"Kenapa kau tak nak tidur lagi?Kan dah lewat ni,"kata Seung Ho.Hyo Young membisu,tidak membalas kata-kata Seung Ho.Sebaliknya dia lebih selesa mengemas barang-barang mendiang neneknya supaya kelihatan lebih kemas dan rapi.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.Ternyata keras kepala Hyo Young ini boleh menguji kesabarannya juga.Apa yang pasti,sikap keras kepalanya itu tetap tidak berubah walaupun penampilan Hyo Young sudah pun berubah menjadi lebih feminin daripada sebelumnya.Hyo Young langsung tidak mempedulikan Seung Ho yang kerap kali menyuruhnya masuk tidur itu.Namun,perbuatannya terhenti apabila menyedari lelaki itu mengambil tempat di sisinya.
"Dahlah.Pergi masuk tidur.Aku boleh habiskan kerja kau ni.Kau mesti dah penat kan?Esok-esoklah pula sambung kerja ni.Muka kau pun dah nampak letih sangat ni,"kata Seung Ho,sambil menyambung kerja-kerja Hyo Young yang masih belum siap itu.Hyo Young memandang ke arah Seung Ho yang mulai membantu menyiapkan kerjanya itu.
"Eh,ni gambar kau masa kau kecil ke?"Soal Seung Ho,tiba-tiba.Perhatian Hyo Young teralih ke arah gambar yang berada dalam pegangan lelaki itu.Mata Hyo Young terbeliak apabila melihat gambar itu.Pantas sahaja dia merampas gambar itu daripada Seung Ho.Seung Ho menoleh ke arahnya.Seung Ho tersenyum nipis apabila melihat riak wajah Hyo Young yang berubah malu itu.
"Tak payahlah nak sorok-sorok lagi.Aku dah nampak dah.Ala...biasa je pun.Tak adalah cantik sangat.Patutlah waktu aku mula-mula kenal kau dulu,perangai kau tak ubah macam lelaki.Rupa-rupanya,dari kecil lagi dah pakai macam lelaki,"kata Seung Ho.Hyo Young tetap membisu.
"Tapi...nampak comel juga kau dulu."Seung Ho berdehem beberapa kali sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.Hyo Young pula malu sendiri.Mereka akhirnya membisu.Seung Ho kemudiannya menyambung semula kerjanya.Kali ini,perhatiannya teralih ke arah sepucuk surat berwarna merah jambu yang terselit di antara susunan barang-barang itu.Hyo Young terkejut apabila Seung Ho mengambil surat itu.
"Macam mana surat ni boleh ada kat sini?Patutlah tak jumpa!"Hyo Young segera mengambil surat itu daripada Seung Ho.Kelam kabut dia menyimpannya di dalam kocek seluarnya.
"Nama 'Yang Seung Ho' yang ada kat atas surat tu...nama aku ke?"Soal Seung Ho ingin tahu.Ternyata lelaki itu sempat juga melihat nama yang tertera pada surat itu.Hyo Young tidak segera menjawab.Jelas kelihatan rona merah pada wajahnya.Seung Ho menadahkan tangannya."Kau tak nak bagi aku baca ke?"Soal Seung Ho.Hyo Young benar-benar tidak mahu menyerahkan surat itu kepada Seung Ho."Aku tahu kau sukakan aku.Jadi...tak payah nak sorok-sorok lagi dah."
"Kalau dah tahu,buat apa nak baca?Bukannya boleh ubah perasaan awak pun terhadap saya,"kata Hyo Young.Seung Ho terdiam.Hyo Young menoleh ke arahnya."Kenapa awak nak baca sangat surat ni?Awak nak gelakkan sayalah kan?Cukuplah yang awak dah buat saya malu sebab cinta saya ditolak mentah-mentah oleh awak.Sekarang awak nak buat saya malu lagi untuk ditertawa oleh awak?"Soal Hyo Young.Seung Ho terdiam,terkejut dengan kata-kata Hyo Young itu.Ternyata wanita itu masih lagi terluka dengan sikapnya.Kelihatan wanita itu menyeka air matanya.
"Esok pagi,awak baliklah ke istana awak.Untuk apa awak duduk di sini kalau asyik nak buat saya sedih macam ni?"Hyo Young semakin sebak."Saya...saya dah cuba nak bencikan awak...lupakan perasaan cinta saya terhadap awak...tapi saya gagal...semakin lama saya jauh dari awak...saya semakin rindukan awak...semakin..."
"Saya pun rindukan awak,Hyo Young."Hyo Young terdiam.Apatah lagi,Seung Ho tidak lagi menggunakan panggilan 'kau' dan 'aku' terhadapnya.Seung Ho memandang tepat ke arah anak mata Hyo Young yang berwarna hazel itu."Selama kita berkawan,kita tak pernah berpisah selama dua minggu ni pun.Jadi...saya rasa macam...tak sedap hati...nak buat kerja apa pun...saya rasa macam susah je.Lagi-lagi lepas insiden di Ojos Frios tu.Saya rasa...rasa bersalah sangat sebab dah buat awak menangis.Selama kita berkawan,saya tak pernah tengok awak menangis pun,Hyo Young."Seung Ho meluahkan rasa bersalahnya terhadap wanita itu.
"Miane...Hyo Young,"ucap Seung Ho,dalam nada perlahan.Perlahan-lahan,Seung Ho menyeka air mata wanita itu.Hyo Young sekadar membiarkan perbuatan lelaki itu.
"Saya janji kepada awak,Hyo Young.Saya janji...yang saya tak akan buat awak menangis lagi.Walau dengan apa cara sekalipun,saya akan jaga awak.Saya akan bahagiakan awak.Awak jangan anggap yang awak dah tak ada siapa-siapa lagi dalam hidup awak,Hyo Young."Hyo Young memandang ke arah Seung Ho,terus menanti kata-kata daripada lelaki itu.
"Sebab...saya akan selalu ada di sisi awak.Sayalah yang akan sudi melayan segala karenah awak...berkongsi cerita dengan awak...bermain dengan awak..."Air mata Hyo Young semakin lebat mengalir sebaik sahaja mendengar kata-kata Seung Ho yang benar-benar menyentuh hatinya itu.Perlahan-lahan,Seung Ho merapatkan Hyo Young ke dalam pelukannya.Rambut wanita itu diusapnya lembut.
"Saya harap...ini kali terakhir saya tengok awak menangis,Hyo Young.Apatah lagi tangisan awak tu disebabkan oleh saya,"kata Seung Ho.Perlahan-lahan,Hyo Young membalas pelukan lelaki itu.Seung Ho terkejut.
"Saya rindukan emonim,Seung Ho.Sungguh saya rindukan emonim..."Luahnya,sebak.Seung Ho sekadar membiarkan Hyo Young melepaskan tangis pada dadanya.
"Saya ada untuk awak,Hyo Young."Kata Seung Ho,perlahan.Entah mengapa,Hyo Young mengeratkan lagi pelukannya.Seolah-olah anak kecil yang sedang memeluk bapanya.Seung Ho mengusap lembut rambut Hyo Young sambil menyanyi perlahan.
na oerowododoe neol saenggakhalddaen
misoga naui eolgule beonjyeo
na himdeuleododoe niga haengbokhalddaen
sarangi nae mam gadeukhi chaewo

oneuldo nan geochin sesangsoke saljiman
himdeuleodo nungameumyeon ni moseubbun
ajikgo gwitgae deulryeooneun kkumdeuli
naui gyeoteseo neol hyanghae gago itjana
nae salmi haruharu kkumeul kkuneun geotcheoreom
neowa hamgge majubomyeo saranghalsu itdamyeon
dasi ileoseol geoya
naege sojunghaetdeon gieoksokui haengbokdeul
himdeun sigan sokeseodo deouk ddaseuhaetdeon
huimangeun naegen jamdeulji aneun kkum
neul naui gyeoteseo geurimjacheoreom
joyonghi neoneun naegero waseo
na apahaneunji maeil oerounji
geuriumeuro neoneun naege danyeoga
sesangi nal ulge haedo naneun gwaenchana
hangsang niga naui gyeote isseunigga
meonjicheoreom chueoki byeonhaeseo ddeonalgga
geujeo useumyeo maeumeul dalraeeo bwado
nae salmi haruharu kkumeul kkuneun geotcheoreom
neowa hamgge majubomyeo saranghalsu itdamyeon
dasi ileoseol geoya
naege sojunghaetdeon gieoksokui haengbokdeul
himdeun sigan sokeseodo deouk ddaseuhaetdeon
huimangeun naegen jamdeulji aneun kkum
sueobsi neomeojyeo biteuldaedo
naneun ireohgeseo itjana
nae mam hanabbuninde
himdeul ddaemyeon niga ireohge himi dwaejulrae
neoreul hyanghae yeongwonhi
ireohge sangcheo soke seulpeumdeuleul samkinchae
miso jitneun nae moseubeul neoege boyeo julge
ijeneun apeuji ana
eonjena neowa hamgge irugopeun kkum ango
galsu eobdeon jeopyeoneseo neoreul bulreobolgge
nae maeum dahae saranghaneun neoreul
Seung Ho tersenyum manis apabila melihat Hyo Young yang sudah pun terlelap dalam pelukannya itu.Lama Seung Ho menatap wajah Hyo Young yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,Seung Ho mengucup lembut dahi Hyo Young,meluahkan rasa rindunya terhadap wanita itu.
"Saya akan pegang janji saya terhadap awak,Hyo Young.Saya akan jaga dan bahagiakan awak walau apa pun yang akan terjadi lepas ni."
Yang Seung Ho,Ryu Hyo Young
No comments:
Post a Comment