03 November, 2011

-Monalisa Page 42-

Lizzy menolak pintu bilik Mir dengan perlahan.Lizzy terkejut apabila melihat ruang bilik Mir yang bersepah,tidak seperti lazimnya itu.Lizzy mengutip tin-tin minuman yang berselerak di atas lantai itu.Buku-buku serta begnya diletaknya di atas meja.Lizzy cuba mencari-cari kelibat Mir.Pencariannya berakhir tidak lama selepas itu apabila menjumpai Mir yang sedang terbaring lesu di atas sofa itu.Keadaan lelaki itu kelihatan sungguh tidak terurus.Lizzy  yakin bahawa lelaki itu tidak langsung pulang ke rumah selepas pertemuan dengan Sandara pada malam semalam.Perlahan-lahan,Lizzy mengambil tin minuman kosong,yang masih dipegang oleh lelaki itu.Gadis kecil itu kemudiannya memerhati raut wajah Mir yang kelihatan kusam dan tidak bermaya itu.Ternyata lelaki itu sudah banyak menderita kerana cintanya yang tidak kesampaian itu.Lizzy sendiri menjadi saksi semalam.Cinta Mir ditolak sebelum lelaki itu sempat meluahkannya.Ternyata Sandara lebih memilih sepupunya,Byung Hee berbanding dirinya yang lebih muda itu.Ternyata Sandara hanya menganggapnya sebagai seorang adik seperti Sang Hyun,adiknya sendiri.Pandangan Lizzy kemudiannya teralih kepada diari milik Mir yang berada di atas lantai itu.Lizzy memberanikan diri untuk menyelak helaian diari milik lelaki itu.Diari itu jugalah yang digunakan oleh mereka untuk melatih Mir menggunakan bahasa inggeris ketika menulis.

"She is the only one...the only woman that already make my heart beating like crazy...
I love her damn much...
I love everything about her...
I love her when she was crying ...
when she was angry...
when she was smiling...
everything look too perfect wih her beautiful face..."

Lizzy menyelak helaian yang seterusnya.Kali ini,lelaki itu tidak lagi menulis dalam bahasa inggeris dan tulisannya sedikit berbeza daripada sebelumnya.Pasti Mir menulisnya pada malam semalam,selepas cintanya ditolak mentah-mentah oleh Sandara.

"Aku cintakan Noona...
tapi tidak bagi Noona...
pada Noona...
aku hanyalah Mir...
budak kecil yang manja dan mentah...
yang akan menangis apabila terjatuh...
yang akan disuap ketika makan...
yang akan dimarah apabila nakal...
yang akan didodoi ketika tidur..
ya...
itulah aku pada Noona...

di hati Noona...
hanya ada Jio Hyung seorang...
yang baru saja kehilangan cinta Nana...
Noona ingin menggantikan Nana dalam hidup Jio Hyung...
tapi dia kecewa apabila Jio Hyung kini seolah-olah sedang bahagia dengan
seorang wanita lain yang mungkin sudah pun mencuri hatinya...
sepatutnya aku gembira apabila hasrat Noona itu tidak kesampaian...
tapi...
aku bodoh...
aku menyokongnya untuk terus merebut cinta Jio Hyung
sedangkan hati aku sendiri merana...
aku sendiri tidak sempat untuk meluahkan cinta aku kepada Noona...
aku bodoh...
atau mungkin aku terlalu naif...
kita akan bahagia sekiranya sanggup mengorbankan cinta demi kebahagiaan orang lain...
benarkah ungkapan itu?
kenapa aku tak rasa apa yang sepatutnya aku rasa?
hati aku terlalu penat untuk terus menangis lagi....
mianeyo Noona...
Mir betul-betul tak dapat nak lupakan Noona sebegitu mudah...
Miane..."

Lizzy menutup diari itu sebelum memandang ke arah Mir yang masih belum sedarkan diri itu.Perlahan-lahan,Lizzy mengusap lembut rambut Mir.
"Saya tak sangka sampai begitu sekali awak cintakan dia.Mesti dia seorang yang sangat istimewa dalam hati awak,kan?Kalau tak...takkan awak sanggup mengorbankan cinta awak untuk Sandara unni mendapatkan cinta sepupu awak tu."Lizzy semakin asyik mengusap rambut Mir,lelaki yang dicintainya dalam diam itu.

"Just admit it."
"What?"
"That you love him."

Kata-kata Sang Hyun kembali terngiang-ngiang dalam fikirannya.Lizzy kemudiannya melepaskan tangannya daripada terus mengusap rambut Mir itu.
"Saya..."Lizzy terus memandang ke arah lelaki itu.
"Saya...saya tak setanding dia.Tak mungkin awak akan nampak saya sebagai seorang wanita seperti Sandara unni.Saya..."Lizzy tersenyum nipis.
"I think I shouldn't say this..."Lizzy melepaskan keluhan kecil.Kenapa dia harus meluahkan perasaannya terhadap lelaki yang baru sahaja merana kerana cintanya yang ditolak oleh wanita yang dicintainya itu?Sudah tentu dia akan menerima nasib yang sama seperti Mir.
"Mir."Lizzy kemudiannya cuba mengejut lelaki itu.Berkali-kali dia cuba mengejut Mir namun tidak berhasil.
"Mir."Lizzy tetap tidak berputus asa.Kali ini,Mir mulai bergerak perlahan walaupun matanya masih lagi terpejam rapat.
"Noona?"Lizzy sedikit tersentak apabila mendengar nama yang meniti di bibir Mir itu.Ternyata Mir masih belum sedar sepenuhnya.
"Ni sayalah,Lizzy.Awak okey tak ni?"Soal Lizzy,berlagak biasa.Mir membuka matanya perlahan-lahan.
"Oh...awak..."Mir memerhati keadaan sekelilingnya.Dia kemudiannya menggaru-garu kepalanya."Macam mana...saya boleh ada kat sini?"Soalnya,mamai.
"Awak mabuk rasanya.Awak nak saya bawakan susu panas untuk awak ke?"Soal Lizzy,menawarkan bantuan.Mir memegang kepalanya yang masih lagi pening itu sambil menggeleng.
"Gwenchana...saya rasa saya nak balik rumah dulu.Hari ni...kita cancel kelas lah ye?Saya...saya tak sihat,"kata Mir.
"Arasso,"kata Lizzy."Tapi,awak betul-betul okey ke?"Soal Lizzy lagi.
"Ya,saya okey.Saya...tak apa-apa.Don't worry about me,"kata Mir,sebelum melangkah lemah ke bilik air.Mir menoleh ke arah Lizzy.Lizzy turut memandang ke arahnya.
"Gomawo."Ucap Mir."Saya ingat...saya nak bersendirian dulu.Dan...mungkin...saya takkan datang ke sini untuk tempoh yang tertentu.Jadi,lepas ni,awak tak payahlah bersusah payah nak datang ke sini lagi,okey?"Kata Mir.
"Tapi...awak masih lagi nak belajar dengan saya kan?"Soal Lizzy,tiba-tiba.Mir terdiam.Lizzy malu sendiri dengan kelancangan mulutnya itu.
"Maksud saya...awak cuma nak bercuti saja kan?"Soal Lizzy.Mir tersenyum lemah.Dia kemudiannya`angguk.Lizzy tersenyum manis.Ternyata dia masih lagi boleh berjumpa dengan putera muda itu.


No comments:

Post a Comment