30 October, 2011

-Monalisa Page 40-

Jantung Hyo Sung berdegup semakin pantas sebaik sahaja kakinya melangkah semakin dekat dengan papan kenyataan yang terpampangnya keputusan peperiksaan yang didudukinya baru-baru ini.Apatah lagi terdapat segelintir daripada pelajar di situ memandang sinis ke arahnya.Ada juga yang tersenyum mengejek dan berbisik sesama sendiri.Entah apa yang dikatakan oleh mereka pun langsung dia tidak pasti.Hyo Sung tetap meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan pandangan orang ramai terhadapnya.Bukannya baru pertama kali,malah sudah berkali-kali dia dilayan sebegitu rupa.Entah apa sebabnya pun,dia tidak pasti.Hina sangatkah dirinya sehingga dipandang rendah sebegitu rupa?Langkah Hyo Sung terhenti apabila melihat Chae Rin sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman yang agak sukar diertikan oleh Hyo Sung ketika itu.
"Cepatnya kau datang?Kenapa?Dah tak sabar sangat ke nak tahu nasib masa depan kau tu?"Chae Rin mengejek."Oh tak...aku rasa kau bukannya kisah sangat pun pasal masa depan kau kan?Tapi...kau lebih risaukan pasal...Chang Sun kan?"Hyo Sung tidak segera membalas kata-kata Chae Rin itu.Chae Rin melangkah dekat ke arah Hyo Sung.
"Walau apapun keputusan kau,aku takkan sesekali menyerah dengan kalah.Sebab...kalau kau dapat Chang Sun pun...banyak lagi benda yang kau kena hadapi dulu...lagi-lagi dengan ibunya.Kau ingat...ommanya Chang Sun sudi sangat ke nak ambil kau jadi menantu dia?Aku rasa kau pun tahu..yang kau sememangnya tak layak kan?Ops..lupa...aku rasa kau memang tak boleh masuk dalam keluarga DiRaja tu pun...mungkin boleh...tapi orang gaji jelah.."Chae Rin tertawa mengejek.Mereka yang lain yang berada di situ turut tertawa.Hyo Sung memberanikan diri untuk memandang tajam ke arah Chae Rin.
"Aku pun akan buat benda yang sama."Sungguh Chae Rin terkejut apabila melihat Hyo Sung yang begitu berani melawannya itu.Hyo Sung sengaja melanggar bahu Chae Rin.Chae Rin tersenyum sinis.
"Aku takkan buat apa-apa kat kau kali ni,Hyo Sung...Sebab...semuanya dah ada kat tangan aku,"katanya,menahan geram.

Hyo Sung segera melihat keputusannya pada papan kenyataan itu dengan seribu satu macam perasaannya.Lama dia perhatikan namanya yang tersenarai dalam kumpulan pelajar 10 teratas yang mendapat keputusan yang cemerlang.

2-Jeon Hyo Sung 

Hyo Sung tersenyum manis apabila melihat keputusan peperiksaannya yang semakin meningkat itu.Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.Dahulu dia hanya boleh berbangga dengan keputusan yang sederhana...tidak terlalu hebat dan tidak juga terlalu lemah.Namun,kali ini dia sudah boleh berbangga dengan pencapaiannya yang amat mengganggumkan itu walaupun dia tidak berjaya memperoleh tempat yang pertama.Hyo Sung turut tersenyum apabila melihat nama yang menduduki tempat yang pertama itu.Ah~mana mungkin dia dapat merampas kedudukan itu sedangkan kedudukan teratas itu hanyalah untuk Chang Sun satu-satunya.Ternyata kehebatan Chang Sun memang tidak boleh disangkal lagi.Hyo Sung terkejut apabila merasai kepalanya di usap kasar oleh seseorang.Pantas Hyo Sung menoleh ke arah belakangnya.Hyo Sung tergamam apabila melihat Chang Sun yang sedang berdiri di belakangnya.Kelihatan Chang Sun membuka cermin matanya untuk melihat sendiri keputusan Hyo Sung itu.Chang Sun kemudiannya mengukir senyuman manis sambil memandang ke arah Hyo Sung.
"Awak ada makan apa-apa vitamin ke untuk buat awak pandai macam ni?Hebat juga awak ni ya?"Soal Chang Sun.Hyo Sung masih lagi membisu.Masih lagi terkejut dengan kehadiran Chang Sun di situ.Chang Sun kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari belakangnya.Perlahan-lahan,dia menyerahkan kotak itu kepada Hyo Sung.
"Chukae.Awak dah buktikan kehebatan awak..."Kata Chang Sun.Hyo Sung terkejut apabila melihat kotak yang berada dalam pegangannya itu.Chang Sun menjeling ke arah Hyo Sung yang sedang berdiri di sebelahnya itu.
"Awak tak suka ke?'Soal Chang Sun,ingin tahu apabila melihat riak wajah Hyo Sung yang kurang kelihatan gembira itu.
"Hah?"Ternyata Hyo Sung masih belum sedar dari lamunannya itu.Chang Sun kemudiannya mengambil semula kotak itu daripada Hyo Sung.Hyo Sung terkejut.
"Maybe I shouldn't give this for you,"kata Chang Sun.Hyo Sung kemudiannya mengambil semula kotak itu daripada Chang Sun.Chang Sun sedikit terkejut dengan perbuatan Hyo Sung itu.
"Mana boleh awak ambil balik hadiah ni.Tak baik buruk siku,"kata Hyo Sung sambil memeluk kotak itu erat.Senyuman manis jelas terukir pada bibirnya.Chang Sun turut tersenyum.Senyuman Hyo Sung kemudiannya mengendur.
"Miane..."Ucap Hyo Sung.Chang Sun menoleh ke arahnya.
"Saya dah banyak sangat susahkan awak...tapi...saya tak dapat apa yang awak inginkan.Well,nak buat macam mana kan...nombor satu tu dah ternyata milik awak sorang saja.Sangat mustahil untuk saya rampas tempat tu dari awak,"kata Hyo Sung.Chang Sun tidak segera membalas.Kedengaran keluhan kecil daripada wanita itu.
"Janji tetap janji...saya...undur diri.Mungkin lepas ni..kita tak payah nak jumpa lagi dah kot,"kata Hyo Sung,tersenyum nipis.Hyo Sung kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Chang Sun.
"Kamsahamida...sebab awak dah banyak sangat tolong saya yang tak seberapa ni.Awak dah banyak bantu saya untuk sampai ke tahap ni.Selama tempoh saya bersama dengan awak...awak dah buat saya...semakin senang dengan awak...semakin suka dengan awak..walaupun saya tahu...awak tak rasa seperti apa yang saya rasa.Kamsa..."Belum sempat Hyo Sung menamatkan kata-katanya,tubuh Hyo Sung didakap oleh Chang Sun.Hyo Sung tergamam.Chang Sun memeluknya erat sekali.
"Saya tak faham janji apa yang awak maksudkan.Saya rasa kita tak pernah cakap apa-apa pun pasal janji.Apa yang awak mengarut ni,hah?Tiba-tiba je cakap dah tak nak jumpa dengan saya ni,kenapa?Tadi awak sendiri kata yang awak makin suka dekat saya.Saya baru nak balas perasaan suka awak tu...tapi awak dah cakap macam ni...saya tak boleh nak buat apalah,"kata Chang Sun.Dia kemudiannya melepaskan pelukannya sambil memandang tepat ke arah anak mata Hyo Sung.Wajah Chang Sun kemudiannya berubah riak.
"Jangan sebab awak dah dapat nombor dua,awak dah nak berlagak dengan saya,okey?Oh lupa pula..."Chang Sun kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada kocek bajunya.Hyo Sung terkejut apabila melihat surat cinta yang ditulisnya beberapa bulan yang lalu ada dalam tangan lelaki itu.
"Awak ingat tak surat ni?Kalau awak nak tahu,saya tak baca lagi tau surat ni.Cuba tengok ni.Surat cinta ni masih kelihatan sama seperti waktu awak bagi kat saya mula-mula dulu.Tak sabar nak baca ni..."Chang Sun berura-ura mahu membacanya namun segera dihalang oleh Hyo Sung.
"Kenapa dengan awak ni,Chang Sun?Awak bukannya tak faham apa yang saya maksudkan tadi kan?Awak sendiri kata yang awak paling benci dengan orang yang mungkir janji.Takkan awak pun nak termasuk dalam kumpulan orang yang mungkir janji juga?"Soal Hyo Sung,geram dengan sikap Chang Sun itu.Hyo Sung terkejut apabila Chang Sun meletakkan tangannya pada dinding sehingga membuatkan Hyo Sung tersandar pada dinding itu.
"Awak dah lupa ke yang janji tu...saya yang cadangkan?Ya,memang benar...kalau awak tak berjaya tewaskan saya dalam peperiksaan ni...peluang awak untuk memenangi hati saya dah habis.Ya,saya sangat ingat janji tu...Tapi...untuk apa lagi saya berpegang pada janji mengarut tu kalau awak dah berjaya memenangi hati saya selama ni?"Soal Chang Sun.Hyo Sung terdiam.Chang Sun melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Awak ni..tolonglah jangan buat saya malu macam ni.Saya tak sukalah cakap pasal soal hati dan perasaan ni.Saya geli,tahu tak?Saya bukannya macam Jio Hyung tu...jiwang memanjang.Awak fikir sendirilah.Kalau saya dah tak follow perjanjian kita tu,maksudnya apa?Ni tidak...nak juga berpisah dengan saya...kononnya nak ikut perjanjian yang mengarut tu.Oh tolonglah...Hyo Sung.Nanti awak juga yang merana sebab tak dapat saya.Saya ni tiada galang ganti tau.Kalau awak tak dapat jaga saya betul-betul,awak akan menyesal seumur hidup awak,percayalah,"kata Chang Sun,penuh yakin.Chang Sun memandang ke arah Hyo Sung yang masih kelihatan tergamam itu.
"Awak saja nak buat saya cakap benda ni banyak kali kan?Okey...saya cakap sekali je...lepas ni saya dah tak cakap lagi dah.Kalau awak tak faham juga...tak tahulah apa nak cakap lagi dengan awak ni,"kata Chang Sun.Chang Sun berdehem beberapa kali.Matanya tepat memandang ke arah Hyo Sung.
"Saya sukakan awak,Jeon Hyo Sung,"kata Chang Sun.Mata Hyo Sung membulat.
"Dah...saya dah cakap.Ee...mulut saya alergi tau tak cakap pasal benda ni.Petang ni tunggu saya kat tempat biasa.Awak kena temankan saya pergi klinik.Mulut saya dah gatal-gatal ni,"kata Chang Sun sebelum beredar dari situ.Dalam diam,dia tersenyum lebar.



No comments:

Post a Comment