02 July, 2011

Don't Love Me Part 6

Seung Jae yang baru sahaja hendak melangkah keluar itu terhenti seketika apabila melihat kelibat seseorang yang dikenalinya berdiri di hadapannya.Perlahan-lahan,Seung Jae melangkah ke arahnya.
“Kalau tak silap saya,awaklah lelaki yang nak jumpa dengan Ji Hoon hyung dulu kan?”Soal Seung Jae,ragu-ragu.Dong Hae mengukir senyuman manis sambil mengangguk.”Em,maaflah.Ji Hoon hyung dah balik rumah.Saya pun dah tutup ofis.Kalau awak nak jumpa dengan Ji Hoon hyung,awak datanglah lagi esok,”kata Seung Jae lagi.
“Maaf,saya pun rasa pelik juga…tiba-tiba je nak datang ke sini.Tak apalah,awak baliklah dulu.Nanti saya baliklah,”kata Dong Hae,malu sendiri.
“Tapi,dah lewat petang ni.Awak tak takut ke sorang-sorang kat sini?”Soal Seung Jae,seperti sengaja menakut-nakutkan lelaki itu.Dong Hae tertawa.
“Saya rasa malas nak balik rumah lagi.Em,boleh tak kalau saya nak ajak awak minum kat luar?Boleh juga kita kenal-kenal kan?”Soal Dong Hae,cuba mengajak Seung Jae keluar menemaninya.Seung Jae melihat jam tangannya.Sempat lagi sebelum tiba waktu makan malam.Bimbang pula kakaknya menunggunya di rumah.
“Okey juga!”Seung Jae bersetuju dengan ajakan Dong Hae itu.Dong Hae tersenyum lebar.
“Oh,maaf.Kita dah lama berbual tapi tak kenal nama lagi.Saya Dong Hae.Lee Dong Hae,”kata Dong Hae sambil menghulurkan salam perkenalan.Seung Jae menyambutnya dengan senang hati.
“Saya Park Seung Jae.Panggil saja Seung Jae,”kata Seung Jae,memperkenalkan dirinya.

“Terima kasih,Dong Hae sebab sudi belanja saya minum,”ucap Seung Jae.Dong Hae yang sedang menuangkan air ke dalam gelas itu sekadar tersenyum nipis.Gelas itu kemudiannya dihulurkan ke arah Seung Jae.Seung Jae sekadar angguk.
“Tak apa.Saya yang ajak awak keluar.Memang patut saya yang belanja pun,”kata Dong Hae sambil ketawa.Seung Jae turut tertawa.Dong Hae kemudiannya melepaskan nafas lega selepas sahaja meneguk air di dalam gelasnya itu.Seung Jae sekadar memerhati Dong Hae.Lagak lelaki itu seperti mempunyai banyak masalah namun sengaja menyembunyikannya.
“Awak dah lama ke kenal dengan Ji Hoon hyung?”Tiba-tiba sahaja Seung Jae melontarkan pertanyaan itu kepada Dong Hae.Dong Hae memandang ke arahnya.
“Tu kali kedua saya berjumpa dengan Ji Hoon hyung,”kata Dong Hae,jujur.
“Bila kali pertama awak jumpa dia?”Soal Seung Jae,ingin tahu.
“Dekat hospital.Tunang…bekas tunang saya cakap Ji Hoon hyung yang tolong hantarkan saya ke hospital.Tapi,masa tu saya tak berapa nak cam muka dia.Nampak samar-samar saja muka dia,”kata Dong Hae sambil tersenyum tawar.Air di dalam gelasnya itu diteguk lagi.
“Macam tak percaya saja yang awak baru kenal dengan Ji Hoon hyung.Saya tengok masa awak jumpa dia hari tu,nampak macam akrab sangat je.Dengan saya pun Ji Hoon hyung tak pernah nak berlembut.Asyik kena pukul je,”rungut Seung Jae.Dong Hae tersenyum.
“Entahlah.Saya pun tak tahu.Sebelum ni,saya tak pernah cepat mesra dengan orang lain.Selalunya saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan orang yang saya baru kenal.Tapi,bila saya kenal dengan Ji Hoon hyung dengan awak…saya rasa macam dah lama kenal.Saya pun tak tahu kenapa,”kata Dong Hae,berterus-terang.
“Mungkin kita ni ada chemistry kot,”teka Seung Jae sambil tertawa kecil.
“Mungkin juga,”balas Dong Hae,turut bersetuju dengan tekaan Seung Jae itu.”Hah,sebenarnya saya dah lama nak tanya sesuatu dengan awak,”kata Dong Hae lagi.
“Apa dia?”Balas Seung Jae.
“Awak dengan Ji Hoon hyung tu…adik-beradik ke?”Soal Dong Hae.Seung Jae tersenyum tatkala mendengar pertanyaan Dong Hae itu.”Kenapa awak tersenyum?Salah ke soalan saya tu?”Soal Dong Hae lagi.
“Salah tu taklah.Cuma kelakar je dengar awak tanya soalan macam tu.Saya rasa kalau awak tengok muka saya dengan dia pun,awak tahu jawapannya,kan?”Balas Seung Jae.Dong Hae angguk tanda memahami.”Kami lebih kepada adik beradik angkat.Sebab keluarga saya dengan keluarga dia dulu sangat rapat.Jadi,selepas keluarganya terlibat dalam kemalangan,keluarga sayalah yang menjaga Ji Hoon sampai sekarang,”sambung Seung Jae lagi.Dahi Dong Hae berkerut saat mendengar cerita yang baru sahaja diketahuinya itu.
“Sebenarnya apa yang dah berlaku dengan keluarga Ji Hoon hyung?”Soal Dong Hae,teruja untuk mengetahui selanjutnya.Kedengaran Seung Jae melepaskan keluhan berat.Mengimbau peristiwa malang yang telah berlaku 12 tahun yang lalu itu membuatkan jiwanya tidak tenteram.Kemalangan itu bukan sahaja membuat Ji Hoon seorang menderita.Malah kemalangan itu turut memberi kenangan pahit bagi diri Seung Jae.Peristiwa itulah yang membuatkan Seung Jae kehilangan satu-satunya rakan yang paling akrab dalam hidupnya selama ini.
Dong Hae tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.Entah mengapa matanya terasa begitu liat untuk tidur.Seolah-olah masih ada banyak perkara yang mesti diselesaikan sebelum tidur.Dong Hae mengeluh.Dia kemudiannya bangun dari pembaringannya.Kata-kata Seung Jae lewat petang tadi masih jelas terngiang-ngiang dalam fikirannya.
“Kenapa dengan aku ni?Kenapa aku berasa sangat kasihan dengan nasib malang yang menimpa Ji Hoon hyung dulu?”Soalnya sambil memegang dahinya.

“Disebabkan api kian marak,pihak bomba tak dapat nak selamatkan Jun Ho daripada kebakaran itu.Ibu bapa mereka turut terkorban.Hanya Ji Hoon hyung saja yang berjaya diselamatkan daripada kebakaran itu.Punca kebakaran masih tak dapat dikenalpasti.Mereka tak pasti kalau-kalau kebakaran tu disebabkan oleh perbuatan khianat,”kata Seung Jae.
“Habis tu,takkan Ji Hoon hyung biarkan begitu sahaja?”Soal Dong Hae,tidak puas hati.
“Hyung syak kemalangan tu disengajakan.Tapi tak ada bukti untuk buat tuduhan,”jawab Seung Jae.Jelas Seung Jae turut kecewa kerana nasib keluarga Ji Hoon tidak mendapat pembelaan.

Dong Hae baring semula di atas katil.Dia berusaha untuk tidur namun kelihatannya usahanya itu tidak membuahkan hasil.Dong Hae mendengus kasar.Dia bangun semula daripada pembaringannya.Perlahan-lahan,dia membuka laci mejanya.Ada sesuatu yang mahu diambilnya.Dong Hae menatap gambar Ji Yeon,gadis yang pernah menjadi tunangnya itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut gambar tersebut.
“Saranghaeyo…”Ucapnya.”Tapi…aku tahu…aku tak pernah ada tempat dalam hati kau.Kau hanya cintakan Ji Hoon hyung,”katanya,lemah.”Kau hanya cintakan Ji Hoon hyung,”katanya lagi.Gambar itu ditatapnya lagi.

Dong Hae sekadar mendengar leteren ibunya sebaik sahaja berita pertunangannya yang dibatalkannya itu tersebar ke pengetahuan ibu bapanya.Bapanya pula lebih selesa mendiamkan diri walaupun dia turut tidak bersetuju dengan tindakan Dong Hae yang terburu-buru itu.Oleh sebab tidak tertahan lagi telinganya untuk mendengar leteran ibunya itu,Dong Hae berura-ura mahu beredar dari situ.
“Hah,nak pergi mana tu?Omma tak habis cakap lagi ni,”kata Puan Lee,cuba menghalang niat Dong Hae yang mahu beredar itu.Dong Hae mendengus kasar.
“Dong Hae ada kerjalah,omma,”balas Dong Hae,acuh tak acuh.
“Omma tak faham kenapa Dong Hae sanggup buat macam ni dekat omma dengan appa.Ji Yeon kan baik orangnya.Apa lagi yang Dong Hae nak dekat Ji Yeon tu?”Soal Puan Lee.Dong Hae berdegil untuk beredar.”Dong Hae!”Panggilan Puan Lee itu langsung tidak diendahkan Dong Hae.Malas dia mahu mendengar leteren ibunya yang kelihatannya seperti tak berkesudahan itu.Namun,sebaik sahaja Dong Hae mahu beredar,bahunya terlanggar seseorang.Dong Hae menoleh ke arah wanita yang dilanggarnya itu.Namun,tidak lama.Dong Hae segera beredar dari situ dengan raut wajah yang masam.
“Kenapa dengan Dong Hae tu,omma?”Soal wanita itu.Puan Lee kemudiannya melabuhkan punggung di sisi suaminya.
“Dong Hae buat hal lagi,”jawab Puan Lee,geram.Wanita itu meletakkan beg tangannya di atas meja sambil mengambil tempat di hadapan orang tuanya itu.
“Dong Hae buat apa?”Soalnya lagi.
“Sun Young tak tahu ke yang Dong Hae dah putus tunang dengan Ji Yeon?”Soal Puan Lee pula.Sun Young bersandar pada sofa.
“Macam manalah Sun Young nak tahu pasal benda ni direct dari Dong Hae tu.Dong Hae dengan Sun Young bukannya rapat sangat.Omma dengan appa pun tahu kan pasal ni,”kata Sun Young.Puan Lee mengeluh.
“Omma…appa…sampai bila lagi kita nak rahsiakan hal ni daripada Dong Hae?Dong Hae pun bukannya budak kecil lagi.Dia dah besar.Sun Young rasa dia patut tahu pasal perkara sebenar ni.Lebih baik kita beritahu dia daripada dia tahu perkara ni sendiri.Macam mana kalau ingatannya dah pulih?Kan lagi susah tu,”kata Sun Young.Puan Lee terdiam.Kata-kata Sun Young itu ada benarnya.Puan Lee menoleh ke arah suaminya yang dari tadi asyik membisu itu.
“Kita akan ceritakan juga hal ni dekat Dong Hae.Jangan risau.”Kini,barulah Encik Lee mahu bersuara dengan tenangnya.

Ji Hoon yang baru tiba itu terkejut apabila melihat Ji Yeon sedang menunggunya di dalam pejabat.Ji Yeon mengukir senyuman manis ke arahnya.Ji Hoon sekadar mengangguk.Ji Hoon kelihatannya masih berasa janggal untuk bertemu dengan wanita yang mengakui cinta kepadanya itu.
“Ji Yeon,ada apa awak datang ke sini?”Soal Ji Hoon,cuba berlagak biasa.
“Saya…saya…datang nak minta maaf dekat awak.Saya tahu,kata-kata saya hari tu dah buatkan awak rasa tak selesa dengan saya,”kata Ji Yeon.Ji Hoon yang masih lagi berdiri itu sekadar membisu.”Awak boleh maafkan saya?”Soal Ji Yeon,sambil memandang ke
arah lelaki itu.
“Saya boleh maafkan awak…tapi…awak kena janji yang awak akan cuba untuk belajar menerima Dong Hae seadanya.Dia lelaki yang terbaik untuk awak,”kata Ji Hoon.Ji Yeon mengetap bibirnya.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kecil.
“Saya rasa…saya tak boleh janji pasal tu,”kata Ji Yeon,perlahan.
“Kenapa?Awak ada masalah dengan Dong Hae ke?”Soal Ji Hoon,ingin tahu.Ji Hoon mula mengambil tempat di hadapan wanita itu.
“Saya…dah tak ada apa-apa dengan Dong Hae…”Kata Ji Yeon,lemah.Ji Hoon terkejut sebaik sahaja mendengar pengakuan sebenar wanita itu.Apakah mereka memutuskan ikatan pertunangan mereka gara-gara kehadiran dirinya?Ji Yeon yang menyedari raut wajah Ji Hoon yang berubah riak itu segera menggerakkan tangannya.
“Tapi,hal ni tak ada kena mengena langsung pasal awak.Ni memang keputusan saya dengan Dong Hae,”terang Ji Yeon.Ji Hoon menelan air liurnya.
“Dong Hae yang nak putuskan pertunangan kami ni.Lagipun,Dong Hae sendiri pun tak pernah ada keinginan nak bertunang dengan saya sebelum ni,”kata Ji Yeon.Ji Hoon memandang ke arahnya.Apakah wanita itu masih belum menyedari perasaan sebenar Dong Hae terhadapnya atau sengaja tidak menyedarinya?
“Kenapa awak beritahu perkara ni kepada saya?”Soal Ji Hoon.Perlahan-lahan,Ji Yeon melepaskan nafas berat.
“Saya tahu…saya tak patut luahkan perasaan saya terhadap awak.Tapi…saya minta maaf.Saya betul-betul cintakan awak,”ucap Ji Yeon sambil memandang ke arahnya.
“Tapi Ji Yeon…”
“Saya tahu.Saya sanggup tunggu sampai awak betul-betul boleh menerima cinta saya.Saya sanggup tunggu,”kata Ji Yeon,bersungguh-sungguh.Perbualan mereka terganggu apabila pintu pejabat Ji Hoon ditolak dari luar.
“Seung Mi?”Ji Hoon tertanya-tanya akan kehadiran Seung Mi di pejabatnya itu.Seung Mi yang melihat kelibat Ji Yeon di situ turut terkejut.Sangkaannya Ji Hoon sedang berurusan dengan kliennya.Mungkin Ji Hoon sudah mendapat projek baru daripada syarikat produksi yang lain.Seung Mi menundukkan sedikit kepalanya.
“Maaf,saya tak tahu awak ada hal pagi ni,”kata Seung Mi,bersedia untuk beredar.
“Nanti dulu,Seung Mi.Kenapa awak datang sini?Ada apa-apa nak cakap dengan saya ke?”Soal Ji Hoon,cuba menghalang.Ji Yeon yang berada di situ berasa tidak selesa dengan kehadiran Seung Mi di situ.Siapakah wanita itu?Apakah hubungannya dengan Ji Hoon?Kekasihkah?Seung Mi menggeleng sambil tersenyum.
“Eh,tak apa.Awak macam sibuk je.Biar saya tunggu kat luar dulu,”kata Seung Mi,sambil memandang ke arah Ji Yeon dengan penuh persoalan.Siapakah wanita itu?Klien Ji Hoonkah?Tetapi,kenapa suasana perbincangan mereka kelihatan lebih serius?Ji Yeon kemudiannya berdiri lalu menuju ke arah Seung Mi.Ji Hoon pula sekadar melihat tingkahnya.
“Nampaknya awak macam ada urusan lain.Mungkin lebih elok kalau saya beredar dulu,”kata Ji Yeon,sambil mengukir senyuman nipis.
“Tak apa.Saya boleh tunggu kat luar.Lagipun,urusan saya kat sini…tak penting sangat pun,”kata Seung Mi,menolak baik niat Ji Yeon yang mahu memberi ruang baginya untuk berjumpa dengan Ji Hoon ketika itu.
“Ji Hoon,awak ada dapat projek baru ke?”Soal Seung Mi pula.
“Oh,ni bukan klien saya.Ni Song Ji Yeon,kawan saya”kata Ji Hoon.Seung Mi mengukir senyuman manis sambil menghulurkan tangan.
“Oh…selamat berkenalan,Cik Ji Yeon.Saya Park Seung Mi…”
“Dia ialah teman wanita saya.”Belum sempat Seung Mi menghabiskan kata-katanya,Ji Hoon menyampuk secara tiba-tiba.Kedua-dua wanita itu terkejut dengan kata-kata lelaki itu.Ji Yeon lah yang lebih terkejut dengan pengakuan lelaki itu.Seung Mi…teman wanita Ji Hoon?

 Jung Ji Hoon
 Lee Dong Hae
 Song Ji Yeon
 Park Seung Jae
 Park Seung Mi
Yoo Bin WG as Lee Sun Young



No comments:

Post a Comment