20 November, 2011

-Monalisa Page 54-

Mir menyerahkan ais krim kon yang baru sahaja dibelinya itu kepada Lizzy yang sedang berdiri di belakangnya itu.Lizzy menerimanya dengan senyuman manis.Mir menjilat sedikit ais krimnya itu.
"Kita nak pergi mana ni?"Soal Mir.Lizzy melihat jam tangannya.
"Kita jalan-jalan jelah kat sini.Kat sini pun ada macam-macam tempat kita boleh pergi kan?"Lizzy memberi cadangannya.Pantas sahaja Mir mengangguk,langsung tidak membantah.Mereka kemudiannya berjalan beriringan.Lizzy mencuri-curi pandang ke arah Mir di sebelahnya itu.Sungguh dia tertarik dengan penampilan baru Mir itu.Rambutnya sudah dipotong pendek dan diwarnakan perang.Penampilannya lebih matang daripada sebelumnya namun Mir masih tidak dapat lari imej comelnya itu.Lizzy mengalihkan mukanya apabila Mir menoleh ke arahnya.Sebaik sahaja Mir memandang semula ke hadapan,perlahan-lahan,Lizzy menoleh semula ke arahnya.
"Cakap jelah yang awak dah terpikat dekat saya,"kata Mir,selamba.Lizzy terkejut apabila Mir menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Mir mendekatkan wajahnya ke arah Lizzy.Lizzy pula menjauhkan wajahnya daripada Mir.
"Betullah jangkaan saya,"kata Mir sambil menjauhkan wajahnya daripada Lizzy.Lizzy sekadar melihat ke arahnya.
"Apa yang betul?"Soal Lizzy,ingin tahu.
"Awaklah..."Jawab Mir.
"Saya?"Lizzy semakin pelik."Kenapa dengan saya?"
"Awaklah...awak sukakan saya kan sebenarnya?"Soal Mir,sekaligus mengusik.Merah padam muka Lizzy sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir.
'Ish,mengarut!Sa..salah ke kalau saya nak pandang awak?"Lizzy mulai kalut.Lizzy cuba mencari alasannya.Dia kemudiannya menunjuk ke arah rambut Mir itu.
"Saya tengok rambut awak tu je."Lizzy memberikan alasannya.Mir mengusik rambutnya.
"Rambut saya?Kenapa dengan rambut saya?"Soal Mir.
"Cantik."Pendek Lizzy menjawabnya namun sudah cukup membuatkan Mir tersengih panjang.
"Betul ke?"Mir inginkan kepastian.Lizzy mengangguk,namun tidak pula memandang ke arah Mir.Malu dengan keterlanjuran kata-katanya.
"Betul ke saya nampak...okey dengan gaya rambut ni?"Soal Mir.
"Iye.Betterlah kalau nak dibandingkan dengan yang lepas.Awak lagi nampak..."
"Hot!"Mir memotong kata-kata Lizzy sebelum ketawa besar.Lizzy sekadar tersenyum.Lizzy memandang ke arah Mir semula.Kelihatan riak wajah lelaki itu ceria sekali,seperti tiada apa-apa yang terjadi.Benarkah Mir sudah dapat melupakan masalahnya dengan Sandara yang lalu?
"Mir.."
"Hello."Lizzy tidak jadi meneruskan niatnya untuk bertanya kepada Mir apabila lelaki itu menjawab panggilan telefonnya.Lizzy sekadar membiarkannya sambil menghabiskan ais krimnya.Tidak lama selepas itu,Mir menyimpan semula Samsung Galaxynya dengan senyuman manis yang terukir pada bibirnya.
"Jom,Lizzy."Mir mencapai tangan Lizzy.
"Eh,kita nak pergi mana?"Soal Lizzy.Mir tidak segera menjawab pertanyaan Lizzy itu sebaliknya terus menarik tangan wanita itu menuju ke satu tempat.Mir kemudiannya menghentikan langkahnya apabila terdapat sebuah skuter berwarna putih di hadapan mereka.Mir mengambil helmet lalu dipakaikannya kepada Lizzy.
"Macam mana pula skuter ni boleh ada kat sini?Tadi kan kita naik kereta?"Soal Lizzy,ingin tahu.Mir tersenyum.
"Saya minta pembantu saya hantarkan.Harap awak tak kisah kalau naik skuter ni berdua dengan saya,"kata Mir sambil memandang ke arah Lizzy.
"Em...kita nak pergi mana?"Soal Lizzy lagi.Mir memakai helmet pada kepalanya.
"Saya nak keluar dating dengan awak."Mata Lizzy terbuka luas sebaik sahaja mendengar jawapan Mir itu.





Joo Yeon melangkah keluar dari lobi hospital itu dengan senyuman senang hati sekali.Sungguh dia berasa sangat gembira setelah dibenarkan keluar dari hospital yang begitu menyesakkan dadanya itu.Sengaja Joo Yeon tidak mahu memberitahu Byung Hee mengenai berita dia sudah dibenarkan keluar dari hospital itu.Joo Yeon tidak mahu mengganggu urusan kerja lelaki itu memandangkan lelaki itu sudah begitu banyak menghabiskan masanya untuk melawat Joo Yeon walaupun sekejap.Joo Yeon melangkah ke arah teksi yang sudah pun menunggunya di situ.Namun,langkahnya terhenti apabila langkahnya dihalang oleh dua orang lelaki berpakaian serba hitam.
"Maafkan kami,Cik Lee Joo Yeon.Kami minta Cik Lee ikut kami sebentar,"kata salah seorang daripada lelaki itu.
"Awak berdua ni siapa?"Soal Joo Yeon,curiga.
"Kami pekerja Tuan Jung Byung Hee.Tuan yang minta kami jemput Cik Lee di sini,"kata lelaki itu.
"Em...yeke?Tapi...dia kat mana ya?"Soal Joo Yeon.
"Kami nak bawa Cik Lee untuk berjumpa dengan Tuan kami.Tuan kami sedang menunggu Cik Lee sekarang,"kata lelaki itu,tidak menjawab soalan Joo Yeon secara terus.Seperti ada sesuatu yang mahu disembunyikannya.Tanpa banyak menyoal lagi,Joo Yeon akur pada permintaan dua orang lelaki itu.


Joo Yeon hairan apabila kereta yang dipandu oleh pekerja Byung Hee itu berhenti di sebuah rumah agam yang sangat mewah yang tidak pernah dilihatnya itu.Adakah rumah agam ini milik Byung Hee?Selama mereka berkenalan ini pun,lelaki itu tidak pernah sekali pun membawa Joo Yeon ke rumahnya.Lamunan Joo Yeon terganggu apabila menyedari pekerja Byung Hee itu membukakan pintu untuknya.Perlahan-lahan,Joo Yeon melangkah keluar dari kereta itu.Joo Yeon sekadar mengikut langkah pekerja Byung Hee itu.Sungguh dia amat kagum dengan kemewahan yang ada di sekitar perkarangan rumah agam itu.Apatah lagi,terdapat dua orang pembantu wanita yang sedang menanti mereka untuk menyambung kedatangan mereka ke rumah itu.Joo Yeon yakin,keluarga Byung Hee bukan terdiri daripada golongan biasa-biasa.Pasti keluarga lelaki itu adalah terdiri daripada orang-orang yang berpengaruh di Korea Selatan itu.
"Harap Cik Lee boleh tunggu di sini sebentar,"kata lelaki itu sambil mempelawa Joo Yeon untuk duduk di atas sofa itu.Joo Yeon sekadar menurut.Sebaik sahaja ditinggalkan berseorangan oleh pekerja Byung Hee itu,Joo Yeon memerhati ke arah sekeliling bilik itu.
"Wah,tak sangka Jio sekaya ni.Ni tak macam orang kaya biasa ni.Kalau dia cakap dia tu anak raja pun aku percaya,"katanya,kagum.Joo Yeon kemudiannya tersenyum.
"Dari rupa dan gaya dia,memang nampak Jio tu berstatus tinggi.Tapi...dia tak pernah pun sombong dengan pekerja-pekerja dia.Patutlah semua pekerja senang bekerja dengan dia,"kata Joo Yeon lagi.


Perhatian Joo Yeon kemudiannya teralih ke arah pintu bilik yang dibuka dari luar itu.Joo Yeon terkejut apabila yang masuk itu bukanlah Byung Hee tetapi seorang wanita yang kelihatan anggun sekali.Pantas sahaja Joo Yeon berdiri lalu menundukkan sedikit badannya.
"Dah lama tunggu?"Soal wanita itu sambil tersenyum ke arahnya.
"Saya baru sahaja sampai,Puan,"kata Joo Yeon,sedikit kekok.Joo Yeon asyik memerhati ke arah wanita itu.Kelihatannya wajah wanita itu seperti pernah dilihatnya,tetapi dia tidak dapat mengingatinya dengan jelas.
"Jemput duduk."Wanita itu mempelawa Joo Yeon untuk duduk.Joo Yeon akur.
"Maafkan saya kalau saya dah buat awak terkejut,Cik Lee.Tapi...tujuan pekerja saya menjemput Cik Lee ke sini,bukannya atas arahan Byung Hee,anak lelaki saya."Kata wanita itu sambil tersenyum.Barulah Joo Yeon dapat mengingati wanita itu.Wanita itu adalah ibu kepada Byung Hee.
"Saya ada sesuatu yang mahu dibincangkan dengan Cik Lee.Itupun kalau Cik Lee sudi meluangkan sedikit masa dengan saya,"kata Puan Jung.
"Perkara apa yang Puan mahu bincangkan dengan saya tu?"Soal Joo Yeon.Puan Jung tersenyum nipis.Perbualan mereka terganggu sebentar apabila seorang pembantu wanita melangkah masuk lalu meletakkan minuman di atas meja.
"Kamsahamida,"ucap Joo Yeon,sebelum wanita itu beredar dari bilik itu.Joo Yeon kemudiannya memandang semula ke arah Puan Jung.
"Tujuan saya menjemput awak ke sini adalah untuk membincangkan mengenai..."Joo Yeon terus menunggu kata-kata Puan Jung itu.
"Pewaris kedua takhta keluarga DiRaja Yang...Jung Byung Hee."
Mata Joo Yeon terbuka luas sebaik sahaja Puan Jung menghabiskan kata-katanya.Pewaris kedua takhta keluarga DiRaja Yang?Jung Byung Hee?


No comments:

Post a Comment