05 July, 2011

Don't Love Me Part 8

 Jung Ji Hoon
 Lee Dong Hae
 Park Seung Mi
Park Seung Jae

Seung Jae memandang pelik ke arah Seung Mi dan Ji Hoon yang berkelakuan berbeza daripada biasa itu.Mereka kelihatan janggal bersama.Lagaknya seperti baru sahaja berkenalan.Mereka kurang berbual seperti lazimnya.Bergaduhkah?
“Noona,”tegur Seung Jae.Seung Mi yang sedang menikmati hidangan makan malam itu menghentikan suapannya.Wajah adik lelakinya itu dipandangnya.Ji Hoon pula meneruskan suapannya.Seung Jae mengecilkan kedua-dua matanya sambil memegang dagunya.
“Seung Jae rasa macam ada yang tak kenalah dengan noona ni.Hyung pun sama,”katanya penuh curiga.Hati Seung Mi mulai tidak senang dengan kata-kata adik lelakinya itu.Seboleh-bolehnya dia enggan Seung Jae dapat menghidu perubahan dalam hubungannya bersama Ji Hoon.Lagipun hubungan mereka masih baru.Dalam diam,Seung Mi bimbang sekiranya Ji Hoon sekadar bergurau dalam membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya.Mungkin Ji Hoon sekadar mahu mengelakkan diri daripada Ji Yeon.Mana tahu?
“Apa yang tak kena?Noona dengan Ji Hoon tak ada apa-apalah,”balas Seung Mi.”Dahlah makan,”sambung Seung Mi lagi.
“Noona gaduh dengan hyung ke?”Soal Seung Jae lagi.Mulut Seung Jae terkunci apabila melihat jelingan tajam daripada Ji Hoon.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman manis.
“Ala hyung.Janganlah jelling-jeling macam tu.Seung Jae tanya je.Yelah,kot kot la hyung dengan noona ni tengah gaduh.Seung Jae tak naklah jadi orang tengah kalau apa-apa terjadi nanti,”kata Seung Jae.
“Kalau betul hyung dengan Seung Mi gaduh pun,hyung tak teringin langsung nak jadikan kau orang tengah,”kata Ji Hoon.Kening kanan Seung Jae terangkat.
“Kenapa pula?”Soal Seung Jae,ingin tahu.
“Yelah…kalau nanti Ji Hoon cakap benda lain,lain pula yang keluar dari mulut Seung Jae tu.”Tiba-tiba sahaja Puan Yoon,ibu kepada dua beradik Park itu mencelah dari dapur.Ji Hoon dan Seung Mi masing-masing tersenyum simpul.
“Omma…mana ada Seung Jae buat macam tu.Segala infomasi yang keluar dari mulut Seung Jae ni memang ringkas,tepat dan padat tau,”kata Seung Jae,sambil memuncungkan mulutnya.Puan Yoon sekadar tersenyum.
“Ji Hoon nak tambah lagi tak?”Soal Puan Yoon,lembut.Dia amat menyanyangi Ji Hoon tak ubah seperti anaknya sendiri.Ji Hoon seorang anak yang baik.Ji Hoon juga sudah menganggapnya seperti ibunya sendiri.Kepada Puan Yoonlah tempat dia menumpang kasih selepas Ji Hoon kehilangan seluruh ahli keluarganya.Kepada Puan Yoonlah tempat Ji Hoon meluahkan masalahnya.Bagi Ji Hoon,Puan Yoon adalah segala-galanya untuknya.
“Dah cukup,omma.Ji Hoon dah makan banyak sangat dah ni,”kata Ji Hoon sambil mengukir senyuman manis.
“Ji Hoon,Ji Hoon ingat kan esok hari apa?”Soal Puan Yoon,sambil memandang tepat ke wajah Ji Hoon.Seung Mi dan Seung Jae pula saling berpandangan antara satu sama lain.Kelihatan Ji Hoon mengukir senyuman nipis sambil angguk.
“Ji Hoon ingat,omma,”kata Ji Hoon,lemah nadanya.
“Omma dah sediakan persiapannya.Ji Hoon tak perlu risau,okey?”Ji Hoon tersenyum saat mendengar kata-kata Puan Yoon itu.
“Gomawo,”ucapnya.Seung Mi dan Seung Jae pula t
Idak berani untuk mencelah.Mungkin Ji Hoon sedang kesedihan ketika itu.





Ji Hoon memandang lesu ke arah gambar keluarganya di tanah perkuburan itu.Kehilangan mereka dalam kemalangan ngeri itu  benar-benar memberi kesan dalam hidupnya.Apatah lagi,adik lelakinya,Jun Ho sedang sakit ketika itu.Kudratnya begitu lemah untuk bertahan dalam kebakaran itu.Mengenangkan kembali peristiwa membuatkan Ji Hoon mengalirkan air mata.Dia menyesal kerana dia tidak berada di rumah sewaktu kebakaran itu berlaku.Ji Hoon akui,dia bukanlah seorang anak yang baik sewaktu keluarganya masih hidup dahulu.Dia seorang anak yang kuat memberontak dan keras kepala.Sikapnya sangat berbeza jika dibandingkan adik lelakinya,Jung Jun Ho yang lebih muda 3 tahun daripadanya.

12 tahun yang lalu…

Ji Hoon tersentak apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya lantas ditolehnya ke arah pintu biliknya itu.Kelihatan wajah adik lelakinya,Jun Ho muncul di muka pintu biliknya itu.Wajah adiknya itu kelihatan pucat daripada biasa namun langsung tidak diendahkan oleh Ji Hoon.
“Apa dia?”Soal Ji Hoon,malas.Dia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap permainan komputernya.Kedengaran Jun Ho terbatuk-batuk kecil.
“Hyung,boleh tak hyung belikan ubat demam untuk Jun Ho?Jun Ho demamlah,hyung,”kata Jun Ho,lemah.Jun Ho terbatuk-batuk lagi.
Ji Hoon melepaskan keluhan berat.Dia berasa tidak selesa dengan permintaan adik lelakinya itu.
“Kenapa tak suruh omma ke…appa ke belikan?Tak nampak ke hyung tengah sibuk ni?”Soal Ji Hoon,kasar nadanya.
“Jun Ho tak berani nak kacau omma dengan appa.Ada orang datang rumah kita sekarang.Jun Ho tak nak kacau omma dengan appa sekarang…”Jun Ho terbatuk-batuk lagi.”Sebab tu,Jun Ho nak minta tolong hyung belikan.Tapi…kalau hyung pun sibuk…tak apalah.Jun Ho boleh tahan lagi kot,”kata Jun Ho,sebelum melangkah perlahan-lahan menuju ke biliknya.Ji Hoon menghembuskan nafas panjang sambil menoleh ke arah adiknya yang sudah pun beredar dari biliknya itu.

Selang beberapa minit kemudian,Ji Hoon melangkah ke arah bilik Jun Ho.Kelihatan Jun Ho sedang menyelimutkan dirinya sambil menggigil kesejukan.Perlahan-lahan,Ji Hoon mendekati adik lelakinya itu lalu meletakkan tangannya di atas dahi Jun Ho.Mata Ji Hoon terbuntang luas apabila merasakan dahi Jun Ho yang panas itu.Ji Hoon segera menuruni anak tangga dan matanya terpandang ke arah kedua-dua orang tuanya yang sedang rancak berbual dengan tetamu yang tidak dikenalinya itu.Ji Hoon kemudiannya menuju ke pintu rumah tanpa mempedulikan kesibukan ibu bapanya itu.Namun,niatnya terbantut apabila terdengar namanya dipanggil oleh ibunya.Ji Hoon menoleh ke arah ibu bapanya.Tetamu yang tidak dikenalinya itu turut dipandangnya dengan pandangan yang tajam.
“Ji Hoon nak pergi mana tu?Dah malam ni kan,”soal ibunya.Ibunya kemudiannya melangkah ke arah Ji Hoon sebelum menarik tangannya lembut.”Inilah anak lelaki saya yang sulung,Ji Hoon namanya,”kata ibunya,memperkenalkan Ji Hoon kepada tetamunya yang sedang duduk di hadapannya itu.Ji Hoon mengeluh kecil.Lelaki itu pula mengukir senyuman manis kepadanya.
“Wah,kecil-kecil lagi dah nampak kacaknya.Bolehlah jadi menantu ahjussi bila dah besar nanti,”kata lelaki itu kepada Ji Hoon.Ibu bapa Ji Hoon sekadar tertawa.
“Anak perempuan Encik Han Kyul tu berapa umurnya?Mesti comel orangnya,”soal bapa Ji Hoon pula.
“Masuk bulan 3 ni,dah 10 tahun umurnya,”jawab lelaki yang bernama Han Kyul itu.
“Oh,sebayalah dengan anak lelaki kami yang kedua tu.Jun Ho namanya,”kata ibu Ji Hoon,teruja.Han Kyul sekadar tersenyum.
“Ah,mana Jun Ho?Saya pun nak juga jumpa dengan Jun Ho tu,”kata Han Kyul,teruja.
“Dah tidur rasanya.Biasalah budak-budak.Masuk tidur awal sikitlah.Bukan macam Ji Hoon ni.Liat sungguh nak tidur.Bangun tidur,apatah lagi,”kata ibunya,sambil tertawa di penghujung katanya.Perbualan mereka terganggu apabila melihat Ji Hoon bangun dari tempat duduknya.
“Eh,Ji Hoon nak pergi mana ni?”Soal ibunya sambil memegang tangan anak lelakinya yang sulung itu.Ji Hoon melepaskan tangan ibunya,kasar.
“Omma cakap Jun Ho dah tidur?”Soal Ji Hoon pula.”Omma dengan appa tak tahu ke yang Jun Ho tengah sakit kat atas tu?Jun Ho tengah sakit kat atas,omma dengan appa seronok-seronok bersembang kat bawah,”kata Ji Hoon,geram.Ibu bapanya terkejut dengan kenyataan Ji Hoon itu.
“Omma tak tahu pun Jun Ho sakit.Petang tadi kan,dia sihat-sihat je,”kata ibunya,mulai bimbang dengan kesihatan anak lelakinya yang lagi seorang itu.
“Ji Hoon naik atas dulu.Biar appa yang pergi belikan ubat untuk Jun Ho,”kata bapanya.
“Tak payah.Omma dengan appa berbual jelah dengan ahjussi ni.Ji Hoon boleh pergi belikan ubat untuk Jun Ho,”kata Ji Hoon lalu beredar dari situ.Sebaik dia keluar dari pintu rumahnya itu,dia melihat terdapat dua orang lelaki sedang menunggu di luar rumah.Pasti mereka ini adalah pemandu dan pembantu peribadi tetamunya itu.
Tanpa Ji Hoon ketahui,itulah kali terakhir dia bertemu dengan ibu bapanya termasuk Jun Ho.

Ji Hoon mengesat air matanya apabila mengenangkan kembali peristiwa malang itu.Sungguh dia amat menyesali perbuatannya dahulu.Dia telah memberi kenangan terburuk kepada ibu bapanya sebelum mereka meninggalkannya selama-lamanya.
“Ji Hoon.”Teguran Puan Yoon yang lembut persis mendiang ibunya itu,membuatkan Ji Hoon tersentak daripada lamunannya.Tiada lagi wajah ibu bapanya yang bermain di ruang mata.Yang tinggal hanyalah wajah ibu angkatnya,Puan Yoon yang sudah dianggapnya seperti ibu kandungnya sendiri.
“Kita balik dulu,ya,”pujuk Puan Yoon.Ji Hoon angguk sambil mengesat air matanya yang masih bersisa itu.

Langkah mereka terhenti apabila terdengar nama Ji Hoon dipanggil dari belakang.Mereka berdua menoleh ke belakang.Seung Mi dan Seung Jae yang turut bersama mereka itu juga menoleh ke arah yang sama.Ji Hoon terkejut apabila melihat kelibat Dong Hae yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri ketika itu.
“Dong Hae,”balas Ji Hoon,sambil mengukir senyuman nipis.Dong Hae mendekati ke arahnya dengan senyumannya yang menawan itu.
“Hyung apa khabar?Lama tak jumpa dengan hyung,”kata Dong Hae,sambil menghulurkan salam kepadanya.Ji Hoon membalasnya.
“Awak buat apa kat sini?”Soal Ji Hoon.
“Oh,saya temankan kawan saya ziarah kubur mendiang ommanya.Sebab tu saya ada kat sini.Hyung buat apa kat sini?”Soal Dong Hae.
“Saya melawat kubur keluarga saya,”jawab Ji Hoon,lemah.Raut wajah Dong Hae berubah riak.
“Chuwesuhamnida.Saya turut simpati dengan apa yang terjadi dengan keluarga hyung.Seung Jae dah ceritakan semuanya dekat saya,”kata Dong Hae.Ji Hoon mengangguk.
“Tak apa.Perkara dah terjadi,kita biarkan ia berlalu,’balas Ji Hoon,tabah.Dong Hae kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya apabila melihat Puan Yoon turut berada di situ.
“Oh,omma.Ni Dong Hae…”kata Ji Hoon sambil memandang ke arah Dong Hae.Dong Hae turut memandang ke arahnya.Ji Hoon tersenyum ke arahnya.”Kawan saya…”sambung Ji Hoon.Dong Hae membalas senyumannya.Puan Yoon leka memerhati ke arah Dong Hae yang baru sahaja diperkenalkan kepadanya itu.
“Apa khabar,ahjumma?”Soal Dong Hae,ramah.Perlahan-lahan,Puan Yoon mendekati ke arahnya sebelum menyentuh kedua-dua pipi Dong Hae.Dong Hae terkejut.Begitu juga yang lain.Puan Yoon tersenyum tidak lama selepas itu.
“Kalau Jun Ho masih hidup,dia mesti dah besar macam kamu,”kata Puan Yoon.Ji Hoon terkejut mendengar kenyataan Puan Yoon itu.Dong Hae juga begitu.

No comments:

Post a Comment