23 July, 2011

-Monalisa Page 1-

Bunyi muzik yang kian rancak itu menjadikan pengunjung-pengunjung di kelab malam itu kian hanyut dalam tarian mereka.Minuman keras juga sudah berulang kali diteguk menjadikan mereka semakin selesa dan seronok menghabiskan masa berhibur di situ.'Ojos Frios' merupakan kelab malam bertaraf lima bintang yang hanya mampu dikunjungi oleh anak-anak muda dalam kalangan keluarga berada dan terkenal.Khabarnya,pemilik kelab malam 'Ojos Frios' ini juga merupakan salah seorang pewaris empayar syarikat perkapalan antarabangsa di Korea namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.Apa yang pasti,kelab malam berkelas tinggi ini hanya menerima kunjungan daripada mereka yang terdiri daripada golongan atasan.
Tidak lama selepas itu,pintu agam kelab malam itu dibuka dari luar oleh pelayan lelaki berpakaian seragam kelab malam itu.Suasana yang riuh itu kian senyap apabila masing-masing mengalihkan pandangan ke arah pengunjung yang baru sahaja tiba di kelab malam tersebut.Suara jeritan pengunjung wanita mulai kedengaran apabila wajah pengunjung lelaki seramai enam orang itu mulai terserlah.Pengunjung lelaki pula mulai berasa tidak senang dengan kehadiran kumpulan pengunjung lelaki yang enam orang itu.Kumpulan lelaki itu mengukir senyuman bangga apabila didekati oleh pengunjung wanita yang begitu teruja menerima kehadiran mereka itu.Lelaki yang berambut kuning itu menoleh ke arah rakannya yang berambut merah serta bercermin mata hitam itu.
"Kau pasti ke ini kelab yang kau maksudkan tadi tu?"Soalnya.Lelaki bercermin mata hitam itu mengukir senyuman sinis.Bahu rakannya itu dipautnya.
"Betullah,hyung!Sekali sekala kita kena berseronok dekat tempat lain juga.Lagipun,awek-awek kat sini lagi daebak kalau nak dibandingkan dengan tempat lama,"kata lelaki berambut merah itu.Kata-katanya disokong oleh seorang lagi lelaki berambut kelabu itu.
"Betul kata Jun Ho,hyung.Ojos Frios ni memang sangat sesuai dengan lelaki kacak macam kita ni.Tengoklah sekarang ni.Belum apa-apa lagi,kita dah diserbu!"Lelaki berambut kelabu itu tertawa puas hati.
"Woo Young oppa!"Jerit salah seorang daripada pengunjung wanita yang menyerbu ke arah mereka itu.Lelaki berambut kelabu yang bernama Woo Young itu sekadar mengangkat tangan sambil tersenyum nakal.
"I think I should go now!"Woo Young segera melangkah masuk sambil didampingi oleh ramai wanita.
"Woo Young dah mula enjoy dah.Kita bila lagi?Jomlah,hyung!Jangan buang masa lagi,"ajak Chan Sung pula.Kali ini Chan Sung,Jun Su serta Taec Yeon sudah pun melangkah masuk ke dalam kelab itu.Mereka turut dikelilingi oleh pengunjung wanita yang lain sambil ketawa penuh girang.Yang tinggal hanya Jun Ho beserta Nichkhun yang kelihatan masih ragu-ragu untuk menyertai rakan-rakan mereka yang sudah pun mula berseronok itu.
"Let's go,hyung!Get your drinks up!"Sorak Jun Ho sambil disertai oleh pengunjung-pengunjung yang lain.Nichkhun sekadar tersenyum.Bahu Jun Ho itu kemudiannya dipaut.
"Let's enjoy!"Sorak Nichkhun pula.Sorakan lelaki berdarah Thailand itu mendapat sambutan hangat daripada pengunjung-pengunjung wanita yang sudah lama menggilai dirinya itu sejak dari awal kemunculannya lagi.

Gelas berisi bir itu diletakkan di atas meja.Taec Yeon bersandar pada sofa sambil menoleh ke arah wanita yang  sedang menari dekat dengannya itu.Bibirnya mengukir senyuman nakal.Dia kemudiannya menyiku lengan Jun Ho yang sedang kusyuk menikmati minuman birnya.
"Apa?"Soal Jun Ho,sedikit geram apabila disiku oleh Taec Yeon.Dia menjeling ke arah lelaki itu.Taec Yeon yang menyedari jelingan rakannya itu sekadar tersengih.
"Macam mana kau jumpa kelab Ojos Frios ni?Bestlah tempat ni.Berjuta-juta kali ganda lagi hebat dari kelab yang selalu kita pergi sebelum ni,"kata Taec Yeon.Pandangannya masih lagi tertumpu ke arah wanita yang sedang menari dekat dengannya itu.Jun Ho mengukir senyuman nakal.
"Well,nilah faedahnya kalau kita berkawan dengan orang-orang hebat.Walaupun kita berenam ni dah sememangnya hebat,tapi kalau kita berkawan lagi dengan orang yang hebat,maka semakin bertambah hebatlah kita,"kata Jun Ho,sambil ketawa.
"Kiranya sebelum ni,kau dah pernah datang ke sini?"Soal Jun Su.Jun Ho angguk.
"Aku pernah datang sini dengan Woo Young.Tengoklah tadi.Baru datang kali kedua dah ada peminat cari,"kata Jun Ho.
"Patutlah bersungguh-sungguh ajak kita ke sini,"sampuk Chan Sung pula.Jun Ho angguk lagi sambil tersenyum bangga.
"Mestilah.Aku kan lelaki yang baik.Mana boleh enjoy kat sini sorang-sorang,"balas Jun Ho pula.Nichkhun sekadar tersenyum nipis.Dia kemudiannya menuangkan lagi bir ke dalam gelas milik Jun Ho.
"Cheers!"Mereka kemudiannya menikmati minuman bir sekali lagi.Kedengaran mereka ketawa terbahak-bahak.Terlalu gembira barangkali.Kegembiraan mereka terganggu apabila kedengaran jeritan pengunjung wanita sekali lagi.Kali ini,jeritan mereka kedengaran lebih hebat lagi.Jun Ho yang sudah dapat mengagak kehadiran seseorang itu sekadar tersenyum nipis.
"Kawan kau tu ke?"Soal Taec Yeon.Jun Ho angguk.
"Aku tak pasti kalau kali ni dia datang seorang diri atau pun berlima,"kata Jun Ho pula.Pandangan mereka kini beralih ke arah tetamu yang baru tiba itu.Entah sejauh mana kehebatan tetamu yang diakui hebat oleh Jun Ho itu pun,mereka tidak pasti.Hanya Jun Ho yang mengenali orang itu.Apakah orang yang diakui hebat oleh Jun Ho itu adalah pemilik kelab malam Ojos Frios ini?

Pelayan lelaki kelab malam Ojos Frios itu membukakan pintu kereta limousin berwarna hitam berkilat itu sambil diperhatikan oleh pengunjung-pengunjung wanita yang turut menantikan kehadiran mereka itu.Jeritan mereka semakin kuat apabila kelihatan kasut kulit hitam berkilat yang keluar dari limousin mewah itu.Kelibat dua orang lelaki berpakaian kemas itu menarik perhatian semua orang termasuk jejaka enam orang itu.Jun Ho kemudiannya mengangkat tangannya.
"Sang Hyun!"Laung Jun Ho sambil melambai,memanggil lelaki yang dikenali sebagai Sang Hyun itu.Sang Hyun yang turut ditemani oleh seseorang yang kelihatan tidak kurang hebatnya itu menoleh ke arah Jun Ho.Bibirnya mengukir senyuman manis sambil mengangkat tangannya.Dia kemudiannya melangkah mendekati Jun Ho dengan senyumannya yang masih terukir pada wajahnya yang putih melepak itu.Sementara lelaki yang turut datang bersamanya tadi sekadar berdiri di situ sambil dikelilingi oleh pengunjung-pengunjung wanita kelab malam Ojos Frios itu.
"Wah,segak sungguh kau malam ni!"Jun Ho dan Sang Hyun berpelukan tidak lama selepas itu.
"Kau dah lama sampai ke?"Soal Sang Hyun,sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
"Agak lama jugalah.Kalau kau datang lambat sikit lagi,aku rasa semua peminat kau kat sini aku dah rembat,"kata Jun Ho sambil ketawa.Sang Hyun turut tertawa mendengar gurauan rakannya itu.
"I'm sorry for being late.Hari ni aku sibuk sikit.Ikutkan hati,aku malas nak datang malam ni.Tapi,sebab janji punya pasal,aku gagahkan diri untuk datang juga,"kata Sang Hyun,sambil memandang ke arah rakan-rakan Jun Ho yang turut berada di situ.
"Oh yeah,aku lupa nak kenalkan.Ni Jun Su hyung,Nichkhun hyung,Taec Yeon hyung,dan Chan Sung,"kata Jun Ho.Sang Hyun kemudiannya berjabat tangan dengan keempat-empat mereka.Jun Ho kemudiannya menoleh ke arah kiri dan kanan.Gayanya seperti sedang mencari seseorang.
"Apa yang kau cari-cari tu,Jun Ho?"Soal Chan Sung,hairan dengan kelakuan Jun Ho itu.
"Eh,mana Woo Young hyung hah?Tak nampak pun,"kata Jun Ho.
"Tu dia!Dia cakap dengan siapa tu?"Soal Chan Sung sambil menunjukkan ke sesuatu arah.Mereka melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Chan Sung itu.
"Siapa tu?"Soal Sang Hyun pula.
"Oh,tu Woo Young hyung.Dalam kalangan kami berenam,dialah playboy terhebat nombor dua selepas Jun Ho,"jawab Chan Sung,selamba.Sang Hyun tersenyum saat mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.Kedua-dua lelaki itu kemudiannya mendekati ke arah Jun Ho dan Sang Hyun.
"Wah,ni ke sepupu yang awak cerita tadi tu?"Soal Woo Young,sambil menoleh ke arah Sang Hyun yang sedang berdiri di sebelah Jun Ho itu.Lelaki itu angguk.Woo Young kemudiannya menghulurkan tangannya kepada Sang Hyun.
"Hai,saya Woo Young.Gembira dapat berjumpa dengan awak,"kata Woo Young.Sang Hyun membalas huluran tangannya sambil tersenyum.
"Park Sang Hyun,"balas Sang Hyun.Mereka kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang baru sahaja muncul bersama-sama dengan Woo Young sebentar tadi.
"Eh,takkan kau tak kenal sepupu Sang Hyun ni,Jun Ho?Kata kawan baik selamanya dengan Sang Hyun,"sindir Woo Young apabila melihat wajah Jun Ho yang penuh dengan tanda tanya itu.Sang Hyun tersenyum lalu mendekati ke arah lelaki yang berada di sebelah Woo Young itu.
"Nilah sepupu saya yang paling muda,Bang Cheol Yong,pewaris kelima keluarga DiRaja Yang,"kata Sang Hyun sambil memandang ke arah sepupunya itu.Mereka yang mendengar kenyataan Sang Hyun itu termasuk Woo Young ternganga besar.Cheol Yong yang mendengar kenyataan Sang Hyun itu sekadar tersenyum nipis.
"Sang Hyun,kenapa cakap macam tu?Em...lupakan apa yang Sang Hyun cakapkan tadi.Sang Hyun ni memang suka bergurau.Saya ni orang biasa je.Panggil saya Mir.Selamat berkenalan,"kata Cheol Yong atau Mir sambil tersenyum manis.
"Yah,aku tak tahu pun kau ni..."
"Ala,aku nak bergurau pun tak boleh ke?Jangan ambil serius sangatlah,"kata Sang Hyun sambil menepuk perlahan belakang Jun Ho.Mir yang mendengar kata-kata Sang Hyun itu turut angguk.
"Malam ni,saya belanja.Apa yang awak semua nak makan dan minum,pesan je.Saya belanja,"kata Sang Hyun.Perbualan mereka kemudiannya terganggu apabila lengan Sang Hyun dipaut oleh seorang wanita.
"Oppa,malam ni Seung Ho oppa tak datang ke?"Soal wanita itu.Wajahnya kelihatan sedikit resah.Sang Hyun mengukir senyuman manis kepadanya.Pautan wanita itu dilepasnya dengan lembut.
"Maaf.Malam ni,Seung Ho hyung tak dapat datang.Dia ada hal sikit hari ni,"kata Sang Hyun.Nada suaranya yang romantik itu boleh mencairkan hati mana-mana wanita yang mendengarnya.Muncung wanita itu kian panjang.Perlahan-lahan,wanita itu meninggalkan Sang Hyun dengan perasaan kecewa.Sebaik sahaja wanita itu sudah jauh daripada mereka,perlahan-lahan Mir mendekati ke arah Sang Hyun.
"Siapa pula jadi mangsa Seung Ho hyung kali ni?"Soal Mir,ingin tahu.Sang Hyun memandang ke arah Mir sambil tersenyum sinis.
"Kau agak-agak siapa?"Soal  Sang Hyun pula.Mir terdiam seketika.Tidak lama selepas itu,matanya terbuntang luas.
"Takkan?"Mir memandang ke arah Sang Hyun.Sang Hyun sekadar angguk sambil tersenyum sinis.


Ruang belajar di perpustakaan itu ditinggalkannya apabila melihat jarum jam menunjukkan pukul 9.45 malam,menghampiri pukul 10 malam.Beg berisi komputer ribanya itu dipikul dengan teliti sekali.Tangan kanannya pula memegang kemas buku-buku serta nota-nota kuliahnya.Sebaik sahaja melihat lelaki itu menghampiri kereta mewahnya,pemandunya segera membukakan pintu belakang keretanya sebelum mengambil barang-barang yang dipegang oleh lelaki itu.
"Tuan nak pergi mana-mana ke sebelum pulang?"Soal pemandunya.Lelaki itu tidak terus menjawab sebaliknya sekadar melepaskan nafas perlahan.Mungkin berasa penat dengan kerja-kerja yang dilakukannya seharian.
"Hyung dengan yang lain pergi mana pula,Ahjussi?"Soal lelaki itu pula.
"Rasanya...Tuan Park dan Tuan Bang ke Ojos Frios,Tuan.Tapi,saya tak pasti di mana Tuan Yang berada sekarang.Maafkan saya,Tuan Lee,"kata pemandu itu kepada pewaris ketiga keluarga DiRaja itu dengan penuh rasa hormat.
"Arasso,"kata lelaki itu.Perhatiannya terhadap iPad 2 miliknya terganggu apabila cermin pintu keretanya diketuk perlahan dari luar.Kelihatan wajah seorang pelajar wanita sedang melihatnya dari luar.Perlahan-lahan,cermin keretanya diturunkan secara automatik.Senyuman wanita itu kian lebar apabila melihat wajah lelaki idamannya itu dengan jelas.
"Chang Sun oppa!"Tegur wanita itu dengan ramah.Chang Sun tidak membalas teguran wanita itu.Sekadar memandang ke hadapan tanpa sebarang kata.Wanita itu kemudiannya menghulurkan bungkusan hadiah kecil kepadanya.
"Oppa,terimalah hadiah daripada saya,"kata wanita itu.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah wanita tersebut tanpa segarit senyuman pada wajahnya.
"State two factors that affect the magnitude of the force on a current-carrying conductor in a magnetic field."Wanita itu terkejut saat mendengar soalan yang diajukan oleh Chang Sun secara tiba-tiba itu.
"Apa oppa cakap ni?"Soal wanita itu.
"Satu,dua,tiga,empat..."Chang Sun melihat jam tangannya tanpa mempedulikan pertanyaan wanita itu.
"...sepuluh,"kata Chang Sun lalu menaikkan semula cermin keretanya.Wanita itu cuba mengetuk cermin kereta itu semula namun langsung tidak dipedulikan oleh lelaki berdarah diraja itu.Sebaliknya,kereta mewahnya itu meluncur laju meninggalkan perkarangan Universiti Seoul yang tersergam indah itu.Wanita yang ditinggalkan oleh Chang Sun itu terpinga-pinga.
"Oppa!"


Ruang gelap di dalam bilik tidur utama itu dinyalakan.Perlahan-lahan,kakinya melangkah ke arah katil empuk itu lalu diletakkan tubuh wanita yang didukungnya itu ke atasnya.Dia kemudiannya meninggalkan wanita itu sebaik sahaja memastikan wanita itu sudah lena di atas katil tersebut.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik dari belakang.
"Aegi nak pergi mana?Temankanlah saya dekat sini,"kata wanita itu.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya menoleh ke arah wanita itu sambil berpura-pura tersenyum manis ke arah wanita itu.
"Awak tak tidur lagi ke?Saya ingatkan awak dah tidur tadi,"kata lelaki itu.Perlahan-lahan,wanita itu memaut lengan lelaki itu dengan lembut.
"Memang saya dah tidur tadi.Tapi,saya rasa lagi selesa bila tidur dalam pelukan awak tadi.Awak temankan saya,okey?"Pujuk wanita itu lagi.Pautan wanita itu dilepaskannya dengan lembut.
"Hari ni tak bolehlah,Baby.Aegi kena balik rumah hari ni.Ada hal sikit,"kata lelaki itu,menolak lembut ajakan wanita itu.Kelihatan wajah wanita itu sedikit masam dengan penolakan lelaki itu.Dagu wanita itu kemudiannya disentuh oleh lelaki itu.Perlahan-lahan,dia mendekatkan mukanya kepada telinga wanita itu.
"Saya janji,esok saya jumpa awak lagi.Okey?"Bisik lelaki itu dengan penuh romantis.Mendengar sahaja bisikan teman lelakinya yang menusuk kalbu itu,akhirnya wanita itu terpaksa mengalah.
"Okey.Tapi aegi kena tunaikan janji okey?"Wanita itu menyentuh lembut pipi lelaki itu.Lelaki itu tersenyum nipis.Dahi wanita itu dikucupnya lembut.
"Saya balik dulu,"kata lelaki itu.Wanita itu sekadar angguk.
"Hello?"Pantas sahaja lelaki itu menjawab panggilan telefonnya sebaik sahaja sudah melangkah keluar dari 63 Building itu.
"Kau kat mana ni,Seung Ho?Kata pukul 10 malam.Ni dah nak pukul 11,tak nampak lagi pun batang hidung kau."
"Oh,aku dah nak on the way ni.Dalam 15-20 minit macam tu,aku sampailah,"kata Seung Ho lalu masuk ke dalam keretanya.
"Cepat sikit!Awek-awek cun kat sini dah tak sabar nak jumpa kau ni!"Bibirnya tersenyum lebar saat mendengar gurauan kawan-kawannya itu.
"Okey okey...aku datang sekarang.Simpan sikit untuk aku,"pesan Seung Ho sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.Dia kemudiannya memandu laju keretanya meninggalkan perkarangan 63 Building itu dengan senyuman lebarnya.


Sydney,Australia


Langsir biliknya diselak,membiarkan sinar pagi menyinari ruang biliknya yang sederhana besar itu.Kakinya melangkah ke arah bilik air sebelum membasuh wajahnya dengan air yang sejuk itu.Terasa begitu segar sekali wajahnya ketika itu.Dia kemudiannya mencukur misainya dengan penuh hati-hati.Wajahnya yang kacak itu semakin terserlah apabila selesai dibersihkan.
Rambutnya yang basah itu dilapnya dengan sehelai tuala kecil sambil menuju ke bilik tidurnya yang sudah siap dikemas itu.Pandangannya teralih ke arah bingkai gambar yang terletak di atas mejanya itu.Perlahan-lahan,dia mengambil bingkai gambar itu lalu ditenungnya.Senyuman manis yang terukir pada wajah di gambar itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.
"Selamat pagi,sayang,"ucapnya dengan lembut.Sesekali bibirnya mengukir senyuman manis,seolah-olah turut membalas senyuman teman wanitanya di dalam gambar itu.Gambar itu disentuhnya.
"I miss you,"bisiknya,perlahan.


"I love you,Byung Hee!"


Masih terngiang-ngiang jelas ucapan romantis teman wanitanya tiga tahun yang lalu itu.Senyumannya kian pudar apabila mengingatkan kembali peristiwa tiga tahun yang lalu itu.Bingkai gambar itu diletaknya semula di atas meja sebelum dia meninggalkan bilik tidurnya itu.


Cameo:
2PM


Starring:





No comments:

Post a Comment