20 July, 2011

Don't Love Me Part 16

Seung Jae memperlahankan langkahnya yang kian dekat dengan Ji Hoon itu.Dia yakin,Ji Hoon pasti terdengar segala butiran perbualannya dengan keluarga Lee sebentar tadi.Dia tidak terus menegur Ji Hoon yang sedang membelakangi dirinya itu.Bimbang kesihatan Ji Hoon kembali teruk apabila menerima kejutan yang tidak diduganya itu.Seung Jae mengambil tempat di sebelah Ji Hoon yang sedang termenung itu.Entah apa yang difikirkan oleh Ji Hoon itu,Seung Jae tidak pasti.Seung Jae menoleh ke arah lelaki itu.Seung Jae teragak-agak untuk memulakan kata-katanya.
"Hyung..."Seung Jae mula menyapa Ji Hoon,teragak-agak.Ji Hoon tidak membalas sapaan itu walaupun dengan pandangan matanya.Kedengaran Seung Jae melepaskan keluhan berat.Ji Hoon pasti amat marah dengannya kerana menyembunyikan sesuatu kebenaran yang begitu penting baginya.
"Seung Jae tahu...Seung Jae salah dalam hal ni.Seung Jae sedar yang Seung Jae langsung tak ada hak untuk rahsiakan hal ni dari hyung.Tapi,Seung Jae terpaksa buat macam tu...atas permintaan Dong Hae juga.Walaupun Seung Jae turut tak setuju dengan permintaan Dong Hae,tapi...Seung Jae rasa...tak salah kan kalau kita hormati permintaan orang lain?"Seung Jae menoleh ke arah Ji Hoon yang masih berkelakuan dingin itu.Masih jelas kelihatan air matanya yang masih bersisa itu.
"Hyung...Seung Jae minta maaf.Seung Jae pun terkejut bila Seung Jae dapat tahu hal ni.Asalnya...Seung Jae pun susah nak percaya bila Seung Jae tengok rantai yang pernah Jun Ho pakai dulu,ada dalam tangan Ji Yeon.Tapi,Seung Jae semakin yakin yang Dong Hae adalah Jun Ho bila Seung Jae tengok parut pada lengan dia.Parut tu sama macam parut yang ada pada Jun Ho.Sun Young sendiri dah ceritakan semuanya kepada Seung Jae.Memang betul hyung.Apa yang hyung dah dengar tadi...semuanya betul.Dong Hae...sebenarnya adalah Jun Ho,hyung.Adik hyung yang disangkakan mati selama ni sebenarnya dah ada di depan mata hyung,"kata Seung Jae,bersungguh-sungguh.Tidak ada satu pun yang disembunyikannya lagi.Semuanya sudah diceritakan kepada lelaki itu.Terpulang kepada Ji Hoon untuk menerimanya ataupun tidak.Seung Jae terkejut apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir pada pipi lelaki itu.Ego Ji Hoon jatuh juga apabila mendengar semua yang dikatakan oleh Seung Jae itu.
"Hyung?"Seung Jae cuba menyentuh bahu Ji Hoon.Lelaki itu masih lagi menangis sambil memegang rantai yang tergantung pada lehernya itu.Seung Mi yang turut mendengar perbualan mereka itu juga mengalirkan air mata.Berita yang baru disampaikan oleh Seung Jae itu turut memeranjatkannya.Namun,apa yang penting,dia amat senang mendengar kebenaran itu.Jun Ho yang disangka sudah mati itu sebenarnya masih lagi hidup.Memang itulah yang diharapkannya selama ini.Seung Jae terkejut apabila melihat kelibat kakaknya yang kian dekat ke arah mereka itu.Seung Mi kemudiannya memeluk Ji Hoon yang masih lagi menangis itu.Dia memahami perasaan Ji Hoon ketika itu.Belakang tubuh lelaki itu ditepuknya perlahan.
"Kita patut gembira dengan berita ni,Ji Hoon.Adik awak rupanya masih lagi hidup.Sebenarnya,selama ni,awak tak pernah keseorangan.Awak masih lagi ada Jun Ho,"kata Seung Mi,sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap teman lelakinya itu.Perlahan-lahan,Ji Hoon melepaskan pelukan Seung Mi itu lalu ditolehnya ke arah Seung Jae.
"Tolong bawa hyung jumpa dengan Jun Ho..."Pinta Ji Hoon.


Ji Hoon menolak kerusi rodanya perlahan-lahan ke arah Dong Hae yang masih terbaring lemah itu.Hatinya sayu apabila melihat keadaan adiknya yang semakin tenat itu.Rambut hitam Dong Hae itu diusapnya lembut.
"Jun Ho...hyung ni."Ji Hoon masih lagi mengusap rambut Dong Hae dengan lembut,seolah-olah menzahirkan rasa rindunya yang sangat mendalam terhadap adik lelakinya itu.
"Kenapa Jun Ho nak rahsiakan semua ni dari hyung?Jun Ho takut hyung marah ke bila Jun Ho dedahkan identiti sebenar Jun Ho?"Soal Ji Hoon,sebak.Dong Hae pula masih lagi membisu,langsung tidak memberi sebarang respon terhadap kata-kata Ji Hoon.
"Jun Ho kena kuat.Tak boleh mengalah.Jun Ho terselamat daripada kebakaran dulu pun,sebab semangat Jun Ho untuk terus hidup tu kuat.Hyung nak...Jun Ho jadi macam tu.Sebab hyung tak nak kehilangan Jun Ho lagi.Hyung nak tebus balik kesilapan hyung 12 tahun yang lalu.Hyung nak jadi seorang abang yang bertanggungjawab.Hyung nak Jun Ho bangga sebab ada hyung yang baik,"kata Ji Hoon lagi.Matanya kemudian tertumpu kepada sebentuk cincin yang tersarung pada jari manis adik lelakinya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.
"Lagipun,masih ada seseorang yang sedang menanti Jun Ho.Dia sangat rindukan Jun Ho.Jun Ho tak patut tinggalkan dia.She needs you,"kata Ji Hoon lagi.Kali ini,dia menggenggam erat tangan Dong Hae yang sejuk itu.
"Hyung sanggup buat apa saja untuk Jun Ho.Apa saja..."Katanya lagi,sambil mengalirkan air mata.Perasaannya bercampur ketika itu.Gembira kerana dapat berjumpa dengan adik lelakinya semula dan sedih kerana terpaksa melihat Jun Ho menderita sedemikian rupa.
"Hyung akan buat apa saja untuk Jun Ho yang selama ini hyung abaikan,"katanya lagi.


"Encik Lee..."Encik Lee menoleh ke arah Ji Hoon yang berkerusi roda itu.Bersusah payah Ji Hoon cuba mendekati lelaki yang sudah menjaga adiknya selama 12 tahun itu.
"Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Encik Lee.Saya harap Encik Lee sudi meluangkan sedikit masa dengan saya,"kata Ji Hoon.
"Apa dia,Ji Hoon?"Soal Encik Lee.


Dong Hae keluar dari teksi sambil memandang ke arah rumah sederhana besar yang didiami oleh Ji Hoon dan keluarganya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila niatnya untuk berjumpa dengan abang kandungnya itu tercapai juga setelah sekian lama berada di hospital atas faktor kesihatannya.Kini,dia sudah mampu tersenyum bahagia.Dirinya sudah pulih sepenuhnya.Tiada lagi rasa sakit-sakit pada dadanya.Sebaik sahaja membayar tambang teksi yang dinaikinya itu,Dong Hae segera melangkah masuk ke dalam rumah itu sambil membawa beg pakaiannya.Sengaja dia membuat kejutan kepada Ji Hoon dan lain-lain.Ibu bapanya juga tidak tahu perihal kepulangannya dari hospital itu.


Dong Hae menekan loceng rumah itu berkali-kali namun satu pun tidak disahut oleh tuan rumah.Dong Hae mengeluh perlahan."Tulah...nak buat kejutan sangat.Kan dah kena tunggu kat luar.Entah-entah hyung dengan lain-lain keluar bercuti."Hatinya berbisik sendiri.Dong Hae kemudiannya meletakkan beg pakaiannya di atas lantai.Niatnya untuk bersandar pada dinding rumah itu terbantut apabila melihat kelibat Seung Jae dan Seung Mi yang sedang menuju ke rumah mereka itu.Wajah mereka kelihatan sedikit muram.
"Seung Jae!"Laung Dong Hae sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Seung Jae dan Seung Mi.Seung Jae mendongak.
"Dong Hae?"Seung Jae terkejut dengan kehadiran Dong Hae di rumahnya beserta beg pakaiannya yang diletakkan di atas lantai itu.Dong Hae baru keluar dari hospital ke?Entah mengapa,senyuman ceria yang terpancar pada wajah Dong Hae itu mengingatkan dirinya kepada seseorang.
"Dong Hae,apa yang kau buat kat sini?"Soal Seung Jae,hairan.Sengaja tidak membahasakan Dong Hae sebagai Jun Ho.Menurut Sun Young,Dong Hae masih belum tahu mengenai identiti sebenarnya yang sudah diketahui oleh semua orang itu.
"Saja datang melawat awak dengan noona sebelum balik rumah.Awak sihat ke?Kenapa nampak sedih semacam je muka ni?"Soal Dong Hae yang masih belum mengerti apa-apa itu.Seung Jae mengukir senyuman tawar.
"Sihat.Tak ada apa-apalah.Ni memang betul dah keluar hospital ke ni?Bukan lari dari hospital lagi?"Soal Seung Jae.Dong Hae tersenyum lebar.
"Iye...memang dah keluar dari hospital pun.Eh,mana hyung?Dia kerja ke hari ni?"Soal Dong Hae sambil menoleh ke kiri dan ke kanan,mencari kelibat Ji Hoon.Seung Jae menoleh ke arah Seung Mi yang sedang berdiri di sebelahnya itu.Pandangan mereka seperti sedang membicarakan sesuatu.
"Apa yang korang pandang-pandang ni?"Soal Dong Hae sambil tertawa kecil.Kelakuan dua beradik itu sedikit sebanyak mengelirukan dirinya.Seung Jae kemudiannya menyentuh bahu kiri Dong Hae sambil mengukir senyuman nipis.
"Kita masuk dululah,Dong Hae.Minum-minum dulu ke..."Seung Jae mempelawa Dong Hae masuk ke dalam rumahnya.Dong Hae yang tidak mengerti apa-apa itu sekadar angguk.


"Hyung harap...Jun Ho betul-betul dah sihat waktu Jun Ho tengok rakaman video hyung ni.Em...hyung macam tak tahu nak cakap apa dekat Jun Ho.Padahal selama ni,hyung dah biasa berlakon depan kamera.Tapi...tak tahulah kenapa dengan Jun Ho,hyung rasa macam...segan pula.Rasa macam Jun Ho memang tegah berada di depan hyung sekarang ni.
Jun Ho apa khabar?Hyung yakin...Jun Ho mesti rasa lebih sihat dari sebelum ni.Baguslah kalau macam tu.Sebab memang itu yang hyung harapkan selama ni.Hyung tak nak tengok Jun Ho sakit-sakit lagi.Kali terakhir kita berjumpa dulu pun,Jun Ho demam.Jumpa Jun Ho sekali lagi pun...Jun Ho asyik masuk hospital je.Penat tau nak ulang alik tengok Jun Ho kat hospital je.Kasihan dekat Seung Mi kena tinggal dengan hyung.
Gomawo....
sebab Jun Ho masih lagi hidup untuk hyung.Walaupun selama 12 tahun ni,hyung terpaksa menahan rasa sakit atas kematian Jun Ho akibat kebakaran dulu.Tapi,bila dapat tahu kebenarannya,hyung rasa rasa sakit yang hyung alami selama ni...hilang!Seolah-olah Tuhan nak bagi hyung peluang untuk jadi seorang abang yang baik kepada Jun Ho.Dan kali pertama hyung jumpa Dong Hae sebagai Jun Ho,hyung dah berjanji...
yang hyung nak jadi abang yang baik untuk Jun Ho.Hyung nak jadi seorang abang yang sanggup buat apa sahaja untuk Jun Ho.
Dan...
hyung harap...
Encik Lee dah bantu hyung untuk tunaikan janji hyung ni.Walaupun hyung tahu...
bukan ni caranya.
Tapi...hyung yakin...Jun Ho masih dapat hidup dengan baik walaupun hyung dah tak ada di sisi Jun Ho nanti.Hyung sedar...hyung tak boleh pentingkan diri sendiri.Ramai orang yang menyanyangi Jun Ho tak ubah seperti bagaimana omma dengan appa menyanyangi Jun Ho dulu.
Sebab tu...hyung tak nak Jun Ho lupakan apa yang Encik Lee dan Puan Lee dah lakukan untuk Jun Ho.Mereka memang bukan keluarga kandung Jun Ho.Tapi,kalau bukan sebab mereka,pasti sampai sekarang hyung tak dapat berjumpa dengan adik kandung hyung sendiri.Mungkin Jun Ho turut terkorban dalam kebakaran tu.Kalau boleh,hyung nak minta tolong Jun Ho...sampaikan ucapan terima kasih hyung kepada mereka.Hyung sangat terhutang budi dengan mereka.
Jun Ho pun kena jaga mereka macam keluarga kandung kita sendiri.Jangan abaikan mereka.Sekurang-kurangnya,masih ada orang yang akan jaga Jun Ho walaupun hyung tak ada di sisi Jun Ho lagi lepas ni.Jun Ho boleh janji dengan hyung,kan?
Hyung...
nak minta maaf walaupun mungkin ucapan maaf ni dah terlambat.
Hyung...
tak dapat berjumpa dengan Jun Ho lagi lepas ni.Hyung akan pergi jauh.Jauh sangat sampai Jun Ho tak boleh cari hyung lagi.Tapi...hyung yakin...selagi jantung hyung masih berdegup dalam diri Jun Ho,Hyung tak akan sesekali tinggalkan Jun Ho sendirian.Hyung harap...degupan jantung hyung tu...dapat membantu Jun Ho hidup dengan bahagia sampai bila-bila...


Hyung...
sayangkan Jun Ho...
Hyung janji...
kita akan dapat berjumpa lagi...
walaupun tidak pasti bila waktunya...
Annyeong..."


Dong Hae melihat ke arah rantai abangnya yang tergantung pada batu di kubur abangnya itu.Kubur itu dipandangnya sayu sambil mengalirkan air mata.Sukar bagi dirinya  untuk mempercayai bahawa kubur yang berada di hadapannya itu adalah milik abangnya,Jung Ji Hoon.Belum sempat baginya untuk berjumpa dengan Ji Hoon sebagai Jun Ho,Ji Hoon sudah pergi meninggalkannya terlebih dahulu.Bukan untuk 12 tahun...tetapi untuk selama-lamanya.
"Hyung..."Dong Hae menyentuh kubur abangnya itu dengan sebak."Jun Ho tak sempat jumpa dengan hyung lagi.Kenapa hyung sanggup tinggalkan Jun Ho?"Soal Dong Hae dalam nada sebak.Air matanya yang mengalir itu semakin lebat.Kini,dia benar-benar ditinggalkan berseorangan.Tiada lagi Ji Hoon yang akan menemani hari-harinya selepas ini.
"Hyung,baliklah!Jun Ho nak jumpa dengan hyung!"Raung Dong Hae.Ji Yeon yang berdiri tidak jauh dari situ turut mengalirkan air mata.Dia tahu Dong Hae berada di situ pun melalui Seung Jae.Hujan yang turun dengan lebat itu lansung tidak dipedulikan oleh Dong Hae untuk terus berada di kubur abangnya itu.
"Hyung sepatutnya tak perlu sayangkan Jun Ho sampai macam ni.Kemalangan yang berlaku tu.adalah disebabkan oleh Jun Ho!Jun Ho yang bersalah!Sepatutnya hyung biarkan saja Jun Ho mati!Bukannya mati untuk kerana Jun Ho!Hyung,bangunlah!Janganlah main-main macam ni!"Dong Hae benar-benar sedih dengan kehilangan abangnya itu.Dong Hae terus menangis sambil dibasahi dengan air hujan yang kian lebat itu.Perlahan-lahan,Ji Yeon mendekati Dong Hae sambil menumpangkan payung kepadanya.Dia lansung tidak bersuara.Seolah-olah memberi ruang kepada Dong Hae untuk terus berbicara dengan Ji Hoon yang sudah berada di alam yang lain.
"Hyung..."




-The End-

No comments:

Post a Comment