07 November, 2011

-Monalisa Page 47-

Ha Young kekok apabila dirinya kini sedang diperhatikan oleh semua orang yang berada di situ.Manakan tidak,ketika itu dia sedang berjalan bersama dengan Sang Hyun,antara jejaka terhangat di kampus itu.Bukan itu sahaja,malah lelaki itu sedang menggenggam erat tangannya sambil mengukir senyuman penuh bangga.
"Sang Hyun..."Sang Hyun menoleh ke arah Ha Young apabila terdengar namanya dipanggil oleh wanita itu.
"Ya?"Soalnya.
"Saya...saya malulah,"kata Ha Young.Sang Hyun melihat ke sekelilingnya.
"Malu?Kenapa pula?Awak bukannya nampak pelik pun hari ni,"kata Sang Hyun.
"Bukan tulah,Sang Hyun.Saya...ish,awak tengoklah tu.Semua orang pandang kita semacam je,"kata Ha Young.Sang Hyun tersengih.
"La...biasalah tu.Saya selalu je diperhati macam tu,"kata Sang Hyun,selamba.
"Itu awak...bukan saya.Mereka mesti tak suka tengok saya jalan dengan awak,"kata Ha Young.
"Ah...nasiblah.Suka hati sayalah yang saya nak jalan dengan siapa.Yang mereka nak jealous tu buat apa.Dahlah,awak buat tak tahu je."Sang Hyun kemudiannya mengangkat tangannya yang masih lagi memegang tangan Ha Young itu."Yang penting,kita bukannya buat apa-apa pun.Salah ke yang saya nak pegang tangan awak?Lainlah kalau saya..."Sang Hyun memandang ke arah mulut Ha Young.Ha Young segera menutup mulutnya dengan tangannya yang lagi satu.Sang Hyun tertawa.
"You are so cute..."Puji Sang Hyun sambil menarik lembut tangan Ha Young,untuk menyambung semula langkah mereka yang terhenti seketika itu.
"Baik awak jangan ungkit pasal hal tu lagi,"kata Ha Young.
"Kalau tak..?"Soal Sang Hyun,masih belum jemu mahu mengusik Ha Young.
"Kalau tak...awak jangan harap yang awak boleh rasa lagi mee sos saya,"kata Ha Young,seolah-olah mengugut.Sang Hyun tersenyum manis.
"Kalau awak berani...awak buatlah.Saya boleh buat lagi teruk dari tu,"kata Sang Hyun.
"Apa yang nak buat?"Ha Young memberanikan diri untuk bertanya.Tiba-tiba,Sang Hyun menyandarkan Ha Young pada dinding bangunan itu.Ha Young terkejut apabila melihat Sang Hyun cuba mendekatkan wajahnya ke arahnya.
"Baik awak tarik balik ugutan awak tu,Ha Young,"kata Sang Hyun.
"Awak jangan ingat yang saya takut dengan usikan awak ni,Sang Hyun,"kata Ha Young.
"Arasso..."Kali ini,wajah Sang Hyun semakin dekat dengan Ha Young.

"Ha Young?"Perhatian Ha Young teralih seketika apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.Oleh kerana terlalu terkejut dengan kehadiran EL di situ,Ha Young dengan pantasnya menolak tubuh Sang Hyun ke hadapan.
"EL?Apa awak buat kat sini?"Soal Ha Young,masih lagi terkejut dengan kehadiran EL di situ.
Sang Hyun menoleh ke arah EL.EL turut memandang ke arahnya.Ha Young yang menyedari situasi tegang antara dua orang lelaki itu,mulai mengambil langkah penyelesaian.
"EL,awak...cari saya ke?"Soal Ha Young.EL kemudiannya menoleh ke arah Ha Young sambil tersenyum nipis.
"Ya.Saya memang nak jumpa dengan awak..tapi...saya tak tahu pula yang awak ada hal lain.Maaf sebab ganggu,"kata EL,berura-ura mahu beredar dari situ.
"Eh...tak apa.Awak mesti ada hal penting yang awak nak cakap dengan saya,kan?Apa dia?"Soal Ha Young.
"It's okay.Saya...dah tak ingat apa yang saya nak cakap dengan awak.Saya pergi dulu,"kata EL.
"Tak ingat...atau buat-buat tak ingat?"Ha Young menoleh ke arah Sang Hyun.EL pula menghentikan langkahnya.
Sang Hyun pula tersenyum sinis.
"Kau mesti nak ajak Ha Young keluar lagi,kan?Untuk apa?Untuk dapatkan jawapan dia...sama ada dia mahu atau tak terima awak untuk jadi boyfriend dia?"Soal Sang Hyun.
"Sang Hyun,tak baik awak cakap macam tu,"kata Ha Young,menegur perbuatan Sang Hyun itu.Perlahan-lahan,Sang Hyun melangkah mendekati ke arah EL.Kali ni,dia sudah berdiri dekat dengan lelaki yang sudah dianggap pesaingnya itu.
"Aku dah kenal sangat dengan kau,EL.Baik kau lupakan je niat kau tu.Aku takkan sesekali benarkan kau usik Ha Young walau sedikit pun,"kata Sang Hyun,dalam nada berbisik.EL tersenyum nipis.
"Hidup Ha Young akan menjadi lebih terjamin kalau dia pilih aku,Sang Hyun.Dan aku yakin...lama-kelamaan,dia akan sedar dan akui...akulah yang patut dipilihnya.Bukan kau,"kata EL,berani memperlekehkan kewibawaan Sang Hyun sebagai seorang yang berpengaruh di kampus itu.EL kemudiannya menoleh ke arah Ha Young sambil tersenyum manis.
"Saya pergi dulu,Ha Young,"kata EL,sebelum beredar dari situ.Sebaik sahaja melihat kelibat EL yang kian jauh itu,Ha Young perlahan-lahan melangkah mendekati ke arah Sang Hyun.Riak wajah Sang Hyun kelihatan tegang sekali.
"Sang Hyun,kenapa dengan awak tadi?Macam nak gaduh je dengan EL tadi,"kata Ha Young.Sang Hyun menoleh ke arah Ha Young.Perlahan-lahan,Sang Hyun mencapai tangan Ha Young.Ha Young sekadar membiarkannya.
"Ha Young...walau apa pun yang terjadi lepas ni,awak mesti percayakan saya,okey?Walau apa pun terjadi..."Sang Hyun memandang tepat ke arah anak mata wanita yang kian mendapat tempat di hatinya itu.Ha Young tersenyum.
"Yah...awak ni kenapa,Sang Hyun?Lain macam je cara awak cakap ni,"kata Ha Young.
"Because I want you to stay with me...forever.."Ha Young terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata Sang Hyun itu.Sang Hyun yang menyedari keterlanjuran kata-katanya mulai berasa malu.
"Yelah...kalau awak tinggalkan saya,siapa yang nak masakkan mee sos untuk saya lagi?Awak sanggup ke tengok saya mati kebuluran sebab tak makan mee sos awak?"Soal Sang Hyun,berdalih.
"Kalau awak sanggup tengok saya mati,awak buatlah.Sampai hati awak buat saya macam tu,"kata Sang Hyun,sebelum melepaskan tangan Ha Young.Sang Hyun kemudiannya ingin beredar dari situ.Sang Hyun terkejut apabila merasakan tangannya seperti dicapai oleh seseorang dari belakang.Sang Hyun menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan Ha Young tersenyum ke arahnya.
"Awak cakap kat saya supaya tak tinggalkan awak.Tapi,awak pula yang tinggalkan saya sorang-sorang kat belakang.Sampai hati awak ya?"Soal Ha Young.Sang Hyun tersenyum manis sebaik sahaja mendengar kata-kata Ha Young itu.Sang Hyun kemudiannya menggenggam erat tangan Ha Young itu.
"Miane..."Ucap Sang Hyun,sambil tersenyum ke arah Ha Young.



No comments:

Post a Comment