadar anggukan.
"Omma ada benda yang nak dibincangkan dengan Seung Ho,"kata Permaisuri,sedikit kurang senang dengan kelakuan anak lelakinya yang dilihat kurang matang itu.Seung Ho memandang ke arah ibunya itu.
"Omma dengan emonim dah buat keputusan...yang omma nak Seung Ho segera mendirikan rumah tangga dengan calon pilihan omma dengan emonim,"kata Permaisuri.Seung Ho terkejut saat mendengar kata-kata ibunya itu.
"Apa?"
"Seung Ho tak boleh lawan kata-kata omma.Sampai bila Seung Ho nak berperangai macam ni?Asyik berkeliaran dengan perempuan-perempuan yang entah dari mana asal-usul keluarganya tu.Kamu tak sedar ke yang kamu tu siapa?Macam mana orang lain nak percayakan kamu kalau kamu terus bersikap macam ni?"Soal Permaisuri.
"Okey,kalau omma tak suka dengan perangai Seung Ho,Seung Ho boleh ubahlah,omma.Tapi,omma tak boleh buat macam ni.Seung Ho pun ada hak untuk tentukan teman hidup Seung Ho sendiri,"kata Seung Ho,tidak puas hati.
"Omma dah fikir masak-masak dan keputusan ni muktamad.Seung Ho mesti kahwin dengan Fei hujung tahun ni.Tak ada bantahan,"kata Permaisuri,tekad dengan keputusannya itu.Mata Seung Ho terbuka luas dengan keputusan drastik yang dibuat oleh ibunya itu.Seung Ho berdiri dari tempat duduknya.
"Seung Ho tak setuju.Seung Ho tak mahu berkahwin dengan Fei!"Bantah Seung Ho.
"Boleh,tapi ada satu syarat,"kata Permaisuri sambil memandang ke arah anak lelakinya itu.Seung Ho terus menanti kata-kata ibunya itu.
"Emonim akan serahkan kuasa dan takhta kepada Jung Byung Hee secara mutlak!"


"Boleh tak kalau kau tak buat gila untuk sehari?"Soal Hyo Young,geram memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu.Kata-kata Seung Ho sebentar tadi benar-benar tidak masuk akal.
"Apa yang gilanya?Memang betullah apa yang aku cakap ni.Aku betul-betul maksudkan apa yang aku katakan tadi.Aku nak kau tolong aku supaya omma takkan teruskan perkahwinan aku dengan Fei tu,"kata Seung Ho,bersungguh-sungguh.
"Apa masalahnya dengan Fei tu?Dia pun keturunan DiRaja juga.Baik pun baik,cantik pun cantik,pandai pun pandai.Apa yang tak cukup lagi?"Soal Hyo Young.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Memanglah.Tapi,masalahnya sekarang ni,aku tak nak kat perempuan tu.Aku bencikan dia.Kau tak pernah jumpa dia dulu.Dia tak sebaik yang kau sangkakan.Hanya depan aku saja,dia tunjukkan taring dia yang sebenar,"kata Seung Ho.Hyo Young tersenyum nipis.
"Oh,pleaselah Seung Ho.Tu waktu dulu.Sekarang ni mesti dia dah berubah.Kau tak bolehlah buat keputusan drastik macam ni kan?Kau patut jumpa dia dulu.Mungkin dia tak seperti yang kau sangkakan,"kata Hyo Young,cuba memujuk lelaki itu agar berfikir masak-masak akan keputusannya itu.
"Tak payah.Fei tu bukannya macam perempuan lain.Aku rasa perempuan dekat Kelab Malam Ojos Frios tu lebih baik dari budak Fei tu.Jangan percaya sangat dengan muka lembut dia tu.Dahlah gemuk,ada hati nak jadi isteri aku,"kata Seung Ho.
"Come onlah,Seung Ho.Cuba kau tengok muka kau kat cermin tu.Dah macam kerang busuk dah aku tengok,"kata Hyo Young,menahan tawa.Seung Ho membalasnya dengan jelingan.Hyo Young pula menggigit bibirnya apabila melihat jelingan tajam lelaki itu.
"Okey okey.Aku faham masalah kau.Tapi,aku betul-betul minta maaf.Aku tak boleh tolong kau untuk selesaikan masalah ni.Lagipun,kalau aku bersetuju dengan cadangan gila kau ni,aku yakin masalah ni akan menjadi semakin teruk,"kata Hyo Young,berusaha membuat Seung Ho memahami impak yang akan terjadi dengan keputusannya itu.
"Sebab aku dah fikirlah,aku jumpa dengan kau ni.Tolonglah Hyo Young.Hanya kau saja yang boleh aku harapkan,"rayu Seung Ho,bersungguh-sungguh.Hyo Young mengeluh.Apakah putera raja ini benar-benar sudah gila atau tak waras?"Okey,fine.Kalau kau tak nak tolong aku,it's okey.Tapi emonim akan serahkan kuasa dia kepada lelaki tu.Kau nak ke dia yang mewarisi takhta dan kuasa tu?"Soal Seung Ho sambil memandang tajam ke arah Hyo Young.
"Okey je.Aku rasa Byung Hee oppa lagi layak jadi pewaris utama daripada kau,"balas Hyo Young,selamba.Seung Ho geram dengan sikap selamba yang ditunjukkan oleh wanita tomboi itu.Seung Ho kemudiannya memegang tangan wanita itu dengan kasar.
"Aku serius kali ni.Kau mesti tolong aku.Aku sanggup buat apa saja sebagai balasannya,"kata Seung Ho.Hyo Young terdiam."Please Hyo Young.Tolong...bersetuju untuk menjadi bakal isteri aku sehingga hujung tahun ni sehingga aku betul-betul berjumpa dengan teman hidup aku yang sebenar,"rayu Seung Ho sambil memandang tepat ke arah anak mata Hyo Young.
"Please...aku betul-betul tak boleh terima Fei.Sebab aku tak cintakan dia,"kata Seung Ho sambil memegang erat tangan wanita itu.
"Habis tu,kau cintakan aku?"Soal Hyo Young,tiba-tiba.Seung Ho terdiam."Kau cintakan aku atau tak?"Soal Hyo Young lagi.Seung Ho menarik nafas panjang.Dia kemudiannya menarik tangan Hyo Young,supaya keluar dari bilik pejabatnya itu.Hyo Young terkejut dengan tindakan Seung Ho itu.Semua pekerja yang berada di situ terkejut apabila melihat Seung Ho menarik tangan Hyo Young keluar dari bilik itu.Seung Ho kemudiannya melepaskan tangan Hyo Young,kasar.Hyo Young memegang pergelangan tangannya yang kesakitan itu.
"Ryu Hyo Young."Semua yang berada di situ terdiam apabila mendengar Seung Ho menyebut nama wanita itu dengan lembut sekali.Hyo Young pula terdiam.Permaisuri Yang yang baru sahaja tiba ke pejabat itu turut terpegun melihat adegan drama yang sedang berlaku di hadapannya itu.
"Would you marry me?"Soal Seung Ho,tiba-tiba.Mata Hyo Young terbuka luas saat mendengar 'lamaran' putera raja itu.Semua orang yang berada di situ terkejut dengan lamaran Seung Ho itu.Apakah benar Seung Ho memilih Hyo Young yang bersifat kelakian itu sebagai teman hidupnya?Permaisuri Yang yang berada di situ turut terkejut.
"Hyo Young?"Hyo Young bagaikan terjaga dari mimpi apabila Seung Ho mengulangi namanya.
"Saya..."Hyo Young terkejut apabila Seung Ho menggenggam erat tangannya.Hyo Young terpaksa mengalah.
"Saya sudi..."Jawab Hyo Young,lemah.Seung Ho mengukir senyuman gambira.Perlahan-lahan,dia memegang wajah wanita itu lalu dikucupnya bibir wanita itu tanpa mempedulikan pandangan tajam daripada ibunya itu.Memang itulah yang dia mahukan!Tepat sekali masanya!Hyo Young pula masih terkejut dengan tindakan mengejut putera raja itu.











No comments:

Post a Comment