13 November, 2011

-Monalisa Page 52-

Tumpuan Seung Ho untuk menyiapkan kerja-kerjanya yang sudah tertangguh lebih dari seminggu itu terganggu apabila terdengar bunyi pintu biliknya ditolak dari luar.
"Maafkan saya,Tuan.Saya dah cuba halang tapi..."Seung Ho terkejut apabila melihat Fei yang terus meluru masuk ke dalam biliknya tanpa sempat setiausahanya menghabiskan kata-katanya.Seung Ho mengangkat tangannya,mengisyaratkan bahawa dia membenarkan Fei untuk masuk ke dalam biliknya walaupun dia sedang sibuk dengan kerjanya itu.Setiausahanya itu pun menundukkan sedikit kepalanya sebelum beredar dari bilik Seung Ho itu.
"Kenapa awak sekali pun tak jawab call saya,Seung Ho?"Soal Fei.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Miane.Saya betul-betul sibuk waktu tu."
"Even nak reply mesej saya pun awak tak boleh?Awak tahu tak yang saya risaukan awak?"Soal Fei."Saya tak kisah kalau awak terlupa pasal janji kita untuk keluar dinner malam tu.Tapi,sekurang-kurangnya,awak jawablah call saya.Macam-macam yang saya fikir pasal awak masa tu."Fei meluahkan kebimbangannya.
"Saya betul-betul minta maaf.Sepatutnya saya memang nak call awak balik,tapi...Hyo Young baru je keluar dari hospital.Jadi,saya kena jaga dia,"kata Seung Ho.Riak wajah Fei berubah.
"Kenapa dengan Hyo Young?"Soal Fei,ingin tahu.
"Dia hampir-hampir terkorban dalam kebakaran di rumah neneknya.Trauma dia...teruk juga.Sampai sekarang dia asyik diam je,susah nak dengar dia cakap.Sudahlah neneknya baru sahaja meninggal,ni tambah lagi dengan kebakaran tu."Seung Ho menghembuskan nafas berat.
"Miane...saya..saya tak tahu pasal tu.Saya cuma tahu pasal kematian neneknya saja,"kata Fei.Perlahan-lahan,Fei melangkah ke arah Seung Ho.Tubuh lelaki itu dipeluknya dari belakang.Seung Ho terkejut dengan tindakan Fei itu.
"Bertuah Hyo Young ada tunang yang baik macam awak,Seung Ho."Seung Ho membisu.Entah mengapa,dia berasa kurang senang dengan tindakan Fei itu."Tapi...saya betul-betul rindukan awak,Seung Ho.Rindu sangat-sangat.Awak tahu tak yang hati saya ni gembira sangat bila tengok yang awak dah balik sekarang ni?"Fei memperkemas pelukannya itu.Namun,Seung Ho kemudiannya meleraikan pelukan Fei itu.Fei tersentak.
"Nanti orang lain nampak."Ringkas sahaja Seung Ho membalas kata-kata Fei itu.Fei malu sendiri sebaik sahaja mendengar kata-kata Seung Ho itu.
"Miane.Saya lupa yang kita ada dekat office sekarang ni,"kata Fei.Seung Ho tersenyum nipis.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit Seung Ho berbunyi.Pantas sahaja Seung Ho menjawab panggilan itu sebaik sahaja melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Arasso.Saya balik sekarang."Kelam kabut Seung Ho mengambil kunci keretanya yang diletaknya di atas meja itu.
"Where are you going?"Soal Fei.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Miane...saya ada hal kat istana.Saya terpaksa pergi dulu,"kata Seung Ho,terus keluar dari biliknya itu.Fei menggigit bibirnya.Sungguh perasaan cemburunya sudah sampai ke puncak.Tangannya digenggam erat.


Seung Ho bergegas masuk ke dalam bilik Hyo Young.Kelihatan wajah wanita itu pucat sekali.
"Kenapa dengan Hyo Young ni?Tadi dia okey je kan?"Soal Seung Ho,bimbang.
"Tadi kami jumpa dia terbaring kat atas lantai bilik ni waktu kami nak hantarkan makanan,Tuan.Mungkin Cik Hyo Young terlalu letih,Tuan,"kata pembantu istananya itu.Seung Ho mengeluh.Seung Ho kemudiannye membetulkan sedikit tuala basah pada dahi Hyo Young itu.
"Gwenchana.Awak berdua keluar dulu.Biar saya yang jaga Hyo Young,"kata Seung Ho.Kedua-dua pembantu istananya itu akur pada permintaan putera raja itu lalu meninggalkan Seung Ho dan Hyo Young berdua di dalam bilik.


Perlahan-lahan,Hyo Young membuka matanya.Hyo Young menoleh ke arah kanannya.Kelihatan Seung Ho sedang menyiapkan kerjanya dengan komputer ribanya itu.Tekun sekali Seung Ho menyiapkan kerjanya sehingga tidak sedar bahawa dirinya itu sedang diperhatikan oleh Hyo Young.
"Oppa..."Seung Ho menoleh ke arah Hyo Young.
"Hyo Young,awak dah bangun?"Soal Seung Ho sambil tersenyum.
"Dah pukul berapa ni?Macam mana oppa boleh ada kat sini?Oppa kata oppa ada kerja tadi?"Soal Hyo Young pula.
"Dah pukul 8 malam."
"Hah?Lamanya..."Hyo Young memegang dahinya yang masih lagi diletakkan tuala basah itu.
"Oppa...oppa ada kat sini dari pukul berapa?"Soal Hyo Young.Seung Ho meninggalkan kerjanya itu untuk seketika lalu mendekatkan kerusinya ke arah katil Hyo Young.
"Hyo Young dah okey ke?Ni mesti sebab tak makan lagi kan?"Seung Ho tidak menjawab pertanyaan Hyo Young itu.Perlahan-lahan,Hyo Young menggeleng.
"Saya tak selera."
"Tak bolehlah macam tu.Nanti,kalau pembantu istana bawakan bubur,Hyo Young makan ekh?"Soal Seung Ho,terus memujuk.
"Tak naklah oppa.Saya betul-betul tak rasa nak makan."
"Arasso arasso.Kalau macam tu,biar oppa yang suapkan.Confirm selera tu datang balik,"kata Seung Ho,seraya bergurau.Hyo Young tersenyum kecil."Ala,sengaja je tak nak makan ekh?Nak juga tunggu oppa yang suapkan,"kata Seung Ho,kali ini dia mengusik pula.
"Mana ada.Oppa ni...perasanlah,"kata Hyo Young,masih lagi dengan nada yang perlahan.Hyo Young cuba menahan sakit pada tekaknya itu.Seung Ho tersenyum ke arah Hyo Young.Perlahan-lahan,tangannya mengusap lembut rambut Hyo Young itu.Wajah pucat Hyo Young itu diperhatikannya.
"Oppa lega bila tengok yang Hyo Young dah senyum balik macam ni."Hyo Young terpana dengan kata-kata Seung Ho itu."Bila oppa dapat tahu yang Hyo Young pengsan tadi,Hyo Young tahu tak apa perasaan oppa masa tu?Oppa takut sangat sebab oppa tahu..yang Hyo Young masih belum betul-betul sihat lagi lepas daripada kejadian tu."Kali ini,tangannya mengusap pula pipi Hyo Young.
"Tapi,bila oppa tengok Hyo Young dah sedar...dah senyum...oppa mula rasa tenang.Oppa bersyukur sangat bila tengok yang Hyo Young tak ada apa-apa,"kata Seung Ho.
"Miane,oppa.Hyo Young dah banyak susahkan oppa selama ni.Jeongmal miane..."Kedengaran suara Hyo Young mulai sebak.Seung Ho terkejut apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir pada pipi Hyo Young itu.
"Hyo Young tak tahu kenapa Hyo Young jadi macam ni,oppa.Hyo Young dapat rasakan yang Hyo Young bukan lagi macam Hyo Young yang dulu.Hyo Young dah jadi orang yang banyak susahkan oppa...Jio oppa...dan lain-lain.Miane..."Seung Ho menyeka air mata Hyo Young yang mengalir itu.
"Kenapa cakap macam ni?Kami semua faham dengan apa yang dah terjadi pada Hyo Young.Takkan kami tak nak tolong?Lagipun...oppa dah janji dengan emonim...yang oppa akan jaga Hyo Young baik-baik.Jadi oppa mestilah pegang janji tu,"kata Seung Ho.Sekali lagi dia menyeka air mata Hyo Young itu.
"Dah,jangan nangis lagi,okey?Cuba senyum lagi macam tadi,"pujuk Seung Ho.Perlahan-lahan,Hyo Young mengukir senyuman nipis.Hyo Young terkejut apabila terasa pipinya hangat sebaik sahaja Seung Ho menghadiahkan kucupan lembut pada pipinya itu.Seung Ho kemudiannya tersenyum ke arahnya.
"Oppa pergi ambilkan bubur,okey?"Kata Seung Ho sebelum beredar dari situ.Perlahan-lahan,Hyo Young mengusap lembut pipinya yang dikucup oleh Seung Ho sebentar tadi.Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi padanya itu.Entah menagap,dia dapat merasakan layanan Seung Ho terhadapnya semakin berbeza.Tiada lagi kata-kata yang kasar,tiada lagi usikan yang menyakitkan hati.Malah,lelaki itu menjadi semakin lembut dan baik terhadapnya.




No comments:

Post a Comment