07 July, 2011

Don't Love Me Part 10

Puan Lee mengusap lembut rambut Dong Hae yang hitam keperangan itu sambil mengalirkan air mata.Menurut doktor,keadaan Dong Hae kembali tidak stabil selepas lelaki itu dihantar semula ke hospital oleh Ji Hoon dan Ji Yeon.Dong Hae kembali tidak sedarkan diri.Tangan Dong Hae yang sejuk itu dicapainya lalu dikucup penuh kasih sayang.Puan Lee terlalu menyanyangi Dong Hae melebihi anak kandungnya sendiri,Sun Young.Oleh sebab itulah,Puan Lee terlalu mengawasi gerak geri Dong Hae tidak ubah seperti anak kecil.Walaupun dia sedar Dong Hae tidak selesa dengan cara layanannya,namun Puan Lee tidak peduli.Dia terlalu bimbangkan keselamatan Dong Hae apatah lagi Dong Hae menghidap penyakit jantung.
“Lepas ni,Dong Hae jangan buat macam ni lagi.Kalau Dong Hae tak suka omma terlalu kongkong Dong Hae,omma akan cuba untuk tak buat macam tu lagi dekat Dong Hae.Tapi,Dong Hae…jangan sesekali tinggalkan omma lagi,okey?”Bisik Puan Lee.Genggaman tangannya kian erat,menggambarkan dia benar-benar tidak mahu kehilangan anak lelakinya itu.

Encik Lee terdiam sebaik sahaja mendengar penerangan yang diberikan oleh Doktor Go perihal kesihatan Dong Hae itu.
“Tapi,macam mana semua tu boleh terjadi?Saya tak faham,”soal Encik Lee,tidak faham.Doktor Go kemudiannya menunjukkan laporan yang telah dicatatnya sepanjang dia memantau perkembangan kesihatan Dong Hae yang telah dijaganya semenjak 12 tahun yang lalu.
“Itu laporan kesihatan Dong Hae.Saya rasa…mungkin kesan daripada hantukan di kepalanya dalam kemalangan baru-baru ni yang menyebabkan ingatan Dong Hae pulih secara perlahan-lahan,”terang Doktor Go,secara ringkas.Encik Lee masih memandang lesu ke arah laporan kesihatan itu.”Lagipun,saya dah pernah beritahu dekat Encik Lee sebelum ni bahawa Dong Hae mengalami trauma yang teruk disebabkan oleh kemalangan ngeri 12 tahun yang lalu.Dia bukannya hilang ingatan secara total tetapi fikiran dia sendiri yang berusaha untuk lupakan sesuatu yang telah memberi kesan buruk kepada diri dia sebelum ini.Ahli keluarganya terbunuh dalam kemalangan tu.Dong Hae pula masih lagi seorang kanak-kanak yang belum kuat untuk menerima sesuatu dugaan yang terlalu berat untuk diterimanya,”sambung Doktor Go lagi.Encik Lee meletakkan semula laporan itu di atas meja.
“Habis tu,apa yang perlu saya buat?Ingatan Dong Hae dah pulih sepenuhnya.Dia mesti akan ungkit balik kisah lama dia.Dia mesti dah tak mengaku yang kami ni ibu bapa dia,”kata Encik Lee,bimbang.Encik Go menepuk lembut bahu Encik Lee.
“Buat masa sekarang ni,Encik Lee patut biarkan Dong Hae berehat dulu.Bila Dong Hae betul-betul dah sembuh,baru Encik Lee dengan Puan Lee bincang baik-baik dengan Dong Hae,”saran Doktor Go.Perlahan-lahan,Encik Lee angguk,menerima saranan Doktor Go dengan baik.

Ji Hoon dan Ji Yeon yang sedang berbual mengenai Dong Hae itu menghentikan perbualan mereka apabila melihat Encik Lee melangkah keluar dari sebuah bilik sambil ditemani oleh Doktor Go.Mereka kemudiannya berjabat tangan sebelum doktor itu meminta izin untuk beredar.Encik Lee memandang ke arah Ji Hoon dan Ji Yeon yang sedang berdiri di suatu sudut itu.Ji Hoon dan Ji Yeon menundukkan sedikit badan mereka apabila Encik Lee memandang ke arah mereka.Encik Lee sekadar menundukkan sedikit kepalanya.Encik Lee kemudiannya beredar dari situ.Ji Hoon pula masih memandang ke arah Encik Lee walaupun lelaki itu sudah berkalih daripadanya.
“Kenapa awak pandang ayah Dong Hae macam tu?”Soal Ji Yeon,ingin tahu.Ji Hoon menggeleng.
“Tak ada apa-apa.Cuma…saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Tu je,”kata Ji Hoon.Ji Hoon kemudiannya melihat jam tangannya.”Saya rasa saya kena pergi dulu.Petang nanti,saya datang balik.Jangan bagi Dong Hae lari lagi,okey?”Kata Ji Hoon,bersiap-siap untuk beredar.
“Biar saya hantarkan,”kata Ji Yeon,menawarkan bantuan.Ji Hoon menggeleng.
“Tak apa,saya boleh naik teksi.Awak tengokkan Dong Hae,”pesan Ji Hoon sambil mengukir senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.Ji Yeon terpaksa akur.

Jun Ho bangun dari pembaringannya untuk mencapai gelas air yang diletaknya di atas meja apabila merasakan tekaknya terasa perit.Jun Ho terbatuk-batuk lagi.Tangannya menggigil untuk mencapai gelas di atas meja itu.Secara tidak sengaja,tangannya terlanggar gelas berisi air itu lalu gelas itu terjatuh ke atas suis yang terletak di bawah meja itu.Jun Ho terkejut apabila melihat dia melihat terdapat kebakaran kecil dari bawah mejanya dan kini api itu mulai merebak ke langsir biliknya.Jun Ho berusaha untuk melangkah keluar dari biliknya itu sambil terbatuk-batuk.Asap hitam yang kian tebal itu membuatkan dada Jun Ho terasa sesak untuk bernafas.

“Omma!Appa!”

Jun Ho berusaha untuk memanggil kedua-dua orang tuanya yang sedang berada di bawah itu.Namun,keadaan fizikalnya yang sangat lemah itu membuatkan Jun Ho terjatuh di hadapan bilik abangnya.Jun Ho menoleh ke arah bilik abangnya,mengharapkan abangnya berada di situ.

“Hyung!Hyung!”

Namun,jeritannya itu tidak dibalas oleh abangnya.
“Mana hyung?”Getus hatinya.Pernafasannya menjadi semakin sesak.

Puan Jung yang sedang menyiapkan hidangan di dapur itu menghentikan kerjanya apabila terbau sesuatu yang terbakar dari atas.Dia segera melangkah keluar dari dapurnya.Matanya terbuka luas apabila melihat api yang kian merebak sehingga hampir keseluruhan tingkat atas rumah itu.
“Jun Ho!”Jeritan Puan Jung itu membuatkan Encik Jung dengan tetamunya itu berlari ke arahnya.Asap hitam yang tebal itu membuatkan ketiga-tiga mereka terbatuk-batuk.Encik Jung menghalang isterinya yang cuba naik ke tingkat atas itu.Tetamu itu pula segera menghubungi pihak bomba untuk menghantar pasukan penyelamat.
“Jun Ho kat atas tu!”Puan Jung mulai tidak keruan kerana terlalu bimbangkan keselamatan anak lelakinya yang bonus itu.
“Biar saya yang naik atas cari Jun Ho.Awak tunggu kat luar dulu.Han Kyul,tolong bawa isteri saya keluar dari rumah ni dulu!”Encik Jung menutup hidungnya dengan bajunya.Puan Jung melepaskan pegangan tangan Han Kyul yang cuba membawanya keluar dari situ.
“Saya takkan keluar selagi saya tak jumpa Jun Ho!”Puan Jung tetap berdegil dengan keputusannya.Dia tetap mahu mengikut suaminya yang ketika itu sudah pun melangkah naik ke atas.Han Kyul memegang lengan wanita yang sedang panik itu.
“Biar saya yang tolong Seung Hyun selamatkan Jun Ho.Saya janji saya akan pastikan mereka selamat,”kata Han Kyul,memujuk wanita itu supaya keluar daripada rumah yang kian dimamah api itu.
“Keluar dari sini!”Jerit Encik Jung,sekuat hatinya.Puan Jung terpaksa akur.Han Kyul kemudiannya mencapai tangannya lalu membawanya keluar dari situ.Sebaik sahaja dia sudah memastikan Puan Jung berada di luar rumah dengan selamat,barulah Han Kyul melangkah masuk semula ke dalam rumah itu.Puan Jung memegang tangannya sebaik sahaja melihat lelaki itu berura-ura mahu masuk ke dalam rumah itu semula.
“Tolong selamatkan mereka…”rayu Puan Jung,sebak.Han Kyul angguk.

Han Kyul terkejut apabila melihat Encik Jung dihempap kayu sambil memeluk Jun Ho yang sudah tidak sedarkan diri itu.Han Kyul berusaha mendekati ke arah kedua-dua beranak itu dengan penuh hati-hati.
“Seung Hyun!Bangunlah!Kita kena keluar dari sini!”Jerit Han Kyul.Kedengaran Encik Jung terbatuk-batuk.
“To…to..tolong…bawa..Jun..Jun Ho..keluar..dari sini,”pinta Encik Jung,lemah.Han Kyul mengangkat Jun Ho yang berada dalam pelukan lelaki itu.Dia kemudiannya mencapai tangan Encik Jung,dengan niat mahu menyelamatkan mereka berdua sekaligus.Namun,Encik Jung meraung kesakitan apabila cuba bangun dari situ.Han Kyul terkejut apabila melihat kaki Encik Jung yang cedera parah itu.Encik Jung kemudiannya melepaskan tangannya,kasar.
“Bawa Jun Ho keluar dulu!”Jerit Encik Jung,sambil menolak sedikit tubuh Han Kyul agar jauh daripadanya.”Saya boleh bertahan lagi,tapi Jun Ho tak…tolong bawa Jun Ho keluar dulu,”rintih Encik Jung.Han Kyul terpaksa akur pada permintaan lelaki itu.Dia terpaksa meninggalkan lelaki itu di belakang demi menyelamatkan nyawa Jun Ho.Sebaik sahaja dia sudah melangkah keluar dari situ,Han Kyul segera menyerahkan Jun Ho kepada pembantu peribadinya untuk segera membawa Jun Ho ke hospital.
“Seung Hyun mana?!”Soal Puan Jung,cemas apabila melihat suaminya tidak berada di situ.
“Seung Hyun terperangkap kat dalam…”Belum sempat Han Kyul menghabiskan kata-katanya,wanita itu sudah berlari masuk ke dalam rumah itu.
“Ji Eun!Bahaya!”Panggil Han Kyul.Niatnya untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu terbantut apabila melihat kayu-kayu jatuh menutupi pintu masuk rumah itu.
“Omma!Appa!”
Han Kyul menoleh ke arah suara yang menjerit nama kedua-dua suami isteri itu.Kelihatan anak lelaki mereka yang sulung itu sudah berada di hadapan rumah mereka yang terbakar itu.Han Kyul cuba menghalang kanak-kanak itu daripada cuba memasuki rumah yang semakin hangus dijilat api itu.
“Jun Ho ah!”Jerit Ji Hoon yang menyangka adik lelakinya itu masih terperangkap di dalam.
“Lepaslah!Saya nak cari mereka semua!”Entah mengapa,Han Kyul kalah dengan kudrat kanak-kanak lelaki itu.Ji Hoon berusaha untuk masuk ke dalam rumah itu tanpa rasa gentar.
“Ji Hoon!”Jerit Han Kyul namun Ji Hoon sudah pun berjaya meloloskan diri ke dalam rumah itu.

Dong Hae membuka matanya.Puan Lee yang melihat perubahan Dong Hae itu mulai tersenyum lega.Wajah pucat anak lelakinya itu diusapnya dengan penuh kasih sayang.
“Dong Hae,Dong Hae…”Puan Lee menyebut namanya berkali-kali.Dong Hae menoleh ke arahnya.Dahinya berkerut seribu saat mendengar panggilan Puan Lee itu terhadapnya.Ingatannya sudah semakin pulih.Mimpi yang dilihatnya semasa tidur tadi seolah-olah memberitahunya mengenai peristiwa yang telah menimpanya 12 tahun yang lalu.Mimpi itu tidak ubah seperti sebuah filem yang dimainkan di atas layar putih.Tangan Puan Lee yang masih mengusap lembut pipinya itu dilepaskan.Puan Lee terkejut dengan tindakan Dong Hae itu.
“Dong Hae nak apa-apa ke?Biar omma ambilkan,”kata Puan Lee,berusaha untuk menyembunyikan perasaan kecewanya terhadap sikap Dong Hae yang berubah dingin itu.
“Saya nak jumpa dengan Encik Han Kyul,”balas Dong Hae,dingin.Puan Lee terkejut dengan permintaan lelaki itu.Namun,dia terpaksa akur.Bimbang pula Dong Hae akan melarikan diri seperti sebelum ini.Dong Hae menarik nafas panjang.Dia harus bersedia untuk menerima kebenaran yang sudah lama tersimpan itu.




No comments:

Post a Comment