01 November, 2011

-Monalisa Page 41-

"Mir,sorry sebab lambat.Harap awak tak...eh..mana Mir ni?"Soal Lizzy,hairan apabila melihat ketiadaan Mir di biliknya itu.Lizzy meletakkan beg serta bukunya di atas meja.Matanya melilau-lilau mencari kelibat Mir di dalam bilik peribadi milik Mir dan Sang Hyun itu.Lizzy melihat jam tangannya.
"Pelik juga ni.Selalunya kalau dia ada hal,mesti dia beritahu aku untuk cancel kelas.Dia tak sihat ke hah?"Soalnya sendiri.Lizzy melepaskan keluhan kecil.Lizzy kemudiannya cuba menghubungi nombor telefon lelaki itu namun tidak berjawab.
"Kenapa pula aku nak risau pasal dia ni?Baguslah kalau dia tak ada.Aku pun bolehlah balik awal hari ni,"ngomelnya.Lizzy kemudiannya mengambil semula beg serta bukunya untuk beredar dari bilik itu.Namun,niatnya terhalang seketika apabila melihat kelibat Sang Hyun melangkah masuk ke dalam bilik itu.Pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Barangkali terkejut dengan pertemuan yang tidak terjangka itu.Sang Hyun perlahan-lahan menutup pintu bilik itu.
"Lizzy,apa awak buat kat sini?"Soal Sang Hyun.Lizzy menundukkan kepalanya sedikit.
"Maaf sebab masuk ke sini tanpa kebenaran awak.Tapi...saya datang sini sebab ada kelas tutorial dengan Mir.Selalunya dia akan tunggu saya dekat library,tapi kali ni dia tak ada pula.Jadi,saya ingatkan dia ada kat sini,"kata Lizzy,berterus-terang.
"Oh yalah.Saya pun lupa yang Mir ada tutorial dengan awak,"kata Sang Hyun,tertawa kecil."Tapi...Mir dah balik.Dia tak cakap kat awak ke yang dia dah balik?"Soal Sang Hyun pula.
"Dia dah balik?Em...tak ada pula dia beritahu saya.Kenapa dengan dia?Dia sakit ke?"Soal Lizzy,jelas kelihatan riak wajah bimbangnya itu.Sang Hyun tersengih.
"Wah...nampak risau sungguh muka awak ni.Awak...ada hati dengan Mir ye?"Usik Sang Hyun,sambil tersenyum nakal.Lizzy terkejut mendengar usikan Sang Hyun itu.
"Eh,mana ada.Saya...saya..saya cuma pelik je.S..S.selalunya dia akan beritahu saya kalau dia nak cancel kelas.Tu je."Pantas sahaja Lizzy menafikan tekaan Sang Hyun itu.
"Okey...okey...saya akan buat-buat tak nampak perasaan suka awak dekat Mir tu.Don't worry,"kata Sang Hyun,sambil tertawa kecil."Em...Mir ada hal sikit.Dia terlupa nak beritahu awak kot.Biasalah dia tu...kalau hal tu ada kaitan dengan noona saya,semua benda dia terlupa.Miane,"kata Sang Hyun,sekaligus memberitahu mengenai sebab ketiadaan Mir di situ.Riak wajah Lizzy sedikit berubah kecewa.
"Dia...ada hal dengan noona awak?Em...macam tu rupanya.Arasso.Thanks sebab beritahu saya.Saya...saya balik dululah kalau macam tu,"kata Lizzy,meminta izin untuk beredar.Sang Hyun sekadar membiarkan wanita itu untuk berjalan di hadapannya.
"Saya lagi suka kalau awak berani luahkan perasaan sebenar awak dekat sepupu saya yang degil tu."Lizzy terkejut dengan kata-kata yang terucap di bibir Sang Hyun itu.Perlahan-lahan,Lizzy menoleh ke arah Sang Hyun.
"Mir bukannya tak tahu dengan perasaan sebenar noona saya.Malah,dia dah kerap kali nampak kemesraan yang ditunjukkan oleh noona saya terhadap Jio Hyung.Tapi,dia tetap berkeras mahu menafikan hal tu."Sang Hyun berhenti seketika sebelum menyambung kata-katanya.Lizzy pula terus sabar mendengar.
"Selama ni,saya harap sangat yang perasaan Mir terhadap noona saya akan berubah.Saya yakin...dia sebenarnya sedang keliru dengan perasaannya sendiri.Entah betul ke dia menyanyangi noona saya sebagai seorang wanita atau pun hanya sabagai seorang noona?"Sang Hyun kemudiannya menoleh ke arah Lizzy yang sudah pun berdiri berhampiran dengan pintu itu.
"Saya rasa permintaan saya ni agak mengarut tapi...boleh tak kalau awak buat Mir supaya jatuh cinta dekat awak,Lizzy?"Soal Sang Hyun.Sungguh Lizzy terkejut dengan kata-kata Sang Hyun yang disangkanya tidak masuk akal itu.Sang Hyun kemudiannya melangkah mendekati ke arah Lizzy.Lizzy menelan air liur,gementar dengan jarak Sang Hyun yang begitu dekat dengannya itu.
"Just admit it,Lizzy,"kata Sang Hyun.
"About what?"Soal Lizzy.Sang Hyun tersenyum nipis.
"That you love him."Lizzy terdiam sebaik sahaja Sang Hyun menghabiskan kata-katanya.Sang Hyun kemudiannya menjauhkan dirinya daripada Lizzy.Dia melihat jam tangannya.
"Saya rasa awak masih belum terlambat untuk kejar Mir.Saya rasa dia belum jauh lagi dari sini,"kata Sang Hyun sambil menulis sesuatu di atas sehelai kertas kecil berwarna putih.Kertas itu kemudiannya dihulurkan kepada Lizzy.
"Just take it.I'm sure that you need it and...you're welcome,"kata Sang Hyun sambil tersenyum nakal.Lelaki itu kemudiannya beredar dari bilik itu,meninggalkan Lizzy berseorangan di situ.

Lizzy asyik membaca kertas putih yang diberikan oleh Sang Hyun itu.Hatinya berbelah bahagi ketika itu.Entah dia mahu pergi ke tempat yang sedang dituju oleh Mir itu ataupun pulang ke rumah sahaja,dan menganggap perkara itu langsung tiada kaitan dengannya.Kakinya berhenti melangkah.Lizzy menoleh ke simpang kiri dan kanan.Simpang kiri akan membawanya ke rumah dan tidak perlu lagi runsing dengan masalah yang memeningkan kepalanya itu.Lizzy menoleh ke simpang di bahagian kanannya pula.Lizzy melepaskan keluhan kecil.
"Just ignore about it,Lizzy.Semua tu tak ada kaitan langsung dengan kau,okey?"Lizzy nekad untuk melalui simpang kiri,terus menuju ke rumahnya.Namun langkahnya dihayun perlahan.Ternyata hatinya masih lagi teragak-agak dengan keputusannya itu.

“Saya rasa..tak salah kalau awak cuba untuk luahkan perasaan awak dekat dia.Macam mana kalau selama ni pun dia sebenarnya menyimpan perasaan yang sama dekat awak,cuma dia je yang malu nak mengaku dekat awak?”Kata Lizzy.
“Kalau macam tu…awak pun kena buat macam tulah,”kata Mir pula.Lizzy terdiam.Mir tersenyum ke arahnya.”Awak pun kena luahkan perasaan awak tu dekat dia.Manalah tahu,apa yang awak nampak selama ni…hanya salah faham je.Betul tak?”Soal Mir pula.Lizzy terkejut apabila tiba-tiba sahaja Mir mendakap tubuhnya yang kecil itu.
“Gomawo…saya rasa…hati saya lega sikit bila saya dah luahkan masalah saya walaupun secara tak sengaja.Saya rasa…tindakan saya untuk berkongsi masalah dengan awak…adalah tepat,”kata Mir.

Lizzy berhenti melangkah.Dia memandang sekali lagi ke arah kertas putih yang berada dalam pegangannya itu.Lizzy memejamkan matanya.

"Hai Mir."Pantas sahaja Mir menoleh ke arah suara yang memanggil namanya itu.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Sandara yang sedang melangkah ke arahnya itu.Sandara turut mengukir senyuman manis ke arah Mir.
"Miane...noona ada hal sikit tadi.Sebab tu,Noona lambat.Mir dah lama tunggu Noona ke?"Soal Sandara.Mir menggeleng.
"It's okay.Tak adalah lama sangat tunggu.Sepatutnya Mir yang kena minta maaf sebab ganggu masa Noona,"kata Mir.Sandara tersenyum.
"Ada apa Mir nak jumpa dengan Noona ni?Macam ada benda penting je nak cakap dengan Noona ni.Selalunya,Mir lebih suka cakap dalam telefon je,"kata Sandara.
"Noona dah makan ke?Mir ingat Mir nak belanja Noona dinner malam ni,"kata Mir,tidak segera menjawab pertanyaan Sandara itu.
"Mir nak belanja Noona?Wow,ni mesti ada benda best nak beritahu dekat Noona ni.Em...okay.Lain kali,Noona yang belanja Mir pula ya?"Mir tersenyum lebar apabila Sandara sudi menerima pelawaannya untuk makan malam bersamanya.

Sandara menarik nafas panjang,menghirup udara segar malam yang ternyata mendamaikannya itu.Mir sekadar memerhati ke arah Sandara itu.Mir kemudiannya memandang semula ke hadapan apabila Sandara menoleh ke arahnya.Mir terkejut apabila tiba-tiba sahaja Sandara memegang wajahnya.
"Mir tak sihat ke?"Soal Sandara.
"Mana ada,Noona.Mir sihat jelah,"kata Mir,masih lagi terkejut dengan tindakan Sandara itu.
"Noona tengok...muka Mir ni makin kecillah.Mir tak makan ekh?Kalau sakit macam mana?"Soal Sandara,bimbang.Mir tersenyum.
"Ada-adalah noona ni.Biasalah kalau Mir makin kurus.Tu tandanya,Mir dah makin besar.Dah tak bulat macam dulu lagi,"kata Mir,seraya bergurau.Sandara tertawa kecil.Hidung Mir itu dicuitnya.
"Yelah tu,"balas Sandara.Mir memegang hidungnya yang disentuh oleh Sandara sebentar tadi.Mir tersenyum sendiri.
"Noona..."Mir tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya apabila terdengar keluhan kecil wanita itu."Kenapa ni,Noona?Noona ada masalah ke?"Soal Mir,bimbang.Sandara mengangguk perlahan.
"Noona pun tak tahu nak buat apa lagi,Mir.Noona tengok...dia dah macam dah lain sekarang ni,"kata Sandara.
"Siapa Noona?"Soal Mir,ingin tahu.
"Mir tahu tak siapa sebenarnya Joo Yeon kepada Jio?Betul ke Joo Yeon tu sekadar pekerja Jio hah?"Senyuman Mir mengendur apabila mendengar soalan Sandara itu.
"Em...kenapa...kenapa Noona cakap macam tu?Jio...ada buat apa-apa yang buat noona rasa tak selesa ke?"Soal Mir,menyembunyikan perasaan kecewanya itu.
"Tak ada pun.Cuma...noona perasan sangat...cara dia tengok Joo Yeon tu...lain.Seolah-olah Joo Yeon tu...seseorang yang sangat istimewa untuk dia.Seriously,pandangan Jio terhadap Joo Yeon tak ubah waktu dia sedang bercinta dengan Nana dulu,"kata Sandara.
"Maksud Noona...Jio hyung...sukakan Joo Yeon ke?"Soal Mir,teragak-agak.Sandara tersenyum nipis.
"I think so...but...I hope that is not true,"kata Sandara,berterus terang.Mir memejamkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Sandara itu."Noona harap sangat yang Noona boleh jadi pengganti Nana untuk Jio...dan buat dia bahagia,lebih bahagia daripada dia bersama dengan Nana dulu,"kata Sandara.
"Jadi,noona berterus terang sajalah dengan hyung.Luahkan perasaan sebenar Noona terhadap hyung,"kata Mir.Sandara menoleh ke arahnya.Kelihatan Mir tersenyum ke arahnya.
"Apa yang Mir cakap ni?"Soal Sandara.
"Salah ke apa yang Mir cakap?Kalau betul Noona suka dan sayang dengan Jio hyung,Noona patut berani berterus terang mengenai perasaan Noona terhadap hyung.Manalah tahu..yang Jio Hyung pun sebenarnya menyimpan perasaan yang sama terhadap Noona.Cuma dia saja tak nak tunjuk,"kata Mir.
"Kalau dia tolak?"Soal Sandara lagi.Mir memandang ke arah Sandara.
"Mir ada untuk Noona,"kata Mir.
"What?"Sandara tertawa kecil sambil menepuk lembut bahu Mir."What are you talking about?Mir ni suka main-mainlah.Noona tengah serius ni,"katanya.Mir turut tertawa.Hambar.
"Memang Mir main-main pun,"balas Mir,menyembunyikan perasaan kecewanya itu.Sandara memandang ke arah Mir sambil tersenyum.
"Gomawo,"ucap Sandara.Mir terkejut apabila Sandara memeluknya."Noona rasa fikiran noona tenang sikit bila bersama dengan Mir.Pada Noona...Mir adalah pengubat duka untuk Noona.Selalu ada di sisi Noona bila Noona ada masalah.Gomawo,"kata Sandara.Pelukannya terhadap Mir dilepaskan.
"Em,hah...Mir kata ada benda yang Mir nak cakap dengan Noona tadi.Apa dia?"Soal Sandara.Mir tidak segera menjawab."Mir?"
"Ya?"
"Tadi Mir cakap Mir ada benda yang nak Mir beritahu dekat Noona.Apa dia?"Soal Sandara lagi.
"Oh...em...tak ada benda sangat pun.Cuma..."Mir memegang kocek seluarnya yang tersimpannya sesuatu yang hendak diberikannya kepada Sandara.
"Mir dapat A+ untuk peperiksaan bahasa inggeris baru-baru ni,"kata Mir,berbohong.
"What?Are you serious?Bang Cheol Yong got A+ for English?Seriously?"Soal Sandara,tidak percaya.Mir angguk.
"Oh God...I can't believe it.You always got C in english before this.Wow!Seriously I can't believe it,"kata Sandara,sukar untuk percaya.
"Seriously Noona.I will show you my result tomorrow,"kata Mir.
"Okey...then,I'll treat you for dinner tomorrow,okay?"Soal Sandara.Mir sekadar angguk sambil tersenyum hambar.








No comments:

Post a Comment